rancangan pengajaran harian dunia sains dan teknologi bentuk

9
Rancangan Pengajaran Harian Dunia Sains dan Teknologi Mata pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Kelas : Tahun 1 Melur Tarikh : 24 April 2014 Masa : 12.10 - 1310 Bilangan murid : 50 orang Bidang Pelajaran : Sains Fizikal UNIT / Tajuk : 5 / Mata untuk melihat Standard Kandungan : 5.2 / Memahami pengetahuan tentang pelbagai bentuk. Standard Pembelajaran : 5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga dan bulatan. . 5.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran dan lisan. Objektif Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini murid dapat: 1. Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga dan bulatan pada objek di persekitaran murid.

Upload: ritchie-ed

Post on 24-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Contoh RPH bentuk

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian Dunia Sains dan Teknologi

Mata pelajaran: Dunia Sains dan TeknologiKelas : Tahun 1 MelurTarikh: 24 April 2014 Masa : 12.10 - 1310 Bilangan murid: 50 orangBidang Pelajaran: Sains Fizikal UNIT / Tajuk : 5 / Mata untuk melihatStandard Kandungan : 5.2 / Memahami pengetahuan tentang pelbagai bentuk. Standard Pembelajaran: 5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga dan bulatan. . 5.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran dan lisan.Objektif Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini murid dapat:1. Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga dan bulatan pada objek di persekitaran murid.2. Menganalisis dan menjelaskan bentuk-bentuk asas di persekitaran murid secara lisan.

Kemahiran saintifik : Memerhati Mengelaskan Berkomunikasi Membandingkan dan membezakan

Sikap saintifik dan nilai murni : Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Pengetahuan sedia ada : Murid telah diajar iaitu salah satu fungsi deria mata adalah untuk melihat berbagai jenis bentuk yang ada di persekitaran mereka Murid telah biasa melihat bentuk-bentuk asas di persekitaran mereka.

Konsep/prinsip/hukum/teori: Bentuk-bentuk asas ada empat jenisa. Bentuk segi empat tepatb. Bentuk segi empat samac. Bentuk segi tiga. d. Bentuk bulat

Bahan, peralatan dan bahan sumber: Benda maujud di persekitaran murid seperti pembaris, buku, meja, duit syiling. Model bentuk-bentuk asas Lembaran kerja individu 1 / lembaran aktivti berkumpulan dan lembaran kerja susulan ( kerja rumah ). Bentuk yang telah dipotong menggunakan kertas warna / kertas putih dan gam. Kad perkataan dan slaid bentuk asas dipersembahkan menggunakan Power Point / Tayangan Video- Lagu / Alat Pembesar SuaraMiskonsepsi : Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi bahawa bentuk segi empat tepat adalah sama dengan bentuk segi empat sama.

FasaAktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Permulaan/Mencungkil idea( 5 Minit) Guru meminta murid memerhati tayangan video yang ditunjukkan dan menyanyi bersama-sama.

Guru meminta murid menyatakan objek-objek yang dilihat.

Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran.

Murid memerhati tayangan video yang ditunjukkan dan menyanyi bersama-sama.

Murid menyatakan objek yang dilihat darjah.

Strategi/ teknik:Nyanyian / didik hiburPenyoalan seluruh kelas

Kemahiran saintifik :Memerhati, Berkomunikasi

Sumber pengajaran:Tayangan Video, Alat Pembesar Suara

Penstukturan idea/semula(20 minit) Guru membimbing murid mengenali bentuk-bentuk asas menggunakan model bentuk dan menerangkan ciri-cirinya dan perbezaan antara sesuatu bentuk.

Guru menggunakan benda maujud untuk memberi contoh-contoh bentuk dan bersoal jawab dengan murid untuk menyenaraikan objek yang terdapat di persekitaran mereka mempunyai persamaan bentuk-bentuk asas yang telah ditunjukkan.

Guru meminta murid mengeja kad perkataan yang mengandungi nama-nama bentuk asas dan memadankan kad tersebut pada bentuk-bentuknya di papan hitam.

Segi empat tepat

Segi empat sama

Segi tiga

Bulat

Guru mengedarkan lembaran kerja individu kepada murid dan menerangkan cara menyelesaikannya.

Guru membimbing murid lemah.

Guru membimbing murid melengkapkan lembaran kerja tersebut. Murid mendengar penerangan guru dan menganalisis model bentuk-bentuk asas yang ditunjukkan. Murid menyenaraikan perbezaan yang dapat dilihat. Segi empat : ada empat bucuSegi tiga : ada tiga bucuBulat : tidak ada bucu

Murid menyebut objek di persekitaran mereka yang mempunyai persamaan dengan bentuk-bentuk asas yang telah ditunjukkan contohnya jam dinding bentuknya adalah bulat.

Murid mengeja kad perkataan yang disediakan dan memadankan dengan objek yang betul.

Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberi.

Murid mendengar dan mengikuti bimbingan guru. Strategi/Teknik:Pemerhatian, perbincangandan soal jawab

Sumber pengajaran:Model bentuk asasBenda maujudKad perkataan / slaid bentuk asas

Kemahiran saintifik :Memerhati, Membanding beza, Berkomunikasi

Sikap saintifik dan nilai murni:Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

Lembaran kerja individu 1 ( Menulis bentuk asas objek )

Aplikasi Idea(30 Minit)

Guru membahagikan murid kepada 8 kumpulan untuk mencipta reka bentuk sesuatu objek menggunakan bentuk-bentuk asas yang diajar.

Guru membimbing setiap kumpulan mencipta reka bentuk objek.

Guru meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan yang telah disiapkan dan menyebutkan objek yang telah direka bentuk dan bentuk-bentuk yang telah digunakan.

Peneguhan dan pujian diberikan kepada kumpulan yang menunjukkan komitmen dan kesungguhan.

Contoh reka bentuk objek : Lori

Murid bekerjasama membuat aktiviti di dalam kumpulan masing-masing.

Setiap kumpulan mendengar, memahami dan mengikuti bimbingan guru.

Setiap kumpulan tampil ke hadapan dan menunjukkan serta membentangkan hasil kerja kumpulan yang telah disiapkan dan menyebutkan objek yang telah direka bentuk dan bentuk-bentuk yang telah digunakan. Strategi/Teknik :Perbincangan, Gerak Kerja Berkimpulan

Sumber pengajaran:Kertas putih.Bentuk geometri berwarna yang telah dipotong.Gam

Lembaran kerja berkumpulan ( Mereka bentuk objek menggunakan bentuk-bentuk asas )

Sikap saintifik dan nilai murni:Bekerjasama di dalam kumpulan

Refleksi/Penutup( 5 Minit)

Guru membimbing murid merumus kembali isi pelajaran dengan bertanyakan beberapa soalan.

Fungsi mata untuk melihat berbagai-bagai jenis bentuk.

Bentuk asas ada 4 jenis:1. Segi empat sama2. Segi empat tepat3. Segi tiga4. Bulatan

Mengaitkan bentuk asas dengan objek di persekitaran.

Guru memberikan lembaran kerja susulan untuk disiapkan di rumah.

Murid mengimbas kembali perkara yang telah dipelajari.

Murid menjawab soalan-soalan guru.

Murid menyimpan lembaran kerja susulan untuk disiapkan di rumah.

Strategi:Penyoalan seluruh kelas

KBBT:Membuat kesimpulan

Sumber pengajaran:Lembaran kerja Susulan ( Menamakan bentuk objek berdasarkan objek di persekitaran )

Contoh :Biskut Segi empat tepat

Refleksi :________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Disemak oleh : __________________________________________________( Rashdi Bin Sapaee )Guru MentorProgram Praktikum PPG UiTM 2014Tarikh : 24 April 2014