punca pencemaran
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

SOALAN 2
Pengenalan
“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi sebaliknya kita
hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulah sebahagian daripada kata-kata
Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam
sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi
tanggungjawab setiap manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.
Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar
1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah “sebarang perubahan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-
mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan
hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan
berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau
organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan”.Oleh itu, pencemaran secara umumnya boleh
ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke
alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Pencemaran dapat dikategorikan kepada empat bentuk iaitu:
A. Punca Pencemaran
Secara umumnya pencemaran boleh berpunca daripada alam semulajadi dan kesan aktiviti
manusia.Kebakaran hutan akibat panahan petir dan letupan gunung berapi merupakan
pencemaran yang diakibatkan oleh alam semulajadi. Namun ia tidaklah seteruk seperti kesan
pencemaran oleh aktiviti manusia. Bumi secara umumnya mampu menyerap pencemaran oleh
alam semulajadi. Oleh itu, akviti manusia lebih dominan yang menyebabkan pencemaran alam
seperti yang sering terpampang di dada akhbar yang tidak sunyi daripada berita mengenai
pencemaran alam.
Udara Air
Bunyi Tanah

Rajah 1: Punca pencemaran oleh aktiviti manusia.
I. Kenderaan dan Janakuasa
Pembakaran bahan api untuk kenderaan dan janakuasa yang tidak sempurna menghasilkan gas
karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan plumbum atau asap. Biasanya asap
yang dibebaskan merupakan bahan pencemar alam sekitar yang paling ketara. Asap
mengandungi zarah karbon yang terhasil daripada pembakaran bahan api. Apabila karbon ini
terdapat dengan banyak di atmosfera, ia boleh menyebabkan wap air terkondensasi di
Pencemaran bahan buangan kilang. Pencemaran bunyi. Asap dari kilang. Asap dari lori balak. Asap dan pencemaran bunyi dari kapalterbang atau jet. Sampah sarap / bau busuk. Pembakaran sampah secara terbuka. Muzik dari kawasan kediaman melebihi had. Kebakaran terbuka di kawasan rumah. Asap kenderaan. Pembalakan / penebangan pokok

sekelilingnya pada cuaca yang sejuk dan membentuk asbut.Bahan pencemar yang lain ialah gas
berasid seperti oksida sulfur dan oksida nitrogen. Gas-gas ini bertindak dengan oksigen dan wap
air untuk membentuk asid yang turun bersama air hujan sebagai hujan asid. Hujan asid ini serta
bahan pencemar yang lain memberi beberapa kesan yang buruk ke atas kesihatan manusia serta
haiwan yang lain, tanaman, bangunan dan iklim.
II. Industri Perkilangan
Pencemaran juga boleh berlaku akibat aktiviti perkilangan seperti pembuangan sisa toksik ke
dalam sungai dan tasik. Antara contoh yang dapat dilihat ialah pembuangan sisa cecair dan
pepejal kilang kelapa sawit, getah, plastik dan sebagainya. Kilang-kilang perindustrian seperti
kilang melebur bijih, kilang kertas, kilang papan, kilang kimia (baja, insektisid dan herbisid)
perindustrian pembinaan dan kilang radioaktif juga menghasilkan banyak gas-gas beracun dan
bahan-bahan lain ke udara. Bahan pencemar yang terhasil termasuklah gas beracun seperti sulfur
dioksida dan nitrogen dioksida serta debu-debu. Bahan-bahan ini bukan sahaja menyebabkan
pencemaran udara dan tanah tetapi ia juga boleh menyebabkan penyakit bronkitis, lelah, sakit
mata dan paru-paru serta kanser respirasi.
III. Industri Pertanian
Pencemaran daripada industri pertanian adalah disebabkan oleh hasil buangan cecair atau pepejal
secara tidak terancang. Bahan buangan seperti aliran air yang bercampur dengan racun makhluk
perosak, baja, sisa makanan dan najis haiwan dialirkan ke dalam sungai atau sesuatu kawasan.
Kebiasaanya ia berlaku di tempat-tempat yang jauh dari pandangan masyarakat sekeliling. Ianya
boleh menyebabkan pencemaran air dan tanah. Penghasilan debu yang berlebihan daripada
pembajakan dan asap daripada proses pembakaran pula meenyebabkan berlakunya pencemaran
udara.
IV. Pembalakan Tidak Terancang
Kegiatan pembalakan yang tidak terancang menyebabkan negara kita kehilangan banyak
kawasan tadahan hujan. Ini menyebabkan berlakunya banjir kilat seperti yang kerap berlaku di
kawasan sekitar Kuala Lumpur. Ketiadaan kawasan tadahan hujan juga menyebabkan

berlakunya hakisan yang akhirnya membawa kepada tragedi tanah runtuh. Peristiwa tanah runtuh
seumpama ini banyak berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini.
V. Industri Perkapalan
Tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal atau pengurusan tidak sempurna di kawasan
persisiran pantai boleh mengakibatkan pencemaran. Ianya akan menyebabkan kemusnahan
kepada hidupan laut seperti ikan dan karangan laut. Keadaan ini menyumbang kepada
kekurangan sumber makanan khususnya makanan laut dan juga menjejaskan ekonomi penduduk
setempat khususnya di kawasan perkampungan nelayan. Seperkara lagi, apabila pantai negara
kita kotor ini akan menjejaskan industri pelancongan negara.
VI. Pembakaran Terbuka
Pembakaran terbuka untuk selalunya terjadi akibat aktiviti pertanian dan pembangunan.
Pembakaran terbuka menyebabkan peningkatan kepekatan gas karbon dioksida dan
karbonmonoksida yang menyebabkan kesan rumah hijau. Api dari pembakaran ini bukan sahaja
menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di
sekitarnya. Selain itu, asap yang berlebihan di udara menyebabkan jerebu yang mengakibatkan
penduduk di kawasan itu mengalami sesak nafas, asma dan jarak penglihatan yang terlalu dekat.
Ia membahayakan kerana boleh mengakibatkan kemalangan.
VII. Aktiviti harian
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan
perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan
banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang
digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.
Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca
pencemaran udara.

Kesimpulan
Dalam mengejar pembangunan dan kemajuan, aspek alam sekitar sering diabaikan kerana ia
dianggap tidak penting. Ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan
terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan
pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan
pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan
hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan
pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.
Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak
mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada alam sekitar, patuh
kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang
perlu rasional menangani keadaan ini.