pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin...

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 107 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 12-Aug-2020

27 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 107

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

Sistem Bahasa

Bahagian A

A. Golongan Kata

Kata Penguat

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan

menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu:

1. Kata Penguat Hadapan

Perkataan yang terletak di hadapan kata adjektif.

Contoh: terlalu, paling, agak

Contoh ayat:

Sungai itu agak dalam.

Masakan isterinya paling sedap.

2. Kata Penguat Belakang

Perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.

Contoh: sekali, benar, nian

Contoh ayat:

Cantik benar rumah di atas bukit itu.

Kemas sekali jahitannya.

3. Kata Penguat Bebas

Perkataan yang kedudukannya bebas iaitu sama ada di hadapan atau di

belakang kata adjektif.

Contoh: amat, sangat, sungguh

Contoh ayat:

Sungai itu sangat dalam

Pemandangan di tepi pantai itu indah sungguh.

Soalan:

A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling

sesuai.

1. Indah suasana pada waktu pagi di kampung itu.

A. nian

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

B. agak

C. paling

D. sangat

2. Cuaca pada hari ini mendung dan berangin juga.

A. agak

B. paling

C. sangat

D. sungguh

3. Laluan yang untuk ke bandar telah ditutup kelmarin.

A. terbaik

B. terkecil

C. terbesar

D. terdekat

4. Kami amat senang dengan layanan yang kamu berikan sepanjang

percutian kami di sini.

A. nian

B. betul

C. sekali

D. sungguh

5. Janganlah kamu mudah menerima kedatangan tamu yang tidak

dikenali itu.

A. agak

B. benar

C. paling

D. begitu

6. Inilah dewan yang yang dapat kami sediakan untuk anda semua.

A. terluas

B. terlebar

C. terhebat

D. terpanjang

7. Papan iklan itu adalah yang besar pernah dihasilkan di negara ini.

A. amat

B. paling

C. teramat

D. tersangat

8. Kecaman yang pedas sekali itu dilontarkan oleh wakil dari Selangor.

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

A. amat

B. begitu

C. terlalu

D. tersangat

9. Penjelasannya itu jelas dan semua pihak nampaknya telah berpuas

hati.

A. agak

B. paling

C. sungguh

D. memang

10. Kuat angin yang bertiup tadi sehingga terbang segala kertas yang

ada di atas meja itu.

A. nian

B. benar

C. begitu

D. belaka

Soalan B

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan

sama ada A, B, C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika

tiada kesalahan.

1. Mereka terkejut melihatkan haiwan yang begitu besar sekali itu berada di

kampung tersebut selamna ini.

A. begitu besar

B. terbesar sekali

C. paling besar sekali

D. begitu besar sekali

2. Jurang di bawah laut yang paling dalam sekali di dunia terletak di Filipina.

A. paling dalam

B. terdalam sekali

C. paling terdalam

D. paling dalam sekali

3. Begitu kagum sekali Harun melihat ikan toman sepanjang dua meter yang

dipelihara oleh Pak Don itu.

A. Agak kagum

B. Agak kagum betul

C. Agak kagum benar

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

D. Begitu kagum sekali

4. Baju ini kelihatan sungguh cantik betul apabila dipadankan dengan aksesori ini.

A. amat cantik sekali

B. begitu cantik benar

C. paling cantik sekali

D. sungguh cantik betul

5. Suara penyanyi itu adalah yang paling merdu sekali.

A. yang merdu sekali

B. yang termerdu amat

C. yang termerdu sekali

D. yang paling merdu sekali

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Gangguan bekalan air yang berlangsung di daerah itu telah berjaya diatasi.

II Persandingan anak pembesar negeri itu berlangsung tiga hari tiga malam.

III Larangan memasuki bandar itu berlangsung mulai dari hari Isnin.

IV Pertemuan dua orang menteri besar itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri.

A. I dan II

B. II dan IV

C. I, II, dan III

D. II, III, dan IV

2. I Burung helang itu berputar-putar di udara sebelum menyambar mangsanya.

II Untuk kami memahami penjelasannya yang berputar-putar itu sangat sukar.

III Kapal terbang itu berputar-putar beberapa kali sebelum terhempas ke bumi.

IV Menara KL mempunyai sebuah restoran berputar-putar.

A. I dan II

B. III dan IV

C. I, II, dan III

D. I, II, III, dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

1. Tumirah tidak akan sekali-sekali menyerahkan adik- adiknya yang masih kecil

kepada keluarga angkat.

A. tidak akan sekali

B. tidak akan sekali-kali

C. tidak akan sekali-sekala

D. tidak akan sekali-sekali

2. Sambil menjunjung sebuntil beras di kepalanya, Puan Anjali menjinjing sebakul

ikan sepat di tangan kirinya.

A. Sambil menjulang sebuntil beras

B. Sambil menatang buntil beras

C. Sambil memikul buntil beras

D. Sambil menjunjung buntil beras

3. Pesakit itu amat lemah selepas menjalankan pembedahan jantung.

A. dijalankan pembedahan jantung

B. menjalani pembedahan jantung

C. pembedahan jantung berjalan

D. menjalankan pembedahan jantung

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Puan Hasnah tidak sekali akan melupakan suaminya yang telah meninggal

dunia itu.

II Jangan mudah terperdaya oleh puji-pujian yang diberikan orang kepada kita.

III Oleh sebab tidak rela dimadu, Puan Erma meminta cerai daripada suaminya.

IV Apa-apa juga yang diperkatakan oleh rakannya yang gemar berbohong itu

tidak dipercayainya lagi.

A. I dan II

B. II dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

2. I Manakala menunggu keretanya siap dibasuh, Encik Farid membaca akhbar.

II Lelaki-lelaki yang mencolek kedua-dua anak jutawan itu telah diberkas polls.

III Lori yang bermuat dengan berpuluh-puluh tong gas itu mengalami kerosakan.

IV Wanita yang diperisteri oleh Encik Mazlan itu janda beranak satu.

A. I dan III

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

3. I Puteri yang dijadikan permaisuri oleh raja itu direstui rakyat.

II Walaupun kulitnya amat hitam legam, budak itu disukai oleh rakan-rakannya.

III Dia berharap agar kejadian itu menjadi pengajaran kepada anak-anaknya.

IV Berdasar pada prestasi semasa Lim, dia tidak mungkin dapat mengalahkan

Ravin.

A. I dan IV

B. II dan III

C. I, III, dan IV

D. II, III, dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Kebanyakan pelajar kurang gemar mengulang kaji pelajaran di

perpustakaan kerana peraturan yang diguna pakai mengehadkan aktiviti

mereka.

A. Undang-undang yang diaplikasi di perpustakaan menyebabkan pelajar tidak

suka menelaah pelajaran yang terhad di sana.

B. Undang-undang perpustakaan yang ketat mengehadkan aktiviti pelajar, oleh

itu tidak sesuai dijadikan tempat menelaah pelajaran.

C. Oleh sebab peraturan perpustakaan mengehadkan aktiviti mereka, banyak

pelajar yang kurang suka menelaah pelajaran di situ.

D. Dengan adanya peraturan yang ketat di perpustakaan, aktiviti pelajar

menjadi terhad dan hal ini mengurangkan minat mereka untuk belajar di situ.

2. Peluang Hafiz Hashim untuk melangkah ke perlawanan akhir semakin

cerah berikutan kekalahan Lin Dan kepada Lee Hyung Ii.

A. Hafiz Hashim berpeluang memasuki perlawanan akhir selepas Lee Hyung Ii

tumpas di tangan Lin Dan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

B. Kekalahan Lin Dan kepada Lee Hyung Ii mencerahkan peluang Hafiz Hashim

untuk memasuki perlawanan akhir.

C. Hafiz Hashim berpeluang untuk memasuki perlawanan akhir jika dia dapat

menewaskan Lee Hyung Ii yang menumpaskan Lin Dan.

D. Hafiz Hashim berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas Lee Hyung Ii

menumpaskan Lin Dan.

3. Pemecatan Encik Govinda daripada jawatan yang disandangnya

mengejutkan kakitangan syarikat itu.

A. Kakitangan Syarikat itu terkejut apabila Encik Govinda dipecat daripada

jawatannya.

B. Pemecatan jawatan Encik Govinda mengejutkan kakitangan yang

menyandang syarikat itu.

C. Encik Govinda mengejutkan kakitangan syarikat itu dengan memecat

jawatan yang disandangnya.

D. Encik Govinda dipecat daripada jawatannya kerana mengejutkan kakitangannya.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Rahimah yang degil itu akhirnya dapat dipujuk oleh ayahnya untuk melanjutkan

pelajaran ke universiti tempatan.

Keadaan ini dikatakan _____________

A. hari tidak selamanya panas

B. batu pun empuk, jangankan hati manusia

C. kepala sama hitam, hati lain-lain

D. rusa masuk ke kampung

2. Sementara menunggu pokok kelapa yang ditanam oleh mereka berbuah, Pak

Seman dan isterinya menanam sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Perbuatan mereka ibarat

A. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu

B. berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

C. diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

D. ringan tulang berat perut

3. Setelah hampir tiga puluh tahun Sulaiman merantau dari sebuah negara ke

sebuah negara, akhirnya dia kembali ke tanah airnya semula.

Keadaan ini dikatakan _____________

A. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

B. turutkan hati mati, turutkan rasa binasa

C. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

D. setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

Bahagian B:

1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak

perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Raziq merasa sungguh gembira kerana dapat menimba

ilmu daripada seorang pakar masakan yang terkenal.

(ii) Azamawati mencuci ikkan-ikan air tawar itu

menggunakan air asam jawa untuk menghilangkan bau

tengik.

(iii) “Himpunan majalah-majalah lama itu akan disimpan di

dalam kotak sebelum dijual,” kata Cikgu Ramli kepada Shila

dan Murni.

(iv) Anak perempuan Puan Rosnani yang berusia lima bulan

itu sangat jelita.

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Beberapa orang peserta sedang mendengar penerangan

tentang cara-cara menconteng batik daripada usahawan muda

itu

(ii) Abang Kamal dan rakan-rakannya akan menyertai

ekspedisi motorsikal berkuasa tinggi pada hujung bulan ini.

(iii) Seni muzik gabus menjadi bukti kepada teori kedatangan

Islam dari Semenanjung Tanah Arab,” kata pensyarah itu.

( /3)

3. Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

Teknik : Kenal pasti :

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

Subjek : Ali / Saya / Mereka

Kata kerja : membaca

Objek : buku itu

Frasa sendi / hubung : di bilik

2. Tukar kedudukan subjek dan objek. Frasa sendi / hubung kekal di belakang

Nota : Subjek (orang) pihak pertama (saya & kami) dan kedua (kamu dan kalian)

tidak boleh guna “di…oleh”

Contoh : Saya membaca buku itu di bilik

Buku itu saya baca.

Hanya subjek pihak ketiga (dia & nama orang) guna “di…oleh”

Mereka membaca buku itu di bilik

Buku itu dibaca oleh mereka di bilik.

Latihan :

(i) Puan Wafa merendam pakaian yang kotor itu di dalam baldi.

_____________________________________________________________________

(ii) Saya baru sahaja meminjam basikal itu daripada Pak Abu.

_____________________________________________________________________

(iii) Doktor gigi akan mencabut gigi Nazrin yang bergoyang itu.

_____________________________________________________________________

(iv) Pihak penaja telah mengadakan sesi uji bakat di Dewan Mestika semalam.

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

(v) Badri dan ayahnya sedang menebang pohon-pohon buluh dibelakang rumah.

_____________________________________________________________________

( /10)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai

dengan gambar tersebut.

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

Penulisan :

A. Ringkasan (15%)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan tentang kebaikan

menggunnakan internet dalam pendidikan .

Dalam mengadaptasi kemudahan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran

di sekolah, masih ada tanggapan negatif yang mengatakan internet hanya sebagai

menambahkan koleksi sahabat pena di kalangan pelajar. Malahan internet diberikan

gambaran yang buruk-buruk seperti kegiatan melayari laman web pornografi. Jika masyarakat

memikirkan internet dari sudut negatif sahaja, maka pengaplikasian internet dalam proses pengajaran

dan pembelajaran tidak akan berkesan.

Jika diteliti kelebihan internet secara mendalam, tanggapan di atas meleset sama sekali. Internet

sebenarnya mampu menyediakan pelbagai sumber maklumat dan khidmat pendidikan yang bersifat

luas dan berharga. Kini bukan lagi satu khayalan apabila pelajar dan guru dengan mudah dapat

melawat dan masuk ke perpustakaan seluruh dunia untuk pelbagai tujuan seperti

mendapatkan sumber-sumber penyelidikan, mempertingkatkan penguasaan bahasa asing dan

mengetahui keunikan pelbagai budaya di dunia.

Kini sudah terdapat perpustakaan elektronik dalam internet yang dapat membantu

para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikan mereka. Perpustakaan itu akan menyediakan

sebuah pintu masuk yang bersifat maya untuk membolehkan penggunanya mengakses pelbagai

sumber maklumat yang turut diperkaya dengan unsur-unsur multimedia seperti teks, gambar,

bunyi dan video. Teknologi internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru

dan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman web di

setiap sekolah. Laman web boleh dijadikan sebagai saluran yang berkesan untuk mewartakan segala

kegiatan yang dilaksanakan di sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di

camping itu, laman web juga boleh diakses oleh para pelajar dan guru atau pihak lain yang berminat.

Sebagai sebuah rangkaian yang bersifat global, internet membolehkan sekolah -

sekolah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan seperti projek penyelidikan.

Salah satu bidang penyelidikan atau eksperimen yang sesuai dilaksanakan menggunakan

internet ialah penggunaan fungsi suara dan video. Hasil daripada penyelidikan ini bolehlah

digunakan di persekitaran sekolah atau disebarkan melalui rangkaian sidang video antara sekolah-

sekolah di seluruh negara.

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek. Panjang

karangan anda antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Syarahan

Panduan Menulis Karangan Syarahan

1. Karangan jenis syarahan atau dikenal juga sebagai pidato merupakan karangan

berformat.

2. Berikut adalah format yang perlu diikuti apabila menulis karangan jenis ini.

(a) Kata alu-aluan kepada para hadirin. Kata-kata ini mestilah mengikut

pangkat seperti Yang Mulia, Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Yang

dihormati, dan lain-lain.

(b) Kata-kata penghadapan diselang-selikan antara satu atau dua perenggan.

Antara kata-kata penghadapan yang biasa digunakan ialah, Hadirin yang

dihormati, Hadirin dan hadirat sekalian, Tuan-tuan dan puan-puan,

Saudara-saudari, dan lain-lain. Penulisannya hendaklah dimulakan

betul-betul di sebelah kiri dan selepas dilangkau satu baris daripada isi

sebelumnya.

3. Kandungan syarahan terbahagi kepada tiga, iaitu :

(a) Pendahuluan – Berisi kata alu-aluan.

(b) Isi – Memuatkan perkara-perkara penting yang hendak disampaikan

(berdasarkan tajuk yang diberi). Berikan definisi tajuk dan setiap fakta

mestilah dihuraikan dan ada contoh yang sesuai. Isi perlu diselang-seli

dengan kata-kata penghadapan seperti Tuan-tuan dan puan-puan, Hadirin

yang dihormati sekalian, dan sebagainya.

(c) Penutup – Memuatkan kesimpulan, ucapan maaf dan terima kasih.

4. Dalam peperiksaan, karangan jenis ini lazimnya dikemukakan dalam bentuk

pertandingan. Oleh hal yang demikian, anda perlu memberi kata-kata pujian

kepada hakim yang mengadilinya, seperti Tuan Hakim yang arif lagi bijaksana

atau yang sama maksud dengannya.

5. Untuk menulis syarahan yang bermutu, anda mestilah mengemukakan isi yang

bernas, tepat, dan jelas.

Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Anda boleh juga menyelitkan

jenaka yang sopan atau kata-kata kiasan untuk menghindarkan perasaan jemu para

pendengar.

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

Contoh:

Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan pada peringkat negeri.

Tajuk syarahan anda ialah “Ke Arah Memupuk Tabiat Menabung dalam Kalangan

Remaja”. Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana,

tuan-tuan dan puan-puan, serta hadirin yang dihormati. Tajuk syarahan saya pada hari

ini ialah "Ke Arah Memupuk Tabiat Menabung dalam Kalangan Remaja".

Tuan-tuan dan puan-puan,

Menabung merupakan tabiat yang harus dipupuk dalam kalangan anak-anak

sejak mereka kecil lagi ibarat "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Hal ini

disebabkan oleh menabung remaja akan banyak memperoleh faedah. Antaranya

mereka dapat menggunakan wang tabungan tersebut untuk melanjutkan pelajaran di

peringkat yang lebih tinggi atau pada waktu keeemasan.

Ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak. Mereka perlu

menjadi idola kepada anak-anak untuk menabung. Oleh itu, ibu bapa perlu

menyediakan sebuah tabung yang menarik bentuknya supaya anak-anak dapat

memasukkan baki wang saku sekolah pada setiap hari. Kemudian, ibu bapa hendaklah

membawa anak-anak ke bank supaya anak-anak menyimpan wang tersebut dengan

eara yang lebih selamat.

Hadirin yang dihormati,

Kerajaan telah mewujudkan Skim Pelaburan Nasional untuk menggalakkan

masyarakat membuat pelaburan dengan cara yang paling selamat. Contohnya melalui

program Amanah Saham Wawasan, kerajaan berusaha menarik para remaja di negara

kita agar melabur secara berdikit-dikit bertepatan dengan pepatah "sedikit-sedikit

lamalama menjadi bukit". Pegawai-pegawai pelaburan ditugaskan memberi ceramah

di sekolah-sekolah seluruh negara dan memilih penyanyi terkenal sebagai jurucakap

program tersebut.

Dalam hal ini, pihak bank dan institusi kewangan di negara kita turut

memainkan peranan. Pelbagai promosi dan program melabur dijalankan oleh pihak

bank untuk menarik perhatian penyimpan muda. Contohnya Bank Simpanan Nasional

dan Tabung Haji telah melaksanakan skim galakan simpanan untuk penyimpan muda.

Penyimpan yang paling banyak menabung akan diberi hadiah dan ganjaran berupa

wang tunai.

Selain itu, pihak sekolah melalui Kelab Kewangan boleh menganjurkan

ceramah tentang cara pengurusan wang secara selamat. Pegawai bank yang tinggal

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

berdekatan dengan sekolah diminta untuk memberi penerangan tentang perancangan

berbelanja, keperluan berbelanja, dan faedah menabung. Dengan cara demikian murid

akan mendapat pendedahan tentang pengurusan kewangan yang lebih selamat dan

akan timbul minat suka menabung untuk kebaikan masa depan mereka.

Sebelum mengundur diri, dapat saya simpulkan bahawa kejayaan dalam usaha

memupuk minat menabung dalam kalangan remaja umpama menyediakan payung

sebelum hujan dan melibatkan semua pihak seperti ibu bapa, pihak kerajaan, pihak

sekolah, dan institusi kewangan. Sekian, terima kasih.

LATIHAN

1. Dalam MingguBahasa sekolah anda, anda telah mewakili kelas anda untuk

meyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah Mengumpul Setem”

2. Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringka daerah anjuran Persatuan

Pengguna. Tajuk syarahan anda ialah "Pengguna Berhemah Asas Kesejahteraan

Negara".

Program Bahasa Melayu Edubest SM107_PT3_2020 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · dalam ayat-ayat yang berikut . mungkin mempunyai kesalahan . dalam penggunaan bahasa atau . mungkin juga tidak. Tandakan

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my