rangka isi pelajaran - efie emeir | kalau tak … · web viewkata serapan bahasa arab , indonesia...

59
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 1 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Konsep fonetik dan fonologi Matlamat sebutan baku Pelaksanaan Sebutan baku Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita. 1 FONETIK FONEMIK FONOLOGI

Upload: phungngoc

Post on 07-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep fonetik dan fonologi

Matlamat sebutan baku

Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui

mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik

dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya,

daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi

yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada

masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang

ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.

Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800

apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa

dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa

yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih

menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi

sebutan yang sebenarnya.

1

FONETIK

FONEMIKFONOLOGI

Page 2: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi;

2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi;

3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu;

4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan

fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku

bahasa Melayu.

1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή,

phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek

perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu

2

Fonetik dan Fonologi

Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya

Matlamatsebutan baku bahasa

MelayuPelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu

Page 3: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank

Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi

sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam

tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200

tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para

ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan

cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang

berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang

perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli

bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa

direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh

manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah

kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat

fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan

persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India

purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan

bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa

Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut

klasifikasi Pāṇini.

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi

mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi

sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the

study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken

form of individual language has variously been called phonology”.

Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of

the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah

kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang

diucapkan oleh manusia”.

3

Page 4: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.

Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan

memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan

pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif

dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan

pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang

diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,

mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap

bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when

speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-

bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”.

Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika

menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada

bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang

diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan

diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi

fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring.

Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang

tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan

mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji

secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan

bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran

atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi

seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik

4

Page 5: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan

pengelasan. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi,

fonetik akustik dan fonetik auditori.

1.1.1 Fonetik Artikulasi

Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-

bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang

ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi

itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras,

lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.

1.1.2 Fonetik Akustik

Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di

sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang

bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan

osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik

termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

1.1.3 Fonetik Auditori

Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar

melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah

proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan

kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah

cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik

di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak

kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang

menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

5

Page 6: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi

Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang

diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah

difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula

bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh

alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi

tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan

menerusi jadual berikut:

Fonetik Fonologi

Fenomena bunyi atau pertuturan

manusia seluruhnya.

Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu

dalam pertuturan bagi sesuatu

bahasa.

Asas kepada kajian fonologi.

Input kepada kajian linguistik tinggi,

iaitu morfologi dan sintaksis.

Tidak dapat memerikan seluruh

bunyi yang dihasilkan oleh manusia,

tidak dapat menghalusi segala

variasi bunyi tersebut dan tidak

dapat menghuraikan sistem bunyi

semua bahasa yang dituturkan oleh

manusia dengan sempurna.

Dapat merumuskan, menghuraikan

dan menjelaskan segala bentuk bunyi

dalam sesuatu bahasa secara teliti

dan terperinci dengan tujuan untuk

menentukan peraturan dan bentuk

bunyi secara spesifik.

(Siti Hajar Abd. Aziz, 2008: 90)

1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk

mendapat bahan tentang fonetik artikulasi, fonetik akustik,

dan fonetik auditori.

2. Banding beza bahan tersebut, kemudian bentangkan di

dalam kelas anda.

6

Page 7: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika

dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai

bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai

bahasa rasmi bagi negara kita, alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak

rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu

dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan

negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti

ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 bahawa:

”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem,

dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah

diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”.

Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang, bahasa Melayu

khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman

kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kini, bahasa Melayu baku

menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi.

Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang

melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa

Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa

Melayu baku dengan jayanya.

Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan

sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu

baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi,

morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi

sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah

ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956)

7

Page 8: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan

ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor.

Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan

serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah

seperti yang berikut:

i. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang

dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.

ii. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan

pengguna bahasa.

iii. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu,

supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan

pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan

kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa.

iv. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta

mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta

menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah

1.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat tentang

dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu

hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.

Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya

Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan

diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap”.

Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah

seperti berikut :

8

Page 9: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi

perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang

dilambangkan.

Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan

dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar

atau kata terbitan.

Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu

bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam

Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

Huruf dan fonem vokal ‘a’

Sebutan Baku

Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada

terbuka, tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut

seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan.

Contoh:

Huruf Vokal Fonem/ bunyi Ejaan Sebutan

a [a] saya

berapa

apa

[sa ya]

[be ra pa]

[a pa]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’.

Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada

terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud

vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem

vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e].

Contoh:

9

Page 10: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor RiauAlih

Mukim

Hasil

[a lih]

[mu kim]

[ha sil]

[ a leh]

[mu kem]

[ha sil]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’.

Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada

terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud

vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem

vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o].

Contohnya:

Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-RiauBetul

Lanun

tutup

[be tul]

[la nun]

[tu tup]

[ be tol]

[la non]

[tu top)

Penyebutan Kata Terbitan

Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku

Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV ,

KVK , KVK + KVK.

Kata terbitan dengan imbuhan awalan

Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-RiauPengajar

Pengedar

Terasa

Berlari

terangkat

[pe nga jar]

[pe nge dar]

[te ra sa]

[ber la ri]

[ter ang kat]

[pe nga ja]

[pe nge da]

[te ra sé]

[ber la ri]

[ter ang kat]

10

Page 11: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris

Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan

bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.

Ejaan Standard Sebutan baku Sebutan Johor-Riau

i) Bahasa IndonesiaSama bunyi

Anda

Merdeka

Berbeza bunyiBangsa

ii) Bahasa Arab

Sama bunyiFatwa

Takwa

Beza bunyiMakna

iii) Bahasa Inggeris

Frasa

drama

[an da]

[mer de ka]

[bang sa]

[fat wa]

[tak wa]

[mak na]

[fra sa]

[dra ma]

[an da]

[mer de ka]

[bang sé]

[fat wa]

[tak wa]

[mak né]

[fra sa]

[dra ma]

11

Page 12: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu

Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap

dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa

Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik

atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu

dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai

dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan

angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada

3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan

yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat.

Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa

yang pelbagai jenis dan bentuknya.

Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya:

i. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti

kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban,

kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain.

ii. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa

terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa

pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.

iii. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru

berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran

iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut.

iv. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik

bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang

membezakan satu berita dengan berita yang lain.

v. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit

ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang

panjang atau ungkapan dalam ucapan.

12

Page 13: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

vi. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu

mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau

pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.

Sebutan bagi Nama Khas

Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang

empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:

Ejaan Sebutan

Muhammad Hatta [mu.ham.mad hat.ta]

James Bond [jéms bÕnd]

Nelson Mandela [nẼl.sen man.dé.la]

Lim Keng Yaik [lim kéng yék]

Boutros Boutros-Ghali [but.ros but.ros gha.li]

Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan

setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:

Ejaan Sebutan

Selangor Darul Ehsan [se.la.ngor da.rul éh.san]

Bosnia-Herzegovina [bos.nia her.ze.go.vi.na]

Pyongyang [pyong.yang]

New Zealand [niu zi.lẼnd]

Sunway Lagoon [sun.wéi le.gun]

13

Page 14: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang

atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya:

Ejaan Sebutan

Bank Bumiputera [baângk bu.mi.pu.te.ra]

Radio Televisyen Malaysia [ra.dio té.lé.vi.syen me.lé.sia]

Universiti Teknologi Malaysia [u.ni.ver.si.ti ték.no.lo.gi me.lé.sia]

Agensi Pengiklanan Multimedia [a.gén.si pe.ngi.la.nan mul.ti.mé.dia] atau

[a.gén.si peng. Öik.la.nan mul.ti.mé.dia]

Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan

bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara

pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.

Contohnya:

Ejaan Sebutan

Felda [fél.da] atau (Federal Land Development Authority)

(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)

UNESCO [yu.nés.ko] atau (United Nations Educational, Scientific and

Cultural Organization)

UMNO [am.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu)

tadika [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)

ADUN [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)

Plus [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan

Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi

huruf Rumi, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:

14

Page 15: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Ejaan Sebutan

DBP [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)

TLDM [ti.él.di.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)

JKKK [jé.ké.ké.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan

Kampung)

RTM [ar.ti.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia)

PLO [pi.él.o] atau (Palestinian Liberation Organization)

(Pertubuhan Pembebasan Palestin)

BACAAN TAMBAHAN

Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya:

Agensi Penerbitan Nusantara.

Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara

majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul

sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau

loghat masing-masing?

15

Page 16: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 2 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk

menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal

yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator.

(ii) Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal

(iii) Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1

16

ARTIKULASI DAN

ARTIKULATOR

DEFINISI ARTIKULASI

DAN ARTIKULATOR

ALAT-ALAT ARTIKULASI

ALAT-ALAT ARTIKULASI

VOKAL

Page 17: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

2.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis

alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal.

2.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator

Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat

yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini

sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan

dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah

tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah

artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-

gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah

rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan

lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang

tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam

proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

2.2 Alat-Alat Artikulasi

Tahulah anda bahawa, alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah

artikulasi?. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-

gerakkan, iaitu lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah

rongga mulut, manakala daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan

lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga

mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh

dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan

kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah), gigi,

17

Page 18: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin,

1998:16-17)

Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi

1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah10. Epiglotis 11. Pita suara 12. Rongga tekak 13. Rongga hidung 14. Rongga mulut 15. Tenggorok

Rajah 2.2: Alat-Alat Artikulasi

2.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal

Anda perlu mengetahui bahawa, Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf

vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal

baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u. Alat-alat artikulasi vokal

meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.

Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui

rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat

ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara

bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat

dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh

18

Page 19: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

rendah dan rendah. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara

dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu sempit, separuh sempit, separuh

luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian,

iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam

linguagram (gambar lidah) yang berikut:

ui

Depanhampar

Tengahneutral

e

o

ε

a

Belakangbundar

Tinggi (sempit)

Separuh tinggi (separuh sempit)

Rendah (luas)

Separuh rendah (separuh luas)

Rajah 2.3: Bahagian Lidah

Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral,

hampar dan bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal

yang dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ] dan dua vokal tambahan dalam dialek

Melayu, iaitu [ε] dan []. Bunyi-bunyi [ε] dan [] merupakan bentuk sebutan

harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg

dan bos. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi

vokal Bahasa Melayu.

Keadaan Bibir semasa Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal menghasilkan vokal hadapan, bibir terhampar. belakang, bibir bundar

19

Page 20: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 2.4: Keadaan Bibir

AKTIVITI

Secara berpasangan, berdasarkan rajah di bawah, labelkan alat-alat artikulasi

yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa.

i._______________________________ vii.__________________________

ii._______________________________ viii.__________________________

iii.______________________________ ix.___________________________

iv.______________________________ x.___________________________

v._______________________________ xi.___________________________

vi.______________________________ xii.___________________________

20

Page 21: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

LATIHAN

1. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator.

2. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan

daerah artikulasi.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.

Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan

Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Penerbitan PTS

Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya:

Agensi Penerbitan Nusantara.

21

Page 22: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk

menghasilkan bunyi diftong dan konsonan. Perbincangan turut ditumpukan

kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan

(ii) Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu

(iii) Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3

22

DIFTONG DAN

KONSONAN

DEFINISI DAN JENIS

DIFTONG SERTA

KONSONAN

ARTIKULASIDIFTONG

ARTIKULASI KONSONAN

Page 23: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

3.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis diftong

dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu.

3.1 Definisi Diftong dan Konsonan

Tahukah anda, menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak

Abdullah,1997:63), diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang

disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya,

[ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau?. Konsonan pula ialah

semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap

arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan

dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-

sekejap (Abdullah Hassan,2006:44).

3.2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

Anda perlu mengetahui bahawa, Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong,

iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam

perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #]. Keadaan sebegini

membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai (Abdullah

Hassan, 2006:42).

Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya,

sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik

artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras,

lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.

23

Page 24: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

3.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

Tahukah anda bahawa, bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan

alat artikulasi lidah?. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu

gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan

kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [a] dalam [pula]

pulau, (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan

lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun, iaitu diftong yang

puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai] dalam [pandai]

pandai dan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang

sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi. Kedudukan

alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut:

Rajah 3.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong

Seterusnya, anda juga perlu mengetahui bahawa, konsonan Bahasa

Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan

getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara

yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya

sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara.

Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi

letupan.

24

Page 25: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bunyi Letupan

Fon Awal Akhir[p] [pulau] [atap][b] [bumi] [rəbab][t] [talam] [liat][d] [datu][kad][k] [kata] *[g] [garau] [bg][] ** [ana]

*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.**bunyi [] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu.

Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini

dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh

paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga

pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi,

iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č],

manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan

bunyi [j].

Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan

bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak

(uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang

dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi

nasal [m], [n], [], dan [].

Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran

(frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan

melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di

bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui

kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].

25

Page 26: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya

udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran

dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].

Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti

menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu

lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan

sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran

dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].

Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk

ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat

dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu

hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

Bunyi Letusan[č] [cawan] [mač][j] [jam] [caj]

Bunyi Sengauan[m] [muda] [cium][n] [niat] [jalan][] [aa] [buja][] [ai] *

*Bunyi [] tidak dapat hadir pada akhir suku kata

Bunyi Sisian[l] [lalu] [awal]

26

Page 27: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bunyi Geseran[f] [faseh] [alaf][v] [vn] *[s] [sarat] [awas][z] [zat] [lafaz][š] [šarat] [skuaš][h] [harta] [sah]

Bunyi Getaran[r] [rasa] [siar]

Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak

bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti

bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak

digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f],

[s], dan [h].

Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibir-gigi tak bersuara, (ii) Geseran bibir-gusi bersuara, (iii) Geseran gigi tak bersuara, (iv) Geseran gigi bersuara, (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara.

Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara, bibir bawah

dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar.

Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara

dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di

daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara.

Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’, [hafal] ‘hafal’, dan [maaf] ‘maaf’. Cara

mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara

mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan.

Contoh sebutan: [vkal] ‘vokal’, [vərsi] ‘versi’, dan [univərsiti] ‘universiti’.

27

Page 28: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada

di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada

belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut

dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara.

Contoh sebutan: [alaa] ‘Selasa’ (thalatha), [inen] ‘Isnin’ (Ithnin), dan [hade]

‘hadis’ (hadith). Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula, sama dengan

cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika

mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’

(dzalim), dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir).

Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah

dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri

dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-

paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa

menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’, [axbar] ‘akhbar’, dan

[axer] ‘akhir’.

Akhirnya, penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan

persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara.

Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan.

Contoh sebutan: [aeb] ‘ghaib’, [loat] ‘loghat’, dan [bale] ‘baligh’. Menurut Raja

Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang

Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [a] dan

[baa] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r].

AKTIVITI

28

Page 29: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap

jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh

perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. (Beri

contoh daripada beberapa dialek yang berbeza.

LATIHAN

1. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris

berikut:

(i) ghairah (vi) balai

(ii) cabar (vii) laut

(iii) masyhur (viii) sepoi

(iv) dekad (ix) tekukur

(v) pulau (x) sarat

2. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman

yang telah anda pelajari.

BAHAN BACAAN

29

Page 30: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU

30

Page 31: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam

Bahasa Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal, konsonan dan diftong.

Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal, pinjaman, gandingan

dan rangkap.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu

(ii) Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal, konsonan dan diftong dalam

Bahasa Melayu

(iii) Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu, iaitu

konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 44.0 KANDUNGAN ISI

31

HURUF-HURUF DALAM BAHASA

MELAYU

DEFINISI HURUF VOKAL,

KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU

JENIS-JENIS HURUF VOKAL,

KONSONAN DAN DIFTONG

BAHASA MELAYU

KONSONAN ASAL, PINJAMAN,

GANDINGAN DAN RANGKAP

BAHASA MELAYU

Page 32: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis huruf

vokal, konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut

ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu, iaitu konsonan

asal, pinjaman, gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan

Bahasa Melayu.

4.1 Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu

Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang

daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak

Abdullah, 1977:42).

Seperti yang telah dipelajari, bunyi vokal terhasil apabila udara keluar

daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga

dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.

Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan

terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat

dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian

sekejap-sekejap. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan

perkataan lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi

vokal, iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain

(Abdullah Hassan,2006:44).

4.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu

Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf

vokal, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling dan o. Rajah 4.2 di bawah menunjukkan

huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu.

32

Page 33: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Huruf Vokal Fonem / Bunyi Ejaan Sebutana

e talinge pepet

iou

[a][é][e][i][o][u]

adasemakselakbilikbotolduduk

[a.da][sé.mak][se.lak][bi.lik][bo.tol][du.duk]

Rajah 4.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu

Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga, terdapat 27 fonem atau bunyi

konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 di bawah.

Huruf Konsonan Fonem / Bunyi Ejaan Sebutanbcdfgghhjk

khl

mnngnypqrssytvwx

[b][c][d][f][g]

[gh][h][j]

(1)[k](2) ?؟ (3)(4)[q][kh][l]

[m][n]

[ng][ny][p][q][r][s][sy][t][v][w][z]

bolacatatdadafakir

gabusghazalhargajagakala

kapaknikmatkadi

khairatlalai

madahnafkahngerinyalapaparqari

rapatsahamsyiriktajamviruswajahxylem

[bo.la][ca.tat][da.da][fa.kir]

[ga.bus][gha.zal][har.ga][ja.ga][ka.la]

[ka.pa?][ni؟mat][qa.di]

[khai.rat][la.lai]

[ma.dah][naf.kah][nge.ri][nya.la][pa.par][qa.ri]

[ra.pat][sa.ham][syi.rik][ta.jam][vi.rus][wa.jah][zi..lem]

33

Page 34: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

yz

[y][z]

yuranzapin

[yu.ran][za.pin]

Rajah 4.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong, iaitu ai, au dan oi

yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4 di bawah.

Huruf Diftong Fonem / Bunyi Ejaan Sebutanaiauoi

[ai][au][oi]

pantaipulausepoi

[pan.tai][pu.lau][se.poi]

Rajah 4.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu

4.3 Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu

Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam

Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan

dan rangkap. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf

gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.al. 2006). Bacalah modul

ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut.

Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat

19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku

kata. Daripada segi cara sebutan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5 di

bawah, konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan,

letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.

34

Page 35: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Cara Sebutan

Daerah Sebutan

Bib

ir

Gus

i

Gus

i-L

Ker

as

Lela

ngit

K

eras

Lela

ngit

Lem

but

Pita

Sua

ra

1 2 3 4 5 6

Letupantb p t k b b d g

Letusantb č

b jSengauan b m n

Geserantb f s Š x hb v z

Getaran b rSisian b lSeparuh Vokal b w y

Rajah 4.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan

Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang

berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam

daripada Bahasa Inggeris. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada

Bahasa Arab, digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa

Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na,

digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat lain, huruf ‘i (‘ilmu), ‘a

(‘alam), ‘u (‘umur) digugurkan. Ejaan nama seperti ‘Abdullah, Sa’odah, Nor ‘Aini

sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat

dalam perkataan seperti Dato’, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh

Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.

35

Page 36: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Seterusnya, dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan

konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch,

dz, dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu

kh, gh, ny dan ng. Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai

menjadi sy. Selain itu, empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi

konsonan tunggal, iaitu ch menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi

s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96).

Sebenarnya jika anda peka, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem

Ejaan Rumi Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan

daripada sembilan kepada lima, iaitu empat kekal, manakala satu berubah satu

huruf. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal

untuk memudahkan ejaan. Namun, walaupun huruf berubah, bunyi sebutannya

tetap sama.

AKTIVITI

Secara berpasangan, teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan

rajah di bawah. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal

yang ditunjukkan.

36

Page 37: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

LATIHAN

1. Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.

Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah

tersebut.

Cara Sebutan

Daerah SebutanB

ibir

Gus

iG

usi-L

Lela

ngit

Ker

as

Lela

ngit

Pita

S

uara

1 2 3 4 5 6

Letupan t d G

Letusan čb j

Sengauan b

Geseran h

Getaran

Sisian lSeparuh Vokal b w

BAHAN BACAAN

37

Page 38: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

38

Page 39: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa

Melayu. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal, simbol konsonan,

simbol konsonan rangkap dan simbol diftong.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu.

2. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang

diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

39

Simbol Fonologi

Vokal

Konsonan Diftong

Page 40: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

5.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang

meliputi simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan rangkap, dan simbol

diftong.

5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu

Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur

sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam

bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini

tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.

Huruf Simbol bunyia [a]

e (pepet) [e]

e taling [ə]

i [i]

o [i]

u [u]

Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu

40

Page 41: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

5.2 Simbol Konsonan

Huruf Simbol bunyib [b]

c [č]

d [d]

g [g]

h [h]

j [j]

k [k], [/], [Q]

l [l]

m [m]

n [n]

p [P]

q [q]

r [r]

s [s] [š]

t [t]

v [v]

w [w]

x [z]

y [Y]

z [z]

Jadual 5.2: Simbol Konsonan

41

Page 42: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Huruf Gabungan Vokal Simbol bunyi

ai [ai]

au [au]

oi [oi]

Jadual 5.3: Simbol Diftong

Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol

bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam

bahasa Melayu.

5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap

Konsonan Rangkap Simbol bunyi

gh [ ]

ny [ ɲ ]

ng [ ŋ ]

sy [ ∫ ]

th [ ]

dz [ ð ]

akh [ x ]

Rajah 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap

42

Page 43: Rangka Isi Pelajaran - Efie Emeir | Kalau Tak … · Web viewKata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BACAAN TAMBAHAN

Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. 2005. Linguistik Pengenalan. Selangor: Prentice

Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya:

Agensi Penerbitan Nusantara.

Secara individu, anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek

yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan,

kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan

simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari?

43