rancangan pengajaran harian minggu 4

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup Tajuk: Elektrik dan Elektronik Sub-Tajuk: Pengenalan Kepada Elektronik Kelas: 5 Amanah Tarikh: Selasa, 21 April 2015 Masa: 11.10 pagi 12.10 tengah hari (1 jam) Bilangan Pelajar: 27 orang Kemahiran Berfikir: Mengkategori, Membanding beza, Kontekstual, Meneliti Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah mempelajari nama, fungsi dan simbol komponen elektronik. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: 1. membuat penyambungan litar elektronik pada projek dengan betul 2. menguji kefungsian projek dengan beradab 3. membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan cara yang betul Penerapan Nilai: Ingin tahu, Ingin mencuba, Yakin diri, Kerajinan, Kerjasama, Tanggungjawab Bahan Bantu Mengajar: 1. Manual kerja 2. Bahan logam 3. Bahan bukan logam 4. Komponen elektronik 5. Alatan tangan

Upload: dhiya-ainanie

Post on 13-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

TAHUN 5

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran:Kemahiran Hidup

Tajuk:Elektrik dan Elektronik

Sub-Tajuk:Pengenalan Kepada Elektronik

Kelas:5 Amanah

Tarikh:Selasa, 21 April 2015

Masa:11.10 pagi 12.10 tengah hari (1 jam)

Bilangan Pelajar:27 orang

Kemahiran Berfikir:Mengkategori, Membanding beza, Kontekstual, Meneliti

Pengetahuan Sedia Ada:Murid telah mempelajari nama, fungsi dan simbol komponen elektronik.

Hasil Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

1. membuat penyambungan litar elektronik pada projek dengan betul2. menguji kefungsian projek dengan beradab3. membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan cara yang betul

Penerapan Nilai:Ingin tahu, Ingin mencuba, Yakin diri, Kerajinan, Kerjasama, Tanggungjawab

Bahan Bantu Mengajar:1. Manual kerja2. Bahan logam3. Bahan bukan logam4. Komponen elektronik5. Alatan tangan

Langkah/Fasa Masa (Minit)Isi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Set Induksi (5 minit)1. Guru bersoal jawab dengan murid sambil mengemukakan persoalan berkaitan hasil projek yang telah dijalankan. 2. Guru bertanyakan kepada murid bagaimanakah projek tersebut dapat ditambah nilai bagi menambahkan kefungsian projek agar lebih menarik (boleh buat sergahan minda @ brainstorming)

1) Pelajar menyatakan pelbagai jenis alatan elektronik yang diketahui.2) Pelajar dimaklumkan terdapat litar elekronik di dalam setiap alatan elektronik.Nilai: Yakin diri, Ingin tahuKB: Mengkelas, MenelitiBBM: Litar yang telah siap

Langkah 1 (15 minit)1. Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap dibina. Satu daripada projek tersebut tanpa sambungan litar elektronik dan satu lagi projek yang lengkap dengan litar elektronik.

2. Guru menunjukkan peralatan dan bahan yang akan digunakan semasa membuat penyambungan litar elektronik. Perbincangan spontan: Murid di minta untuk memilih alat yang diperlukan dan mengapa.

3. Guru membimbing murid yang dipilih untuk menunjukkan langkah kerja membuat penyambungan litar elektronik pada bahagian badan projek. Murid lain memainkan peranan aktif dengan menghulur atau menyebut peralatan yang perlu.

4. Murid membuat penyambungan litar elektronik dengan pemantauan guru.1.Guru menerangkan tentang peralatan tangan yang akan digunakan oleh murid dengan bantuan carta dan alatan sebenar.2. Guru dan murid bersoal jawab tentang kegunaan setiap alatan tangan Guru memberi penerangan tentang litar siri/selari Berpandukan dua contoh litar murid membuat banding beza antara dua litar itu. Guru membuat tunjukcara penyambungan komponen elektrik seperti di rajah. Murid membuat penyambungan beberapa komponen dengan menggunakan alatan dan bahan yang diberi Guru menyelia dan membimbing pelajar

Nilai: Ingin tahu, KB: Menerangkan sebab,BBM: Buku teks, alatan tangan

Langkah 2 (20 minit)1. Guru menerangkan kaedah membuat pengujian litar elektronik dan kefungsian projek dengan berbantukan cartalir. Di peringkat ini, murid yang membina carta alir dengan bimbingan guru (rujuk carta alir pengujian litar projek)

2. Guru menunjukkan kaedah membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan. Murid akan melakukan semua penyenggaraan dan penyimpanan alat

Langkah 3 (10 minit)1. Menguji litar2. Pastikan sambungan betul mengikut lukisan kerja3. Buat pengujian dengan menggunakan bateri/sel kering1. Guru membimbing murid menguji litar yang sudah lengkap2. Buat pembaikan jika didapati penyambungan yang dibuat tidak betul

Nilai: Bekerjasama, Yakin diriKB: Membanding beza, MenelitiBBM: litar

Penilaian (10 minit)1. Seterusnya membimbing pelajar untuk menyatakan langkah mengesan kerosakan pada penyambungan litar.

1) Pelajar diberi lembaran kerja2) Pelajar dikehendaki mengisi tempat kosong dengan menamakan komponen pada litar3) Pelajar diminta untuk menampal lembaran kerja di dalam buku nota.Nilai: Kerajinan, TanggungjawabKB: MengkategoriBBM: Lembaran Kerja

Penutup (5 minit)PenutupGuru membimbing pelajar untuk menyatakan langkah

1) 3 hingga 4 orang pelajar dipilih secara rawak untuk menerangkan hasil pembelajaran pada hari ini.2) Pelajar diterangkan kaitan litar elektronik dengan kehidupan seharian, tanpa barangan cukup, litar tidak berfungsi.Nilai: Yakin diri, TanggungjawabKB: KontekstualBBM: Litar

Refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran:Selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya berasa amat teruja kerana sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Keadaan kelas agak bising kerana semua murid melibatkan diri sepenuhnya. Kawalan kelas pada hari ini bagi saya memuaskan kerana semua murid melibatkan diri mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan kelas masih juga terkawal.Apa yang dapat saya simpulkan disini apabila melakukan aktiviti kerja amali, murid menunjukan minat yang amat tinggi, murid memberikan tupuan serta amat teruja apabila projek yang dihasilkan Berjaya. Walaubagaimana aspek keselamatan amat saya tekankan agar tidak berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan.