refleksi

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG NAMA : KANAGA DEVI A/P ACHIAH ANGKA GILIRAN : 2014272310030 KAD PENGENALAN : 961004595148 KUMPULAN/UNIT : PPISMP/MATEMATIK KOD DAN NAMA KURSUS : GKK1043 : KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI TAJUK TUGASAN PROJEK : REFLEKSI AKTIVITI RIADAH DAN REKREASI NAMA PENSYARAH : EN KHOO TIANG OON

Upload: venisha-jaraman

Post on 13-Sep-2015

36 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

NAMA : KANAGA DEVI A/P ACHIAH

ANGKA GILIRAN : 2014272310030

KAD PENGENALAN : 961004595148

KUMPULAN/UNIT : PPISMP/MATEMATIK

KOD DAN NAMA KURSUS : GKK1043

: KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI

TAJUK TUGASAN PROJEK : REFLEKSI AKTIVITI RIADAH DAN REKREASI

NAMA PENSYARAH : EN KHOO TIANG OON

TARIKH HANTAR : 27 OGOS 2014

REFLEKSI

Syukur kepada asrat Tuhan kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk melaksanakan aktiviti riadah dan rekreasi dengan jayanya.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami,En.Khoo Tiang Oon,Akmal sebagai pengarah projek kami dan juga Thurgaiammbaal sebagai penolong pengarah.Mereka sangat membantu kami dalam pelbagai aspek sepanjang proses pelaksanaan aktiviti riadah dan rekreasi ini.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Pn.Loh Siew Lee yang bersetuju untuk mengikut kami sebagai pengiring perempuan sepanjang aktiviti riadah dan rekreasi ini.

Aktiviti riadah dan rekreasi adalah salah satu aktiviti yang mesti dilakukan dalam semester satu ini.Semasa aktiviti ini,kami bergabung dengan kelas PPISMP Muzik.Kami melakukan aktiviti riadah ini bersama-sama.Kami membuat keputusan untuk mendaki gunung di Bukit Bendera dan berkayak di Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bunga.Kami melaksanakan aktiviti riadah dan rekreasi ini pada 17 Ogos 2014.

Kami menghadapi pelbagai cabaran ketika proses persediaan untuk aktiviti riadah ini.Halangan yang pertama ialah tarikh.Kami tidak dapat menentukan satu tarikh yang tetap.Hal ini kerana,pelbagai aktiviti lain diadakan di kampus kami yang perlu kami hadirkan diri.Selain itu,pensyarah kami juga sibuk dengan urusannya.Selepas beberapa halangan dan perbincangan yang panjang,kami menentukan 17 Ogos 2014 sebagai tarikh melakukan aktiviti riadah dan rekreasi.

Cabaran yang seterusnya adalah kertas kerja.Aktiviti ini merupakan aktiviti yang pertama kami lakukan dalam semester satu ini.Pada mulanya kami berasa cemas akan pelaksanaan kertas kerja.Pelaksanaan kertas kerja mengambil tempoh masa yang lama untuk diselesaikan.Kertas kerja yang disediakan oleh kami telah dibatalkan.Selepas empat batalan,akhirnya kami dapat persetujuan daripada pensyarah kami dan pengarah institut kami.

Pada 17 Ogos 2014,kami bertolak dari kampus pada pukul 8.00 pagi.Pada mulanya saya berasa cemas kerana terfikir akan kemampuan saya untuk mendaki bukit.Saya sedar bahawa mendaki merupakan aktiviti yang mencabar.Namun demikian,cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk mendaki.Saya sedar bahawa seseorang guru mestilah tabah menempuhi cabaran dalam kehidupan.Saya menggunakan peluang ini untuk menilai kemampuan saya.

Sepanjang aktiviti mendaki ini,saya dapat mempelajari banyak nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan.Nilai yang utama adalah nilai bekerjasama.Kami saling membantu antara satu sama lain ketika mendaki.

Terutamanya,kami membantu rakan-rakan saya yang tidak dapat mendaki gunung.Kami membantu mereka untuk mendaki gunung.Selain itu,nilai yang dapat saya pelajari adalah nilai toleransi.Kami bertoleransi antara satu sama lain ketika mendaki gunung.Jika tidak mempunyai nilai toleransi dalam satu kumpulan maka beratlah sesuatu tugasan untuk dilengkapkan.Kami tidak merasakan aktiviti ini sebagai yang susah kerana sokongan padu dari rakan sekelas.

Selepas melakukan aktiviti mendaki kami berkumpul di dataran Bukit Bendera.Kami terpaksa membatalkan aktiviti berkayak kerana keadaan laut yang tidak tenang.

Walaupun,kami berasa penat mendaki gunung,kami berasa kecewa kerana tidak dapat melakukan aktiviti berkayak.Saya berharap agar kami dapat melaksanakan aktiviti berkayak pada masa yang akan datang.Selepas aktiviti mendaki kami pulang ke kampus pada pukul 3.00 petang.

Pada akhir aktiviti ini,saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan saya.Pengalaman dan pengajaran yang dapat saya peroleh daripada aktiviti sedikit banyak membantu saya untuk membina diri saya sebagai seorang guru yang penuh bertanggungjawab.Pengajaran ini juga secara tidak langsung membina saya sebagai seorang guru dan mempermudahkan tugas mendidik pelajar-pelajar.Akhirnya,melalui aktiviti riadah ini,saya dapat memantapkan kelebihan saya dan memperbaiki kelemahan saya serta dapat mempelajari banyak nilai muni dan pengajaran yang membantu saya untuk menjadi guru yang sempurna dalam semua aspek.