rancangan pengajaran harian thn 1

7
8/3/2019 Rancangan Pengajaran Harian Thn 1 http://slidepdf.com/reader/full/rancangan-pengajaran-harian-thn-1 1/7 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 1 Mata pelajaran dan kelas: Bahasa Malaysia Tahun 1A Bilangan murid : 7 orang Masa: 11:05 a.m. – 11.35 a.m. (30 minit) Tema: Hijaukan Bumi Tajuk: Sungai Kita Kandungan: Hasil Pembelajaran Utama: Standard Kandungan: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. Standard Pembelajaran: 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks. Hasil Pembelajaran Sampingan: Standard Kandungan: 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard Pembelajaran: 2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. Objektif: Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1. Menyatakan warna benda maujud dengan menggunakan kata adjektif yang betul. 2. membaca 3 daripada 4 ayat tunggal dengan sebutan yang betul. Aktiviti:

Upload: tow-teck-soon

Post on 06-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

8/3/2019 Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

http://slidepdf.com/reader/full/rancangan-pengajaran-harian-thn-1 1/7

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 1

Mata pelajaran dan kelas: Bahasa Malaysia Tahun 1A

Bilangan murid : 7 orang

Masa: 11:05 a.m. – 11.35 a.m. (30 minit)

Tema: Hijaukan Bumi

Tajuk: Sungai Kita

Kandungan:

Hasil Pembelajaran Utama:

Standard Kandungan: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan

betul mengikut konteks.

Standard Pembelajaran: 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif 

warna dengan betul mengikut konteks.

Hasil Pembelajaran Sampingan:

Standard Kandungan: 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat

daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang

betul.

Standard Pembelajaran: 2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada

pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang

betul.

Objektif: Pada akhir pengajaran, murid dapat:

1. Menyatakan warna benda maujud dengan menggunakan kata adjektif yang

betul.

2. membaca 3 daripada 4 ayat tunggal dengan sebutan yang betul.

Aktiviti:

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

8/3/2019 Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

http://slidepdf.com/reader/full/rancangan-pengajaran-harian-thn-1 2/7

Langkah /

Masa Kandungan Catatan

Set Induksi

2 minit

1. Guru membawa dua gambar masuk kelas.

2. Guru memaparkan dua gambar (gambar 

berwarna dan gambar tidak berwarna).

3. Guru menanya murid tentang gambar yang

dipaparkan.

4. Guru memperkenalkan tajuk hari ini.

Paparan gambar 

KB-menghubungkaitkan

Langkah 1

7 minit

1. Guru memaparkan kad kata adjektif.

2. Guru bimbing murid menyebut dan mengeja

kata adjektif.

3. Guru memaparkan benda maujud. Bimbing

murid menyebut kata adjektif benda maujud

yang dipapar oleh guru.

4. Guru meminta murid menyebut dan mengeja

kata adjektif dengan sebutan yang betul.

Paparan kad kata adjektif 

Paparan benda maujud

Langkah 2

7 minit

Permainan:

1. Guru menjelaskan cara dan peraturan

permainan kepada murid-murid.

2. Guru membunyikan muzik dengan

menggunakan telefon bimbit. Murid

mengedarkan kotak kepada rakan seterusnya.

3. Murid yang memegang kotak apabila muzik

Bahan: kotak, telefon

bimbit, gula-gula

Nilai: Berterima Kasih

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

8/3/2019 Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

http://slidepdf.com/reader/full/rancangan-pengajaran-harian-thn-1 3/7

berhenti perlu keluar sebiji bola daripada kotak

itu dan menyebut kata adjektif bola itu dengan

sebutan yang betul.

4. Guru memberi gula-gula kepada murid yang

berjaya menyebut kata adjektif bola dengan

betul.

Langkah 3

6 minit

1.Guru minta murid membuka buku teks muka

surat 101.

2.Guru membaca ayat tunggal yang mengandungi

kata adjektif dan murid ikut.

3. Menggalakkan murid membaca ayat tunggal

tersebut secara individu.

Bahan:buku teks

Langkah 4

4 minit

1. Guru bimbing murid membina ayat dengan

kata adjektif.

2. Guru minta murid membaca ayat tunggal yang

mengandungi kata adjektif.

KB- menjana idea

Penutup

4 minit

1. Guru minta murid mengeja dan menyebut kata

adjektif yang telah dibelajari pada hari ini.

2. Guru menanya murid tentang warna kesukaan

sendiri.

3. Guru memberi lembaran kerja kepada murid.

4. Guru minta murid membuat lembaran kerja

dalam kelas.

Bahan:gambar, lembaran

kerja,gula-gula

Nilai:Kepercayaan

Kepada Tuhan

Pengisian Kurikulum: Ilmu: Pendidikan Seni

Nilai: Berterima Kasih, Kepercayaan Kepada Tuhan

KBT: BCB – bacaan luncuran

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

8/3/2019 Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

http://slidepdf.com/reader/full/rancangan-pengajaran-harian-thn-1 4/7

KB – menghubungkaitkan, menjana idea

Sistem Bahasa: Tatabahasa: Kata Adjektif 

kosa kata: merah, biru, kuning, hijau

Bahan Bantu Belajar: gambar, benda maujud (pen, pembaris, pemadam, pensel

warna),

kad kata adjektif, kotak, bola, telefon bimbit, buku teks, gula-gula,

lembaran kerja (rujuk lampiran)

Impak: 6 orang daripada 7 orang murid telah mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran. Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan (secara

rakan sebaya).

 

Lembaran Kerja

Nama:________________ 

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

8/3/2019 Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

http://slidepdf.com/reader/full/rancangan-pengajaran-harian-thn-1 5/7

Warnakan gambar berdasarkan ayat yang diberi.

1) Kakak Wan Xin suka bunga ros berwarna

merah.

 

2) Bas sekolah Yu En berwarna kuning.

3) Seluar Zhi Hao berwarna biru.

4) Pokok durian ada daun berwarna hijau.

Refleksi Pembelajaran Makropengajaran

1.1 KEKUATAN

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

8/3/2019 Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

http://slidepdf.com/reader/full/rancangan-pengajaran-harian-thn-1 6/7

Kelebihan dan kekuatan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan Makropengajaran

iaitu kelantangan suara saya. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar 

arahan guru dan membantu murid memahami isi pelajaran yang ingin saya sampaikan.

Selain itu, kelantangan suara juga akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus

murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Murid akan lebih tertumpu kepada

penyampaian isi pelajaran guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.

Objektif makropengajaran saya tercapai kerana murid dapat menyatakan kata

adjektif warna bola dan benda maujud. Selain itu, murid juga dapat menjawab lembaran

kerja yang diberi dengan betul. Saya mendapati bahawa murid dapat menyebut dan

mengeja kata adjektif warna dan membaca ayat tunggal dengan sebutan yang betul.

Maka, objektif makropengajaran yang saya tetapkan tercapai. Murid saya juga

melibatkan diri secara aktif dalam permainan kerana semua murid dapat bermain

permainan secara bergiliran dengan seronok. Di samping itu, mereka juga dapat

menjalankan aktiviti yang diminta oleh guru semasa proses makropengajaran dijalankan

dalam bilik darjah.

1.2 KELEMAHAN

Saya terpaksa mengubah rancangan pengajaran harian dalam pengajaran saya

kerana makropengajaran saya terdapat gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang

menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Nasib baik,

masa keseluruhan pengajaran saya tidak terlalu terjejas. Oleh itu, berdasarkan

perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang telah saya buat, saya

mendapati masa yang digunakan untuk menjalankan langkah pengajaran tidak seiring.

Ini disebabkan saya terpaksa berhenti pengajaran dalam langkah 2 sementara. Namun

begitu, ketetapan masa dalam P&P perlu diamalkan oleh guru supaya proses P&P

dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Selain itu, ketepatan penggunaan masa

boleh memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan masa

yang cukup atau sebaliknya.

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan

makropengajaran ialah murid tidak dapat membina ayat tunggal kata adjektif warna

dengan diri sendiri. Masalah ini disebabkan murid tidak dapat menyebut nama benda

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

8/3/2019 Rancangan Pengajaran Harian Thn 1

http://slidepdf.com/reader/full/rancangan-pengajaran-harian-thn-1 7/7

dengan betul. Oleh itu, murid membina ayat tunggal dengan bimbingan guru. Maka,

tidak begitu banyak murid mahu membina ayat tunggal dengan diri sendiri kerana

mereka kurang keyakinan diri.

1.3 LANGKAH MENGATASI

Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam makropengajaran,

penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah  ketepatan penggunaan masa

menyampaikan pelajaran. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan

dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses P&P. Hal ini juga

akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari

permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Penambahbaikan kelemahan dan kekurangan dalam makropengajaran

seterusnya ialah mengajar murid membina ayat tunggal yang pendek sebelum membina

ayat tunggal yang lengkap. Contoh ayat seperti “Ini warna merah.”, “Baju ini warna

kuning.”, “Daun warna hijau.” dan sebagainya. Ini membolehkan murid menambah

keyakinan diri semasa membina ayat tunggal seperti itu. Lama-kelamaan, murid dapat

membina ayat tunggal yang lengkap tanpa bimbingan guru.

Bahan bantu mengajar seperti benda maujud akan saya menggunakan dalam

langkah membina ayat tunggal supaya murid dapat membina ayat tunggal berdasarkan

benda maujud. Maka, murid boleh membina ayat tunggal tanpa bimbingan guru. Jika

saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi dalam kumpulan

murid yang sama, saya akan lebih mengutamakan kata nama benda maujud supaya

murid dapat mengenal nama benda maujud dengan betul sebelum membina ayat

tunggal.