05_tajuk 2.docx

Upload: ennies-ngor

Post on 03-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    1/17

    14

    Tajuk 2FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

    DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

    Sinopsis

    Topik-topik dalam tajuk ini merangkumi konsep asas Falsafah Pendidikan, implikasi

    Falsafah Islam, Falsafah Timur dan Falsafah Pendidikan Barat ke atas pembentukan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Turut dibincangkan adalah Falsafah Pendidikan

    Guru serta amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan

    berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

    Hasil Pembelajaran

    Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

    1. Menjelaskan konsep asas Falsafah Pendidikan (1.1)

    2. Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan (3.4)

    3. Menganalisis falsafah-falsafah pendidikan Islam, Timur dan Barat ke ataspembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1.6)

    4. Membina dan mempertahankan hujahan yang berasaskan isu pendidikan secarajelas dan koheran dengan mengambil kira elemen-elemen falsafah Timur, Islamdan Barat yang releven (5.1)

    5. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai melalui FPK dan FPGdalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (7.1)

    6. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan(5.5)

    7. Menterjemahkan FPK dan FPG secara umum dan spesifik kepada aktivitipembelajaran yang bermakna (2.3)

    8. Mengaplikasikan amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan(2.4)

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    2/17

    15

    Kerangka konsep tajuk ini

    2.1 Konsep asas Falsafah Pendidikan

    Falsafah berasal daripada perkataan Greek philos (cinta) dan sophia

    bijaksana). Dalam ertikata yang lain, falsafah bermaksud ... cintakan ilmu

    pengetahuan dan kebijaksanaan. Falsafah boleh dikatakan satu pendekatan

    menyeluruh terhadap kehidupan dan dunia. Ia melibatkan kajian untuk

    mencari apa yang benar dan bernilai dalam kehidupan. Kajian ini dijalankan

    dengan merumuskan masalah secara berhati-hati, memberi dan membuat

    justifikasi penyelesaiannya serta membincangkan keseluruhan proses

    tersebut.

    Implikasi keatasFalsafah

    PendidikanKebangsaan

    Falsafah Islam Falsafah Timur Falsafah Barat

    Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan (FPK)dan Falsafah

    Pendidikan Guru (FPG)

    Konsep asas

    Amalan profesionalismeguru dalam

    pembentukan modalinsan

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    3/17

    16

    Ahli falsafah akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti:

    Siapakah saya?

    Dari mana saya datang?

    Mengapa saya berada di sini?

    Ke manakah akan saya pergi?

    Bagaimanakah saya boleh lalui kehidupan ini?

    Secara kesimpulannya, falsafah adalah satu kajian mengenai alam semula

    jadi dan maksud dunia sejagat serta kehidupan manusia. Ia adalah satu set

    kepercayaan atau sikap terhadap kehidupan yang mempengaruhi tingkah

    laku individu.

    Bincangkan soalan-soalan di atas dengan rakan-rakan anda.

    Pandangan dunia adalah satu sistem falsafah yang lengkap.

    Pandangan

    ini perlu berdasarkan bukti-bukti yang mencukupi, tekal dan menyeluruh,

    serta

    tidak tercanggah. Kita perlu fikir dengan teliti apabila menilai satu-satu idea

    atau

    tuntutan mengenai kebenaran. Penilaian tersebut mestilah dibuat secata

    kritikal,

    betul dan menyeluruh.

    Kita semua mempunyai falsafah, walaupun kita tidak sedar

    mengenainya. Falsafah kita membentuk pandangan kita terhadap dunia ini,

    dan menjadi asas kepada keputusan yang kita buat setiap hari. Falsafah

    memberi kita hala tuju dalam hidup.Pendidikan pula merupakan proses pengajaran, latihan dan

    pembelajaran yang dijalankan di sekolah, kolej, institut atau universiti untuk

    menambah pengetahuan dan membina kemahiran. Di institusi ini pendidikan

    dijalankan secara formal, tetapi secara tidak langsung kita dididik melalui

    pengalaman sendiri.

    Apakah falsafah anda tentang pendidikan yang anda ingini? Bincangkan

    dengan rakan-rakan pendapat anda itu.

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    4/17

    17

    2.2 Implikasi Falsafah Islam, Falsafah Timur dan Falsafah Pendidikan Baratke

    atas pembentukan Falsafah Pendidikan

    2.2.1 Falsafah Pendidikan Barat

    Falsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum.

    Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat

    perhubungan di antara matlamat dan kaedah. Falsafah tradisional mengambil

    kira bahawa matlamat adalah diluar kawalan individu. Manusia bebas memilih

    kaedah untuk mencapai matlamat . Sebaliknya, falsafah moden menyuarakan

    bahawa individu boleh menentukan kedua-dua matlamat dan kaedah untuk

    mencapai matlamat.

    2.2.1.1 Perennialisme

    Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had

    masa yang mendefinisikan manusia sebagai seseorang yang rasional.

    Dengan pemahaman ini rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui

    pendidikan.

    Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk

    mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal. Proses ini tiada

    had masa. Perennialisme berfokus kepada perkembangan diri. Ini kerana

    orang adalah manusia. Orang perlu diajar mengenai unsur-unsur

    FalsafahPendidikan Barat

    Falsafah

    Tradisional

    Falsafah

    Moden

    Perennialisme Essentialisme Progresivisme Rekonstruksionisme

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    5/17

    18

    kemanusiaan dahulu. Orang adalah pada asasnya orang, dan keduanya

    barulah pekerja. Oleh itu topik-topik liberal harus diajar dahulu sebelum topik-

    topik vokasional. Topik-topik penting adalah topik yang membincangkan

    perkembangan seseorang. Oleh itu, prinsip perlu diajar, bukannya fakta.

    Fakta sentiasa berubah. Conohnya, dalam Sains, perennialisma

    menggunakan strategi pengajaran penakulan saintifik, bukan fakta.

    Penakulan diilustrasikan dengan eksperimen-eksperimen yang terkenal.

    Dengan cara ini, murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan

    yang lebih bercorak kemanusiaan. Yang pentingnya, ia menunjukkan

    ketidakpastian dan tindakan yang salah bagi sains sebenar.

    Guru dilihat sebagai seorang yang berkuasa dalam bidangnya. Pengetahuan

    dan kepakarannya tidak boleh dipersoalkan. Guru membantu murid berfikir

    secara rasional berdasarkan kaedah Sokratik. Sebagai pakar dalam mata

    pelajaran tertentu, guru perlu mahir membimbing perbincangan. Nilai-nilai

    tradisional perlu diajar secara eksplisit.

    2.2.1.2 Essentialisme

    Essentialisme melihat kepada apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk

    kehidupan yang sempurna dan baik. Essentialisme mengambil kira

    pendidikan sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan. Oleh

    itu, essentialisme adalah satu teori yang mempertikaikan bahawa tujuan

    utama pendidikan adalah menyampaikan budaya dan ilmu kepada setiap

    generasi baru.

    Essentialisme bertujuan menggalakkan perkembangan intelek setiap individu

    dan mendidik seseorang kearah kecekapan. Ini melibatkan pengajaran matapelajaran asas tradisional yang berguna pada masa lampau, dan akan

    berguna juga pada masa akan datang. Mata pelajaran yang penting adalah

    Sastera, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Matematik, Seni dan Muzik. Ia juga

    memberi fokus kepada pengajaran kemahiran-kemahiran penting serta

    penguasaan konsep dan prinsip. Program di bawah fahaman essentialis

    biasanya mengajar kanak-kanak secara ansur maju, daripada yang mudah

    kepada yang lebih kompleks.

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    6/17

    19

    Essentialisme juga berusaha mengekalkan sekolah sebagai institusi

    berfungsi akademik. Guru dianggap sebagai berkuasa dalam mata pelajaran

    dan pengajarannya. Guru ini berkuasa di dalam bilik darjah, dan menentukan

    kurikulum, Guru juga bertanggung jawab mengajar nilai-nilai tradisional.

    Menurut William Bagley (1574 1946) seorang guru dianggap sebagai model

    yang bernilai untuk dicontohi. Dari sini, kita boleh lihat bahawa kurikulum

    essentialisme adalah kurikulum umum, berpusatkan mata pelajaran yang

    menitik beratkan bahasa, sastera dan matematik, seni dan sains.

    Senaraikan elemen perennialisme dan essentialisme di sekolah anda.

    2.2.1.3 Progresivisme

    Progresiveme berkembang daripada pragmatisme (berfikir mengenai

    penyelesaian masalah dengan cara praktikal dan munasabah).

    Progressivisme percaya bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif.

    Pengetahuan akan membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan.

    Oleh kerana pengetahuan menerangkan realiti masa kini, kanak-kanak perlu

    diajar bagaimana untuk berfikir dan bukan apa yang perlu difikirkan.

    Dengan ini, pendidikan haruslah menyediakan murid yang boleh

    menyesuaikan dirinya dengan perubahan situasi.

    Progresivisme bertanggapan bahawa manusia secara semula jadi adalah

    baik. ia berpegang kepada pandangan bahawa kanak-kanak akan memilih

    apa yang terbaik untuk mereka. Berikut adalah pandangan Progresivisme

    dari segi :

    a. Kurikulum Berdasarkan minat murid

    Isi kandungan berbentuk interdisiplin

    Melibatkan aplikasi masalah manusia

    Menggalakkan pelbagai alternatif yang berkait contohnya aktiviti

    seperti pengalaman, penyelesaian masalah dan kaedah projek

    Menekankan pengalaman langsung

    Tumpuan kepada pembelajaran aktif dan relevan

    Menggunakan pendekatan induktif untuk pengajaran

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    7/17

    20

    b. Peranan guru sebagai pembimbing kepada penyelesaian masalah dan

    inkuiri

    saintifik

    Murid digalakkan membina penerangan serta kefahaman sendiri

    tentang sesuatu fenomena. Ini membolehkan murid mengguna

    pembinaan pengetahuan baru untuk bidang pembelajaran lain

    Fokusnya ialah murid sebagai pelajar dan bukan kepada isi

    kandungan

    c. Peranan sekolah

    Menggalakkan kolaborasi

    o Aktiviti pembelajaran kumpulan secara kolaboratif digalakkan

    o Kurang penekanan kepada pembelajaran persaingan individu

    Pereka cipta dan pelaksanaan prosedur yang demokratik

    o Bebas berbincang

    o Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama

    o Menggalakkan penyertaan menyeluruh dalam aktiviti

    pendidikan

    o Penyertaan masyarakat

    o Reformasi sosial

    Perubahan yang berlaku dalam pendidikan merupakan perubahan daripada

    pengajaran berbentuk pemusatan guru kepada berpusatkan murid dan

    daripada isi kandungan kepada proses pembelajaran untuk

    memperkembangkan pemikiran dan individu yang boleh menyesuaikan diri.

    2.2.1.4 Rekonstruksionisme

    Rekonstruksionisme adalah hasil pertumbuhan daripada progresivisme.

    Rekonstruksionisme berhasrat untuk memperbaiki dan membangunkan

    semula masyarakat. Ia menunjukkan pembentukan satu corak budaya baru

    dan penghapusan penyakit masyarakat sebagai tujuan utama pendidikan.

    Rekonstruksionisme melihat sekolah sebagai penggerak penting untuk

    memajukan kehidupan manusia malalui pendidikan dan reformasi sosial.

    Rekonstruksionisme memilih sekolah sebagai tempat untuk membentuk

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    8/17

    21

    masyarakat baharu. Terdapat beberapa fahaman berkenaan

    rekonstruksionisme:

    a. Sekolah, yang berfungsi untuk

    mengenal pasti masalah masyarakat yang utama yang menyebabkan

    krisis budaya

    memupuk sikap dan kemahiran yang boleh menyelesaikan masalah

    tersebut

    b. Kurikulum

    menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial

    berfokuskan trenda masa kini dan masa depan, merangkumi isu-isu

    kebangsaan dan antarabangsa

    menggalakkan kemahiran dan mata pelajaran yang diajar adalah yang

    boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah masyarakat

    menggalakkan pembelajaran aktif dengan mengambil kira mengenaii

    masyarakat masa kini dan juga masa hadapan

    Guru perlu memberi komitmen dalam membina masyarakat baru. Mereka

    patut berperanan sebagai agen perubahan dan reformasi. Mereka juga

    membantu murid sedar tentang masalah yang dihadapi oleh manusia sejagat.

    Di sini kita boleh membuat kesimpulan adalah penting membangunkan

    semula masyarakat melalui proses pendidikan dibanding pembangunan

    individu. Kita patut sedar masyarakat terdiri daripada individu. Oleh itu, jenis

    masyarakat yang diinginkan boleh dibentuk melalui proses evolusi iaitu

    proses pendidikan.

    Huraikan aktiviti yang telah anda gunakan yang menggambarkan

    pendidikan progresif.

    2.2.2 Falsafah Islam

    Falsafah Islam adalah berasaskan kepada pengajaran Islam yang

    diambil dari al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kita akan melihat

    kepada seorang ahli falsafah Islam. Beliau adalah Ibn Rushd berasal dari

    keluarga intelek yang dihormati. Beliau sangat berpengaruh dalam fahaman

    barat. Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafah adalah saling

    melengkapi (Raslan, 1997; Ead, 1998).

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    9/17

    22

    Anda dinasihatkan untuk melayari laman web untuk maklumat lanjut

    tentang ahli falsafah Islam lain yang penting yang telah membantu

    membentuk pandangan tentang falsafah secara keseluruhan.

    Mengapakah kita perlu mengetahui tentang Falsafah Islam?

    Apakah sumbangan Falsafah Islam ini kepada manusia

    sejagat dan dalam lapangan pendidikan?

    Falsafah Islam menerangkan pertalian antara manusia dan

    Penciptanya, antara manusia dan manusia, dan antara manusia dan

    persekitarannya. Mengkut Ibn Rushd, manusia tidak mempunyai kawalan

    terhadap suratan takdirnya dan tidak juga ditentukan sepenuh oleh manusia

    (Ead, 1998). Ibn Rushd menyatakan bahawa Islam bertujuan mendapatkan

    ilmu sebenar. Ini didefinisikan sebagai ilmu Tuhan dan ciptaannya. Ia juga

    termasuk pengetahuan tentang cara mencapai kepuasan dalam dunia ini dan

    bagaimana untuk mengelak daripada kesengsaraan di akhirat nanti (Ead,

    1998)

    2.2.2.1 Pendidikan Islam

    Pendidikan Islam mendidik dan melatih minda manusia, fizikal, rohani

    dan emosinya. Prosesnya adalah berasaskan wahyu (al-Quran), amalan Nabi

    Muhammad s.a.w (Sunnah) dan para sahabatnya, pengalaman serta

    pendidik-pendidik yang ternama. Pendidikan Islam juga adalah satu prosesmembimbing pendidik untuk membentuk murid berdasarkan pengajaran

    Islam.

    Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia, pendidikan Islam adalah

    satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan

    amalan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Ini akan membekalkan

    manusia dengan pengalaman dan ilmu yang mencukupi supaya manusia itu

    tahu siapa dirinya serta peranan dan tanggung jawabnya sebagai suruhan

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    10/17

    23

    Tuhan dan sebagai khalifah (pemimpin) untuk memelihara dan memajukan

    dunia ini.

    Matlamat pendidikan Islam adalah untuk membentuk manusia supaya

    menjadi orang yang cintakan Allah dan Rasul-rasulNya dan boleh

    menjalankan tanggung jawabnya sebagai khalifah di dunia ini. Secara

    ringkasnya, tujuan Pendidikan Islam adalah untuk mendidik murid supaya :

    bertingkah laku baik

    mencapai kesempurnaan rohani

    melakukan kebajikan

    mengamalkan budaya yang betul

    membiasakan diri dengan kebersihan, keikhlasan dan amalan baik.

    (BPG 2002)

    2.2.2.2 Falsafah Pendidikan Islam

    Sesiapa yang belajar tentang anatomi akan meningkatkan lagi kesetiaannyakepada keagungan dan keunggulan Tuhan yang maha kuasa. Ibn Rushddalam Ead, 1998.

    Petikan di atas mengimbas kembali pemikiran di sebalik falsafah pendidikan

    Islam. Seseorang itu dianggap berpendidikan apabila apa yang dipelajarinya

    memperkukuhkan kesetiaannya terhadap Penciptanya.

    Falsafah pendidikan adalah berdasarkan kepada pengajaran Islam

    atau wahyu. Menurut Ibn Rushd, minda adalah alat muktamad untuk

    mendapatkan ilmu. Allah telah mencipta minda yang membolehkan individu

    membuat penaakulan tentang kewujudanNya dan menaakul tentang perkara-

    perkara di dunia ini. (Raslan, 1997). Beliau juga menyatakan bahawa

    kesempurnaan mental dan emosi akan hanya dicapai apabila manusia cinta

    dan patuh kepada Allah. (Ead, 1998)

    Bincang mengapa kita perlu mengambil kira semua falsafah pendidikan

    dalam membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    11/17

    24

    2.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirangka berdasarkan ideologi

    dan falsafah yang terkandung dalam Laporan Pendidikan dan Akta

    Pendidikan, Rukun Negara, serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia.

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

    rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

    terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    (FPK, 1988)

    2.3.1 Analisis FPK

    Setelah berbincang secara menyeluruh mengenai FPK, marilah kita cuba

    menganalisis elemen-elemen yang terkandung di dalamnya dengan lebih

    terperinci. Jadual 1 seterusnya menerangkan elemen-elemen tersebut

    dengan mengupas maksudnya..

    Elemen dalam FPK Analisis

    Usaha yangberterusan

    Manusia perlu menyesuaikan diri dengan pelbagaiperubahan seperti perkembangan

    Perubahan membawa kepada pengurusan pengetahuandengan penekanan kepada kemahiran dan pengetahuanyang terkini

    Dikaitkan dengan pendidikan seumur hidup

    Seterusnyamengembangkanpotensi individu

    Setiap individu mempunyai kebolehan dan potensisemula jadi anugerah daripada Tuhan yang mungkintidak ditetahui secara sedar

    Potensi dan kebolehan ini perlu sentiasadiperkembangkan dan dipertingkatkan melalui interaksidengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti

    Menyeluruh danbersepadu

    Potensi dan kebolehan domain-domain berikut perlu dipupuk secara bersepadu dan menyeluruh Intelektual

    o Pengetahuan sebenar, pemikiran kritikal dankreatif

    o Gunakan pengetahuan untuk diri dan orang lainsebarkan pengetahuan

    Rohani

    o Percaya kepada Tuhan, memeluk agama, nilai

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    12/17

    25

    moral dan norma masyarakat, tingkah laku baik,setia, rela berkorban untuk pembangunannegara

    Emosio Berdikari, tenang, tingkah laku baik, penyayang,

    semangat setiakawano Menghargai kecantikan dan seni

    Fizikalo Tangkas dan sihato Memperkembangkan bakat dan kemahiran

    teknikal serta manipulatif

    Seimbang danharmoni

    Menghargai pengetahuan, perwatakan yang baik,ketahanan menghadapi cabaran

    Rasional, sihat, bekerja sama, sentiasa cuba menyelesaimasalah

    Kepercayaan teguhserta bertaqwa

    kepada Tuhan

    Saling berhubung dengan diri sendiri, persekitaran danTuhan

    Mengakui Tuhan sebagai PenciptaWarganegaraMalaysia yangberpengetahuandanberketerampilan

    Budaya ilmu, cintakan ilmu, membacxa untuk diri sendiridan orang lain berfikiran terbuka

    Menyebarkan maklumat Cekap mempunyai pengetahuan kemahiran dan faham

    prosedur kerja

    Mempunyai tahapmoral yang tinggi

    Sopan dan berdisiplin Boleh membezakan antara buruk dan baik, mempunyai

    nilai mulia Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek

    kerohanian

    Mampu mencapai

    kesejahteraan diridi tahap tinggi

    Daya tahan yang kuat untuk menghadapi percanggahan,

    stabil, tenang Badan yang sihat Boleh menwujudkan pertalian yang baik dengan orang

    lain

    Bolehmenyumbangkankepadakeharmonian dankesejahteraandalam keluarga,masyarakat dannegara

    Melalui kerjasama, timbang rasa dan hormat Memupuk persefahaman dalam keluarga Semangat kenegaraan dan cintakan tanah air Menghargai dan mengamalkan rukun negara Patuh dan memelihara perlembagaan Membangunkan ekonomi melalui pelbagai cara

    Jadual 1 : Analisis Elemen-elemen FPK

    1. Bagaimanakah anda sebagai seorang guru boleh membantu

    Membina diri dalam aspek yang dimanifestasikan dalam FPK?

    2. Terangkan dengan ringkas kenyataan berikut berkaitan dengan FPK:

    a. Pendidikan adalah usaha yang berterusan

    b. Manusia yang seimbang dan harmoni

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    13/17

    26

    c. Menyediakan tenaga manusia untuk memenuhi keperluan

    pembangunan Negara.

    2.4 Falsafah Pendidikan Guru

    Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal sebagai panduan

    dalam pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan )FPK). FPG

    menggariskan jenis guru yang diperlukan oleh Negara bagi merealisasikan

    kandungan FPK yang ideal. Pernyataan FPG adalah seperti berikut:

    Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

    bersedia menjungjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan

    kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara

    suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

    Falsafah Pendidikan Guru

    Rujuk Jadual 2 untuk analisis FPG:

    Elemen FPG Analisis

    Perwatakan yang

    mulia

    Sopan dan berdisiplin

    Boleh membezaakn antara buruk dan baik,

    mempunyai nilai mulia

    Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan

    dan aspek rohani

    Berkembang maju danberpandangan saintifik

    Pengetahuan mempunyai pertalian denganpembangunan, oleh itu seorang guru perlulah

    berpengetahuan serta berkemahiran

    Mempunyai kemahiran professional dalam

    mengguna dan menghasilkan bahan pengajaran

    dan pembelajaran untuk meningkatkan mutu

    pengajaran dan pembelajaran

    Berkomited

    menegakkan aspirasi

    Cekap, jujur, boleh dipercayai, patuh kepada

    undang-undang negara

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    14/17

    27

    Negara Sentiasa memperbaiki diri, keluarga,

    masyarakat, agama, bangsa dan negara

    Mengekalkan warisan

    budaya kebangsaan

    Menegakkan amalan dan mempromosi budaya

    Malaysia dan cara hidupnya

    Mengamalkan nilai murni, penyayang dan

    berempati, inovatif dankreatif

    Patuh kepada etika profesion perguruan

    Pembangunan individu

    dan pengekalan

    masyarakat yang

    bersatu, demokratik,

    progresif dan

    berdisiplin

    Guru sebagai agen perubahan

    Menegakkan dan mempromosi rasa hormat

    antara budaya dan kehidupan yang harmoni

    Cintakan ilmu pengetahuan dan pembelajaran

    seumur hidup

    Jadual 2: Analisis FPG

    a. Analisis dan terjemahkan elemen-elemen yang terkandung dalam FPG.

    b. Apakah matlamat Pendidikan Guru?

    2.4.1 Matlamat Falsafah Pendidikan Guru

    Seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru, matlamat utama

    pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang professional, tinggi daya

    tahan, beretika, berfikiran kreatif, mengamalkan nilai murni, mempunyai

    kemahiran yang diperlukan, dan berpengetahuan dalam teknologi. Guru-guru

    ini mampu hidup dan menegakkan warisan negara seperti demokrasi,

    integrasi dan antara budaya yang harmoni. Mereka akan menghasilkan murid

    yang sesuai dengan pembinaan Negara.

    Pendidikan guru meliputi aspek seperti membina kemahiran dalam mata

    pelajaran utama, pedagogi serta pengurusan pembelajaran.

    Buat rujukan berkenaan kemahiran yang perlu ada pada guru-guru

    di sekolah.

    2.5 Amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    15/17

    28

    berlandaskan Falsafah Pendidikan Guru

    Falsafah yang didokumentasikan ini menggalakkan kita sebagai guru

    memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing kita

    melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana sahaja dan

    pada bila-bila masa yang diperlukan. Oleh itu, guru perlu kerap membuat

    rujukan, banyak membaca dan membuat refleksi.

    Guru boleh menjadi ejen perubaan untuk mendidik dan melahirkan generasi

    yang bertanggung jawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi

    FPK dan Visi yang dihasratkan oleh Negara. Sebagai guru, kita perlu

    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam TMK supaya

    boleh mengikuti perubahan sistem penyampaian.

    Guru perlu bertanggung jawab sepenuhnya dan mempunyai akauntabiliti dan

    sentiasa berusaha untuk memperoleh dan mengamalkan apa yang telah

    dipelajari bagi memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang

    sama guru harus boleh bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif.

    Sebagai seorang yang saintifik, inovatif dan progresif, guru perlu sentiasa

    mengikuti perkembangan trenda pendidikan terkini serta dapat membina dan

    memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah,

    seperti menjalankan aktiviti dan penilaian yang diusahakan oleh guru

    berdasarkan kesesuaian tahap kebolehan murid.

    Bandingkan FPK dan FPG.

    TUGASAN TERARAH

    Bincangkan aktiviti yang anda perlu jalankan di dalam bilik darjah untukmembentuk modal insan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    dan Falsafah Pendidikan Guru.

  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    16/17

    29

    RUJUKAN

    Ead, H.A. (1998)Averroes As A Physician.http://www.frcu.uim.eg/www/universities/html/hamed2.htm

    Armstrong, D.G., Henson, K.T. & Savage, T.V. *(1995) Education:AnIntroduction. New York:Macmillan.

    Eisner, E.W. (1994) The Educational Imagination. New York: Macmillan

    College Pub.

    PORTFOLIODokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dandiserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

    LAMAN WEBupu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

    www.moe,gov,mymymalaysiainfo.com/education/falsafah.pendidikan

    http://www.moe%2Cgov%2Cmy/http://www.moe%2Cgov%2Cmy/http://www.amazon.com/http://www.amazon.com/http://www.amazon.com/http://www.moe%2Cgov%2Cmy/
  • 7/28/2019 05_Tajuk 2.docx

    17/17

    30

    IKON

    Rehat

    Perbincangan

    Bahan Bacaan

    Buku Rujukan

    Latihan

    Membuat Nota

    Senarai Semakan

    Layari Internet

    Panduan Pengguna

    Mengumpul Maklumat

    Tutorial

    Memikir

    Tamat