rancangan program transisi tahun 1 2013
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tahun 1 transisiTRANSCRIPT


PENDAHULUAN
Program Transisi pra sekolah ke Tahun Satu merupakan satu
program yang telah dirangka dengan membantu kanak-kanak
menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan
tidak formal samada di rumah atau di pra sekolah kepada
pendidikan secara formal di Tahun Satu di sekolah. Program yang
dilaksanakan ini diharapkan dapat membantu kanak-kanak yang
datang dari pelbagai latar belakang, sosio-ekonomi, persekitaran
dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia untuk
meneruskan pembelajaran secara formal.

RASIONAL
1. Murid-murid yang masuk ke Tahun Satu datang dari
pelbagai latar belakang yang berbeza.
2. Menimbulkan banyak perbezaan di kalangan mereka yang
boleh memberi kesan yang berterusan.
Antaranya:-
Perbezaan umur antara murid Tahun Satu (1 hingga
11 bulan).
Kebolehan mereka memberi perhatian.
Kesediaan mereka memberi perhatian.
Kesediaan untuk belajar (perbezaan pengalaman pra
sekolah, fizikal, latar belakang keluarga).
Pengetahuan dan kemahiran iaitu perbezaan
kecekapan sosio-emosi, perkembangan (keyakinan
diri, takut, bimbang serta rasa selamat).

TUJUAN PROGRAM
1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,
guru-guru dan kawan baharu dalam masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi,
kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum
memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal
di Tahun Satu.
3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke
sekolah tanpa banyak masalah.
Untuk Guru
Menangani perbezaan murid yang berlainan latar belakang
dan pengalaman serta aspek kognitif, afektif dan
psikomotor.
Membantu murid menyesuaikan diri di kelas Tahun Satu.
Menyepadukan pendekatan pra sekolah dengan
pendekatan yang lebih formal.

Untuk Murid
Memperkembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri
dalam persekitaran pembelajaran yang formal.
Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas mengikut
sukatan pelajaran Tahun Satu.
Mencapai tahap perkembangan kognitif yang hampir sama
untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF PROGRAM
1. Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan
yang sesuai untuk menerima kemasukan murid ke Tahun
Satu.
2. Mewujudkan suasana peralihan (transisi) pembelajaran
yang menyeronokkan sesuai dengan kesinambungan
kurikulum pra sekolah kepada Tahun Satu.
3. Memperkenalkan suasana pembelajaran di dalam kelas,
mencintai bilik darjah, sekolah dan alam sekitar.
4. Menerapkan sikap dan nilai-nilai murni.
5. Membolehkan murid-murid mengenal semua guru.
6. Memberi peluang interaksi antara guru dan murid.
7. Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu
dan main sambil belajar.
8. Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang
tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperoleh dalam
kehidupan sehariannya.

Aktiviti
dan
Program Transisi
2013
Hak Cipta: : Sri Nurhafiza Mohd Noor

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 MINGGU PERTAMA
Hari: Selasa Tarikh : 1 Januari 2013
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-8.45 1. Perhimpunan
2.Guru menyambut kedatangan murid-murid
3. Pengurusan kelas - Menanda kedatangan murid
4. Pengagihan murid mengikut kelas.
Guru Mata
pelajaran
Kelas
8.45- 10.15 1.Taklimat oleh pihak pentadbir mengenai program transisi.
Sesi suai kenal antara pihak pentadbir dan murid-murid.
2. Penerangan tentang peraturan sekolah oleh guru disiplin
dan guru kaunseling.
3. Penerangan tentang penjagaan buku teks oleh Guru SPBT.
** Guru Mata Pelajaran perlu membawa dan mengawal murid
1 A dan 1B di dewan.
Pihak Pentadbir
, Guru Disiplin,
Guru Kaunseling
dan Guru SPBT
Dewan
10.15-10.45 REHAT
Guru mata pelajaran yang mengajar sebelum waktu rehat
perlu bawa murid ke kantin 10 minit lebih awal .Pastikan
murid beratur dalam barisan semasa ke kantin, mengajar
murid tatacara membeli makanan di kantin, baca doa makan,
dan meletakkan pinggan ke dalam besen.
Guru Mata
pelajaran Kantin
10.45-11.45 Ucapan Bertatasusila
1. Guru memberi penerangan mengenai ucapan
bertatasusila seperti beri salam ,ucapan berterima
kasih, tatacara masuk dan keluar kelas. 2. Aktiviti bertulis
Guru Mata
pelajaran
L. kerja
Kelas
11.45-12.15 Melawat Kawasan Sekolah.
Melawat tandas dan penerangan mengenai cara penggunaan
tandas yang betul.
Guru Mata
pelajaran Tandas
sekolah

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 MINGGU PERTAMA
Hari: Rabu Tarikh : 2 Januari 2013
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-8.15 Pengurusan Kelas
1. Menanda kedatangan murid
2. Perbualan pagi ~Kepentingan bersarapan 3. Mewarnakan lembaran kerja .
Guru Mata
pelajaran
** L.Kerja
Kelas
8.15-9.15 Segmen “ Hayya Bil Arabiah ” bersama Ustaz
Guru Bahasa
Arab
9.15-9.45 Kenali Guru dan rakan Saya
1. Guru dan murid perkenalkan diri.
2. Berkenalan dengan rakan sebaya. 3. Permainan - mengingati sebanyak mungkin nama rakan.
Guru Mata
pelajaran Kelas
9.45-10.15 Melawat kawasan sekolah
1. Melawat kantin
2. Tatacara membeli makanan di kantin.
3. Adab-adab di kantin – beratur semasa membeli
makanan, basuh tangan dan baca doa makan.
Guru Mata
pelajaran Kantin
10.15- 10.45 REHAT
Guru mata pelajaran yang mengajar sebelum waktu rehat
perlu membawa murid ke kantin 10 minit lebih awal .Pastikan
murid beratur dalam barisan semasa ke kantin, mengajar
murid tatacara membeli makanan di kantin, baca doa makan,
dan meletakkan pinggan ke dalam besen.
Guru Mata
pelajaran Kantin
10.45-11.45 Dinamika Kumpulan
1. Memperkenalkan bentuk asas
contoh : bulat, segi tiga
2. Padan dan mewarnakan bentuk pada lembaran kerja
yang di sediakan.
Guru Mata
pelajaran
** L.Kerja
Kelas
11.45- 12.45 Nyanyian - Lagu Anak Cemerlang dan Lagu Kami Murid Baru Guru Mata
pelajaran
** rujuk L.Kerja
Kelas

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 MINGGU PERTAMA
Hari: Khamis Tarikh : 3 Januari 2013
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-8.15 Pengurusan Kelas
1. Menanda kedatangan murid
2. Gotong-royong kemas kelas – kutip sampah di lantai. 3. Penerangan tentang tatacara dan adab belajar.
4. Membaca doa sebelum belajar-doa penerang hati
Guru Mata
pelajaran
** Rujuk Doa
dalam buku
L. Kerja
Kelas
8.15-9.15 Segmen “ Hayya Bil Arabiah ” bersama Ustaz Guru Bahasa
Arab
9.15-9.45 Melawat Bilik-bilik Khas
1. Bilik guru , 2. Pejabat,
3. Bilik J-Qaf,
4. Bilik SAL
5. Bilik Kaunseling Guru memberitahu tentang adab semasa berada di bilik khas.
Guru Mata
pelajaran Kawasan
sekolah
9.45-10.15 Lenturan tangan
1. Mengikut dan lakar garisan dalam lembaran kerja.
2. Melukis garis putus-putus, berlingkar, beralun, zig-
zag dan bulat.
Guru Mata
pelajaran
**L.Kerja
Kelas
10.15- 10.45 REHAT
Pastikan murid beratur dalam barisan semasa ke kantin,
Bacaan doa makan.
Guru Mata
pelajaran Kantin
10.45-11.45 Sekolahku
1. Guru bercerita tentang sekolah.
2. Memberi penerangan tentang apa yang boleh dan
tidak boleh di lakukan semasa di sekolah.
3. Mewarna gambar sekolah.
Guru Mata
pelajaran
**L.Kerja
Kelas
11.45-12.45 Nyanyian
1. Lagu ABC dan mewarnakan huruf ABC
2. Menyebut abjad ABC mengikut turutan dan rawak.
Guru Mata
pelajaran
**L.Kerja
Kelas

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 MINGGU KEDUA
Hari: Ahad Tarikh: 6 Januari 2013
Masa Aktiviti Tindakan Tempat
7.45-8.15 PERHIMPUNAN
8.15-8.45 Melawat Bilik-bilik Khas
1. Makmal Komputer
2. Penerangan tentang peraturan di makmal komputer.
3. Mengenali peralatan di makmal komputer .
Guru Mata
pelajaran
Makmal
Komputer
8.45-9.45 Nyanyian
1. Lagu Negaraku dan Lagu Selamatkan Sultan
2. Guru menerangkan adab semasa menyanyikan lagu
Negaraku dan lagu Selamat Sultan – berdiri tegak
Guru Mata
pelajaran
** rujuk dalam
L.Kerja
Kelas
9.45-10.15 Mewarna Gambar – Jalur Gemilang
1. Penerangan tentang Jalur Gemilang.
2. Mewarnakan Jalur Gemilang
Guru Mata
pelajaran
** L.Kerja
Kelas
10.15-10.45 REHAT
Pastikan murid beratur dalam barisan semasa ke kantin, Bacaan
doa makan.
Guru Mata
pelajaran
Kantin
10.45-11.45
Kerohanian
1. Kenali Rukun Islam dan Rukun Iman.
2. Bacaan Doa Penerang Hati dan Doa untuk ibu bapa
Guru mata
pelajaran
** L.Kerja
Kelas
11.45-12.15 Kenali Huruf Hijaiyyah
1. Membaca mengikut turutan
2. Membentuk huruf Hijaiyyah menggunakan tanah liat / doh.
Guru mata
pelajaran
Kelas
12.15-12.45
Mengira Nombor- 1-10
1. Kira nombor ikut turutan dan secara rawak dalam bahasa
Melayu, dan English.
2. Padankan nombor dengan objeknya.
Guru Mata
pelajaran.
**L.kerja
Kelas
12.45-1.15 Segmen “ Hayya Bil Arabiah ” bersama Ustaz Guru Bahasa
Arab

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 MINGGU KEDUA
Hari: Isnin Tarikh : 7 Januari 2013
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-8.45 Aktiviti Fizikal
1. Senamrobik
** Kelas 1A dan 1B boleh digabungkan
Guru Mata
pelajaran
**perlu guna
radio
Dataran
Perhimpunan
@ dewan
8.45-9.45 Aktiviti Fizikal
1. Sukaneka
a. Bawa pundi kacang
b. Leret gelung rotan
c. Lari sambil bawa bola
** Kelas 1A dan 1B boleh digabungkan
Guru Mata
pelajaran
**cari alatan
dan bahan di
stor sukan.
Dataran
Perhimpunan
@ dewan
9.45-10.15 Permainan dan Aktiviti Kreatif
1. Nyanyian dan gerakan (Lagu kanak-kanak)
2. Muzikal Chair
Guru Mata
pelajaran
** guna
radio/laptop
Dataran
Perhimpunan
@ dewan
10.15-10.45 REHAT
Pastikan murid beratur dalam barisan semasa ke kantin,
Bacaan doa makan.
Guru Mata
pelajaran Kantin
11.15- 12.15 Pra menulis
1. Menulis Abjad A-Z
Guru Mata
pelajaran
** L.Kerja
Kelas
12.15- 12.45 Myself/ Diri Saya
1. Mengenal anggota badan.
2. Mengeja dan menyebut nama anggota badan.
3. Aktiviti Lembaran kerja
Guru Mata
pelajaran
** L.Kerja
Kelas

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 MINGGU KEDUA
Hari: Selasa Tarikh : 8 Januari 2013
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-8.45 Menjaga Kebersihan Diri – tubuh badan dan gigi
1. Bersoal jawab cara menjaga kebersihan diri.
2. Kepentingan menjaga kebersihan diri.
3. Lembaran kerja - alat menjaga kebersihan diri
Guru Mata
pelajaran
** L.Kerja
Kelas
8.45-9.15 Segmen “ Hayya Bil Arabiah ” Bersama Ustaz Guru Bahasa
Arab Kelas
9.15-9.45 Kerohanian
1. Bercerita tentang kejadian alam.
2. Ciptaan Allah dan ciptan manusia
Guru Mata
pelajaran
** lembaran
kerja
Kelas
9.45-10.15 My Five Senses / Deria Saya
1. Mengenali organ deria.
2. Menyebut dan mengetahui kegunaan organ deria.
Guru Mata
pelajaran
** lembaran
kerja
Kelas
10.15-10.45 REHAT
Pastikan murid beratur dalam barisan semasa ke kantin,
Bacaan doa makan.
Guru Mata
pelajaran Kantin
10.45-11.45 Belajar Sambil bermain
1. Cantum Jigsaw Puzzle.
Guru Mata
pelajaran
** Jigsaw
Puzzle
Kelas
11.45-12.45 Origami dan Lipatan –tanpa guna gunting dan gam
1. Minta murid menghasilkan origami dari lipatan
cadangan: buat sampan, baju, bunga atau katak.
2. Minta murid pamerkan hasil kerja di hadapan kelas.
Guru perlu PASTIKAN murid membersihkan kelas selepas
melakukan aktiviti.
Guru Mata
pelajaran
** Kertas warna
Kelas

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 MINGGU KEDUA
Hari: Rabu Tarikh : 9 Januari 2013
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-8.45 Melawat Bilik-bilik Khas - Perpustakaan
1. Melawat perpustakaan.
2. Penerangan tentang peraturan penggunaan
perpustakaan.
3. Beri peluang murid membaca buku cerita.
** Gabung kelas 1A dan 1B
Guru Mata
pelajaran Kawasan
sekolah
8.45-9.15 Belajar Sambil Bermain – Mengajuk bunyi haiwan
1. Mengenali Haiwan – Guru buat bunyi haiwan dan
minta murid teka.
2. Menyebut dan eja nama haiwan
3. Mengajuk bunyi haiwan dan meniru pergerakkannya
4. Lembaran kerja.
Guru Mata
pelajaran
** L.Kerja
Kelas
9.15-9.45 Segmen “ Hayya Bil Arabiah ” bersama Ustaz Guru Bahasa
Arab Kelas
9.45-10.15 Haiwan Kesayangan Saya
1. Mewarna Gambar Haiwan - ikan
Guru Mata
pelajaran
Kelas
10.15- 10.45 REHAT
Pastikan murid beratur dalam barisan semasa ke kantin,
Bacaan doa makan.
Guru Mata
pelajaran Kantin
10.45-11.45 Dinamika Kumpulan
1. Membuat kolaj bertemakan buah-buahan.
2. Mempamerkan hasil kerja.
Guru Mata
pelajaran
** kertas warna
** gam
Kelas
11.45- 12.45 Tayangan Perdana
1. Guru membawa murid ke makmal komputer untuk
menonton cerita teladan – Siri Upin dan Ipin
2. Bersoal jawab tentang cerita yang di tonton.
3. Menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang
terdapat dalam cerita.
Guru Mata
pelajaran
** LCD
** CD
Makmal
Komputer

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 MINGGU KEDUA
Hari: Khamis Tarikh : 10 Januari 2012
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-8.15 Greetings
1. Menyebut dan mengucapkan ucapan bertatasusila
dalam Bahasa Inggeris. Contoh : a. Good Morning
b. Thank You
c. Good Bye
2. Guru menerangkan bila ucapan tersebut diucapkan.
Guru Mata
pelajaran
**L.Kerja
Kelas
8.15 – 9.15 Segmen “ Hayya Bil Arabiah ” bersama Ustaz Guru Bahasa
Arab Kelas
9.15-9.45 Nyanyian – Lagu Kanak-kanak
Menyanyi sambil membuat pergerakan . Cadangan Lagu :
a. Tanya Sama Pokok
b. Anak Itik Tok Wi
c. Burung Kakak Tua
Guru Mata
pelajaran
Rujuk lagu
dalam buku
lembaran kerja
Kelas
9.45-10.15 Kenal Nombor – Cantumkan titik-titik.
1. Murid mengira nombor 1-10 mengikut turutan. 2. Mencantumkan titik-titik dalam lembaran kerja
Guru Mata
pelajaran
**L.Kerja
Kelas
10.15-10.45 REHAT
Pastikan murid beratur dalam barisan semasa ke kantin,
Bacaan doa makan.
Guru Mata
pelajaran Kantin
10.45- 11.45 Kenali huruf Vokal
1. Guru menerangkan huruf vokal – a,e,i,o,u
2. Menyebut dan mengeja perkataan yang bermula
dengan huruf vokal.
3. Lembaran kerja
Guru Mata
pelajaran
L. Kerja
Kelas
11.45-12.45 Mewarna Logo 1 Malaysia
1. Mewarnakan gambar
Guru Mata
pelajaran
*lembaran
kerja
Kelas

RANCANGAN PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1 MINGGU KETIGA
Hari: Ahad Tarikh : 13 Januari 2012
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-8.15 PERHIMPUNAN
8.15-8.45 Carilah Daku
1. Guru beri penerangan tentang aktiviti.
2. Cari objek tersembunyi dalam lembaran kerja
Guru Mata
pelajaran
*L.Kerja
Kelas
8.45-9.45 Love Our Nature – Parts of Plants
1. Guru bawa murid keluar dari kelas – bawa ke
belakang kantin / sekitar kawasan sekolah.
2. Guru terangkan jenis dan nama tumbuhan .
3. Guru menerangkan kepentingan tumbuhan dan
bahagian-bahagian tumbuhan – akar, daun, bunga.
Guru sila pastikan murid selamat ketika aktiviti dijalankan.
Guru Mata
pelajaran
Kawasan
Sekolah@
belakang
kantin
9.45-10.15 Kenali Tumbuhan/ Parts of plants
1. Menamakan bahagian-bahagian tumbuhan.
2. Mensyukuri ciptaan tuhan.
3. Menulis nama bahagian-bahagian tumbuhan
Guru Mata
pelajaran
** lembaran
kerja
Kelas
10.15-10.45 REHAT
Pastikan murid beratur dalam barisan semasa ke kantin,
Bacaan doa makan.
Guru Mata
pelajaran Kantin
10.45-11.45 Bercerita kisah nabi
Bersoal jawab kisah dan pengajaran daripada cerita
Guru Mata
pelajaran Kelas
11.45-12.45 Menyanyi sambil belajar
1. Kenali nama rasul dan menyanyi Lagu 25 rasul.
Guru Mata
pelajaran
Rujuk lagu di
Lembaran kerja
Kelas
12.45-1.15
Menyanyi lagu sekolah dan warna lencana sekolah
1. Guru minta murid menyanyi dan warna dengan
kemas.
Guru Mata
pelajaran
**L.Kerja
Kelas

RANCANGAN PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1 MINGGU KETIGA
Hari: Isnin Tarikh : 14 Januari 2013
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-8.15 1. Senamrobik
2. Mengadakan pergerakan lokomotor.
Cth : melompat spt katak, terbang spt burung dan lain-lain.
Guru Mata
pelajaran
** radio
Dewan
@tapak
perhimpuna
n
8.15-8.45 Segmen “ Hayya Bil Arabiah ” bersama Ustaz Guru Bahasa
Arab
8.45-9.45 Belajar berdoa
1. Membaca dan menghafal doa
-cth : doa masuk dan keluar tandas, doa penerang hati dll.
Guru Mata
pelajaran
Rujuk doa dalam
buku L.kerja
Kelas
9.45-10.15 Pendidikan kesihatan – basuh tangan
-Penerangan tentang kebersihan diri
-Cara membasuh tangan dengan betul
Guru Mata
pelajaran
**Rujuk L.Kerja
Kelas
10.15-10.45 REHAT
Pastikan murid beratur dalam barisan semasa ke kantin,
Bacaan doa makan.
Guru Mata
pelajaran Kantin
10.45-11.45 Lipat, gunting dan tampal
1. Guru beri penerangan dan tunjuk cara
2. Minta murid melipat kertas warna, gunting dan
tampalkan kertas warna tersebut di atas kertas
lukisan
3. Pamerkan hasil kerja di hadapan kelas.
Guru pastikan murid berhati-hati semasa
aktiviti di jalankan dan minta murid kutip
sampah yang bertaburan di lantai.
Guru Mata
pelajaran
*gam *gunting *kertas lukisan
Kelas
11.45-12.45 Keluarga Saya
1. Bercerita tentang ahli keluarga.
2. Menyebut panggilan ahli keluarga – ayah, ibu, abang,
kakak, adik
3. Eja perkataan.
Guru Mata
pelajaran
*lembaran kerja
Kelas

RANCANGAN PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1 MINGGU KETIGA
Hari: Selasa Tarikh : 15 Januari 2013
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-8.15 Aktiviti Gotong –Royong di dalam kelas
1. Susun dan kemas meja
2. Sapu sampah
Guru Mata
pelajaran Kelas
8.15-9.15 Segmen “ Hayya Bil Arabiah ” bersama ustaz Guru Bahasa
Arab kelas
9.15-9.45 Bercerita – guru bercerita kisah arnab dan kura-kura
Tajuk : arnab dan kura-kura
-bersoal jawab tentang cerita dan mewarnakan gambar
Guru Mata
pelajaran
L.Kerja
Kelas
9.45-10.15 Nyanyi Lagu Kanak-kanak
1. Menyanyi sambil tepuk tangan Cadangan :
a. Kalau rasa gembira
b. Geylang Si Paku Geylang
c. Rasa sayang hei
Guru Mata
pelajaran
Rujuk L. Kerja
Kelas
10.15-10.45 REHAT
Pastikan murid beratur dalam barisan semasa ke kantin,
Bacaan doa makan.
Guru Mata
pelajaran Kantin
10.45-11.45 Basic Shapes / Bentuk asas
1. Melukis gambar menggunakan bentuk asas – bulat,
segi tiga, segi empat sama, segi empat tepat.
Cadangan : Robot, Rumah , Kereta
Guru Mata
pelajaran
kertas lukisan
Kelas
11.45-12.45 Mewarnakan Bendera Negeri Kelantan
1. Guru beri penerangan 2. Murid warnakan gambar.
Guru Mata
pelajaran
*L.kerja
Kelas

RANCANGAN PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1 MINGGU KETIGA
Hari: Rabu Tarikh : 16 Januari 2013
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-
8.15
Cari pasangan saya - Cari huruf kecil dan besar ABC
1. Guru memberi penerangan.
2. Membimbing murid yang lemah
3. Aktiviti Lembaran Kerja
Guru Mata
pelajaran
*L.Kerja
Kelas
8.15-8.45 Segmen “ Hayya Bil Arabiah ” bersama ustaz Guru Bahasa
Arab Kelas
8.45-9.45 Days of the Week.
1. Mengeja dan menyebut nama hari dalam seminggu.
2. Aktiviti Lembaran Kerja
Guru Mata
pelajaran
*L.Kerja
Kelas
9.45-10.15 Pendidikan Kesihatan.
1. Mengetahui makanan yang berkhasiat dan tidak.
2. Bulat dan warnakan makanan yang berkhasiat.
Guru Mata
pelajaran
*L.Kerja
Kelas
10.15-10.45 REHAT
Pastikan murid beratur dalam barisan semasa ke kantin,
Bacaan doa makan.
Guru Mata
pelajaran Kantin
10.45-11.45 Mengenali nombor
-membina nombor menggunakan tanah liat / doh.
Guru Mata
pelajaran
*plastersin
Kelas
11.45-12.45 Jawi
Lembaran kerja
1. Warna huruf yang sama
2. Suaikan huruf
Guru Mata
pelajaran
*L.Kerja
Kelas

RANCANGAN PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1 MINGGU KETIGA
Hari: Khamis Tarikh : 17 Januari 2013
Masa Aktiviti Tindakan Tempat 7.45-9.15 1. Aktiviti memanaskan badan.
2. Sukaneka
a. Cari gula-gula dalam tepung
b. Tiup belon sampai pecah
Semua guru
yang
mengajar
tahun 1
Dewan
9.15-10.15 Pertandingan Mewarna Semua guru
yang
mengajar
tahun 1
Dewan
10.15-10.45 REHAT
10.45-11.15 Persembahan murid tahun 1
a. Nyanyian – 25 rasul dan Tanya sama pokok
b. Nyanyian - Bahasa Arab - Bahasa Inggeris
Semua guru
yang
mengajar
tahun 1
Dewan
11.15-12.45 Majlis Penutup Minggu Transisi
1. Taklimat PBS oleh Setiausaha Peperiksaan
2. Taklimat KSSR oleh Penyelaras KSSR
3. Penyampaian Hadiah
4. Ucapan Penutupan Program Transisi oleh Guru Besar.
Semua guru
yang
mengajar
tahun 1 dan
Pihak
Pentadbir
Dewan
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan…..
Program disediakan oleh : Disahkan oleh :
………………………………………………………. ……………………………………… Sri Nurhafiza Binti Mohd Noor
Penyelaras Program Minggu Transisi 2013
Sekolah Kebangsaan Jerek,
Gua Musang , Kelantan Darul Naim.

Lampiran
Hak Cipta:Sri Nurhafiza Mohd Noor

Lagu Tanya sama pokok
Tanya sama pokok,
apa sebab goyang...
Nanti jawab pokok,
angin yang goncang...
Tanya sama angin,
apa sebab hujan...
Nanti jawab angin tanyalah awan...
Awan nanti kata,
aku kandung air....
Sampai tempat sejuk,
aku pun cair....
Tengok dalam air, nampak bayang-bayang..
Campak satu batu bayang pun hilang....
Lagu 25 Rasul Selawat ke atas nabi
Sejahtera ke atas rasul
Nabi-nabi yang diutuskan
Mereka semua adalah mulia
Adam Idris Nuh Hud Soleh
Ibrahim Lut Ismail Ishak
Ya'qub Yusuf Ayub Syuaib
Musa Harun Zulkifli Daud
Sulaiman Ilyas Ilyasa'
Yunus Zakaria Yahya Isa
Muhammad Al Mustafa
Terangi hati kami ya Allah
Seperti hati rasul Mu ya Allah
Lagu ABC
A B C D E F G
H I J K L M N
O P Q R S T U
V W X Y Z
Lagu Burung Kakak Tua
Burung kakak tua,
Hinggap di jendela,
Nenek sudah tua,
Giginya tingga dua....
**Letchum, letchum, letchum ..Oh la la ...
Giginya tinggal dua
Ulang 3 kali bagi perkataan bertanda *

Lagu Anak itik Tok Wi
Anak itik Tok Wi
Mandi dalam kolam
Sakit apa Tok Wi
Sakit sendi tulang
Ubat apa Tok Wi
Ubat limau lelam
Sakit apa Tok Wi
Sakit sendi tulang
Geylang Si Paku Geylang
Geylang si paku geylang
Geylang si rama-rama
Pulang... marilah pulang
Marilah pulang
Bersama-sama.....
Kalau rasa gembira
Kalau rasa gembira tepuk tangan 2X
Kalau rasa gembira, beginilah caranya
Kalau rasa gembira tepuk tangan....
Kalau rasa gembira petik jari 2X
Kalau rasa gembira, beginilah caranya
Kalau rasa gembira petik jari....
Kalau rasa gembira hentak kaki 2X
Kalau rasa gembira, beginilah caranya
Kalau rasa gembira hentak kaki...
Kalau rasa gembira kata hooorey 2X
Kalau rasa gembira , beginilah caranya
Kalau rasa gembira kata hoorey....
Kalau rasa gembira buat semua 2X
( Sambil buat pergerakkan di atas )
Kalau rasa gembira, beginilah caranya
Kalau rasa gembira buat semua.....
Rasa sayang hei....
Rasa sayang hei.... rasa sayang sayang hei...
Hei lihat nona manis rasa sayang sayang hei..
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Rasa sayang hei.... rasa sayang sayang hei...
Hei lihat nona manis rasa sayang sayang hei..
Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan simpan di dalam hati
Rasa sayang hei.... rasa sayang sayang hei...
Hei lihat nona manis rasa sayang sayang hei..

LAGU ANAK CEMERLANG
Sayalah permata…
Anak kesayangan…
Kebanggaan ayah dan ibu…
Saya dibesarkan
Dengan kasih sayang
Hanya yang terbaik untuk ku…
Menjadi harapan
Di masa hadapan
Sayalah Anak yang cemerlang…

Lagu Kami murid baru
Kami murid baru
Kami ingin maju
Kami sayangkan diri sendiri..
Ayuh rakan-rakan
Kita tunjuk bukti
Rajin datang
sekolah setiap hari....

Lagu Sekolah
Harum namamu Sk Jerek
Bimbingilah..........anak bangsa
Berkat gigih usaha dan doa
Tempohi.........pancaroba.
Bujur lalu lintang patah
Walau dengan jerih payah
Kami kan tetap terus berjuang
Sahut seru wawasan
C/O Kami .....murid sk jerek
Bersatu ......pantang undur
Dengan cogan
latihan teras didikan
Kami bergerak maju
Kepada ...tuhan yang esa
Restui usaha kami
Moga bejaya lah anak bangsa
Kebanggan malaysia
Ooh........tanah airku.....

KISAH ARNAB DAN KURA-KURA
Tersebutlah kisah arnab sedang berjalan-jalan mencari makanan. Tiba-tiba ia terpandang seekor kura-kura yg merangkak-rangkak naik ke tepi sungai.
“Alahai, kura-kura. Mengapalah engkau lambat sangat? Bila nak sampai tu?”
“Sedikit-sedikitlah arnab. Lama-lama aku sampailah.” Jawab kura-kura.
“Hahaha…gelihati aku lihat cara engkau berjalan. Bilalah engkau nak sampai si tua lambat ni…ha..ha.”
“Jangan engkau hina aku arnab.”
“kalau lumba lari ni, engkau pasti kalah,” kata arnab.
“Belum cuba belum tahu arnab.” Jawab kura-kura.
“Baiklah aku cabar kau, siapa yg sampai dulu ke hutan sana, dia akan menang.”
“Baiklah. Aku terima cabaran kau,” jawab kura-kura.
Dan begitulah kisah itu bermula. Maka berlumbalah arnab dan kura-kura. Satu perlumbaan yang berat sebelah kelihatannya pada mata kasar justeru kaki, ketangkasan dan tenaga arnab jauh mengatasi kura-kura. Ya, setelah lebih separuh perlumbaan, kura-kura ditinggalkan jauh di belakang. Arnab terlampau yakin yang dia akan memenangi perkumbaan itu. Lalu berihat, dan akhirnya tertiudur. Namun babgi kura-kura dengan semangat,. Keyakinan dan kesungguhan dia terus merangkak dan akhirnya memenangi perlumbaan. Begitulah cerita Arnab dan Kura-kura yang sudah menjadi bahan bacaan hiburan kanak-kanak. Adakah ia hanya sekadar bacaan saja atau pendorong kanak-kanak itu berjaya? Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita pendik ini.
Apa yang kita boleh ambil pengajaran daripada cerita ini ialah jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian. tidak semestinya ada kekuatan. Tetapi yang penting ialah sikap. Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya. Dalam kisah tadi, jika diukur dari segi fizikal, tentulah arnab ini lebih tangkas lagi. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti ia sudah mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia gagal.
Apakah sikap negatif yang ada pada arnab? Apa yang menyebabkan ia gagal? Sikap itu ialah sambil lewa, sikap over confident, sikap bertangguh, sikap berpuas hati dan suka memandang rendah terhadap orang lain. Oleh kerana sikapnya tidak betul, walaupun bakatnya tinggi, walaupun tenaganya banyak, dan mungkinlebih pandai dari kura-kura, tetapi akhirnya arnab kalah dalam perlumbaannya dengan kura-kura kerana sikapnya yang negatif. Bagi kura-kura pula walaupun kakinya pendek dan tiada kekuatan seperti arnab, tetapi sikapnya betul. Sikap kura-kura ialah lawan kepada sikap arnab tadi. Kura-kura ini nampak matlamatnya. Walaupun ia telah ketinggalan, tetapi matlamatnya sentiasa di hadapan. Ia tidak mengubah-ubah matlamatnya. Matlamat ia hendak menang dalam perlumbaan. Dan itu terus dipertahankannya hingga berjaya. Sebaliknya, arnab ini pula matlamatnya berubah-ubah. Apabila ia sampai di tengah jalan, matlamatnya berubah kepada hendak berehat yang kemudian tertidur.