stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/modul-mac-4.docx · web viewkata...

42
Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan KATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia, benda, tempat dan seumpamanya. Kata adjektif menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Terdapat 9 jenis kata adjektif, sila teliti rajah di bawah ini Kata Adjektif Kata Adjektif Contoh Bentuk bulat, leper, buncit, lekuk, bengkok, meleding, lonjong Cara cepat, lambat, deras, sengit, sering, selalu, jelas, tenang Warna kuning, hijau, hitam, merah, jingga, kelabu, putih Jarak jauh, dekat, hampir, nyaris, antara, pertengahan Sifatan baik, takut, gopoh, jahat, berani, cerdik, malas, sihat Perasaan ingin, sayang, rindu, suka, kecewa, ghairah, benci Ukuran panjang, pendek, lebar, dalam, tinggi, rendah, cetek Waktu lambat, cepat, baru, segera, silam, awal, sekejap, lampau Pancaindera sedap, cantik, senyap, harum, kasar, selesa, tenteram Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 1 Cara Warna Jarak Sifatan Bentuk Perasaan Pancainde ra Ukuran Waktu

Upload: others

Post on 11-Nov-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanKATA ADJEKTIFKata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia, benda, tempat dan seumpamanya. Kata adjektif menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Terdapat 9 jenis kata adjektif, sila teliti rajah di bawah ini

Kata Adjektif

Kata Adjektif Contoh

Bentuk bulat, leper, buncit, lekuk, bengkok, meleding, lonjong

Cara cepat, lambat, deras, sengit, sering, selalu, jelas, tenang

Warna kuning, hijau, hitam, merah, jingga, kelabu, putih

Jarak jauh, dekat, hampir, nyaris, antara, pertengahan

Sifatan baik, takut, gopoh, jahat, berani, cerdik, malas, sihat

Perasaan ingin, sayang, rindu, suka, kecewa, ghairah, benci

Ukuran panjang, pendek, lebar, dalam, tinggi, rendah, cetek

Waktu lambat, cepat, baru, segera, silam, awal, sekejap, lampau

Pancaindera sedap, cantik, senyap, harum, kasar, selesa, tenteram

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 1

Cara Warna Jarak SifatanBentuk

Perasaan PancainderaUkuran Waktu

Page 2: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanSoalan Berformat Peperiksaan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Air kopi yang dibuat oleh ibu ________ rasanya kerana kurang gula.

A kelatB pahitC tawarD masam

2 Bunyi paluan kompang itu kurang nyaring akibat permukaannya yang telah __________.

A lenturB lendutC kendurD bengkok

3 Mak Cik Laila merebus ubi keledek itu sehingga _______ untuk sarapan keluarganya.

A empukB lembutC benyekD lembik

4 Sebagai murid, kita seharusnya ______ akan arahan guru.

A relaB akurC setiaD patuh

5 Cadangan yang disampaikan oleh Perdana Menteri itu _________ bertujuan untuk meningkatkan prestasi wakil rakyat.

A jelasB tepatC tegasD pasti

6 Pendapat beliau ________ dengan pendapat saya.A teguhB cocokC cucukD kukuh

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 2

Page 3: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan7 Suara mangsa kemalangan itu tidak ______ pada pendengarannya.

A sipiB jelasC tepatD kabur

8 Kereta itu ______ apabila digelek oleh lori itu.

A leperB bulatC pipihD renek

9 Dia berasa _____________ kerana alat penyaman udara di dalam biliknya tidak berfungsi.

A rimasB marahC murkaD bengis

10 Sebagai rakyat, kita mestilah ______ kepada raja dan negara.

A setiaB jujurC ikhlasD amanah

11 Bola ragbi berbentuk ____________ sebab itulah bola ragbi tidak dapat bergolek-golek dengan lamanya.

A bulatB leperC bundarD lonjong

12 Bunga mawar yang ditanam oleh ibu akan______________ pada setiap hari Ahad.

A kecutB kendurC mekarD kuncup

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 3

Page 4: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan 13 Bulu mata artis popular itu sangat ____________ jika diperhatikan dari jarak

dekat.

A leperB lentikC ledingD lengkung

14 Komputer yang begitu _____________ pada zaman ini banyak memudahkan aktiviti manusia dalam pelbagai perkara.

A hebatB rumitC cekapD canggih

15 Suasana di dalam dewan itu begitu _______ kerana kehebatan persembahan penyanyi yang terkenal itu. A gawatB gulitaC gamatD gempak

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 4

Page 5: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanPilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan pada tempat kosong di dalam ayat.

pendek sempurna lisut kuyu sedap

panjang manis bengkak layu kejur

1 Pisang, mangga dan belimbing bukan sahaja ___________________ dimakan, malahan berkhasiat.

2 Kuku yang ___________________ perlu dipotong dengan menggunakan pengetip kuku yang sesuai.

3 Tanda sengatan lebah adalah ___________________ pada tempat yang disengat.

4 Rambut Herman menjadi ______________________ selepas mandi di laut.

5 Penjagaan gigi yang ___________________ dapat mengelakkan kerosakan gigi.

Garisi perkataan yang salah penggunaan kata adjektif. Kemudian, tulis perkataan yang betul pada ruangan yang disediakan.1 Pada musim perayaan, pergerakan kenderaan di jalan raya

tidak perlahan kerana kesesakan lalu lintas.

2 Tahun Enam Cemerlang memenangi pertandingan kebersihan kelas kerana murid-muridnya cekap membersihkan kelas mereka.

3 Suara adik menjadi kering akibat terlalu lama dia menangis.

4 Beberapa orang jiran bertungkus-lumus membersihkan rumah Pak Usup yang dihempap pokok setelah angin bertiup deras petang semalam.

5 Oleh sebab masa telah singkat, Masyitah terpaksa membatalkan hasratnya untuk bercuti di Pulau Redang.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 5

Page 6: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

Tandakan ( √ ) bagi ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.1 Bau ikan yang haring itu dapat dihidu oleh Pak Andak hingga ke

ruang tamu.

2 Tilam yang diperbuat daripada kekabu itu sungguh gebu dan selesa untuk tidur.

3 Pakaian yang disidai di ampaian itu basah walaupun dijemur dari pagi kerana cuaca redup.

4 Sikap Cikgu Aina yang rapat sangat disukai semua murid walaupun baru dua minggu bertukar ke situ.

5 Sup ayam itu rasanya pahit kerana terlebih garam.

KATA PENGUATKata penguat merupakan kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif atau frasa adjektif. Dengan kata lain, fungsinya adalah untuk melengkapkan maksud dalam frasa atau kata adjektif. Kata Penguat

hadapan belakang bebas

Kata Kegunaan Ayat Contoh

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 6

- terlalu - begitu- paling - lebih- agak - makin- cukup - kurang- semakin

- nian- sekali- benar- betul

- sungguh- amat- sangat

Page 7: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanPenguat

Hadapan

Hadir di hadapan kata atau frasa adjektif.Contoh:terlalu, paling, agak, cukup, kurang, begitu, lebih, makin. semakin

Rambut adik terlalu panjang.Mi goreng itu paling sedap di Batu Pahat.Tali air itu agak tohor airnya.Suasana di tepi pantai itu cukup damai.Baju yang dibeli oleh kakak kurang elok.Syakir kelihatan begitu manja apabila berjumpa dengan neneknya.Soleh lebih tinggi daripada adiknya.Harga rumah sewa di Kedah makin mahal.Haiwan yang bertaring itu semakin ganas.

Belakang

Hadir di belakang atau selepas kata atau frasa adjektif.Contoh:benar, betul, nian, sekali.

Lukisan dinding itu cantik benar.Keputusan UPSR Zahri teruk betul.Indah nian gerhana bulan itu.Tepat sekali tembakan Pak Abu.

Bebas

Bebas kedudukannya sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.Contoh:amat, sangat, sungguh.

Cerpen yang dikarang Cikgu Razak amat hebat.Cerpen yang dikarang Cikgu Razak hebat amat.Khalisha Wierda sangat cantik.Khalisha Wierda cantik sangat.Anak itu sungguh pandai.Anak itu pandai sungguh.

Isi tempat kosong dalam setiap ayat di bawah dengan menggunakan kata penguat hadapan yang sesuai.

1. Harga kereta Mercedez Benz itu ________ mahal kerana mendapat sambutan daripada orang ramai.

2. Gunung yang _______ tinggi di dunia ialah Gunung Everest.3. Mi goreng itu _______ elok kerana terlalu lama terdedah kepada udara.4. Pakaian Batrisya ________ cantik ketika majlis tarian itu.5. Suasana di tepi Tasik Chini ______ nyaman semasa waktu matahari terbit.6. Harga beras dari Siam tidak _______ mahal kerana sukar untuk diperoleh.7. Harga kain langsir di Tangkak _______ murah jika dibandingkan yang dijual di

Kuala Lumpur.8. Markah Nurul _______ tinggi daripada markah Anita.9. Pegawai baharu itu _______ sombong.

10. Pasar raya itu _______ besar di Kapit.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 7

Page 8: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanNyatakan penggunaan kata penguat belakang dalam ayat sama ada betul ( √ ) atau salah (X).

1. Nian sejuk udara di Jepun selepas musim bunga. ( )

2. Buah rambutan itu manis sekali. ( )

3. Keputusan PT3 Badrul teruk betul. ( )

4. Lelaki tua itu baik benar kerana selalu menolong saudaranya. ( )

5. Panorama di tepi Pantai Sabak indah nian. ( )

6. Panas nian udara di Mesir ini. ( )

7. Sungai di hujung kampung itu betul dalam. ( )

8. Harga ikan di Bintulu betul mahal berbanding di Miri. ( )

9. Keputusan perlawanan bola sepak itu sekali terburuk. ( )

10. Beg yang dibawa oleh murid itu berat sekali. ( )

Nyatakan penggunaan kata penguat bebas dalam ayat sama ada betul ( √ ) atau salah (X).

1. Lukisan yang dilukis oleh Pak Abu sungguh cantik sekali. ( )

2. Pisang goreng itu sedap sangat. ( )

2. Alina seorang budak yang sungguh cerdik. ( )

4. Harga telefon itu mahal amat jika dibandingkan dengan harga telefon jenama Samsung. ( )

5. Dato Bukhari seorang usahawan yang amat hebat sekali. ( )

6. Jersi Manchester Uniter itu sungguh menarik sekali. ( )

7. Suara Erra Fazira malam ini tersangat merdu sekali. ( )

8. Salih amat tidak yakin dengan kemampuan adiknya memandu kereta itu. ( )

9. Kanak-kanak yang sangat suka sangat melayari Internet perlulah dipantau oleh ibu bapa. ( )

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 8

Page 9: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan10. Pencawang itu teramat tinggi sekali. ( )

Soalan Berformat Peperiksaan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Minyak wangi jenama tempatan yang dibeli oleh abang itu wangi ________.

A agakB sekaliC begituD demikian

2 “_________ cantik gubahan bunga yang dibuat oleh ibu kamu ini,” kata ayah kepada adik.

A NianB MakinC PalingD Sungguh

3 “_________ lama lelaki itu memerhatikan adik saya,” kata Ruhil kepada Rosita.

A NianB AgakC BenarD Sekali

4 Yang ______ berkuasa di negara ini ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

A betulB benarC sekaliD paling

5 Soalan Matematik ini _______ sukar sehingga Fiza hanya menghantar kertas kosong.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 9

Page 10: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanA nianB agakC betulD sekali

6 Encik Rahim gembira ________ apabila dihantar ke pedalaman Sabah sebagai guru.

A agakB lebihC benarD makin

7 Raja Temasek _______ murka setelah mendapat perkhabaran buruk daripada Bendahara

Leh.

A nianB amatC betulD benar

8 “Merosot _______ keputusan kamu ini, Salmah,” kata Cikgu Sinda kepada Salmah.

A agakB lebihC betulD makin

9 Perniagaan Tuan Azmi ________ maju lantaran mengalami kerugian dalam pelaburan itu.

A nianB betulC benarD kurang

10 Lanun di Selat Melaka ___________ buas kerana kurangnya pengawasan daripada pihak berkuasa.

A nianB benarC betulD makin

11 “Aduhai, malang _______ nasib aku hari ini!” keluh Kamal.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 10

Page 11: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanA agakB cukupC sangatD terlalu

12 “Sungai itu ________tohor bagi saya,” kata Ah Ping kepada Gopal.

A lebihB benarC sekaliD terlalu

13 Panorama sepanjang sawah padi itu indah _______.

A nianB lebihC cukupD terlalu

14 “Badanku _______ penat setelah seharian mengangkat simen itu,” ujar Pak Musa kepada isterinya.

A nianB betulC benarD cukup

15 “Hang Tuah _______ handal daripada Hang Jebat mengikut firasat hamba,” ujar Hang Kasturi kepada dua orang sahabatnya itu.

A nianB lebihC benarD sekali

Garisi jawapan yang paling sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 11

Page 12: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan1 Gubahan hantaran yang dihasilkan oleh Puan Diana ________ gubahannya.

( sekali halus / cantik terlalu / kemas benar )

2 Dokumentari tentang tokoh penglipur lara yang ditayangkan oleh Cikgu Shalina itu ________ perhatian murid-murid.( sangat tertarik / sungguh menarik / termenarik )

3 Fazri menamatkan larian pecut 100 meter itu dengan ________ ketika Kejohanan Padang dan Balapan di sekolahnya.( amat sangat laju / amat laju sekali / terlaju amat )

4 Murid-murid Tahun Enam Bijak ________ membersihkan kelas mereka sempena program keceriaan yang diadakan.( sangat rajin sekali / terpaling rajin / amat rajin nian )

5 Murid-murid Kelas Empat Mawar ________ ketika keluar untuk ke kantin pada waktu rehat.( paling berdisiplin / terdisiplin / sangat berdisiplin )

Tandakan ( √ ) bagi ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.

1 Aina merupakan murid yang paling terpandai di dalam kelasnya.

2 Harga kereta import yang dijual di situ agak mahal.

3 Kapten pasukan bola baling dari Sekolah Kebangsaan Indera paling lincah sekali dalam pertandingan akhir peringkat daerah.

4 Majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina itu meriah nian dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum yang turut meraikan perayaan tersebut.

5 Saleha berasa teramat sedih apabila Ainur akan meninggalkan Sekolah Kebangsaan Bidor kerana mengikut ibu bapanya berpindah ke Selama.

KATA HUBUNGKata hubung ialah perkataan yang berfungsi untuk menyambungkan ayat, frasa dan perkataan bagi membentuk ayat majmuk.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 12

Page 13: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan Kata Hubung

Gabungan Pancangan relatif komplemen

keterangan

Kata Hubung

Penggunaan Ayat Contoh

Gabungan

Kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang setara sifatnya. Contoh: dan, atau, lalu, tetapi, serta, malahan, sambil, kemudian, justeru, manakala

Sani dan Suni ialah adik-beradik kembar.Kamu boleh ke sana esok atau lusa?Munira melambaikan tangan lalu menutup tingkap itu.Perangai Samy baik tetapi sombong orangnya.Ahmad mencium tangan ibunya serta memeluk ibunya.Dia berjalan sambil melihat burung itu.Dia mengambil anaknya kemudian meletakkan anaknya di dalam bilik tidur.

Pancangan

Kata yang digunakan untuk menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama. Terdapat tiga jenis kata hubung pancangan, iaitu relatif, komplemen dan keterangan.

Buah yang dibeli oleh Zura ialah buah duku.Kami merasakan bahawa Ah Tonglah pencuri barang itu.Mereka datang untuk membantu mangsa banjir.Intan berharap agar Suzi akan memaafkannya.Dia akan datang jika Amir tidak ada di rumah.Latif ketawa apabila Amru membuat lawak.

Pancangan Relatif

Berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.Contoh: yang

Suriani memakai baju yang b erwarna putih.Seluar yang hitam itu kepunyaan Anuar.Kakak membeli beg yang cantik itu.

Pancangan Kompleme

n

Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap kepada klausa utama.Contoh: bahawa dan untuk.

Pak Long menyatakan bahawa Pak Mail dimasukkan ke hospital semalam.Kami tidak setuju bahawa dapatan itu betul.China mengisytiharkan bahawa perang tersebut telah tamat.Tanggungjawab untuk menjaga keamanan negara ialah tugas kita.Adalah sukar untuk pasukan kita mengalahkan pasukan Jepun.

Pancangan Keterangan

Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

Murid itu sentiasa dimarahi kerana malas membuat latihan.Saya tiba di Bali ketika pesta air berlangsung.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 13

Page 14: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanAntara contohnya: kerana, sekiranya, agar, meskipun, supaya, semoga, kalau, andai kata, kendatipun, sejak, hingga, jika, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, tatkala, untuk, walaupun, sungguhpun, apabila, kalau-kalau, moga-moga, dan sebagainya.

Lili berdoa semoga dia berjaya kelak.Dia menyepak bola hingga tercabut kasutnya.Sementara menanti musim tengkujuh tamat, nelayan menjahit pukat.Dia tiba di rumah ketika adik sedang tidur.Walaupun Min Hing sakit, dia tetap mengulang kaji pelajarannya.Apabila senja tiba, panorama di kaki langit amat mengasyikkan.

Praktis 1

Tulis kata hubung gabungan dalam ayat-ayat yang di bawah ini.

1. Saya ______ Nadia ke taman bunga yang terletak di Putrajaya.2. Farham mengambil buku itu, _______ membawa buku tersebut ke pusat

sumber.3. Kalian hendak ke Kuala Kangsar ______ ke Kuala Berang?4. Kami berjalan dari stesen bas itu _______ mencari restoran di Bandar Melaka.5. Bukan Pak Ali sahaja yang menerima pencen ______ isterinya pun

mendapatnya.

Praktis 2

Nyatakan penggunaan kata hubung pancangan relatif ini sama ada betul [ √ ] atau salah [ X ].

1. Penyanyi popular itu sedar yang beliau sudah tidak mampu menyanyi lagi. [ ]2. Lelaki yang sedang membaca itu ialah sepupu saya. [ ]3. Buku yang berwarna hijau itu milik Cikgu Salim. [ ]4. Ibu membeli tudung yang berwarna biru laut itu. [ ]5. Dia menyatakan yang masalah itu telah dapat diselesaikan. [ ]

Praktis 3

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 14

Page 15: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanIsi tempat kosong dengan kata hubung komplemen yang sesuai.

1. _________ aktiviti meragut tas tangan semakin leluasa di kawasan ini adalah benar. 2. _______ menangani gejala penagihan dadah di negara kita amatlah sukar.3. Mereka berpendapat _________ kejadian itu tidak sepatutnya berlaku.4. Langkah-langkah ______ menangani masalah tersebut perlu dilakukan segera.5. Pengemis itu menyatakan _________ anak-anaknya sudah tidak mempedulikannya.

Praktis 4

Isi tempat kosong dengan kata hubung pancangan keterangan yang sesuai.

1. Bas Ekpres Mutiara tiba di Pengkalan Chepa ________ hujan lebat.2. Datuk terkejut ________ terdengar bunyi yang kuat dari arah belakang rumah.3. ________ kecil lagi Adelen Ceria tinggal bersama-sama neneknya.4. Zahir menampar budak itu ________ bersikap biadap dengannya.5. Doris Nala membaca novel itu _________ menunggu rakannya tiba.6. Cahaya lampu itu malap ________ kami tiba di rumah.7. Saya berjumpa dengan Zizroy _________ berkelah di Lata Tembakah.8. Kami berhempas pulas mencari cincin itu _________ Azhari berehat-rehat sahaja.9. Beliau mampu memiliki rumah besar __________ bekerja sebagai kerani.

10. Umairah ke sekolah setiap hari ________ mengayuh basikal.

Soalan Berformat Peperiksaan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Cikgu Marcus ternampak sehelai cebisan kertas di bawah meja ________ mengambilnya untuk dibuang ke dalam tong sampah.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 15

Page 16: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanA danB laluC atauD supaya

2 Choi Au tetap dengan pendapatnya untuk bekerja di bandar __________ ditentang oleh kakaknya.

A sejakB supayaC manakalaD walaupun

3 Ikhwan menggilat kasut yang hendak dipakai ke majlis itu ___________kelihatan lebih menarik.

A untukB keranaC supayaD jikalau

4 Atan berjanji dengan Zuazita untuk bertemu di Restoran Santan Berlada __________ pukul lapan malam.

A apabilaB sebelumC sekiranyaD sementara

5 Lampu isyarat itu bertukar warna merah _________ kereta ayah hampir dengan garisan itu.

A sertaB apabilaC sekiranyaD kemudian

6 Lela masih menangis __________ telah dipujuk oleh ibunya kerana berita kemalangan yang membabitkan tunangnya.

A setelahB sekiranyaC meskipun

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 16

Page 17: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanD kemudian

7 Marwan mengulang kaji pelajaran dengan tekun_________mendapat kejayaan yang cemerlang kelak.

A agarB keranaC tatkalaD jikalau

8 Mak Jah menanam jagung _________ dijual di tepi jalan.

A laluB bagiC yangD untuk

9 Ketua Menteri Singapura menafikan _________ beliau akan meletak jawatan.

A yangB untukC keranaD bahawa

10 Wanita itu cantik _______ tidak berbudi bahasa.

A sambilB tetapiC kecualiD malahan

11 Kereta itu terbabas _______ terhumban ke dalam gaung.

A danB laluC tetapiD justeru

12 Saya masih belum pasti sama ada hendak mengikuti kursus itu _______ tidak.

A danB atau

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 17

Page 18: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanC tetapiD kecuali

13 Roslina berjaya dengan cemerlang __________ berusaha dengan sungguh-sungguh.

A jikaB keranaC kemudianD sementara

14 Telefonlah saya dengan segera ________ tidak dapat datang.

A JikaB KeranaC KetikaD Supaya

15 Beliau menyatakan ______ pasukan bola sepak negara kita semakin mantap.

A agarB yangC bahawaD semoga

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

dan lalu sambil atau

untuk kerana supaya manakala

Televisyen merupakan medium popular yang digunakan ______________ menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Boleh dikatakan hampir setiap rumah di negara ini memiliki televisyen ______________ harganya mampu dibeli dan kepentingannya kepada kita. Kita boleh menonton

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 18

Page 19: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatantelevisyen ______________ melakukan kerja-kerja rumah ______________ ketika bosan.

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

ketika untuk manakala sehingga

bahawa walaupun yang kerana

1 Tasik Chini _________________ terkenal dengan legenda naga Tasik Chini telah berjaya

menarik pelancong luar negara untuk berkunjung ke negeri Pahang.

2 Beberapa langkah telah diambil oleh pihak pengurusan Hotel Berjaya _________________

memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

3 Cikgu Haneza telah mengumumkan _________________ pada cuti penggal kedua ini semua

murid Tahun Enam Cemerlang mesti menghadiri kelas tambahan.

4 Salman begitu tekun mengulang kaji _________________ lewat malam.

5 Danisya menyiram bunga _________________ abangnya memangkas pokok bunga.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 19

Page 20: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

Tandakan ( √ ) bagi ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.

1 Saffiya suka membaca novel lalu mengemas rumah pada hujung minggu.

2 Bah Ngah duduk bersila di atas lantai rumahnya sambil makan pisang goreng.

3 Kamal tekun mengulang kaji pelajaran walaupun peperiksaan pertengahan tahun semakin hampir.

4 Bas yang sarat penumpang itu tidak berhenti ketika sudah ditahan berkali-kali.

5 Tujuan Larian Hijau diadakan adalah untuk menyemaikan perasaan cinta akan alam sekitar yang indah dalam kalangan peserta.

6 Haji Ramli bukan sahaja pemurah tetapi baik hati.

7 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan dengan bulan hadapan?

8 Farzana mungkin berpindah ke Johor atau ke Melaka.

9 Sewaktu pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya.

1 Encik Lim menebas semak-samun sedangkan isterinya menyapu

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 20

Page 21: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan0 sampah.

Soalan PemahamanBaca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada cuti penggal yang lalu, saya telah dibawa oleh pak cik saya mengunjungi sahabatnya di sebuah perkampungan orang asli. Yang berikut ialah catatan ringkas tentang kunjungan saya itu.

Sabtu, 2 Mac 2018Pukul 8.30 pagi bertolak dari Petaling Jaya menuju ke bandar Seremban. Bersarapan pagi di perhentian rehat Nilai. Pukul 10.30 pagi bertolak ke Kampung Bukit Berapit.

Pukul 1.30 petang sampai di Bukit Berapit. Oleh sebab kampung orang asli ituterlalu jauh dan terpencil, tidak ada kenderaan untuk ke sana. Kami terpaksa berjalan kaki. Waktu itu jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang. Kami bermalam di sebuah rumah orang Melayu di situ.

Ahad, 3 Mac 2018Pukul 8.30 pagi, kami memulakan perjalanan. Saya berasa sungguh seronok melalui sebatang lorong yang dikelilingi belukar. Nasib kami malang apabila hujan turun dengan lebatnya. Kami terpaksa berteduh di sebuah pondok usang. Hujan masih turun hingga ke petang. Kami bermalam di pondok usang itu. Nasib baik kami ada membawa sedikit bekalan.

Isnin, 4 Mac 2018

Saya diserang demam selesema. Pak cik tidak dapat membuat keputusan sama ada hendak meneruskan perjalanan atau pulang sahaja. Pak cik memberi saya pil demam yang dibawanya. Beberapa jam kemudian, saya berasa segar semula. Pukul 6.00 petang selamat sampai di Kampung Lanjut Manis.

Selasa, 5 Mac 2018Berada di rumah Encik Ulung, sahabat karib pak cik. Berasa seronok tinggal di kampung yang aman, tenang dan damai itu. Demam saya mulai reda.

Rabu, 6 Mac 2018Kembali ke Petaling Jaya.

1 Di manakah mereka bermalam pada 2 Mac 2018 ?A di Kampung Bukit BerapitB di Kampung Lanjut ManisC di rumah orang MelayuD di Nilai

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 21

Page 22: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

2 Berapa lamakah mereka berada di rumah Encik Ulung?A dua hariB empat hariC lima hariD seminggu

3 Apakah keputusan yang dibuat oleh pak cik pada 4 Mac 2018 ?A berpatah balikB meneruskan perjalananC menunggu di tengah hutan rimba ituD tidak dapat membuat sebarang keputusan

4 Mereka tidak kelaparan semasa bermalam di tengah rimba itu kerana...A mereka diberi makan oleh penduduk kampungB mereka ada membawa bekalan makananC mereka makan pucuk kayuD mereka minum air hujan

5 Apakah yang dimaksudkan dengan reda di dalam petikan di atas?A semakin bertambahB masih di tahap yang samaC berhentiD kebah

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Tarikh 1 Oktober setiap tahun merupakan Hari Warga Tua Sedunia. Hari ini disambut untuk mengiktiraf jasa golongan tersebut. Daripada 28 juta orang rakyat Malaysia, 1.75 juta atau tujuh peratus merupakan warga tua. Mereka yang berumur melebihi 60 tahun dikategorikan sebagai warga tua. Golongan itu yang kini disebut sebagai warga emas, amat penting kepada negara kerana mereka memiliki ilmu, pengalaman, dan kepakaran yang tidak mudah dicari ganti.

Generasi muda jangan bersifat sombong apabila berdepan dengan warga tua. Hormatilah mereka jika kita ingin dihormati oleh anak-anak kita kelak. Orang yang muda pasti akan menjadi tua. Nasihat orang tua-tua kepada kita hendaklah kita ikuti kerana mereka banyak pengalaman. Kita juga janganlah bersikap kasar kepada mereka. Kita hendaklah berusaha untuk menjaga hati warga tua. Selain itu, kita hendaklah memberikan bantuan moral dan kewangan. Kita juga hendaklah melakukan yang terbaik untuk mereka ketika mereka melalui sisa-sisa hidup mereka. Janganlah kita mensia-siakan mereka setelah kita berjaya kelak. Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 22

Page 23: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanPerhatian terhadap warga tua menjadi kewajipan. Jadilah orang yang

mengenang budi. Tanpa mereka, hidup kita akan sia-sia kerana restu mereka akan menjadi sebahagian daripada pemberian Tuhan kepada kita. Biarlah kasih sayang yang kita curahkan kepada warga tua dirasai oleh mereka dengan sempurna. Sesungguhnya, warga tua mempunyai hak untuk mendapat kasih sayang dan penghormatan daripada keluarga, masyarakat dan negara.

a. Hari Warga Tua disambut untuk

_________________________________________________

b. Mengapakah warga emas dikatakan golongan yang istimewa?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

c. Adakah kamu akan menghormati warga emas? Mengapa?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 23

Page 24: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

PenulisanBahagian AGambar menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan penduduk untuk mengeratkan hubungan dalam masyarakat.Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh persatuan penduduk tersebut.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 24

Page 25: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

1.

2.

3.

4.

5.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 25

Page 26: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : KemasyarakatanBahagian BIklan di bawah ini menunjukkan Program Hari Keluarga Taman Seri Kembangan. Tulis ulasan tentang aktiviti tersebut dalam bentuk perenggan.

HARI KELUARGATAMAN SERI KEMBANGAN

Tarikh : 11 Mac 2018 ( Ahad )Masa : 8:00 pagi hingga 2:00 petangAnjuran : Biro Komuniti Persatuan Taman Seri KembanganAktiviti :

Senamrobik Sukaneka Pertandingan Memasak Pertandingan Futsal

Semua penduduk dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 26

Page 27: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 27

Page 28: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 28

Page 29: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

Bahagian CBaru-baru ini, penduduk kawasan taman perumahan kamu telah mengadakan mesyuarat agung. Dalam mesyuarat tersebut, isu berkaitan kemudahan di taman rekreasi yang telah rosak dan perlu dibaik pulih telah dibincangkan.

Sebagai setiausaha kamu dikehendaki menulis sepucuk surat aduan kepada pihak majlis perbandaran di kawasan penempatan kamu selengkapnya.

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 29

Surat Kiriman Rasmi – Aduan

Kemudahan Taman

Pendahuluan-Alamat Pengirim-Alamat Penerima-Tarikh-Perkara

Isi 1-Memperkenalkan diri-Menyatakan tujuan menulis surat

Isi 2-Menyatakan keadaan di taman rekreasi-membahayakan pengguna-ada kes kanak-kanak tercedera

Isi 3-Memohon agar dibaiki-boleh digunakan oleh kanak-kanak-tempat yang sesuai untuk kanak-kanak

Isi 4-bersedia memberi kerjasama-mengadakan gotong-royong-memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan penduduk

Penutup-ucap terima kasih-pengakuan penulis-tandatangan-Jawatan penulis

Page 30: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 30

Page 31: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 31

Page 32: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 32

Page 33: stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/.../uploads/2020/03/Modul-Mac-4.docx · Web viewKATA ADJEKTIF Kata Adektif ialah kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

Nota: Mac Tema : Kemasyarakatan

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa 33