contoh laporan transisi

8
SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ULU 72100 BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. 2015 LAPORAN PROGRAM Nama program :PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 Tarikh : 05Januari –23 Januari 2015 Tempat : SekolahKebangsaan Serting Ulu, 72100 Batu Kikir, Negeri Sembilan Kumpulan Sasaran: Semua murid Tahun 1Gemilang, terdiri daripada 16 orang lelaki dan 16 orang perempuan. 31 berbangsa Melayu, 1 orang berbangsa Iban dan semuanya beragama Islam. 1.0 PENDAHULUAN Program Transisi Pra-sekolah ke tahun satu telah dilaksanakan bermula pada tahun 2001 diseluruh negara. Program ini dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal (pra-sekolah atau pendidikan di rumah ) kepada pendidikan secara formal ke Tahun Satu.Tahun 2015 merupakan tahun ke 15 semenjak Program Transisi dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Malaysia.Bagi merealisasikan hasrat Wawasan 2020 dan berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan dan mewujudkan satu generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

Upload: mamababah

Post on 23-Dec-2015

366 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

czxczx

TRANSCRIPT

Page 1: contoh laporan transisi

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ULU

72100 BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

2015

LAPORAN PROGRAM

Nama program :PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Tarikh : 05Januari –23 Januari 2015

Tempat : SekolahKebangsaan Serting Ulu, 72100 Batu Kikir, Negeri Sembilan

Kumpulan Sasaran: Semua murid Tahun 1Gemilang, terdiri daripada 16 orang lelaki

dan 16 orang perempuan. 31 berbangsa Melayu, 1 orang berbangsa Iban dan

semuanya beragama Islam.

1.0 PENDAHULUAN

Program Transisi Pra-sekolah ke tahun satu telah dilaksanakan bermula pada

tahun 2001 diseluruh negara. Program ini dirangka dengan tujuan membantu kanak-

kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal

(pra-sekolah atau pendidikan di rumah ) kepada pendidikan secara formal ke Tahun

Satu.Tahun 2015 merupakan tahun ke 15 semenjak Program Transisi dilaksanakan

secara menyeluruh di seluruh Malaysia.Bagi merealisasikan hasrat Wawasan 2020 dan

berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan dan mewujudkan satu

generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran diri, keluarga, masyarakat, agama

dan Negara. Kecemerlangan murid bermula dari sifat kendiri yang tinggi dan kerjasama

diantara murid yang lain. Semangat setiakawan dan kerjasama menyumbang kepada

pertukaran idea dan sisipan nilai murni dikalangan mereka. Secara tidak langsung,

potensi diri murid dapat dibangunkan menyumbang kepada tingkahlaku positif ke arah

kejayaan samada akademik mahu pun kokurikulum. Kami warga pendidik SKSU

berharap agar tahun 2015 ini dapat member pengalaman dan pengetahuan yang lebih

berguna kepada murid-murid dan guru-guru di SKSU.

Page 2: contoh laporan transisi

2.0 LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Serting Ulu merupakan sebuah sekolah Gred A yang mempunyai

murid berjumlah 224 orang pada tahun 2015. Terdapat 12 buah kelas yang enrolmen

bagi setiap kelas adalah dalam lingkungan 30-40 orang murid. Sekolah ini dikelilingi

oleh Ampangan Timah Tasoh dan kebun getah. Berdasarkan kajian terhadap murid-

murid tahun satu 2015, 100% daripada mereka telah mengikuti kelas pra-sekolah

disekitar tempat tingggal mereka. Diantara pra-sekolah yang terdapat disekitar tempat

tinggal mereka ialah KEMAS, Tadika Perpaduan, Tadika Islam dan PraSekolah SKSU.

Daripada 32 orang murid yang berdaftar dengan SKSU, 80% daripada mereka telah

menguasai 3M dengan baik. Manakala 20% menguasai sebahagian dari kemahiran 3M

3.0 MATLAMAT

Memberikan pendedahan kepada murid-murid Tahun 1 tentang dunia baru sekolah

rendah. Murid dapat menyesuaikan diri dengan iklim sekolah dengan cepat.

4.0 RASIONAL

Program yang dibuat ini memberikan peluang kepada murid sekolah Tahun 1 bersosial

dikalangan rakan-rakan dan tidak kekok semasa sesi persekolahan berlangsung.

5.0 OBJEKTIF

Murid mampu untuk bekerjasama sesama guru dan sesame murid. Murid dapat

mengikut arahan dan peraturan sekolah dan guru. Murid dapat bersedia untuk berlajar

dengan baik.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid- murid Tahun 1 Gemilang , Sekolah Kebangsaan Serting Ulu, Batu Kikir, Negeri

Sembilan

Page 3: contoh laporan transisi

7.0 KAEDAH PERLAKSANAAN

Agihan kelas untuk Pelajar Tahun 1, Kebersihan dan keceriaan kelas, Dinamika

kumpulan dan pergerakan kreatif, Motivasi dalaman kelas, Tayangan gambar,

Bercerita, Nyanyian

8.0 CARTA ORGANISASI PROGRAM TRANSISI

PENGERUSI

EN. ISMAIL BIN GHAZALIGURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSIPN. HJH SABARIAH BINTI ALI

GPK PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSIPN. AZARINA BINTI ABD AZIZ

GPK HEM

PN. HAIRIZA SIMA BINTI HITAMGPK KOKURIKULUM

SETIAUSAHAPN. HUSLIHA BINTI HUSAIN

AHLI JAWATANKUASAPN. NORHAFIZA BINTI NASIR

PN. KHALIPAH BINTI SAIDPN. HASLINA BINTI ABDUL RAHMAN

PN. AZIZAH BINTI SAADPN. NORADIBAH BINTI KUDUS

PN. NORZANA BINTI TALIBCIK HJH ZALEHA BINTI MAHMOOD

PN. HABIBAH BINTI MOHD NOR

Page 4: contoh laporan transisi

9.0 KEKUATAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Penglibatan semua pelajar Tahun 1 secara baik. Semua murid dan guru Tahun 1

menunjukkan semangat yang tinggi dalam menjayakan program

10.0 KELEMAHAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Terdapat masalah teknikal di mana ada slot yang tidak dijalankan dengan

menggantikan dengan aktiviti lain.

11.0 CADANGAN MASA HADAPAN

Program Orentasi Tahun 1 ini dapat diperbaiki lagi untuk tahun hadapan dengan

menambahkan slot seperti LDK.

12.0 KESIMPULAN

Matlamat dan objektif program ini tercapai dengan jayanya seperti dirancang dengan

kerjasama pelbagai pihak terutamanya semua guru Tahun 1.

LAMPIRAN

MURID LELAKI TERBAIK : Muhammad Haziq AqilMURID PEREMPUAN TERBAIK : Nur Alya Binti Rosli

KUMPULAN TERBAIK : Merah Jambu

Page 5: contoh laporan transisi

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI

Page 6: contoh laporan transisi

Disediakan oleh

Pn. Husliha Binti Husain

Setiausaha Program Transisi dan Guru Penyayang