refleksi

6
REFLEKSI SIM HUI TENE Tugasan projek Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani (Pjm 3103) ini merupakan tugasan yang dibuat secara individu. Setiap individu dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap berdasarkan format Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk satu kelas yang terdiri daripada 20 sehingga 30 orang pelajar bagi tempoh masa 30 minit iaitu satu waktu. Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, saya telah mendapat banyak kekuatan iaitu dari segi penambahan pengetahuan, pengajaran serta pengalaman yang baru. Tugasan kali ini adalah sangat penting untuk kami semua kerana ia sebagai persediaan awal untuk kami mengajar pada masa hadapan kelak. Hal ini disebabkan sejak kebelakangan ini, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah sering dipersoalkan kerana sikap dan tindakan sesetengah guru yang gagal melaksanakan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan kurang diberi fokus kepada hasil pembelajaran yang ingin dicapai khusunya domain kognitif dan efektif. Justeru, tugasan projek ini memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu mengatasi masalah tersebut. Setelah sahaja mendapat soalan tugasan, pensyarah pembimbing iaitu Encik Ling Chung Yeo telah memberi taklimat berkaitan dengan kehendak soalan tugasan. Melalui penjelasan dan penerangan yang telah diberi oleh pensyarah kami telah mendapat gambaran yang jelas mengenai tugasan yang akan dibuat

Upload: huitene-sim

Post on 11-Sep-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

REFLEKSI SIM HUI TENETugasan projek Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani (Pjm 3103) ini merupakan tugasan yang dibuat secara individu. Setiap individu dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap berdasarkan format Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk satu kelas yang terdiri daripada 20 sehingga 30 orang pelajar bagi tempoh masa 30 minit iaitu satu waktu. Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, saya telah mendapat banyak kekuatan iaitu dari segi penambahan pengetahuan, pengajaran serta pengalaman yang baru. Tugasan kali ini adalah sangat penting untuk kami semua kerana ia sebagai persediaan awal untuk kami mengajar pada masa hadapan kelak. Hal ini disebabkan sejak kebelakangan ini, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah sering dipersoalkan kerana sikap dan tindakan sesetengah guru yang gagal melaksanakan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan kurang diberi fokus kepada hasil pembelajaran yang ingin dicapai khusunya domain kognitif dan efektif. Justeru, tugasan projek ini memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu mengatasi masalah tersebut.

Setelah sahaja mendapat soalan tugasan, pensyarah pembimbing iaitu Encik Ling Chung Yeo telah memberi taklimat berkaitan dengan kehendak soalan tugasan. Melalui penjelasan dan penerangan yang telah diberi oleh pensyarah kami telah mendapat gambaran yang jelas mengenai tugasan yang akan dibuat ini. Setelah melaksanakan tugasan ini telah memberi peluang kepada saya untuk meluaskan lagi pengetahuan saya dalam bidang Pendidikan Jasmai ini di mana ia merupakan mata pelajaran Minor saya. Dengan adanya tugasan ini saya telah dapat mendapat pengalaman baru iaitu bagaimana tekniknya untuk mengendalikan kelas. Sebelum kita mengajar anak murid kita, kita mesti membuat persediaan awal iaitu membuat rancangan awal supaya kita jelas bahawa apa yang kita harus lakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Perancangan yang awal merangkumi aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan, teknik untuk melakukan aktiviti, pembahagian masa dan sebagainya. Kita juga boleh meramalkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya kita boleh memikirkan Plan B lebih awal. Pengalaman ini akan mematangkan dan memperkayakan lagi pengetahuan yang saya ada.Kedua, melalui tugasan ini saya juga telah mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran yan baru dalam subjek Pendidikan Jasmani. Topik pilihan saya untuk tugasan ini adalah kemahiran memintas bagi murid Tahun 4. Justeru, untuk melakukan tugasan ini saya telah mengumpul segala maklumat yang berkaitan melalui pelbagai sumber, menemu bual dengan beberapa orang abang dan kakak senior berkaitan dengan teknik dan kemahiran ini. Melalui proses ini, saya telah mendapat tahu cara memintas yang betul dan tepat. DI mana untuk melakukan kemahiran ini, individu mestilah mengenal pasti dahulu pemasaan (timing) yang sesuai untuk memintas dan takel serta pandai menguasai bola yang dihantar oleh pemain lawan. Seterusnya, kita juga haruslah bekerjasama semasa melakukan kemahiran ini. Sebelum melakukan tugasan ini, saya langsung tidak tahu apakah itu memintas dan bagaimana cara dan teknik untuk memintas. Namun begitu, melalui tugasan ini saya telah diberi kesempatan untuk mendalami kemahiran ini.

Selain itu, hasil daripada menyiapkan tugasan ini saya juga telah mendapat banyak iktibar dan kesedaran. Saya telah menyedari bahawa kita mestilah saling tolong menolong antara satu sama lain. Sebagai contoh, rakan-rakan saya yang lain. Walaupun mereka tidak membuat topik yang sama dengan saya, namun mereka sanggup berkongsi maklumat dan pengetahuan yang mereka sedia ada kepada saya. Mereka telah memberi tunjuk ajar dan idea kepada saya dalam melakukan kemahiran memintas ini. Abang dan kakak senior turut memberi komitmen yang tinggi dalam membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Mereka telah memberikan beberapa cadangan untuk aktiviti kemuncak saya. Bukan itu sahaja, pelajar dari kumpulan lain iaitu Kumpulan Bahasa Iban juga sangat bekerjasama dengan kumpulan kami. Kumpulan mereka sanggup berkongsi alatan dengan kami semua walaupun mereka perlu menggunakan alatan juga. Dengan itu, adalah sebagai pengajaran dan peringatan bahawa kita mestilah saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan melalui tugasan projek ini. Saya telah menghadapi masalah ketika melaksanakan macroteaching saya. Yang pertama sekali adalah berkaitan dengan cara pengawalan kelas saya. Saya mendapati bahawa agak susah bagi saya untuk mengawal kelas saya. Terdapat beberapa orang murid nakal yang tidak ingin mendengar arahan dan memberi kerjasama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini telah membazirkan masa saya dalam memberi arahan yang berulang kali kepada anak murid saya. Dalam aktiviti kemuncak saya juga kurang menitikberatkan keselamatan pelajar saya sehingga terdapat pelajar yang jatuh apabila melakukan aktiviti tersebut. Saya seharusnya mengambil berat terhadap pengawalan keselamatan anak murid saya.

Kelemahan yang kedua adalah berkaitan dengan penggunaan alatan saya di mana saya telah menggunakan alatan yang kurang bersesuaian dan serasi dengan standard kandungan saya. Saya telah menggunakan pundi kacang sebagai Bahan Bantu Belajar kerana saya tidak menyedari bahawa standard kandungan saya adalah menyatakan kebolehan pelajar dalam memintas hantaran bola. Saya tidak harus menukarkan alatan bola kepada pundi kacang. Seterusnya, penggunaan gelung rotan dalam aktiviti kemuncak saya juga kurang sesuai. Hal ini disebabkan, gelung tersebut agak ringan dan pandai berubah posisi sekiranya menyentuhnya. Ini telah menyusahkan pelajar yang ingin menjaringkan bola kepada zon mata.

Pengurusan masa juga merupakan salah satu kelemahan yang saya dapati semasa melaksanakan macroteaching saya. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah tidak sama seperti masa yang telah dirancangkan. Sebagai contoh, saya hanya menggunakan 1 minit 30 saat dalam melakukan penutupan saya malah dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah saya buat adalah selama minit. Ini tleah menunjukkan bahawa saya telah mengabaikan beberapa perkara yang penting untuk disampaikan kepada murid. Aktiviti regangan yang saya buat juga kurang mencukupi.

Untuk mengatasi kelemahan tersebut, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan daripada pensyarah, rakan sekelas dan juga diri saya sendiri. Pertama, untuk mengatasi masalah pengawalan disiplin pelajar. Saya seharusnya mengajar dengan lebih tegas supaya pelajar-pelajar melibatkan diri dengan penuh serius. Saya juga perlu meningkatkan lagi suara saya ketika memberi tunjuk ajar dan arahan kepada pelajar saya. Hal ini disebabkan, sekiranya saya menyampaikan sesuatu dengan suara yang lemah lembut, pelajar akan beraggapan saya tidak serius dan terdapat pelajar yang tidak menerima arahan dengan jelas. Manakala untuk menjaga keselamatan pelajar, saya harusalah menegaskan syarat-syarat dan peraturan-peraturan bermain sebelum aktiviti dimulakan. Seterusnya, untuk mengatasi kelemahan yang kedua iaitu penggunaan alatan. Sebelum memulakan macroteaching, saya seharusnya membuat percubaan awal untuk alatan yang dipilih. Sebagai contoh, saya boleh meminta tolong rakan yang lain untuk memainkan aktiviti dahulu supaya saya boleh mengesan kelemahan penggunaan alatan dengan lebih awal. Bagi mengatasi kelemahan berkaitan dengan pengurusan masa pula, saya boleh memakai jam tangan supaya saya boleh mengetahui masa yang telah saya gunakan semasa melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk penutupan, saya seharusnya menerapkan nilai murni kepada pelajar-pelajar pada akhir kelas supaya mereka boleh mempraktikkan juga dalam kehidupan seharian mereka.

Secara keseluruhannya, saya telah mendapat banyak kebaikan dan juga kelemahan melalui tugasan ini. Tugasan ini telah memberikan saya satu dimensi yang baru mengenai subjek Pendidikan Jasmani. Kini saya telah sedar bahawa betapa pentingnya pengetahuan dalam bidang ini untuk meningkatkan peribadi individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ini secara tidak langsung telah menyedarkan tanggungjawab saya seorang yang berada dalam profesion keguruan yang bakal saya hadapi pada masa hadapan seharusnya melengkapkan diri dengan pengetahuan seperti ini dalam diri saya sendiri sebelum saya dapat menerapkannya kepada anak murid saya yang akan datang. Tambahan lagi, melalui pengajaran dan pengalaman yang telah saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini secara langsung telah membantu saya bersikap lebih matang dan berfikiran lebih terbuka serta berpandangan jauh dalam menjalankan tanggungjawab mencorak dan membentuk hala tuju negara. Seorang guru seharusnya menyiapkan diri dengan keperluan yang secukupnya dan melalui tugasan ini saya berasa ia telah berjaya mempertingkatkan lagi pengetahuan serta tanggungjawab saya untuk kegunaan saya dalam mendidik anak murid saya yang akan datang.