yang di-pertuan agong - istiadat.gov.my negara... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan...

39

Upload: vudien

Post on 27-Apr-2019

324 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing
Page 2: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

Yang di-Pertuan Agong XV

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN

AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V

Al-Sultan Kelantan Darul Naim

Memerintah dari 13 Disember 2016 hingga kini

KBDYMM SERI PADUKA BAGINDA

YANG DI-PERTUAN AGONG

Page 3: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

• Diperkenalkan oleh Tuanku Abdul Rahman setelah negara

mencapai kemerdekaan.

• Gelaran Yang di-Pertuan Agong diambil bersempena gelaran

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, (yang merupakan Yang

di-Pertuan Agong yang pertama.)

• Gelaran jawatan yang sama kemudiannya digunakan untuk

Gabenor.

• Tunku Abdul Rahman yang memutuskan perkara-perkara istiadat

berkenaan Yang di-Pertuan Agong:

• Penggunaaan nobat di dalam majlis pertabalan;

• Penciptaan alat-alat kebesaran diraja;

SEJARAH JAWATAN YANG DI-PERTUAN

AGONG

Page 4: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

TAYANGAN VIDEO: PERTABALAN

DYMM SPB YDPA YANG PERTAMA

Page 5: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing
Page 6: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

• Primus inter pares (Ancient Greek: Πρῶτος μεταξὺ ἴσων, prōtos metaxỳ

ísōn) adalah frasa Latin yang bermaksud ’first among equals’

• Jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah jawatan penggiliran Raja-raja.

(satu-satunya sistem yang diamalkan di dalam dunia). Hampir sama

adalah di UAE di mana emir daripada 7 konstituensi: Abu Dhabi, Ajman,

Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah, Umm al- Quwain memilih

seorang Presiden & seorang Perdana Menteri.

• Yang di-Pertuan Agong bukanlah anggota Majlis Raja-raja. Baginda

berangkat menghadiri mesyuarat pada hari kedua sebagai Ketua Negara

Malaysia & diiringi Perdana Menteri sebagai Penasihat Baginda.

• Terjemahan dalam protokol:

• YDPA berangkat ‘bersama-sama’ Raja-Raja;

• Kaedah mempersembahkan cenderamata.

KEDUDUKAN YANG DI-PERTUAN AGONG:

”PRIMUS INTER PARES”

Page 7: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

KEDUDUKAN SPB YANG DI-PERTUAN AGONG &

SPB RAJA PERMAISURI AGONG

Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Yang di-

Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong seperti berikut:

Perkara 32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan,

dan Permaisurinya

(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan

digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi

segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam

apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam

Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.

• 10% atau 19 daripada 183 Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan

adalah Perkara-Perkara berkaitan Raja.

Page 8: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri

Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain

dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Slide 34

(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja

selama tempoh jawatan lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa

meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani

olehnya kepada Majlis Raja-Raja, atau dipecat dari jawatannya oleh

Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti daripada memegang

jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja.

KEDUDUKAN SPB YANG DI-PERTUAN AGONG &

SPB RAJA PERMAISURI AGONG

Page 9: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

• Almarhum Tunku Abdul Rahman pernah berkata, “Baginda Sultan dan

Baginda Tuanku Ampuan yang ke Kuala Lumpur apabila memegang

jawatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong akan bersemayam secara berdua sahaja tanpa melibatkan

keluarga yang lain.”

• Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan tidak memperkatakan

mengenai kedudukan ahli keluarga yang lain (contoh: putera & puteri

serta kerabat diraja)

• Mengikut protokol Persekutuan di dalam majlis rasmi, pembesar negara

mengambil tempat lebih utama daripada putera & puteri Diraja sekiranya

dijemput.

Sumber: Surat Pekeliling Am Sulit Bil 1 Tahun 1995

Etika & Pengurusan Institusi Yang di-Pertuan Agong

KEDUDUKAN SPB YANG DI-PERTUAN AGONG &

SPB RAJA PERMAISURI AGONG

Page 10: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

TAYANGAN VIDEO: GELARAN BAGI RAJA-RAJA

MELAYU

Page 11: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

Bahasa Istana atau Bahasa Diraja dan tertib menghadap raja dan pembesar

adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada

zaman kerajaan Melayu tradisi protokol ini lebih banyak dilihat sebagai adat

istiadat dan pantang larang Istana

PROTOKOL- TAFSIRAN DALAM SEJARAH MELAYU

Page 12: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PROTOKOL –TAFSIRAN DALAM SEJARAH

MELAYU

PETIKAN SULALATUS SALATIN

“Syahadan apabila Paduka Seri Pikrama Wira tiada keluar,

maka Tun Perpatih Permuka Berjajarlah duduk diadap orang

banyak di balai, akan ganti Paduka Seri Pikrama Wira.

Ber¬mula jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar duduk di balai,

jikalau anak raja-raja datang tiada dituruninya, melainkan anak

raja yang akan ganti kerajaan juga maka dituruninya. Jika

Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu dibentangi

permaidani. Jika raja sudah masuk maka Bendahara pulang,

segala Orang Besar-besar dan segala Orang Kaya-kaya di

balai itu semuanya pergi menghantarkan Bendahara pulang ke

rumahnya.”

Page 13: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

SUSUNAN KEUTAMAAN –TAFSIRAN DALAM

SEJARAH MELAYU

“Adapun akan Demang Lebar Daun ada seorang cucunya lelaki, dijadikan oleh

Paduka Seri Pikrama Wira Perdana Menteri, gelarnya Tun Perpatih Permuka

Jegalar, duduk bersemberangan dengan Bendahara,dan pada ketika menjunjung duli

Bendahara dahulu; dan duduk di bawah Bendahara ialah Penghulu Bendahari,

gelamya Tun Jana Buga Dendang. Sudah itu segala menteri dan segala Orang

Besar-besar dan cateria, sida-sida, dan di bawahnya seorang pemegang jawatan

hulubalang besar di atas segala hulubalang, gelamya Tun Tempurung; sudah itu

segala Orang Besar-besar cateria, sida-sida bentara, Orang Kaya-kaya, masing-

masing pada martabatnya, demikianlah adatnya pada zaman purba.”

Page 14: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PROTOKOL –TAFSIRAN DALAM SEJARAH

MELAYU

“ LARANGAN DI ISTANA ” – Sulalatus Salatin muka surat 74/75

“Syahadan Bagindalah yang pertama-tama meletakkan "kekuningan larangan"; tidak dapat dipakai

orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan ulasan bantal

besar dan tilam, dan bungkus barang apa-apa, dan akan karang-karangan benda; dan tiada dapat

diambil akan perhiasan rumah; dan lain daripada itu pun tiada juga dapat, melainkan kain, baju, dan

destar, tiga perkara itu jua yang dapat dipakai. Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang

gantung, tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; dan jikalau perahu,

bertingkap berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris; sebesar-

besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroneong emas berkepala

perak tiada boleh.”

Page 15: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PROTOKOL –TAFSIRAN DALAM SEJARAH

MELAYU

Bermula segala orang yang beremas, bagaimana sekalipun

kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai,

apabila sudah dianugerahi barang sekali jua pun, dapatlah

dipakai selama-lamanya. Dan jikalau orang masuk ke dalam

jika tiada kain berpancung, dan berkeris di hadapan, dan

bersebai, tiada dapat masuk, barang siapa pun baik; dan

apabila berkeris di belakang masuk ke dalam, dirarupas oleh

penunggu pintu.

Maka inilah dahulu kala larangan raja Melayu, barang siapa

melalui dia salah ke bawah duli, hukumnya didenda pati,

yakni sekati lima. Bermula payung putih itu tarupak dari

jauh, sebab itulah maka payung putih lebih daripada kuning;

dan pakaian raja payung putih, dan pakaian anak raja

payung kuning.

Page 16: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PROTOKOL –PERSURATAN ANTARA RAJA-RAJA

MELAYU

• Salah satu aspek penting dalam adat tertib &

protokol yang melibatkan Raja-Raja adalah

interaksi dan persuratan di antara Raja-Raja

Melayu.

• Untuk istiadat rasmi seperti pertabalan,

santapan dan persilaan perkahwinan, lazimnya

surat dipersembahkan kepada Raja-Raja

melalui rombongan pengutus warkah tersebut.

• Tradisi warkah di dalam tulisan jawi mengikut

laras Bahasa Istana masih dikekalkan

sehingga kini.

• Slide 34 Slide 35 Slide 36

Page 17: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PENGGUNAAN BAHASA ISTANA DI DALAM

PERSURATAN

Page 18: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM WARKAH

IKRAR & SURAT PERISYTIHARAN YDPA

Page 19: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PERSEMBAHAN WARKAH KEPADA DULI-DULI

TUANKU

Page 20: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

ADAT TERTIB

Page 21: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

Berdiri tegak - kaki kanan dan kiri dirapatkan (Kadangkala ketika bertimpuh/duduk boleh

juga menjunjung duli

Luruskan kedua-dua tangan - beri sembah hormat (menjunjung duli)/menundukkan kepala

Hendaklah jangan terlalu tunduk seolah-olah membongkok yang menyerupai adat

hormat masyarakat Jepun

Jarak dengan baginda Tuanku tidak terlalu rapat atau terlalu jauh (2 hingga 3 kaki)

Ketika bersalaman – hendaklah tunduk hormat / mencium tangan

ADAT TERTIB MENGHADAP BAGI ORANG AWAM

Page 22: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

AMALAN DI NEGARA LAIN : BRUNEI DARUSSALAM

Page 23: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

AMALAN DI NEGARA LAIN : THAILAND

Page 24: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

• Sediakan dulang yang beralaskan kain berwarna kuning.

• Beri hormat takzim/ tundukkan kepala - mara ke hadapan (tiga langkah atau sehingga berhadapan).

• Sembahkan sembahan itu dengan menghulurkan dulang

• Jangan mengangkat barangan di atas dulang semasa menyembahkan sembahan kepada Baginda.

(PENTING!)

• Apabila selesai, berdiri tegak sebentar dan beri hormat takzim sekali lagi. Jika Tuanku menghulurkantangan untuk bersalam, hendaklah beri hormat takzim sambil mencium tangan baginda.

• Undur tiga tapak ke belakang. Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing dan kembali ketempat asal.

ADAT TERTIB MENYEMBAH SEMBAHAN

Page 25: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

TAYANGAN VIDEO

Page 26: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

• Apabila baginda Tuanku berkenan bertitah, anda hendaklah menjawab “Tuanku” setiap kalibersetuju iaitu menggantikan “Ya”.

• Gunakan “Ampun Tuanku” atau “Tuanku” di pangkal atau di penghujung ayat semasa bertuturmenghadap Tuanku.

• Jika bercakap tentang baginda berdua, hendaklah menggunakan “Tuanku Yang di-PertuanAgong dan Tuanku Permaisuri Agong”.

• Jauhkan dari menggunakan sebutan pendek dan ringkas.

• Apabila Tuanku menunjukkan dengan jari telunjuk dan sebagainya, jangan meniru perbuatanyang sama, tetapi hendaklah menunjukkan sesuatu itu dengan “ibu jari” sambil menggenggamjari-jari yang lain dan gunakan “Ampun Tuanku atau Tuanku”

ADAT TERTIB BERTUTUR

Page 27: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

• Kepada Paduka Putera/Puteri - hendaklah tunduk hormat takzim dan bagi wanita hendaklahmengendurkan lutut sedikit dan tunduk hormat (bercakap gunakan “Tengku, “Mohon Tengku atauAmpun Tengku”)

• Apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris, hendaklah sentiasa menggunakan Bahasa Beraja iaituRoyal Vocabulary atau Royal Language atau Royal Term.

• Elakkan menggunakan perkataan Inggeris apabila bertutur dalam bahasa Malaysia melainkanbetul-betul fasih menguasai bahasa beraja dalam bahasa Inggeris.

• Jika terpaksa hendaklah menambah atau menggunakan perkataan:

- “His Majesty” bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

- “Her Majesty bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

- “Your Majesty” untuk perkataan “Tuanku” bukan “You/r/r’s”.

• Perkataan “I” gantikan “Patik” walaupun anda menjawab dalam bahasa Inggeris melainkan andamenggunakan “Royal Vocabulary” sepenuhnya.

ADAT TERTIB BERTUTUR

Page 28: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

• Contoh:

- “I beg your pardon, Your Majesty” atau

- “Yes Your Majesty, patik menjunjung titah Tuanku”.

• Elakkan:

- “Yes, I have ………………………..”

- “Yes, I can …………………………...”

- “No, I am not free tomorrow” dsb

• Contoh menjawab soalan:

(i)“Awak sudah makan?” - “Ampun Tuanku, patiksudah ayap Tuanku” (BETUL)

- “Ampun Tuanku, patik sudahmakan Tuanku” (TIDAK BETUL)

- “Ampun Tuanku, patik sudahsantap Tuanku” (TIDAK BETUL)

ADAT TERTIB BERTUTUR

Page 29: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

(ii) “Mana perginya

bola saya?” - “Ampun Tuanku, patik

kurang periksa Tuanku” (BETUL)

- “Ampun Tuanku, patik tidaktahu Tuanku” (TIDAK BETUL)

ADAT TERTIB BERTUTUR

Page 30: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PERKATAAN DIRAJA DIRI (AWAM) CATATAN

Berlepas Berangkat Lepas - -

Buang Air Ke Sungai Ke Bilik Air Air Kecil – Air

Seni

Air Besar

Beri /

Menyampaikan

Pemberian

Kurnia/Anugerah Menyembah satu-

satu barang

kepada

Tuanku/patik telah

sampaikan

kepada si anu-

anu

-

BAHASA PERTUTURAN ISTANA

Page 31: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PERKATAAN DIRAJA DIRI (AWAM) CATATAN

Berjumpa Bertemu menghadap -

Dewasa/Orang

Tua/Ketua

- Hamba Tua -

Duduk/Tinggal Bersemayam - -

Emak/Ibu Paduka Bonda Hamba Tua

Ibu/Emak

-

Gemuk Daulat Berisi (Contoh:

Patik berisi

sedikit)

-

Hendak Tahu Ingin mengetahui Mohon Periksa Patik mohon

periksa

BAHASA PERTUTURAN ISTANA

Page 32: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PERKATAAN DIRAJA DIRI (AWAM) CATATAN

Isteri Tuanku

Permaisuri/Tuanku

Sultanah/Tuanku

Raja

Perempuan/Tuanku

Tunku Ampuan

Pacal Pondok -

Jemput/Sila Ajak (Beta ajak

awak)

Mempersilakan Patik mohon

mempersilakan

Tuanku

Kepala Hulu kepala

Mandi Bersiram mandi

makan Santap ayap patik sudah ayap

BAHASA PERTUTURAN ISTANA

Page 33: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PERKATAAN DIRAJA DIRI (AWAM) CATATAN

Merasmikan Menyempurnak

an

Merasmikan -

Menurut

Arahan/Nasihat

Ikut

nasihat(Saya

ikut nasihat)

Menjunjung Titah -

Nenek/Tok Nenda Hamba Tua

Nenek

-

Pergi Berangkat pergi -

Rumah Istana Pondok/Teratak -

Sakit Gering Sakit -

BAHASA PERTUTURAN ISTANA

Page 34: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

PERKATAAN DIRAJA DIRI (AWAM) CATATAN

Sampai Berangkat tiba Sampai -

Sudi Mengunjungi

Bercemar Duli Berangkat

Menghadap kebawah Duli

-

Setuju Berkenan bersetuju Limpah perkenan –memberi persetujuan

Tidur Beradu Tidur -

Terima kasih Terima kasih Junjung kasih/Junjung kurnia

Tidak tahu Tidak pasti/Tidak tahu

Patik kurangpasti/Patikkurang periksa

BAHASA PERTUTURAN ISTANA

Page 35: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

SEKIAN.

TERIMA KASIH.

Page 36: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

i. Kedudukan Raja Permaisuri Agong sebagai consort vs isterikenamaan.(Bekas Raja Permaisuri Agong masih mempunyai kedudukan walaupun selepasketiadaan YDPA)

ii. Raja Permaisuri Agong mempunyai bendera peribadi yang tersendiri

iii. Terjemahan dari segi protokol: Disebut berasingan semasa salutation

iv. Susunan potret di dalam buku adalah atas kapasiti kedudukannyayang tersendiri.

v. Tertib di dalam persilaan acara merenjis dalam majlis perkahwinanatas kapasiti tersendiri: Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agongdipersilakan merenjis secara berasingan

Slide 8

Page 37: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing
Page 38: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing
Page 39: YANG DI-PERTUAN AGONG - istiadat.gov.my NEGARA... · adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada ... Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing

Slide 16