langkah 3 dan 4

13
Disediakan Oleh: Armidayu Idura Abdullah Haspalela Yahya Pemulihan 1

Upload: niena-majid

Post on 25-Jun-2015

5.622 views

Category:

Sports


5 download

DESCRIPTION

langkah berdiri sedia, pukulan pepat depan dan pukulan kilas

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah 3 Dan 4

Disediakan Oleh:Armidayu Idura Abdullah

Haspalela YahyaPemulihan 1

Page 2: Langkah 3 Dan 4

Pengenalan Pukulan Pepat Depan dan Pukulan Kilas merupakan

tulang belakang permainan dan merupakan pukulan putaran atas yang agresif.

Pukulan pepat adalah pukulan paling kuat dalam permainan ping pong kerana:

1) Badan tidak menghalang ketika membuat pukulan. 2) Otot yang digunakan depan lebih baik berbanding

otot yang digunakan dalam pukulan kilas. Smesy depan, sebenarnya pukulan deras depan pada kelajuan tinggi yang berkemungkinan menghasilkan pukulan paling bertenaga.

Pukulan Kilas boleh dilakukan bagi menghadapi putaran belakang, tetapilebih baik untuk membalas pukulan atas. Ketekalan dan kepantasan lebih penting. Pukulan ini dilakukan secara berbeza berdasarkan ktiga-tiga gengaman.

Page 3: Langkah 3 Dan 4

Kepentingan Pukulan Pepat

1) Untuk menyerang pukulan ke arah pukulan depan pemain.2) Menjadi pukulan penyerang pemain yang utama.3) Pukulan yang paling kerap diguna pemain untuk tujuan

smesy. Pukulan depan umumnya lebih kuat daripada pukulan kilas

kerana badan tidak menghalang apabila pemain membuat ayunan belakang dan otot yang digunakan lebih kuat.

Pukulan kilas melengkapi pukulan depan dalam mengawal meja. Ia diperlukan pukulan pepat ke arah sangga belakang pemain dan diguna untuk memaksa lawan melakukan kesilapan dengan melakukan kembalian pantas.

Pukulan kilas yang baik boleh digunakan dengan lebih agresif. Pemain yang boleh menyerang menggunakan pukulan kilas yang kuat akan mempunyai banyak kelebihan.

Kekuatan yang seimbang antara kedua-dua pukulan ini perlu dibina untuk memastikan lawan tidak mengambil kesempatan menghantar bola ke bahagian yang disedari lemah.

Page 4: Langkah 3 Dan 4

Berdiri Sendiri Badan perlu mempunyai imbangan yang baik dan

tergelung. Pemain secara automatik berdiri menghadap garis hujung meja. Bagi yang menggemari pukulan kilas, ini adalah posisi yang betul, tetapi kebanyakkan pemain lebih maju menggemari bermain samada pukulan depan dan pukulan kilas sama kerapnya.

Posisi bersedia yang betul adalah:1) Meletakkan kaki kiri sedikit ke belakang tetapi

badan masih mengadap meja.2) Meletakkan badan pemain dalam posisi yang baik

untuk memukul samada pukulan kilas atau pepat.3) Berat pemain perlu terletak pada bahagian bola

kaki dan diagihkan sama rata.4) Elakkan tumit mencecah lantai.5) Lutut harus dibengkokkan, dengan kedudukan

badan sedikit membongkok.

Page 5: Langkah 3 Dan 4

Melakukan Pukulan Pepat DepanLangkah-langkah:1) Mengadap meja dengan kaki kanan sedikit ke belakang. 2) Pusingkan badan pada pinggang ke kanan. Siku dipastikan hampir ke pinggang.3) Berat badan dialihan ke kaki kanan.4) Raket dipastikan serenjang dengan lantai semasa hayunan ke belakang.5) Hujung atas raket dan lengan ke bawah sedikit dengan siku berada pada sudut 120

darjah. Mulakan ayunan ke depan dengan memusingkan berat badan pemain dengan depan ke

kaki kiri. Pada masa yang sama pusingkan pinggang dan lengan ke depan, dengan siku hampir pegun dan kurang 90 darjah.

Ayunan ke belakang dan ke depan seharunya dilakukan dalam satu gerakan berterusan. Sentuhan dilakukan ketika lantunan bola pada kedudukan paling tinggi, di depan dan sedikit ke kanan badan. Raket seharusnya berpusing sekitar atas dan belakang bola untuk menghasilkan putaran atas.

Bagi pukulan depan atau membalas putaran raket seharunya tertutup dan menyentuh belakang bola ke arah bahagian atas. Bagi pukulan depan yang lembut atau membalas putaran belakang, raket seharunya terbuka dan menyentuh bola lebih di bahagian bawah. Bagi membalas putaran belakang, pukul dengan menggesel bola sedikit ke atas.

Bola dipastikan terus bergesel dan jangan berhenti sebaik menyentuhnya. Kemudian gerakan ke atas dank e bawah pada raket untuk menenggelam bola ke dalam span. Permainan diteruskan dengan menggerakkan raket kea rah dahi atau sedikit ke kiri menyerupai satu tabik. Pemain yang lebih tinggi, harus melakukannya pada kedudukan lebih rendah sementara pemain rendah melakukannya pada kedudukan lebih tinggi. Berat badan harus dipindahkan ke kaki kiri. Akhir sekali kembali ke posisi bersedia.

Page 6: Langkah 3 Dan 4

Melakukan Pukulan Kilas Pepat Lengan dipusingkan ke arah pinggang. Raket dan lengan harus

menunjuk ke sisi dengan siku pada kedudukan kira-kira 90 darjah. Semasa ayunan ke belakang, raket harus serenjang terhadap putaran atas dan sedikit terbuka bagi menghadapi putaran belakang. Siku dipastikan pegun.

Ayunan ke depan dimulakan dengan memusingkan lengan bawah ke depan. Siku digerakkan ke depan kira-kira cukup untuk memastikan raket bergerak dalam garisan lurus.

Ketika sentuhan, pergelangan tangan disentap ke depan dan melampaui bola,dengan menutup raket. Raket akan berpusing di sekitar bola dan menghasilkan putaran. Pukul tepat pada bola dengan putaran yang kurang untuk mendapatkan lebih kuasa. Cara ini dapat menenggelamkan bola terus ke dalam span dan kayu.

Raket ditutup bagi pukulan kilas yang kencang atau menghadapi putaran atas. Bagi menghadapi putaran belakang, sedikit dipukul bola ke atas.

Lengan diunjurkan ke depan dan sedikit ke atas, dengan siku dipanjangkan ke depan bagi membolehkan raket bergerak dalam garisan lurus serta lajak pergerakan tersebut diikut. Akhit pukulan, raket harus menunjuk sedikit ke arah kanan di mana bola dipukul. Lengan harus diunjurkan sepenuhnya.

Page 7: Langkah 3 Dan 4

Sangga Belakang Dengan Genggaman Jenis Lain Pemain yang membuat pukulan kilas dengan genggaman

Seemiller perlu menggunakan permukaan raket yang sama untuk menyentuh bola.

Raket harus berpusing antara pukulan depan dan pukulan kilas seperti pengelap cermin kereta. Genggaman Seemiller menjadikan tapak tangan pemain membelakangkan badan sementara dengan genggaman salami akan menghadap badan.

Genggaman pena, pukulan kilas menjadi lebih sukar kerana ia merupakan pukulan yang berserabut bagi pemain baru. Seperti dengan genggaman Seemiller, permukaan yang sama digunakan untuk membuat pukulan depan dan pukulan kilas. Kebanyakkan pemain yang menggunakan genggaman pena tidak membuat pukulan kilas.

Pemain sebenarnya menghalang sahaja dan ianya dibenarkan selagi pemain membina pukulan depan dan gerak kaki untuk menggunakannya. Perbezaan yang jelas pemain yang menggunakan genggaman pegangan pena ialah mengambil bola penuh dan mengayun pada bola.

Page 8: Langkah 3 Dan 4

Smesy Pukulan depan atau pukulan kilas yang kencang dengan

cara mengayun ke belakang lebih jauh untuk mendapatkan lebih kuasa.

Cara yang digunakan:1) Melebihkan pergerakan pergelangan tangan untuk

pukulan kilas dan bagi smesy pukulan depan, pemain lontarkan badan ke arah pukulan.

2) Gerak isyarat sentapan lengan bawah dengan pantas dari siku boleh digunakan ke atas semua smesy.

3) Bola dipukul tanpa putaran dan bola ditenggelamkan menerusi span ke kayu.

Page 9: Langkah 3 Dan 4
Page 10: Langkah 3 Dan 4
Page 11: Langkah 3 Dan 4
Page 12: Langkah 3 Dan 4
Page 13: Langkah 3 Dan 4