modul rbt 3120

Upload: kanizan-wahab

Post on 02-Mar-2016

250 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Rangka Isi Pelajaran

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

TAJUK 1KAJIAN FABRIK

1.1SINOPSISKajian fabrik adalah bidang yang memfokuskan pengenalan jenis fabrik, jenis gentian dan ciri gentian sesuatu fabrik. Dua jenis gentian utama iaitu gentian asli ( tumbuhan dan haiwan) dan buatan ( sintetik dan selulosa terjana semula ). Contoh fabrik gentian asli ialah kapas , linen , sutera dan benang sayat ; contoh fabrik buatan adalah seperti nilon/poliamida, poliester, rayon dan asetat/triasetat. Kekukuhan , keselesaan ,penyerapan lembaapan, kekonduksian haba , kekenyaalan dan ketahanan adalah ciri penting bagi setiap jenis gentian. 1.2HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini , pelajar dapat ;

1.Menerangkan maksud jenis gentian asli dan gentian buatan2.Mengenal pasti dua klasifikasi sumber gentian 3.Menyenaraikan sumber gentian asli dan gentian buatan.4.Menyatakan contoh fabrik bagi setiap jenis gentian asli dan buatan.

5.Menghuraikan ciri-ciri setiap gentian fabrik asli dan buatan

- Gentian serabut serat dan filamen daripada bahan asli

dan buatan yang dijadikan yarn(benang) untuk menghasilkan fabrik(kain)

1.3Kerangka Tajuk-tajuk

1.4 KANDUNGAN ISIGentian boleh diklasifikasi kepada dua kumpulan

1.4.1SUMBER GENTIAN ASLIJenis GentianNama GentianSumber

SelulosaKapasBuah kapas dari pokok kapas

LinenSerat pokok flaks

JutSerat batang jut

RamiSerat batang rami

HempManila hemp atau batang abaca

ProteinSuteraUlat Sutera

Bulu Biri-biriSayat kambing biri-biri, Kambing Kashmir, Arnab Angora, Vicuna, Kambing Angora

MineralAsbestosKetulan batu silicate of magnesium dan kalsium

GetahElastomerSusu daripada pokok getah

1. Gentian Selulosa

a)Kapas

Fabrik kapas Gentian kapas adalah gentian yang popular dan digunakan untuk menghasilkan berbagai artikel rumahtangga dan pakaian. Gentian kapas boleh diperolehi daripada buah kapas.

Negara yang banyak mengeluarkan kapas ialah Amerika Syarikat, Rusia, India , Jepun, dan Britain. Buah kapas yang masak akan merekah dan kembang sebelum dipetik dengan tangan atau mesin pemetik .

Gentian kapas boleh dicampur dengan gentian yang lain seperti gentian buatan manusia untuk menghasilkan fabrik kapas campuran.

Aktiviti 1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Fabrik kapas boleh dibahagi kepada tiga jenis seperti jadual di bawah;

Jenis Fabrik KapasNama FabrikKegunaan

Kapas nipis

Kapas sederhana tebal

Kapas tebal

1.Proses penghasilan kain kapas: a. Buah-buah kapas dimasukkan ke dalam mesin yang akan mengasingkan gentian kapas daripada biji-biji dan kekotorannya.

b. Gentian kapas akan melalui proses menerusi memesin. Gentian- gentian disisir, dihaluskan, dan dipintal menjadi yarn yang lembut.

c. Yarn kemudian dipintal menjadi benang yang halus.

d. Benang-benang kapas ditenun menjadi kain atau dijadikan sebagai benang jahitan.

Bunga Kapas

Mesin penenun

Mesin pengulungan

Pintalan Buku Benang

Ciri-ciri gentian kapas: Ciri EstestikCiri KekukuhanKeselesaanRupa

Permukaan yang pudar akan lebih menarik sekiranya diberi kemasan khas seperti digerus dan merserais

Mudah menyerap warna Teguh dan menjadi lebih teguh apabila basah Gentian tahan lasak, fabrik boleh diberus semasa mendobi

Ia tidak mudah rosak oleh tindakan alkali atau peluntur jika didobi dengan cara yang betul Pengalir haba yang baik, selesa dipakai dalam cuaca/musim panas Menyerap lembapan Mudah renyuk jika tidak diberi kemasan khas Mengecut semasa cucian pertama kecuali diberi kemasan khas.

Kebaikan fabrik kapasKelemahan fabrik kapas

a. Mudah menyerap pencelup dan boleh diberi kemasan khas

b. Teguh dan menjadi lebih teguh apabila diberi kemasan khasc. Gentian tahan lasak, boleh diberus semasa mendobi

d. Tidak mudah rosak oleh tindakan alkali dan peluntur jika didobi dengan cara yang betul

e. Mudah menyerap lembapan

f. Selesa dipakai dalam cuaca yang panas

g. Lembut dan selesa dipakaia. Mudah kotor kerana ia licin kecuali jika diberi kemasan khasb. Mudah renyuk jika tidak diberi kemasan khasc. Mudah mengecutd. Mudah terbakare. Mudah bertahi lalat

Kegunaan Fabrik Kapas Sesuai untuk menghasilkan pakaian dalam, kain lapik dalam, baju kanak- kanak, sarong bantal, kain cadar, dan seumpamanya.

Mengenal struktur kapas melalui mikroskop

b. Fabrik LinenPengenalan

Tahukah anda rupa pokok fleks ?

1. Linen dibuat daripada gentian batang pokok fleks.

2. Batang fleks diikat dan direndam sehingga kayunya reput dan meninggalkan gentian-gentian fleks.

3. Gentian-gentian fleks disikat, diluruskan, dan dipintal menjadi benang serta ditenun menjadi kain. Ciri-ciri fabrik linen: 1. Berasa kasar dan gebu

2. Menyala dengan api berwarna kuning apabila dibakar dan menghasilkan bau seperti kertas terbakar

3. Lebih kukuh daripada fabrik kapas

4. Permukaannya sedikit berkilat

5. Pengalir haba yang baik 6. Tahan haba tinggi, boleh direbus dan diseterika dalam suhu panas.Struktur gentian linen yang dilihat melalui mikroskop

Bulat , bentuk permukaan keratan rentas gentian adalah poligonal menyebabkan gentian berkilau , kelihatan berbonggol seperti batang buluhGentian fleks yang belum diprosesKebaikan fabrik linenKelemahan fabrik linen

a. Tahan lasak dan didobi

b. Selesa dan sejuk apabila dipakai dalam cuaca panas

c. Larutan soda dan asid yang lemah tidak meninggalkan kesan a. Harga mahal

b. Mudah bertahi lalat

c. Mudah berbulu dan renyuk

2.HaiwanGENTIAN HAIWAN

Fabrik Sutera ( Ulat sutera )

1. Fabrik sutera didapati daripada kepompong kupu-kupu Bombyx Mori 2. Larva akan memakan daun mulberi dan mengeluarkan cecair sutera yang dipanggil spineret dan terbentuklah kukun apabila cukup besar.

3. Kukun dipanaskan untuk membunuh kepompong dan mencairkan serikin (game).

4. Hujung filamen daripada kukun digulung dalam bentuk gelung yang dipanggil sutera mentah.

5. Benang sutera kemudian ditenun menjadi kain sutera yang bermutu tinggi. Ciri-ciri fabrik sutera:

1. Cantik, bercahaya, dan licin

2. Berasa halus dan lembut apabila dipegang

3. Filamen sutera kelihatan seperti rod kaca di bawah mikroskop

4. Mengandungi protein fibroin Fabrik benng sayat ( Bulu biri-biri ) Berbentuk sisik , (korteks ) terdiri daripada sel ( kuitikel ) , Ia memberi kekukuhan dan kekenyalan kepada gentian .1. Fabrik benang sayat diperoleh daripada bulu haiwan seperti bulu kambing biri- biri, unta, dan arnab.

2. Bulu akan dibersih, dibilas, dan dikeringkan

3. Bulu biri-biri disikat untuk menjadi gentian yang halus

4. Gentian bulu yang panjang ditenun menjadi fabrik bulu biri yang licin dan bermutu tinggi.

5. Gentian yang pendek dipintal longgar untuk dijadikan benang bulu yang halus.

6. Biri-biri jenis Merino dapat menghasilkan bulu yang bermutu tinggi dan gentian yang halus serta panjang.

Ciri-ciri fabrik benang sayat/bulu biri-biri

1. Rupa yang halus dan keriting

2. Berasa gebu, halus, dan beranjal

3. Kelihatan seperti sisik kecil yang meliputi gentian apabila dilihat melalui mikroskop

4. Tidak menyala, mengeluarkan bau hangus seperti terbakar dan meninggalkan manik hitam yang boleh dihancurkan

5. Gentian bulu biri-biri adalah sederhana kukuh dan tahan lama

6. Pengalir haba yang lemah

7. Menjadi fabrik keras apabila direndam ke dalam air panas

8. Sinaran matahari akan menguningkan gentian fabrik 1.4.2GENTIAN BUATAN 1. Fabrik buatan ialah gentian selulosa terjana semula yang diperoleh daripada campuran bahan mentah, iaitu palpa kayu atau kapas dan dicampurkan dengan bahan kimia.

2. Pelbagai jenis fabrik buatan yang terdapat di pasaran adalah seperti poliester, nilon,rayon dan asetat/triasetat.3. Contoh fabrik gentian buatan adalah seperti berikut;

a.Selulosa terjana semula

Selulosa + alkali + soda kaustik ( viskos )

Selulosa + asid asetik ( asetat )

Selulosa + asetik anhidrida + metilena klorida ( triasetat )

b.Sintetik

Petroleum + etilena ( poliester )

Arang batu + udara + air ( poliamida )

Petroleum + ammonia + air ( akrilik )

Fabrik poliester 1. Bahan pembuatan fabrik poliester ialah petroleum.

2. Filamen poliester dibuat dalam kehalusan yang berbeza.

3. Gentian poliester mempunyai permukaan yang licin dan rata.

4. Ciri fizikal poliester seperti rod kaca dengan keratan rentas berbentuk bulat.

5. Fabrik poliester digunakan untuk menghasilkan pakaian seperti pakaian dalam, blaus, kemeja, dan alat kelengkapan rumah tangga seperti cadar dan sarung bantal.

6. Poliester menjadi cair dan mengecut dengan mengeluarkan bau yang harum apabila dibakar api. Ciri-ciri poliester

1. Teguh, kekonduksian haba, menyerap kelembapan dan penebat haba yang baik.

Kebaikan fabrik poliesterKeburukan fabrik poliester

1. Tahan pada sinaran cahaya matahari

2. Tidak mudah renyuk

3. Tahan serangga

4. Tidak bertahi lalat1. Tidak selesa dipakai

2. Melekat pada tubuh

3. Lemah pada alkali

4. Sensitif pada haba

Fabrik Nilon/Poliamida1. Nilon dikenal juga sebagai gentian poliamida.

2. Nilon diperbuat daripada bahan arang batu, iaitu benzen atau femol oksigen, nitrogen, dan hidrogen. Bahan-bahan ini dicampurkan untuk menghasilkan bahan kimia dan dijadikan filamen fabrik nilon. Ciri-ciri fabrik nilon/poliamida

1. Halus, nipis, dan kenyal

2. Kelihatan seperti batang bulat dan licin di bawah mikroskop

3. Mencair dan mengeluarkan manik- manik putih apabila dibakar dan api akan terpadam dengan sendiri

4. Sangat kukuh semasa basah atau kering

FABRIK RAYON

Rayon diperbuat daripada selulosa sama ada daripada palpa kayu atau gentian kapas. Ia lembut serta berkilat.rayon juga dikenali sebagai sutera tiruan.Selain daripada itu rayon boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu rayon asetat dan rayon viskos.

Ciri-ciri Rayon

1. Rupanya berkilat dan licin

2. Apabila dipegang ia berasa sejuk, lembut beranjal dan meluncur/sukar dibentuk.

3. Apabila dipakai ia akan jatuh dengan baik

4. Pengalir haba yang baik dan menyerap air dengan cara sederhana

5. Senang dicelup warna dan warnanya tidak luntur

6. Tidak rosak bila terkena alkali tetapi asid dan peluntur akan melemahkannya, jika pakaian rayon yang dibasuh dengannya tidak dibilas dengan betul.

Kebaikan fabrik rayonKeburukan fabrik rayon

1. Cantik danharganya sederhana

2. Tahan lasak dan boleh dicuci dengan elok3. Tidak dimakan gegat dan tidak bertahi lalat

4. Tiada kuasa elektrostatik

5. Mudah bercampur dengan fabrik lain.1. Kurang selesa bila dipakai pada waktu panas

2. Senang memberi terutamanya ketika basah

3. Mudah renyok dan lemah ketika basah

4. Mudah berbuku kerana benang licin

5. Mudah terbakar dan tidak tahan haba panas

Ciri Gentian

Ciri gentian asli sumber tumbuhan ialah :-

a. Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah

b. Mudah menyerap lembapan

c. Selesa dipakai

d. Pengalir haba yang baik

e. Tidak kenyal dan mudah renyuk

f. Tahan pada suhu tinggi dan sinaran matahari

g. Tahan pada asid lemah dan alkaliCiri gentian asli sumber haiwan ialah :-

a. Kukuh tetapi lemah apabila basah

b. Daya penyerapan baik

c. Selesa dipakai kerana lembut

d. Pengalir haba yang baik

e. Tidak mudah renyuk

f. Rosak pada suhu tinggi dan alkali

Ciri gentian buatan ialah :-

a. Kukuh tetapi lemah apabila basah

b. Menyerap sedikit lembapan dan mengalami elektrostatik

c. Tidak selesa dipakai

d. Penebat haba yang baik

e. Kenyal dan tidak mudah renyuk

f. Suhu sederhana

g. Tahan pada cahaya mataharih. Tahan pada asidAktiviti 2Sila kumpulkan sampel fabrik selebar 6cmX6cm bagi setiap jenis fabrik (8 jenis fabrik). Sediakan dua sampel bagi setiap fabrik dan bawa semasa kuliah/interaksi bagi digunakan dalam ujian amali.

Latihan Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

TAJUK 2FUNGSI DAN PEMILIHAN PAKAIAN

2.1SINOPSISKursus ini menjelaskan bagaimana kepentingan pakaian yang dipakai oleh setiap individu. Ia juga meliputi faktor yang mempengaruhi rupa bentuk pakaian dan faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. 2.2HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti fungsi pakaian pada setiap individu

2.Menerangkan faktor yang mempengaruhi rupa bentuk sesuatu pakaian 3.Menghuraikan faktor yang mempengaruhi individu dalam memilih pakaian2.3Kerangka Tajuk-tajuk

2.4KANDUNGAN ISI2.4.1Fungsi Asas PakaianPakaian sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis pakaian yang diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik. Pakaian yang dipakai juga mempunyai pelbagai bentuk atau fesyen tertentu. Setiap jenis pakaian yang dipakai oleh masyarakat sebenarnya mempunyai fungsi tersendiri. Di antara fungsi pakaian ialah:

a.PerlindunganManusia menggunakan pakaian untuk melindungi diri daripada:

i . Keadaan cuaca Bagi keadaan cuaca yang agak panas manusia akan memilih pakaian yang agak nipis dan manakala cuaca sejuk manusia akan menggunakan pakaian yang tebal.

ii. Serangan serangga dan haiwan berbahaya.Pakaian juga boleh melindungi manusia daripada serangan serangga atau haiwan yang berbahaya seperti lebah atau kala jengking. iii. Keselamatan

Pakaian juga boleh mengelakkan manusia daripada mengalami kecederaan pada kulit atau tubuh badan terutamanya apabila memasuki kawasan hutan atau kawasan yang berbatu .

b. KesopananPakaian yang dipakai oleh manusia juga adalah menunjukkan kesopanan dan bertatasusila. Seseorang yang berpakaian adalah kelihatan lebih sopan berbanding dengan orang yang tidak berpakaian atau berpakaian dengan cara yang tidak sesuai. Di antara ciri-ciri pakaian yang menunjukkan kesopanan ialah :

i. Menutup aurat iaitu tidak mendedahkan bahagian-bahagian tertentu yang boleh mendatangkan kesan tidak baik pada masyarakat. ii Memakai pakaian mengikut budaya masyarakat masing- masing.

iii. Berpakaian untuk menghormati orang lain agar lebih

sopan dan sesuai hidup dalam suatu masyarakat.

c.Daya tarikan dan juga perhiasanSeseorang yang berpakaian juga akan menjadi daya tarikan kepada masyarakat kerana ianya kelihatan lebih menarik. Pada kebiasaannya, orang yang memakai pakaian yang menarik terutamanya dalam sesuatu majlis keraian akan menjadi tumpuan orang ramai. Pakaian yang dipakai juga seperti menjadi suatu perhiasan diri pemakainya.2.4.2Faktor-faktor yang mempengaruhi rupa bentuk pakaiana. Geografi

i. Iklim

Manusia akan memilih atau menggunakan pakaian bergantung kepada keadaan iklim samada panas atau sejuk . Sekiranya cuaca sejuk penduduk mungkin akan menggunakan pakaian yang tebal atau jika panas sebaliknya pula.ii . Permukaan bumi

Permukaan bumi juga mempengaruhi jenis-jenis pakaian yang digunakan oleh manusia. Jika masyarakat itu berada dikawasan pergunungan dan kawasannya adalah sejuk , maka ia perlu memakai pakaian yang tebal. Jika seseorang itu pula berada di kawasan padang pasir ia perlu memakai pakaian daripada fabrik yang mudah menyerap peluh .b. Sosial

i . Gender

Pemilihan pakaian juga bergantung kepada jenis jantina sama ada lelaki atau pun perempuan. Mereka mempunyai citarasa masing-masing untuk berpakaian.

ii. Umur

Umur juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan pakaian. Antara kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga orang tua mempunyai citarasa yang berlainan dalam memilih jenis pakaian . iii. Masyarakat

Keadaan masyarakat sekeliling juga mempengaruhi pemilihan jenis pakaian yang hendak dipakai oleh seseorang. Contohnya keadaan masyarakat di bandar dan kampung yang memilih jenis pakaian yang berbeza bergantung kepada bentuk hidup masyarakatnya.c. Politik

i . Pemerintah

Jenis pakaian yang dipakai oleh manusia juga kadangkala dipengaruhi oleh pemerintah. Ada sesetengah pemerintah menetapkan jenis-jenis pakaian yang boleh dipakai oleh rakyatnya. Contohnya seperti berpakaian jubah disesetengah negara tertentu. Ada juga pemerintah yang memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk berpakaian asalkan sesuai dengan keadaan sekeliling.ii . Keamanan

Semasa keadaan di sesuatu tempat dalam keadaan aman, penduduk biasanya akan memakai pakaian yang kelihatan lebih selesa dan menarik . Pakaian mereka biasanya cantik, bersih dan sesuai dengan suasana keadaan sekelilingnya.iii. Peperangan

Apabila berlaku peperangan pula, pada kebiasaannya penduduk tidak akan mementingkan keadaan pakaian yang dipakainya. Bagi mereka pakaian tidak perlu menarik asalkan boleh digunakan untuk berlindung daripada keadaan iklim sama ada cuaca yang sejuk atau panas. Kadangkala ada sesetengah penduduk yang sentiasa memakai pakaian seperti tentera dengan tujuan untuk mempertahankan diri daripada musuh.

d.Agama

i . Melambangkan identiti penganut

Sesetengah orang akan berpakaian dengan jenis pakaian yang melambangkan identiti penganut agama masing-masing.

ii.Melambangkan kedudukan atau peranan seseorang dalam agama

Jenis pakaian yang dipakai oleh seseorang juga kadangkala berkait rapat dengan peranan atau kedudukannya dalam agama. Contohnya seorang Imam bagi agama Islam biasanya akan memakai Jubah serta serban. Bagi seorang Sami Buddha pula akan memakai pakaian berwarna kuning.e.Pekerjaan

i . Pakaian seragam

Dalam sesuatu bidang pekerjaan , adakalanya pekerja dikehendaki memakai jenis pakaian yang sama atau seragam. Contohnya dalam pasukan keselamatan seperti tentera atau polis , jururawat dan lain-lain lagi.

ii . Pakaian khusus

Ada upacara yang memerlukan pesertanya memakai pakaian tertentu untuk melambangkan istiadat itu.

iii. Jawatan dan pangkat

Dalam sesuatu bidang pekerjaan kadangkala pakaian yang dipakai oleh pekerja adalah berbeza kerana berlainan jawatan atau pun pangkat. Contohnya seperti seorang anggota yang berpangkat Mejar, pakaiannya adalah berbeza dengan seorang prebet .f.Status

i . Kedudukan ekonomi

Dalam masyarakat, seseorang yang mempunyai kedudukan ekonomi yang agak baik kadangkala pakaiannya adalah berbeza dengan orang lain. Pakaiannya mungkin berjenama, mahal, berkualiti dan lebih menarik berbanding dengan orang biasa.

ii. Peranan dalam masyarakat.

Bagi ketua-ketua dalam sesebuah masyarakat juga kadangkala memakai pakaian yang berbeza dengan orang-orang bawahannya . Contohnya seperti seorang Ketua Kampung, Imam ,Tok Kadi dan lain-lain lagi. Pakaian yang dipakai menunjukkan peranannya dalam masyarakat.iii. Melambangkan darjat.

Pakaian yang dipakai oleh seseorang juga melambangkan kedudukannya atau darjatnya dalam suatu masyarakat atau dalam sesebuah negara.

Contohnya pakaian yang dipakai oleh seorang Raja adalah berbeza dengan pakaian yang dipakai oleh rakyat biasa.g.Aktiviti harianDalam melaksanakan aktiviti seharian, kita juga seringkali menggunakan pakaian yang berbeza . Contohnya kita memakai pakaian yang berbeza apabila berada di rumah berbanding apabila kita hendak beriadah atau pergi bersiar-siar.2.4.3Faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaianSetiap pakaian yang dipakai oleh setiap individu dipilih mengikut keperluan masing-masing. Pakaian dipilih berdasarkan faktor seperti berikut;a.Bentuk badan

Tinggi dan langsing

Tinggi dan gempal

Rendah dan kurus

Rendah dan gempalStail pakaian untuk badan yang berlainan :-

ElemenTinggi dan langsingTinggi dan gempalRendah dan kurusRendah dan gempal

Garisan dan cantumanGaris empayar, bahu mendatarGaris puteri, garis bentuk A, garis lurus tegakGaris empayar, garis bentuk AGaris V dibahagian badan

FabrikSederhana tebalNipis, lembutSedehana tebalLembut, sederhana nipis

Garis leherBulat , bekolarBerbentuk U,V, segiempat, bulat dengan belah slit berlapikBerbentuk U, sampanBerbentuk V, segiempat

LenganLengan gelembung,bisyop, kaki kambing, kimono, magyarLengan padanan rata, RaglanPadanan rata, kaki kambing, gelembong, bisyopLengan padanan rata, raglan

WarnaTerang dan cerahGelap dan lembutTerang dan cerahGelap dan lembut

CorakMelintang, bertabur, saiz besarTegak, saiz sederhanaKombinasi tegak dan melintang, saiz besarTegak dan serong, saiz kecil

HiasanKocek sisi, kocek tampal, skirt berpesak, berkedut, berlisuKocek sisi, kolar rever atau lepet, kolar simpul hiasKocek tampal, ropol, kedut, lisuKocek sisi

Pakaian formal ialah pakaian yang dipakai apabila menghadiri majlis rasmi. Contohnya, pakaian tradisional, pakaian seragam, pakaian rasmi dan pakaian upacara.

Pakaian kasual ialah pakaian yang dipakai semasa beriadah, bersiar-siar, membeli belah atau dirumah. Pakaian ini perlu tahan lasak, selesa dan ringkas.

b.Pekerjaan

Pakaian semasa bekerja perlu dipilih supaya dapat melambang dan menunjukkan identiti tugas tersebut. Guru dan pensyarah memilih pakaian yang sopan semasa mereka mengajar. Perunding imej dan pakar kecantikan akan memakai pakaian yang kemas dan sut yaang sesuai dengaan imej mereka. Pasukan polis, bomba dan tentera memakai pakaian yang sesuai dengan tugas mereka .c.Gaya hidup

Gaya hidup sangat mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Gaya hidup yang sibuk akan memilih pakaian yang mudah diurus, yang suka bersenam akan menyediakan pakaian riadah. Individu yang kerap menghadapi majlis sosial akan menyediakan banyak pakaian formal.

d. Masa dan tempat

Setiap individu perlu pandai menyesuaikan pakaian dengan masa dan tempat dimana kita berada.Jika kita ke hutan perlu pakai pakaian yang sesuai untuk bergerak/ aktiviti didalam hutan. Jika ke masjid perlu pakai yang sesuai ke masjid dan pakaian tidaklah menjolok mata. Pakaian yang penuh dengan aksesori tidak sesuai untuk pergi ke sekolaah tetapi lebih sesuai ke majlis jamuan.e.Pendapatan dan kemampuan

Kemampuan seseorang berbelanja akan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memilih pakaian. Jika pendapatan yang tinggi pasti mampu memilih pakaian yang lebih berkualiti, mewah dan tinggi harganya.

Aktiviti 3Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Huraikan apakah faktor yang perlu dipertimbangkan jika anda ingin membeli pakaian yang sangat anda idamkan.TAJUK 3PROSES JAHITAN

3.1SINOPSISKursus ini memfokuskan tujuh jenis proses jahitan yang perlu dijalankan dalam membuat pakaian iaitu kelim, belah, lengan, penghilangan gelembong, garis leher, kancing dan penyudah tepi. Setiap proses meliputi aspek fungsi, faktor pemilihan, jenis dan langkah-langkah menyedia dan menjahit setiap proses. 3.2HASIL PEMBELAJARAN

1.Mengenal pasti tujuh proses jahitan yang penting dalam membuat pakaian2.Menerangkan maksud dan jenis kelim, belah, kancing, penghilangan gelembong, penyudah tepi,lengan dan garis leher3.Menjelaskan cara menyedia dan membuat kelim, belah, kancing, penghilangan gelembong, penyudah tepi,lengan dan garis leher4.Menghuraikan ciri perbezaan jenis kelim, belah, penghilangan gelembung, penyudah tepi, lengan dan garis leher3.3Kerangka Tajuk-tajuk 3.4ISI KANDUNGAN1. Proses menjahit merupakan langkah berturutan dalam menyediakan sesuatu proses untuk membuat pakaian atau artikel.

2. Penghilangan gelembong ialah proses menghilangkan lebihan fabrik pada pakaian atau artikel untuk memberi bentuk dan keselesaan.

3. Kelim ialah proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Kelim juga digunakan untyuk member bentuk dan stail pada pakaian.

4. Belah ialah suatu proses jahitan yang dibuat untuk memudahkan pakaian dipakai atau ditanggalkan serta mengekalkan ciri tradisional pada pakaian.

5. Garis leher merupakan sebahagian daripada pakaian yang boleh dikemaskan dengan kolar, lapik, kun, ropol atau renda.

6. Penyudah tepi ialah suatau proses yang digunakan untuk mengukur, mengemas, dan menghias hujung pakaian atau artikel.

7. Lengan merupakan sebahagian daripada pakaian yang berfungsi untuk menambah stail, melindungi dan menutup kecaccatan lengan disamping dapat mengekalkan cirri traadisional sesuatu pakaian.

8. Kancing ialah alat untuk menutup belah pakaian atau artikel untuk mengekalkan bentuk asal.

3.4.1KELIM1. Definisi Kelim Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin.2.Kegunaan Kelim2.1 Kelim digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingan fabrik

2.2 Kelim digunakan untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik.2.3 Kelim boleh memberikan bentuk kepada pakaian. 2.4 Kelim juga digunakan sebagai hiasan.3.Faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim

3.1 Jenis fabrik

Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik.

Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai

dijahit dengan Kelim Betawi.

3.2 Jenis pakaian

Pakaian yang kerap dipakai dan sentiasa didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanak-kanak.

3.3 Gaya dan kedudukan kelim.

Kelim biasanya terdapat di bahagian bahu, rusuk dan tepi seluar , skirt atau sarung 4. Jenis kelim

4.1 Kelim Belah Kangkung

4.2 Kelim Betawi

4.3 Kelim Lipat Tindih

4.4 Kelim Papan Mesin

4.5 Kelim Papan Tangan

4.1 Kelim Belah Kangkung Untuk semua jenis fabrik, kecuali fabrik nipis

Untuk menyambung bahagian rusuk dan lengan pada pakaian, kelengkapan rumah tangga dan mencantum pita serong tepat

Lebar kelim yang siap antara 1.25 cm hingga 2.5 cmCiri Kelim Belah Kangkung Lebar kedua-dua basi kelim sama

Kelim rata dan terbuka Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar

Tidak beralur di sebelah luar Tepi basi kelim perlu dikemaskan Proses menjahit kelim belah kangkung1a. Temukan sebelah luar fabrik.

b. Sematkan peniti, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan.

2. Cabut jelujur. Tekan dan seterika supaya kelim terbuka

3.Kemaskan tepi basi kelim belah kangkung dengan kaedah yang berikut:

3.1Mengemas basi kelim dengan jahitan insang pari

3.2Mengemas basi kelim dengan jahitan mesin

3.3Mengemas basi kelim dengan mesin pengemas tepi

3.4Mengemas basi kelim dengan jahitan lilit kemas

3.4.2PENYUDAH TEPIFungsi

Penyudah tepi adalah proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas, mengukuh dan menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumahtangga daripada berjerumbai atau berjurai-jurai.

Faktor pemilihan

Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan.

PENYUDAH TEPI

(Kelepet dan Kun)

Definisi Penyudah Tepi

Jenis penyudah tepi

1.Kelepet

2. Kun

Proses menyedia :Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit penyudah tepi.

1.Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan.

2. Kukuh , tahan lasak , dijahit dengan baik kemas dan rata.

3. Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung mestilah rata/licin. 4. Warna benang mesti sama dengan warna fabrik.

5. Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan Cantik dijadikan perhiasan.

KELEPET Kelepet ialah penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di tepi kelengkapan rumahtangga. Ia terdiri daripada dua lipatan. Kelepet digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan diadakan kelepet itu. Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus. Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah1. Kelepet ialah lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi.2. Kelepet biasanya terdapat di hujung kaki seluar, hujung lengan baju dan bahagian bawah pakaian.3. Jenis mata jahitan yang digunakan untuk menjahit pakaian yang meretas ialah:a. Jahitan Sembatb. Jahitan Silang Pangkah Proses menjahit kelepet lurus

Langkah 1 Langkah 2Tandakan kedudukan kelepet Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam

selebar 6mm

6mm 66mm

6mm 6Rajah 3.1 dan 3.2 Proses menjahit Kelepet LurusLangkah 3 Langkah 4

- Lipat lipatan kedua di garisan kelepet - Cabut peniti

selebar 2 cm 6 1/2 cm - Jahit sembat susup di sepanjang

- semat dan jelujur kelepet.

2 cm -

6 cm

Rajah 3.3 dan 3.4 Proses menjahit Kelepet Lurus Langkah 5

Langkah 6

Menetapkan kelepet pada pakaian Menetapkan kelepet pada pakaian

dengan jahit silang pangkah dengan jahit sembat

Rajah 3.5 dan 3.6 Proes menjahit Kelepet Lurus2.JALUR SERONG TEPAT / KUN Jalur serong tepat ialah sekeping fabrik yang digunting dengan menggunakan ira serong tepat. Lebarnya bergantung lebar penyudah tepi yang hendak dijahit.Langkah-langkah menyediakan jalur serung tepat ( rujuk Rajah 3.7 )

Lipat kain supaya benang longsin selari dengan benang pakan.

Ukur dan tandakan lebar jalur serong dengan peniti kemudian guntingkan jalur serong.

Untuk menyambungkan jalur serong tepat, gunting hujung jalur supaya kedua-dua tepinya mengikut ira lurus . Temukan S.L. jalur serong dengan hujungnya terkeluar 9 mm.

Jelujur dan jahit mesin jalur serong.

Tekan buka kelim jalur dan gunting hujung yang terkeluar

Lipatan serong tepat

peniti (a) (b)

Tepi jalur mengikut ira lurus hujung digunting jahit mesin

(c)

hujung terkeluar 9mm Kelim menyambung Rajah 3.7 Jalur serong tepat

Langkah-langkah Kun di tepi lurus (sebagai lapik)

1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan

2. Tanggalkan benang benang jelujur dan gunting tepi hingga 6 mm

3. Terbalikkan ke sebelah belakang.

Sebelah dalam

Mengemaskan lapik dengan

sembat susup

Sebelah luar

Rajah 3.8 Jalur serong tepat

Aktiviti 4Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

1.Berapa banyak lipatan dibuat pada kelepet?

A.Satu

B.Dua

C. Tiga

D.Empat

2.Jalur serung tepat dipotong .......... ganda daripada lebar kun yang siap

A .1 kali

B.2 kali

C.3 kali

D4 kali

3.Gambarajah di bawah menunjukkan ........................

Rajah 1 A. Kelim

B. Kelepet

C. Penjuru lipat tindih D. Penjuru temu sudut

4.Bagaimana kamu menghilangkan gelembung pada tepi yang melengkung?

i.Dengan menjahit sembat susup

ii.Dengan membuat lisu-lisu kecil

iii.Dengan menjahit lilit ubi atau insang pari.

iv. Dengan mengedutkan kelepet menggunakan jahit mesin.

A.i dan ii

B.ii dan iii

C. i dan iii

D. ii dan iv

5. Penyudah tepi yang dijahit dengan baik mestilah...................

A.rata dan kemas

Bsekata lebarnya

C. kukuh dan kemas

D. sekata lebarnya, kukuh dan kemas.

1. Apakah perbezaan Kelepet dengan Kun? 2.Lukis gambarajah dan terangkan cara membuat di tepi cembung.

3.Terangkan langkah-langkah untuk menjahit kelepet lurus pada pakaian.

4.Dengan bantuan gambarajah huraikan bagaimanan hendak menggunting dan menyambung jalur serung tepat.

3.4.3BELAH

Aktiviti 5Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini .1.Apakah yang dimaksudkan Belah dalam proses jahitan pakaian ?

2.Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan belah ?

3.Dengan menggunakan gambarajah , terangkan proses jahitan bagi

3.1Belah kelepet sama lebar

3.2Belah berzip

3.3Belah berkun 3.4.4KANCING

Aktiviti 6Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini .1.Apakah tujuan menjahit kancing pada pakaian

2.Berikan perbezaan antara kancing tersembunyi dan kancing nampak. Berikan dua contoh kancing setiap satu.

3.Dengan berpandukan gambarajah nyatakan langkah-langkah menjahit butang berlubang dua.

4.Nyatakan lima perkara yang harus diingat semasa menjahit lubang butang.

3.4.5PENGHILANGAN GELEMBUNG

Aktiviti 7Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini .

1.Terangkan fungsi penghilangan gelembung pada pakaian

2.Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan penghilangan gelembung ?

3.Dengan bantuan gambarajah , bezakan proses jahitan bagi cara menghilang gelembung : Kedut lepas , Lisu : lisu beriring , lisu terbalik , lisu bertentang , lisu hias dan lisu pemadan

3.4.6LENGAN

Aktiviti 8Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini .

1.Bentangkan hasil kerja lengan padanan rata dalam bentuk carta

2.Huraikan ciri-ciri lengan padanan rata yang baik

3.Apakah tujuan lengan dipasang pada pakaian.

3.4.7GARIS LEHER

Aktiviti 9Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini .

1.Reka dan lakarkan dua stail pakaian yang berkolar lurus

2.Huraikan ciri-ciri kolar lurus

3.

Berpandukan gambarajah lukiskan cara-cara melekatkan kolar lurus di garis leher mengikut urutan yang betul

4.Mengapakah perlu dijelujur tegak sebelum mencantumkan kolar di garis leher.

TAJUK 4Teknologi pemeliharaan ikan hiasan

4.1 SINOPSISKursus ini adalah mengenai teknologi pemeliharaan ikan hiasan. Tajuk ini membincangkan tentang kaedah pemeliharaan ikan hiasan air tawar tropika yang sering dipraktikkan. Merangkumi beberapa sub tajuk antaranya menyentuh tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan, ciri-ciri istimewa ikan hiasan, jenis dan contoh spesies ikan hiasan, peralatan/kelengkapan dan bahan, penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan serta pengurusan dan penjagaan. Kursus ini mengintegrasikan pengetahuan teori dan kemahiran amali berhubung dengan kaedah pengajaran secara kumpulan dalam pengajaran mikro.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN 4.2.2 Menyatakan tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan.

4.2.2. Menjelaskan beberapa ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan.

4.2.3. Menyenaraikan jenis dan contoh spesies ikan hiasan.

4.2.4. Menerangkan peralatan/kelengkapan dan bahan yang diperlukan untuk pemeliharaan ikan hiasan.

4.2.5. Menghuraikan langlah-langkah penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan ikan hiasan.4.2.6. Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan.

4.3 Kerangka Tajuk-tajuk

Teknologi

pemeliharaan

ikan hiasan

Tujuan dan Jenis dan Peralatan/ Pengurusan

faedah contoh spesies kelengkapan dan

pemeliharaan ikan hiasan dan bahan penjagaan

ikan hiasan

Ciri-ciri Penyediaan

Istimewa akuarium dan ikan hiasan peralatan untuk pemeliharaan4.3 Teknologi pemeliharaan ikan hiasan

4.3.1Tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan

Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifat-sifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang. Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai satu hobi yang unik. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran seseorang.

Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya sifat keperihatinan seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan hiasan yang dipelihara. Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kerana ia dapat menjana ekonomi seseorang. Aktiviti memelihara dan menjual ikan hiasan serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha ikan hiasan.

4.3.2 Ciri-ciri istimewa ikan hiasan

4.3.2.1 Sifat luar dan dalamIkan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:

a. Pergerakan Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak

perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.

b. Sisik

Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut

spesis.Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria

dan serangan penyakit.

C. Saiz Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa

mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz

yang kecil.

d. Sirip Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang

e. Bentuk badan Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk,

pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.

f. Warna badan Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.

g. Cara makan Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan

hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger

Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup.

h.Jantina Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih.

i. Cara pembiakan Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan

Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran

sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.

4.3.2 .2 Tabiat dan keperluan kehidupan

1. Ikan hiasan tergolong dalam 4 kumpulan tabiat makan :

A.Ikan herbivor (pemakan tumbuhan)

B.Ikan karnivor (pemakan haiwan, terutama sekali memakan haiwan hidup)

C.Ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organik)

D. ikan omnivor (pemakan segala macam makanan)

Kebanyakan ikan hiasan adalah ikan herbivor dan omnivor. Makanan yang

diberi mesti bersesuaian dengan tabiat makan ikan.

2. Kualiti air Bagi ikan hiasan tropika,suhu air mesti berada pada julat 25 c 35 c . Ikan

hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4 c- 25 c. Suhu diukur

dengan meter termometer.

3. Kadar cahaya Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang,

bergerak ,mencari makanan dan melihat objek lain.4.4.3 Jadual 1: Jenis dan contoh spesies ikan hiasan

BilFamiliSpesiesCiri-ciri Utama

1.CyprinidaeContoh: Seluang(rasbora), ikan mas, barb

Ikan seluang

Ikan mas

Ikan Barb

> Kecil, berbadan mampat,bersesungut

> ekor terbuka dan bentuk fork

>Badan bersisik , bergerak pantas

> kepala tanpa sisik

>Terdapat di Afrika, Amerika Utara dan sebahagian besar Asia Tenggara.

2.ChichildeaContoh: Ikan Angel, Discus, Oscar Ikan Angel Ikan Discus Ikan Oscar

>Hanya sepasang lubang hidung

>Sirip ekor bulat

>Satu dorsal fin

3.CharachidaeSemua jenis ikan tetra Blue tetra

Green neon tetra

>Seakan ikan Barb

>Tiada sesungut

>Ada gigi dan adiposfin

>Berasal dari Amerika Selatan dan Afrika Tengah

4.BelontiideaContoh: Ikan pelaga Siam (Betta splenden), Gourami biru (Trichogaster trichopterus)

Ikan pelaga Siam Gourami biru Dwarf Gourami

>Badan lebar dan

mampat

>Sirip anal panjang

>Mempunyai aksesori respiratory organ untk bernafas di udara

>Terdapat di Koprea Selatan, Asia Tenggara,Afrika Barat

6.Catfish FamiliesCoridoras sp. Ikan bandaran

(Rinelloricaria parva)

>Suckermouth

>bersesungut

Bahan Bacaan

4.4.4 Peralatan/kelengkapan dan bahan

4.4.4.1 Alat kelengkapan dan bahan serta ciri-cirinya

4.4.4.1.1 Akuarium/bekas Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan:

i. saiz akuarium;

ii. bentuk akuarium;

iii. bahan buatan akuarium;dan

iv. jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan.

a Saiz akuarium. Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter).

Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan kelp (kelp ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia). b. Bentuk akuarium. Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium) (Rajah 1).

Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya.

Rajah 1: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D)separa silinder (E) dan silinder (F)

c. Bahan buatan akuarium. Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium:

i. akuarium kaca (glass aquarium); dan

ii. akuarium akrilik (acrylic aquarium).

Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium.

Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk.4.4.4.4.2 Sistem penapisAksesori Sistem Penapisan AkuariumSistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah 2). Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus.

Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump). Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil kapas penapis (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.

Rajah 2: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B) dan kapas penapis, sejenis media penapisan (C).

Sistem pengudaraanSistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah 3). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injap-injap akuarium (aquarium valves).Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.

Rajah 3: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B) dan tiub udara (C).

4.4.4.4.3 AksesoriAksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium tersebut. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:

i. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan;

ii. mempastikan pH air pada tahap optima;

iii. memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan dapat dipam keluar daripada akuarium;

iv. mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan bersih; dan

v. lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.

Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialah:

i. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium;

ii. aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium;

iii. aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium;

iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan

v. pasir untuk lantai akurium.

Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.

Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.

Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat luxmeter boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit lux. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux.

Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah 4). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis tungsten dan halogen tidak begitu sesuai. Lampu jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk tumbuhan.

Rajah 4: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).

4.4.4.4.4 Tumbuhan akuatik

Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri.

Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium.

Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya.

Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan.

Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan.

Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium.

Fungsi tumbuhan akuatik dalam akuarium

Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium. Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air.

Jenis-jenis tumbuhan hiasan akuarium Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran.

Jadual 2: Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium

Spesis

1.Anubias sp

2.Aponogeton sp

3.Azolla sp

4.Bacopa sp

5.Cabomba sp

6.Hydrocotyle sp

7.Hygrophila sp

8.Hydrilla verticiliata

9.Elodea sp

LatihanCari gambar-gambar tumbuhan di atas dan failkan

4.4.4.4.5 Makanan

Terdapat makanan hidup.makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan atau pelet.Makanan diberi mengikut jenis ikan.Makanan pelet jenis terapung sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam sesuai untuk ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala kebawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

Jadual 3: Jenis makanan mengikut spesisJenis makananJenis ikan

Makanan hidup dan makanan basahTiger Barb, Discus, Guppy , Black Tetra

Makanan keringPearl Gourami, Harlequin Rasbora,Bala Shark Silver Marble Molly

Makanan rumusanSunrise Platy,Angel,Tiger Barb, Brown Corydoras

Makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air akuarium. Tetapkan masa memberi makanan iaitu pagi, tengahari dan petangMakanan kering Cacing darah yang diawet kering

Udang geragau kering

Makanan basah Daging

Hati

Makanan rumusan

Pellet

Emping Contoh makanan hidup

cacing darah ulat roti

PlanktonPerbincanganBincangkan dalam kumpulan , contoh makanan lain yang dapat membantu tumbesaran ikan hiasan anda

Jadual 4 : Penyakit-penyakit Ikan Dan Ubat

BilPenyakit

Sebab / KesanUbat

1Jangkitan bakteriaDikesan apabila matanya kabur, ekornya layu, kulitnya serba tak kena atau berwarna merah, dan nafasnya kencang.Tetracycline atau MarOxy

2Ekor layuSelalunya akibat tertekan dan keadaan air yang teruk. Kadangkala akibat daripada jangkitan bakteria.Aquarisol atau akuarium bergaram

3Badan berkulatBenda keputihan yang melekit tergantung menyelubungi badanMaracyn atau

Furacyn

4SembelitDikesan apabila ikan betta mengambil masa yang lama untuk membuang najisnya atau najisnya tergantung lama dan tidak jatuh. Ini akibat ikan diberikan makanan berkanji kering dan kurang kepelbagaian makananMakan bersukat atau diberi makanan yang dibeku/hidup

5DropsyPembentukan bendalir yang keterlaluan dalam badan. Akibatnya ikan hilang selera makan, bengkak badan, sisiknya teruk dan kelihatan lembap. Selalunya menyebabkan kematian.Tetracycline

6Ekor memburukKerana bakteria di luar. Akibatnya ekor semakin memburuk, pecah serta berbulu.BettaMax atau MelaFix

7Mulut berkulatMulut betta kelihatan ditumbuhi benda putih atau kelabu.Penyingkir kulat atau Furanase

8Penyakit insangTidak mengembang dan insang berwarna merah atau berkilau. Ikan akan 9selalu berada di permukaan atas bekas apabila dijangkitiMaracyn

9Lubang di kepalaTerdapat lubang kecil pada kepala ikan bettaHexamit

10IchPenyakit berjangkit. Dikesan melalui bintik putih kecil yang menyelubungi badan ikan.Aquarisol atau rawatan cepat

11ParasitParasit kecil seperti cacing sauh melekat pada badan ikan betta dan menyebabkannya menggosokkan badannya pada sesuatu benda untuk membuangnya.CopperSafe atau fluke tab

12Tiada selera

makanDikesan apabila ikan betta menjadi lembap dan murung.BettaMax

13Penyakit mataMatanya membesar, mengabur atau mungkin tertonjol keluarMaracyn

14Berenang dengan

hodohDikesan apabila ikan betta berenang mengereng ke sisi, menggeselkan perutnya atau selalu berada di permukaan bawah bekas. Penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut.Tiada ubat, tetapi jika diberi makan selalu, ia mungkin dapat membantu

15Fish liceDijangkiti bakteria yang menyebabkan bintik berwarna merah seperti demam campak pada badan atau ekor ikanCopperSafe atau akuarium bergaram

16VelvetPenyakit yang selalu dihadapi oleh anak ikan pelaga. Penyakit yang berjangkit dan boleh membawa maut. Dikesan apabila terdapat bintik coklat atau warna karat pada badan dan warna badannya semakin pudar. Jika diteliti dengan betul dapat diperhatikan bahawa badannya telah ditumbuhi kulat.Akriflavin aquarisol CopperSafe, Had- A-Snail atau garam mengikut sukatan

Layari InternetCari gambar ikan yang berpenyakit seperti dalam jadual di atas

4.4.5 Penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan

4.4.5.1 Faktor pemilihan lokasi untuk menempatkan akuariuma. Keamatan cahaya

Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.

Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.Kadar cahaya ialah kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam unit lx (lux) .Satu lokasi yang sesuai ialah tempat yang mampu mendedahkan akuarium kepada keperluan cahaya yang mencukupi. Bagi sebuah akuarium, punca cahaya adalah daripada

lampu akuarium yang dipasang. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan bergerak, mencari dan melihat makanan serta melihat objek-objek lain dalam akuarium termasuk ikan lain. Bagi akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya sebanyak 5000 lx selama 10-12 jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan lebih 6000 lx untuk 10-12 jam seharai. Kadar cahaya diukur menggunakan fotometer (photometer).Suhu

Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit C. Bagi ikan hiasan tropika, suhu air mesti berada pada julat 25C -35C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4C hingga 25C. Suhu boleh diukur menggunakan meter termometer.

Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan, penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini cuma boleh berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja. Suhu juga mempengaruhi organisma hidup lain yang ada hubung kait dengan ikan, misalnya bakteria, kulat, virus dan parasit dalam akuarium. Selain itu suhu turut mempengaruhi parameter-parameter air yang lain. Misalnya, semakin suhu air meningkat semakin sukar bagi oksigen larut dalam air, oleh itu suhu yang terlalu tinggi menjadikan air kekurangan oksigen terlarut. Ketahanan ikan terhadap suhu bergantung kepada spesies atau jenis ikan. Keselamatan

Akuarium perlu diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh menyebabkab bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium itu sendiri. Kanak-kanak yang menyebabkan akuarium tersebut pecah akan terdedah kepada kecederaan ( luka akibat serpihan kaca ). Perbelanjaan yang telah dikeluarkan juga terbazir akibat akuarium yang pecah.

Bagi mengelakkan perkara yang tersebut berlaku, akuaris boleh meletakkan akuarium ditempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Lokasi yang sesuai juga boleh menjamin keselamatan akuarium dan manusia. Peminat ikan hiasan yang mahal seperti Arowana perlu menempatkan akuarium di dalam rumah atau akuarium di pasangkan sistem keselamatan yang sesuai mengelakkan ikan tersebut dari dicuri.

4.4.5.2 Pembersihan dan membasmi kuman peralatan

4.4.5.2.1 Landskap dalam akuarium

-Rawatan airLangkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air, bau air dan tabiat luar biasa ikan. Tabiat luar biasa ikan menunjukkan ikan berpenyakit.

Antara tabiat luar biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah, ikan menggesel badan pada objek keras, ikan muncul tercungap di permukaaan air, warna ikan pudar, ikan tidak mahu makan, ikan tidak aktif berenang (bagi spesies yang biasanya aktif berenang), tanda-tanda penyakit pada badan ikan dan sebagainya.

Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air, akuarium serta semua aksesori dan ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan, air akuarium diganti dan langkah rawatan penyakit diambil. Jika kos merawat ikan terlalu mahal, beli saja bekalan ikan baru untuk menggantikan ikan berpenyakit.

Elakkan mengisi akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan menambahkan lagi timbunan bahan organik dari najis ikan dan sisa makanan.Keasidan/kealkalian pH digunakan untuk mengukur samada sifat air itu asidik atau beralkali.Kekerasan air

Air dikatakan keras sekiranya kandungan mineral terlarutnya tinggi, dan keadaannya lembut sekiranya kandungannya kurang atau tiada. Unit ukurannya ialah dH.Mengukur Keasidan/Kealkalian Air

pH air diukur dengan menggunakan peralatan yang mudah didapati di kedai

akuarium biasa iaitu kertas litmus atau pH indicator (sejenis cecair untuk

mengukur pH). Bila membeli peralatan tersebut, pastikan sama ada ia untuk

menyukat pH air tawar atau air masin.Skala yang digunakan ialah dari nombor 0 (asid yang terkuat) sehingga nombor 14 (alkali yang terkuat). Setiap nombor mempunyai warna tertentu. Bila air diuji dengan memasukkan kertas litmus ke dalam contoh air, bahagian yang dicelup itu akan bertukar warna. Warna itu dipadankan dengan alat pengukur. Warna yang sama pada pengukur tadi memberi kedudukan nombor yang menentukan tahap kualiti air.Untuk air tawar, kualiti air yang dikehendaki ialah antara pH 6.5 hingga 7.5. pH

7 adalah air paling tawar. Bagi air masin pula, kualiti air mestilah antara pH 7.9

sehingga 8.5. Ikan akan mengalami stres sekiranya ukuran pH kurang atau lebih daripada kedudukan ini.Mengukur Kekerasan Air

Keras atau lembutnya air bergantung kepada kandungan garamnya. Air yang

keras mengandungi garam yang tinggi. Ada yang boleh dikurangkan dan ada

yang tidak. Biasanya ia dikurangkan dengan menambahkan air lembut seperti

air hujan atau bahan-bahan tertentu.Ada alat yang boleh mengukur sama ada air itu:

Keras umum (general hardness), atau keras kerana kandungan kalsium karbonat (CaCO3) atau kalsium oksida (CaO). Kekerasan air tidaklah begitu merbahaya sebab ada jenis-jenis ikan yang biasa dengan keadaan air sebegitu di habitat asalnya.

.

Rajah 6 :Ujian litmus HidrometerSumber: Mills, Dick. (1992). Illustrated guide to aquarium fishes. Leicester: Blitz.Saliniti dan Tekanan Khusus AirSaliniti merujuk kepada tahap kemasinan air. Saliniti air ditentukan

menggunakan alat pengukurnya. Berdasarkan kandungan garam air, kita boleh mengkategorikan air kepada beberapa jenis air:Jadual 7 :Jenis-jenis air berdasarkan kandungan garam

Jenis AirKandungan Garam (part per thousand)

Air masin30 - 35 ppt

Air payau 0.5 - 29 ppt

Air tawar> 0.5 (atau 1) ppt

Untuk akuarium air masin, anda disyorkan menggunakan garam khas untuk

memastikan tahap kemasinan air mencukupi, melainkan bekalan air laut yang

asli dan bersih mudah didapati.

Hidrometer

Kita juga perlu mengetahui tekanan khusus air (specific gravity). Tekanan

khusus untuk air masin dianggarkan antara 1.020 hingga 1.025 atm dan biasanya dinyatakan pada bungkusan garam yang digunakan. Alat yang digunakan untuk menyukat tekanan khusus air ialah hidrometer . Ia boleh didapati di kedai-kedai yang menjual peralatan saintifika. Mengawal dan Membasmi Patogen Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit seperti yang dibincangkan di atas. Jika terbukti terdapat penyakit dalam akuarium atau kolam ikan hiasan, seluruh sistem akuarium dan kolam mesti dibersih dan di rawat.

Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan, dan jika perlu, aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama, terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya.

Ikan berpenyakit boleh dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar daripada kos membeli bekalan ikan baru, maka lebih baik dimusnahkan saja ikan berpenyakit dan digantikan dengan ikan baru. Elakkan membeli ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan ikan berpenyakit.

b. Mengawal dan Mengurus Akuarium dan Kolam Ikan Hiasan Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin yang penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan.

Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan lutsinar tanpa lapisan lumut menyalutinya. Pasir di dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan berwarna semula jadi. Jika pasir berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar, maka seluruh akuarium perlu dibersih dan diganti air.

Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen hiasan perlu sentiasa bersih tanpa disaluti lumut, lendir dan sisa buangan akuarium. Pastikan juga bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi dengan baik.

c. Mengawal dan Mengurus Makanan Ikan Ikan perlu diberi makanan berkualiti secukupnya. Ikan yang kekurangan makanan dan sentiasa lapar akan mengalami tekanan dan mudah d. dijangkiti penyakit. Beri makan sekurang-kurangnya dua kali sehari, bergantung pada spesies ikan. Pilih makanan yang sesuai untuk ikan. Elakkan memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan makanan yang diberi. Lebihan makanan ini akan menurunkan kualiti air. Elok sekali diperhatikan waktu-waktu ikan makan secara aktif. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan makan4.4.5.2.1.2 Teknik melepaskan ikan ke dalam bekas

Rendamkan beg plastik yang mengadungi ikan ke dalam akuarium selama 20 hingga 30 minit Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama-sama air ke dalam akuarium Setelah semua ikan keluar dari beg plastik, keluarkan beg plastik tersebut.4.4.6 Pengurusan dan penjagaan

1 . Penjagaan harian

Beri makan 1 hingga 2 kali sehari

Perhatikan perlakuan ikan

Ikan yang mati perlu dibuang

Pastikan peralatan berfungsi

Ukur kualiti air2. Penjagaan mingguan

Ganti atau 1/3 air dari isipadu akuarium

Cantas tumbuhan akuatik yang tidak diperlukan

Bersihkan bahagian hadapan cermin

Cuci kapas penapis (jika perlu tukar baru)

Jangan beri makanan berlebihan Latihan : Di dalam makmal agroteknologi buat rekod untuk penjagaan harian, mingguan dan bulanan.

3. Penjagaan bulanan

> menguji kualiti air

> membersih penapis air TAJUK 5Teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan

5.1 SINOPSISKursus ini adalah mengenai teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan. Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan, kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan, jenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan, persediaan untuk penyemaian dan penanaman, pembiakan dan penyediaan anak benih, penanaman, pengurusan dan penjagaan serta pengutipan dan penggunaan hasil. Kursus ini mengintegrasikan pengetahuan teori dan kemahiran amali berhubung dengan kaedah pengajaran secara kumpulan dalam pengajaran mikro.

5.2 HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran danhiasan.

2.Menyatakan kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan.

3. Menyenaraikan jenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan.

4.Merancang dan menerangkan persediaan untuk penyemaian dan penanaman pemeliharaan ikan hiasan.5. Menghuraikan langlah-langkah pembiakan dan penyediaan anak benih. pemeliharaan ikan hiasan.

6. Menerangkan tentang beberapa teknik penanaman.

7. Menjelaskan langkah-langkah pengurusan dan penjagaan tanaman.

8. Menerangkan kaedah pengutipan dan penggunaan hasil tanaman.

5.3 Kerangka Tajuk-tajuk Teknologi tanaman

sayur-sayuran dan hiasan

Sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan

Kepentingan tanaman sayur- sayuran dan hiasan dalam kehidupan

Jenis-jenis tanaman sayur- sayuran dan hiasan

Persediaan untuk penyemaian dan penanaman

Pembiakan dan penyediaan anak benih

Penanaman

Pengurusan dan penjagaan

Pengutipan dan penggunaan hasil

5.4 Teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan

5.4.1Sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan

Pokok berbunga telah wujud sejak zaman batu.

Penggunaan tanaman untuk hiasan dan bau-bauan mendapat perhatian.

Sesuatu yang wangi dan indah dianggap popular untuk mengindahkan suasana rumah kediaman.

Ahli kaji purba sering menjumpai bekas minyak wangi dan kilang minyak wangi.

Taman tergantung babylon.

50 jenis sayuran di tanaman di Semenanjung Malaysia dataran tanah rendah, tanah tinggi.

Kebanyakan sayur di Malaysia ditanam secara kecil-kecilan dengan keluasan di antara 0.2-1.2 ha.

Kawasan utama ialah Cameron Highlands (Pahang), Tangkak dan Kulai (Johor), Banting dan Tanjong Karang (Selangor), Lembah Kinta dan Taiping (Perak) serta Cabang Empat dan Wakaf Stan (Kelantan).

Kawasan yang sesuai menentukan pengeluaran sayur-sayuran.

Pada amnya, tanah yang sesuai untuk penanaman sayur - tanah yang mengandungi 40-60% pasir, 15% liat dan kaya dengan bahan organik.

Walau bagaimanapun, jenis tanah yang lain seperti tanah peroi, tanah liat, tanah gambut dan tanah pasir (tanah bris dan tanah bekas lombong) juga sesuai jika keadaan tanah tersebut diperbaiki dengan cara pengurusan tanah yang tertentu.

5.4.2 Kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan

Menghiasi ruang kawasan dalam dan luar bangunan Sebagai tujuan perlindungan pemandangan yang kurang menarik Mengurangkan kejadian hakisan tanah Berwarna-warni dapat mengurangkan kebosanan Pembersihan udara dari gas gas pencemaran Mengisi masa lapang dan sebagai hobi Menjana ekonomi dan sumber pendapatan 5.4.3 Jadual 8 : Jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasanTanaman hiasan

Bil KelasContoh

1.Pokok naunganSemarak api, Sena, Beringin

2.Pokok hiasanJanda merana, Kemboja, Kenanga

3.Pokok renikPuding,Kemuning,Janda kaya

4.Pokok memanjat/menjalarMarkisa, Bunga Jepun, Melor

5.PalmaPokok Kelapa gading, pinang kuning

6Pokok LendairSetawar,Ati-ati, Sensiveria

7.Pokok KaktusOpumtia,Kaktus Krismas

8.Rumput Turf / hiasanRumput Tikar,Rumput Lipan

Tanaman sayuranBilJenis sayuranContoh

1.Jenis daunBayam, sawi , kangkung, kobis

2.Jenis kekacangKacang botol/kelisa, kacang buncis, kacang tanah, kacang panjang

3.Jenis buahBendi, cili, terung, timun,tomato

4.Jenis akar/umbisiHalia, lobak putih/merah,ubi keledek, keladi, sengkuang

5.4.4 Persediaan untuk penyemaian dan penanaman

Penyediaan tapak

Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Pemuliharaan tanah perlu dilakukan untuk kesuburan.Tanah akan terjejas jika :

- kandungan nutrien rendah

-keadaan tanah berasid

-tanah berlempung

-tanah berpasir

A.Pemilihan tapak

-Berhampiran dengan bandar atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran

-Berhampiran sumber air bagi mudah menyiram dan mencuci sebelum

pemasaran dilakukan

-Kawasan luas dan lapang supaya mudah mendapat cahaya matahari

-Mempunyai kemudahan infrastruktur

B.Penyediaan batas

-Pembahagian kawasan

-Pembersihan kawasan

Membuang rumpai dan batu batan. Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit.Abunya digunakan sebagai baja. Rumput kering boleh diguna sebagai sungkupan.

-Menggembur

Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah,

membunuh haiwan perosak dan akar rumpai.

-Membina batas

Bina batas rata dengan ketinggian 15-25 cm atau batas tunggal berketinggian 20-25cm

.

Menyediakan Medium Semaian

Medium semaian adalah bahan yang merupakan tempat pertumbuhan dan perkembangan akar tumbuh-tumbuhan. Medium semaian yang sesuai untuk keratan batang adalah campuran 2 bahagian tanah loam,1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai atau nisbah 2:1:1.

Tanah loam adalah campuran butiran pasir, selut, dan tanah liat. Bahan organik pula merupakan saki-baki haiwan dan tumbuhan yang reput. Manakala pasir sungai pula berfungsi untuk membaiki sistem saliran dan memudahkan penembusan akar.

Langkah-langkah penyediaan medium semaian:

a) Menapis bahan-bahan medium secara berasingan

b) Sukat ketiga-tiga bahan mengikut nisbah 2:1:1 . Gaulkan bahan sehingga

sebati

c) Menutup lubang-lubang di dasar kotak semaian atau pasu dengan kepingan pecahan pasu atau pecahan batu bata

d) Mengisikan medium semaian ke dalam kotak semaian sehingga 2-.5 cm dari bibir bekase) Letakkan bekas semaian di tempat yang redup5.4.5 Jadual 6 :Pembiakan dan penyediaan anak benih5.4.5.1 Pembiakan seks

BilKekuatanKelemahan

1Murah dan menghasilakn banyak pokokTidak menurunkan baka tulin

2Menyediakan pokok penantiTerdapat masa rehat (dormancy)

3Menghasilkan baka-baka baruMasa yang panjang untuk matang

4Kadangkala terhasil hibrid yang lebih cegas berbanding pokok indukBermusim

5Mempunyai akar tunjang

5.4.5.2 Pembiakan aseks

BilKekuatanKelemahan

1Boleh mendapat pokok yang seragamPemindahan penyakit lebih mudah terutama oleh virus

2Menyerupai induk yang dipanggil indukTidak semua jenis tumbuhan boleh dibiak dengan cara ini

3Cepat berbunga / berbuahPerlukan kemahiran untuk melakukannya bagi menjamin kejayaan kaedah ini

4Boleh dibiak sepanjang tahunTiada akar tunjang

5Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masaTiada terhasil varieti baru

6Dapat membiak tumbuhan yang tidak boleh dibiak dengan biji

5.4.5.3 Teknik-teknik menyemai

Menyemai di tapak semaian

Atas batas benih ditabur, ditutup nipis dengan tanah/pasir halus.

Dalam kotak semaian atau pasu- taburkan biji benih, tutup nipis dengan tanah halus, ubah 3-4 minggu.

Semaian dalam polibeg- 1-2 biji setiap polibag, anak benih lemah dicabut, anak benih sihat dikekalkan= perbelanjaan tinggi tetapi mengurangkan gangguan akar semasa mengubah.

Benih halus Di tanam dalam jalur

Dicampur dengan1 bahagian biji benih dengan 3 bahagian pasir.

Benih dikambus nipis (tidak lebih 2 kali ganda ketebalan biji benih).

Bila anak benih setinggi 5 -7 cm, lakukan penjarangan.

Semaian terus biji benih besar

Semaian terus secara tetap pada jarak tertentu:

.. Rendamkan biji benih seharian mempercepatkan percambahan.

.. Tanam sebiji atau dua biji selubang.

.. Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

Semaian terus biji benih kecil

Sayuran berbiji benih kecil spt : jenis daun, cili, tomato.

2 cara : semaian terus ke batas, penjarangan.

: semaian biji benih halus dalam kotak semaian, pengubahan ke batas tetap.

Contoh Tanamanan Hiasan Pembiakan Secara Seks

5.4.5.4 PEMBIAKAN ASEKS

Pembiakan TampangTanaman yang dibiakkan secara tampang tidak mempunyai akar tunjang. Walaupun cara pembiakan ini mudah dilaksanakan tetapi ia memerlukan kemahiran tertentu. Melalui pembiakan tampang, tanaman dapat dibiakkan dengan banyak pada sesuatu masa. Pembiakan tampang dapat mengekalkan baka yang tulen serta dapat mempercepatkan pertumbuhan pokok dan pengeluaran bunga dan buah. Cara pembiakan tampang yang selalu digunakan ialah keratan, belahan dan pembahagian, organ khas, cantuman dan lenturan.Jenis KeratanPembiakan dengan keratan boleh dilakukan pada dahan atau ranting kayu keras, kayu sederhana keras dan kayu lembut atau kayu hijau.Keratan dahan:i. Keratan kayu keras ( dahan berwarna coklat ).

ii. Keratan kayu sederhana (15 cm bawah keratan pucuk dahan berwarna coklat kehijauan).

iii. Keratan kayu lembut ( 15 cm dari pucuk berwarna hijau ).Medium yang selalu digunakan untuk keratan berakar ialah pasir sungai, tanah gambut, sphagnum moss, vermiculite atau perlite.Cara Membuat Keratan Dahani. Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit.

ii. Pilih keratan yang panjangnya 10 - 20 cm atau lebih. iii. Potong pangkal keratan serong sedikit di bawah satu mala tunas.iv. Tinggalkan dua atau tiga helai daun sahaja. v. Tentukan sekurang-kurangnya ada satu tunas untuk akar dan satu tunas untuk pucuk.

vi. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 3-5cm.

vii. Tekan di sekeliling pangkal keratan supaya tanah padat. viii. Siram keratanix. Bagi keratan yang sukar berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti Seradix dan Hortomone A.Pembiakan dengan cara keratan selalunya dilakukan untuk pokok jenis renek, hiasan, herba, penutup bumi, menjalar, orkid, buluh dan lain-lain. Walaupun pokok hiasan boleh dibiakkan dengan cara keratan, tetapi pokok hiasan yang dibiakkan dengan biji benih kelihatan lebih tegap, sihat dan berbentuk asli. Pokok renek yang boleh dibiakkan dengan cara keratan ketiga-tiga jenis dahan (keras, sederhana dan lembut) ialah pokok bunga raya (Hibiscus sp.), pokok bunga kertas (Bou-gainvilla sp.) dan lain-lain.

Keratan PucukBahagian tanaman yang biasa digunakan ialah pucuk pokok herba. Jenis pokok yang sesuai ialah ati-ati (Coleus sp.), Episcia sp., Piled sp. dan lain-lain. Cara membuat keratan pucuk sama seperti yang diterangkan untuk keratan dahan.Keratan DaunBahagian pokok yang selalu digunakan ialah helai daun, tangkai daun atau kedua-duanya sekali. Pokok yang boleh dibiakkan dengan cara keratan daun ialah pokok lidah buaya (Sanse-veira sp.), Begonia sp., Peperomia sp., African violet (Saintpaulia sp.) , setawar (Bryophyllum sp), kaktus dan lain-lain.Cara Membuat Keratan Dauni. Daun pokok lidah buaya dipotong dalam beberapa keratan sepanjang 8 - 15 cm. Daun ini ditanam dalam medium seperti pasir sungai atau spahgnum moss dan kemudian disiram.ii.

Bagi pokok African violet, Peperomia sp. dan lain-lain, satu tangkai daun diambil dan ditanam dalam medium perakaran sehingga berakar. Untuk mempercepatkan proses perakaran,ubat penggalak akar digunakan.

iii. Bagi pokok Begonia dan setawar yang boleh dibiakkan dengan cara helai daun, daunnya diletakkan dengan rapat di atas pasir supaya akarnya dapat keluar dari urat daun.

Gambarajah pembiakan dengan keratan daun. A, Setawar. B, Lidah buaya

Gambarajah pembiakan dengan urat, tangkai dan helai daun. A, Keratan urat daun Begonia. Tanda menunjukkan bahagian keratan. Daun diletak bertindth supaya urat terkena medium perakaran B, Keratan daun Begonia. Tanda menunjukkan potongan daun. (Hammett, 1973.)

Keratan akar. (Disesuaikan daripada Hammett, 1973.)Cara Membiakkan TanamanKeratan Akar

Sebahagian pokok boleh dibiakkan dengan cara keratan akar. Cara keratan ini berbeza mengikut jenis akar pokok. Selalunya akar dipotong kira-kira 7 - 15 cm panjang atau sekurang-kurangnya ada beberapa mata tunas, kemudian diletakkan memanjang dan ditimbus dengan medium perakaran. Pokok yang boleh dibiakkan dengan cara begin! ialah jeliti atau melati (Wrightia sp.), kari (Murray a koenigii sp) dan bunga melur (Jasmium sambac sp).

Gambarajah Pembiakan dengan cara keratan akar. (Disesuaikan daripada Hammett, 1973.)Belahan dan Pembahagian RumpunCara pembiakan tampang ini selalunya dibuat pada tanaman yang mempunyai organ seperti bebawang, umbisi, sulur, rizom, anak rayap, anak sulur, salur dan jemala. Belahan ialah cara pembiakan dengan memotong beberapa bahagian rumpun tanaman bersama-sama akar dan daun. Tanaman yang selalu dibiakkan dengan cara ini ialah Ophiopogon sp., buluh (Bamboosa sp.), paku pakis, Anthurium sp., jenis pandan, palma dan agave. Bagi tanaman yang mengeluarkan anak tunas pada batang, anak tunas ini dipotong dari induk dan ditanam di tempat lain.Kebanyakan pokok apabila dahan atau rantingnya tertanam ke dalam tanah akan mengeluarkan akar pada tempat yang tertanam. Dahan atau ranting ini akan menjadi satu pokok yang lain. Lenturan boleh dilakukan pada pokok yang memanjat dan pokok yang rendah dahannya seperti tomato dan melur.Lenturan ParitanDahan atau batang pokok dibaringkan dan ditanam bersekat-sekat. Bahagian bawah batang dilukakan sedikit supaya cepat berakar. Daripada batang yang dibaringkan itu akan tumbuh akar dan kemudian bertunas. Pokok anggur dan pokok willow boleh dibiakkan dengan cara ini.

Lenturan Udara

Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok yang sukar dibiakkan dengan cara tampang yang lain, terutamanya untuk pokok jenis kayu keras seperti Pokok Kenanga, Pokok Cempaka, Pokok Limau dan Pokok Ciku. Cara pembiakan ini mengambil masa selama 1 - 3 bulan. Cara ini dilakukan pada dahan yang sihat dan berukuran sebesar pensel.

Lenturan Busut

Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini perlu dipotong hingga aras pangkal. Kemudian di letakkan tanah di sekeliling aras pokok yang di pangkas, iaitu di sekeliling mata tunas yang baru tumbuh untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Selalunya dibiarkan pucuk tumbuh dahulu, kemudian di bahagian bawah diikat dengan wayar dan di kambus dengan tanah. Ini bertujuan untuk menggalakkan perakaran.