rancangan pengajaran harian 20 september

4

Click here to load reader

Upload: nurhaimi-abdul-rahman

Post on 05-Jul-2015

950 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan pengajaran harian 20 september

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas : Harapan 5 Tarikh :21 September 2012 Masa : 8.45 – 9.45 pagi Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema : Alam Sekitar dan Teknologi Hijau – Mari Kitar Semula Tajuk : 4.0 Membaca 6.0 Tulisan Kemahiran : 4.6 Membaca Beretika 4.6.1 Etika Membaca 6.9 Membina ayat 6.9.1 Ayat Bilangan Murid : 6 orang Kumpulan 1(Aras Tinggi)

Bil Nama Kategori Kehadiran

1 . Ahmad Mujahid b. Zolkpli Slow Learner

2. Maya A/P Shailesh Patel ADHD

3. Siti Nadiah bt. Nordin Robit Penglihatan

4. Thaminraj A/L Kobal Slow Learner

Kumpulan 2(Aras Sederhana)

Bil Nama Kategori Kehadiran

1. Muhammad Zaini b. Mohd Zaidi Disleksia

2. Rene Mikel b. Muhammad Irsyad Edward Slow Learner

Hasil pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat Kumpulan 1

i. membaca 3 daripada 4 ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan bimbingan guru.

ii. membina 3 daripada 4 perkataan menjadi ayat yang betul dengan bimbingan guru.

Kumpulan 2 i. membaca 2 daripada 4 ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan

bimbingan guru. ii. melengkapkan 2 daripada 5 tempat kosong dengan ayat yang bermakna dengan

betul dengan bimbingan dan bantuan guru. Pengetahuan Sedia Ada :Murid pernah terlibat dengan program kitar semula yang diadakan di peringkat sekolah. Penerapan Nilai: Mendengar arahan, bersungguh-sungguh, keyakinan diri, ketelitian Unsur Terapi: Pertuturan, fisio, pendengaran, Penggabungjalinan : BBB/BBM: Carta ( gambar tong kitar semula,latihan), kad ayat, lembaran kerja

Page 2: Rancangan pengajaran harian 20 september

Langkah / Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi (+ 5 minit)

“Tong Kitar Semula”

Soalan: 1) Pernahkah kamu melihat tong ini? 2) Di manakah kamu melihatnya? 3) Apakah kegunaan tong ini?

1. Murid diminta bersedia untuk memulakan pengajaran. 2. Murid ditunjukkan gambar “Tong Kitar Semula” oleh guru. 3. Murid dan guru bersoal jawab mengenai “Tong Kitar Semula” tersebut. 4. Murid menjawab soalan guru berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. 5. Guru mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran pada hari tersebut.

BBB: Gambar tong kitar semula Unsur Terapi: Pertuturan Nilai: Mendengar arahan, Keyakinan diri

Langkah 1 (+ 15 minit)

Membaca maklumat berkaitan “ Tong Kitar

Semula”

Soalan: 1) Tong berwarna biru digunakan untuk mengisi apa? 2) Tong berwarna coklat digunakan untuk mengisi apa? 3) Tong berwarna jingga digunakan untuk mengisi apa?

1. Murid dipaparkan semula dengan gambar “ Tong Kitar Semula” beserta dengan maklumat yang berkaitan dengan tong tersebut. 2. Murid menyebut dan membaca maklumat tersebut dengan suara yang jelas dengan bimbingan guru. 3. Murid bersoal jawab bersama guru tentang aktiviti tersebut.

BBB: Carta gambar tong kitar semula Unsur Terapi: Pertuturan Nilai: Bersungguh-sungguh, keyakinan diri

Langkah 2 (+ 10 minit)

Membaca Kad Ayat

1. Murid dipamerkan dengan kad ayat oleh guru. 2. Murid diperdengarkan bacaan perkataan yang jelas dalam kad ayat oleh guru. 3. Murid diminta membaca kad ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul bersama-sama dengan guru.

BBB : Kad ayat Unsur Terapi: Pendengaran dan fisio Nilai: Ketelitian

Surat kabar lama boleh

dikitar semula.

Tong coklat digunakan

untuk mengisi baham kaca.

Page 3: Rancangan pengajaran harian 20 september

Soalan: 1) Perkataan yang manakah di eja secara salah? 2) Cuba murid betulkan ejaan perkataan yang salah supaya menjadi ejaan yang betul.

4. Murid membaca kuat ayat-ayat dalam kad ayat secara berkumpulan. 5. Murid dan guru bersoal jawab mengenai kesalahan ejaan yang terdapat dalam kad ayat dan membetulkan semula ejaan tersebut. 5. Kemudian, seorang demi seorang murid diminta berdiri dan membaca kad ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu. Murid lain mengikut menyebut perkataan yang disebutkan oleh murid yang membaca kad ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Langkah 3 (+ 10 minit)

Kumpulan 1 - Kenal pasti kesalahan ejaan yang terdapat dalam pantun

Kumpulan 2 - Tulis semula ayat

dengan ejaan yang betul

1.Murid diberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan. 2.Murid dibimbing dan dibantu oleh guru untuk melansanakan aktiviti. 3. Pergerakan murid dipantau dari semasa ke semasa oleh guru. Kumpulan 1 1. Murid dikehendaki mengenal pasti kesalahan ejaan yang terdapat dalam pantun yang diberikan oleh guru. Kumpulan 2 1. Murid dikehendaki menulis semula ayat dengan ejaan yang betul.

BBB: Carta Latihan,buku latihan Unsur Terapi: Fisio Nilai: Ketelitian

Langkah 4 (+ 15 minit)

1. Murid diberi penerangan tentang aktiviti yang akan dilaksanakan. 2. Lembaran kerja diedarkan kepada murid oleh guru 3. Murid dikehendaki untuk menyiapkan lembaran kerja dan menghantar kepada guru. 4. Guru memantau murid dari semasa ke semasa.

BBB: Lembaran kerja Unsur Terapi: Fisio Nilai: Mendengar arahan, Bersungguh-sungguh

Kita tidak boleh mendakar

sampah secara terbuka.

Pembakaran boleh

mencemalkan udala.

Page 4: Rancangan pengajaran harian 20 september

Kumpulan 1 - Membina ayat

Kumpulan 2 - Melengkapkan

tempat kosong

5. Guru membimbing murid yang lemah. Kumpulan 1 1. Murid dikehendaki membina ayat daripada perkataan yang diberikan oleh guru.. Kumpulan 2 1. Murid dikehendaki melengkapkan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Penutup

(+ 5 minit)

Rumusan pengajaran

- kognitif - sosial

1.Murid bersoal jawab bersama guru tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini. 2. Guru merumuskan pengajaran hari ini. 3. Murid beramai-ramai melafazkan semula pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. 4.Bersurai

Unsur Terapi: Pertuturan, Nilai: keyakinan diri