rancangan pengajaran harian minggu 3

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup Tajuk: Elektrik dan Elektronik Sub-Tajuk: Pengenalan Kepada Elektronik Kelas: 5 Amanah Tarikh: Selasa, 14 April 2015 Masa: 11.10 pagi 12.10 tengah hari (1 jam) Bilangan Pelajar: 27 orang Kemahiran Berfikir: Mengkategori, Membanding beza, Kontekstual, Meneliti Pengetahuan Sedia Ada: 1) Pelajar telah didedahkan dengan nama, fungsi dan komponen elektrik pada tahun 4. 2) Pelajar telah membuat projek mentol elektrik pada tahun 4. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: 1) Menggunakan alatan tangan yang sesuai untuk kerja elektrik dan elektronik berdasarkan carta dan alatan sebenar; dan 2) Membuat penyambungan litar berpandukan lukisan kerja yang diedarkan Penerapan Nilai: Ingin tahu, Ingin mencuba, Yakin diri, Kerajinan, Kerjasama, Tanggungjawab Bahan Bantu Mengajar: Alatan sebenar , Komponen elektrik ,Carta dan Lukisan kerja

Upload: dhiya-ainanie

Post on 28-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

TAHUN 5

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran:Kemahiran Hidup

Tajuk:Elektrik dan Elektronik

Sub-Tajuk:Pengenalan Kepada Elektronik

Kelas:5 Amanah

Tarikh:Selasa, 14 April 2015

Masa:11.10 pagi 12.10 tengah hari (1 jam)

Bilangan Pelajar:27 orang

Kemahiran Berfikir:Mengkategori, Membanding beza, Kontekstual, Meneliti

Pengetahuan Sedia Ada:1) Pelajar telah didedahkan dengan nama, fungsi dan komponen elektrik pada tahun 4.2) Pelajar telah membuat projek mentol elektrik pada tahun 4.

Hasil Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:1) Menggunakan alatan tangan yang sesuai untuk kerja elektrik dan elektronik berdasarkan carta dan alatan sebenar; dan2) Membuat penyambungan litar berpandukan lukisan kerja yang diedarkan

Penerapan Nilai:Ingin tahu, Ingin mencuba, Yakin diri, Kerajinan, Kerjasama, Tanggungjawab

Bahan Bantu Mengajar:Alatan sebenar , Komponen elektrik ,Carta dan Lukisan kerja

Langkah/Fasa Masa (Minit)Isi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Set Induksi (5 minit)Guru menunjukkan beberapa gambar yang menggunakan peralatan/komponen elektrik seperti gambar papan iklan (running light), loceng elektrik, mentol dan bertanyakan beberapa soalan.

1) Pelajar menyatakan pelbagai jenis alatan elektronik yang diketahui.2) Pelajar dimaklumkan terdapat litar elekronik di dalam setiap alatan elektronik.Nilai: Yakin diri, Ingin tahuKB: Mengkelas, MenelitiBBM: Lampu Suluh

Langkah 1 (20 minit)Fungsi /Kegunaa alatan tangan

Pemutar Skru Philips/Biasa Melonggar dan mengetatkan skru Penjalur Wayar Menjalur wayar Memotong wayar

Playar Muncung Tirus Playar muncung tirus sesuai untuk membengkokkan dan memotong dawai halus. Ia juga digunakan untuk memotong kaki komponen dan memegang atau mencapai komponen Membuat Penyambungan Litar Siri1.Guru menerangkan tentang peralatan tangan yang akan digunakan oleh murid dengan bantuan carta dan alatan sebenar.2. Guru dan murid bersoal jawab tentang kegunaan setiap alatan tangan

Guru memberi penerangan tentang litar siri/selari Berpandukan dua contoh litar murid membuat banding beza antara dua litar itu. Guru membuat tunjukcara penyambungan komponen elektrik seperti di rajah. Murid membuat penyambungan beberapa komponen dengan menggunakan alatan dan bahan yang diberi Guru menyelia dan membimbing pelajar

Nilai: Ingin tahu, KB: Menerangkan sebab,BBM: Buku teks, alatan tangan

Langkah 2 (20 minit)1. Menguji litar2. Pastikan sambungan betul mengikut lukisan kerja3. Buat pengujian dengan menggunakan bateri/sel kering Guru membimbing murid menguji litar yang sudah lengkap Buat pembaikan jika didapati penyambungan yang dibuat tidak betul

Nilai: Bekerjasama, Yakin diriKB: Membanding beza, MenelitiBBM: litar

Penilaian (10 minit)Lembaran kerja komponen alatan tangan1) Pelajar diberi lembaran kerja2) Pelajar dikehendaki mengisi tempat kosong dengan nama, fungsi alatan tangan.3) Pelajar diminta untuk menampal lembaran kerja di dalam buku nota.Nilai: Kerajinan, TanggungjawabKB: MengkategoriBBM: Lembaran Kerja

Penutup (5 minit)Guru membuat rumusan mengenai isi pelajaran :1. Kegunaan setiap alatan

2. Langkah-langkah kerja membuat penyambungan3. Perbezaan anatara litar siri dan selariRumusan pembelajaran1) 3 hingga 4 orang pelajar dipilih secara rawak untuk menerangkan hasil pembelajaran pada hari ini.2) Pelajar diterangkan kaitan litar elektronik dengan kehidupan seharian, tanpa barangan cukup, litar tidak berfungsi.Nilai: Yakin diri, TanggungjawabKB: KontekstualBBM: Buku teks

Refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran:Selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya berasa amat berpuas hati kerana sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Keadaan kelas agak bising kerana semua murid melibatkan diri sepenuhnya. Kawalan kelas pada hari ini bagi saya memuaskan kerana semua murid melibatkan diri mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan kelas masih juga terkawal.Kadang-kadang saya perlu meninggikan suara dan lebih tegas, ini kerana melibatkan aktiviti alatan tangan, saya bimbang akan berlaku kecuaian jika saya terlepas pandang. Semasa aktiviti amali saya mendapati murid sangat gembira dan aktif bekerja di dalam sebuah kumpulan.