refleksi 4 langkah

3
REFLEKSI Aktiviti 1 Untuk langkah pertama ini, saya telah menunjukkan fakta- fakta peristiwa Israk dan Mikraj kepada murid-murid melalui penggunaan “Microsoft Office Powerpoint” dan membuat penerangan secara ringkas . Pemerhatian yang telah dilakukan oleh saya ketika aktiviti menyebut dan membaca menggunakan kaedah latih tubi membaca mendapati bahawa kelima-lima orang peserta kajian kelihatan kurang berminat terhadap aktiviti tersebut. Selain itu, saya juga membuat ujian pra terhadap mereka. Ujian ini dijalankan selepas aktiviti menyebut dan membaca peristiwa penting Israk dan Mikraj. Jadi hasil daripada ujian inilah saya mendapati keputusan kelima-lima peserta kajian kurang memuaskan. Borang soal selidik turut saya edarkan selepas ujian pra dilakukan. Rata-rata peserta kajian menandakan kurang berminat terhadap bidang Sirah dan Sukar untuk mengingati fakta-fakta peristiwa Israk dan Mikraj. Langkah 2 Dalam langkah ini, saya telah memperdengarkan kepada kelima- lima orang peserta kajian lagu yang telah dipilih untuk pengaplikasian intervensi dengan menggunakan slaid power point. Kemudian, saya telah mengedarkan lirik LAGIS yang telah di “laminate” kepada setiap peserta kajian. Ketika,

Upload: husaini-hisham

Post on 15-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ar

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi 4 langkah

REFLEKSI

Aktiviti 1

Untuk langkah pertama ini, saya telah menunjukkan fakta-fakta peristiwa Israk dan

Mikraj kepada murid-murid melalui penggunaan “Microsoft Office Powerpoint” dan

membuat penerangan secara ringkas . Pemerhatian yang telah dilakukan oleh saya

ketika aktiviti menyebut dan membaca menggunakan kaedah latih tubi membaca

mendapati bahawa kelima-lima orang peserta kajian kelihatan kurang berminat

terhadap aktiviti tersebut. Selain itu, saya juga membuat ujian pra terhadap mereka.

Ujian ini dijalankan selepas aktiviti menyebut dan membaca peristiwa penting Israk

dan Mikraj. Jadi hasil daripada ujian inilah saya mendapati keputusan kelima-lima

peserta kajian kurang memuaskan. Borang soal selidik turut saya edarkan selepas ujian

pra dilakukan. Rata-rata peserta kajian menandakan kurang berminat terhadap bidang

Sirah dan Sukar untuk mengingati fakta-fakta peristiwa Israk dan Mikraj.

Langkah 2

Dalam langkah ini, saya telah memperdengarkan kepada kelima-lima orang peserta

kajian lagu yang telah dipilih untuk pengaplikasian intervensi dengan menggunakan slaid

power point. Kemudian, saya telah mengedarkan lirik LAGIS yang telah di “laminate”

kepada setiap peserta kajian. Ketika, mereka diminta untuk menyanyikan LAGIS, saya

dapat melihat keseronokan mereka ketika menyanyi. Saya telah menggunakan kaedah

tikrar ataupun pengulangan terhadap lagu yang dinyanyikan. Mereka juga meminta saya

untuk mengulang menyanyikan LAGIS mengikut irama yang telah diperdengarkan. Hasil

daripada aktiviti ini, saya dapat melihat peningkatan minat mereka terhadap kaedah

pengajaran saya yang menggunakan kaedah nyanyian.

Langkah 3

Setelah peserta kajian dapat menyanyi mengikut rentak yang telah diperdengarkan,

mereka kemudian diajar oleh saya mengaplikasikan gaya ke dalam lagu tersebut. Saya

mengakui bahawa langkah ini amat rumit kerana peserta kajian perlu mengingat gaya-

Page 2: refleksi 4 langkah

gaya tertentu berdasarka lirik lagu LAGIS. Pada permulaannya mereka dapat mengikut

gaya ketika saya membuat gaya bersama mereka. Namun ketika mereka membuat gaya

sesama mereka, banyak kesalahan yang berlaku. Kesilapan ini dapat dikurangkan selepas

beberapa kali mereka melakukan gaya tersebut. Selepas itu, mereka diminta untuk

menyanyikan LAGIS beserta gaya. Apa yang dapat saya perhatikan adalah keseronokan

mereka semakin bertambah apabila menyanyikan LAGIS berbanding pada minggu

pertama dan kedua.

Langkah 4

Dalam langkah keempat, peserta kajian dikehendaki menyanyikan LAGIS beserta gaya

mengikut rentak lagu yang dimainkan. Nyanyian LAGIS telah dilaksanakan secara

kumpulan dan individu, hampir kesemua peserta kajian dapat menghafal lirik dan gaya

LAGIS. Hal ini sangat mengembirakan saya kerana ternyata usaha peserta kajian selama

empat minggu berturut-turut membuahkan hasil. Apabila diedarkan kertas ujian pasca,

kelihatan kesemua mereka kelihatan tenang dan bersemangat untuk menjawab soalan

berbanding ketika ujian pra dijalankan tiga minggu lepas. Mereka juga mengambil masa

yang singkat untuk menjawab soalan ujian yang diberikan. Apabila mendapati soalan

yang sukar untuk dijawab, mereka akan menyanyikan LAGIS untuk mengingati fakta

tentang Israk dan Mikrak. Hal ini menunjukkan keberkesanan LAGIS sebagai intervensi

kajian yang dilakukan.