punca- punca pencemaran sungai

3
Pencemaran sungai ialah: Perubahan sifat-sifat zikal, kimia atau biologi air sehingga menjejaskannya apa apa kegunaan yang berfaedah serta mengancam kesihatan, keselamatan dan kebajikan penduduk, hidupan lain serta tumbuhan. PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI DI MALAYSIA Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Selain itu, arna air sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau-hijaun. !esannya, hidupan akuatik akan musnah dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menenangkan.

Upload: jj-tan

Post on 06-Oct-2015

154 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

come on

TRANSCRIPT

Slide 1

Pencemaran sungai ialah:Perubahan sifat-sifat fizikal, kimia atau biologi air sehingga menjejaskannya apa-apa kegunaan yang berfaedah serta mengancam kesihatan, keselamatan dan kebajikan penduduk, hidupan lain serta tumbuhan.PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI DI MALAYSIAPembuangan sampah sarap ke dalam sungaiSampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Selain itu, warna air sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau-hijaun.

Kesannya, hidupan akuatik akan musnah dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menenangkan.

Lazimnya, aktiviti pembuangan sisa-sisa ke dalam sungai ini adalah perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mementingkan keuntungan semata-mata. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaanya akan mengalirkan sisa-sisa daripada kilang ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa sisa tersebut. Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut.

Kesannya, sungai akan dicemari dengan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan kimia yang merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai untuk didiami hidupan-hidupan akuatik.

SISA DARI KILANG

Kegiatan pembalakan merupakan kegiatan penebangan pokok-pokok untuk tujuan pembangunan dan industri pembuatan. Pencemaran sungai ini terjadi apabila ikatan zarah tanah menjadi longgar disebabkan akar pokok yang mengikat struktur tanah tersebut telah mati akibat daripada aktiviti penebangan. Oleh itu, tanah akan terhakis dengan mudah dan menyebabkan air sungai dicemari dengan tanah tersebut. Selain itu, ranting-ranting pokok dan kayu-kayu yang dibuang ke dalam sungai juga akan menyebabkan sungai-sungai tersekat. Kesannya, bencana alam seperti banjir kilat dan wabak penyakit akan berlaku dan kualiti air untuk tujuan domestik akan menurun berikutan adanya mendapan tanah yang banyak di dalam air sungai. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan pembalakan dapat memberikan kesan buruk terhadap sungai.AKTIVITI PEMBALAKAN