rancangan mengajar berkonsepkan pengajaran masteri

9
RANCANGAN MENGAJAR Sekolah: Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas Kelantan Subjek: Lukisan Kejuruteraan Tarikh : 5 April 2013 Tingkatan: 4 Dahlia Masa : 80 minit Kehadiran: 35/35 orang Topik: Lukisan Hamparan Hasil Pembelajaran : Di akhir topik ini, pelajar diharap dapat menerangkan konsep, aplikasi dan kaedah membina bentuk bongkah di dalam lukisan hamparan. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar diharap dapat: i. Menghuraikan definisi mengenai lukisan hamparan serta dapat mengetahui serba sedikit gambaran berdasarkan topik yang akan di ajar. ii. Menentukan panjang sebenar satah dan garisan dengan menggunakan kaedah yang betul. iii. Menyenaraikan kaedah-kaedah hamparan dengan tepat. iv. Melukis hamparan bagi bongkah geometri dengan menggunakan kaedah yang betul. v. Menerangkan konsep lukisan hamparan dengan betul. vi. Membezakan bentuk dan permukaan. vii. Membina lukisan hamparan selari, hamparan permukaan untuk prisma dan silinder dalam keadaan tegak, terpotong dan serong, hamparan jejari, hamparan penyegitigaan dan hamparan untuk pelbagai jenis objek hamparan yang betul. Pengetahuan Sedia Ada i. Pelajar perlu mengetahui tentang pengenalan terhadap lukisan kejuruteraan. 1

Upload: salma-ismail

Post on 27-Jun-2015

305 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan mengajar berkonsepkan pengajaran masteri

RANCANGAN MENGAJAR

Sekolah: Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas KelantanSubjek: Lukisan Kejuruteraan Tarikh : 5 April 2013 Tingkatan: 4 DahliaMasa : 80 minitKehadiran: 35/35 orangTopik: Lukisan Hamparan

Hasil Pembelajaran :Di akhir topik ini, pelajar diharap dapat menerangkan konsep, aplikasi dan kaedah membina bentuk bongkah di dalam lukisan hamparan.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar diharap dapat:

i. Menghuraikan definisi mengenai lukisan hamparan serta dapat mengetahui serba sedikit gambaran berdasarkan topik yang akan di ajar.

ii. Menentukan panjang sebenar satah dan garisan dengan menggunakan kaedah yang betul.

iii. Menyenaraikan kaedah-kaedah hamparan dengan tepat.iv. Melukis hamparan bagi bongkah geometri dengan menggunakan kaedah yang

betul.v. Menerangkan konsep lukisan hamparan dengan betul.

vi. Membezakan bentuk dan permukaan.vii. Membina lukisan hamparan selari, hamparan permukaan untuk prisma dan

silinder dalam keadaan tegak, terpotong dan serong, hamparan jejari, hamparan penyegitigaan dan hamparan untuk pelbagai jenis objek hamparan yang betul.

Pengetahuan Sedia Adai. Pelajar perlu mengetahui tentang pengenalan terhadap lukisan kejuruteraan.

ii. Pelajar mestilah mahir dalam pelbagai teknik-teknik lakaran.

Strategi aktiviti : Berpusatkan guru dan pelajar

i. Guru memberi penerangan kepada pelajar.ii. Kaedah penyoalan dan kerja berkumpulan digunakan untuk menguji kefahaman

pelajar.

Pendekatan : Pembelajaran Masteri

Penerapan Nilai: Sabar, bekerjasama, kasih sayang, kekemasan kerja , bertanggunjawab, keberanian, keyakinan, patuh pada arahan, jujur dan ketekunan.

1

Page 2: Rancangan mengajar berkonsepkan pengajaran masteri

Alat/Bahan Bantu Mengajar (ABM/BBM)

i. Projektorii. Skrin

iii. Set lukisan kejuruteraaniv. Buku rujukan

v. Persembahan Power Pointvi. Lembaran Kerja

vii. Klip videoviii. Gambar Rajah

Langkah Pembelajaran

Langkah/

Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

Bahan/Nota

Set Induksi(5 minit)

(9.00-9.05)

Pada permulaan kelas, guru menarik perhatian pelajar terhadap isi pembelajaran.

Pengenalan serba sedikit mengenai lukisan hamparan serta prinsip-prinsip lakaran.

Guru memberi salam kepada pelajar.

Guru memaparkan slaid pengajaran dan tayangan video.

Guru merangsang minda pelajar untuk meneka tajuk pelajaran.

Guru menjelaskan bahawa video tadi adalah mengenai lukisan hamparan

Oleh itu, guru memperkatakan bahawa tajuk pengajaran pada hari ini ialah lukisan hamparan yang merupakan unit 8 dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 5.

Pelajar menjawab salam guru.

Pelajar telah duduk dengan selesa di tempat masing-masing. Pelajar dengan teliti memerhatikan slaid di skrin tayangan.

Pelajar meneka keadaan perihal tayangan video tadi.

Pelajar memerhati dengan penuh teliti dan mendengar penerangan guru tentang kaitan tayangan video dan tajuk pengajaran.

Kaedah :Mendengar dan Soal jawab

ABM/BBM :Gambar lukisan-lukisan hamparan, paparan slaid powerpoint dan klip video

KBKK :Pelajar telah menjana idea dan mendapat gambaran awal tentang tajuk pengajaran.

Langkah 1(5 minit)

(9:05-9:10)

Menyatakan matlamat, objektif dan tujuan pengajaran

Guru menghuraikan objektif-objektif pembelajaran.

Guru menjustifikasikan kaedah-kaedah pembinaan lukisan hamparan.

Pelajar mula memberikan perhatian kepada penerangan guru.

Pelajar mendengar dengan penuh teliti dan memahami bagi setiap penerangan guru.

Kaedah:Penerangan dan mendengar

KBKK: Pelajar dapat

memahami setiap penerangan

2

Page 3: Rancangan mengajar berkonsepkan pengajaran masteri

guru Pelajar dapat

berfikir dan membentuk kefahaman.

Langkah 2(15 minit)

(9:10-9:25)

Memulakan dengan isi-isi kandungan yang terdapat dalam topik ini.

Pengenalan secara keseluruhan mengenai lukisan hamparan

Konsep asas lukisan hamparan

Mengenal bentuk dan permukaan.

Pembinaan lukisan-lukisan hamparan.

Guru menjelaskan pengenalan secara keseluruhan serta konsep lukisan hamparan.

Guru menyatakan bentuk-bentuk bongkah yang dibuat selepas melakukan proses hamparan.

Guru menayangkan gambar rajah cara menghasilkan hamparan melalui bongkah tersebut.

Pelajar fokus memberi perhatian pada penerangan guru mengenai cara penghasilan lukisan bentuk hamparan ini.

Pelajar cuba memahami isi-isi penting yang disampaikan oleh guru bagi setiap teknik pembinaan tersebut.

Tayangan gambar rajah yang ditunjukkan oleh guru berjaya menarik perhatian pelajar dan membuatkan pelajar lebih fokus.

Kaedah:Penerangan dan mendengar

ABM/BBM:LCD projektor, slaid powerpoint dan gambar rajah.

KBKK: Pelajar dapat

berfikir dan menjana idea berdasarkan gambar rajah yang ditunjukkan oleh guru.

Langkah 3(15 minit)

(9:25-9:40)

Kaedah/aktiviti pemulihan dan penilaian.

Agihan kumpulan Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 5 Kumpulan 6 Kumpulan 7

Guru mengemukakan soalan berkaitan kepada penerangan sebelumnya untuk menguji kefahaman pelajar.

Guru meminta pelajar melukis salah satu lukisan hamparan berdasarkan gambar rajah yang ditunjukkan.

Guru memungut hasil lukisan hamparan yang dibuat oleh pelajar

Pelajar cuba memahami soalan yang dikemukakan oleh guru dan menjawab dengan betul.

Pelajar mengikut arahan guru dengan memulakan aktiviti melukis lukisan hamparan berdasarkan gambar rajah yang ditunjukkan oleh guru.

Pelajar mendengar dan bergerak

Kaedah:Kumpulan

ABM/BBM:LCD projektor, slaid powerpoint, gambar rajah dan peralatan lukisan kejuruteraan.

KBKK: Pelajar dapat

menjana idea berdasarkan gambar rajah yang ditunjukkan oleh guru dan dapat bertukar idea dalam aktiviti

3

Page 4: Rancangan mengajar berkonsepkan pengajaran masteri

dan menilai prestasi pelajar tersebut.

Berdasarkan penilaian tersebut, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap pengetahuan masing-masing iaitu:-1) Pemulihan

(lemah)2) Peneguhan

(biasa)3) Pengayaan

(hebat/pandai) Guru mengarahkan

pelajar bergerak mencari ahli kumpulan mengikut nama yang disebut oleh guru.

mencari ahli kumpulan sepertimana yang telah disebut oleh guru.

berkumpulan.

Langkah 4 (15 minit)

(9:40-9:55)

Gerak kerja Penghasilan

bentuk dalam lukisan hamparan.

Guru membahagikan 7 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.

Guru memberikan bimbingan dan tunjuk ajar cara-cara menghasilkan pembinaan garisan yang dikehendaki oleh soalan.

Guru memantau setiap aktiviti pelajar.

Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dikehendaki melakukan aktiviti pembentangan hasil kerja.

Pelajar melengkapkan lakaran bentuk bongkah melalui hamparan.

Pelajar-pelajar menentukan bentuk bongkah dan melukisnya untuk. pembentangan

Pelajar-pelajar dikehendaki melakukan aktiviti ini dengan kemas.

Kaedah:Kumpulan

ABM/BBM:Peralatan lukisan kejuruteraan.

KBKK: Pelajar dapat

berfikir dan menjana idea berdasarkan perbincangan antara pelajar lain.

Pelajar dapat menganalisis apa kehendak guru.

4

Page 5: Rancangan mengajar berkonsepkan pengajaran masteri

Langkah 5 (20 minit)

(9:55-10:15)

Aktiviti pengukuhan iaitu aktiviti pengujian tahap kefahaman pelajar melalui aktiviti pembentangan hasil kerja.

Guru meminta wakil dari setiap kumpulan datang ke hadapan untuk membentangkan jawapan hasil daripada perbincangan mereka bersama dengan kad manila yang disediakan.

Guru memberi respon kepada jawapan pelajar dan mengadakan perbincangan mengenai jawapan yang diberikan oleh pelajar tadi.

Wakil setiap kumpulan membentangkan jawapan yang telah mereka dapati daripada perbincangan bersama ahli kumpulan tadi.

Pelajar memberi perhatian dan respon dalam perbincangan jawapan dengan guru.

Kaedah:Soal jawab dan perbincangan

ABM/BBM:LCD projektor, slaid powerpoint dan peralatan lukisan kejuruteraan.

KBKK: Pelajar dapat

menyusun teknik mengikut urutan

5

Page 6: Rancangan mengajar berkonsepkan pengajaran masteri

Penutup (5 minit)

(10:15-10:20)

Sesi perumusan isi pelajaran / kesimpulan

Pop kuiz Latihan

Guru mengadakan pop kuiz mengikut prinsip siapa cepat dia dapat dan pelajar yang berjaya akan diberi hadiah.

Guru membuat rumusan keseluruhan berkenaan tajuk pengajaran pada hari ini melalui persembahan pada slaid.

Guru memberi ucapan syabas kepada pelajar kerana memberi kerjasama pada guru pada kelas pengajaran hari ini.

Guru memberikan nota ringkas dan soalan latihan serta meminta pelajar membuat ulangkaji di rumah.

Guru mengakhiri kelas dengan memberi salam kepada pelajar.

Pelajar mengambil bahagian dalam pop kuiz dan menjawab soalan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Pelajar mendengar dengan teliti rumusan yang diterangkan oleh guru.

Pelajar secara keseluruhannya telah memperoleh ilmu yang sepatutnya dari pengajaran pada hari ini dan paparan slaid yang dapat menarik perhatian pelar untuk terus fokus.

Pelajar memberi respon atau bertindak balas kepada penerangan guru.

Pelajar menjawab salam guru.

Kaedah:Perbincangan, refleksi, kuiz dan penyoalan.

KBKK:Menguji kefahaman dan dapat membuat refleksi.

Refleksi : ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6