pppnukm.files.wordpress.com · web viewkata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh...

25
MEMBINA AYAT 1. Terdapat tiga bentuk soalan yang mungkin dikemukakan. Bina 1 ayat bagi setiap kata Bina 1 ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata Bina 2 ayat bagi setiap kata 2. Jenis-jenis kata yang boleh dikemukakan: Kata ganda Kata yang hampir sama maknanya Kata dasar dan kata terbitan Kata dasar dan kata ganda seluruh Kata homograf Kata terbitan Kata ganda seluruh dan kata majmuk Kata dasar dan kata ganda berimbuhan Kata dasar dan kata majmuk Kata ganda seluruh dan kata terbitan Kata yang berbeza maknanya tetapi hampir sama bunyinya 3. Panduan markah · Satu markah akan diberikan pada ayat yang betul. · Setengah markah akan ditolak bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ isi yang tidak jelas. · Boleh bina ayat dengan menggunakan cakap ajuk. (Ikut peraturan membina ayat cakap ajuk). SYARAT YANG PERLU DIIKUTI KETIKA MEMBINA AYAT 1. Jangan bina ayat yang tidak dapat membezakan makna kata yang diberikan 2. Jangan gunakan pasangan kata yang diberikan dalam satu ayat sahaja 3. Jangan lakukan kesalahan ejaan atau kesalahan tatabahasa dalam ayat anda 4. Jangan bentuk ayat yang gramatis tetapi tidak tepat maknanya. 5. Jangan bina ayat yang tidak logik atau langsung tidak difahami maksudnya. 6. Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata nama khas. Contoh : Rohani Kebersihan rohani mencerminkan keperibadiaan seseorang. (Betul)

Upload: dothuy

Post on 30-Jun-2018

341 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

MEMBINA AYAT

1.    Terdapat tiga bentuk soalan yang mungkin dikemukakan.

Bina 1 ayat bagi setiap kata

Bina 1 ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata

Bina 2 ayat bagi setiap kata

2.    Jenis-jenis kata yang boleh dikemukakan:

Kata ganda

Kata yang hampir sama maknanya

Kata dasar dan kata terbitan

Kata dasar dan kata ganda seluruh

Kata homograf

Kata terbitan

Kata ganda seluruh dan kata majmuk

Kata dasar dan kata ganda berimbuhan

Kata dasar dan kata majmuk

Kata ganda seluruh dan kata terbitan

Kata yang berbeza maknanya tetapi hampir sama bunyinya

3.    Panduan markah

·         Satu markah akan diberikan pada ayat yang betul.

·         Setengah markah akan ditolak bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ isi yang tidak jelas.

·         Boleh bina ayat dengan menggunakan cakap ajuk. (Ikut peraturan membina ayat cakap ajuk).

SYARAT YANG PERLU DIIKUTI KETIKA MEMBINA AYAT

1.    Jangan bina ayat yang tidak dapat membezakan makna kata yang diberikan

2.    Jangan gunakan pasangan kata yang diberikan dalam satu ayat sahaja

3.    Jangan lakukan kesalahan ejaan atau kesalahan tatabahasa dalam ayat anda

4.    Jangan bentuk ayat yang gramatis tetapi tidak tepat maknanya.

5.    Jangan bina ayat yang tidak logik atau langsung tidak difahami maksudnya.

6.    Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata nama khas.

Contoh : Rohani

Page 2: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Kebersihan rohani mencerminkan keperibadiaan seseorang. (Betul)

Rohani      menyiapkan sarapan pagi untuk ahli keluarganya. (Salah)

7.    Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata cogan kata.

Contoh : Yakin

Setiap pelajar harus menanamkan perasaan yakin dalam diri agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. (Betul)

‘Yakin Boleh’ merupakan cogan kata yang sering diwar-warkan setiap kali Menteri Belia dan Sukan memberikan ucapan. (Salah)

8.    Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata peribahasa.

Contoh : Ombak

Nelayan tidak dapat turun ke laut pada hari itu kerana ombak terlalu tinggi. (Betul)

“Kalau takut dilambung ombak      jangan berumah di tepi pantai”sering ditujukan  kepada peniaga yang tidak sanggup menanggung risiko. (Salah)

9.    Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata kata majmuk.

Contoh= Beg

Ida telah membeli sebuah beg      yang besar kerana terlalu banyak pakaian yang hendak dibawa pergi melancong. (Betul)

Beg      tangan yang dijual di kedai itu terlalu mahal. (Salah)

10.  Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata kata ganda.

Contoh = Tidur

Salah satu masalah yang dihadapi oleh pelajar di dalam kelas ialah tidur semasa sesi pembelajaran dijalankan. (Betul)

Ahmad dapat mendengar bunyi tapak kaki adiknya yang lalu kerana pada masa itu dia tidur-tidur ayam.(Salah)

11.  Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata kata berimbuhan.

Contoh = Makan

Tina tidak berselera semasa makan         di restoran tadi kerana hidangannya sudah sejuk. (Betul)

Ani memesan makanan untuk dua orang sahaja di warung itu. (Salah)

12.  Jangan masukkan dua ayat yang diuji dalam satu ayat.

Contoh = Mereka

Pereka fesyen itu sedang mereka      pakaian untuk dijadikan koleksinya. (Betul)

Mereka      berempat telah mereka pakaian untuk model-model yang terlibat dalam pertandingan itu.(Salah)

13.  Jangan buat dua ayat bagi soalan yang hanya memerlukan satu ayat sahaja.

Contoh= Perpaduan

Page 3: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Perpaduan      di kalangan ahli perniagaan perlu agar pembangunan di negara ini dapat dipertingkatkan.(Betul)

Rakyat harus mengamalkan hidup bermasyarakat. Ini kerana amalan itu akan mewujudkan perpaduan.(Salah)

FORMULA MUDAH UNTUK MEMBINA AYAT

a) Bila + Siapa + buat apa

b) Siapa + buat apa + di mana

c) Siapa + buat apa + kenapa

Contoh Perkataan dan Ayat yang menggunakan formula:1. Prasyarat

ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan.

2. Propaganda

ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan propaganda politik yang mungkin akan menarik perhatian media massa.

3. Pascamerdeka

ayat: Pada zaman pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.

4. Dwibahasa

ayat: Ayah menggunakan kamus dwibahasa untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

5. Anti-Israel

ayat: Satu perarakan anti-Israel telah diadakan di Dataran Merdeka oleh penuntut-penuntut universiti kerana mereka mengetahui kekejaman Israel terhadap keamanan dunia.

6. Antirasuah

ayat: Kerajaan Malaysia menjalankan kempen antirasuah untuk menghapuskan gejala ini sehingga akar umbi.

7. Interaksi

ayat: Pakar psikologi perpendapat bahawa kekurangan interaksi antara anak dengan ibu bapa akan menyebabkan jiwa anak kosong.

8. Insentif

ayat: Pihak sekolah akan memberi wang insentif sebanyak RM100 kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam acara sukan.

9. Integrasi

ayat: Pihak kerajaan melancarkan kempen 1Malaysia untuk memupukintegrasi kaum dan membina perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

10. Intensif

Page 4: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

ayat: Pihak sekolah akan menjalankan kelas intensif untuk pelajar yang lemah dalam subjek Sains dan Matematik.

11. Inisiatif

ayat: Kerajaan berharap agar pihak sekolah akan mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan persekitaran sekolah supaya murid-murid tidak diserang wabak demam denggi.

12. Tentatif

ayat: Buat sementara waktu, beberapa langkah tentatif diambil untuk memasukkan sains sepenuhnya ke dalam skop sosiologi ilmu pengetahuan.

13. Senget

ayat: Ayah mengetawakan adik yang memakai seluarnya senget sebelah.

14. Sengit

ayat: Pengumuman semua calon SPM yang mendapat keputusan 9A+ dijanjikan biasiswa JPA akan menimbulkan persaingan yang sengit antara calon SPM.

Berbeza Maknanya tetapi Hampir Sama Bunyinya

Kata berbeza makna tetapi  hampir sama bunyinya.

1. hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu.....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji.

2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu.....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu.

3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku.....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak.

4. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas.....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh.

5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun.....mentafsir - Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada saya tadi.

6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan.....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas.

7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas.....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang.

8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam.....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas.

9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu.....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia.

10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu.......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon.

Page 5: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu.......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas.

12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari.......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini.

13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton.......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif.

14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang.......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar.

15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber.......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu.

16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas.......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau.

17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok.......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat.

18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran.......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi.

19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun.......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi.

20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan.......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka.

21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya.......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati.

22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum.......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu.

23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Kulasingam.......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu.

24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh.......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi.

25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu.......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut.

26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarikpelancong.......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya.

27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida.......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2.

28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita.

Page 6: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri.

29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan.......tepak - Encik Gundu memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada tetamunya.

30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin.......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam.

31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata.

32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu.......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan.

33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya.......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan.

34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya.......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew.

35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain.......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.

36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan.

37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.

38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu.

39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam.......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu.

40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh.......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering.

41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya.......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih.

42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala.......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati.

43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya.......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi.

44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar.......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian.

45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan Mancister.......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar.

Page 7: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan.......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen.

47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk.......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama.

48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain.......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong.

49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah.......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan.

50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca.......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang.

51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya.......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya.

52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit.......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas.

53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya.......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah haru

KESALAHAN EJAAN

Page 8: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

KESALAHAN EJAAN PANDUAN UNTUK EJAAN YANG GRAMATIS

SALAH BETULanti agamaanti dadahanti Israelanti kapal selamanti komunisanti lelakianti nuklearanti peranganti sosialanti-aparteidanti jenayahdwi bahasadwi budayadwi bulanandwi cabangdwi caradwi fokusdwi fungsidwi tahunaneka atomeka bahasaeka fungsieka suku kataeka warnapasca ijazahpasca merdekapasca modenismepra katapra Olimpikpra sejarahpra-modenpra-sekolahpra-syaratpro aktifpro Baratpro kemerdekaanpro-pembangkangsub tajuksub-judulsub-kelassub-kontraktorsub-seksyensub-standardtata namatata riastata susilatata-tertibtatatur / tata atur

antiagamaantidadahanti-Israelantikapal selamantikomunisantilelakiantinuklearantiperangantisosialantiaparteidantijenayahdwibahasadwibudayadwibulanandwicabangdwicaradwifokusdwifungsidwitahunanek atomekabahasaekafungsiekasuku kataekawarnapascaijazahpascamerdekapascamodenismeprakatapra-Olimpikprasejarahpramodenprasekolahprasyaratproaktifpro-Baratprokemerdekaanpropembangkangsubtajuksubjudulsubkelassubkontraktorsubseksyensubstandardtatanamatatariastatasusilatatatertibtataatur

SALAH BETUL SALAH BETULauto matif automotif geraf graf

Page 9: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

audienagregetarithmetikagen (wakil)ampanganakedakitekanalisaatlitatnikanggrikbaucerbistaribowlingbuffetbumiputraburohcaluncocok (tusuk)cucuk (sesuai)catitcendiawancopdasyhatdialogdefinasideligasiderafdurhakaefisyenekurehsanengzosekslusifekspotekspressemelengkarfadhilatfaxfaksimiliFebuarigembeling / gembeleng

audiensagregataritmetikejen (wakil)empanganarkedarkitekanalisisatletetnikanggerikbaucarbestaribolingbufetbumiputeraburuhcaloncucuk (tusuk)cocok (sesuai)catatcendekiawancap (cetak)dahsyatdialogdefinisidelegasidrafderhakaefisienekorihsanekzoseksklusifeksporteksprese-melingkarfadilatfaksfaksimileFebruarigembleng

geharuhajjahhurmatideidapiktizamimpotinjininspekterinsuranInsyaallah / Insya Allahistiharistirehatisyajustrujeketkampongkapitalismakatunkefeteriakomidikomisyenkondaktorkonsotiumkontrekkorumkaptainkarenah (ragam)kelenderkeredhaankerintingkianatko-kurikulumkolestrolkomersilkomplekkontingenlagendalakunlapuranlebellencunganleukimia

gaharuhajahhormatideahidapiltizamimportenjininspektorinsuransinsya- Allahisytiharistirahatisyakjusterujaketkampungkapitalismekartunkafeteriakomedikomisenkonduktorkonsortiumkontrakkuorumkaptenkerenahkalendarkeredaankeritingkhianatkokurikulumkolesterolkomersialkomplekskontinjenlegendalakonlaporanlabellenconganleukemia

SALAH BETUL SALAH BETULlojiklosyenletriklojistikmaksimamanafaatmasaalahmeemekanismamencatitmengenengahkanmegenepikanmengujudkanmengwujudkanmenteramerbahayaminima

logiklosenelektriklogistikmaksimummanfaatmasalahmimekanismemencatatmengetengahkanmegetepikanmewujudkanmewujudkanmanteraberbahayaminimum

protinpekejpesonal (kakitangan)petroliumplatfomprofailprofesyenalsekalasekeliansekimsessisetorsiksasilaturrahimsnookerstesyenstokin

proteinpakejpersonelpetroleumplatformprofilprofesionalskalasekalianskimsesistorseksasilaturahimsnukerstesenstoking

Page 10: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

munshinasionalismaoditoditoriumoptimaorganismeotomatikotomobilpamirpaspotpatriotismapehakpelancungpemerosesanpemilekanpengembalapengemblenganpensilperabutperihatinperlaburanperlancaranperletakanpertunjukkanpesaraanpesiaranplanprofessionprosidur

munsyinasionalismeauditauditoriumoptimumorganismaautomatikautomobilpamerpasportpatriotismepihakpelancongpemprosesanpemilikanpenggembalapenggemblenganpenselperabotprihatinpelaburanpelancaranpeletakanpertunjukanpersaraanpersiaranpelanprofesionprosedur

sunnahsabsidisanwicselinderskimaspesisstemtalipontaugeh (sayuran)trampiltulinugamausekwarongvokasyenalyunit

sunahsubsidisandwicsilinderskemaspesiessetemtelefontaugeterampiltulenagamausikwarungvokasionalunit

KESALAHAN EJAAN KATA MAJMUK

Lazimnya dieja terpisah kecuali beberapa kekecualian.Hanya 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dieja rapat

Salah Betulantara bangsa antarabangsa

beri tahu beritahubumi putera bumiputerajawatan kuasa jawatankuasakaki tangan kakitangankerja sama kerjasamamata hari Matahariolah raga olahraga

pesuruh jaya pesuruhjayasetia usaha setiausahasuka rela sukarela

suruhan jaya suruhanjayatanda tangan tandatangan

tanggung jawab tanggungjawabwarga negara warganegara

MENGEJA PERKATAAN DIPENGARUHI SISTEM EJAAN LAMA ATAU BAHASA INDONESIA

Page 11: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Salah Betul

kekanda kakanda

pengkalan pangkalan

pesaka pusaka

selsema selesema

istihar isytihar

istirihat istirahat

hajjah hajah

catit catat

jamaah jemaah

MENGEJA KATA SENDI NAMA ( di- dan ke-)

(di- dan ke-) yang menunjukkan tempat perlu dieeja secara terpisah.

Salah BetulDisitu di situ

diatas meja di atas mejadiKota Bharu di Kota Bharu

kesitu ke situkehadapan rumah ke hadapan rumahkePulau Pinang ke Pulau Pinang

MENGEJA AWALAN ( Awalan di- dan ke-)

Salah Betuldi tulis ditulisdi asuh diasuh

di bungkus dibungkuske tua ketuake dua keduake kasih kekasih

TANDA TITIK (.)

·         Selain digunakan untuk menunjukkan berakhirnya ayat, digunakan juga untuk menyatakan singkatan.

Salah BetulHj Hj.

Prof Prof.dll dll.dsb dsb.

TANDA SEMPANG (-)

Page 12: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Sebagai tanda kata ganda

Salah Betulmeja meja meja-meja

berkata kata berkata-katabantah membantah bantah-membantah

gunung ganang gunung-ganangipar duai ipar-duai

batu batan batu-batansaudara mara saudara-mara

Antara ke dengan angka

Salah Betulke 21 atau ke21 ke-21

ke 102 atau ke102 ke-102

Antara yang merujuk tahun dengan imbuhan akhiran –an

Salah Betultahun 90 an atau 90an atau 90han tahun 90-antahun 20 an atau 20an atau 20han tahun 20-an

Antara huruf kecil dengan huruf besar·         (Merujuk Tuhan)

Salah BetulhambaMu atau hamba mu hamba-MurahmatNya atau rahmat Nya rahmat-Nya

·         Huruf besar bagi nama khas

Salah Betulpro Barat atau proBarat pro-Baratpan Asia atau panAsia pan-AsiaKDN nya atau KDNnya KDN-nya

TANDA SERU (!) - Hadir di akhir ayat

Salah BetulAmboi! Mahalnya harga baju ini. Amboi, mahalnya harga baju ini!Alamak! Saya terlupa membawa 

pensel.Alamak, saya terlupa membawa 

pensel!Cis! Engkau memang penderhaka! Cis, engkau memang penderhaka!Aduhai! Mengapalah malangnya 

nasibku ini.Aduhai, mengapalah malangnya 

nasiblu ini!Nah! Terimalah balasanku. Nah, terimalah balasanku!

MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI

Page 13: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Salah Betul

Kami sedang membincangkan perkara itu.

Ia sangat rumit.

Kami sedang membincangkan perkata itu, yang sangat rumit.

Ini buku cerita sejarah. Iamengandungi

kisah-kisah yang menarik.

Ini buku cerita sejarah. Buku inimengandungi kisah-kisah yang 

menarik.

MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL BAGI BENTUK GANDA

Salah Betul

berbagai kuih berbagai-bagai kuih

bersama adik bersama-sama adik

kedua pelajar kedua-dua pelajar

setengah orang setengah-setengah orang

pada bila masa pada bila-bila masa

Menggandakan Kata Nama yang sudah mendukung maksud banyak.

Salah Betul

mereka-mereka mereka

umat-umat umat

rakyat-rakyat rakyat

Menggandakan Kata Nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan jumlah banyak

Salah Betul

dua buah rumah-rumah dua buah rumah

semua penonton-penonton semua penonton

segala pegawai-pegawai segala pegawai

antara kemudahan-kemudahan Antara kemudahan

Senarai nama-nama Senarai nama

Kebanyakan sibuk dengan urusan-urusan Kebanyakannya sibuk dengan urusan

Page 14: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah

Salah Betul

guru besar-guru besar guru-guru besar

kertas kerja-kertas kerja kertas-kertas kerja

reka bentuk-reka bentuk reka-reka bentuk

GUNA KATA SENDI NAMA DENGAN CARA YANG SALAH

Kesalahan kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan benda abstrak)

Salah Betul

di pagi hari pada pagi hari

di abad ke-20 pada abad ke-20

di masa itu pada masa itu

di ingatan Pada ingatan

Buku itu ada dengan Ali Buku itu ada pada Ali

Kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa)

Salah Betul

hingga kepada hari ini hingga ke hari ini

kepada tempat lain ke tempat lain

dihempaskan kepada batu dihempaskan ke batu

Kesalahan kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa)

Salah Betul

ke pegawai itu kepada pegawai itu

ke ketua pasukan kepada ketua pasukan

ke bahaya dadah kepada bahaya dadah

dilemparkan ke Ali dilemparkan kepada Ali

diserahkan ke Ketua Pengarang diserahkan kepada Ketua Pengarang

Kesalahan kata sendi nama dari (tempat dan waktu)

Page 15: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Salah Betul

Saudara datang daripada mana? Saudara datang dari mana?

Daripada saat ini, ubahlah sikapmu.

Dari saat ini, ubahlah sikapmu.

Kesalahan kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya).

Salah Betul

Dari buku itulah banyak diperolehnya banyak ilmu 

kebudayaan.

Daripada buku itulah banyak diperolehnya banyak ilmu 

kebudayaan.

Dia lebih kaya dari saya. Dia lebih kaya daripada saya.

Peti itu dari kayu. Peti itu daripada kayu.

Kiriman itu dari ayahnya. Kiriman itu daripada ayahnya.

PENGABAIAN KATA SENDI NAMA.

·         Penggunaan kata sendi nama sering diabaikan apabila predikat diluaskan dengan keterangan(Adverb).

·         Hal ini terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandungi kata kerja intransitif (seperti pergi, balik, lupa, tahu, lalu dan sebagainya) atau adjektif (seperti benci, cinta, sayang, suka, takut dan sebagainya).

Salah Betul

pergi sekolah (KI) pergi ke sekolah

balik kampong (KI) Balik ke kampung

lupa nama orang itu (KI) lupa akan nama orang itu

lalu jalan ini (KI) lalu di jalan ini

benci orang itu (Adj.) benci kepada orang itu

suka durian (Adj.) suka akan durian

aku cintanya (Adj.) aku cinta kepadanya.

takut hantu (Adj.) takut akan/kepada hantu.

tahu perkara itu (KI) tahu akan/tentang perkara itu

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI

Page 16: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

 beliau – digunakan untuk seseorang yang terhormat sahaja.

ianya- tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.

KESALAHAN BERKAIT DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA BUNYI TETAPI BERLAINAN MAKNA. Contohnya :

kelok dengan keluk

tempoh dengan tempuh

seloroh dengan seluruh

pedalaman dengan pendalaman

KESALAHAN MAKNA PERKATAAN

Penggunaan banyak dan ramai

Makna kedua-dua kata ini sering salah ditafsirkan orang. Anggapan kebanyakan orang sekarang ialah bahawa banyak khas untuk binatang dan benda, 

sementara ramai khas untuk manusia. Sebenarnya kata banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang dan benda. Kata ramai pula untuk menunjukkan suasana tempat. Misalnya: Pasar itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan sebagainya; mungkin kerana 

banyak orang di pasar itu.

Penggunaan guna dan pakai

·Kata pakai dalam Bahasa Melayu seperti dalam kata memakai digunakan dengan erti ‘mengenakan pakaian, sepatu, topi, barang perhiasan diri’

kata guna bererti ‘melakukan sesuatu dengan...’ seperti dalam ayat: mencapai perdamaian dengan menggunakan senjata.

Penggunaan pedalaman dan pendalaman

Kata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris.

Kata pendalaman pula bererti ‘usaha mendalami sesuatu’.

Penggunaan bila dan apabila

bila = merupakan Kata Tanya apabila = merupakan kata penghubung pembentukan klausa. Kesalahan berlaku – penggunaan bila sebagai kata penghubung dalam ayat. Contoh :

Salah Betul

Bila dia pulang, kamu bolehlah pergi.

Apabila dia pulang, kamu bolehlah pergi.

IMBUHAN

Page 17: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

TIDAK MENGGUNAKAN IMBUHAN

Salah Betul

Mereka sedang kerja. Mereka sedang bekerja.

Dia hendak ambil barang itu. Dia hendak mengambil barang itu.

Adik senyum kepadanya. Adik tersenyum kepadanya.

Kami sudah jawab soalannya. Kami sudah menjawab soalannya.

ISTILAH KATA DAN TATABAHASA

KESALAHAN ISTILAH: bermaksud   kesalahan penggunaan kata iaitu   penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.Contoh:

Kakaknya   bekerja   sebagai pragawati di   Syarikat   Penerbangan  Malaysia   dan   sering   ke   luar   negara.   (Salah)Kakaknya  bekerja   sebagai pramugari di   Syarikat  Penerbangan  Malaysia  dan   sering   ke   luar  negara.   (Betul).

KESALAHAN TATABAHASA: bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum tatabahasa. Contoh:

Sungai   Pahang   ialah   sungai   yang terpanjang   sekali di   Semenanjung   Malaysia.   (Salah)Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. (Betul).

JENIS-JENIS KESALAHAN YANG LAZIM DALAM SOALAN

A. Kesalahan perkataan atau kosa kata. Contoh:

Ahmad keciwa sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan) 

Pelancung pelancong (kesalahan ejaan)

Perabut perabot (kesalahan ejaan)

Pergi Melancung sepatutnya melancong

(kesalahan penggunaan perkataan)

Tinggal di pendalaman sepatutnya pedalaman

(kesalahan penggunaan perkataan)

B. Kesalahan frasa mengikut hukum D – M

Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan)  merupakan unsur  inti yang hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada kedudukan yang kedua dalam frasa ayat. Contoh:

Cili sos sepatutnya sos cili 

Nusantara Restoran sepatutnya Restoran Nusantara

Page 18: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Mini bas sepatutnya bas mini

Kredit kad sepatutnya kad kredit

  

C. Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum mesti digunakan apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa, keturunan atau bahasa. Contoh:

Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu (SALAH)Penduduk negeri Johor kebanyakannya orang Melayu (BETUL)

Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (SALAH)Bangsa Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (BETUL)

Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (SALAH)Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (BETUL)

Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan Inggeris (SALAH)Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris (BETUL)

Sarawak telah lama didiami oleh Iban (SALAH)Sarawak telah lama didiami oleh kaum Iban (BETUL)   D. Kesalahan makna ayat yang tidak jelas. Contoh:Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-X untuk mengkajinya (SALAH) Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga untuk mengkajinya diperlukan teknik sinar-X. (BETUL)

E. Kesalahan ayat yang tidak mempunyai subjek. Contoh:Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlah RM2.00 sekilo (SALAH)

Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah RM2.00 sekilo (BETUL) F. Ayat tergantung. Contoh: Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim (SALAH)Penjenayah itu dijatuhi hukuman oleh hakim (BETUL)

G. Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf sosial seseorang. Contoh:Baginda berucap kepada pembesar negeri (SALAH)Baginda bertitah kepada pembesar negeri (BETUL)

H. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh penyambut (objek). Contoh: Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya (SALAH)Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya (BETUL)

I. Kesalahan penggunaan kata sendi nama. Contoh: Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (SALAH) Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (BETUL)

J. Kesalahan penggunaan kata jamak. Contoh:Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (SALAH)Kebanyakan guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (BETUL)

Page 19: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

K. Kesalahan penggunaan kata ganda. Contoh:Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok. (SALAH)Perdana-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok (BETUL)  L. Kesalahan penggunaan kata imbuhan. Contohnya:Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu (SALAH)Kerajaan sedang memperbesar jalan raya di kampung itu ((BETUL))

MAKNA PERKATAAN

1.ulam-ulam/ulaman (perempuan simpanan / gundik)

2. ulam-ulaman (sayur)

3. para-para (rak)

4. gerombolan (sesuai digunakan untuk penjahat/penjenayah (kumpulan yang jahat)

5. jarang-jarang (kadang-kadang)

6. sahur (makan sebelum subuh)

7. sarapan (makan pada waktu pagi)

8. kudapan (minum pagi (10 pagi)

9. merarau (makan tengah hari)

10. mengombe (makan petang)

11. menggabi (makan malam)

12. menuruk (makan tengah malam (supper)

13. invesmen (labur/simpan)

14. hadirat (tempat duduk tetamu di Istana)

15.patik (anak anjing)

16. kaos (tapak kaki)

17. ahli (pakar/hebat)

18. kakitangan (simpulan bahasa)

MENUKARKAN AYAT

Page 20: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Ayat Aktif kepada Ayat Pasif         Aktif = Subjeknya (Pelaku) + Objek (Penderita). Contoh :

Abang sedang membersihkan halaman rumah.Pelaku      imbuhan MeN-            Penderita

         Pasif = Subjeknya (penderita) kerana dikenai kesan kata kerja pasifHalaman rumah sedang dibersihkan oleh Abang.Penderita             imbuhan di- + oleh      PelakuFormula:Aktif : Pelaku       + imbuhan MeN-               + Penderita (+ Keterangan)Pasif : Penderita   + imbuhan di... + oleh       + Pelaku     (+ Keterangan) Bagi Kata ganti Nama Diri Pertama (saya,aku, ku) dan Kata Ganti Nama Diri Kedua (kamu, awak, anda) tidak boleh menerima imbuhan pasif      di..   + oleh.      Sebaliknya, imbuhan      meN-    digantikan dengan kata dasar sahaja. Contohnya :

Aktif : Saya belum habis membaca buku ini kerana terlalu sibuk.Pasif : Buku ini belum habis saya baca kerana terlalu sibuk.

 Ayat Susunan Biasa kepada Susunan Songsang Biasa              =  Subjek         +          Predikat

Contoh ayat :  Burung itu                    terbang. Songsang      =  Predikat      +          Subjek

Contoh ayat :  Terbang                       burung itu.

Ayat Cakap Ajuk kepada Ayat Cakap Pindah

Baca dan fahami maksud petikan secara keseluruhannya

Gunakan bahasa yang gramatis dan baku. Unsur-unsur slanga dan dialek tidak boleh digunakan.

Boleh menambahkan imbuhan pada kata-kata yang sesuai. Kata-kata tertentu boleh ditambah supaya susunan ayat menjadi lebih lengkap dan tidak menyalahi hukumtatabahasa.

Sturuktur ayat perlu betul, pengolahan hendaklah baik mengikut susunan teks asal dan lancar.

Tukarkan kata ganti nama diri, masa, tempat dan sebagainya kepada yang sesuai. Contohnyaaku-dia,kami-mereka,di sini-di sana.

Kata seru ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat. Contohnya:aduh = mengerang kesakitan, amboi = perasaan terkejut, cis = dengan marahnya, eh = dengan hairan, wah = dengan perasaan kagum.

Ayat perintah ditukar kepada frasa yang sesuai. Contohnya: Jangan- melarang, Sila masuk-menjemput

Penggunaan kata singkatan ditukar kepada perkataan lengkap. Contohnya: nak-hendak, mak-emak, mau-mahu.

Menukarkan Ayat Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk . Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara ; Ayat bentuk dialog dengan penggunaan tanda pengikat kata “...” Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis di sebelah kiri. Tidak perlu tanda pengikat kata.

Tukarkan kata ganti nama diri, masa, tempat dan sebagainya kepada yang sesuai. Contohnyadia-saya, aku-nama seseorang, mereka-kami, di sana-di sini.

Tulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru perlu ditukarkan dengan kata seru yang sesuai.

Penggunaan kata singkatan boleh digunakan

Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan.

Page 21: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

MENYAMBUNG DAN MEMISAHKAN AYAT

Menyambung Ayat Tunggal kepada Ayat Majmuk Jangan menyambung kurang atau lebih daripada yang diarahkan

Gunakan kata hubung/penanda wacana yang sesuai

Jangan ubah sturuktur ayat dan jangan tinggalkan isi penting

Memisahkan Ayat Majmuk kepada ayat Tunggal Jangan menyambung kurang atau lebih daripada yang diarahkan

Pisahkan idea= 1 idea diungkapkan dalam satu ayat

Bina ayat tunggal yang berisi 1 idea itu menggunakan kata-kata dalam petikan asal.

Kata hubung dan penanda wacana boleh dihilangkan dalam ayat tunggal anda.

MENGANALISIS AYAT

1)    Membahagikan ayat kepada subjek dan predikat.2)    Menentukan pola ayat dasar = (FN+FN), (FN+FK), (FN+FA), (FN+FS)3)    Menentukan jenis-jenis ayat

              i.        Ayat penyata – Ayat yang menyatakan / memberi keterangan. Contoh : Cikgu mengajar pelajar.            ii.        Ayat Tanya - untuk menanyakan sesuatu hal. Contoh : Bilakah anda datang?           iii.        Ayat seruan – untuk melahirkan keadaan perasaan takut, marah, takjub, geram. Contoh : Amboi, garangnya!           iv.        Ayat Perintah – Untuk menimbulkan satu tindakan, ditujukan kepada orang kedua.

a.    Ayatt suruhan – untuk memberi perintah / arahan. Contoh : Ambillah kuih ini.b.    Ayat larangan – untuk mencegah seseorang melakukan sesuatu. Menggunakan kata : jangan, usah, tak usah 

sebelum kata kerja. Contoh : Usahlah awak bersedih lagi.c.    Ayat silaan – untuk menjemput / mempersilakan. Contoh : Sila masuk pejabat saya.d.    Ayat permintaan – untuk memohon permintaan dan pertolongan. Contoh : Tolong jangan bising.

KESALAHAN STRUKTUR AYAT

1) Ayat gabungan

- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll

Contoh:Suraya dan Yati ke sekolahDia bangun kemudian berjalan

- Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.

Contoh:Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah)Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul)

Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah)Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul)

2) Ayat tergantung- Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat- Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang.

Contoh:

Page 22: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Budak itu / menangisSubjek / predikat

- Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.

Contoh:Siapakah / gadis itu?Predikat / subjek3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat tergantung”

4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah.

Contoh:Di seluruh negara mengalami banjir (salah)Seluruh negara mengalami baanjir (betul)

Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah)Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul)

Yang manakah betul? (salah)Yang manakah yang betul? (betul)

Salah Betul

Page 23: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Ada berbagai barang di kedai itu. - Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.- Ada pelbagai barang di kedai itu.

Ali dihadiahkan sebuah buku harian. Ali dihadiahi sebuah buku harian.

Di antara mereka yang hadir. Antara mereka yang hadir.

Tambak   Johor   terletak   antara   Johor   Bahru   dengan Singapura.

Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim. Banyak   perbezaan antara   bilik   Ali   dengan   bilik Kasim.

Bangunan itu adalah Daya Bumi. Bangunan itu Daya Bumi.

Banyak orang datang. Banyak orang yang datang.Berbincang masalah. Berbincang tentang masalah itu.

Berdasarkan kepada perkara itu. Berdasarkan perkara itu.Bergantung kepada. Bergantung pada.

Berhubung itu. Berhubung dengan itu.

Berkait itu. Berkait dengan itu.Berkaitan itu. Berkaitan dengan itu.

Bersama. Bersama-sama.Beda. Beza.

Bola itu Ali tendang. Bola itu ditendang (oleh) Ali.

- Bola itu ditendang oleh saya.- Bola itu saya menendang.

Bola itu saya tendang.

Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad.

Buku itu dia hantar ke perpustakaan. Buku itu dihantar ke perpustakaan.Buku itu dimasukkan dalam laci. Buku itu dimasukkan di dalam laci.Buku itu disimpan dalam laci. Buku itu disimpan di dalam laci.Di dalam hal itu. Dalam hal itu.Di dalam peperiksaan itu. Dalam peperiksaan itu.

Dari Kedah hingga Sabah. Dari Kedah ke Sabah.Dari masa ke semasa. Dari masa ke masa.Dari semasa ke masa. Dari semasa ke semasa.Daripada segi. Dari segi.Dato’ Sri. Dato’ Seri.

Datuk Sri. Datuk Seri.

Dengan lain perkataan. Dengan perkataan lain.Dalam bilik itu. Di dalam bilik itu.Dia belajar dari pengalaman. Dia belajar daripada pengalaman.

Dia datang bila dipanggil. Dia datang apabila dipanggil.

- Dia memandang pada saya.- Dia memandang kepada saya.

Dia memandang saya.

Dia berikan anaknya pelajaran. Dia memberi anaknya pelajaran.Dia berikan saya sebuah buku. Dia memberi saya sebuah buku.Dia memberi buku kepada saya. Dia memberikan buku kepada saya.

Dia memberi pelajaran kepada anaknya.  Dia memberi anaknya pelajaran.

Dia mempelajari daripada pengalamannya. Dia   mempelajari   perkara   itu   daripada pengalamannya.

Dia memperisterikan Aminah. Dia memperisteri Aminah.

Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar. Dia   memperisterikan   anaknya   dengan   anak   guru 

Page 24: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

besar.Dia menaiki bendera. Dia menaikkan bendera.

Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Dia mengambil apa sahaja. Dia mengambil apa-apa sahaja.Dia menolehkan pandangannya kepada saya. Dia menolehkan pandangannya pada saya

Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. Dibincangkan dalam mesyuarat itu.Dia merindukan anaknya. Dia merindui anaknya.

Jangan memijak rumput. Jangan pijak rumput.

Jauhilah daripada dadah. Jauhilah dadah.Berkesanan. Keberkesanan.

Kedua belah pihak. Kedua-dua belah pihak.Kepimpinan. Kepemimpinan.

Kereta itu melalui di jalan besar. Kereta itu melalui jalan besar.

Letaklah di mana yang sesuai. Letaklah di mana-mana yang sesuai.Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang. Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang.

Maksudnya yang asalnya. Maksudnya yang asal.Melawat ke Eropah. Melawat Eropah.

Melihat kepada/pada keindahannya. Melihat keindahan.

Membincangkan tentang perkara itu. Membincangkan perkara itu.Menduduki di tempat kedua. Menduduki tempat kedua.

Beg itu mengandung. Beg itu mengandungi.Mensiakan tanggungjawab. Mensia-siakan tanggungjawab.Mengunjungi ke Eropah. Mengunjungi Eropah.Mereka memberitahukan saya perkara itu. Mereka memberitahu saya perkara itu.Mereka memberitahu perkara itu kepada saya. Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.

Mereka-mereka. Mereka.Oleh kerana itu. Oleh sebab itu.Merujuk kepada surat tuan Merujuk surat tuanDi masa Pada masaPada pendapatan saya Pada pendapat saya

Pada satu hari (bilangan) Pada suatu hari (tak tentu harinya)

Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan Para wartawanPegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.Pergilah ke mana pun Pergilah kemana-mana pun.

Perkara itu ialah benar Perkara itu adalah benar

Pilihlah mana yang sesuai Pilihlah mana-mana yang sesuai

Ramai orang datang Ramai orang yang datang- Sebahagian wangnya didermakan- Sebahagian dari wangnya didermakan.

Sebahagian daripada wangnya didermakan

Sehubungan itu Sehubungan dengan itu

Selain dari/ daripada itu Selain itu 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya

Semoga rohnya dicucurkan rahmat. Semoga rohnya dicucuri rahmat.Seperti yang kita telah katakan. Seperti yang telah kita katakan.

Sri. Seri (cahaya)Setengah orang - Setengah-setengah orang

- Sesetengah orang

Page 25: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha

Surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka Surat daripada Dewan Bahasa dan PustakaTakutkan hantu. Takut akan hantu.

Tan Seri. Tan Sri.

Tanyalah siapa pun. - Tanyalah sesiapa pun.- Tanyalah siapa-siapa pun.

Tiap orang  / setiap-tiap orang Tiap-tiap orang / setiap orang.

Tiga ayam. Tiga ekor ayam

Yang mana YangMelaporkan dari Melaporkan berita dari

Amat pandai Amat pandai sekali

Sangat kukuh sangat kukuh sekalisungguh gagah sungguh gagah sekali

terbesar sekali - terbesar- besar sekali

paling kuat sekali - paling kuat- kuat sekali