proposal rbt 12koperatif

59
ABSTRAK Pendidikan merupakan proses menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan individu dari semua aspek iaitu jasmani,emosi,sosial,seni dan moral.Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan diantara kaedah pembelajaran koperatif dengan pencapaian murid sekolah rendah dalam mata pelajaran kemahiran hidup.Kajian ini juga dijalankan bagi mengkaji persepsi murid terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup selepas pembelajaran koperatif diaplikasikan.Seramai 38 orang murid tahun 6 terlibat dalam kajian ini iaitu terdiri daripada 23 murid lelaki dan 15 murid perempuan dari SK. Simpangan,Beluran,Sabah. Dua jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu ujian pra dan ujian pos. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu A-Demografi dan bahagian B-Persepsi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua murid mempunyai peningkatan dari segi pencapaian peratusan markah setelah kaedah PK didedahkan kepada mereka. Selain itu,persepsi mereka terhadap PK dan matapelajaran kemahiran hidup juga positif. Kesimpulannya, PK boleh digunakan khususnya bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.Cadangan untuk kajian yang akan dating,adalah diharapkan agar kajian ini dijalankan mengambil saiz yang lebih besar .

Upload: wan-rosdan-wan-mahmud

Post on 24-Jul-2015

139 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

koperatif learning

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Rbt 12koperatif

ABSTRAK

Pendidikan merupakan proses menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan individu dari semua aspek iaitu jasmani,emosi,sosial,seni dan moral.Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan diantara kaedah pembelajaran koperatif dengan pencapaian murid sekolah rendah dalam mata pelajaran kemahiran hidup.Kajian ini juga dijalankan bagi mengkaji persepsi murid terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup selepas pembelajaran koperatif diaplikasikan.Seramai 38 orang murid tahun 6 terlibat dalam kajian ini iaitu terdiri daripada 23 murid lelaki dan 15 murid perempuan dari SK. Simpangan,Beluran,Sabah. Dua jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu ujian pra dan ujian pos. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu A-Demografi dan bahagian B-Persepsi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua murid mempunyai peningkatan dari segi pencapaian peratusan markah setelah kaedah PK didedahkan kepada mereka. Selain itu,persepsi mereka terhadap PK dan matapelajaran kemahiran hidup juga positif. Kesimpulannya, PK boleh digunakan khususnya bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.Cadangan untuk kajian yang akan dating,adalah diharapkan agar kajian ini dijalankan mengambil saiz yang lebih besar .

Page 2: Proposal Rbt 12koperatif

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan perubahan

yang dikehendakki di dalam diri seseorang. Sistem pendidikan Negara memberikan

penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu(Wan Zahid,2000). Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah(KHSR)

adalah satu subjek yang membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan

pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan

kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap

dan budaya kerja yang baik.

Terdapat pelbagai strategi,kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang

boleh diaplikasikan bagi mata pelajaran kemahiran hidup. Untuk kajian,saya telah

memilih atau memfokuskan kepada pembelajaran secara koperatif dalam meningkatkan

prestasi murid bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Mengikut Skolnik,Langbort dan Day (1982), pembelajaran koperatif menyebabkan

pelajar merasa senang untuk bertanyakan soalan kepada rakan sendiri berbanding orang

dewasa. Keadaan ini wujud di Malaysia dimana pelajar-pelajar enggan bertanya kepada

guru walaupun mereka tidak faham akan pengajaran guru tersebut.

Banyak kajian menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif boleh member faedah

yang signifikan berbanding dengan pembelajaran secara individu. Pembelajaran individu

boleh menjadi halangan kepada kejayaan pelajar,terutamanya pelajar yang cacat atau

keupayaan rendah ( Johnson & Johnson, 1986: Slavin, 1991).

Page 3: Proposal Rbt 12koperatif

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Berdasarkan pengalaman sepanjang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup sekolah

rendah, saya dapati kaedah pembelajaran koperatif tidak didedahkan secara meluas oleh

guru-guru yang mengajar kemahiran hidup. Ini menyebabkan pengajaran dan

pembelajaran tidak mencapai objektif yang diharapkan.

Selain itu, pencapaian murid-murid tahap dua yang belajar kemahiran hidup tidak

begitu memuaskan. Semasa saya menjalankan pengajaran di dalam kelas,murid-murid

kurang memberi perhatian. Mereka lebih suka berbual-bual dengan kawan-kawan

disebelah mereka.Apabila ditegur mereka akan ikut untuk sementara waktu dan akan

membuat perkara tersebut kembali. Apabila diberikan latihan pengukuhan,ramai murid

yang tidak dapat menjawab soalan dengan betul.

Persoalan ini perlu diambil tindakan yang sewajarnya, agar pengajaran mata pelajaran

memberi kesan yang positif kepada diri murid-murid dan seterunya dapat mencapai

objektif yang diingini pada akhir pengajaran dan pembelajaran.

Masalah ini wujud disebabkan oleh tiadanya penglibatan murid dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran atau dengan lain perkataan hanya berpusatkan guru sahaja.Untuk

mengatasi masalah ini saya dedahkan murid-murid dengan kaedah pembelajaran

koperatif yang mana berpusatkan kepada murid-murid. Hal ini menyebabkan murid

dirangsang untuk berfikir dan mencari penyelesaian terhadap masalah yang diberi.

Dr. Howard Gardner (1983), dalam teori kecerdasan pelbagainya menyatakan bahawa

terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai. Dua daripadanya sangat berkaitan dengan

pembelajaran koperatif iaitu kecerdasan kinestetik pergerakan( Bodily-kinesthetic

Intelligence) dan kecerdasan interpersonal ( Interpersonal Intelligence). Melalui

Page 4: Proposal Rbt 12koperatif

pembelajaran koperatif murid dapat mengasah kemahiran kinestetik pergerakan mereka

kerana masing-masing belajar dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan. Selain

itu,mereka juga boleh mengasah kemahiran interpersonal mereka melalui hubungan

sosial yang terjalin semasa berhadapan dengan ahli kumpulan masing-masing.

Setelah saya menerapkan kaedah pembelajaran secara koperatif,saya dapati ramai

murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan. Murid-murid tidak lagi segan untuk bertanya berkaitan masalah yang

dihadapi dalam pengajaran guru. Ini adalah kerana mereka mempunyai semangat yang

tinggi dan ingin menjadi kumpulan yang terbaik semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan. Justru dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian

murid-murid dalam mata pelajaran kemahiran hidup.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Sebelum kajian dijalankan, masalah pembelajaran murid telah dikenalpasti terlebih

dahulu. Dari pemerhatian yang dibuat,murid mengalami masalah dari segi fokus

pembelajaran ,dimana murid kerap merayau-rayau ke meja kawan-kawan dan bercakap-

cakap sesama kawan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Kesan

dari masalah ini ,satu cara penyelesaian masalah yang sesuai untuk diintegrasikan

dengan permasalahan ini telah dipilih iaitu pembelajaran secara koperatif. Strategi ini

boleh dilaksanakan dengan mudah kerana murid-murid di dalam satu kelas yang sama

dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, dimana setiap kumpulan terdiri dari

murid yang berbeza dari segi kebolehan dan pencapaiannya. Kumpulan yang telah

dibentuk kemudiannya diwajibkan duduk pada meja yang sama agar proses

pembelajaran koperatif dapat dijalankan dengan lancar .

Page 5: Proposal Rbt 12koperatif

Semasa kajian, didapati bahawa penggunaan kaedah pembelajaran secara koperatif

sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun

suasana di dalam kelas agak riuh sedikit semasa pembelajaran koperatif berjalan, namun

dapat dilihat dengan jelas proses pembelajaran sedang berlaku pada tahap yang amat

baik dimana semua murid masing-masing menjalankan tanggungjawab terhadap diri

mereka sendiri. Pada awalnya, kaedah pembelajaran koperatif agak sukar diterima oleh

murid kerana mereka tidak lagi serasi dengan ahli kumpulan mereka. Selepas beberapa

sesi dijalankan mereka semua dapat menyesuaikan diri disamping penegasan yang perlu

dipatuhi dalam pembelajaran koperatif.

Selepas kajian, dapat diperhatikan murid-murid menunjukkan sikap yang sangat

ketara dimana hubungan sosial dan minat untuk belajar secara bersama-sama semakin

menampakkan keserasian yang baik. Selain itu,penerimaan murid terhadap

pembelajaran koperatif juga amat memberangsangkan.

Page 6: Proposal Rbt 12koperatif

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) muka surat 317,data bermaksud butiran

atau maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpul tentang sesuatu dan dapat

dijalankan asas untuk membuat kajian manakala untuk primer (muka surat 1231) ialah

yang pertama,yangterpenting yang utama.Data primer merupakan data yang didapatkan

dari sumber asli atau pertama.Ia merupakan data yang didapati dari sumber pertama,

baik daripada individu atau perseorangan.Contohnya hasil dari hasil pengisian penyoalan

yang biasa dilakukan oleh pengkaji atau data yang diperolehi secara langsung dari

jawapan responden melalui penyebaran soalan. Data primer merupakan data-data yang

diperoleh secara langsung daripada kejadian sosial sebenar.

Dua strategi digunakan untuk mengumpul data bagi melaksanakan kajian ini iaitu

data yang didapati daripada temubual tidak berstruktur,data yang didapati daripada soal

selidik dan data yang didapati daripada ujian pra dan ujian pos.

i) Borang Soal Selidik

Borang soal selidik dipilih sebagai instrument untuk mendapatkan data dan maklumat

mengenai penggunaan kaedah koperatif dalam pembelajaran.Soal selidik ini

mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A diminta

responden mengisi maklumat diri masing-masing. Manakala bahagian B pula

Page 7: Proposal Rbt 12koperatif

mengandungi 10 soalan yang perlu dijawab oleh responden untuk mengetahui sejauh

mana penerimaan responden terhadap PK dan minat mereka terhadap matapelajaran KH

selepas diterapkan kepada mereka.Item yang digunakan ialah berbentuk skala likert

5 mata.

Bagi borang soal selidik bahgian A, kesahan soalan borang soal selidik tersebut

telah dikaji terlebih dahulu.Data bagi soal selidik ini kemudiannya dianalisis

menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 11.5 untuk

mendapatkan nilai kebolehpercayaannya(Alpha) terhadap item yang dibuat. Nilai Alpha

yang dklasifikasi diantara 0.700 sehingga 0.900 adalah tahap kekuatan yang tinggi.

Nilai yang diperolehi untuk soal selidik adalah 0.8404. Oleh itu,nilai kebolehpercayaan

menunjukkan soalan soal selidik dianggap bagus dan boleh digunakan untuk kajian ini.

Jadual 3 : Klasifikasi Kekuatan Korelasi

Nilai Alpha Kekuatan

Page 8: Proposal Rbt 12koperatif

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Kajian ini berfokuskan kepada penerapan kaedah pembelajaran secara koperatif di

kalangan murid-murid,dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6 di Sekolah

Kebangsaan Simpangan,beluran,Sabah. Saya memilih masalah ini kerana murid-murid

masih tidak dapat menguasai dan memahami sesuatu topik yang disampaikan oleh guru

terutamanya dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.Ini disebabkan oleh kaedah

pengajaran yang digunakan oleh guru-guru tidak sesuai dengan minat murid,ataupun

tidak membantu dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Apabila murid tidak melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, ataupun pengajaran yang berpusatkan guru menyebabkan pemikiran murid

tidak dirangsang maka pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan hambar. sekiranya

masalah ini tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh guru, ianya akan mengakibatkan

kesan yang buruk kepada keberkesanan sesuatu pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran .Lantaran itu akan menjejaskan prestasi pencapaian murid-murid dalam

mata pelajaran Kemahiran Hidup.

2.2 Tinjauan Masalah

Matlamat Pembangunan Pendidikan Malaysia 2001-2010 adalah membudayakan sains

dan teknologi serta memperkembangkan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Mata

pelajaran Kemahiaran Hidup(KH) adalah persediaan kepada pelajar-pelajar untuk

mendapatkan pengetahuan asas dalam bidang teknik dan vokasional. Guru-guru

Page 9: Proposal Rbt 12koperatif

disarankan untuk membina dan mengukuhkan minat terhadap pembelajaran serta

membimbing mereka agar bersedia menerima strategi pengajaran yang berkesan.

Pengajaran dan pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran dalam

kumpulan kecil yang terdiri dari 4 hingga 5 orang pelajar setiap kumpulan dengan

penumpuan diberikan terhadap saling bergantungan di kalangan ahli-ahlinya dengan

mengekalkan tanggungjawab individu(Johnson,1994).Koperatif bermaksud

kerjasama.Pembelajaran koperatif diertikan sebagai sekumpulan murid belajar secara

kerjasama dalam bilik darjah atau luar bilik darjah.Melalui pembelajaran

koperatif,murid-murid saling berinteraksi dan bantu membantu dalam aktiviti

pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang dalam

bidang akademik. Robert E.Mercer(1998) menyatakan antara kriteria kognitif adalah

terdiri daripada pencapaian akademik yang rendah dan masalah penumpuan dalam

pelajaran,criteria afektif pula ialah kemahiran interaksi yang lemah dan bermotivasi

rendah manakala tingkahlaku merujuk kepada tidak dapat menyesuaikan diri dan

menyisihkan diri.

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana strategi pengajaran dan

pembelajaran koperatif dalam matapelajaran Kemahiran Hidup mampu menarik lebih

minat murid-murid dalam mencapai pembelajaran yang bermakna.

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam melaksanakan kajian

ini,tinjauan terhadap masalah akan dikenalpasti terlebih dahulu. Ianya bertujuan untuk

memahami dengan lebih terperinci mengenai masalah tersebut. Tinjauan masalah adalah

untuk mengesan latar belakang pencapaian,kaedah P&P yang digunakan dan juga minat

murid terhadap mata pelajaran KH tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Simpangan ,Beluran.

Page 10: Proposal Rbt 12koperatif

Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data awal secara terperinci adalah

melalui kaedah pemerhatian,soal selidik dan juga kaedah analisis dokumen.Instrumen

yang digunakan dalam kajian ini adalah boring senarai semak,boring soal selidik,ujian

pra dan ujian pos.Data-data yang diperolehi ini seterusnya akan dianlisis secar manual

dan menggunakan perisian Statistic Package for the Social Sciences version 11.5(SPSS).

Dalam mengajar mata pelajaran KHSR, saya menghadapi masalah dalam

mencapai objektif P&P secara bersendirian. Semasa saya menjalankan P&P kebanyakan

murid tidak menumpukan perhatian dan lebih suka untuk berinteraksi dengan rakan

mereka yang lain. Kesan dari ini objektif P&P tidak dapat dicapai sepenuhnya dan

pencapaian murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak memuaskan.

Selain dari itu, saya juga sempat bertanya kepada murid tentang persepsi mereka

terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.Jawapan yang diberikan oleh murid adalah

seperti berikut;

Murid 1: “Saya suka kalau cikgu ajar buat projek…..”

Murid 2: “Macam subjek lain juga.biasa-biasa saja…”

Murid 3: “Saya langsung tidak faham apa yang cikgu ajar tiada alat yang cikgu

tunjukkan…”

Murid 4: “Saya tidak minat belajar Kemahiran Hidup! tidak seronok…”

Murid 5: “Saya minat kalau ada bertukang……”

Page 11: Proposal Rbt 12koperatif

Berdasarkan jawapan murid, dapat disimpulkan bahawa murid tidak begitu berminat

dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif untuk mengaplikasikan PK untuk

disesuaikan dengan sifat murid yang suka untuk berinteraksi dengan kawan

mereka.Menurut andaian awal,PK sangat sesuai untuk diaplikasikan kerana PK

mempunyai prinsip-prinsip saling bergantungan positif,interaksi bersemuka,akauntabiliti

individu, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan. Justru ianya memberi

peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan rakan mereka tanpa dikawal

sepenuhnya oleh guru.

Selain itu, PK bukan sahaja untuk menggalakkan murid untuk berinteraksi,bahkan

juga mempunyai objektif-objektif yang akan ditetapkan oleh guru.Murid secara

berkumpulan akan berusaha untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan oleh

guru yang mana akan memberikan daya ingatan yang konkrit kepada murid-murid dan

seterusnya membawa kepada kesan yang positif dalam prestasi pencapaian mereka.

2.3 Tinjauan Literatur

Menurut Kamus Dewan edisi keempat 2005 (halaman 821),koperatif bermaksud syarikat

bekerjasama.Manakala koperasi pula bermaksud syarikat yang dianggotai dan diuruskan

oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi(perniagaan dan

sebagainya) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. oleh itu, koperatif dalam

pendidikan bermaksud tugasan yang dianggotai oleh sekumpulan orang untuk

menjalankan kegiatan pembelajaran dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama.

Page 12: Proposal Rbt 12koperatif

pembelajaran koperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan

reformasi pendidikan. Pembelajaran koperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis

bentuk P&P. Asasnya ia menggalakkan pelajar untuk belajar bersama-sama dengan

berkesan melalui pembentukan kumpulan yang homogenius seperti dalam pendidikan

inklusif. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata

pelajaran. Pembelajaran koperatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-

pelajar dapat bekerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran

dengan pelbagai kemahiran social. Secara dasarnya,pembelajaran koperatif melibatkan

pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran(Johnson &

Johnson,(1991).

Tokoh-tokoh telah banyak menjelaskan makna pembelajaran koperatif, secara

padat,pembelajaran koperatif boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah pengajaran

yang mana pelajar-pelajar dari semua peringkat pencapaian bekerjasama dalam

kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama. Sifat paling penting bagi

pembelajaran koperatif ialah kejayaan seseorang pelajar akan membantu rakan-rakan lain

untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran masing-masing.(Slavin,1982 seperti

dinyatakan dalam Kagan,1992).

Menurut Gagne(1985),semua model pembelajaran ditandai dengan adanya

struktur tugas,struktur tujuan dan struktur penghargaan.Struktur tugas,struktur tujuan dan

struktur penghargaan pada model pembelajaran koperatif berbeza dengan model

pembelajaran yang lain. Dalam proses pembelajaran dengan model pembelajaran

koperatif, pelajar didorong untuk bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dan

mereka harus membahagikan tugas untuk menyelesaikan tugas yang diberikan oleh

Page 13: Proposal Rbt 12koperatif

guru.Tujuan model pembelajaran koperatif adalah untuk meningkatkan pencapaian

akademik pelajar dan mendidik pelajar untuk bekerjasama dengan rakan

sekumpulannya,serta meningkatkan kemahiran sosial pelajar.

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah satu strategi

pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara

satu sama lain di dalam kumpulalan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalam

kaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu,yang

perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara

bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu,

mereka hendaklah bertanggungjawab ke atas pencapaian sama ada secara individu atau

secara berkumpulan,iaitu mereka perlu membantu antara satu sama lain.

Menurut Kagan (1998), pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai sau set proses

yang membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat

khusus atau mendapatkan hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi

kandungan mata pelajaran berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran

koperatif oleh hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan

struktur tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran secara sistematik termasuk cara

mempertingkatkan interaksi sosial dalam bilik darjah.

2.4 Prinsip-Prinsip Pembelajaran koperatif

Mengikut Johnson et al., (19194) dan Sharan & Sharan (1994), melalui pembacaan

tentang pembelajaran koperatif, dapat disimpulkan bahawa prinsip-prinsip asas dalam

Page 14: Proposal Rbt 12koperatif

pembelajaran koperatif adalah saling bergantungan positif ( Positive interdependence),

interaksi bersemuka ( Face-to-face interaction ), akauntabiliti individu (Individual

accountabaility), kemahiran koperatif ( Cooperative skills) dan pemprosesan kumpulan

(Group processing).

Saling pergantungan positif ialah persepsi bahawa nasib ahli-ahli kumpulan

adalah serupa dan mereka adalah saling bergantungan antara satu sama lain untuk

mencapai sesuatu matlamat yang sama. Semua ahli kumpulan perlu mengambil berat

tentang pembelajaran diri sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan kumpulan.Ini

bermakna semua ahli mesti berjaya sebelum kumpulan boleh dianggap berjaya.

Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi bersemuka.

Sebanyak mungkin masa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi

dalam kumpulan supaya mereka dapat membantu, menggalak dan seterusnya

meningkatkan usaha di antara satu sama lain untuk mencapai tahap pembelajaran

yang maksimum.

Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan

koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi

juga bertujuan bagi memastikan bahawa setiap ahli kumpulan akan menjadi individu

yang lebih berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan

secara koperatif, setiap orang ahli kumpulan mesti berupaya menyiapkan tugasan yang

serupa secara bersendirian.

Manusia tidak dilahirkan dengan naluri untuk berinteraksi secara berkesan dengan

orang lain ( Johnson, Johnson & Holubec, 1994). Justeru itu, kemahiran-kemahiran

Page 15: Proposal Rbt 12koperatif

koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan orang lain tidak akan wujud secara

automatik apabila ia diperlukan. Pelajar-pelajar mesti diajar dan didorong untuk

menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan

yang proaktif. Kemahiran-kemahiran seperti ini dapat menggalakkan komunikasi,

mewujudkan kepercayaan,memperbaiki proses membuat keputusan dan melicinkan

pengurusan konflik dalam kumpulan.

Pemprosesan kumpulan ialah penilaian ke atas pencapaian kumpulan yang

dilakukan oleh kumpulan itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan meminta ahli-ahli

kumpulan berbincang sejauh manakah kumpulan mereka telah mencapai matlamatnya

dan juga setakat manakah hubungan baik untuk bekerjasama telah dikekalkan kea rah

mencapai matlamat itu. Semasa pemprosesan kumpulan dijalankan, ahli-ahli kumpulan

akan menghuraikan tingkah laku yang telah membantu dan juga tingkah laku yang

tidak membantu kumpulan untuk mencapai matlamatnya. Seterusnya, mereka akan

membuat keputusan tentang tingkah laku apakah yang perlu dikekalkan dan tingkah

laku apa pula yang perlu diubah. Ini bermakna masa khas perlu diberikan kepada

kumpulan untuk merenung kembali dan menilai tingkah laku setiap orang ahli dan

juga pencapaian kumpulan.

2.5 Ciri-Ciri Pembelajaran koperatif

Terdapat pelbagai pendapat mengenai cirri-ciri pembelajaran koperatif. Slavin (1990)

berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga cirri

berikut : ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk

Berjaya.

Page 16: Proposal Rbt 12koperatif

2.5.1 Ganjaran Kumpulan

Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria

tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan

menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.

2.5.2 Tanggungjawab Individu

Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab

menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan mendorong pelajar membimbing

rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggunjawab menguasai pelajaran.

2.5.3 Peluang yang sama untuk berjaya

Pembelajaran koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secara

bersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan, saling

bantu membantu dan memberi galakan antara satu sama lain.

Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima cirri pembelajaran koperatif.

Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran

berkumpulan dan penilaian kumpulan.

Page 17: Proposal Rbt 12koperatif

2.5.4 Matlamat kumpulan

Pelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah

ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai

matlamat tersebut.

2.5.5 Peranan ahli

Ia merujuk kepada tanggungjawab individu dan kumpulan, iaitu sesebuah kumpulan

bertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap individu bertanggungjawab

member sumbangan kerja yang sepatutnya.

2.5.6 Interaksi

Pembelajaran koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secara

bersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan,

saling tolong-menolong dan member galakan antara satu sama lain.

2.5.7 Kemahiran berkumpulan

Pelajar perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk bekerja

secara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi membolehkan sesebuah

kumpulan berfungsi dengan baik. Contohnya, kemahiran mengaplikasikan sebarang

konflik yang timbul di dalam kumpulan.

Page 18: Proposal Rbt 12koperatif

2.5.9 Penilaian kumpulan

Dalam penilaian kumpulan, ahli kumpulan berbincang dan menganalisis setakat mana

kumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendakki. Pelajar mengenalpasti

tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan.

2.6 Jenis-jenis Pembelajaran koperatif

Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran

koperatif. Di antaranya ialah :

2.6.1 Penyiasatan Berkelompok ( Group Investigation)

Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk

mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang

disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang diperolehi

akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif

dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi

dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

2.6.2 Student Team Achievement Division ( STAD)

Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk

menguasai suatu cabang pengetahuan . Mereka saling membantu di antara satu sama

lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.

Page 19: Proposal Rbt 12koperatif

2.6.3 Jigsaw

Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli

dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik( yang telah

disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke

kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan

sekumpulan. Motif utama dalam jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan

menjadi pakar dalam topic tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada

rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

2.6.4 Team-Accelerated Instruction (TAI)

Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan

bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogenius. Pelajar yang mempunyai latar

belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenius. Ini bertujuan

untuk memberi peluang kepada pelaja yang rendah pencapaian supaya dapat

meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai

pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang

menggantikan buku teks sepenuhnya.

Page 20: Proposal Rbt 12koperatif

2.6.5 Team Games Tournament (TGT)

Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan

sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar

berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan

bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep.

Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah.

Bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli

dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

2.7 Pembelajaran Koperatif dan Prestasi

Dalam menerangkan kesan pembelajaran koperatif terhadap prestasi sabagai salah satu

hasil pembelajaran, Slavin (1996) telah mengkategorikan teori yang membincangkan

perkaitan tersebut terhadap teori yang menerangkan kesan pembelajaran koperatif

ke atas motivasi pelajar untuk belajar dan kesan ke atas proses kognitif pelajar yang

mempengaruhi pembelajaran mereka.

2.7.1 Kesan Ke atas motivasi untuk Belajar Secara Berkumpulan

Berbeza dengan pengajaran tradisional, pembelajaran koperatif mendorong pelajar

berinteraksi, berbincang, tolong-menolong, memberi sokongan dn dorongan kepada

rakan sekumpulan dalam proses pembelajaran. Ciri pembelajaran koperatif yang dapat

melahirkan keadaan seperti ini adalah ciri saling bergantung (Slavin, 1996) dan

tanggungjawab individu ( Slavin, 1983).

Page 21: Proposal Rbt 12koperatif

Pelajar bermotivasi untuk belajar secara berkumpulan kerana mereka merasa perlu

saling bergantung antara sama lain dan timbul rasa bertanggungjawab sebagai ahli

kumpulan. Ciri ini dibentuk sama ada melalui struktur matlamat, struktur ganjaran ,

struktur tugas atau hubungan erat. Kesan pembelajaran koperatif ke atas motivasi pelajar

untuk belajar secara kumpulan dapat diterangkan berdasrkan teori saling bergantung

sosial dan teori tingkah laku.

2.7.2 Teori Saling Bergantung

Struktur matlamat merujuk kepada setakat mana pelajar bergantung kepada rakan-rakan

dalam mencatat pembelajaran. Johnson dan Johnson(1974) membezakan tiga struktur

matlamat iaitu berbentuk koperatif, persaingan dan individu. Struktur matlamat yang

koperatif bermaksud matlamat pembelajaran pelajar secara individu hanya akan

tercapai sekiranya matlamat rakan-rakan sekumpulan mereka juga tercapai. Matlamat

berbentuk persaingan,wujud apabila seorang pelajar dapat mencapai matlamatnya dan

berusaha untuk menutup peluang pelajar lain untuk mencapai matlamat mereka.

Manakala struktur matlamat individu bermaksud peluang seorang pelajar untuk

mencapai matlamatnya tidak dipengaruhi oleh peluang pelajar lain.

2.8 Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap Pembelajaran Koperatif

Walaupun kajian mengenai PK dari berbagai aspek telah banyak mendapat perhatian

para penyelidik, namun kajian mengenai yang melibatkan persepsi pelajar dan guru

terhadap PK agak kurang dilaporkan. McManus dan Gettinger (1996) telah mengkaji

tentang penilaian guru dan pelajar terhadap PK yang dilaksanakan di dalam kelas

mereka.

Page 22: Proposal Rbt 12koperatif

Dapatan kajian mengenai persepsi guru terhadap PK menunjukkan bahawa

mereka bersetuju PK merupakan satu strategi yang berkesan terutama dalam aspek

sosial iaitu interaksi dengan rakan dan kerjasama. Manakala menurut persepsi pelajar,

PK memberi kesan yang paling baik dalam aspek akademik, seperti mendapat gred

yang lebih baik. Pelajar juga dilaporkan lebih suka menyiapkan kerja secara

berkumpulan berbanding secara individu. Antara aspek positif tentang tentang PK

yang dinyatakan oleh pelajar ialah dapat mendengar pendapat rakan,dapat menyiapkan

kerja dengan lebih cepat,mendapat bantuan dan dapat bekerja dengan rakan.

Dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan pemerhatian pula menunjukkan bahawa

interaksi sesame pelajar semasa aktiviti PK banyak melibatkan perkara yang berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran seperti mendengar dan melihat rakan memberi

tunjuk ajar cara menyiapkan tugasan.

Jules (1992) membincangkan PK menurut persepsi seorang pelajar berkebolehan

rendah. Berdasarkan temubual yang dibuat, Jules mengenalpasti beberapa aspek positif

PK yang dinyatakan oleh pelajar tersebut. Antara aspek yang dimaksudkan adalah

saling bergantung positif, kemahiran sosial dan tanggungjawab individu. saling

bergantung positif dilihat apabila pelajar tersebut menyatakan bahawa pengaruh rakan

dan keinginan ahli-ahli kumpulan untuk Berjaya digunakan untuk menggalakkan ahli

yang pendiam supaya sama-sama merasa bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam

perbincangan kumpulan.

Page 23: Proposal Rbt 12koperatif

Pelajar tersebut menceritakan bagaimana ahli kumpulan beliau mempraktikkan

kemahiran sosial yang dijelaskan oleh guru seperti cara memberi pujian dan galakan

kepada rakan sekumpulan. Di dalam sesi temubual itu, pelajar tersebut juga menyatakan

bagaimana beliau merasa bertanggungjawab untuk saling bantu membantu di dalam

memahami isi pelajaran yang mana menggambarkan aspek tanggungjawab individu.

Suhaia Abdul Kadir (2002) dalam kajiannya ‘Perbandingan Pembelajaran

Koperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri

Akademik dan Hubungan Sosial dalam pendidikan Perakaunan’ menyatakan bahawa

kebanyakan pelajar kumpulan PK memberitahu pandangan yang positif yang mana ini

menggambarkan pelajar dapat menerima penggunaan PK dengan baik. Seterusnya,

minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan meningkat setelah PK dijalankan.

2.9 Kajian-Kajian Yang Berkaitan

Mimi Mohaffyza binti Mohamad dan rakan-rakannya telah menjalankan kajian

mengenai strategi Pengajaran Pembelajaran Koperatif Dalam Tajuk Reka Bentuk dan

Penghasilan Projek ( Mata pelajaran Kemahiran Hidup). Dapatan kajian ini

menunjukkan sebanarnya memberi implikasi yang amat baik terhadap perkembangan

pendidikan masa kini. Ini kerana, kaedah pembelajaran koperatif menekankan aspek

penglibatan pelajar berbanding kaedah tradisional yang lebih berpusatkan guru. Melalui

kaedah koperatif pelajar semakin berani melontarkan idea dan pandangan serta

melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai pemudah

cara atau fasilitator dalam pembelajaran koperatif. Sebenarnya kaedah koperatif ini

memberi banyak kebaikan dan keuntungan bukan sahaja kepada pelajar bahkan juga ia

Page 24: Proposal Rbt 12koperatif

boleh meningkatkan prestasi pencapaian sekolah. selain itu juga, kaedah koperatif ini

dapat mengubah diri pelajar dari pasif kepada aktif.

Beberapa kajian mendapati bahawa pembelajaran melalui strategi PK ini dapat

meningkatkan pencapaian markah murid dalam sesuatu mata pelajaran, yang mana

membolehkan mereka mengasah tahap kemahiran sosial, mengurangkan sikap

individualistic dan memahami isi kandungan pelajaran secara mendalam seperti yang

dinyatakan oleh Johnson, Johnson & Holubec (1994), Slavin ( 1991) dan Stahl

& VanSickle (1992).

Menurut Grabe (1991), kemahiran dalam penggunaan strategi bacaan dapat

meningkatkan pemahaman melalui pembacaan teks. Hasil kajian Bejarano (1987) telah

membuktikan bahawa pengajaran pemahaman teks yang menggunakan kaedah

Pencapaian-pasukan Pelajar(BPPP) adalah amat berkesan. Begitu juga hasil kajian

Almanza (1997) yang menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif lebih berkesan

untuk mengajar pemahaman teks berbanding dengan kaedah tradisional dalam satu kelas

besar. Walau bagaimanapun, Eleanor dan Taylor (1995) menunjukkan bahawa tidal ada

perbezaan yang signifikan antara BPPP berbanding dengan kaedah pembelajaran

tradisional dalam pemahaman teks dikalangan murid darjah enam.

Page 25: Proposal Rbt 12koperatif

Kajian Cheah Tong Tiat dan rakan-rakannya (2000), mengenai keberkesanan

Kaedah Pembelajaran Koperatif Bacaan Pemahaman Teks Di kalangan Murid SJK(C)

dan SJK (T) mendapati pencapaian min adalah lebih tinggi bagi kumpulan yang diajar

melalui kaedah pembelajaran koperatif BPPP berbanding dengan peningkatan

pencapaian min bagi kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran tradisioanl.

Pada keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif BPPP

merupakan kaedah pengajaran bacaan pemahaman teks yang lebih berkesan berbanding

dengan kaedah pembelajaran tradisional. Peningkatan pencapaian min yang lebih

memihak kepada kumpulan eksperimen menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran

koperatif BPPP penting untuk meningkatkan pemahaman di kalangan pelajar.

Selain itu, kajian Sin Chow Lai (2006) juga mendapati bahawa terdapat

perbezaan peratusan pencapaian kelulusan Kumpulan Eksperimen berbanding dengan

Kumpulan Kawalan selepas ujian pos dijalankan. Kajian beliau yang bertajuk

‘Pendekatan Koperatif Model STAD terhadap pelajar Tingkatan 1 dalam topik

“Nombor Negatif” juga jelas memperlihatkan bahawa proses rawatan telah Berjaya

meningkatkan pencapaian Kumpulan Eksperimen dalam ujian pos berbanding ujian pra.

Ini secara langsung membuktikan bahawa Pembelajaran koperatif model STAD telah

membantu meningkatkan pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir secara kreatif dalam

topik penambahan dan penolakan nombor negatif. Justeru itu ia dapat memupuk minat

terhadap mata pelajaran matematik.

Di bawah PK, keupayaan pelajar yang heterogenius di dalam sesuatu kelas dapat

dimanfaatkan untuk membantu pelajar yang berkebolehan rendah di dalam perakaunan.

Kajian-kajian di luar negara menunjukkan PK berupaya untuk meningkatkan

Page 26: Proposal Rbt 12koperatif

pencapaian pelajar untuk semua peringkat pendidikan (Johnson, Maruyama, Johnson,

Nelson dan Skon, 1981). Di dalam kajian kes yang dibuat oleh Lindquist (1995) di dalam

kelas audit, didapati pencapaian pelajar meningkat apabila beliau menggunakan PK.

Berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas, dapat dijangkakan bahawa pembelajaran

koperatif mampu memberi kesan yang positif dalam meningkatkan minat dan

pencapaian murid dalam mata pelajaran KHSR.

Page 27: Proposal Rbt 12koperatif

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Tujuan utama kajian adalah untuk meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup agar mereka mendapat peningkatan peratusan markah yang baik

semasa ujian dan peperiksaan , disamping menggalakkan penglibatan murid secara

menyeluruh dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selain itu juga,

kajian ini dilakukan bagi menggalakkan guru-guru untuk menggunakan kaedah

pengajaran secara koperatif bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti kesan pendekatan pembelajaran koperatif keatas pencapaian

murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

ii. Mengenalpasti persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif.

iii. Mengenalpasti persepsi murid terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Manakala tiga aspek persoalan kajian yang berkaitan akan dikemukakan untuk

dijadikan panduan semasa pelaksanaan kajian. Berikut merupakan persoalan-persoalan

yang akan difokuskan dalam kajian;

i. Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian

murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup?

ii. Apakah persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif?

iii. Adakah kaedah pembelajaran koperatif memberi persepsi positif terhadap

mata pelajaran Kemahiran Hidup?

Page 28: Proposal Rbt 12koperatif

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Kumpulan sasaran murid tahun 6 di SK. Simpangan, adalah seramai 46 orang.

Persampelan bertujuan telah diambil untuk kajian ini, dimana seramai 46 orang murid

dari kelas tahun 6 telah dipilih. Sampel kajian ini terdiri daripada 34 orang murid lelaki

dan 12 orang murid perempuan. Sasaran murid yang dijadikan sampel adalah berbeza

dari segi jantina, bangsa, status sosial dan pencapaian akademik dimana sampel

dibahagikan kepada 5 kumpulan yang berbeza dari segi pencapaian akademik. Jadual 1

menunjukkan dengan lebih jelas tentang latar belakang responden.

Jadual 1 : Taburan Responden

Item Kategori Kekerapan Peratus(%)

Jantina Lelaki

Perempuan

Melayu

Cina

India

Bumiputera Sabah

Lain-lain

Islam

Kristian

Kakitangan Kerajaan

Kakitangan Swasta

Bekerja sendiri

kakitangan Kerajaan

kakitangan Swasta

Bekerja Sendiri

Bandar

Luar Bandar

Page 29: Proposal Rbt 12koperatif

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Perancangan Tindakan

Rajah 1 : Reka Bentuk kajian (Oleh: Mook Soon Sang,2010)

Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan. Reka bentuk ini dilakukan kerana

pengkaji ingin mengkaji keberkesanan sistem pengajaran dalam meningkatkan

pencapaian murid. Dua jenis instrument yang digunakan dalam kajian ini iaitu soal

selidik dan ujian pra dan ujian pos.

Sebelum sebarang tindakan dijalankan, langkah pertama yang dilakukan adalah

mengambil data latar belakang responden. Borang soal selidik diberikan kepada

responden dan responden diminta untuk mengisi borang tersebut. Kemudian, pengkaji

akan memanggil 5 orang murid untuk ditemu bual secara tidak berstruktur tentang

Reka Bentuk Kajian

Kuantitatif

1. Eksprimen

2. Kuasi-Eksprimen

3. korelasi

4. Tinjauan

Kualitatif

1. Teori Grounded

2. Naratif

3. Etnografi

Gabungan Kuantitatif

& Kualitatif

1. Kaedah Bercampur

2. Kajian Tindakan

Page 30: Proposal Rbt 12koperatif

persepsi mereka terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Segala jawapan murid akan

disalin semula oleh guru tanpa mengubah walau sepatah kata.

Semasa tindakan dijalankan pengkaji memilih subjek dengan pembahagian

kumpulan sasaran kepada 5 kumpulan kecil dimana setiap kumpulan terdiri daripada

murid yang baik, sederhana dan lemah dari segi pencapaian akademik. Setelah

pembahagian kumpulan selesai, ujian pra akan diberikan kepada mereka bagi

mendapatkan penilaian pencapaian awal mereka. seterusnya, kaedah pembelajaran

secara koperatif akan didedahkan kepada mereka setiap kali sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan iaitu selama 8 minggu (8jam). Pada minggu terakhir, ujian pos

akan dijalankan bagi mendapatkan hasil pencapaian murid setelah mengikuti kaedah

secara koperatif.

5.2 Model Kajian (Kemmis dan Mc Taggart, 1988)

Model kajian pada rajah 2 merupakan modelkajian Kemmis dan Mc Taggart dimana

model ini merupakan hasil inovasi daripada model kajian Kurt Lewin. Ianya melibatkan

perancangan (plan), tindakan (act), pemerhatian (observe) dan refleksi (reflect). model

kajian Kemmis dan Mc Taggart ini mempunyai dua lingkaran atau kitaran. Sekiranya

lingkaran pertama menunjukkan hasil yang tidak signifikan, maka pengkaji boleh

membuat lingkaran kedua.

5.2.3 Lingkaran Pertama

Pada peringkat perancangan (planning), pengkaji memilih strategi pembelajaran

koperatif untuk didedahkan kepada kumpulan sasaran. Topik atau unit yang ingin

diajar akan disesuaikan dengan strategi pembelajaran koperatif.

Page 31: Proposal Rbt 12koperatif

Rajah 2 : Model Kajian Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1998)

Murid haruslah dibahagikan kepada kumpulan dan diberikan aktiviti yang boleh

membawa mereka kepada perkongsian penyelesaian masalah atau pembelajaran secara

bersama. Kumpulan yang dibentuk haruslah terdiri daripada murid yang berbeza dari

segi pencapaian. Murid pada tahap lemah, sederhana dan cemerlang bergabung didalam

satu kumpulan . Instrumen juga ditentukan pada peringkat ini kerana ianya sangat

penting dalam melancarkan lagi proses kajian. dua instrument yang digunakan pakai

adalah borang soal selidik, ujian pra dan ujian pos.

Page 32: Proposal Rbt 12koperatif

Pada peringkat tindakan (act), pengkaji memberikan aktiviti atau isu masalah

kepada kumpulan sasaran untuk diselesaikan secara bersama-sama. Namun,sebelum itu,

murid dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil. Koordinat susunan meja murid adalah

seperti dalam rajah di bawah. Setiap murid haruslah bekerjasama antara satu sama lain

agar peluang untuk belajar adalah sama rata. Pengkaji menjadi pemerhati dan hanya

sebagai pembimbing kepada setiap kumpulan yang dibentuk. Setiap jangkaan dicatatkan

oleh pengkaji.

Pada peringkat pemerhatian (observe) pula, pengkaji hanya membuat pemerhatian

dalam setiap kumpulan sama ada mereka mampu bekerjasama atau tidak. Beberapa

aspek yang penting untuk diberi perhatian oleh pengkaji ialah kerjasama murid,

perubahan sikap dan juga hubungan social dikalangan ahli kumpulan. Setiap aspek ini

haruslah diterapkan dalam setiap kumpulan agar pembelajaran koperatif diaplikasikan

sesuai dengan kehendak kajian.

pada peringkat mereflek (reflect), pengkaji membuat refleksi tentang segala

kelemahan dan kelebihan sepanjang kajian dijalankan. Pada peringkat ini, pengkaji akan

berfikir secara kritikal agar hasil kajian adalah signifikan dengan objektif dan segala

kelemahan dapat dikesan untuk persediaan bagi penambahbaikkan seterusnya, manakala

segala kelebihan pula boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan.

Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan kajian secara terperinci. Ianya mengandungi 4

fasa berpandukan Model Kemmis & Mc Taggart (1998).

Page 33: Proposal Rbt 12koperatif

Jadual 2: Pelaksanaan Tindakan

Bil FASA Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1. Mengenalpasti masalah dan

mengumpul data awal.

2. Merancang Menulis kertas cadangan

/proposal kajian.

3. Merancang Tindakan

4. Mengadakan ujian pra

5. Bertindak Mengadakan rawatan

6. Mengadakan ujian pos

7. Pemerhatian Memerhati perubahan tingkah

laku dan pencapaian murid

dalam satu-satu aktiviti.

8. Refleksi Menganalisis dan membuat

refleksi tentang hasil dapatan

kajian.

Page 34: Proposal Rbt 12koperatif

Seterusnya, merangka jawapan bagi menetapkan bagaimana responden akan

menjawab soalan yang dibina. (Ya atau Tidak). Jika soalan terbuka, responden boleh

menjawab di atas garisan yang disediakan. Jika soalan tertutup, responden boleh

bulatkann pilihan jawapan atau tanda. atau .

Jadual 4 : Nilai Skala Likert (Sumber : Uma Sekaran 1992)

Nilai Skala Pernyataan

1 Sangat Tidak Setuju(STS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Kurang Setuju(KS)

4 Setuju (S)

5 Sangat Setuju (SS)

Jadual 5 : Interpretasi Skor Min (Diadaptasi daripada Wiersma,1995)

Skor Min Tahap Persepsi

1.00 - 2.33 Tidak Baik

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 - 5.00 ke atas Baik

Jadual 5 menunjukkan jadual interpretasi skor min yang telah diadaptasi daripada

Wiersma (1995). Merujuk kepada jadual tersebut, tahap persepsi responden boleh

dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu tidak baik, sedrhana dan baik. Ianya boleh

dikelaskan mengikut skor min yang didapati melalui analisis data boring soal selidik.

Page 35: Proposal Rbt 12koperatif

ii. ) Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pra dan pos telah disediakan oleh pengkaji dengan merujuk kepada Jadual

Penentuan Ujian (JPU). Soalan telah dibuat kesahan kandungan dengan merujuk kepada

En. Jaidy Duaneh, guru KH, SK Simpangan, Beluran. Murid dikehendakki menjawab

soalan seperti yang dijelaskan oleh pengkaji. Ujian pra merupakan ujian yang

dijalankan sebelum rawatan diberikan kepada kumpulan sasaran. Hasil daripada

keputusan markah ujian pra akan difailkan kerana ia sangat penting dalam penilaian

peningkatan atau penurunan markah kumpulan sasaran pada akhir sesi rawatan.

Ujian pos pula dijalankan selepas rawatan diberikan kepada kumpulan sasaran.

Hasil daripada keputusan markah ujian pos juga akan difailkan bagi memastikan

pengkaji dapat melihat kesan perubahan daripada ujian pra. Sebarang perubahan markah

kumpulan sasaran daripada ujian pra dan ujian pos akan diulas oleh pengkaji berdasarkan

kaedah rawatan yang telah diberikan kepada kumpulan sasaran. Melalui kedua-dua hasil

ujian pra dan ujian pos tersebut, maka keberkesanan sesuatu kaedah rawatan boleh

dianggap sama ada berkesan ataupun tidak berkesan untuk diterapkan dikalangan

kumpulan sasaran..

Jadual 6 : Skala Gred Pemarkahan (Piawaian SK Simpangan,Beluran)

Skala Gred Pemarkahan

A 80 - 100

B 60 -79

C 40 - 59

D 20 - 39

E 0 - 19

Page 36: Proposal Rbt 12koperatif

6.1 Perancangan Cara Menganalisis Data

Data- data yang telah diperolehi di dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan

kedu-dua kaedah manual dan analisis statistik perihalan. Segala hasil dapatan kajian

akan dipadatkan dalam bentuk jadual dan diukur dari segi main dan peningkatan atau

penurunan peratusan pencapaian murid. Melalui penilaian pada jadual yang dibuat,data

boleh diinterpretasikan kepada bentuk ulasan. Selain itu, perisian SPSS 11.5 juga akan

digunakan bagi memasukkan data-data latar belakang murid dan juga hasil daripada data

boring pemerhatian yang dikumpul oleh pengkaji.

7.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

Solan Kajian 1: Adaka pendekatan pembelajaran koperatif dalam P & P

dapat

meningkatkan pencapaian murid?

Jadual 7 menunjukkan taburan gred markah yang diperolehi oleh murid semasa ujian

pra dan ujian pos. Semasa ujian pra, peratus murid mendapat gred A adalah

Page 37: Proposal Rbt 12koperatif

A B C D E F G H I J K L M N O P0

10

20

30

40

50

60

70

80

PraPos

Page 38: Proposal Rbt 12koperatif

Jadual 10 : Persepsi murid terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Bahagian B Kekerapan dan peratus (%)

Minat murid terhadap mata

pelajaran Kemahiran Hidup 1 2 3 4 5 MIN

STS TS TP S SS

6. Aktiviti berkumpulan

menarik minatbsaya untuk

pembelajaran seterusnya.

7. Saya lebih berminat belajar

secara berkumpulan

berbanding secara individu.

8. Saya semakin berminat

untuk mengikuti kelas

Kemahiran Hidup selepas

guru mengajar

menggunakan kaedah

koperatif.

9. Pembelajaran secara

berkumpulan dapat menarik

minat saya untuk

mempelajari mata pelajaran

Kemahiran Hidup

10. Setiap hasil kerja kumpulan

memotivasikan saya dan

menambah minat saya untuk

belajar.