rbt elektrik

10
Langkah-Langkah Pelaksanaan Projek Elektrik Langkah 1 (Pemilhan bahan dan membuat lakaran) Sebelum pendawaian dilakukan, guru pelatih diminta untuk melakarkan litar pendawaian dengan menggunakan kapur dan pembaris . Pendawaian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pendawaian soket dan pendawaian lampu. Wayar neutral (hitam), life (merah) dan bumi (hijau). Panjang wayar life bagi litar pencahayaan ialah 170cm, manakala panjang wayar neutral dan wayar bumi masing-masing ialah 100cm. Manakala bagi litar kuasa panjang wayar life, wayar neutral dan wayar bumi masing- masing sepanjang 130cm. Terdapat perbezaan bagi wayar pendawaian lampu dan soket kerana wayar yang digunakan untuk pendawaian soket lebih besar saiznya berbanding wayar yang digunakan pada pendawaian lampu. Langkah 2 (memasang saluran dan soket) Seterusnya, pendawaian dilakukan bermula pada bahagian soket. Wayar dijalurkan terlebih dahulu menggunakan penjalur wayar sebelum

Upload: jamison-campbell

Post on 16-Jan-2016

269 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Pemasangan Domestik

TRANSCRIPT

Page 1: RBT ELEKTRIK

Langkah-Langkah Pelaksanaan Projek Elektrik

Langkah 1

(Pemilhan bahan dan membuat

lakaran)

Sebelum pendawaian dilakukan, guru pelatih diminta

untuk melakarkan litar pendawaian dengan menggunakan

kapur dan pembaris .

Pendawaian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu

pendawaian soket dan pendawaian lampu.

Wayar neutral (hitam), life (merah) dan bumi (hijau).

Panjang wayar life bagi litar pencahayaan ialah 170cm,

manakala panjang wayar neutral dan wayar bumi masing-

masing ialah 100cm.

Manakala bagi litar kuasa panjang wayar life, wayar

neutral dan wayar bumi masing-masing sepanjang 130cm.

Terdapat perbezaan bagi wayar pendawaian lampu dan

soket kerana wayar yang digunakan untuk pendawaian

soket lebih besar saiznya berbanding wayar yang

digunakan pada pendawaian lampu.

Langkah 2

(memasang saluran dan soket)

Seterusnya, pendawaian dilakukan bermula pada

bahagian soket.

Wayar dijalurkan terlebih dahulu menggunakan penjalur

wayar sebelum penyambungan dan pemasangan soket.

Setelah siap pendawaian bagi soket, tapak soket dipasang

dengan menggunakan cordless screwdriver atau

screwdriver.

Selepas tapak soket dipasang, proses penyambungan

wayar pada soket dilakukan melibatkan wayar neutral,

bumi dan life.

Soket dipasang selepas penyambungan siap dilakukan

Page 2: RBT ELEKTRIK

menggunakan pemutar skru Philip/ pena ujian.

Seterusnya pendawaian pada bahagian lampu.

Pemasangan tapak bagi soket lampu menggunakan pena

ujian/ cordless screwdriver.

Selepas pendawaian siap dilakukan, penyambungan pada

suis dilakukan.

Langkah 3

(Penyambungan wayar dan

pendawaian)

Selepas itu, lakukan proses penyambungan wayar neutral,

life dan bumi.

Sebelum penyambungan dilakukan, wayar perlu dijalurkan

terlebih dahulu.

Pendawaian yang telah siap dipasang perlu melalui proses

pengujian.

Langkah 4

(Proses pengujian)

Pengujian akan dilakukan pada litar kuasa untuk

memastikan arus elektrik ada.

Selepas disambung dengan bekalan elektrik, pendawaian

yang telah dilakukan berjaya. Suis berfungsi apabila lampu

menyala.

Pendawaian yang berjaya dilakukan dengan beul, soket

juga akan berfungsi dengan baik.

Page 3: RBT ELEKTRIK

Laporan Projek Elektrik

Membuat pendawaian domestik menggunakan saluran PVC merupakan salah satu projek saya

daripada kursus Reka Bentuk dan Teknologi pada semester ini. Saya dikehendaki untuk membuat

pendawaian ini secara individu. Sebelum memulakan projek pendawaian domestik, kami telah

diberikan penerangan daripada pensyarah kita, iaitu Encik Norhanan. Penerangan yang diberi oleh

beliau sangat jelas dan teliti, dan kami pun mendengar dengan tumpuan yang sepenuhnya. Selepas

penerangan daripada pensyarah, saya pun bermula dengan kerja saya.

Saya telah memilih sekeping kayu yang sesuai dan memulakan kerja saya. Sebelum

pendawaian dilakukan, saya telah melakarkan litar pendawaian dengan menggunakan kapur dan

pembaris pada kepingan papan yang telah saya pilihkan. Pendawaian ini terbahagi kepada dua

bahagian iaitu pendawaian soket dan pendawaian lampu. Selepas itu, saya telah memilih 3 jenis

wayar, iaitu wayar neutral (hitam), wayar life (merah) dan wayar bumi (hijau). Panjang bagi wayar life

untuk litar pencahayaan ialah 170cm, manakala panjang untuk wayar neutral dan wayar bumi

masing-masing ialah 100cm. Manakala bagi litar kuasa, panjang wayar life, wayar neutral dan wayar

bumi masing-masing adalah sepanjang 130cm.Terdapat perbezaan bagi wayar pendawaian lampu

dan soket kerana wayar yang digunakan untuk pendawaian soket lebih besar saiznya berbanding

wayar yang digunakan pada pendawaian lampu.

Seterusnya, proses pendawaian dilakukan bermula pada bahagian soket. Kesemua wayar

dikehendaki untuk dijalurkan terlebih dahulu menggunakan penjalur wayar sebelum penyambungan

dan pemasangan soket. Ini adalah untuk memastikan kekemasan dan memastikan wayar tersebut

dapat berfungsi dengan baik. Setelah siap pendawaian bagi soket, tapak soket seharusnya dipasang

dengan menggunakan cordless screwdriver atau pena ujian. Selepas tapak soket dipasang, proses

penyambungan wayar pada soket yang dilakukan akan melibatkan wayar neutral, wayar bumi dan

wayar life. Soket akan dipasang selepas proses penyambungan telah siap dilakukan dengan

menggunakan pemutar skru Philip atau pena ujian dan pendawaian akan dilakukan pada bahagian

lampu dan pemasangan tapak bagi soket lampu. Selepas proses pendawaian siap dilakukan, proses

penyambungan pada suis akan dilakukan.

Proses penyambungan wayar melibatkan ketiga-tiga wayer ini, iaitu wayer neutral, wayar life

dan wayar bumi. Sebelum penyambungan dilakukan, wayar yang perlu digunakan hendaklah

dijalurkan terlebih dahulu dan bagi pendawaian yang telah siap dipasang perlu melalui proses

pengujian. Pengujian ini akan dilakukan pada litar kuasa untuk memastikan adanya arus elektrik.

Apabila disambung dengan bekalan elektrik, pendawaian yang dilakukan telah berfungsi dan suis

Page 4: RBT ELEKTRIK

berfungsi apabila lampu menyala dan sekiranya, pendawaian dapat dilakukan dengan betul, soket

juga dapat berfungsi dengan baik.

Melalui projek ini, saya dapat mempelajari tentang cara bagi membuat pendawaian litar

pengcahayaan dan pendawaian litar kuasa. Saya juga dapat mengenali komponen dan peralatan

yang digunakan untuk membina satu litar dan memahami tentang cara pemasangan komponen-

komponen elektrik pada litar dengan cara yang betul dan mengetahui tentang fungsi setiap

komponen.

Page 5: RBT ELEKTRIK

Bahan dan peralatan

Bahan/peralatan Fungsi

Papan Digunakan untuk menetapkan projek di atasnya.

Sesalur PVC Digunakan untuk menampung kabel yang banyak. Sesuai

digunakan kerana lebih selamat, tidak terdedah pada kerosakan

mekanikal bahan kimia dan haba.

Plug 3 pin Digunakan bagi menyambung dan mengalirkan arus dari

sumber elektrik .

Soket & base (2+2 ) Alat yang membekalkan arus elektrik yang boleh dipasang dan

ditanggalkan. Mempunyai tiga tamatan iaitu bumi, life dan

neutral.

Suis & base (1+1) Berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan

elektrik.

Page 6: RBT ELEKTRIK

Lampu Kalimantang Lampu memberikan cahaya dan menunjukkan bahawa litar yang

dipasang betul dan ada arus.

Pemegang lampu digunakan untuk memegang mentol atau

lampu.

Skru Digunakan pada tapak soket, tapak suis dan pemagang lampu

dan untuk memasang soket pada suis.

Wayar Wayar hidup  (juga dikenali sebagai wayar fasa) -

membawa arus ulang-alik dari punca kuasa ke beban.

Wayar neutral  - mengembalikan arus elektrik ke punca

kuasa.

Wayar bumi  - bertujuan hanya untuk mengangkut arus

elektrik bocor ke bumi apabila berlaku kebocoran arus elektrik

akibat kegagalan penebat; jika tiada kebocoran arus elektrik,

wayar ini tidak membawa sebarang arus elektrik. Ia biasanya

disambungkan ke bahagian bekas logam serta bahagian

peralatan lain yang mungkin bersentuhan dengan manusia. 

Cordless drill Membolehkan kerja membuka dan pemasangan dilakukan

dengan pantas dan mudah. Menggunakan sumber kuasa

daripada bateri

Page 7: RBT ELEKTRIK

Pemutar Skru Memutarkan skru pada bahagian soket dan suis. Ia juga

digunakan untuk memulakan pemasangan skru sebelum skru

diputar dengan menggunakan cordless screwdriver.

Pembaris Digunakan untuk mengukur panjang wayer dan melukis lakaran

litar pada kotak.

Wire Stripper Digunakan bagi membuang bahagian penebat pada bahagian

luar wayer sebelum dawai tersebut diikat pada tamatan atau

terminal.

Kapur Ia digunakan untuk melukis lakaran pada papan sebelum

menjalankan pendawaian.

Page 8: RBT ELEKTRIK

Test pen Digunakan bagi memeriksa samada pendawaian dilakukan

dengan betul dengan menentukan terdapat arus yang mengalir

pada sesuatu bahagian pendawaian. Jika lampu pada test pen

menyala, ia menunjukkan bahawa sesuatu bahagian

pendawaian telah dipasang dengan betul. Selain itu, ia berfungsi

sebagai pemutar skru bagi bahagian penyambung wayer dan

tamatan pada suis dan soket.

Playar kacip Digunakan bagi memotong wayer pada ukuran yang

dikehendaki, ia mampu membuat potongan yang kemas.

Playar mancung tirus Digunakan utnuk memegang wayer pada tempat yang sempit.

Playar ini boleh menyepit wayer dengan lebih kemas untuk

menarik wayer agar pemasangan wayer dilakukan dengan

kemas. Ia juga bokeh digunakan untuk memotong wayer.

Playar gabung Digunakan untuk memegang bahan, momotong dan memintal

dawai atau kabel elektrik