refleksi-2.docx

2
REFLEKSI Tugasan ELM3102 ini merupakan satu pendedahan tentang Kaedah Penyelesaian Masalah dan Theory Of Constraints yang mengandungi tiga teknik utama iaitu teknik awan, teknik sebab dan akibat, dan teknik mencita-citakan kejayaan, di mana setiap kaedah dan teknik ini ada kelebihannya yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan matapelajaran Pendidikan Moral. Dalam isu moral, perkara yang selalu diketengahkan ialah penyelesaian kepada masalah yang timbul di sekeliling. Pendedahan tentang Kaedah Penyelesaian Masalah adalah sangat bersesuaian dengan permasalahan yang timbul. Kaedah ini mengajarkan pelajar untuk mengatasi sesuatu masalah dengan lebih sistematik dan akan memilih keputusan atau langkah yang paling rasional setelah mempertimbangkan pelbagai faktor. Kaedah ini sangat sesuai didedahkan kepada murid sekolah oleh sebab lima langkah yang ada dalam kaedah ini akan memastikan keputusan terakhir yang baik. Bagi Theory Of Constraints pula, ia menjana kemahiran berfikir pelajar, iaitu pemikiran kritis dan kreatif. Pemikiran kritis akan terjadi melalui proses menganalisis masalah yang agak sulit dan penuh dengan dilema. Pemikiran kreatif pula terjadi melalui pencarian jalan penyelesaian iaitu membina idea dan langkah untuk menagtasi masalah yang telah dianalisis. Teknik awan mengajarkan pemikiran terbuka, iaitu membuat pertimbangan tentang dua perkara yang berbeza dan tidak boleh wujud pada masa yang sama, agi mencapai satu matlamat penting. Ini akan membantu meluaskan lagi pemikiran pelajar untuk mengutamakan perkara yang penting bagi mencapai matlamat terakhir. Teknik sebab dan akibat pula mengajarkan pelajar untuk melihat masa depan, iaitu kesan yang akan berlaku jika sesuatu perlakuan

Upload: ping-lik-ling

Post on 16-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI-2.docx

REFLEKSI

Tugasan ELM3102 ini merupakan satu pendedahan tentang Kaedah Penyelesaian

Masalah dan Theory Of Constraints yang mengandungi tiga teknik utama iaitu teknik awan,

teknik sebab dan akibat, dan teknik mencita-citakan kejayaan, di mana setiap kaedah dan

teknik ini ada kelebihannya yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan

matapelajaran Pendidikan Moral.

Dalam isu moral, perkara yang selalu diketengahkan ialah penyelesaian kepada

masalah yang timbul di sekeliling. Pendedahan tentang Kaedah Penyelesaian Masalah

adalah sangat bersesuaian dengan permasalahan yang timbul. Kaedah ini mengajarkan

pelajar untuk mengatasi sesuatu masalah dengan lebih sistematik dan akan memilih

keputusan atau langkah yang paling rasional setelah mempertimbangkan pelbagai faktor.

Kaedah ini sangat sesuai didedahkan kepada murid sekolah oleh sebab lima langkah yang

ada dalam kaedah ini akan memastikan keputusan terakhir yang baik.

Bagi Theory Of Constraints pula, ia menjana kemahiran berfikir pelajar, iaitu

pemikiran kritis dan kreatif. Pemikiran kritis akan terjadi melalui proses menganalisis

masalah yang agak sulit dan penuh dengan dilema. Pemikiran kreatif pula terjadi melalui

pencarian jalan penyelesaian iaitu membina idea dan langkah untuk menagtasi masalah

yang telah dianalisis.

Teknik awan mengajarkan pemikiran terbuka, iaitu membuat pertimbangan tentang

dua perkara yang berbeza dan tidak boleh wujud pada masa yang sama, agi mencapai satu

matlamat penting. Ini akan membantu meluaskan lagi pemikiran pelajar untuk

mengutamakan perkara yang penting bagi mencapai matlamat terakhir.

Teknik sebab dan akibat pula mengajarkan pelajar untuk melihat masa depan, iaitu

kesan yang akan berlaku jika sesuatu perlakuan dilakukan. Contohnya, ‘jika saya tidak

makan, saya akan lapar, saya tidak akan mampu membuat kerja, saya akan menyusahkan

orang lain, orang akan menjauhkan diri dari saya’, di mana kesan negatif yang terakhir

tersebut akan membuatkan kita mempertimbanglan semula kelakuan yang kita hendak buat

itu.

Teknik mencita-citakan kejayaan pula mengajar pelajar untuk mengambilkira semua

cabaran sebelum sesuatu matlamat tercapai. Dengan pengenalpastian tentang cabaran

yang ada, maka senang untuk mencari langkah penyelesaian secara lebih spesifik, di mana

setiap cabaran akan ada langkah penyelesaiannya. Apabila kesemua cabaran dihadapi

dengan langkah-langkah penyelesaian yang pelbagai, maka matlamat utama akan tercapai.

Page 2: REFLEKSI-2.docx

Sebelum melakukan tugasan ini, saya kurang mengetahui tentang keberkesanan

kaedah dan teknik-teknik ini sehinggalah saya menggunakannya sendiri dengan

menyelesaikan masalah dan konflik saya sendiri. Sememangnya ia adalah satu kaedah dan

teknik dan bersistematik dan baik, namun bukan semua situasi kaedah dan teknik ini akan

dapat digunakan.

Saya menyedari bahawa kaedah dan teknik adalah untuk menyelesaikan konflik atau

dilema yang tertentu sahaja. Bagi sesuatu konflik yang memerlukan keputusan yang segera,

ianya tidak dapat digunakan. Pemikiran jangka masa panjang tidak dapat diaplikasikan ke

dalam situasi yang memerlukan keputusan serta-merta, terutamanya dalam kecemasan.