rancangan korporat 2011 − 2013

18
RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

Upload: donhan

Post on 18-Jan-2017

232 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

Page 2: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 31

‘Projek PIDM MoneySmart’ ialah program pendidikan yang dibangunkan untuk memupuk amalan menabung yang baik dan pengurusan wang secara berhemat di kalangan pelajar Malaysia, dengan matlamat utama membina asas kukuh bagi pengurusan kewangan berhemat sepanjang hayat. Setiap komponen program pendidikan tersebut, termasuk Permainan Papan MoneySmart telah direka dan dirancang dengan begitu teliti bagi menarik minat dan menggalakkan penglibatan generasi muda serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran bagi mencapai kejayaan kewangan peribadi dan menyumbang kepada pertumbuhan masa depan Malaysia.

Seperti Projek PIDM MoneySmart, setiap inisiatif yang dimulakan oleh PIDM, daripada pembangunan konsep hinggalah pelaksanaannya, adalah satu perjalanan yang bermula dengan visi. Hala tuju strategik menggerakkan rancangan yang dibangunkan dan dilaksanakan berdasarkan pengetahuan dan kepakaran yang mantap, semangat dan tenaga, kecekapan dan kerja berpasukan, serta ketelitian maklumat terperinci, ke arah memenuhi matlamat yang disasarkan dengan efektif dan mencapai objektif yang disasarkan.

PIDM mengutamakan pengurusan bertanggungjawab dalam setiap aspek operasi kami. Ini jelas terbukti daripada penggunaan kertas mesra alam yang dipilih khas untuk penerbitan Rancangan Korporat ini. Kertas ini disahkan oleh Forest Stewardship Council (FSC), iaitu organisasi antarabangsa yang menyokong piawaian tertinggi dalam pengurusan hutan.

Visi Kami • Penginsurans dengan amalan terbaik

Misi Kami Kami akan:

• Melindungi deposit Islam dan konvensional

• Melindungi manfaat takaful dan insurans

• Memenuhi mandat kami dengan cara yang efisien dan efektif, dengan mengambil kira kepentingan pemegang kepentingan utama dan kakitangan kami

Teras Strategik Kami • Kecemerlangan operasi

• Tadbir urus yang mantap

• Keyakinan awam terhadap sistem kewangan

Objektif Korporat Kami • Pemegang kepentingan yang terdidik dan bermaklumat

• Perkongsian efektif

• Organisasi yang ditadbir dan diurus dengan baik

• Penilaian dan pemantauan risiko serta keupayaan resolusi yang kukuh

• Amalan urusan dan kewangan yang mantap

• Tenaga kerja yang cekap dan berpengetahuan

• Persekitaran korporat yang kondusif

Nilai Korporat Kami • Pengelolaan Kewangan yang Berhemat

• Kecemerlangan dan Profesionalisme

• Hormat dan Adil

• Integriti dan Kebolehpercayaan

• Komunikasi dan Kerja Berpasukan

Page 3: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 32

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 33

RIngKASAn RAncAngAn KORPORAT 2011 - 2013

Rancangan Korporat Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) bagi tempoh perancangan 2011 hingga 2013 menggariskan hala tuju strategik, fokus dan keutamaan kami yang disokong dengan rancangan kewangan bagi 2011. Rancangan Korporat tiga tahun ini berfungsi sebagai panduan utama dalam menggerakkan kami ke arah hala tuju kesediaan bagi memenuhi mandat dengan efektif dan berusaha ke arah visi untuk menjadi penginsurans dengan amalan terbaik.

Kami terus mengguna pakai pendekatan bersepadu dalam membangunkan Rancangan Korporat kami, yang melibatkan pengenalpastian dan penilaian risiko utama yang dihadapi oleh PIDM dengan menggunakan rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi. Sama seperti tahun sebelum ini, kami mengguna pakai pendekatan perancangan senario dalam proses perancangan strategik kami dengan matlamat dapat bertindak secara efektif sekiranya berlaku intervensi dalam sesebuah institusi ahli bermasalah yang boleh menjadi halangan kepada rancangan kami yang telah diluluskan. Kami juga memastikan fokus dan inisiatif utama kami sejajar dengan hala tuju strategik dan objektif korporat kami.

Pencapaian Kami pada 2010

Dalam tahun 2010, kami berjaya mencapai inisiatif utama yang dirancang serta menjalankan pembangunan dan pelaksanaan skim pampasan insurans. Kami juga membangunkan dan mengesyorkan Akta baharu bagi menggantikan Akta PIDM yang sedia ada. Kedua-dua inisiatif utama ini tidak dirancang dan bukan sebahagian daripada inisiatif Rancangan Korporat bagi 2010. Dengan inisiatif tambahan ini, kami perlu menangguhkan beberapa inisiatif korporat yang telah dirancang. namun demikian, kesemua inisiatif disempurnakan mengikut rancangan kewangan yang diluluskan.

Pakej Perlindungan Konsumer Kewangan yang Diperkukuhkan

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan bagi memantapkan perlindungan konsumer kewangan dan menggalakkan lagi keyakinan awam terhadap sistem kewangan, Kementerian Kewangan telah mengumumkan pada 11 Mei 2010, Pakej Perlindungan Konsumer Kewangan yang Diperkukuhkan yang termasuk:

• peningkatan had insurans deposit kepada RM250,000;

• Peraturan-Peraturan Peruntukan Maklumat Insurans Deposit baharu; dan

• peranan Perbadanan yang diperluaskan meliputi pentadbiran skim pampasan insurans bagi melindungi pemilik polisi insurans dan sijil takaful.

Pakej tersebut juga mengandungi kuasa tambahan bagi menyediakan instrumen menyeluruh bagi membolehkan PIDM menangani institusi ahli yang bermasalah.

Berikutan pengumuman itu, PIDM mengesyorkan Akta baharu yang merangkumi satu pakej pindaan bagi menggantikan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM) 2005. Akta PIDM baharu mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2010. Di bawah perundangan baharu itu, PIDM diberi mandat tambahan untuk mentadbir sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans.

Rancangan Kami pada Masa Hadapan

Hala tuju strategik dan objektif korporat kami kekal terkini dan relevan dengan mandat, peranan dan tanggungjawab Perbadanan yang lebih luas. Bagi tempoh perancangan 2011 hingga 2013, kami akan terus menumpukan usaha utama kami untuk menyokong tahap kesediaan Perbadanan dalam beberapa aspek utama, termasuk:

• membina kapasiti dan keupayaan kami dari segi kesediaan operasi serta memantapkan aktiviti penilaian dan pemantauan risiko;

• menggalakkan kesedaran awam termasuk meningkatkan inisiatif pendidikan;

• memantapkan kecekapan dan keberkesanan operasi kami; dan

• menyediakan infrastruktur, sistem, polisi dan sumber yang diperlukan bagi mentadbir sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans dengan efektif.

Strategi yang dilaksanakan oleh PIDM dalam Rancangan Korporat ini penting bagi menggerakkan mandat, visi dan misi Perbadanan dengan cara yang efisien dan efektif ke arah meningkatkan dan mengekalkan keyakinan awam terhadap sistem kewangan kita.

Kesimpulan

Sejak penubuhan kami lima tahun lalu, kami telah mencatatkan kemajuan ketara dalam membina asas yang kukuh bagi merealisasikan visi kami untuk diiktiraf sebagai penginsurans deposit amalan terbaik. Dengan mandat kami yang lebih luas, kami telah diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab yang lebih besar untuk menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dan meningkatkan keyakinan awam. Justeru, kami akan terus menumpukan usaha dan sumber kami bagi membina kapasiti dan keupayaan kami dalam semua bidang teras operasi termasuk meningkatkan kesedaran awam mengenai skim perlindungan PIDM bagi deposit dan produk insurans.

ISI KAnDungAn

Ringkasan Rancangan Korporat 2011 - 2013

3

Pendekatan Perancangan Korporat Kami

5 Rangka Kerja Pengurusan Strategik

6 Teras Strategik

7 Objektif Korporat

8 Peta Strategi

Prestasi Berbanding Dengan Rancangan Korporat Tahun Sebelumnya

10 Sorotan Pencapaian Kami Bagi Rancangan Korporat 2010 - 2012

12 Imbasan Kad Skor Korporat 2010

15 Prestasi Kewangan Lepas – Tahun 2010

Rancangan Tiga Tahun Kami2011 - 2013

18 Persekitaran Operasi

18 Pakej Perlindungan Konsumer Kewangan yang Diperkukuhkan

19 ulasan Pengurusan Risiko Organisasi

20 Andaian Perancangan utama

20 Hala Tuju Strategik

20 Kad Skor Korporat 2011 - 2013

23 Rancangan Kewangan 2011

Kesimpulan

26 Halangan Pencapaian Rancangan Korporat

26 Ringkasan

Lampiran: Mengenai PIDM

28 Mengenai Perbadanan

28 Mandat Kami

29 Institusi Ahli Kami

30 Lembaga Pengarah

31 Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif

32 Hubungi Kami

Page 4: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 35

Mandat

Teras Strategik

Objektif Korporat

Inisiatif

Rejim Kebertanggungjawaban dan Pelaporan

Visi, Misi,Nilai Korporat

MandatMatlamat Perbadanan adalah untuk:a) Mentadbir sistem insurans deposit dan sistem

perlindungan manfaat takaful dan insurans; b) Menyediakan perlindungan terhadap kehilangan

sebahagian atau kesemua deposit dan menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans;

c) Menyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan; dan

d) Menggalak atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

Dalam mencapai matlamat di bawah perenggan (b) dan (d), Perbadanan akan bertindak dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

VisiPenginsurans dengan amalan terbaik.

MisiKami akan:• Melindungi deposit Islam dan konvensional; • Melindungi manfaat takaful dan insurans; dan• Memenuhi mandat kami dengan cara yang efisien dan

efektif, dengan mengambil kira kepentingan pemegang kepentingan utama dan kakitangan kami.

Nilai Korporat• Pengelolaan Kewangan yang Berhemat• Kecemerlangan dan Profesionalisme• Hormat dan Adil• Integriti dan Kebolehpercayaan • Komunikasi dan Kerja Berpasukan

Teras Strategik• Kecemerlangan operasi• Tadbir urus yang mantap• Keyakinan awam terhadap sistem kewangan

Objektif Korporat• Pemegang kepentingan yang terdidik dan

bermaklumat• Perkongsian efektif• Organisasi yang ditadbir dan diurus dengan baik• Penilaian dan pemantauan risiko serta keupayaan

resolusi yang kukuh• Amalan urusan dan kewangan yang mantap• Tenaga kerja yang cekap dan berpengetahuan • Persekitaran korporat yang kondusif

PEnDEKATAn PERAncAngAn KORPORAT KAMI

Rangka Kerja Pengurusan StrategikDalam menyokong mandat Perbadanan, kami membangunkan dan mengekalkan rancangan strategik tiga tahun yang menggariskan strategi, inisiatif dan sasarannya. Setiap tahun, Lembaga Pengarah menetapkan hala tuju strategik kami dan pihak Pengurusan membangunkan inisiatif korporat sokongan bagi memastikan kami memenuhi mandat, visi dan misi Perbadanan. Kami terus mengguna pakai rangka kerja pengurusan strategik menyeluruh, yang merangkumi tinjauan persekitaran luaran operasi kami serta pengenalpastian dan penilaian risiko utama Perbadanan dengan menggunakan rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi. Dengan itu, kami menyelaraskan andaian perancangan yang menjadi asas kepada rancangan kami.

Proses perancangan strategik memerlukan pertimbangan kami dari segi:• persekitaran luaran dan dalaman operasi kami; • andaian perancangan utama bagi tempoh perancangan tersebut;• hala tuju strategik dan inisiatif korporat yang akan dilaksanakan semasa tempoh perancangan tersebut; • bajet yang diperlukan bagi menyokong inisiatif korporat; dan • hasil yang ingin dicapai.

gambaran keseluruhan rangka kerja pengurusan strategik kami adalah seperti berikut.

Piramid pengurusan strategik di atas menunjukkan cara kami membangunkan Rancangan Korporat dengan menyelaraskan inisiatif terhadap objektif korporat dan teras strategik bagi mencapai visi dan misi kami ke arah memenuhi mandat kami. Rejim kebertanggungjawaban dan pelaporan di bahagian paling bawah piramid memerlukan pemantauan dan pelaporan kemajuan kami berbanding Rancangan Korporat secara berterusan.

Pendekatan Perancangan Korporat Kami

Page 5: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 36

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 37

Objektif KorporatObjektif korporat, yang merupakan tunjang strategi kami, adalah berdasarkan kepada tiga perspektif:

Tadbir Urus&

ProsesDalaman

Pembelajaran&

Pembangunan

PemegangKepentingan

Teras StrategikKami akan terus mengguna pakai tiga teras strategik bagi memenuhi mandat kami. Tiga teras itu ialah:

Tadbir Urusyang Mantap

KeyakinanAwam terhadap

SistemKewanganKecemerlangan

Operasi

Kami berusaha menjadi sebuah

organisasi yang ditadbir dan

diurus dengan baik sejajar dengan

perkembangan terkini amalan tadbir

urus utama dan mengguna pakai

amalan terbaik yang relevan.

Ini termasuk menyediakan

amalan tadbir urus dan

pengurusan yang mantap,

pengurusan risiko dan kawalan

dalaman yang kukuh.

Kami memupuk keyakinan

terhadap sistem kewangan dengan

memantapkan program kesedaran

awam dan pendidikan yang kukuh

bagi memaklumkan dan

mendidik pemegang

kepentingan kami

dan orang awam

mengenai sistem

insurans deposit

dan sistem

perlindungan manfaat

takaful dan insurans.

Kami juga menyediakan insentif

bagi pengurusan risiko yang wajar

menerusi Sistem Premium Berbeza,

polisi dan peraturan-peraturan

serta rangka kerja penilaian dan

pemantauan risiko yang kukuh. Kami mengamalkan kecemerlangan

operasi dengan memenuhi peranan kami

sebagai penginsurans yang efektif dan

proaktif.

Ini termasuk menyediakan infrastruktur

operasi yang efektif dan efisien, serta

memperoleh dan mengekalkan tenaga

kerja yang sesuai dengan kemahiran dan

pengalaman yang diperlukan, disokong

oleh persekitaran kerja yang kondusif.

Kecemerlangan Operasi

Tadbir Urus yang Mantap

Keyakinan Awam terhadap Sistem Kewangan

Pemegang Kepentingan

Pemegang Kepentingan yang Terdidik dan BermaklumatPemegang kepentingan yang bermaklumat adalah penting kepada keberkesanan sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans. Kami akan memantapkan komunikasi dengan semua pemegang kepentingan, bagi mendidik mereka menerusi kempen kesedaran awam menyeluruh dan program pendidikan serta mengambil kira maklum balas pemegang kepentingan dalam pembangunan Peraturan-Peraturan dan garis Panduan.

Perkongsian EfektifBerdasarkan model urusan kami, perkongsian efektif adalah penting bagi memenuhi mandat kami. Kami akan terus bekerjasama rapat dengan rakan kongsi strategik termasuk Bank negara Malaysia, badan pengawal selia lain, penginsurans deposit lain dan penyedia perkhidmatan utama. Kami juga terus mengekalkan hubungan kerjasama yang baik dengan institusi ahli kami.

Tadbir Urus dan Proses Dalaman

Organisasi yang Ditadbir dan Diurus dengan BaikKami perlu menunjukkan bahawa kami ditadbir dan diurus dengan baik menerusi tata laku urusan dan amalan tadbir urus yang mantap, serta mengguna pakai rangka kerja pengurusan risiko organisasi dan kawalan dalaman yang efektif.

Penilaian dan Pemantauan Risiko serta Keupayaan Resolusi yang KukuhDalam memastikan kami memenuhi mandat dan kesediaan kekal sebagai aspek utama Perbadanan, kami akan terus mengekalkan keupayaan penilaian dan pemantauan risiko yang kukuh, serta membangunkan kapasiti dan keupayaan bagi mengendalikan dengan efektif aktiviti intervensi dan resolusi kegagalan.

Amalan Urusan dan Kewangan yang MantapBagi mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans dengan efektif, kami akan memastikan polisi, proses, prosedur dan infrastruktur yang kukuh kekal relevan dan terkini. Amalan mantap yang mentadbir dan mengurus operasi kami akan didasarkan kepada amalan terbaik domestik dan antarabangsa yang relevan. Kami juga akan terus membangunkan keupayaan dan kapasiti bagi memastikan kami dapat memenuhi peranan dan tanggungjawab kami.

Pembelajaran dan Pembangunan

Tenaga Kerja yang Cekap dan Berpengetahuan Kakitangan kami merupakan aset terpenting. Kami menyediakan pakej penggajian dan program yang kompetitif bagi memperoleh dan mengekalkan kakitangan dengan kepakaran, pengalaman dan tingkah laku yang sesuai. Kami komited terhadap menyediakan peluang pembelajaran dan pembangunan secara berterusan kepada kakitangan kami bagi mencapai potensi penuh mereka.

Persekitaran Korporat yang KondusifKami memupuk budaya dan persekitaran korporat yang kondusif dengan menerapkan nilai korporat kami serta menggalakkan persekitaran kerja yang selamat, sihat, bebas daripada gangguan dan keseimbangan kerja dan kehidupan.

Page 6: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 38

Peta StrategiPeta strategi kami menggambarkan hubungan antara mandat, teras strategik dan objektif korporat kami dalam tiga perspektif tersebut.

Pem

bel

ajar

an d

anP

emb

ang

unan

Tad

bir

Uru

s d

anP

rose

s D

alam

anP

emeg

ang

Kep

enti

ngan

Tera

s S

trat

egik

Man

dat

Dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan

Mentadbirsistem insurans

deposit dan sistemperlindungan

manfaat takafuldan insurans

Menyediakan perlindungan terhadapkehilangan sebahagian atau kesemua

deposit dan menyediakan perlindunganterhadap kehilangan sebahagian atau

kesemua manfaat takaful atau insurans

Menyediakaninsentif bagi

pengurusan risikowajar dalam

sistemkewangan

Menggalakatau menyumbangkepada kestabilan

sistemkewangan

Prestasi Berbanding Dengan Rancangan Korporat Tahun Sebelumnya

Kecemerlangan operasi

Pemegangkepentingan yang terdidik

dan bermaklumat

Organisasi yang ditadbirdan diurus dengan baik

Penilaian danpemantauan risiko serta

keupayaan resolusiyang kukuh

Amalan urusan dankewangan yang mantap

Persekitaran korporatyang kondusif

Tenaga kerjayang cekap danberpengetahuan

Perkongsian efektif

Tadbir urus yang mantapKeyakinan awam

terhadapsistem kewangan

Page 7: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 310

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 311

PRESTASI BERBAnDIng DEngAn RAncAngAn KORPORAT TAHun SEBELuMnyA Sorotan Pencapaian Kami Bagi Rancangan Korporat 2010 - 2012 Fokus utama kami bagi Rancangan Korporat 2010 - 2012 adalah untuk meneruskan usaha kami dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai insurans deposit dan pemahaman mengenai PIDM, memastikan keberkesanan operasi dan kesediaan dalam mengendalikan aktiviti intervensi dan resolusi kegagalan institusi ahli serta mengukuhkan aktiviti penilaian dan pemantauan risiko. Kami juga terus memantapkan amalan tadbir urus kami dan memulakan inisiatif bagi membangunkan tenaga kerja dalam kecekapan teras.

Prestasi PIDM diringkaskan dalam Kad Skor Korporat 2010 di halaman 12 hingga 14. Kad Skor tersebut menunjukkan kejayaan kami dalam menyempurnakan inisiatif utama mengikut rancangan dengan lapan inisiatif sedang berjalan lancar, dan inisiatif tersebut dijelaskan dengan lebih lanjut di halaman 14. Dalam tahun 2010, kami menjalankan pembangunan dan pelaksanaan skim pampasan insurans. Kami juga membangunkan dan mengesyorkan Akta baharu bagi menggantikan Akta PIDM yang sedia ada. Kedua-dua inisiatif utama ini tidak dirancang dan bukan merupakan sebahagian daripada inisiatif Rancangan Korporat kami bagi tahun 2010. Dengan inisiatif tambahan ini, kami perlu menangguhkan lapan inisiatif korporat seperti berikut:

• Membangunkan dan melaksanakan garis panduan / peraturan-peraturan faedah dan dividen boleh dibayar bagi institusi ahli;

• Mengkaji selidik keperluan prinsip teras bagi amalan urusan dan kewangan yang mantap bagi institusi ahli; • Program pematuhan bagi institusi ahli untuk mematuhi Akta dan peraturan-peraturan PIDM; • Menubuhkan Syarikat Pengurusan Aset;• Membangunkan dan melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia;• Membangunkan dan melaksanakan rangka kerja Pengurusan Pengetahuan; • Membangunkan sistem pengurusan maklumat eksekutif; dan• Tinjauan kepuasan kerja kakitangan.

Semua inisiatif tersebut disempurnakan mengikut rancangan kewangan yang diluluskan.

Sorotan pencapaian utama kami pada 2010:

Tad

bir

Uru

s d

an

Pro

ses

Da

lam

an

• Kami terus mengekalkan rejim kebertanggungjawaban yang kukuh dan hubungan kerja yang efektif dengan Lembaga Pengarah kami. Kami mengadakan dua sesi Pendidikan Lembaga Pengarah mengenai “Demonstrasi Sistem Pembayaran Balik Deposit yang Efektif” dan “Rangka Kerja Dana Sasaran” serta terus melaksanakan pelan pengurusan penggantian ahli Lembaga Pengarah.

• Kami membangunkan beberapa Polisi Pengurusan Risiko Organisasi bagi Lembaga Pengarah, iaitu Polisi Risiko Kuasa Insurans, Polisi Risiko Pasaran dan Polisi Risiko Kecairan.

• Kami menyokong Program Pendidikan Pengarah Institusi Kewangan dan penubuhan sebuah syarikat yang dihadkan oleh jaminan bagi Alumni Program ini serta pemindahan pelaksanaan Program ini ke Pusat Tadbir urus dan Kepimpinan IcLIF.

• Kami terus mengekalkan proses dan sistem penilaian dan pemantauan risiko yang mantap bagi memantau institusi ahli kami dengan efektif. Kami menerbitkan Kertas Perundingan Sistem Premium Berbeza yang diperkukuhkan kepada institusi ahli dan membangunkan rangka kerja dan peraturan-peraturan Sistem Premium Berbeza yang diperkukuhkan itu.

• Kami terus memantapkan kesediaan kami dengan menjalankan dua latihan korporat bagi kakitangan mengenai Rangka Kerja Intervensi dan Resolusi Kegagalan, Pelan Kontingensi, dua aspek resolusi, iaitu Bantuan Kewangan dan Pengambilalihan Kawalan serta latihan simulasi pertama bagi Intervensi dan Resolusi Kegagalan. Kami juga meneruskan pembangunan polisi, proses dan prosedur Intervensi dan Resolusi Kegagalan yang terperinci bagi menyokong aktiviti intervensi dan resolusi kegagalan.

• Kami menyempurnakan kebanyakan inisiatif dan aktiviti strategik dan operasi seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Teknologi Maklumat 2010 kami. Inisiatif-inisiatif strategik tersebut termasuk:

- melaksanakan Portal Enterpris Korporat;

- mempertingkatkan Sistem Pengurusan Maklumat Liabiliti Pendeposit dan Sistem Pengurusan Sokongan Pendeposit; dan

- membangunkan Fasa 1 Sistem Amaran Awal.

• Kami memindahkan pejabat kami ke bangunan Quill 7, Kuala Lumpur Sentral bagi menampung jumlah kakitangan yang semakin bertambah.

Pe

mb

ela

jara

n d

an

Pe

mb

an

gu

na

n • Kami terus menerapkan tenaga kerja kami menerusi analisis keperluan Pembelajaran dan Pembangunan yang menyeluruh.

• Kami terus melaksanakan model kecekapan dan perancangan pengurusan penggantian berdasarkan rangka kerja yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah bagi jawatan utama.

• Kami melantik tenaga kerja tambahan bagi melaksanakan pelan pengurusan penggantian serta menyediakan sumber dan kemahiran tambahan yang disasarkan bagi mencapai mandat kami yang telah diperluaskan.

• Kami terus menerapkan nilai korporat kami menerusi aktiviti-aktiviti yang melibatkan kakitangan termasuk mengendalikan kursus Pensijilan Bantuan Kecemasan cPR, taklimat dan pemberian vaksin H1n1, sesi pembangunan kerja berpasukan bagi kakitangan, program bagi pegawai pengurusan tinggi di luar pejabat, taklimat ulangan mengenai program sokongan Keseimbangan Kerja dan Kehidupan, taklimat Kod Konflik Kepentingan dan Kod Tata Laku urusan dan Etika kepada kakitangan serta Majlis Makan Malam Tahunan.

Pe

me

ga

ng

Ke

pe

nti

ng

an

• Kami membangunkan dan melaksanakan pakej peralihan daripada Jaminan Deposit Kerajaan termasuk mengkaji semula had dan skop perlindungan insurans deposit. Akta PIDM baharu mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2010.

• Kami melancarkan secara rasmi Projek PIDM MoneySmart, program pendidikan bagi pelajar sekolah menengah dan penuntut institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan kami untuk meningkatkan lagi pemahaman orang awam mengenai insurans deposit.

• Kami terus menunjukkan komitmen ke arah tanggungjawab sosial korporat dengan melaksanakan Program Biasiswa pelbagai tahun, dan pada tahun ini, kami menganugerahkan biasiswa kepada lima individu yang layak buat pertama kali.

• Kami membangunkan Peraturan-Peraturan Peruntukan Maklumat Insurans Deposit 2011.

• Kami terus melaksanakan inisiatif Rancangan Komunikasi Bersepadu, termasuk pengiklanan menerusi pelbagai saluran media seperti television, radio dan media cetak. Kami juga mendidik pemegang kepentingan kami menerusi pelbagai aktiviti seperti taklimat dan jerayawara.

• Bersempena dengan ulang tahun kelima PIDM, kami menerbitkan satu siri yang mengandungi lima advertorial dalam akhbar-akhbar harian utama berbahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa cina serta mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi pemegang kepentingan kami.

• Kami terus menyertai forum antarabangsa dengan menghadiri, menganjur dan menjadi tuan rumah bagi pelbagai acara. Kami juga menyertai dan mengadakan pelbagai sesi taklimat, seminar, forum dan persidangan di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa.

• Kami terus mengekalkan hubungan kerja yang baik dengan penginsurans deposit lain di seluruh dunia menerusi penglibatan kami dalam Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa serta menganjur dan menjadi tuan rumah untuk lawatan sambil belajar bagi penginsurans deposit lain.

• Kami menyertai mesyuarat tiga hala antara PIDM, Deposit Protection Agency (DPA) Thailand dan Lembaga Penjamin Simpanan Indonesia. Satu Memorandum Persefahaman antara tiga organisasi ini dimeterai yang mana memorandum ini disasarkan bagi menggalakkan kerjasama dan usahasama di kalangan tiga penginsurans deposit tersebut bagi tujuan membangunkan dan meningkatkan keberkesanan sistem masing-masing menerusi perkongsian pengetahuan.

Page 8: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 312

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 313

Imbasan Kad Skor Korporat 2010

AP Berjalan lancar seperti yang dijadualkan;

dan / atau dalam lingkungan bajetSasaran dicapai, inisiatif disempurnakan D

F Belum dimulakan / tarikh bermula pada masa hadapanInisiatif ditangguh disebabkan pengutamaan semula inisiatif tertentu

Objektif Korporat Petunjuk Prestasi Utama Sasaran 2010 Keputusan Unjuran*

Pem

egan

g Ke

pent

inga

n

A

Pemegang kepentingan

yang terdidik dan

bermaklumat

1. Indeks kesedaran awam (kesedaran umum mengenai insurans deposit) 35% P1

2. Interaksi dan responsif terhadap keperluan pemegang kepentingan yang lain Tahap responsif 100% A

3. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama: a. Mengkaji semula dan melaksanakan Rancangan Komunikasi Bersepadu

(termasuk memenuhi objektif Jaminan Deposit Kerajaan):

i. Melaksanakan program pengiklanan Disempurnakan A

ii. Melaksanakan program perhubungan awam Disempurnakan A

iii. Melaksanakan program interaksi dengan pemegang kepentingan Disempurnakan A

b. Melaksanakan program pendidikan Dilaksanakan A

c. Melaksanakan dan mengurus program biasiswa Dilaksanakan A

d. Membangunkan dan melaksanakan pakej peralihan daripada Jaminan Deposit Kerajaan termasuk mengkaji semula had dan skop perlindungan insurans deposit

Dibangunkan & dilaksanakan A

e. Membangunkan dan melaksanakan polisi dan prosedur mengenai peraturan-peraturan peruntukan maklumat insurans deposit

Dibangunkan A

BPerkongsian

efektif

4. Hubungan PIDM dengan:

a. Bank Negara Malaysia Kukuh A

b. Institusi ahli dan institusi kewangan lain yang dijamin Memuaskan A

c. Penyedia perkhidmatan Kukuh A

d. Penginsurans deposit lain Kukuh A

5. Menyertai forum antarabangsa Penyertaan aktif A

6. Rakan kongsi strategik:

a. Mewujudkan dan mengekalkan pangkalan rakan kongsi strategik utama Pangkalan diperkembangkan A

Tadb

ir U

rus

dan

Pros

es D

alam

an

CTadbir urus

yang mantap

7. Penilaian Lembaga Pengarah terhadap:

a. Amalan terbaik tadbir urus yang diguna pakai dan dipatuhi Tahap kepuasan tinggi A

b. Polisi dan amalan utama yang diguna pakai dan dipatuhi Tahap kepuasan tinggi A

c. Maklumat terkini dan relevan serta kualiti cadangan yang disyorkan oleh Pengurusan kepada Lembaga Pengarah bagi membuat keputusan yang bermaklumat dan memenuhi tanggungjawab

Tahap kepuasan tinggi A

8. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Polisi dan amalan Pengurusan Risiko Organisasi bagi Lembaga Pengarah Dibangunkan & dilaksanakan P2

b. Mengesyorkan pindaan kepada Akta PIDM dan undang-undang berkaitanMengesyorkan pakej pindaan perundangan

A

c. Penglibatan dalam Program Pendidikan Pengarah Institusi Kewangan Penyertaan aktif A

Objektif Korporat Petunjuk Prestasi Utama Sasaran 2010 Keputusan Unjuran*

Tadb

ir U

rus

dan

Pros

es D

alam

an

D

Penilaian dan pemantauan risiko serta keupayaan

resolusi yang kukuh

9. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Mengkaji semula rangka kerja Sistem Premium Berbeza dan Jumlah Deposit Diinsuranskan termasuk proses pengesahan

Kajian semula & dipertingkatkan A

b. Mengkaji semula dan mempertingkatkan rangka kerja Penilaian dan Pemantauan Risiko menyeluruh

Kajian semula & dipertingkatkan P3

c. Membangunkan Sistem Amaran Awal Fasa 1 dibangunkan A

d. Membangunkan dan melaksanakan komponen rangka kerja Intervensi dan Resolusi Kegagalan Bank termasuk proses, polisi dan prosedur

Dibangunkan P4

e. Membangunkan dan melaksanakan polisi dan peraturan-peraturan bagi institusi ahli:

i. Garis panduan / peraturan-peraturan faedah dan dividen boleh dibayar Dibangunkan & dilaksanakan D

ii. Surcaj premium Dibangunkan & dilaksanakan P5

iii. Mengkaji selidik keperluan prinsip-prinsip teras bagi amalan urusan dan kewangan yang mantap bagi institusi ahli

Dikaji selidik D

f. Membangunkan dan melaksanakan sistem, polisi dan prosedur Pembayaran Balik Deposit:

i. Fasa 1: Membangunkan Sistem Pengurusan Maklumat Liabiliti Pendeposit dan Sistem Pengurusan Sokongan Pendeposit

Simulasi & dipertingkatkan A

ii. Fasa 2: Membangunkan Sistem Pengurusan Pembayaran Balik Deposit dan Sistem Pendaftaran Produk

Dibangunkan & dilaksanakan P6

iii. Fasa 3: Membangunkan Pangkalan Data Deposit Dinamik - F

g. Program pematuhan bagi institusi ahli untuk mematuhi Akta dan peraturan-peraturan PIDM

Dibangunkan D

h. Menubuhkan Syarikat Pengurusan Aset Dibangunkan D

E

Amalan urusan dan kewangan

yang mantap

10. Perbezaan perbelanjaan sebenar berbanding dengan bajet yang diluluskan ±10% perbezaan A7

11. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama: a. Membangunkan dan melaksanakan rangka kerja pembiayaan:

i. Fasa 1: Pinjaman Kerajaan Fasa 1 disempurnakan

& Fasa 2 dibangunkan

P8

ii. Fasa 2: Pembiayaan daripada pasaran modal

b. Membangunkan dan melaksanakan rangka kerja bagi:

i. Dana Sasaran dan Peruntukan Dibangunkan & dilaksanakan A

12. Pematuhan kawalan dalaman Kukuh A

13. Tinjauan dalaman bagi menilai kepuasan dengan tahap perkhidmatan antara Bahagian

75% A

14. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Melaksanakan inisiatif Pelan Strategik Teknologi Maklumat tahunan Disempurnakan P9

b. Membangunkan dan melaksanakan Pelan Kesinambungan Urusan dan Pemulihan Bencana:

i. Pelan Kesinambungan Urusan Diuji & dipertingkatkan A

ii. Pelan Pemulihan Bencana dan infrastruktur Dibangunkan & dilaksanakan P10

*Keputusan unjuran setakat pada Disember 2010*Keputusan unjuran setakat pada Disember 2010

Page 9: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 314

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 315

*Keputusan unjuran setakat pada Disember 2010

1 Keputusan tinjauan pengguna akan dilaporkan dalam Laporan Tahunan 2010.

2 Pembangunan Polisi Pengurusan Risiko Organisasi bagi Lembaga Pengarah berjalan lancar mengikut jadual. Kami akan meneruskan pembangunan Polisi Pengurusan Risiko Organisasi Lembaga Pengarah pada 2011.

3 Memandangkan perkembangan pengawalseliaan dalam industri perbankan, kami sedang mengkaji semula nisbah-nisbah yang digunakan bagi penilaian risiko. Justeru, peningkatan yang diperlukan bagi Sistem Penilaian Risiko telah ditangguhkan ke 2011.

4 Projek pembangunan polisi dan prosedur bagi rangka kerja Intervensi dan Resolusi Kegagalan Bank bagi tempoh tiga tahun berjalan lancar mengikut jadual. Setakat ini, kami telah menyempurnakan dokumentasi bagi tujuh daripada 13 bahagian yang dikenal pasti.

5 Rangka kerja draf surcaj premium akan diusulkan bagi kelulusan Lembaga Pengarah pada 2011.

6 Pembangunan Sistem Pengurusan Pembayaran Balik Deposit dan Sistem Pendaftaran Produk sedang berjalan lancar. Kedua-dua sistem itu akan dilaksanakan pada 2011.

7 Kami mencapai perbezaan positif bagi kedua-dua perbelanjaan operasi dan modal.

8 Draf perjanjian pendanaan dengan Kerajaan telah disempurnakan dan diusulkan bagi pertimbangan Perbendaharaan. Kami telah memulakan pembangunan Fasa 2 rangka kerja pembiayaan yang dijangka akan disempurnakan pada 2011.

9 Kami telah menyempurnakan kebanyakan inisiatif strategik dan operasi seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Teknologi Maklumat PIDM kecuali bagi inisiatif korporat berikut yang telah ditangguhkan berikutan daripada perkembangan terkini dalam persekitaran operasi:

• Membangunkan dan melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia; dan • Membangunkan sistem pengurusan maklumat eksekutif.

10 Kami sedang melaksanakan Pelan Pemulihan Bencana dan infrastruktur. Pelaksanaan akan dijalankan pada pertengahan 2011.

11 Draf Manual Komunikasi Krisis akan disempurnakan pada 2011.

Objektif Korporat Petunjuk Prestasi Utama Sasaran 2010 Keputusan Unjuran*

Tadb

ir U

rus

dan

Pros

es D

alam

an

EAmalan urusan dan kewangan yang mantap

c. Membangunkan Manual Komunikasi Krisis Disempurnakan A11

d. Membangunkan dan melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia

Fasa 2 dilaksanakan & Fasa 3

dibangunkanD

e. Membangunkan dan melaksanakan rangka kerja dan sistem Pengurusan Pengetahuan:

i. Fasa 1: Membangunkan dan melaksanakan rangka kerja Pengurusan Pengetahuan

Dibangunkan & dilaksanakan D

ii. Fasa 2: Membangunkan dan melaksanakan polisi, proses dan infrastruktur Pengurusan Pengetahuan

- F

f. Melaksanakan Portal Enterpris KorporatFasa 2

dibangunkan & dilaksanakan

A

g. Membangunkan sistem pengurusan maklumat eksekutif Dibangunkan D

h. Memperoleh infrastruktur tambahan (ruang pejabat, sistem Teknologi Maklumat, proses-proses dan keperluan organisasi lain)

Diperoleh A

Pem

bela

jara

n da

n Pe

mba

ngun

an

FTenaga kerja

yang cekap dan berpengetahuan

15. Pelaksanaan pelan pembelajaran dan pembangunan tahunan 80% pelan diselesaikan A

16. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Terus melaksanakan perancangan pengurusan penggantian berdasarkan rangka kerja yang diluluskan Lembaga Pengarah yang disepadukan dengan model kecekapan

Dilaksanakan A

GPersekitaran korporat yang

kondusif

17. Indeks kepuasan kerja kakitangan 75% D

18. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Melaksanakan program berkaitan kakitangan untuk menggalakkan persekitaran korporat yang kondusif

Disempurnakan A

Prestasi Kewangan Lepas – Tahun 2010A. Keputusan Operasi

2010 2010 Unjuran* Bajet Perbezaan

Pendapatan RM’000 RM’000 RM’000 (%)

Premium 105,687 122,000 (16,313) (13)Pelaburan 9,000 8,000 1,000 13

Jumlah Pendapatan 114,687 130,000 (15,313) (12)

Perbelanjaan Operasi

gaji dan Manfaat 28,765 29,340 575 2 Am dan Pentadbiran 23,575 27,650 4,075 15Komunikasi 6,555 8,010 1,455 18

Jumlah Perbelanjaan Operasi 58,895 65,000 6,105 9

Lebihan Bersih 55,792 65,000 (9,208) (14)

B. Perbelanjaan Modal 2010 2010 Unjuran* Bajet Perbezaan

Perbelanjaan Modal RM’000 RM’000 RM’000 (%)

Perabot, Kelengkapan dan ubah Suai Pejabat 10,500 10,500** - -Sistem Komputer dan Peralatan Pejabat 3,100 4,600 1,500 33

Jumlah Perbelanjaan Modal 13,600 15,100 1,500 10

* Unjuran 2010 = Sebenar (Jan-Okt 2010) + Unjuran (Nov-Dis 2010)** Bajet disemak semula seperti yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah bagi pengubahsuaian pejabat dan perpindahan ke pejabat

baharu di bangunan Quill 7, KL Sentral.

Page 10: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 316

C. Ulasan Prestasi Kewangan 2010

Keputusan Operasi

Kami mengunjurkan lebihan bersih kira-kira RM55.8 juta berbanding RM65 juta seperti yang dibajetkan dalam Rancangan Korporat kami. Jangkaan lebihan rendah sebanyak RM9.2 juta ini disebabkan terutamanya oleh premium lebih rendah yang diterima pada tahun 2010 berbanding bajet.

Pendapatan

• Jumlah premium yang diterima pada tahun ini ialah sebanyak RM105.7 juta atau 13% lebih rendah berbanding bajet sebanyak RM122 juta. Ini disebabkan terutamanya peningkatan secara keseluruhan dalam penarafan Sistem Premium Berbeza bagi institusi ahli.

• Pendapatan pelaburan adalah lebih tinggi berbanding bajet disebabkan oleh pulangan purata sebenar yang lebih tinggi berbanding pulangan yang dibajetkan.

Perbelanjaan Operasi

• Jumlah perbelanjaan operasi sehingga 31 Disember 2010 diunjurkan sebanyak RM58.9 juta, iaitu RM6.1 juta atau 9% lebih rendah berbanding bajet.

• Perbezaan positif sebanyak RM4.1 juta atau 15% bagi kos Am dan Pentadbiran adalah disebabkan terutamanya fi profesional dan perundingan yang lebih rendah, khususnya, perbelanjaan lebih rendah bagi pelantikan pakar runding bagi pembangunan proses, polisi dan prosedur Intervensi dan Resolusi Kegagalan serta fi penasihat guaman yang lebih rendah.

• Bagi Komunikasi, kami mengunjurkan jumlah kos sebanyak RM6.6 juta iaitu RM1.5 juta atau 18% lebih rendah berbanding bajet sebanyak RM8 juta. Keseluruhan perbezaan yang memuaskan adalah disebabkan penyusunan semula keutamaan inisiatif pengiklanan.

• Sepanjang tahun 2010, kami menanggung perbelanjaan sebanyak RM0.5 juta bagi pembangunan dan persediaan bagi mentadbir sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans.

Perbelanjaan Modal

• Perbelanjaan modal kami dijangka mencecah sebanyak RM13.6 juta atau 10% lebih rendah berbanding bajet. Perbezaan positif ini disebabkan terutamanya penyusunan semula keutamaan beberapa inisiatif pelaksanaan sistem sokongan urusan teknologi maklumat dan penjadualan semula inisiatif tertentu disebabkan keutamaan berkaitan perpindahan pejabat dan mandat yang diperluaskan.

Secara ringkasnya, kami mencapai perbezaan positif dalam perbelanjaan operasi dan modal kami kerana kami mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemat dan kawalan dalaman yang kukuh. Sepanjang tahun 2010, kami melaksanakan inisiatif-inisiatif utama yang dirancang seperti yang digariskan dalam Rancangan Korporat kami dan menjalankan pembangunan dan pelaksanaan skim pampasan insurans. Kami juga membangunkan dan mengesyorkan Akta baharu bagi menggantikan Akta PIDM yang sedia ada. Kedua-dua inisiatif utama tersebut tidak dirancang dan bukan sebahagian daripada Rancangan Korporat kami. Semua inisiatif tersebut disempurnakan mengikut rancangan kewangan yang diluluskan.

Rancangan Tiga Tahun Kami 2011 - 2013

Page 11: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 318

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 319

Persekitaran Operasi

Kami menekankan kepentingan keyakinan awam terhadap kestabilan sistem kewangan negara dan yakin bahawa rangka kerja jaringan keselamatan memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan tersebut. Sebagai sebahagian penting daripada jaringan keselamatan tersebut, kami perlu mengikuti perkembangan terkini isu-isu dan risiko yang boleh menjejaskan kestabilan institusi ahli PIDM. Kami menilai secara berterusan isu-isu berkaitan dengan ekonomi, persekitaran operasi institusi ahli kami dan hal ehwal antarabangsa yang relevan. Kami mengkaji persekitaran operasi dengan menilai kedua-dua aliran dan perkembangan peringkat global dan tempatan serta menjalankan analisis terhadap kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kami. Dalam organisasi, kami

terus mengguna pakai rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi bagi mengenal pasti dan menilai risiko-risiko yang boleh memberi kesan kepada Perbadanan.

Meskipun keadaan tidak menentu berikutan krisis hutang di beberapa buah ekonomi negara, keadaan ekonomi serantau Asia dijangka kekal utuh dan terus mengekalkan pertumbuhan pesat, disokong oleh permintaan kukuh dalam dan luar negara. Sehubungan itu, keseluruhan sistem kewangan tempatan kekal berdaya tahan dan kami tidak menjangkakan kegagalan akan berlaku di kalangan institusi ahli kami sepanjang tempoh perancangan.

Pakej Perlindungan Konsumer Kewangan yang Diperkukuhkan

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan untuk meningkatkan perlindungan konsumer kewangan dan menggalakkan lagi keyakinan awam terhadap sistem kewangan, Kementerian Kewangan pada 11 Mei 2010, mengumumkan Pakej Perlindungan Konsumer Kewangan yang Diperkukuhkan yang termasuk:

• peningkatan had perlindungan insurans deposit kepada RM250,000;

• Peraturan-Peraturan Peruntukan Maklumat Insurans Deposit baharu; dan

• peranan Perbadanan yang diperluaskan bagi menubuhkan dan mentadbir skim pampasan insurans bagi melindungi pemilik polisi insurans dan sijil takaful.

Pakej tersebut juga merangkumi kuasa tambahan bagi menyediakan instrumen menyeluruh kepada Perbadanan untuk mengurus institusi ahli yang bermasalah. Salah satu daripada objektif pakej tersebut adalah untuk memastikan pemilik polisi insurans dan sijil takaful menikmati tahap perlindungan pengguna yang sama seperti yang disediakan oleh PIDM bagi pendeposit di bank perdagangan dan bank Islam.

Berikutan pengumuman itu, PIDM membangunkan Akta baharu yang mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2010, bagi menggantikan Akta PIDM 2005.

Di bawah perundangan baharu ini, PIDM diberi mandat untuk mentadbir sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans yang menyeluruh yang menyediakan perlindungan kepada pemilik polisi insurans dan sijil takaful dari segi kewangan sekiranya berlaku kegagalan sesebuah syarikat insurans atau pengendali takaful. PIDM telah melaksanakan peraturan-peraturan yang menetapkan had dan skop perlindungan berkaitan dengan manfaat yang dilindungi. PIDM juga melaksanakan peraturan baharu yang meningkatkan had insurans deposit daripada RM60,000 kepada RM250,000 berkuat kuasa pada 31 Disember 2010.

Mandat yang diperluaskan untuk melindungi pemilik polisi insurans dan sijil takaful bermakna kami sekarang perlu memantau lebih banyak institusi ahli. Kami akan menilai dan memantau secara berterusan risiko yang memberi kesan kepada institusi ahli kami yang semakin bertambah dan terus menggalakkan amalan pengurusan risiko yang mantap, termasuk penyelenggaraan penampan modal yang kukuh.

ulasan Pengurusan Risiko Organisasi

Kami mengendalikan penilaian tahunan Pengurusan Risiko Organisasi bagi mengenal pasti dan menilai risiko-risiko utama yang memberi kesan kepada Perbadanan dan membangunkan pelan tindakan dan inisiatif bagi menangani risiko tersebut. Aktiviti-aktiviti berikut telah dikendalikan dalam mencapai penilaian tahunan Pengurusan Risiko Organisasi:

RAncAngAn TIgA TAHun KAMI 2011 - 2013

Sebagai amalan terbaik, keputusan penilaian tahunan Pengurusan Risiko Organisasi telah disepadukan sebagai sebahagian daripada proses pengurusan strategik Perbadanan. Proses simbiotik ini membolehkan PIDM mengguna pakai suatu pendekatan berasaskan risiko dalam Rancangan Korporatnya dengan keputusan proses Pengurusan Risiko Organisasi menyokong pengutamaan inisiatif Perbadanan.

Risiko-risiko utama boleh dikategorikan kepada empat bahagian: Risiko Strategik dan Tadbir urus; Risiko Insurans; Risiko Operasi; dan Risiko Reputasi. Inisiatif-inisiatif utama ini telah dicadangkan bagi menangani risiko-risiko utama yang dikenal pasti dan dijelaskan seperti berikut.

Risiko Strategik dan Tadbir UrusKami memulakan satu projek untuk menyusun semula keutamaan Petunjuk Prestasi utama mengikut keperluan operasi baharu dan mandat kami yang diperluas, dan menyepadukan Petunjuk tersebut ke dalam Rancangan Korporat bagi 2011 hingga 2013.

Risiko InsuransDengan operasi sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans disasarkan mulai dari suku pertama 2011, kami akan meneruskan perkongsian pengetahuan dengan pakar di dalam dan luar negara, serta industri takaful dan insurans dan pemegang kepentingan lain. Kami juga akan menanda aras prosedur, amalan dan perundangan berkaitan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans terhadap amalan terbaik antarabangsa, mengikut kesesuaian. Kami akan mengkaji semula, menguji, dan mengesyorkan pindaan kepada Akta PIDM setiap lima tahun.

PIDM telah memulakan projek pembangunan dan pelaksanaan Metodologi Penilaian dan Pemantauan Risiko, Rangka Kerja dan Sistem bagi sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, termasuk garis Panduan Jumlah Polisi Dilindungi dan Rangka Kerja Sistem Premium Berbeza.

PIDM juga memperluaskan inisiatif bagi projek Intervensi dan Resolusi Kegagalan bagi menggabungkan isu-isu takaful dan insurans ke dalam polisi dan prosedurnya. Selain itu, kami akan meneruskan latihan simulasi tahunan bagi Intervensi dan Resolusi Kegagalan serta Pembayaran Balik Deposit.

Risiko OperasiPIDM akan meneruskan pembangunan dan pelaksanaan Model Kecekapan dan rangka kerja Pengurusan Pengetahuan bagi mengenal pasti dan menarik minat tenaga kerja yang sesuai serta menyesuaikan kecekapan kakitangan kepada keperluan kerja.

Kami akan terus memperkukuh Polisi Klasifikasi Maklumat dan menambah baik Sistem Pengurusan Maklumat Korporat dengan melaksanakan Infrastruktur Keselamatan Maklumat Korporat yang termasuk enkripsi dan pengurusan akses maklumat.

PIDM juga komited dalam menilai keberkesanan dan kecekapan polisi, prosedur, proses dan amalan yang sedia ada bagi memastikan operasi kami didasarkan mengikut polisi dan prosedur yang mantap dalam mencapai objektif Perbadanan.

Risiko Reputasi Bagi risiko reputasi yang berbangkit daripada risiko-risiko lain seperti risiko operasi, PIDM akan meneruskan amalan tadbir urus dan sistem kawalan dalaman yang mantap bagi memastikan ketelusan dan tadbir urus korporat amalan terbaik. Dalam mengurus pendedahan risiko reputasi luar, PIDM akan meneruskan pelaksanaan Rancangan Komunikasi Bersepadu 5-tahun bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai PIDM, sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans bagi mencapai tahap kesedaran awam yang disasarkan.

Inisiatif dan pelan tindakan utama yang telah dibangunkan bagi menangani risiko-risiko penting terkandung di dalam Rancangan Korporat ini.

12 Sesi Perbincangan dengan Bahagian / Jabatan

Bengkel Kerja Pengurusan Risiko Organisasi:c) Pengenalpastian Risiko,

Penilaian Risiko Bahagian dan Korporat

Bengkel Kerja Pengurusan Risiko Organisasi:d) Pengutamaan Risiko dan

Pelan Tindakan

Analisis dan Penilaianhasil pengendalian

Bengkel Kerja

Risiko UtamaPIDM

Bengkel Kerja Pengurusan Risiko Organisasi:a) Analisis Persekitaran Luar

b) Andaian Perancangan Utama

Page 12: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 320

Andaian Perancangan utamaHala tuju strategik, strategi, pelan dan bajet sumber sokongan yang digariskan dalam Rancangan Korporat ini adalah berdasarkan andaian perancangan utama yang dinyatakan seperti berikut.

Hala Tuju Strategik

Tempoh beberapa tahun akan datang akan menjadi lebih mencabar bagi PIDM memandangkan mandat, peranan dan tanggungjawab kami yang telah diperluaskan. Selepas mengambil kira persekitaran operasi semasa dan risiko-risiko utama PIDM, hala tuju strategik dan objektif korporat kami kekal terkini dan relevan. Kami akan terus membina kesediaan Perbadanan dari segi keseluruhan kapasiti dan keupayaan ke arah kesediaan bagi intervensi dengan segera dan efektif dalam urusan institusi ahli yang bermasalah. Secara khususnya, kami akan menumpukan sumber bagi pelaksanaan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, termasuk meningkatkan kesedaran awam yang tertumpu kepada pendeposit dan pemilik polisi insurans dan sijil takaful.

Kami juga akan meneruskan usaha kami dalam menyempurnakan inisiatif bagi sistem insurans deposit. Selain itu, kami akan terus menambah baik kecekapan dan keberkesanan operasi kami dalam menyokong strategi tersebut bagi memastikan mandat serta visi dan misi kami dicapai.

Kad Skor Korporat 2011 - 2013

Inisiatif korporat, yang sebahagiannya merupakan projek jangka panjang, yang kami akan laksanakan bagi tempoh perancangan 2011 - 2013 dan sasaran masing-masing, digariskan dalam Kad Skor Korporat kami di halaman-halaman berikut. Kad Skor Korporat yang mengguna pakai pendekatan Kad Skor Berimbang, digunakan sebagai instrumen pengurusan prestasi untuk membantu kami dalam memantau dan mengukur prestasi kami berbanding sasaran sepanjang tempoh perancangan. Kad Skor Korporat menyokong pengurusan strategi kami dengan menyelaraskan objektif korporat, langkah-langkah prestasi dan inisiatif kami kepada strategi di semua peringkat. Rancangan kewangan yang menyokong rancangan dan inisiatif kami terdapat di halaman 23 hingga 24 Rancangan Korporat ini.

• Kami tidak menjangkakan sebarang aktiviti intervensi atau resolusi kegagalan sepanjang tempoh perancangan.

• Kami perlu membangunkan dan melaksanakan semua polisi, proses dan sistem utama, termasuk pendekatan intervensi dan resolusi kegagalan yang sesuai bagi sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans.

Pemegang Kepentingan

• Kami akan terus mengekal dan membangunkan tenaga kerja yang sedia ada kerana tenaga kerja kritikal berkaitan dengan bidang kerja PIDM agak sukar didapati di pasaran.

Pembelajaran dan Pembangunan

• Pendapatan premium bagi 2011 dijangka meningkat susulan cadangan had insurans deposit baharu, skop perlindungan dan pertumbuhan dalam Jumlah Deposit Diinsuranskan. Sistem Premium Berbeza yang dikaji semula akan diguna pakai kepada bank-bank pada 2011.

• Premium kadar sama rata akan diguna pakai dalam penilaian premium terhadap syarikat insurans dan pengendali takaful bagi tahun 2011 hingga 2013.

• Model urusan kami akan terus bergantung kepada kumpulan teras kakitangan yang disokong oleh penyedia perkhidmatan utama, rakan kongsi dan hubungan kerja yang baik dengan pemegang kepentingan utama serta proses, sistem dan infrastruktur yang efektif.

• Purata pulangan pelaburan sebanyak 2.8% setahun diandaikan bagi portfolio pelaburan Islam dan konvensional.

Tadbir Urus dan Proses Dalaman

Objektif Korporat Petunjuk Prestasi Utama / Inisiatif KorporatSasaran

2011 2012 2013

Pem

egan

g K

epen

ting

an A

Pemegangkepentingan yang

terdidik danbermaklumat

1. Indeks kesedaran awam: a. Kesedaran umum mengenai PIDM

b. Kesedaran umum mengenai sistem insurans deposit c. Kesedaran umum mengenai sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans

35%30%10%

40%35%15%

45%40%20%

2. Interaksi dan responsif terhadap keperluan pemegang kepentingan Tahap responsif 100% Tahap responsif 100% Tahap responsif 100%

3. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:a. Mengkaji semula dan melaksanakan Rancangan Komunikasi Bersepadub. Program pendidikanc. Peraturan-Peraturan Peruntukan Maklumat Insurans Deposit 2011

DisempurnakanDilaksanakan dan kajian semula

Dilaksanakan

DisempurnakanDilaksanakan dan dipantau

-

DisempurnakanDilaksanakan dan kajian semula

-

B Perkongsian efektif

4. Hubungan PIDM dengan:a. Bank Negara Malaysiab. Institusi ahlic. Penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi utamad. Penginsurans deposit yang laine. Pemegang kepentingan yang lain

Kukuh Memuaskan

Kukuh Kukuh

Memuaskan

KukuhMemuaskan

KukuhKukuh

Memuaskan

KukuhMemuaskan

KukuhKukuh

Memuaskan

5. Menyertai forum antarabangsa Penyertaan aktif Penyertaan aktif Penyertaan aktif

Tad

bir

Uru

s d

an P

rose

s D

alam

an

C

Organisasiyang ditadbirdan diurus

dengan baik

6. Penilaian Lembaga Pengarah terhadap:

a. Amalan terbaik tadbir urus yang diguna pakai

b. Polisi dan amalan utama yang dipatuhi

c. Maklumat terkini dan relevan serta kualiti cadangan yang disyorkan oleh Pengurusan kepada Lembaga Pengarah bagi membuat keputusan yang bermaklumat dan memenuhi tanggungjawab

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

7. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:a. Polisi dan amalan Pengurusan Risiko Organisasi Lembaga Pengarah:

i. Risiko Strategik dan Tadbir Urus ii. Risiko Operasi iii. Risiko Intervensi dan Resolusi Kegagalan

b. Penglibatan dalam Program Pendidikan Pengarah Institusi Kewangan

Dibangunkan dan dilaksanakanDibangunkan dan dilaksanakan

DibangunkanPenyertaan aktif

Kajian semula dan dipertingkatkanKajian semula dan dipertingkatkan

Dibangunkan dan dilaksanakanPenyertaan aktif

Kajian semula dan dipertingkatkanKajian semula dan dipertingkatkanKajian semula dan dipertingkatkan

Penyertaan aktif

D

Penilaian danpemantauan risikoserta keupayaan

resolusi yang kukuh

8. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Rangka kerja Sistem Premium Berbeza, Jumlah Deposit Diinsuranskan dan Jumlah Polisi Dilindungi:

i. Mengkaji semula dan mempertingkatkan peraturan-peraturan dan perintah bagi Sistem Premium Berbeza dan rangka kerja Jumlah Deposit Diinsuranskan bagi sistem insurans deposit

ii. Membangunkan dan melaksanakan Sistem Premium Berbeza dan rangka kerja Penyata Jumlah Polisi Dilindungi bagi sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans:

a(ii)(1). Premium dinilai terhadap syarikat insurans

a(ii)(2). Garis panduan bagi Penyata Jumlah Polisi Dilindungi: Pengiraan Jumlah Polisi Dilindungi, Premium dan Penyediaan Penyata

a(ii)(3). Pengesahan pengawal selia terhadap Penyata Jumlah Polisi Dilindungi

a(ii)(4). Rangka Kerja Sistem Premium Berbeza

a(ii)(5). Garis panduan Sistem Premium Berbeza dan peraturan-peraturan

a(ii)(6). Pengesahan juruaudit luaran terhadap garis panduan Penyata Jumlah Polisi Dilindungi

b. Pengukuhan berterusan bagi Metodologi serta Rangka Kerja Penilaian dan Pemantauan Risiko:

i. Bank-bank

ii. Syarikat insurans dan pengendali takaful

b(ii)(1). Metodologi dan Rangka Kerja Penilaian Risiko

b(ii)(2). Sistem Penilaian Risiko Insurans

c. Membangunkan dan melaksanakan Sistem Amaran Awal bagi bank-bank

d. Komponen Rangka Kerja Intervensi dan Resolusi Kegagalan termasuk proses, polisi dan prosedur:

i(1). Membangunkan dan melaksanakan komponen terakhir bagi bank-bank

i(2). Membangunkan dan melaksanakan Sistem dan Model Kos Paling Minimum (Least Cost)

ii(1). Mengkaji pindaan yang diperlukan kepada polisi dan prosedur Intervensi dan Resolusi Kegagalan bagi syarikat insurans dan pengendali takaful

Dibangunkan dan dilaksanakan

Dilaksanakan

Dibangunkan dan dilaksanakan

Dibangunkan

Dikaji selidik dan dibangunkan

-

-

Kajian semula dan dilaksanakan

Dibangunkan dan dilaksanakan

Dikaji selidik

Dikaji selidik dan dibangunkan

Disempurnakan

Dikaji selidik

Dibangunkan

-

-

-

Dilaksanakan

Dibangunkan

Dirunding

Dikaji selidik dan dibangunkan

Dibangunkan dan kajian semula

Kajian semula dan dipertingkatkan

Dibangunkan

Dibangunkan dan disahkan

Kajian semula dan dipertingkatkan

Dibangunkan

Disempurnakan

Kajian semula dan dipertingkatkan

-

Kajian semula dan dipertingkatkan

-

Dilaksanakan

Dilaksanakan

Dilaksanakan

Kajian semula dan dilaksanakan

Kajian semula dan dipertingkatkan

Dibangunkan dan dilaksanakan

Dilaksanakan

Kajian semula dan dipertingkatkan

Dibangunkan dan dilaksanakan

Kajian semula dan dipertingkatkan

Kad Skor Korporat 2011 – 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 321

Page 13: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 323

Rancangan Kewangan 2011

A. Bajet Operasi 2011 2010 2010 Bajet*** Unjuran** Bajet*

Pendapatan RM’000 (%) RM’000 (%) RM’000 (%)

Premium 242,700 96 105,687 92 122,000 94Pelaburan 11,000 4 9,000 8 8,000 6

Jumlah Pendapatan 253,700 100 114,687 100 130,000 100

Perbelanjaan Operasi

gaji dan Manfaat 44,309 49 28,765 49 29,340 45Am dan Pentadbiran 35,436 40 23,575 40 27,650 43Komunikasi 9,755 11 6,555 11 8,010 12

Jumlah Perbelanjaan Operasi 89,500 100 58,895 100 65,000 100

Lebihan Bersih 164,200 55,792 65,000

B. Bajet Modal 2011 2010 2010 Bajet*** Unjuran** Bajet*

Perbelanjaan Modal RM’000 (%) RM’000 (%) RM’000 (%)

Perabot, Kelengkapan dan ubah Suai Pejabat 550 7 10,500 77 10,500 70Sistem Komputer dan Peralatan Pejabat 6,950 93 3,100 23 4,600 30

Jumlah Perbelanjaan Modal 7,500 100 13,600 100 15,100 100

* Hanya bagi sistem insurans deposit** Unjuran 2010 = Sebenar (Jan-Okt 2010) + Unjuran (Nov-Dis 2010), hanya bagi sistem insurans deposit*** Termasuk kedua-dua sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans

C. Ulasan Bajet Operasi dan Bajet Modal

Pendapatan

• Pendapatan premium yang dibajetkan bagi sistem insurans deposit pada 2011 adalah sebanyak RM160.8 juta, berdasarkan struktur kadar Sistem Premium Berbeza. Pada 2010, had dan skop perlindungan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM250,000. Memandangkan premium dinilai berdasarkan Jumlah Deposit Diinsuranskan di setiap bank ahli, jumlah premium dijangka meningkat.

• Bagi pentadbiran sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, kami membajetkan premium sebanyak RM81.9 juta daripada syarikat insurans dan pengendali takaful. Premium tersebut dikira berdasarkan kadar sama rata yang dikenakan ke atas Jumlah Polisi Dilindungi.

• Pendapatan pelaburan dibajetkan berdasarkan hasil pulangan pelaburan purata sebanyak 2.8%.

Perbelanjaan Operasi

• Kos gaji dan Manfaat termasuk kos ganjaran tahunan bagi 134 kakitangan yang dirancang bagi 2011 dan mengambil kira kos pelarasan pasaran yang sejajar dengan polisi penggajian dan manfaat kami yang diluluskan. Sumber-sumber telah dirancang bagi memastikan keberkesanan operasi serta rancangan pengurusan penggantian dan bagi mentadbir mandat PIDM yang telah diperluaskan.

• Sebahagian besar Kos Am dan Pentadbiran adalah berkaitan dengan kos pentadbiran operasi harian kami. Peningkatan dalam bajet adalah disebabkan kos penyelenggaraan premis pejabat baharu kami yang tinggi, terutamanya sewa pejabat, caj telekomunikasi dan utiliti. Kami juga telah merancang pemerolehan sumber yang perlu bagi menyokong semua inisiatif utama kami yang dikenal pasti bagi 2011.

• Kami akan meneruskan pelaksanaan Rancangan Komunikasi Bersepadu 5-tahun kami bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pemahaman mengenai PIDM termasuk pengenalan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans sebagai mandat baharu kami. Sehubungan itu, sejumlah sumber yang besar telah diperuntukkan bagi menyokong aktiviti-aktiviti tersebut terutama bagi kempen pengiklanan, aktiviti perhubungan awam, interaksi dan hubungan media serta program pendidikan.

Perbelanjaan Modal

• Perbelanjaan modal kami telah dirancang untuk menyokong inisiatif utama serta pengukuhan infrastruktur kami bagi memastikan keberkesanan operasi.

• Ini termasuk pengukuhan sistem Pembayaran Balik Deposit kami serta sistem Teknologi Maklumat operasi lain.

Metodologi Peruntukan Kos

• Kami akan memantau, mengenal pasti, mengambil kira dan memperuntukkan perbelanjaan operasi dan modal antara kedua-dua sistem perlindungan dan enam dana. Kami akan memperuntukkan semua kos langsung kepada dana-dana khusus dan kos tidak langsung kepada dana masing-masing mengikut perkadaran premium yang dinilai.

Rancangan kewangan kami telah dibangunkan untuk menyokong pencapaian inisiatif yang dirancang dan digariskan seperti berikut. Objektif Korporat Petunjuk Prestasi Utama / Inisiatif KorporatSasaran

2011 2012 2013

Tad

bir

Uru

s d

an P

rose

s D

alam

an

D

Penilaian danpemantauan risikoserta keupayaan

resolusi yang kukuh

e. Membangunkan dan melaksanakan polisi dividen dan peraturan-peraturan bagi bank-bank: i. Garis panduan / peraturan-peraturan faedah dan dividen boleh dibayarii. Surcaj premium iii. Mengkaji selidik piawaian amalan urusan dan kewangan mantap bagi bank ahli

f. Membangunkan dan melaksanakan polisi dan peraturan-peraturan bagi syarikat insurans dan pengendali takaful:i. Terma dan syarat keahlianii. Peraturan-Peraturan Peruntukan Maklumat bagi sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans

g. Menjalankan simulasi bagi:i. Pembayaran Balik Depositii. Intervensi dan Resolusi Kegagalan

h. Membangunkan dan melaksanakan sistem, polisi dan prosedur Pembayaran Balik Deposit: i. Fasa 2 – Menyepadukan Sistem Pengurusan Pembayaran Balik Depositii. Fasa 3 – Membangunkan Pangkalan Data Deposit Dinamik

i. Membangunkan program audit bagi memastikan integriti Data, Sistem dan Proses Pembayaran Balik Deposit j. Membangunkan dan melaksanakan sistem, polisi dan prosedur pengurusan tuntutan bagi syarikat insurans dan pengendali takaful:

i. Fasa 1a: Sistem Pendaftaran Produk ii. Fasa 1b: Sistem Pengurusan Tuntutaniii. Fasa 1c: Sistem Pengurusan Sokongan Pemegang Polisiiv. Fasa 2: Sistem Pengurusan Pembayaran

k. Program pematuhan institusi ahli

Dibangunkan dan dilaksanakan Dibangunkan dan dilaksanakan

Disempurnakan

DibangunkanDikaji selidik

DisempurnakanDisempurnakan

Dibangunkan-

Dibangunkan dan dilaksanakan

Dikaji selidikDikaji selidikDikaji selidik

-Dibangunkan

---

DilaksanakanDibangunkan

DisempurnakanDisempurnakan

Dilaksanakan-

Kajian semula dan dipertingkatkan

DibangunkanDibangunkanDibangunkanDikaji selidikDilaksanakan

---

-Dilaksanakan

DisempurnakanDisempurnakan

-Dikaji selidik

Kajian semula dan dipertingkatkan

DilaksanakanDilaksanakanDilaksanakanDibangunkan

Kajian semula dan dipertingkatkan

EAmalan urusan dan

kewangan yang mantap

9. Pelaporan menerusi:a. Laporan Tahunan b. Rancangan Korporat

DisempurnakanDisempurnakan

DisempurnakanDisempurnakan

DisempurnakanDisempurnakan

10. Perbezaan perbelanjaan sebenar berbanding bajet yang diluluskan ±10% perbezaan ±10% perbezaan ±10% perbezaan

11. Pematuhan Kawalan Dalaman Kukuh Kukuh Kukuh

12. Tahap kepuasan terhadap perkhidmatan antara Bahagian 75% 75% 75%

13. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:a. Sistem berkaitan perakaunan kewangan dan proses penaiktarafan dan peningkatan b. Membangunkan dan melaksanakan rangka kerja pembiayaan bagi Fasa 1 – Pinjaman Kerajaan, Fasa 2 – Pembiayaan daripada pasaran modalc. Melaksanakan rangka kerja Dana Sasaran bagi bank-bankd. Melaksanakan inisiatif Pelan Strategik Teknologi Maklumat tahunane. Pelan Kesinambungan Urusan f. Pelan Pemulihan Bencana dan infrastrukturg. Sistem Pengurusan Maklumat Korporat:

i. Fasa 2: Pengukuhan ii. Fasa 3: Komunikasi Portal Intranet

h. Infrastruktur Keselamatan Maklumat Korporat:i. Fasa 1(a): Keselamatan Maklumatii. Fasa 1(b): Pengurusan Identiti dan Tandatangan Digitaliii. Fasa 2: Akses Terpencil

i. Sistem Maklumat Eksekutif:i. Fasa 1: Kaji Selidikii. Fasa 2: Papan Pemuka Korporat

Dibangunkan dan dilaksanakanDisempurnakanDisempurnakanDisempurnakan

Kajian semula dan diujiKajian semula dan diuji

Dibangunkan dan dipertingkatkanDibangunkan dan dilaksanakan

DibangunkanDilaksanakan

-

--

Dilaksanakan--

DisempurnakanKajian semula dan diujiKajian semula dan diuji

--

Dilaksanakan-

Dibangunkan dan dilaksanakan

Dikaji selidik-

---

DisempurnakanKajian semula dan diujiKajian semula dan diuji

--

---

-Dibangunkan

Pem

bel

ajar

an d

an

Pem

ban

gun

an FTenaga kerja

yang cekap dan berpengetahuan

14. Membangunkan dan melaksanakan pelan pembelajaran dan pembangunan kakitangan tahunan Dibangunkan Dilaksanakan -

15. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:a. Meneruskan pelaksanaan model kecekapanb. Membangunkan dan melaksanakan rangka kerja dan sistem Pengurusan Pengetahuan:

i. Fasa 1: Rangka kerja Pengurusan Pengetahuanii. Fasa 2: Polisi dan proses Pengurusan Pengetahuan

Dilaksanakan

Dibangunkan dan dilaksanakan-

Kajian semula dan dipertingkatkan

Kajian semula dan dipertingkatkanDibangunkan

Kajian semula dan dipertingkatkan

-Dilaksanakan

GPersekitaran korporat

yang kondusif

16. Indeks kepuasan kerja kakitangan (tinjauan dijalankan dua tahun sekali) 75% - 75%

17. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:a. Melaksanakan program berkaitan kakitangan bagi menggalakkan persekitaran korporat yang kondusif Disempurnakan Disempurnakan Disempurnakan

Kad Skor Korporat 2011 – 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 322

Page 14: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 324

E. Penyata Aliran Tunai Pro Forma

2011 2010 2010 Bajet Unjuran* Bajet

RM’000 RM’000 RM’000ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI Penerimaan premium daripada institusi ahli 242,700 105,687 122,000 Penerimaan pendapatan pelaburan 8,800 7,503 6,400Pembayaran semasa beroperasi kepada penyedia perkhidmatan dan kakitangan (95,082) (62,793) (48,040)

Aliran tunai bersih daripada aktiviti operasi 156,418 50,397 80,360

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURAN Hasil daripada jualan sekuriti pelaburan 554,944 527,168 469,910Pembelian sekuriti pelaburan (712,771) (555,670) (543,640)Pembelian hartanah dan peralatan (7,500) (12,648) (6,500)

Aliran tunai bersih yang digunakan dalam aktiviti pelaburan (165,327) (41,150) (80,230) (Pengurangan) / kenaikan bersih dalam tunai dan kesetaraan tunai (8,909) 9,247 130Tunai dan kesetaraan tunai pada awal tahun 17,666 8,419 6,870

TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 8,757 17,666 7,000

* Unjuran 2010 = Sebenar (Jan-Okt 2010) + Unjuran (Nov-Dis 2010)

D. Lembaran Imbangan Pro Forma

2011 2010 2010 Bajet Unjuran* Bajet Jumlah Jumlah Jumlah

RM’000 RM’000 RM’000ASET Tunai dan kesetaraan tunai 8,757 17,666 7,000 Pelaburan 565,945 382,904 408,400Aset lain 3,135 4,588 16,000Hartanah dan peralatan 26,699 24,336 13,800

JUMLAH ASET 604,536 429,494 445,200

LIABILITI Akaun belum bayar 14,656 3,814 14,330

JUMLAH LIABILITI 14,656 3,814 14,330 KUMPULAN DANA INSURANS DEPOSITBaki awal 425,680 369,888 365,870Lebihan bagi tempoh laporan 112,128 55,792 65,000

537,808 425,680 430,870

KUMPULAN DANA PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANSBaki awal - - -Lebihan bagi tempoh laporan 52,072 - -

52,072 - -

JUMLAH KUMPULAN DANA 589,880 425,680 430,870

JUMLAH LIABILITI DAN KUMPULAN DANA 604,536 429,494 445,200

* Unjuran 2010 = Sebenar (Jan-Okt 2010) + Unjuran (Nov-Dis 2010)

Kesimpulan

Page 15: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 326

Halangan Pencapaian Rancangan Korporat

Pencapaian Rancangan ini akan mendatangkan cabaran dan tekanan terhadap semua sumber yang sedia ada kepada PIDM. namun demikian, terdapat banyak faktor yang memberikan kami keyakinan bahawa kami akan mencapai matlamat kami termasuklah tadbir urus dan perancangan yang mantap; peningkatan tenaga kerja; tenaga kerja yang cekap, berdedikasi dan berpengetahuan; latihan dan pembangunan berterusan; dan kerjasama dengan pemegang kepentingan dan penyedia perkhidmatan utama. Selain itu, kami telah menyediakan infrastruktur yang kukuh dan kami terus membina kapasiti dan keupayaan bagi memenuhi mandat kami.

Bagaimanapun, terdapat peristiwa tertentu yang boleh menghalang pencapaian Rancangan kami, seperti intervensi dalam sesebuah institusi ahli yang bermasalah atau kehilangan kakitangan penting. Peristiwa seumpama itu berkemungkinan memerlukan penyusunan semula keutamaan inisiatif yang telah dirancang dan penumpuan sumber kami kepada tugas yang dipertanggungjawabkan pada masa itu. Dengan

mengambil kira kemungkinan tersebut, kami telah membangunkan pelan tindakan bagi menangani risiko-risiko yang mungkin menghalang pencapaian Rancangan ini:

• Sekiranya aktiviti intervensi dan resolusi kegagalan diperlukan semasa tempoh perancangan, kami akan membuat penyusunan semula keutamaan inisiatif dan menyelaraskan semula sumber kami dan pada masa yang sama, meneruskan operasi fungsi-fungsi kritikal kami; dan

• Kami juga telah menyediakan rancangan pengurusan penggantian menyeluruh bagi jawatan-jawatan utama untuk memastikan impak daripada kehilangan kakitangan penting dapat dikurangkan.

Meskipun peristiwa-peristiwa seumpama itu adalah di luar kawalan kami, kami akan terus memantau persekitaran operasi bagi memastikan risiko-risiko yang boleh menghalang pencapaian Rancangan kami dapat diurus dan ditangani dengan berkesan.

Ringkasan

Sejak penubuhan PIDM pada bulan Ogos 2005, kami telah mencatatkan kemajuan ketara dalam membina asas yang kukuh untuk diiktiraf sebagai penginsurans deposit amalan terbaik. PIDM kini dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans. PIDM perlu mentadbir skim perlindungan baharu ini bagi menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dan menggalakkan keyakinan awam terhadap sistem kewangan. Ini akan memerlukan sejumlah besar inisiatif untuk disempurnakan pada 2011 dan kempen kesedaran awam kami perlu memberi tumpuan terhadap aspek pendidikan bukan sahaja bagi para pendeposit, tetapi juga kepada para pemilik polisi insurans dan sijil takaful.

Bagi tempoh perancangan 2011 – 2013, kami akan memperkukuh usaha dan sumber bagi meningkatkan tahap kesediaan kami dari segi kapasiti dan keupayaan keseluruhan untuk memenuhi mandat kami dengan efektif dan efisien. Bagi tujuan ini, kami akan menumpukan sumber kami pada pelaksanaan dan pentadbiran sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans di samping terus menyempurnakan inisiatif bagi sistem insurans deposit. Dalam memastikan kami ditadbir dan diurus dengan baik dalam semua aspek urusan, kami akan terus mempertingkatkan polisi, proses, prosedur dan infrastruktur kami, mengguna pakai dan menggalakkan amalan terbaik dalam tadbir urus dan pengurusan serta membangunkan tenaga kerja dalam kecekapan teras mereka.

KESIMPuLAnLampiran: Mengenai PIDM

Page 16: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 328

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 329

Mengenai Perbadanan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM). Peranan kami di bawah Akta PIDM adalah untuk mentadbir dan menyediakan perlindungan insurans deposit serta skim perlindungan bagi pemilik polisi insurans dan sijil takaful sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli.

Sebagai sebahagian penting daripada sistem jaringan keselamatan kewangan nasional, kami mempunyai kuasa yang luas bagi menggalak dan menyumbang kepada

kestabilan sistem kewangan, menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang mantap dalam sistem kewangan, melaksanakan intervensi dan mengurus institusi ahli bermasalah dan bertindak demi kepentingan pendeposit dan pemilik polisi insurans dan sijil takaful.

PIDM melapor kepada Parlimen menerusi Menteri Kewangan. Kami juga dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIc), terutamanya dalam konteks antarabangsa.

LAMPIRAn: MEngEnAI PIDM

Mandat KamiMandat PIDM digariskan dalam Akta PIDM dan matlamatnya adalah untuk: a) Mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans; b) Menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit dan menyediakan perlindungan

terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans;c) Menyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan; dand) Menggalak atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

Dalam mencapai mandat di bawah perenggan (b) dan (d), Perbadanan akan bertindak dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

Institusi Ahli Kami

Institusi ahli PIDM terdiri daripada:• bank perdagangan dan bank Islam, termasuk bank domestik dan luar negara yang diperbadankan dan beroperasi di

Malaysia, yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau Akta Bank Islam 1983; dan • syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Insurans 1996 atau Akta Takaful 1984. Pada 31 Disember 2010, institusi ahli PIDM adalah seperti berikut:

Bank Perdagangan (23)1. Affin Bank Berhad

2. Alliance Bank Malaysia Berhad

3. AmBank (M) Berhad

4. Bangkok Bank Berhad

5. Bank of America Malaysia Berhad

6. Bank of china (Malaysia) Berhad

7. Bank of Tokyo-Mitsubishi uFJ (Malaysia) Berhad

8. cIMB Bank Berhad

9. citibank Berhad*

10. Deutsche Bank (Malaysia) Berhad

11. EOn Bank Berhad

12. Hong Leong Bank Berhad

13. HSBc Bank Malaysia Berhad

14. J.P. Morgan chase Bank Berhad

15. Malayan Banking Berhad

16. OcBc Bank (Malaysia) Berhad

17. Public Bank Berhad

18. RHB Bank Berhad

19. Standard chartered Bank Malaysia Berhad

20. The Bank of nova Scotia Berhad

21. The Royal Bank of Scotland Berhad

22. united Overseas Bank (Malaysia) Berhad

23. Industrial and commercial Bank of china

(Malaysia) Berhad

*institusi ini menyediakan perkhidmatan perbankan Islam

Bank Islam (17)1. Affin Islamic Bank Berhad

2. Alliance Islamic Bank Berhad

3. Al-Rajhi Banking and Investment corporation (Malaysia)

Berhad

4. AmIslamic Bank Berhad

5. Asian Finance Bank Berhad

6. Bank Islam Malaysia Berhad

7. Bank Muamalat Malaysia Berhad

8. cIMB Islamic Bank Berhad

9. EOncAP Islamic Bank Berhad

10. Hong Leong Islamic Bank Berhad

11. HSBc Amanah Malaysia Berhad

12. Kuwait Finance House (M) Berhad

13. Maybank Islamic Berhad

14. OcBc Al-Amin Bank Berhad

15. Public Islamic Bank Berhad

16. RHB Islamic Bank Berhad

17. Standard chartered Saadiq Berhad

Syarikat Insurans (38)1. AcE Synergy Insurance Berhad2. Allianz general Insurance company

(Malaysia) Berhad3. Allianz Life Insurance Malaysia Berhad4. American International Assurance Bhd.5. Amg Insurance Berhad6. AmLife Insurance Berhad7. AXA Affin general Insurance Berhad8. AXA Affin Life Insurance Berhad9. Berjaya Sompo Insurance Berhad10. BH Insurance (M) Bhd.**11. chartis Malaysia Insurance Berhad12. cIMB Aviva Assurance Berhad13. Etiqa Insurance Berhad14. great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad15. Hong Leong Assurance Berhad16. Ing Insurance Berhad17. Jerneh Insurance Berhad18. Kurnia Insurance (Malaysia) Berhad19. Lonpac Insurance Berhad20. Malaysian Assurance Alliance Berhad21. Manulife Insurance Berhad22. McIS Zurich Insurance Berhad23. MSIg Insurance (Malaysia) Bhd.24. MuI continental Insurance Berhad25. Multi-Purpose Insurans Berhad26. Oriental capital Assurance Berhad27. Overseas Assurance corporation (Malaysia) Berhad28. Pacific & Orient Insurance co. Berhad29. Progressive Insurance Berhad30. Prudential Assurance Malaysia Berhad31. QBE Insurance (Malaysia) Berhad32. RHB Insurance Berhad33. Tahan Insurance Malaysia Berhad***34. The Pacific Insurance Berhad35. Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad36. Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd.37. uni.Asia general Insurance Berhad38. uni.Asia Life Assurance Berhad

Berkuat kuasa pada 1 Januari 2011:

** institusi ini telah bergabung dengan AXA Affin General Insurance Berhad

*** institusi ini telah diambil alih oleh Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Berhad

Pengendali Takaful (9)1. cIMB Aviva Takaful Berhad2. Etiqa Takaful Berhad3. great Eastern Takaful Sdn. Bhd.4. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad5. HSBc Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.6. MAA Takaful Berhad7. Prudential BSn Takaful Berhad8. Syarikat Takaful Malaysia Berhad9. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Page 17: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 330

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 331

Lembaga Pengarah

PIDM ditadbir oleh tujuh orang ahli Lembaga Pengarah, dengan perwakilan seimbang daripada sektor awam dan swasta. Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal PIDM.

Pengerusi bukan eksekutif mengetuai Lembaga Pengarah manakala wakil-wakil lain termasuk dua ahli ex-officio, iaitu gabenor Bank negara Malaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, seorang pengarah daripada sektor awam dan tiga orang pengarah daripada sektor swasta dengan seorang daripadanya mempunyai pengalaman berkaitan sektor perbankan dan kewangan. Pengerusi dan semua ahli bukan ex-officio dilantik oleh Menteri Kewangan.

Datuk Dr. Abdul Samad bin Haji Alias

Ahli Lembaga Pengarah

Encik george Anthony David Dass

Ahli Lembaga Pengarah

Dato’ Halipah binti EsaAhli Lembaga Pengarah

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan AbdullahAhli Lembaga Pengarah

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Ahli Lembaga Pengarah

Tan Sri Dato’ Abdul Aziz bin Haji Taha

Pengerusi

Encik Lim Tian HuatAhli Lembaga Pengarah

Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif

Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif PIDM dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang bukan ahli Lembaga Pengarah. Jawatankuasa ini merupakan forum perbincangan isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan operasi harian PIDM. Ahli-ahlinya terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian yang juga bertanggungjawab menyokong Lembaga Pengarah dalam memenuhi tanggungjawab tadbir urusnya. Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif PIDM bertujuan untuk memudahkan komunikasi yang efektif, kerjasama berpasukan, keupayaan menyesuaikan diri kepada perubahan dan kerjasama efektif dalam semua bidang kerja PIDM, serta bertindak sebagai saluran maklumat kepada semua kakitangan.

Jean Pierre SabourinKetua Pegawai Eksekutif

Lim yam PohKaunsel Am dan

Setiausaha Korporat

Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi

Ketua Pegawai Kewangandan Pengurus Besar,

Kewangan dan Pentadbiran

Md Khairuddin bin Hj Arshad

Ketua Pegawai Operasi

S. LoganathanPengurus Besar, Komunikasi danHal Ehwal Awam

Lai Wai KeenPengurus Besar,

Polisi dan Antarabangsa

Lee yee MingKetua Pegawai Risikodan Pengurus Besar,

Pengurusan Risiko Organisasi

chua Ee LeenPengurus Kanan,

Perancangan Strategik

noorida BaharuddinKetua Audit Dalaman dan Pengurus Besar, Audit dan

Khidmat Perundingan

Lim Kong KuanPengurus Besar,Intervensi dan

Resolusi Kegagalan

Siti Zubaidah HaronPengurus Besar,Sumber Manusia

Rafiz Azuan AbdullahPengurus Besar,

Insurans, Penilaian dan Pemantauan Risiko

Page 18: RANCANGAN KORPORAT 2011 − 2013

Untuk maklumat lanjut mengenai PIDM

• Hubungi Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan kami di:

Talian Bebas Tol 1-800-88-1266

8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat

• Layari laman web kami di www.pidm.gov.my

• Emel kepada [email protected]

• Tulis kepada:

Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Aras 12, Quill 7,

No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,

Kuala Lumpur Sentral,

50470 Kuala Lumpur.

Telefon: 603-2173 7436

Faks: 603-2173 7527 / 2260 7432

Hubungi Kami

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 1 – 2 0 1 332