eksperimentasi seni berkonsepkan holografi seni berkonsepkan... · intensitas maupunfasa citra...

24
EKSPERIMENTASI SENI BERKONSEPKAN HOLOGRAFI .. Lai Suak Fang R 851 Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus) H64 ll85 2007 2001

Upload: duongkien

Post on 20-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EKSPERIMENTASI SENI BERKONSEPKAN HOLOGRAFI

..

Lai Suak Fang

R 851 Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Seni Halus) H64 ll85 2007 2001

1

,...

I'usm 1'\.hidmal M 3KlUmat Akaae1lU UNIVERSlTl MALAYSIA SARAW~

P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK 04300 Kota SarnarabaDUNIMAS

1111111111111111111111111 10001~1115

EKSPERIMENTASI SENI BERKONSEPKAN HOLOGRAFI

LAI SUAKFANG

Projek ini merupakan salah satu keeperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

Seni Halus

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

UNlVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN ATATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: Experimentasi Seni Berkonsep Holografi

SESI PENGAJIAN:2004-2007

Saya LAI SUAK FANG

Mengaku membenarkan tesis/Laporan*ini disimpan di Pusat Khidmat maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. TesislLaporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesisl laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

5. *Sila tandakan --J

D SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti tennaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)

D TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasilbahan di mana penyelidikan dijalankan)

D TIDAK TERHAD

~Mk~ ~

Tandatangan Penulis Ta~a:gan Penyelia l-

Tarikh: Tarikh: ~9 M€I :uJo1

Alamat Tetap: Lot 1273, Lorong 9, Krokop, 98000 Miri, Sarwak.

Catatan:*Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah,Sarjana dan Satjana Muda

*Jika Tesis!Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis! laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

,.....

Projek bertajuk Experimentasi Seni berkonsep holografi telah disediakan oleh Lai Suak Fang dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus.

Diterima 1ftuk diperiksa oleh: - ~

L -

Encik Anuar Ayob) Tarikh:

A.8 ~el ~1

I

PENGHARGAAN

Saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

kepada penyelia kursus saya yang telah banyak memberi pertolongan kepada saya

dalam menjayakan penulisan ilmiah ini iaitu Encik Anuar Bin Ayob. Selain itu,saya

juga menghargai jasa baik pensyarah seperti Encik Zulkalnain Zainal Abidin, Encik

Yakup Mohd Rafee, Encik A wangko Hamdan, dan Encik Wan Jamarul. Terima kasih

diucapkan atas pertolongan sarna ada dari segi pemberian maklumat yang berkesan

dalam menjayakan projek tahun akhir saya at au pun memberi tunjuk ajar dalam

progress menghasilkan projek ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya

yang banyak memberi sokongan dari segi kewangan. Saya juga ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

menjayakan projek tahun akhir ini. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada rakan-rakan saya, kerana telah memberi komen dalam hasil kerja saya, supaya

saya dapat mengetahui kelemahan hasil kerja saya.

I ,....

ABSTRAK

Kajian ini penting dalam memperkenalkan seni berkonsepkan Holografi

kepada orang ramai. Selain itu, juga merupakan suatu kejayaan dalam kombinasi

antara seni dan holografi . Dengan perkembangan teknologi yang maju sekarang,

hologram banyak digunakan dalam bidang pendidikan, seni, perubatan, perhiburan

dan lain. Hakikatnya, hologram bukan sahaja sebagai fenomena sains atau teknologi.

I

,...

ABSTRACT

The aim ofthis research is to introduce holography concept to others. Besides

that it is successful in combination between art and holography. Nowadays, hologram

widely use in variety offields such as education, art, medication, and entertainment

and others. It is not only the phenomena ofscience or technology.

I

,.... ,. J:'usat Khidmat MaKlumat Akadenu UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAj

Q4100 KOla Samarahan

lSI KANDUNGAN

BAB 1: PENGENALAN

Definisi 1

Sejarah 2-3

Objektif kajian 4-5

Hipotesis 6

Masalah kajian 6-7

Skop kajian 7

Kepentingan kajian 8-9

Kaedah penyelidikan 9-10

BAB 2: KARYA PERIBADI

Tafsiran Istilah 11

Penyataan Artis 11-16

Artis Rujukan 16-18

Bahan Rujukan 19

Cahaya 19-21

Asap 21-24

Hasil Experimen 24-35

Rumusan 35-36

RUJUKAN 37

LAMPlRAN 38-42

l

BAB 1:

PENGENALAN

Definisi

Holografi merupakan suatu seni cahaya kontemporari yang dihasilkan oleh

laser (satu akronim untuk penguatan cahaya yang didorong dari emission radiator atau

bahang). Dengan penyataan lain laser merupakan satu peralatan yang membolehkan

cahaya diinput dengan pantas dan menghasilkan satu sinaran monokromatik yang

sempit dan berkesan.

Holografi merupakan satu proses yang digunakan untuk menghasilkan imajan

3 Dimensi dengan percanggahan pantulan cahaya ke atas filem fotografi atau

permulcaan 2 Dimensi tanpa menggunakan kamera. Ia merupakan satu keadah yang

lebih canggih daripada fotografi, kerana ia dibenarkan menghasilkan imajan dalam 3

Dimensi. Perkataan "Halos" telah membawa bermaksud sempurna, dan "gramma"

pula membawa maksud mesej. Hologram pula bermaksud satu imajan yang dihasilkan

daripada pantulan cahaya dari sesuatu objek dan pantulan cahaya dari laser. Ia bentuk

3 Dimensi dan disertai oleh ruang-ruang.

Selain itu, hologram juga merupakan satu ruang persendirian yang dipancar

oleh cahaya, dan wama. Teknologi holografi telah memberi sumbangan kepada dunia

seni. Ia umpama metafora sebagai jambatan antara bidang sa ins dan seni mahupun

sebagai kunci penting dalam menjaminkan masa hadapan seni. Holografi menjadi satu

tumpuan baru dalam bidang seni kerana dapat menghasilkan imajan yang berkualiti

dari aspek elemen seni iaitu dari segi warna, ruang, cahaya, tekstur dan sebagainya. Ia

juga berfungsi menyampaikan maklumat dengan sempurna.

Menurut Taufiq W Soewardjo Dosen, Desain Produk Institut Teknologi

Bandung,

,

"Perkataan holografi berasal dari dua kata Yunani, yakni holos

yang bererti semua atau lengkap dan graphien yang bererti merakam

atau menulis kerana metodenya mampu merakam kedua informasi

intensitas maupunfasa citra objek dengan lengkap"

Experimentasi seni merupakan percubaan seni dalam sesuatu eksperimen

untuk mencapai sesuatu hasil. Perkataan eksperimentasi sebenamya berdasarkan

kepada perkataan asalnya "eksperimen". Karya pengkarya merupakan eksperimentasi

seni dalam menggunakan konsep holografi. Dengan bantuan elemen dan prinsip, hasil

kerja pengkarya akan kelihatan lebih menarik dan berunsurkan seni.

Sejarah

Sejarah holografi

Holografi diperkenalkan pada tahun 1947 oleh seorang ahli sains Hungarian

atau British yang bemama Dennis Gabor. Beliau mendapat ilham mengenai teori

holografi semasa berkerja dalam mengembangkan satu mikroskop eletron. Akhirnya

Gabor memperkenalkan hasilnya sebagai "An experiment in serendipity", perkataan

ini membawa maksud sesuatu eksperimen yang baik dan ia terjumpa secara tidak

sengaja. Perkataan satu lagi iaitu "begun too soon." adalah satu lagi maksud yang

menghuraikan tentang [akta Gabor.

Apabila karya pertama holografi Gabor dipamerkan, ia telah mendapat

sambutan yang hang at. Akhirnya, beliau berjaya memenangi penghargaan Nobel pada

tahun 1971. Tetapi penciptaan beliau kurang berjaya sehingga menjumpai laser pada

tahun 1960. Walaubagaimanapun, beliau telah menyumbang jasa yang tidak dapat

dilupai iaitu memperkenalkan holografi dan mengembangkan teori tersebut kepada

g erasi seterusnya. Rakan-rakan sejati Gabor seperti G.L. Rogers, A.B.Baez, HEI­

2

Sum, P.Kirkpatrick dan M.E.Haine juga memainkan peranan yang amat penting

dalam mengembangkan ho 10grafi.

Pada tahun 1963, hologram pertama dalam 3 Dimensi pula berjaya dihasilkan

oleh Emmett Leith and Juris Uptneik di Michigan di USA. Mereka mendapat ilham

dan bermula mengkaji holografi dalam 3 Dimensi daripada kerja kertas Gabor yang

bemama "simply out of curiosity". Mereka telah membuat keputusan mencontohi

Gabor menggunakan laser dan "oJJ-axis" teknik yang dipinjam dari hasil kerja mereka

sendiri. Akibat dari kesungguhan mereka, mereka telah berjaya menghasilkan satu

hologram dalam bentuk 3 Dimensi yang bemama "A Toy Train and Bird". Hasil

mereka merupakan "Transmission Hologram" yang boleh menghasilkan imajan

dengan jelas dan realistik tetapi imajan tersebut hanya dapat dilihat dengan

menggunakan laser light.

Sejarah seni holografi

Artis yang pertama menghasilkan karya hologram adalah Salvador Dali.

Beliau selalu mengambil berat dalam mengaji peluang menghasilkan illustrasi yang

berisipadu. Sebelum laser diperkenalkan, Dali telah menggunakan "stereoscopic

vision" untuk menghasilkan holografi. Dengan cara ini, hasil karya adalah lebih

natural, dan beliau berhasrat untuk menghasilkan 3 Dimensi dengan menggunakan

cara ini.

Beliau juga menggunakan plastic panels yang mengandungifine cell. Dengan

panel ini kesan timbulan dapat dihasilkan. Akhirnya, beliau telah berjaya

menghasilkan beberapa karya hologram seperti "A landscape with the .flies" dan

"Laokoon, tormented by the flies" dengan menggunakan cara ini. Kedua-dua karya

adalah berkaitan dengan serangga.

3

Beliau meneruskan kajian tentang stereoscopic imajan, dengan usaha ini,

beliau telah mendapati pantulan bagi dua cermin yang berlainaan akan bert emu di

sudut 60'. Kajian Salvador Dati merupakan satu kajian baru dan agak berbeza dengan

kajian holografi Dennis Gabor kerana telah menggunakan laser. Buku "Ten recipes of

immortality" telah dipapar oleh Dali untuk memperkenalkan dua cara pencetakan

holografi iaitu First stereoscopic "estamp". Pada tahun 1972, Dennis Gabor telah

mengadakan pameran dari 5 April hingga 13 May, Nedler's Gallery di New York.

Objektif Kajian

Tujuan pengkarya memilih "Eksperimentasi Seni berkonsepkan holografi"

sebagai kajian pengkarya kerana ingin memperkenalkan seni holografi kepada orang

awam, terutamanya pelajar Universiti Malaysia Sarawak.

Pengkarya mendapati kesedaran orang awam mengenai kewujudan konsep

holografi adalah kurang. pengkarya mengambil inisiatif untuk membantu mereka

memperkenalkan, dan memahami ho10grafi, maka pengkarya menghasilkan projek

tahun akhir dengan menggunakan konsep holografi.

Disamping itu, pengkarya juga teringin menghasilkan sesuatu karya yang

berkonsepkan media baru. Aplikasi konsep holography dalam seni merupakan satu

konsep yang amat sesuai dalam seni kontemporari zaman terkini. Holografi

merupakan media baru dalam bidang seni, ia juga boleh dianggap sebagai bahasa

visual baru. Bahasa visual baru membolehkan kita mangalami sesuatu perasaan,

emosi ataupun melihat terhadap paparan visual. Sebagai contoh wayang stereo, kita

sukar menges an perbezaan antara khayalan dan kebenaran dengan tayangan wayang

stereo.

4

Dalam kursus seni halus, pengkarya berjaya mengabungkan seni elektronik

dan sains dalam menghasilkan karya instalasi pengkarya. Holografi sebenar

merupakan satu bahagian kursus multimedia, gabung dengan filem, video, audio,

fotografi, dan mempunyai "visual language" sendiri. Selain itu, seni holografi

merupakan satu kombinasi seni dan sains.

Oleh sebab, tiada kajian lepas mengenai karya yang berkaitan dengan seni

holografi, maka pengkarya menggunakan peluang ini untuk menghasilkan karya yang

berkonsepkan holografi. Oleh kerana tema ini masih baru, dan menarik telah

membangkitkan semangat pengkarya untuk menghasilkan karya ini.

Untuk menghasilkan karya ini pengkarya telah men cuba pelbagai jenis

material dalam proses penghasilan konsep holografi, tujuannya adalah untuk mencari

material yang paling sesuai untuk menjayakan Projek Tahun Akhir pengkarya. Pada

mulanya, pengkarya menggunakan kain sebagai percubaan. Seterusnya cermin, air,

kapas, asap, kaca pun digunakan. Dengan beberapa kali mengeksplorasi, pengkarya

mendapati asap paling sesuai dalam menjayakan kerja eksperimentasi ini. Dengan

eksperimen akhir ini, pengkarya mula mencari imajan yang sesuai dalam

menghasilkan hologram dengan bantuan zarah-zarah asap.

Hipotesis

Kajian eksperimentasi seni pengkarya akan berjaya dengan menggunakan asap

dalam pembentukkan imajan-imajan seperti hologram. Oleh kerana asap terbentuk,

daripada susunan zarah-zarah yang jauh dari satu sarna lain, jadi apabila zarah-zarah

tersebut menerima pantulan cahaya, pantulan cahaya dapat mengikut zarah-zarah asap

emenuhi seluruh bekas kaca dan menebusi dari depan bekas kaca sehingga ke

5

adalah

belakang. Dengan konsep ini, imajan atau video 3 Dimensi yang mempunyai elemen

ruang dapat dihasilkan.

Imajan-imajan yang dihasilkan tidak dapat disentuh ia hanya dapat dilihat

seeara visual kerana imajan-imajan tersebut hanya terdiri daripada zarah- zarah udara

yang bersusun jauh antara satu sarna lain.

Masalab Kajian

Seni Holografi masih dianggap barn dikalangan negara kita, dan masih tidak

mempunyai pengetahuan yang luas tentang holografi, walaupun tahap pendidikan

mereka sudah mencapai tahap universiti. Ini adalah disebabkan pendedahan mereka

terhadap holografi masih tidak mencukupi. Kebanyakkan mereka pernah melihat

hologram melalui filem bernnsur sains, contohnya, Star Trek, Star Wars, Red Dwarf,

dan Quantum Leap. Tetapi dukacitanya mereka tidak sedar bahawa imajan tersebut

hologram. Oleh itu, seni holografi masih menghadapi masalah kurang

kepopularan dikalangan masyarakat.

Selain itu, perbelanjaan yang lumayan juga perlu digunakan dalam

menghasilkan hologram. Ini menjadi salah satu sebab yang telah menyebabkan negara

kita kurang menghasilkan karya yang menggunakan konsep holografi. Orang ramai

lrurang mengetahui tentang hologram juga disebabkan peluang untuk terdedah kepada

pameran hologram amat kurang.

Holografi juga tidak pemah menjadi sukatan pelajaran dalam sekolah

menengah atau jarang diajar di Universiti kecuali dalam sesetengah pelajaran sains

dan teknologi ataupun dalam bidang seni. Dengan kekurangan sukatan pelajaran

berkaitan dengan holografi, maka kesedaran orang ramai mengenai ilmu pengetahuan

daJam holografi adalah kurang juga.

6

Oleh sebab, projektor yang digunakan untuk menghasHkan eksperimen

pengkarya tidak dapat menghasilkan pancaran cahaya yang seperti laser, imajan­

imajan yang dihasilkan tidak mencapai satu impak yang berkualiti, imajan-imajan

yang dihasilkan akan nampak kurang jelas dan wamanya kelihatan kurang kontra.

Asap-asap yang dimasuk dalam bekas kaca tidak dapat kekal lama, ia akan

menghilang dalam udara dalam masa sejam ataupun kurang daripada itu. Eksperimen

ini telah menyebabkan imajan yang baru wujud tidak dapat kekal lama. Oleh itu

masukan asap haruslah selalu dilakukan supaya masalah ini dapat diatasi. Walau

bagaimanapun, masalah ini telah merumitkan proses penghasilan hologram pengkarya.

Skop Kajian

Dalam kajian pengkarya, pengkarya lebih mengutamakan elemen ruang dan 3

Dimensi. Kedua-dua elemen seni telah memberi pengaruh yang besar terhadap

keseluruhan karya pengkarya. Hal ini adalah disebabkan oleh, ruang dan 3 Dimensi

adalah berkait Tapat dengan konsep holografi yang digunakan dalam kajian pengkarya.

Karya pengkarya dianggap berjaya apabila mesej 3 Dimensi dan ruang disampaikan.

Daripada karya ini, kita dapat melihat pelbagai saiz rod silinder yang berbentuk 3

Dimensi dihasilkan melalui pancaran cahaya. Sementara itu, ruangan juga wujud

antara satu rod silinder dengan silinder yang lain.

Selain daripada ruang dan 3 Dimensi, elemen warna juga memainkan peranan

yang penting dalam sesebuah karya hologram untuk menghasilkan kesan menarik.

Dengan eksperimen yang telah dibuat sebelum ini, warna yang kontras dapat

menghasilkan kesan yang lebih berkesan berbanding dengan wama yang gelap atau

udar. Wama kontras juga membantu dalam menghasilkan 3 Dimensi terhadap

s uatu imajan.

7

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting dalam memperkenalkan seni dalam konsep Holografi

kepada orang ramai terutama pelajar Unimas. pengkarya mend apat i kebanyakkan

orang tidak pernah melihat atau memahami seni holografi walaupun terdapat dalam

filem Dalam minda kebanyakkan orang masih tertanya-tanya "Apa itu Hologram?".

Oleh sebab itu, pengkarya menggunakan peluang ini untuk menghasilkan serta

mempamerkan seni Holografi.

Selain itu, kajian ini juga merupakan suatu percubaan baru dan ia dianggap

sebagai satu simbolisme yang baru kepada kursus Seni Halus. Tujuannya,

memperkenalkan kepada orang ramal Seni Holografi merupakan satu sukatan

akademik dalam kursus Seni Halus.

Selain itu, kejayaan satu konsep kombinasi antara seni dan holografi adalah

satu kenyataan. Kajian ini juga merupakan satu kombinasi sains dan seni. Orang

pertama yang memperkenalkan holografi adalah seorang ahli sains yang bernama

Dennis Gabor dengan menggunakan pengetahuan sains. Lama-kelamaan holografi ini

telah diceburi dalam bidang seni atas sebab ia berpotensi dalam menyampaikan mesej

mengenai ruang, 3 Dimensi dan warna. Holografi ini dianggap amat sesuai dalam

menyampaikan sesuatu mesej secara realisme dalam 3 Dimensi. Dengan panduan atau

sokongan penyataan dan kajian artis-artis sebelum ini, pengkarya telah menghasilkan

satu kombinasi Holografi dalam Seni Halus.

Cadangan dari seorang pengkritik filem dan video iaitu John Hanhadardt

bahawa hologram juga sesuai digunakan dalam menyampaikan isu hari ini dengan

gabungan seni instalasi. Dengan perkembangan teknologi yang maju sekarang,

eknologi video dan audio telah digunakan bersama dengan hologram dalam pameran,

kuliah, dan persembahan. Biasanya kegiatan tersebut akan dijalankan di mUZlUm,

8

Wliversiti luar negara, atau tempat awam. Ia juga boleh digunakan dalam bidang

pendidikan, seni, perubatan, perhiburan dan lain, tidak hanyalah sebagai fenomena

sains atau teknologi. Walaupun cadangan ini hanya popular di luar negara, tetapi

Holografi dalam seni dalam konsep holografi di Malaysia semakin berkembang.

Sebagai contoh, kita berpeluang menikmati hologram di Petrosains yang terletak di

bangunan KLee Suria di Kuala Lumpur. Menurut Encik Hasnul Jamal Saidon, seni

dalam hologram banyak diaplikasi dalam masyarakat sekarang dan mempunyai

pelbagai kegunaan, termasuk digunakan di muzium.

Kaedah PenyeUdikan

Pengkarya menggunakan dua sumber rujukan untuk menjayakan kajian

"Eksperimentasi Seni berkonsepkan Holografi", iaitu rujukan primer dan rujukan

sekunder. Kedua-dua sumber ini telah banyak membantu dalam menghasilkan

penulisan tentang Projek Tahun Akhir.

Pengkarya telah menemu ramah salah seorang pekerja "PetroSains" sebagai

rujukan primer. Melalui temuramah yang ringkas itu saya mendapati hologram yang

dipapar di Petrosains tersebut merupakan hasil pantulan cahaya laser. Selain itu kanta

cekoog juga digunakan supaya imajan yang terhasil dapat diwujudkan di satu ruang

udara tanpa sokongan skrin.

Pengkarya telah menemu ramah ringkas dengan seorang pekerja di PetroSains

yang bernarna Hazalliana. Beliau telah membantu serba-sedikit dalam Projek Tahun

Akhir pengkarya. Menurut beliau hologram yang dihasilkan di Petro Sains ialah

menggunakan kaedah "Transmission holograms" iaitu hologram dihasilkan dengan

enggunakan pantulan cahaya laser dengan bantuan kanta cebung dan sebagainya.

9

Rujukan sekunder yang telah digunakan adalah buku rujukan yang mengenai

holografi dan bahan internet seperti penulisan dan imajan yang dipaparkan di laman

web holografi. Method kuatitatif telah digunakan untuk menghasilkan projek tahun

akhir saya. Pengkarya telah membuat kajian di Petrosains untuk mengetahui

bagaimana mereka menghasilkan hologram yang begitu berjaya.

Selain itu, pengkarya juga memberi perhatian terhadap hasil hologram

pengkarya semasa membuat kerja eksperimentasi. Pengkarya telah menggunakan

pelbagai jenis bahan untuk menjadi eksperimen hologram contohnya asap, kain, kapas,

gelas dan cermin. Tetapi hasil yang paling memuaskan hati adalah, hologram yang

terhasil akibat asap, ini adalah kerana bahan ini telah menghasilkan satu imajan

seolah-olah berada dalam keadaan ilusi .

..

10

light

BAB2

KARYA PERIBADI

Tafslran IstiJah

Dalam bahasa Greek perkataan "Hologram" dapat dipisahkan dalam dua

perkataan yang tunggal iaitu 'holo' dan 'gram'. Dalam bahasa Greek, 'Holo'

membawa maksud sempurna, 'gram' pula bermaksud masej. Dengan gabungan istilah

tersebut hologram telah membawa maksud satu teknik yang boleh menyampaikan

malcsud bagi sesuatu imajan dengan sempurna.

Penyataan Artis

Terdapat banyak artis yang telah menghasilkan karya mereka dengan

menggunakan holografi. Antara mereka adalah, Rockne Krebs, Dani Karavan, and

Horst H.bauman telah mencapai kejayaan dalam menghasilkan holografi dengan alam

sekitar. Artis-artis ini, menggunakan tema-tema yang berkaitan dengan sejarah,

artistik kontemporari, seni bina, dan teknologi mahupun mekanikal. Tetapi artis yang

paling menonjol dalam bidang ini adalah Margaret benyon, Harriet Casdin-silver,

Dieter Jung, Paula Dawson, Michael Wenyon and Susun Gamble, Rudie Berkhout,

Georges Dyens, Douglas Tyler and Shunsike Mitamura. Perasaan kagum akan wujud

terhadap hubungan antara teknikal dan estetik dalam kerja pengasas seni holografi

-.._u· Margaret Benyon. Benyon telah menggunakan pelbagai jenis teknik seperti

-light-monochromatic holograms", "tree-dimensional object holograms", "white

transmission holograms" dan "rainbow holograms" untuk menjayakan

Jogram, dengan ini beliau bertujuan untuk mengeratkan jurang antara teknologi

. dan penglihatan manusia biasa.

11

Dalam bidang persembahan multimedia pula terdapat ahli muzik atau artis

seperti Lowell Cross, Paul Earls, Iannis Xenakis, Joel Stein dan Carl Fredrik

Reutersward telah terlibat dalam kajian ini disertai dengan pencapian yang cemerlang.

Terdapat juga kerjasama antara ahli sains dengan pengarca. Contohnya, David Tudor

seorang ahli sains dan pengarca Carson Jaffries telah menghasilkan suatu karya

dengan menggunakan media campuran pada tahun 1969-70. Karya tersebut telah

dinamakan "Video-Laser I and If'. Selain itu, terdapat juga karya lain, iaitu "The sky

opera Icarus". Karya ini dihasilkan pada tahun 1983 oleh Ouo Piene dan Gunther

Schneider-Siemssen.

Figura 1 alto pienelPaul Earnls,

Karya: The sky opera Icanls Tahun : 1983

Medium : Holografi dan aera

Dalam pameran OUo Piene und das CA VS di Badischer Kunstverein pada

tahun 1988. Paul Earls telah mempamerkan penyataan ini sebagai target artictik.

Penyataan adalah seperti berikut:

"Beauty, power, mystelY, poetry, wit, eloquence, evolutiona!,

unique, derivative, virtuosic, subtle, direct, playfit!, transparent. abstract.

enigmatic, complex, multi-layered, effortless, sophisticated, simple,

12

distinct personality-all (these) qualities (can be) found in the best music,

such as a Mozart opera. It is my ambition also."

Melalui penyataan di atas, pengkarya telah mendapati holografi merupakan

sesuatu yang amat dikagumi dan susah dinyatakan secara langsung, tetapi dapat

dirasakan dengan sepenuh jiwa.

Tanpa hairan, tentulah imej holografi juga digabung dengan bunyi alam

sekeliIing, "computer image" yang berkaitan dengan grafik. Penglibatan karyawan

terhadap holografi bukan setakat ahli sains dan artis, terdapat juga ahli muzik, pereka

grafik, juru photo, pengarca, juru video, arkitek, jurutera dan sebagainya.

Figura 2 Dani Karavan,

Karya:Homage to Galileo Galalei laser display in Florence Tahun:1978

Pengkarya berasa kagum terhadap sesetengah art is holografi apabila

mengetahui isi tersirat yang mgm disampaikan oleh karya holografi mereka.

Contohnya, Dani Karawan, seorang ahli seramik. Beliau telah telah menghasilkan

karya yang bertajuk "Environment for Peace" pada tahun 1978. Karya ini telah

menyampaikan satu masej iaitu "Kesetiaan kepada Galileo Galilei", Galileo Galilei

merupakan satu tempat yang senantiasa dikenang oleh Dani Karawan.

l3

Selain itu, seorang pereka grafik German atau Juru foto yang bernama Horst

H.Baumann. Beliau telah menghasilkan satu projek alam sekitar di Dusseldoif pada

tahun 1976. Beliau telah menggunakan satu argon laser yang mewakili Huruf N

(Neighbourhood) menyeberangi bandar Rhine. Neighbourhood bermaksud kejiranan

dalam bahasa English. Seolah-olah Horst HBaumann teringin menyampaikan sesuatu

mesej melalui karyanya.

Figura 3: Ktuya: Horst HBaumann, Lasercape, produced with the LASCAN, system for the Philips, COIporation

during the international Telecommunications e.xhibition in Berlin. Tahun: 1985.

Terdapatjuga artis seperti Iannis Xenakis telah menghasilkan suatu karya yang

bemama "Polytope If' pada tahun 1972. Ini merupakan satu karya yang ditunjukan di

ruang dalaman dan merupakan satu pertunjukkan yang besar sarna dari segi audio atau

video. la ditafSir oleh Iannis Xenakis sebagai "cosmos" iaitu angkasa lepas.

Harriet casdin-Silver pula berkerjasama dengan seorang jurutera yang

bemama Stephen Benton dalam membuat hologram. Beliau telah menggunakan era

/lation untuk menyampaikan hologramnya. Sebelum 1968, beliau telah membina

14

Pu' Khidm r MH U 1 t k' de UNl ERSITJ MALAYSlA SARAW.

4300 Kota S....w~~....

ruang keluli tahan berkarat, dalam pameran tersebut karya beIiau telah disertai dengan

buny~ kesan cahaya dan penyertaan penonton.

Resomary H.Jackson merupakan seorang pengasas Muzium Holografi.

Berdasarkan penyataan beliau di atas, beliau menyokong holografi boleh digunakan

dalam bidang seni. Menurut art is Resomary H.Jackson,

"Holography, like most technologies and all art forms, is a true

craft. It is still in the process of becoming. Sometimes imagery which is

meaningful, appropriate or effective is abandoned for what is possible,

easy and available. This is changing as we learn to create, rather than

holography catches up with imagination. The promise that holography

holds is beginning to be fulfilled by artist who see in the medium a new

way to express themselves through pure light and color. The elegance

and sophistication of their imagery and their creative use of the

techniques, belie any notion that holography is too young for 'real art '.

Holography has simply become their new paint brush, a unique conduit

for age-old creative expression. "

P yataan Salvador Dali terhadap holografi,

"The three-dimensional reality interested artists from the age of

Velaskes; presently analytical cubism of Picasso has tried to take

possession of Velaskes's 3-D reality. Now. due to the genius of Gabor,

holography has made possible art renaissance, and the doors of a new

area ofcreativity have opened ahead ofme".

c:nurut Frithiopff Johansen Pulheim, 10th June 1988'

" ...difficult to describe holography as an art/orm and

artmedium, ifyou try to get beyond the usual external description

and concentrate on ideas, aesthetics and media characterization ­

15

Oleh itu,

especially if you want to use the standards otherwise used when

you discuss pictorial arts. "

" ... science is not art (use of intuition) and art is not

science (exploration, discovery, recognition) neither of the two is

fanscinating. When best both are circling around the same matter

in la complementary x-form: science aiming at the truth, now and

then hitting beauty, art aiming at beauty, now and then hitting the

truth.

Melalui penyataan di at as, dapat dilihat bahawa perasaan percintaan dan

pandangan istimewa terhadap holografi. Menurut Berkhout pula telah menganggap

holografi seolah-olah sebagai suatu benda boleh dilukis dengan sinaran cahaya iaitu

"Draw with light'.

Melalui pembacaan, pengkarya telah memahami holografi yang dinyatakan

sebelum ini telah melibatkan elektronik muzik dan elektronik nyalaan iaitu pantulan

inaran laser dalam suatu ruang dalaman yang besar seperti Iannis Xenakis. Selain itu,

pengkarya juga didapati audio dengan visual yang ditayangkan adalah berkaitan rapat.

banyak Juru Holografi telah menggunakan peralatan muzik dalam

menghasilkan karyanya.

Selain daripada menggunakan asap, cermm Juga boleh digunakan dalam

menghasilkan kesan Hologram. Sarna ada ia digunakan dalam bentuk piramid atau

bentuk lain yang mempunyai pelbagai sudut.

Rujukan

Artist rujukan pengkarya adalah Pascal Gauchet. Beliau telah menggunakan

instalasi untuk memyembahkan karyanya. Contoh karyanya telah beliau

16