punca perbuatan buli di sekolah berlaku

Upload: norhalimahmahat

Post on 13-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PUNCA PERBUATAN BULI DI SEKOLAH BERLAKU

Isu buli di sekolah merupakan masalah displin yang serius di sekolah. Isu buli ini hangat diperkatakan keranabeberapa kes buli telah menyebabkan kecederaan yang serius dan ada juga kematian. Sesungguhnya isu ini tidakharus dipandang ringan oleh masyarakat kerana isu ini boleh mengganggu perkembangan bidangpendidikan yang sememangnya penting untuk kemajuan negara. Berluasanya isubuli telah menjadikan sistem pendidikan negara terganggu kerana sesetengah pelajar tidak dapatmenumpukan perhatian kepada pelajaran kerana menjadi mangsa buli. Apakah yang menyebabkan masalah buli di sekolah kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa? Sebenarnya terdapat beberapasebab berlakunya perbuatan membuli di sekolah.Faktor pertama berlakunya perbuatan buli ialah sikap pelajar berkenaan. Banyak kajian menunjukkanbahawa kebanyakan pelajar yang membuli ini adalah pelajar yang kurang berdisiplin. Pelajar inididapati selalu bergaduh sama ada dengan adik-beradik ketika berada di rumah dan bergaduh dengan kawan-kawan jika berada di luar rumah. Sebahagian daripada perlakuan buli yang dilakukan juga bertujuan untukmembalas dendam atau menyakiti fizikal seseorang serta mahu mendapatkan perhatian daripadaorang lain. Pelajar ini biasanya mempunyai kawan-kawan yang berkelakuan negatif seperti menghisap rokok, bergaduh dan ponteng sekolah.Masalah yang dihadapi oleh pelajar itu dalam keluarga juga boieh menyebabkan kegiatan buli berlaku. Pelajar berkenaan ingin membalas dendam kerana di rumah mereka sering dimarahi dandidenda oleh ibu bapa. Hal inl disebabkan mereka selalu berkelakuan tidak baik kepadaahli keluarga. Selain itu, ibu bapa yang sering tiada di rumah kerana sibuk bekerja juga telahmenyebabkan pelajar berkenaan tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. Oleh itu,mereka sering melakukan kesalahan disiplin termasuklah membuli untuk mendapatkan perhatian daripadaibu bapa mereka.Faktor pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca kepada terjadinya kegiatan membuli.Pengaruh rakan sebaya dalam tingkah laku seseorang memang tidak dapat disangkal lagi. Terdapatpelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan. Mereka seronok melihat pelajar yang dibulimenangis atau marah kepada mereka. Lebih menjejaskan keadaan apabila perbuatan buli ini boleh membawakepada kecederaan atau kematian.Perbuatan buli juga boleh berpunc a daripada pengaruh media massa. Media massa yang palingberpengaruh ialah televisyen dan permainan video.Dewasa initerdapat banyak stesen televisyenyang menayangkan filem yang berunsur ganas. Sewajarnya pihak media perlu memastikanprogram yang disiarkan di televisyen tidak mendatangkan kesan negatif kepada golongan muda, terutamanya peiajar sekolah.Pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan kepada berlakunya gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolahdapat berperanan dengan baik. Sesungguhnya, pelajarakanmenjadi semakin nakal jika mendapati pihak jawatankuasa disiplin sekolah tidak mengambil tindakandisiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Antara masalah disiplinyang perlu diambil tindakan dengan segera ialah bergaduh, menghisap rokok dan ponteng sekolah.Jika pihak jawatankuasa disiplin sekolah dapat memainkan peranan dengan proaktif, maka sudahpastilah gejala buli dapat dibanteras.