punca buli

5
Punca-punca fenomena buli Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini. Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Agama mengajar para pelajar untuk menghormati orang lain dan menjalankan peranan sebagai manusia berperikemanusian berlandaskan kepda pegangan agama masing-masing. Namun pada masa kini terdapat segelintir pelajar tidak mengendahkan seruan agama masing-masing. Mereka sanggup membuli hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Hal ini menyebabkan anak-anak kurang mendapat didikan agama dan penerapan nilai-nilai moral secukupnya daripada ibu bapa mereka.Kesannya anak-anak akan mengalihkan perhatian mereka terhadap perkara-perkara negatif dan lebih mudah terpengaruh dengan masalah-masalah sosial yang akan merosakkan diri mereka sendiri. Kawalan ibu bapa yang longgar juga menyebabkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka sendiri. Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Gejala ini dikatakan pengaruh rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan

Upload: junior-celestinus

Post on 10-Feb-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Asalada

TRANSCRIPT

Page 1: Punca Buli

Punca-punca fenomena buli

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Agama mengajar para pelajar untuk menghormati orang lain dan menjalankan peranan sebagai manusia berperikemanusian berlandaskan kepda pegangan agama masing-masing. Namun pada masa kini terdapat segelintir pelajar tidak mengendahkan seruan agama masing-masing. Mereka sanggup membuli hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Hal ini menyebabkan anak-anak kurang mendapat didikan agama dan penerapan nilai-nilai moral secukupnya daripada ibu bapa mereka.Kesannya anak-anak akan mengalihkan perhatian mereka terhadap perkara-perkara negatif dan lebih mudah terpengaruh dengan masalah-masalah sosial yang akan merosakkan diri mereka sendiri. Kawalan ibu bapa yang longgar juga menyebabkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka sendiri.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Gejala ini dikatakan pengaruh rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka.Malah ibubapa dan guru tidak menjadi model dalam kehidupan remaja kini.Mereka lebih percaya dengan rakan seusia untuk berkongsi masalah.Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya.Rakan sebaya boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah diri seorang pelajar. Kawalan daripada ibu bapa penting untuk mengelakkan anak-anak mereka daripada bergaul dengan rakan-rakan yang terlibat dengan masalah sosial.

Page 2: Punca Buli

Media massa juga merupakan salah satu pengaruh terhadap punca berlakunya kes-kes buli.Media massa menyiarkan drama atau filem yang memaparkan aksi pergaduhan yang berbahaya dan ini mendedahkan kepada pelajar yang menontonnya.Mereka mudah terpengaruh oleh apa yang ditontoni mereka dan meniru aksi-aksi yang dipertontonkan tanpa menyedari akibat daripada perbuatan mereka.Paparan melalui media cetak dan elektronik banyak memaparkan adegan buli.

Masalah desakan hidup juga menjadi punca berlakunya masalah buli.Hal ini demikian kerana pengabaian ibu bapa terhadap tanggujawab mendidik anak-anak sehinggakan mendorong mereka mencari kebebasan di luar rumah.Tekanan perasaan yang dialami oleh remaja disebabkan oleh desakan hidup seperti masalah kewangan, penderaan, kepincangan institusi keluarga, dan kesunyian hidup menyebabkan mereka melepaskan tekanan perasaan dengan pelbagai cara seperti membuli rakan yang lain untuk melepaskan kemarahan.

Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain. Terdapat segelintir guru-guru pada masa kini kurang prihatin terhadap masalah buli ini. Mereka hanya membiarkan perkara tersebut dan menganggapnya ianya sebagai perkara yang ringan sahaja. Pemantauan yang jarang dijalankan menyebabkan masalah buli semakin menjadi-jadi di dalam sekolah. Hukuman yang tidak seberapa dikenakan terhadap pembuli juga menyebabkan para pembuli semakin berani untuk membuli.

Selain itu, terdapat juga pembuli yang pernah menjadi mangsa buli. Ini adalah kerana mereka masih tidak dapat melepaskan diri daripada trauma terdahulu yang menyebabkan mereka menjadi pembuli. Mereka cuba melepaskan ketakutan dan keseksaan yang dialami terdahulu kepada mangsa mereka. Akan tetapi, pada masa yang sama mereka juga akan terkenang masa lampau mereka yang menyakitkan. Ini akan menyebabkan mereka berasa lebih menderita. Keadaan inilah yang menyebabkan mereka menjadi lebih agresif dan seterusnya menyebabkan mangsa buli mereka mengalami kecederaan yang lebih serius.

Keinginan untuk mendapat perhatian orang juga merupakan salah satu faktor penyebab berlakunya kejadian buli. Mereka ingin melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian orang lain terutamanya ibu bapa mereka yang selalu sibuk bekerja. Mereka kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga dan ini akan menyebabkan mereka berasa kesunyian dan ingin mendapat kasih sayang daripada rakan-rakan dan guru mereka. Akan tetapi, mereka tidak mengetahui cara yang betul untuk meluahkan perasaan mereka. Selain itu, terdapat pembuli yang menghadapi masalah dalam keluarga mereka seperti pergaduhan ibu bapa dan penceraian ibu bapa yang akan menyebabkan mereka berasa tertekan dan tidak mengetahui cara yang betul untuk meluahkannya. Ini adalah kerana mereka takut sekiranya kelemahan dan masalah yang mereka hadapi diketahui orang lain akan menjatuhkan maruah dan ego mereka terutamanya kepada lelaki. Selain itu, pengaruh daripada media massa yang berunsurkan keganasan juga mendorong perbuatan buli. Orang

Page 3: Punca Buli

ramai akan terdedah dengan unsur yang negatif ini dan ada di antara mereka yang mengikut perlakuan tersebut. Ini akan meningkatkan gejala buli di sekolah.

Salah satu contoh kes buli yang berlaku ialah kes buli di dungun, terengganu dimana seorang pelajar parah akibat dibelasah oleh lima pelajar lain di sebuah sekolah menengah di bandar Bukit Besi.Mangsa dipercayai diserang dan dipukul dengan kerusi dan disepak di beberapa bahagian tubuh pada waktu rehat, kira-kira puku 10.50 pagi.Mangsa yang ditempatkan di wad HHT terpaksa menggunakan kerusi roda kerana sukar bergerak. Pada Mac 2004, negara kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar sekolah agama yang ditemui mati di dalam tandas akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior.

Pada 2007 pula seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam. Pada 2008 pula sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali, Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka.Manakala pada februari 2009 pula seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube.

Pada Mac 2009 pula seorang pelajar, Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok. Dan akhir sekali kes buli yang yang dilaporkan ialah hanya disebabkan tidak puas hati memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.