punca kegemukan

Upload: mohd-hafiz-jamaludin

Post on 07-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    1/72

    Punca Kegemukan #1 Makanan

    Inilah punca utamanya! Kita tidak akan kegemukan jikakita hanya minum air kosong dan hirup udara.

    Realiti ini sepatutnya kita terima dan tidak boleh disangkal lagi, makananlah

    yang membina LEMAK yang berlipat-lipat di badan kita sehingga kita kelihatan

    lebih tua dari usia, jalan termengah-mengah, berpeluh tak tentu tempat, sakitlutut, darah tinggi, kencing manis, malas, berat, tak bersemangat, susah nak

    dapat kerja (*sebab diaorang kata orang gemuk ini malas).

    Berbagai lagi musibah yang melanda kita yang ada masalah kegemukan.

    Kita kena tahu badan kita sebenarnya perlukan berapa banyak

    makanan (kalori) dalam seharian. Biasanya, wanita 1800 kalori manakala lelaki

    2200 kalori.

    Kalau kita makan lebih dari kuota 1800 2200 kalori ini, maka kita

    akan naik berat badan sedikit demi sedikit, kerana untuk naikkan 1kg berat badan

    kita kena kumpul 8000 kalori.

    Kalau makanan adalah puncanya, bagaimana kita hendak atasinya?

    Caranya,

    (1) Cari penganti makanan yang boleh berikan khasiat yang cukup dan kalori yang

    minimum.

    (2) Makan dengan berhemah, kunyah perlahan-lahan, makan dalam kuantiti yangsedikit tetapi banyak kali

    (3) Minum air kosong yang banyak (setiap 25kg berat badan kita perlu 1L air)-denganminum air yang banyak, kita boleh kawal selera makan kita.

    (4) Mula ambil kira berapa sebenarnya kalori yang kita makan dalam sehari.

    INGAT YA, kita bukannya tidak boleh makan langsung, tapi kita masih

    perlu berikan badan kita makanan yang SECUKUPNYA, kerana dari makananlah kitadapat tenaga dan bahan-api untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik.

    Bahan-api tiada = tiada tenaga = badan tidak sihat

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    2/72

    Punca Kegemukan #2 KURANG

    AKTIVITI SEHARIAN

    Pada edisi sebelum ini, saya mengupas tentang Makanan sebagai puncautama kegemukan, kali ini ia berkaitan dengan aktiviti kita seharian.

    Zaman dahulu, dimana makanan susah untuk didapati, kita terpaksamendaki bukit, meredah hutan, mengejar kijang (teruk juga nak berlari ni),

    sepanjang hari hanya untuk makan sekali pada malamnya!

    Namun sekarang, ia menjadi sangat mudah. Kalau memandu di jalan raya,

    siap ada Drive Thru lagi. Kalau tampal sticker kat cermin depan siap bolehdapat aiskrim free lagi tu!

    Sekarang makanan diproses di kilang dan diletakkan di almari pasaraya.Tidak perlu lagi kita berkejar-kejar untuk mendapatkan makanan. Memang susah untuk

    kita dengar yang kita kebuluran kerana kurang makanan.

    Fenomena ini menyebabkan kita malas dan kurang bergerak. Duduk sahajadi ofis, kedai makan, depan TV, atas katil yang empuk.

    Kalau pergi berjalan-jalan pun ada esklator, lif, kalau kat airport tu, kita panggil walk-

    atorkot.

    Apabila aktiviti harian kita menjadi sangat minimum, kemampuan untuk membakarmakanan (metabolisma) yang kita makan akan menjadi sangat lemah. Badan kita

    hanya akan membakar sedikit sahaja kerana badan tidak perlu tenaga yangbanyak disebabkan aktiviti kita yang kurang, tapi kita makan banyak!!

    Apa yang perlu kita buat untuk atasi masalah ini?

    Kita boleh lakukan macam-macam untuk meningkatkan aktiviti kita dalam seharian.

    CONTOH;

    1) Kalau pergi ke pejabat, kita parkinglah kereta kita di tempat letak kereta yang

    paling jauh sekali dari pintu masuk pejabat.

    2) Kalau pejabat tingkat 30, kita naik lif sampai tingkat 24, lepas tu panjat tangga

    6 tingkat. Masa balik turun sampai tingkat 8, lepas tu turunlah tangga. Turun tak

    penat sangat, jadi buat lebih sikit!

    3) Kalau pergi pasaraya pun sama, parking jauh-jauh dari pintu masuk.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    3/72

    4) Depan TV kita angkat-angkatlah sikit dumble ke, atau beli alat senaman

    yang jenis pijak kiri dia naik kanan, pijak kanan dia naik kiri, yang elok baru

    RM150.

    5) Cuci kereta sendiri. Kalau duduk apartment yang tiada paip kat bawah tu

    lagi syok, angkat baldi air dari rumah!

    6) Bercucuk tanam, sayur ke, bunga ke, kalau duduk rumah tinggi tu, kat

    veranda atau tepi tingkap masih boleh letak pasu yang kecil-kecil tu.

    7) Kalau rajin SENAMAN! Sikit-sikit dahulu pun tak jadi masalah.

    Banyak lagi cara untuk kita tingkatkan aktiviti badan kita. Kalau nak seronok,

    keluar duit sedikit, beli jam yang boleh kira berapa kalori yang kita bakar

    sehari melalui aktiviti yang kita lakukan seharian. Buat rekod! Harganya RM450-RM600

    dan biasanya dijual di kedai barangan senaman.

    Kita tak perlu lakukan sekaligus, senaman atau aktiviti fizikal secara

    mendadak. Ini akan menyebabkan otot kita terkejut. Mulakan perlahan-lahan

    dan tambah dari minggu ke minggu.

    Kalau kita tekad untuk lakukannya dan konsisten, bayangkan setahundari sekarang? Pasti kita akan langsing, menarik, sihat, cergas, pantas

    dan bertenaga!

    Setahun tu bukannya lama sangat, tsunami yang berlaku sebelum ini pun dah

    4 tahun lepas!

    Lakukan sedikit perubahan sekarang. Berdiri dan duduk 5 kali SEKARANG! Lihatkita dah bakar 5-10 kalori dah!

    Amalkan hari ini lebih baik dari semalam!

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    4/72

    Home

    About

    Produk

    Punca Kegemukan #3: KETURUNANSebelum ini saya sudah kupas tentang Makanan dan Aktiviti Harian

    sebagai punca-punca kegemukan.

    Pernah tak dengar orang kata, satu keluarga aku gemuk,nenek, ibu, abang, adik, kakak, semuanya gempal-gempal belaka.

    Sebenarnya, Keturunan juga membawa sedikit pengaruh terhadap badan

    kita, sama ada ia senang gemuk atau tidak.

    Bagaimana kaitannya ya?

    Dahulu kala, mungkin 1000 atau 3000 tahun dahulu, nenekmoyang kita hidup dalam kesusahan bergantung pada kawasan mereka

    tinggal.

    Sekumpulan tinggal di kawasan yang mudah untuk dapat makanan, dan

    mereka makan mungkin sekali sehari.

    Manakala sekumpulan lagi tinggal di kawasan yang amat sukar untuk dapatkan

    makanan. Mereka mungkin makan sekali dalam 3-4 hari.

    Penyesuaian akan berlaku pada badan mereka ini. Kadar metabolisma (pembakaran

    makanan) akan menjadi amat berbeza antara kedua-dua kumpulan ini.

    Kumpulan yang pertama, agak tinggi dengan kemampuan untuk menyimpan lemakyang agak rendah.

    Kumpulan yang kedua pula, metabolismanya sangat rendah dan mempunyai kemampuan

    menyimpan lemak yang SANGAT tinggi!*Lemak disimpan supaya boleh digunakan untuk jana tenaga dalam 3-4 hari

    kemudiannya yang mana makanan tiada.

    Genetik jenis-jenis ini tertulis terus ke atas DNA (DeoxyriboNucleic Acid) kita dan ia

    kekalsehingga sekarang.

    Bayangkan kita berada di kumpulan kedua, Metabolisma rendah dan kemampuan

    menyimpan lemak yang tinggi. Jadi badan kita akan mudah menyimpan lemak.

    http://cyberslimcenter.com/bloghttp://cyberslimcenter.com/blog/about/http://www.cyberslimcenter.com/http://cyberslimcenter.com/bloghttp://cyberslimcenter.com/blog/about/http://www.cyberslimcenter.com/
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    5/72

    Yang jadi masalahnya kita makan 3 kali sehari, bukan tiga hari sekali!

    Jadi lemak yang tersimpan akan kekal disimpan kerana tidak pernah kita nak guna

    sebab tiada waktu darurat.

    Jika anda rasa ada tergolong dalam kumpulan kedua, maka anda kena

    jaga makan dan tingkatkan aktiviti harian. Anda lebih cenderung untuk menjadigemuk.

    Tapi kita janganlah salahkan nenek-moyang kita pulak. Pilihan masih terletakpada tangan kita untuk jadi sihat langsing atau gemuk sakit.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    6/72

    Punca Kegemukan #4: Kekurangan Zat

    dalam Makanan

    Sebelum ini, saya dah tulis 3 punca membuatkan kita gemuk.

    Makanan, kadar aktiviti harian dan keturunan. Kali ini saya tulis

    sedikit tentang masalah kekurangan zat dalam makanan kita seharian.

    Baiklah, pernah tak rasa lapar, kemudian kita makan meegoreng kosong dengan teh o ais limau kurang manis, tetapi 2 jam

    selepas itu, kita rasa lapar semula dan kita terpaksa makan

    pula karipap 2-3 ketul.

    Kenapa perkara ini berlaku ya?

    Lapar bermaksud sel dalam badan kita meminta zat-zatmakanan tertentu dari kita. Contohnya, ia perlukan protein lebih

    kurang 35g bagi mengimbangi dan menjalankan fungsi tertentu.

    Tetapi malangnya kita cuma makan mee goreng yang hanya mengandungikarbohidrat (mee), lemak (minyak masak) dan garam. Ini akan memberikan

    rasa kenyang sebentar. Sel badan kita masih menagih protein.

    Jadi selepas beberapa jam, sel badan kita akan menghantar signalkepada otak supaya beritahu kita supaya makan lagi.

    Kita akan makan lagi, tetapi malangnya kita tidak berikan apa yangsebenarnya sel badan kita mahukan. Proses ini berulangan dan

    menyebabkan kita TERmakan lebih daripada yang sepatutnya.

    Kadang-kadang, kita cuba makan dengan sihat, sayur, buah,kurang gula, kurang garam dan macam-macam lagi yang orang

    kata sihat kita makan, tetapi kesannya tidak kelihatan.

    Apa masalahnya?

    1. Khasiat dalam makanan kita tidak sama lagi seperti dulu kala.Teknologi telah mengubah kandungan zat makanan.

    Saintis di Jepun, melaporkan bahawa kandungan Vitamin C dalamepal dan oren di pasaran mereka HAMPIR KOSONG!

    2. Cara memasak kita yang terlalu keterlaluan. Zat makanan akanhilang jika terkena panas yang keterlaluan.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    7/72

    3. Terlalu banyak makanan yang kita makan telah diproses sebelumnya.

    Strukturnya diubah, zat makanan menjadi tidak lengkap.

    Fishball, fishcake, sotongball, crabstick, sosej, nugget dan macam-macam lagi.

    Makanan tidak berzat biasanya murah.

    Kita perlu lakukan sesuatu supaya kita terselamat dari musibah

    yang melanda kita sekarang. Cuba beberapa tips berikut;

    1. Cuba tingkatkan makan makanan mentah. Buah, salad, tomato, timun,kacang botol, pegaga, petai dan ulam-ulaman yang lain mengantikan sayur

    yang kena masak. Makan sandwich dengan roti gandum berintikan tuna dalam tin,

    masukkan sedikit salad, timun, tomato dan sedikit sos cili, mungkin 5-6 kali seminggu.

    (Kita makan 21 kali seminggu). Sekurang-kurangnya kita sudah berjayabuat 25% perubahan!

    2. Berkira-kiralah untuk mengambil makanan tambahan seperti Vitamin C,

    multi-vitamin dan macam-macam lagi yang ada di pasaran sekarang.Cuba dapatkan dari syarikat yang terkenal di dunia, jangan ambil dari

    sebarangan syarikat, kadang-kadang kandungannya tidak seperti yang di tulis.

    3. Minum air kosong (kalau boleh tapis!) yang banyak supaya badan kita

    sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik untuk membetulkan sistempenyerapan zat makanan (usus besar-filli)

    Dah tiba masanya kita ambil berat tentang apa yang kita makan

    sebelum ianya terlambat. Mulakan hari ini dan muhasabah diri sentiasa.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    8/72

    Punca Kegemukan #5: JANTINA

    Sebelum ini saya telah menghuraikan sedikit tentang punca-punca

    kegemukan seperti makanan, genetik, aktiviti seharian dan kaitankandungan zat dalam makanan.

    Kali ini saya ingin menguraikan tentang satu lagi punca kegemukan

    iaitu jantina.

    Anda tahu tak yang wanita/perempuan punyai kemungkinan50% lebih tinggi untuk jadi gemuk? Kenapa ya?

    Ia berkaitan dengan kemampuan sesuatu jantina itu membakar lemak

    pada keadaan rehat.

    Lelaki akan membakar lemak/kalori lebih 20%-30% lebih banyak dari

    wanita dalam keadaan rehat/santai.

    Ini adalah kerana, kandungan otot lelaki lebih tinggi berbanding

    wanita.

    Fakta: 1kg otot bakar lebih kurang 31 kalori!

    Fakta: 1kg berat badan kita perlu 1g protein untuk membina/mengekalkanotot sedia ada.

    *Jika kita senaman, maka keperluan akan menjadi 2g protein

    setiap 1kg berat badan.

    Sumber protein pula perlu datang dari;25% Protein haiwan (ayam, ikan, daging)

    75% Protein tumbuhan (soya, tempe, sayur-sayur)

    Jadi, wanita sepatutnya lebih berhati-hati dengan keadaan ini. Secara

    terus terang, hampir 97% lelaki akan mudah jemu dengan wanitayang terlebih berat badannya.

    Manakala, wanita pula hanya 4% mengambil berat tentang penampilan

    pasangannya.

    Tetapi lelaki janganlah mengambil ringan tentang penampilan kita pula.Semasa saya menemuduga calon untuk pekerja saya, saya betul-betul

    melihat penampilan seseorang calon itu. First Impression Create the Mood

    orang kata.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    9/72

    Lagipun kalau kita gemuk, macam-macam yang kita tak boleh

    buat.

    Kenapa kita pilih untuk jadi gemuk, sedangkan kita bebas untuk memilihuntuk jadi langsing, sihat, bergaya dan menarik!

    Jadi nasihat saya pilihlah JALAN TERBAIK!

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    10/72

    Gout

    Urik Asid (Gout)

    Gout disebabkan oleh pengumpulan urik asid

    yang tinggi dalam badan. Urik asid ini akan membentuk

    kristal yang tajam-tajam seperti jarum terutama sekalidi sendi-sendi.

    Makanan yang terbaik untuk pesakit gout ialah makanan

    yang rendah nilai purines dan protein dari haiwan.

    Purines ini akan menghasilkan urik asid.

    Makanan yang boleh kita amalkan ialah antaranya,Tauhu

    Buah ceri

    StrawberryBlueberry

    Pisang

    Seleri

    TomatoKobis

    Parsley

    Sayur daun hijau yang lainNanas

    Orange

    KentangLimau

    http://cyberslimcenter.com/blog
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    11/72

    Susu rendah lemak

    Roti

    PastaChocolate

    Koko

    Teh/teh hijauTuna

    Salmon

    KekacangBiji-bijian

    Tempe

    Ke semua makanan di atas adalah makanan-makanan

    yang boleh mengurangkan urik asid dalam badan.

    Selain itu Selina boleh minum air 3 liter sehari minimum

    untuk flush kristal urik asid yang terbentuk dalam badanagar ia keluar dari badan kita.

    Untuk mengubati atau menghindari gout kita kena;

    (1) Memastikan kita minum air secukupnya SETIAP HARI(2) Mengurangkan berat badan

    (3) Tukar tabiat makanan

    (4) Ubat untuk mengurangkan hyperuricemia (Keadaan dimanakandungan urik asid di dalam badan terlalu tinggi. Biasanya

    maksimum wanita ialah 360umol/L (6mg/dL) dan lelaki

    pula 400umol/L (6.8mg/dL).

    Bagi senaman yang sesuai untuk pesakit gout;(1) Regangan memusingkan pergelangan kaki dan tangan,

    mengangkat tangan ke udara sambil berjengket.

    (2) Penguatan otot dumble, menarik getah regangan, sit-up

    (3) Ketahanan berbasikal, berenang, berjalan pantas, erobik

    *Walaupun senaman baik untuk pesakit gout, tetapi mestidiingati bahawa, kita tidak boleh gerakkan sendi yang sakit

    tidak kiralah ia disebabkan oleh gout atau tidak, kerana pergerakanini akan menyebabkan sakit lebih teruk.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    12/72

    6 Tips untuk Diet

    Tips untuk diet atau makan dengan sihat.

    Artikel kali ini akan menerangkan beberapa tips yang boleh kita ambil kira apabila kita

    ingin makan dengan sihat.

    Tips-tips ini adalah berkisar kepada asas bagaimana untuk kita bina program diet

    seimbang.

    (1) Makan jumlah kalori yang cukup

    Jumlah kalori yang cukup dalam diet seimbang berkait rapat dengan menu diet kita.

    Jumlah kalori yang cukup biasanya adalah sekitar 2000 kalori seharian. Jangan makan

    lebih dari apa yang badan kita mampu bakar. 2000 kalori seharian bermakna, badan kitabiasanya boleh bakar 2000 kalori sehari. Tetapi ini adalah purata sahaja, kadar ini

    bergantung kepada usia, jantina, aktiviti kita seharian, umur kita, bentuk fizikal kita, beratbadan dan tinggi kita.

    (2) Kurangkan kuantiti banyakkan bilangan hidangan

    Masa untuk perut kita menghantar signal kenyang kepada otak mengambil masa lebih

    kurang 20 minit. Jika kita makan makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.Kita biasanya akan termakan lebih dari sepatutnya.

    (3) Makan makanan yang pelbagai jenisnya.

    Untuk mendapatkan signal kenyang dari perut kepada otak. Kita sebenarnya memerlukan

    zat makanan yang cukup supaya kekenyangan ini berkekalan lama. Sebagai contoh, jika

    kita perlukan sayuran dan buah-buahan, kita sebenarnya perlu makan 5 warna sayur danbuah untuk memastikan kita dapat kesemua zat makanan yang diperlukan badan.

    Contohnya vitamin C.

    (4) Klik di sini untuk dapatkan set menu makanan yang seimbang dimana kita akandiberikan peluang untuk mengantikan makanan rutin kita dengan lebih mudah.

    (5) Elakkan gula, garam dan minyak.

    Mungkin kita tidak boleh mengelakkan 100% tetapi perubahan 50% sahaja sudah banyak

    akan mengubah hidup kita 50%. Jadi kemungkinan untuk mendapat penyakit juga turun

    lebih dari 50%.

    (6) Buat matlamat satu per satu.

    http://cyberslimcenter.com/blog/?p=109http://cyberslimcenter.com/blog/?p=109http://cyberslimcenter.com/blog/?p=57http://cyberslimcenter.com/blog/?p=57http://www.cyberslimcenter.com/http://cyberslimcenter.com/blog/?p=109http://cyberslimcenter.com/blog/?p=109http://cyberslimcenter.com/blog/?p=57http://www.cyberslimcenter.com/
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    13/72

    Jangan cuba untuk buat terlalu banyak perkara dalam satu masa. Contohnya kita nak

    makan sihat, senaman sihat, minum sihat, cakap pasal sihat dan berbagai-bagai lagi benda

    yang kita nak capai dalam satu masa. Buat satu sahaja perkara dalam satu masa.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    14/72

    4 Cara Sedia Menu Seimbang

    Makanan Sihat

    Cara sediakan makanan sihat

    Ramai orang fikir nak sediakan makanan sihat amat merumitkan. Pening fikir macam

    mana nak makan sihat.

    (1) Masak dengan ringkas

    Steam, rebus atau makan mentah aje. Contohnya sayuran dan ulam-ulaman. Tak perlu

    masak rumit-rumit, rebus-rebus lagi sedap. Kalau tak nak makan nasi, try sandwichdengan ulam-ulaman. Nak perasanya, gunakan sedikit sahaja sos.

    (2) Masak lebih

    Kalau ada peti sejuk yang agak besar, sekali rebus, rebuslah banyak sikit. Yang lebih

    boleh simpan. Walaupun warna tak cantik, tapi dari segi zat makanan ia masih membantu

    diet seimbang kita.

    (3) Melabur membeli peralatan dapur

    Slow cooker, blender, oven bakar, rice cooker. Benda-benda ini membantu kitamempercepatkan kita untuk sediakan menu seimbang kita.

    (4) Penganti makanan (meal replacement)

    Kat pasaran banyak. Sebagai contoh, klik kat sini www.cyberslimcenter.com/jimat.html.

    Penganti makanan ni biasanya dah disukat dan semuanya lengkap kat dalam. Naksediakannya pun senang. 2-3 minit dah siap.

    http://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.html
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    15/72

    produk slimming

    Di pasaran kita terdapat terlalu banyak pilihan produk jenis ini menyebabkan kita sendiripun tak tahu mana yang paling baik.

    Ada pelbagai konsep produk slimming ini antaranya pil menahan lapar, air titisan yang

    membendung lemak, krim pemecah lemak, penganti makanan dan berbagai lagi teknik

    atau program yang ditawarkan dengan bayaran yang sedikit mahupun yang banyak.

    Sebelum kita pilih program atau produk slimming ini mari kita bincangkan sedikitbagaimana sebenarnya cara menurunkan berat badan dengan betul.

    Untuk turunkan berat badan, sebenarnya kita kena bakar lemak yang berlebihan dalam

    badan kita sekarang. Lemak-lemak ini adalah dalam bentuk gabungan sel-sel yang di

    dalamnya terdapat kalori yang disimpan. Kalori ini datang daripada makanan dan

    minuman yang kita ambil.

    Jika kalori ini tidak dibakar pada hari yang sama, kalori ini akan disimpan dalam sel

    badan kita menyebabkan sel lemak ini membesar. Apabila ia membesar, badan kitapun

    membesar seiring dengannya. Kalori ini mesti dibakar.

    Jika kita ingin bantuan produk slimming, pastikan ia mampu meningkatkan pembakaran

    kalori yang tersimpan. Produk slimming yang baik ialah jenis yang membantu kita

    mengantikan makanan rutin kita yang biasanya tinggi kalori. Produk slimming jenis inibiasanya lebih mahal daripada makanan yang kita selalu makan.

    Tidak logic langsung jika produk slimming yang digunakan untuk gantikan makananrutin kita lebih murah daripada apa yang kita makan. Nasi, ayam, sayur biasanya sudah

    capai RM5 sehidangan dan dalam sebulan kita akan mengunakan RM450. Tidaktermasuk air.

    Jadi satu tips untuk memilih produk slimming yang berkonsepkan penganti makanan

    maka, bekalan sebulan MESTIlah RM500 ke atas.

    Untuk produk-produk tambahan pula, lebih murah produk slimming tersebut, maka

    lebih sedikitlah keberkesanannya. Produk slimming sekarang terbit di pasaran bagaikancendawan yang tumbuh semasa selepas hujan. Berhati-hati dan teruskan usaha membakar

    kalori.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    16/72

    Berat Badan

    Berat badan diukur dalam kilogram atau paun (pound). Untuk menukar berat badan

    dalam kilogram (KG) kepada paun (pound) anda perlu darabkan berat badan dalam KGdengan 2.2. Begitulah sebaliknya untuk dapatkan berat badan dalam KG, anda hanya

    perlu bahagikan berat badan anda dalam KG dengan 2.2.

    Contoh;

    Berat badan dalam KG = 56kg

    Maka, dalam paun, berat badan anda ialah 56 X 2.2 = 123.2 paun

    atau

    Berat badan dalam Paun = 200 paun

    Maka, dalam KG, berat badan anda ialah 200/2.2 = 90.91kg

    Berat badan juga berkait rapat dengan BMI (Body Mass Index). BMI ini adalah satu cara

    ringkas untuk menentukan sama ada berat badan kita ada sekarang ini adalah sihat atautidak.

    Untuk mengira BMI, bahagikan berat badan anda dalam KG dengan tinggi anda dalam

    meter sebanyak 2 kali.

    Contoh;

    Berat badan = 80kg

    Tinggi = 1.65m

    Jadi BMI anda = 80kg bahagi 1.65m = 48.485 bahagi 1.65 sekali lagi = 29.38.

    Untuk mengetahui ini sihat atau tidak, lihat carta di bawah

    Kategori Kadar BMITerlalu kurang berat (Severely Underweight)kurang dari 16.5

    Kurang Berat (Underweight) 16.5 ~ 18.4

    Normal 18.5 ~ 24.9

    Terlebih Berat (Overweight) 25 ~ 30

    Obes Kelas 1 30.1 ~ 34.9

    Obes Kelas 2 35 ~ 40

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    17/72

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    18/72

    Cara Diet yang Baik

    Apabila kita bincangkan tentang diet, kita akan berkata tentang penurunan berat badan.

    Sekarang masalah terlebih berat badan semakin meruncing di dunia dan juga negara kitaMalaysia.

    Cara diet yang baikberkaitan rapat dengan keperluan zat makanan yang secukupnya

    untuk bekalan badan kita. Contohnya, Vitamin C, kita disarankan untuk mengambil

    sebanyak 75mg. Vitamin E pula 10mg.

    Begitu juga dengan zat makanan lain seperti protein yang mana cara diet yang baikmenyarankan kita untuk ada 1g untuk setiap KG berat badan kita. Begitu juga keperluan

    untuk zat-zat makanan lain termasuk mineral dan vitamin.

    Jadi, dengan asas pengetahuan seperti ini, cara diet yang baikialah dengan mengambilmakanan yang kurang kalorinya tetapi tinggi nilai zat makanannya. Memang agak sukar

    untuk menjalani cara diet yang baikdi zaman sekarang ini tanpa bantuan supplement

    atau makanan tambahan.

    Ini adalah kerana kandungan zat makanan dalam sumber mentah makanan kita sekarangadalah sangat rendah. Contohnya, kajian di pasaran Jepun menunjukkan bahawa buah

    oren segar di pasaran mereka mengandungi Vitamin C = kosong. Jadi bagaimana kita

    ingin mengekalkan cara diet yang baiksekiranya makanan baik yang kita pilihsebenarnya tidak mengandungi zat seperti yang kita mahukan.

    Jadi, di sinilah kita perlukan zat makanan dari makanan gantian yang diformulasikandaripada tanaman-tanaman yang di kontrakkan. Tanaman seperti ini dikawal mutunya.

    Dipetik semasa ia benar-benar masak dan diproses mengunakan teknologi supayakandungan zat makanan yang ada dalamproduk yang dihasilkan sama seperti apa yang

    tertulis di belakang botol.

    Nampaknya kita sudah jadi TERPAKSA mengunakan produk-produk berteknologi untuk

    membantu kita menjalankan cara diet yang baik.

    http://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.html
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    19/72

    Tips Kuruskan Badan

    Disebabkan oleh gaya hidup dan corak pemakanan kita di Malaysia sekarang ini,

    pertambahan berat badan adalah amat memeningkan kepala. Bukan sahaja penampilankita menjadi isu, masalah kesihatan juga menganggu kita. Darah tinggi, kencing manis,

    gout, migrain dan berbagai lagi penyakit yang selalunya datang selari dengan

    pertambahan berat badan.

    Disini saya ingin memberikan beberapa tips kuruskan badan yang boleh kita amalkanuntuk mencapai berat badan yang ideal.

    Tips kuruskan badan 1 : Minum air secukupnya

    Dengan meminum air kosong secukupnya, metabolisma kita akan meningkat dan ini

    sangat baik untuk menurunkan berat badan dengan sihat. Air juga akan membantumenyahtoksik atau dengan kata ringkasnya membersihkan badan kita. Kita akan menjadi

    lebih sihat.

    Tips kuruskan badan 2: Banyakkan hidangan, kurangkan kuantiti

    Selalu kita makan 3 kali sehari. Jadi kita ubah aturan ini menjadi 5-6 kali makan. Cuma

    kuantitinya kita kurangkan. Sebagai contoh,

    7 pagi-Sarapan pagi

    10 pagi-Sarapan ke-2

    1 tghari-Makan tengahari

    4 ptg-Makan tengahari ke-2

    7 mlm-Makan malam

    9 mlm-Makan malam 2

    *cuma hati-hati dengan apa yang kita makan!

    Tips kuruskan badan 3: Kurangkan gula

    Gula adalah seperti racun. Ia bukan sahaja membawa penyakit kencing manis, gula juga

    akan menyebabkan kita merasa lapar walaupun kita tidak lapar sebenarnya. Karbohidrat

    juga adalah punca terhasilnya gula dalam badan kita.

    Tips kuruskan badan 4: Banyakkan protein

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    20/72

    Protein akan membantu kita kenyang lebih lama. Antara sumber protein yang baik ialah

    ayam, tempe, sayuran (kacang botol ada banyak protein!), ikan, tauhu. Protein juga akan

    membina otot, setiap 1kg otot yang terbina, metabolisma kita akan meningkat 30 kalori!Jadi perbanyakkan protein.

    Tips kuruskan badan 5: Banyakkan pergerakan

    Apabila kita bergerak (senaman), kita akan memberikan beberapa kesan positif pada

    badan yang berkait rapat terus dengan penurunan berat badan iaitu;

    (1) Pembinaan otot = metabolisma meningkat

    (2) Detoksifikasi = badan bersih = berat mudah turun

    (3) Pembakaran kalori secara terus = sel lemak mengecil

    (4) Senaman akan mengawal selera makan

    Lakukan dengan konsisten dan ke semua tips kuruskan badan di atas adalah mudah untuk

    dilakukan tetapi tidak mudah untuk kita jadikan tabiat. Namun begitu, dengan Lakukandengan konsisten dan ke semua tips kuruskan badan di atas adalah mudah untuk

    dilakukan tetapi tidak mudah untuk kita jadikan tabiat. Namun begitu, dengan target yang

    jelas dan keazaman yang tinggi, kita boleh berubah dan menjadi lebih langsing.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    21/72

    Menurunkan Berat Badan

    Sekarang ini sudah menjadi satu topic yang hangat apabila kita menyentuh tentang cara

    untukmenurunkan berat badan. Dipasaran terdapat berbagai-bagai produk untuktujuan ini. Konsepnya berbeza-beza hinggakan kita pening kepala untuk mencuba yang

    mana satu bagi tujuan untukmenurunkan berat badan kita.

    Namun begitu, kita harus sedar, untukmenurunkan berat badan, kita perlukan usaha

    dan komitmen jitu dari diri kita sendiri. Tanpa usaha dan komitmen ini, biasanya, proses

    menurunkan berat badan akan menemui kegagalan atau ia tersangkut sekerat jalan.

    Di sini, saya ingin menyenaraikan beberapa perkara yang kita lakukan untuk misi kita

    menurunkan berat badan.

    (1) Mengira kalori yang kita makan/minum.mengira kalori yang kita minum danmakan akan membantu kita mengesan sama ada kita ada dilandasan yang betul untuk

    menurunkan berat badan atau tidak. Ini kerana, untukmenurunkan berat badan,

    kalori yang kita ambil mesti kurang daripada apa yang mampu kita bakar. Bawa satu

    buku nota kecil untuk catat semua makanan dan minuman yang kita ambil.

    (2) Mengira kalori yang kita bakar.Kalori yang kita bakar termasuklah tahap

    metabolisma kita dan pembakaran kalori yang berlaku hasil dari aktiviti kita seharian

    seperti senaman, mengemas rumah, berjalan kaki dan sebagainya.

    (3) Muhasabah diri.hasil dari catatan atau senarai makanan dan minuman yang kita

    ambil, kita kemudiannya memilih mana makanan yang berkalori tinggi yang harusdielakkan atau dikurangkan untuk tujuan menurunkan berat badan ini.

    (4) Mencari penganti kepada makanan atau minuman yang telah kita senaraikan sebagai

    tidak sihat.Ini juga adalah satu aktiviti yang akan mengubah cara hidup kita kepadasatu cara yang lebih sihat sambil kita menurunkan berat badan.

    (5) Rancang apa yang kita akan makan dan minum.perancangan ini biasanya kita buat

    sebelum kita tidur. Beri masa untuk diri sendiri selama 10 minit untuk lakukan

    brainstorming.

    (6) Berhati-hati dengan saiz hidangan.masa makan, cuba cari pinggan yang kecil-kecilsikit. Kita selalu terlebih makan sebab terlebih isi atas pinggan. Kalau kita makan terlalu

    laju, kita juga akan terlebih makan. Sebab, dari perut ke otak, signal kenyang ni sampai

    dalam masa 20 minit!

    (7) Banyakkan sumber fiber.untukmenurunkan berat badan, fiber atau serat ini juga

    amat penting. Ia berfungsi untuk menyimpan kadar air yang tepat dalam usus kita. Kadar

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    22/72

    air yang tepat akan membantu memastikan fungsi pencernaan dalam badan kita berfungsi

    dengan baik.

    (8) Angkat berat.atau dalam bahasa Inggerisnya weight training atau resistancetraining. Ada kajian yang mengatakan bahawa, dengan melakukan angkat berat ini

    dengan konsisten, ia akan meningkatkan metabolisma kita sebanyak 15%!

    (9) Rehat dengan cukup.orang dewasa memerlukan 6 jam untuk tidur pada waktu

    MALAM. Manakala jika kita senaman, kita perlu selang-selangkan senaman kita.Contohnya, Isnin jogging 1 jam, Selasa rehat dari jogging tapi kita buat training untuk

    tangan. Rabu jogging semula, ini bertujuan untuk merehatkan otot-otot tertentu supaya ia

    boleh melalui proses pemulihan, kerana otot akan rosak apabila kita senaman. Otot rosak

    bukanlah perkara buruk, ia perkara baik kerana apabila otot rosak, ia akan memulihmenjadi otot yang lebih tegap dan besar. Ini akan meningkatkan metabolisma kita!

    (10) Letakkan target yang logic.penurunan berat badan yang sihat adalah diantara 1-

    1.5kg seminggu. Janganlah terlalu meletakkan harapan sehinggan 10kg dalam seminggu.Mungkin akan berlaku (disebabkan oleh water retention), tetapi elok jika kita turun

    sedikit demi sedikit dengan cara yang sihat.

    Di atas ini adalah antara cara-cara untukmenurunkan berat badan dengan sihat.

    Namum begitu terdapat lagi banyak cara atau teknik yang betul untukmenurunkan

    berat badan. Jadi kita sentiasa perlu membaca, mencuba dan melaksanakan teknik-

    teknik yang kita pelahari, jika tidak usaha menurunkan berat badan akan menjadi sia-

    sia tanpa sebarang tindakan yang konsisten.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    23/72

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    24/72

    Fiber-4g

    Gula-5g

    Protein-1g

    Vitamin A-80.5U

    Vitamin C-45.4mg (6 kali ganda berbanding epal)

    Vitamin E-0.2mg

    Niacin-0.5mg

    Folate (Vitamin B12)-15.8mcg

    Panthotenic Acid (Vitamin B5)-0.5mg

    Choline-10mg

    Kalsium-4mg

    Zat Besi-0.1mg

    Magnesium-13.2mg

    Phosphorus-15.8mg

    Potassium-176mg

    Sodium-2.6mg

    Zink-0.2mg

    Copper-0.2mg

    Selenium-0.8mcg

    Saturated Fat-0g

    Poly-unsaturated Fat-0.2g

    Omega-3 Fatty Acids-35.6mg (2 kali ganda berbanding epal)

    Omega-6 Fatty Acids-207mg (3 kali ganda berbanding epal)

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    25/72

    Kebaikan Mengamalkan

    Belimbing besi akan membekalkan 4 gram fiber kepada diet kita seharian jika kita

    amalkan sebiji belimbing besi yang beratnya 130g. Manakala kandungan vitamin Cdalam belimbing besi atau starfruit ini adalah 6 kali ganda berbanding epal. Dan yang

    baiknya kandungan gula dalam belimbing besi adalah agak rendah.

    Ada sesetengah orang kita mendakwa bahawa buah ini baik untuk yang ada darah tinggi,

    namun tiada lagi kajian saintifik yang mengatakan bahawa buah ini boleh mengurangkantekanan darah.

    Dan dalam masa yang sama, bagi pengidap penyakit buah pinggang, iaitu kegagalan buah

    pinggang atau batu dalam buah pinggang dan bagi individu yang menjalani dialysis buah

    pinggang, buah ini eloklah kita jauhi kerana ia akan mengakibatkan sedu, fikiranbercelaru, muntah-muntah dan pening-pening.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    26/72

    Betik

    Betik adalah salah satu buah yang tumbuh dengan subur di negara kita. Betik yang

    terkenal dengan panggilan Papaya dalam bahasa Inggerisnya, acap kali dijual dan amatmudah untuk kita dapati. Walaupun harganya agak murah, namun kebaikan betik tidak

    ternilai kepada pengamalnya.

    Secara umumnya, betik membantu kita menjaga sistem penghadaman. Ramai dikalangan

    kita yang mempunyai masalah sembelit, dapat menyelesaikan masalah tersebut denganmemakan betik. Ini adalah kerana, betik mengandungi sejenis protein (enzim) yang

    dipanggil papain. Enzim jenis ini membantu proses semulajadi penghadaman kita.

    Betik mengandungi Vitamin C yang agak tinggi, Vitamin A, carotene, serat dan jugaenzim arginine yang baik untuk sistem pembiakan lelaki serta enzim carpain yang begitubaik untuk jantung.

    Berikut adalah kandungan zat makanan yang terkandung di dalam 140g betik (lebih

    kurang secawan);

    http://cyberslimcenter.com/blog/wp-content/uploads/2010/08/Papaya.jpghttp://cyberslimcenter.com/blog/wp-content/uploads/2010/08/Betik.jpg
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    27/72

    Vitamin A 31% dari keperluan harian

    Vitamin C 144% dari keperluan harian

    Vitamin E 5% dari keperluan harian

    Vitamin K 5% dari keperluan harian

    Thiamin 3% dari keperluan harian

    Riboflavin 3% dari keperluan harian Niacin 5% dari keperluan harian

    Vitamin B6 1% dari keperluan harian

    Folate 13% dari keperluan harian

    Pantothenic Acid 3% dari keperluan harian

    Protein 2% dari keperluan harian

    Karbohidrat 5% dari keperluan harian

    Serat/Fiber 10% dari keperluan harian Kalsium 3% dari keperluan harian

    Zat besi 1% dari keperluan harian

    Magnesium 3% dari keperluan harian

    Phosphorus 1% dari keperluan harian Potassium 10% dari keperluan harian

    Zinc, Copper, Manganese, Selenium 1% dari keperluan harian

    Omega 3 35mg (Total fatty acids)

    Omega 6 8.4mg (Total fatty acids)

    Nampaknya betik atau papaya ini memberikan kita pelbagai jenis zat makanan yang

    menyihatkan kita. Terutama sekali Vitamin-vitamin untuk anti-oksidan iaitu A, C dan E.Kandungannya yang tinggi membantu kita membersihkan badan dengan lebih efektif.

    Manakala seratnya yang tinggi adalah amat baik untuk individu yang sedang dalam diet

    untuk menguruskan badan.

    Jadi, pengambilan betik adalah amat digalakkan. Kalau boleh ambillah buah betik ini

    setiap hari untuk menjamin kesihatan yang lebih baik.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    28/72

    Tanggungjawab

    Gaji aku tak cukup.

    Aku selalu aje tak cukup duit

    Aku selalu kena marah dengan bos

    Rungutan ni dah biasa kita dengar, tapi sebenarnya kita boleh mengubah keadaan ini!Apa yang kita kena buat kita kena ubah cara kita berfikir, itu sahaja!

    Alamak, senangnya! Kalau macam tu kenapa semua orang tak boleh jadi lebih kaya,

    lebih beriman, lebih disayangi atau apa sahaja yang diaorang nak jadi? OK, bila kita

    katakan tukar cara berfikir, ia memang mudah sangat, sebab terlalu mudah, orang tak

    boleh nak buat.

    Kita Berkuasa Penuh

    Apabila gaji kita tak cukup, kita cenderung nak salahkan majikan ataupun salahkankeadaan ekonomi yang merudum menyebabkan syarikat tak boleh naikkan gaji kita

    seperti yang kita kehendaki. Ramai buat macam ni sebab diaorang rasa SANGAT selesa

    menyalahkan orang lain. Siapa nak mengaku berak tengah jalan kan?

    Gaji tidak cukup tu sebenarnya berpunca dari diri kita sendiri. Bukan ekonomi dunia,bukan syarikat tempat kita kerja. Kita sebenarnya berkuasa penuh untuk mengubah

    keadaan ini. Cuba sebutkan Sebab akulah gaji aku rendah. Mula-mula memang rasa

    macam tak sedap je bunyinya. Tapi ada banyak kebaikan daripada perubahan ayat ni.

    Apabila kita meletakkan tanggungjawab itu semuanya atas bahu kita, kita berkuasa penuhuntuk mengubahnya. Ini amat berbeza jika kita bandingkan dengan keadaan dimana kita

    letakkan tanggungjawab itu pada syarikat atau ekonomi. Kita boleh ubah diri kita dalam

    sekelip mata, tapi kita tidak boleh ubah ekonomi ataupun syarikat untuk naikkan gaji kita.

    Melaksanakan Perubahan

    Bab ni yang paling menyeronokkan. Bila kita dah tahu yang kita berkuasa penuh untuk

    mengubah keadaan, maka kita akan rasa sangat berkuasa. Ada sorang ahli falsafah

    mengatakan Jika kita nak perubahan, kita kena berubah dulu..

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    29/72

    Bila cakap pasal gaji yang rendah, kitalah yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan

    keadaan ini. Sebab;

    (1) Kita biarkan sahaja kita dibayar rendah

    (2) Kita tak pernah minta naik gaji

    (3) Kita tak belajar menambah ilmu supaya kita jadi lebih berharga

    (4) Kita tak cari kerja lain yang boleh bayar kita lebih tinggi

    (5) Kita tak cari sumber pendapatan tambahan

    Sekarang ni kita dah tahu yang kita boleh mengubah keadaan ini, maka kita perlulah

    bertindak. Antara tindakan yang boleh kita ambil;

    1. Minta kerja tempat lain

    2. Bila dah dapat kerja, cuba apply nak berenti, syarikat kita counter offer atau tak. Kalaucounter offer, biasanya gaji akan dinaikkan.

    3. Belajar ilmu baru, push syarikat antar kita training. Tapi yang ni payah sikit sebab kita

    masih bergantung pada syarikat. Tapi kita positif, belajar, belajar dan belajar!

    4. Kita belajar cara untuk tambah pendapatan. Tak kiralah apa nak buat, asalkan adaincome Halal, katakanlah kita boleh berniaga dengan keuntungan RM5 seminggu,

    maknanya kita dah tahu macam mana nak buat duit. Gandakan usaha jadi RM10

    seminggu, kemudian gandakan lagi jadi RM20 seminggu dan seterusnya.

    Salahkan Orang Lain

    Yang ni kita jauhkan. Selagi mana kita salahkan orang lain, maka kuasa perubahan itu

    tetap dengan orang lain yang kita salahkan. Maka selagi dia tidak berubah, maka selagi

    tulah kita dikeadaan yang sama. Dan berita buruknya, kita tak pasti yang bila orang yangkita salahkan tu berubah, kesan positif belum tentu lagi akan kita rasainya.

    Maka, mulalah dengan meletakkan tanggungjawab terhadap apa yang kita dapat sekarangni sebagai tanggungjawab kita. Mulalah merungut dengan ayat yang bermula dengan

    Akulah yang bertanggungjawab

    Semoga saya dan semua dapat ilmu pengetahuan dan amalkannya serta sampaikan padaorang yang kita sayangi..

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    30/72

    Oat

    Oat adalah satu jenis makanan yang sihat dan agak terkenal dikalangan orang Malaysia.

    Biasanya oat dimakan sebagai sarapan pagi. Namun begitu, oat tidak begitu popular

    kerana rasanya yang tidak begitu enak walaupun nilai khasiatnya tinggi. Dengan keadaanobesiti di Malaysia yang tinggi sekarang ini, media masa hebat mengatakan bahawa oat

    ini boleh menyerap lemak atau kolestrol.

    Oat tergolong dalam kumpulan bijirin dengan nama sainsnya Avena Sativa. Oat ditanamdinegara beriklim sejuk dan pengeluar utama oat dunia adalah seperti berikut;

    1. Russia

    2. Kanada

    3. Amerika4. Poland

    5. Finland

    Manakala oat di Malaysia adalah 100% diimport dari luar negara.

    Nilai Khasiat

    Oat mempunyai elemen yang boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah manusia.Kolestrol LDL (kolestrol jahat) boleh dikurangkan dengan pengambilan oat yang

    berterusan. Penurunan LDL bermakna, risiko untuk mendapat sakit jantung juga menurun

    dengan kadar yang banyak.

    http://cyberslimcenter.com/blog/wp-content/uploads/2010/09/Oat.jpg
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    31/72

    Berikut adalah nilai zat makanan yang terkandung dalam satu sajian (lebih kurang

    35gram)

    Tenaga = 129kcal

    Protein = 5g

    Jumlah Lemak = 3g Lemak Tepu = 0.6g

    Monounsaturated Fat = 1.2g Polyunsaturated Fat = 1.2g

    Trans Fatty Acid = 0g

    Kolestrol = 0g

    Karbohidrat = 22g

    Fiber/serat = 1.5g

    Zat Besi = 1.6mg

    Magnesium = 36.4mg

    Sodium = 1.3mg

    Zink = 0.9mg

    Kebaikan Mengamalkan Oat

    Walaupun rasanya yang tidak enak, oat amatlah baik untuk kita amalkan. Dengan hanya

    30-40g sehari, kita telah membekalkan badan kita dengan 10% keperluan protein badan

    kita seharian dan merendahkan kemungkinan menghidapi penyakit jantung.

    Cara Ringkas Menyediakan Oat yang Enak

    Bagi saya, untuk makan oat sebanyak 35g setiap hari adalah satu dugaan besar kerana

    rasanya yang tidak enak. Rasa yang tidak enak akan menyebabkan kita cepat berputus

    asa, atau hilang keseronokan untuk memakannya.

    Namun begitu, saya telah temui cara yang sangat mudah, enak dan menyihatkan untukkita sediakan minuman oat dan masa penyediaannya hanya 2 minit!

    Caranya;

    Bahan:

    1. 2 sudu besarFormula 1 (perasa Cappuccino,Coklat,Vanilla atau Strawberry)

    2. 35g oat segera (tak perlu rendam atau masak)3. 250ml susu soya

    4. 250ml air kosong

    5. 4 ketul ais (sederhana)

    http://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.html
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    32/72

    Cara penyediaan:

    1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender

    2. Kisar selama 1 minit

    Siap untuk diminum!

    Minuman ni kena minum secepat yang mungkin, jika tidak ia akan menjadi terlalu pekatsebab oat akan mula menyerap air dan mengembang.

    Mengikut pengalaman saya, jika kita jadikan minuman ini sebagai sarapan, kita akan

    berasa kekenyangan selama hampir 5-6 jam. InsyaAllah. Dengan ini juga, kita berjayamemberikan zat makanan yang cukup kepada badan kita dan dalam masa yang sama, kita

    akan ke arah untuk menurunkan berat badan jika kita sedang berdiet.

    Selamat Mencuba!

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    33/72

    Air dan Diet

    Air sebenarnya adalah satu elemen yang sangat penting untuk badan kita. Ramai yang

    tahu air ni penting, tetapi tak sedar yang sebenarnya kita kekurangan air. Orang yangtinggal di negara sejuk pun minum lebih banyak dari apa yang kita minum. Minum air

    secukupnya sepatutnya menjadi tabiat kita. Kita perlu air kerana;

    1. Tubuh kita terdiri daripada 70% air

    2. Air diperlukan untuk mengawal suhu badan3. Darah kita 83% air

    4. Otot kita 77% air

    5. Tulang kita 22% air6. Air mengelakkan takungan air atau water retention

    7. Mengangkut oksigen dan zat makanan dalam badan

    8. Melembapkan kulit dan tisu badan9. Mengelakkan sembelit

    10. Melembapkan rawan untuk serap hentakan

    11. Membantu menguatkan otot

    12. Mengelakkan kekeringan

    Berapa banyak air yang perlu kita minum?

    Kuantiti air yang kita perlu minum bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, keadaan

    kesihatan, makanan harian kita, tahap aktiviti fizikal, cuaca dan ubatan yang diambil.Tetapi, kita selalu disarankan untuk meminum sebanyak 2L (8 gelas air dalam sehari).Mengikut kajian yang saya buat, untuk mengira kuantiti air yang kita perlu minum, kita

    bahagikan berat kita dalam KG dengan 25. Hasilnya, itulah kuantiti air yang kita perlu

    minum dalam sehari.

    Contoh: Berat kita 75kg bahagi 25 = 3. Maka, air yang perlu kita minum ialah 3 liter.

    Cara minum air yang betul

    Agama Islam tidak mengalakkan kita minum sambil bernafas dan kita perlu minum

    dengan perlahan-lahan. Saya telah mengamalkan minum air dengan cukup selama hampir

    4 tahun lebih sekarang. Hasilnya;

    1. Apabila orang kesejukan, saya rasa seperti biasa sahaja

    2. Apabila orang kepanasan, saya tidak begitu panas berbanding orang lain

    3. Saya tidak pernah mengalami masalah sembelit

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    34/72

    4. Saya tidak pernah pening kepala

    5. Kulit saya sentiasa lembap

    Untuk minum air dengan betul, saya sarankan agar;

    Minum 2-3 teguk setiap 10-15 minit Minum segelas air sebelum makan

    Segelas air lagi selepas makan

    Tidak minum semasa makan

    Hasilnya, sangat memberangsangkan.

    Minum air kosong boleh kuruskan badan

    Fakta yang sangat mengejutkan. Kenapa? Air ni boleh kita katakan murahlah. Lagipun,untuk mendapatkan produk penurunan berat badan yang baik, harganya agak mengugat

    poket. Kalau kita tak nekad untuk berubah, mungkin kita akan membazir.

    Air boleh membantu menurunkan berat badan kerana;

    Kalori dalam air kosong, tiada lemak, tiada minyak, tiada gula. Jika air kosong

    menganti air manis, kita boleh kurangkan pengambilan kalori

    Air boleh mengawal selera makan!

    Air boleh bantu kita dari terlebih makan. Sebelum makan, kita minum air kosong

    segelas. Mesti kita makan kurang dari biasa.

    Kalau kita rasa lapar belum pada masanya, cuba minum air, kebanyakkannya, rasalapar akan hilang. Sebenarnya kita ditipu otak, kita dahaga bukannya lapar!

    Tips untuk Minum Air dengan Cukup

    Sentiasa tanamkan dalam akal kita yang minum air ini ibarat kita mencuci

    filter.filter tu badan kitalah,

    Selalu pegang botol yang berisi air berhampiran dengan kita. Tak perlu besar-

    besar. 500ml sudah memadai.

    Setkan masa, contohnya, setiap sejam handphone kita bergetar menandakan masauntuk refill kita punya botol. Kalau handphone, kita cari kat Timer

    Kalau ada budget, belilah filter air yang boleh pasang kat paip di dapur tu. Airnya

    lebih sedap dan murah kosnya berbanding beli di kedai.

    Jika beli dari kedai, pilih botol yang bertutup putih. Airnya tidak mengandungimineral, jadi ia ringan dan rasa sedikit manis. Mudah diminum dan tidak

    mengakibatkan rasa kembung. Harga yang bertutup putih ni murah. Sebotol 1.5L

    biasanya dalam RM0.60 ~ RM1.00. Ia dipanggil air minuman.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    35/72

    Catatkan berapa kita dah minum. Beli buku 3 lima tu, tandakan bilangan botolyang kita dah minum.

    Nikmati hasil usaha kita dengan kita kenang balik keadaan sebelum kita amalkan

    air dengan cukup dan selepas. Tentu kita terasa bezanya!

    Mulakan Sekarang!

    Banyak dah kita baca, sekarang, bangun dan dapatkan air kosong sebanyak 500ml.

    Habiskan dalam masa 30 minit! Buat sekarang! Dan teruskan amalan ini semoga saya

    dan semua pembaca blog saya dikurniakan kesihatan. Tak berusaha maka tak berhasil..

    http://cyberslimcenter.com/blog/wp-content/uploads/2010/09/BotolPutih.jpghttp://cyberslimcenter.com/blog/wp-content/uploads/2010/09/BotolBiru.jpg
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    36/72

    Pilihan Program

    Berikut adalah beberapa program yang sudah saya kaji dan cuba. Saya telah mengambil

    masa 4 tahun lebih untuk meneliti dan melakukan eksperimen terhadap program-programini. Tujuan saya membina program ini adalah untuk memberikan lebih pilihan kepada

    para pelanggan saya untuk memastikan mereka dapat bekalan zat makanan secara

    berterusan dan dalam masa yang sama menurunkan berat badan secara efektif.

    Pakej RM1170 Sebulan

    Kandungan Pakej

    Formula 1 = 3 botol Formula 3 = 2 botol

    Tea Mix 100g = 2 botol

    Cara Bancuhan

    Shake (Penganti makanan)

    1. Formula 1 x3 sudu

    2. Formula 3 x1 sudu3. Air soya 250ml

    4. Air Kosong 250ml

    *Bahan di atas digoncang atau dikisar

    Tea Mix (Diminum berasingan pada bila-bila masa)

    1. Separuh sudu teh serbuk Tea Mix

    2. 250ml Air Suam

    Aturan Seharian

    7.00 pagi Shake

    10.00 pagi Tea Mix

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    37/72

    12.30 tengahari Makan seperti biasa

    3.00 petang Tea Mix

    6.00 petang Tea Mix

    8.00 malam Shake

    Air kosong diminum paling minimum segelas setiap jam.

    Pakej RM780 Sebulan

    Kandungan Pakej

    Formula 1 = 2 botol

    Formula 3 = 2 botol

    Tea Mix 100g = 1 botol

    Cara Bancuhan

    Shake (Penganti makanan)

    1. Formula 1 x2 sudu

    2. Formula 3 x1 sudu

    3. Air soya 250ml

    4. Air Kosong 250ml5. Oat x3 sudu

    *Bahan di atas MESTI dikisar

    Tea Mix (Diminum berasingan pada bila-bila masa)

    1. Separuh sudu teh serbuk Tea Mix

    2. 250ml Air Suam

    Aturan Seharian

    7.00 pagi Shake

    10.00 pagi Tea Mix

    12.30 tengahari Makan seperti biasa

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    38/72

    3.00 petang Tea Mix

    6.00 petang Tea Mix

    8.00 malam Shake

    Air kosong diminum paling minimum segelas setiap jam.

    Pakej RM489.00 Sebulan

    Kandungan Pakej

    Formula 1 = 3 botol

    Cara Bancuhan

    Shake (Penganti makanan)

    1. Formula 1 x3 sudu

    2. Air soya 250ml

    3. Air Kosong 250ml4. Oat x5 sudu

    *Bahan di atas MESTI dikisar

    Aturan Seharian

    7.00 pagi Shake

    12.30 tengahari Makan seperti biasa

    8.00 malam Shake

    Air kosong diminum paling minimum segelas setiap jam.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    39/72

    http://cyberslimcenter.com/blog/wp-content/uploads/2010/09/1SetClearForWeb.png
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    40/72

    Senaman Tapi Berat Tak Turun

    Ramai kawan-kawan kita yang nak turunkan berat badan mengalami masalah dimana

    penurunan berat badan tidak berlaku. Turun hanya pada peringkat permulaan sahaja,kemudian berat berkekalan.

    Di sini saya akan huraikan beberapa sebab utama;

    1. Senaman yang tak mencukupi

    Ramai yang tak faham bahawa untuk kita turunkan berat badan, kita sebenarnya perlu

    bekerja keras. Pernah tengok Biggest Loser? Tengok macam mana diaorang dikerah

    untuk bersenaman. Adakah senaman yang kita buat sama macam diaorang?

    Senaman yang tak cukup ni bermaksud, pergerakan yang kita lakukan masa kita senaman

    tu tidak menjangkau tahap ketahanan badan kita. Senaman untuk turunkan berat badan nikena capai satu tahap batas kemampuan badan kita supaya lemak berlebihan akan

    dibakar.

    Kardio

    Untuk turunkan berat badan, kita kena buat senaman kardio sebanyak 5 kali seminggu.

    Setiap sesi paling kurang 30 minit. Kardio ni maksudnya pergerakan, berlari, berbasikal,

    berenang, tu semuanya kardio.

    Senaman Kekuatan

    Senaman ni kena buat 2 kali seminggu, tapi jangan berturut-turut. Maksud saya, kalau

    kita angkat dumbbell pada hari Isnin, maka hari seterusnya ialah paling awal Rabu.

    Senaman angkat berat atau strength exercise ni kenalah buat dengan betul. Berat yangdipilih pula kena tepat. Contohnya kita angkat dumbbell, kita sepatutnya hanya mampu

    angkat sebanyak 12 kali satu round, tak boleh lebih dari tu. Kalau kita mampu angkat

    sampai 13 kali, maknanya berat tu tak cukup untuk stimulasi pertumbuhan otot kita.

    Senaman yang betul ialah 12 kali rehat 30 saat 12 kali rehat seminit 12 kali.

    Jika kita tidak angkat berat yang cukup, otot kita tidak didera dan ia tidak akan

    membesar. Pembesaran atau penguatan otot akan menghasilkan kadar daya pembakaran

    kalori yang lebih tinggi (metabolisma).

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    41/72

    2. Tak Cukup Tidur

    Tidur yang kurang akan menyebabkan beberapa perkara yang menjurus kepada punca

    kegemukan. Kalau kita tak tidur dengan cukup, kita lebih mudah rasa tertekan, jiwa tidaktenang dan kadang-kadang pemikiran kita menjadi tidak beberapa tajam.

    Keadaan ini akan menjurus kepada stress, marah dan perasaan negatif lain. Kita akan

    mula mencari makanan untuk mengatasi perasaan negatif ini.

    Kurang tidur juga menganggu kadar hormon cortisol yang mengawal selera makan

    kita. Kalau hormon dah terganggu makan selera makan kita akan meningkat. Tidur yangtidak cukup juga selalu buat kita lapar, tetapi hakikatnya kita tidak.

    3. Stress

    Tekanan atau ramai yang panggil stress, menjadi antara faktor utama penurunan berat

    badan tidak berlaku.

    Kita kena tangani stress supaya badan kita lebih relaks dan hormon cortisol yang

    mengawal selera makan ini tidak terganggu penghasilannya.

    4. Kita makan banyak dari yang sepatutnya

    Ini penyebab no. 1. Ada seorang pakar pemakanan cakap, Kita tak akan gemuk hanyadengan hirup udara!. Memang betul. Lemak hanya akan terbentuk kalau badan kita

    mengandungi makanan yang berlebihan (kalori).

    Lelaki akan bakar dalam 2,200 kalori, manakala wanita pula sekitar 1,600 kalori dalam

    sehari secara kasarnyalah.

    Kalau kita makan lebih dari jumlah ini, maka lebihan kalori ini akan disimpan dalam sellemak. Cukup 8,000 kalori lebihan kita simpan, maka berat kita akan naik 1KG!

    5. Kita senaman Hangat-hangat t*ik ayam

    Seperti yang disarankan di atas, kita kena amalkan senaman kardio sebanyak 5 kali

    seminggu. Dan setiap kali 30 minit.

    Apa yang selalu kita lalui, 3 hari pertama, semangat betul kita senaman. Orang suruh buat

    30 minit, kita buat sampai sejam. Tapi masuk hari ke empat, kita skip. Masuk minggu ke-

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    42/72

    2 kita terlupa nak senaman. Masuk bulan ke-2, kita lebih suka tengok orang senaman

    kat TV.

    Yang ini kita kena buat sesuatulah. Pilihan atas tangan kita, kita boleh pilih dari 2 pilihan;

    1. Terus jadi gemuk2. Senaman dan kita perangi kegemukan

    Orang lebih suka pilihan pertama sebab ianya mudah untuk dilaksanakan. Jarang orang

    pilih yang ke-2 sebab ia menyeksakan.

    6. Hujung minggu jadi perosak program

    Yang ni memang selalu terjadi. Terutama sekali bagi orang yang bekerja. Kita senaman

    Isnin hingga Jumaat, disiplin betul. Kita makan ikut jadual, Isnin hingga Jumaat. Kitaminum air pun secukupnya, Isnin hingga Jumaat.

    Tapi, Sabtu dan Ahad, sebab cuti, maka kita dah start balas dendam. Semua makanantak sihat kita bedal. Makanan segera, minuman manis, aiskrim dan macam-macam lagi

    makanan ringan kita suapkan dalam mulut kita ni.

    Selalu kita makan 1,500 kalori sahaja Isnin sampai Jumaat, tapi hari Sabtu dan Ahad kita

    makan sampai 4,000 kalori seharian. Dahlah kita makan banyak, pergerakan pulakbanyak depan TV bergolek-golek sahaja. Kadar pembakaran lemak untuk orang yang

    duduk depan TV dan orang yang tidur adalah SAMA!

    7. Kita tak sabar

    Kita terlalu cepat sangat nak tengok perubahan. Senaman baru 30 minit, kita dah naiktimbang. Baru kita diet sehari, kita dah naik timbangan. Bila nampak KG naik kita jadi

    tak semangat. Rasa yang kita punya senaman tak berguna. Lebih baik tidur!

    Kita kena tahu yang perjuangan melawan kegemukan ini akan mengambil masa

    bertahun-tahun. Lagipun kita jadi gemuk bukan dalam masa sebulan. Ada yang 10 tahun

    baru badannya dari slim jadi gemuk.

    Jadi, nak turunkan berat tu juga mengambil masa. Tapi, jika proses menjadi gemuk

    mengambil masa 10 tahun, kita patut berikan masa pada diri kita sendiri untuk turunkan

    dalam masa 1 tahun.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    43/72

    8. Ada masalah kesihatan

    Sesetengah penyakit boleh menyebabkan metabolisma kita menurun. Contohnya penyakit

    tiriod (thyroid). Orang yang mengalami penyakit ini biasanya senang untuk berat merekabertambah.

    9. Anda telah capai tahap plateau

    Plateau (disebut plato) ini adalah satu keadaan dimana badan kita mula lali dengan apa

    yang kita buat. Semua orang akan melalui keadaan ini jika mereka lakukan sesuatu untukturunkan berat badan.

    Berat badan akan turun pada peringkat permulaan, kemudian akan jadi perlahan

    penurunannya dan sampai satu tahap ia akan berhenti langsung dari turun.

    Antara sebab berlakunya plateau ini ialah;

    Kita makan terlalu rendah kiraan kalorinya

    Kita lakukan senaman yang sama sahaja sepanjang masa

    Kita senaman terlalu keras atau keterlaluan

    10. Sebenarnya, berat badan kita dah OK!

    Ramai antara kita ni tersilap tanggapan. Ada yang saiz rangkanya memang besar, tapiletak matlamat untuk jadi macam model pakaian dalam.

    Cara terbaik untuk check sama ada kita kena turunkan berat badan atau tak adalah dengan

    mengira beberapa parameter seperti;

    (1) Peratusan lemak dalam badan

    (2) Body Mass Index

    Setiap orang ada berlainan bentuk badannya. Ada yang tegap macam pokok kayu. Ada

    yang kurus melidi dan ada yang agak gempal tetapi sebenarnya mereka ini sihat tanpasebarang penyakit.

    Jadi, kita perlu ada ilmu yang betul agar apa yang kita letakkan sebagai matlamat itu

    sebenarnya boleh dicapai.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    44/72

    Metabolisma

    Kadar metabolisma dan penurunan berat badan amat berkait rapat. Kadar metabolismayang tinggi akan membantu kita turun berat badan dengan lebih cepat. Manakala kadar

    metabolisma yang rendah akan memberikan keputusan yang mengecewakan.

    Pengetahuan tentang kadar metabolisma badan kita akan membantu kita capai target

    untuk turunkan berat badan.

    Definisi mudah bagi kadar metabolisma ini ialah, kemampuan badan kita untukmembakar kalori yang kita makan dan minum. Lebih banyak kalori yang dibakar

    berbanding yang kita makan, maka lebih banyak penurunan berat badan akan berlaku.

    Jika kalori yang masuk ke dalam badan kita lebih banyak daripada yang badan kita

    mampu bakar, maka berat badan kita akan naik kerana kalori berlebihan ini akan

    disimpan dalam sel lemak.

    Cara Kira Kadar Metabolisma

    Cara yang paling mudah tetapi tidak berapa tepat ialah dengan mengikut formula berikut;

    Lelaki: Berat badan dalam KG X24 (kcal)

    Wanita: Berat badan dalam KG X23 (kcal)

    Penentu kadar metabolisma

    Ada beberapa sebab utama yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang. Ada

    faktor yang boleh kita kawal dan ada faktor semulajadi yang tidak boleh kita kawal.

    Antara faktor yang boleh saya senaraikan ialah;

    1. Saiz badanbadan yang besar bermakna kadar metabolisma kita tinggi. Ini

    adalah kerana apabila badan kita besar, ada banyak sel yang perlu dijaga dan

    diberikan makanan, maka akan lebih banyak kalori yang diperlukan badanberbanding orang yang kecil atau kurus.2. Berat badanlebih berat badan kita, maka lebih banyak kalori yang akan

    dibakar. Ini adalah kerana, untuk seseorang yang beratnya 100kg bergerak,

    berbanding yang 50kg, individu dengan berat 100kg memerlukan tenaga yanglebih banyak untuk mengerakkan badan yang berat.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    45/72

    3. Peratusan lemak dan otot1kg lemak hanya membakar sekitar 4 kalori,

    manakala 1kg otot akan membakar sekitar 31 kalori. Inilah sebabnya, lelaki

    mempunyai tahap metabolisma yang lebih tinggi berbanding wanita.4. Kandungan hormonada beberapa hormon dalam badan yang

    mempengaruhi kadar metabolisma. Ada yang boleh meningkatkan dan ada yang

    boleh menurunkannya.5. Umursemakin kita berumur, semakin banyak otot yang mengecut jika kita

    tidak memberikan makanan (protein) kepadanya dan juga kita tidak stimulasi

    (senaman) otot-otot kita maka ia akan mula mengecil. Saiznya yang kecilbermakna jisim otot kita juga akan menurun.

    Penyebab turun kadar metabolisma

    Dalam kita menjalani diet, perkara yang kita tak mahu berlaku ialah penurunan kadar

    metabolisma. Berikut adalah beberapa perkara yang menyebabkan penurunan kadarmetabolisma;

    1. Pengambilan kalori yang terlalu rendahjika berat kita 100kg, kita

    biasanya perlukan sekitar 2300-2400 kalori seharian untuk badan kita berfungsi.

    Bayangkan jika tiba-tiba kita hanya membekalkan badan kita dengan kalorisebanyak hanya 700-800 kalori seharian. Badan kita akan bertindak balas dengan

    kekurangan drastik ini dengan mengurangkan kadar metabolisma badan kita. Cara

    terbaik ialah kita kurangkan sekitar 10-20% sahaja pengambilan kalori agar badan

    kita tidak terkejut.2. Senaman yang keterlaluanapabila badan kita didera, otot kita akan mula

    terhakis dan ia perlukan protein untuk membaiki sel otot yang rosak ini.Namun, jika pengambilan protein kita terlalu rendah, otot sebaliknya akanmengecut menyebabkan kadar metabolisma kita menurun. Selain itu, badan kita

    juga akan mula mengimbangi keadaan pengunaan kalori yang terlalu tinggi

    dengan menyelaras badan supaya mengunakan kalori pada kadar yang rendahuntuk pergerakan yang berat. Jika dahulu kita guna 1 kalori untuk 7 langkah,

    badan kita akan menyelaras hanya mengunakan 0.5 kalori untuk langkahan yang

    sama.3. Penyakitada penyakit yang boleh menyebabkan penurunan kadar

    metabolisma. Antaranya ialah thyroid. Penyakit ini dengan jelas menyebabkan

    penurunan kadar metabolisma yang agak ketara.

    Cara meningkatkan kadar metabolisma

    Dengan kadar metabolisma yang tinggi, kita akan menjadi lebih bebas untuk makan dan

    minum. Inilah keadaan ideal yang kita mahukan, kerana kadar metabolisma tinggi

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    46/72

    biasanya akan memberikan kita keadaan fizikal yang lebih menarik dimana setiap kalori

    yang kita ambil akan dibakar setiap hari.

    Cara untuk kita tingkatkan metabolisma adalah dengan memperkuatkan otot kita. Lebihkuat otot kita maka lebih tinggilah kadar metabolisma kita. Untuk kuatkan otot;

    Senamansenaman akan stimulasi otot. Otot akan menjadi kuat dan biasanya

    berat otot akan meningkat.

    Pengambilan protein yang cukupuntuk panduan, kadar protein yang badankita perlukan ialah sekitar 1g untuk setiap KG berat badan kita. Namun, jika kita

    senaman secara konsisten, badan kita perlukan sehingga 2g setiap KG berat

    badan. Protein yang cukup akan memastikan jisim otot kita bertambah ataupun

    kekal kerana makanan otot ialah protein. Sumber protein juga perlu 25% dariunsur haiwan (susu, daging) manakala 75% lagi mesti datang dari tumbuhan.

    Selain itu, kita perlu menjaga jadual pemakanan kita dan kita mestilah memilih makanan

    yang berkhasiat. Jadual makan yang tidak menentu akan mempengaruhi kadarmetabolisma kita. Biasanya kita amalkan makan setiap 6 jam dengan pengambilan

    makanan sampingan (buah contohnya) di antara makanan ini.

    Jika boleh, kita makan setiap 3 jam dengan saiz hidangan yang lebih kecil.

    http://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.htmlhttp://www.cyberslimcenter.com/jimat.html
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    47/72

    Turunkan Berat Badan Dengan Air

    Ada satu kajian yang dijalankan di Jerman untuk membuktikan bahawa dengan minum

    air kosong, kita mungkin boleh turunkan berat badan.

    Ia telah dilakukan keatas 14 orang dewasa, iaitu 7 lelaki dan 7 orang wanita. Merekadiberikan air 0.5L dan diminum perlahan-lahan.

    Hasil kajian ini, kesemua individu di atas mengalami peningkatan metabolisma sebanyak

    30%. Peningkatan metabolisma mula berlaku selepas 10 minit mereka selesai meminum0.5L air tadi.

    Peningkatan metabolisma ini mencapai tahap maksimum 30% selepas 30-40 minit

    mereka minum air.

    Metabolisma yang tinggi akan membakar lebih banyak kalori (lemak). Jika kita berjaya

    membakar kalori yang banyak, kemungkinan untuk kita bertambah berat akan menjadikurang.

    Walaupun lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan fakta ini, sudah cukup

    untuk kita mengamalkan meminum air sebelum kita makan dan kita akan dapat

    kebaikannya.

    Seelok-eloknya kita minum segelas air (sekitar 350ml) sebelum kita menjamu selera

    dengan makanan yang kita gemari. Dengan amalan ini, kita akan;

    meningkatkan metabolisma

    mengurangkan kemungkinan terlebih makan

    menstimulasi perut sebelum menerima makanan yang lebih berat

    memberikan sedikit rasa kenyang

    Amalan yang istiqomah (berterusan) pasti akan membuahkan hasil.

    Untuk dapatkan maklumat yang lebih padat tentang air dan diet. Sila klik di sini.

    http://cyberslimcenter.com/blog/air-dan-diet/http://cyberslimcenter.com/blog/air-dan-diet/
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    48/72

    Tahap Pengunaan Tenaga

    Apabila kita melakukan senaman, kita perlu tahu Tahap Pengunaan Tenaga yang betul

    agar senaman yang kita lakukan memberikan kesan yang kita mahukan. Terlalu ringanrintangannya pun tak boleh, terlalu berat pun tak boleh.

    Jika terlalu ringan, kita macam tak senaman. Jika terlalu berat, badan akan tercedera dan

    banyak reaksi tubuh yang akan membawa kepada keburukan.

    Mengikut Skala Borg, ada dari tahap 6 hingga 20.

    Skala Keadaan

    6 Tak terasa guna tenaga

    7 Rasa, tapi teramat ringan8

    9 Rasa, tapi sangat ringan.(seperti berjalan dalam

    kelajuan yang perlahan)

    10

    11 Ringan

    12

    13 Agak berat (Ia agak

    memerlukan usaha, tetapi andamasih boleh teruskan)

    14

    15 Berat (Susah nak buat)

    16

    17 Sangat berat (anda rasa sangat

    penat)

    18

    19 Tersangat berat (anda hanya

    boleh lakukan sekejap sahaja)

    20 Tahap pengunaan tenaga yang

    maksimum sekali

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    49/72

    Saya tengok skala kat atas ni, saya pun susah nak faham. Jadi saya ringkaskan dan buat

    skala sendiri. Kitakan suka 1 hingga 10. 1 ringan 10 berat.

    Jadi untuk memudahkan kita, saya gunakan skala saya sendiri.

    Skala Penerangan

    1 Relaks je, tak berkerut

    langsung dahi

    2 Senyum je, boleh buat 16 jam

    3 Masih boleh control macho,

    tapi nafas dah mula kasar

    4 Dah start berpeluh, tapi boleh

    borak-borak lagi. Nafas sikit

    laju.

    5 Peluh banyak, dah rasa tak selesa sangat, tapi masih boleh

    sembang-sembang. Nafas dah

    masuk sikit tercungap.

    6 Masih boleh sembang, tapilepas 3 perkataan, terpaksa

    sedut nafas. Dah tercungap-

    cungap.

    7 Nak sembang pun dah tak berapa larat. Peluh dah

    mengila.8 Kalau orang tanya, boleh

    angguk dan geleng aje.Senaman tak boleh buat lama.

    9 Rasa macam nak pengsan.

    10 Pengsan terus.

    Dapat idea?

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    50/72

    Sarapan Pagi Sihat

    Sarapan pagi adalah satu kemestian yang kita selalu tinggalkan. Seperti sebuah kereta,

    sebelum boleh mula bergerak, kereta perlu diisikan minyak. Tapi, jika kereta yangperlukan minyak petrol, kita isikan dengan minyak diesel, kereta tu akan rosak.

    Badan kita pun sama, cuma kerosakan itu mengambil masa. Tetapi sekali ia rosak, kita

    akan merana.

    Saya ingin kongsikan cara saya bersarapan. Setiap pagi lebih kurang jam 6.20am, sayaakan mencari jag blender.

    Resepinya saya cipta sendiri mengikut selera saya yang suka minuman yang sedikit

    manis, sedikit pahit, sedikit coklat.

    Bahan yang saya gunakan;

    (1) 250ml Air Soya (saya gunakan Homesoy-Original)

    (2) 300ml Air Kosong (saya sejukkan dalam peti sejuk)

    (3) 4 sudu makan Oat (saya gunakan Instant Oat-Quacker)

    (4) 1 sudu makan Milo

    (5) 2 sudu makan Formula 1 Cappuccino

    http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-1/http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-1/http://cyberslimcenter.com/blog/wp-content/uploads/2010/10/Shake.jpghttp://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-1/
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    51/72

    Selepas saya minum shake ini, saya akan cuba untuk minum air kosong sedikit-sedikit

    tetapi banyak-banyak kali.

    Pengalaman saya, saya mula rasa lapar pada jam 12.00 tengahari. Waktu ini, saya minumair lebih kurang 300ml dan dalam jam 12.30 tengahari, saya akan menikmati hidangan

    masakan orang kita (nasi, lauk dan sayur).

    Inilah cara untuk saya kekalkan berat badan saya, dan dalam masa yang sama saya

    berjaya menghindari penyakit lain. Sudah 4 tahun lebih saya tidak ke klinik. SemogaTuhan terus memberikan rahmat kesihatan ini dan memberikan saya kekuatan untuk terus

    berusaha menjaga kesihatan saya disamping memberikan khidmat kepada orang lain.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    52/72

    Kebersihan Makanan

    Dizaman moden sekarang ini, dimana suami dan isteri terpaksa bekerja untuk

    menampung perbelanjaan keluarga, budaya memasak sendiri makanan telah mula luput.

    Kita terpaksa makan di luar yang mana makanan ini disediakan oleh orang lain. Adapemilik restoran yang memegang tanggungjawab dengan baik. Mereka menyediakan

    makanan dengan persekitaran yang bersih.

    Namun begitu, terdapat ramai juga yang tidak bertanggungjawab. Mereka berniaga hanyadengan matlamat ingin mengaut keuntungan sahaja. Kebersihan tidak menjadi agenda

    utama mereka, yang penting ialah keuntungan semata-mata. Yang menjadi mangsa ialah

    kita sebagai pembeli.

    2 juta ekor tikus!

    Hari ini 14-Oktober-2010, akhbar harian Kosmo! telah melaporkan bahawa, Presiden

    Persatuan Penguna Pulau Pinang mendakwa bahawa terdapat lebih 2 juta ekor tikus

    berkeliaran di Pulau Pinang. Tempat utamanya ialah sekitar restoran-restoran.

    Tidak mustahil bahawa kes keracunan makanan berpunca dari masalah ini. Penyakitkencing tikus umpamanya. Jika bilangan tikus melebihi penduduk Pulau Mutiara ini

    sendiri, keadaan ini tidak lagi selamat.

    Sediakan sendiri makanan kita

    Purata masa untuk membeli barangan sehingga selesai memasak di bandar-bandar besarialah sekitar 1 jam 15 minit.

    Bayangkan jika seorang isteri yang bekerja, setelah penat berjuang di pejabat, terpaksa

    pula berjuang di dapur. Tentu sekali jalan singkat diambil iaitu dengan makan diluar.

    Saya punyai satu jalan penyelesaian yang mana ianya sesuai untuk keluarga yangperlukan penyelesaian yang pantas. Saya menyediakan hidangan saya dalam masa tidaklebih dari 3 minit.

    Hidangan Sihat dalam masa 3 minit

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    53/72

    Saya mengunakan Formula 1dan Formula 3. Namun kali ini saya ingin berkongsi dengan

    semua, bagaimana saya menyediakan hidangan sihat saya dengan mengunakan Formula 1

    sebagai bahan asas.

    Resepinya:

    1. Air soya 250ml

    2. Air kosong 250ml

    3. Oat Segera 4 sudu besar4. Formula 1 2 sudu besar

    Caranya:

    Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender. Kisar selama lebih kurang 45 saat.

    Siap!

    Kalori Minima, Nilai Kesihatan Maksima

    Resepi di atas hanya sekitar 320 kalori (sepinggan mee goreng mamak 800 kalori!) tetapinilai kesihatan iaitu kandungan zat makanannya sangat tinggi dan telah disukat oleh

    saintis dan pakar diet bertaraf dunia supaya ia membekalkan zat makanan yang terbaik,

    lengkap, cukup dan seimbang untuk manusia.

    Kebaikan Resepi ini;

    Penyediaan yang cepat

    Zat makanan tinggi

    Boleh menyerap kolestrol (oat)

    Memudahkan kita makan oat (oat tak sedap, tapi dengan resepi ini kita tak rasalangsung oat)

    Baik untuk jantung (penuh dengan protein soya berkualiti tinggi dariFormula 1)

    Memberikan rasa kenyang yang berpanjangan (kerana kandungan protein)

    Bersih kerana kita sediakan sendiri

    Masa makan yang singkat (minum sahaja tak perlu kunyah)

    Mudah diserap perut (bentuk cecair)

    Membantu membersihkan sistem pencernaan supaya kadar penyerapan zatmakanan meningkat (12 jenis herba purba, dipatenkan)

    Kalori yang rendah

    Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya Tidak ada lemak berbahaya

    Tidak ada minyak

    Membantu sistem imunisasi badan

    http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-1/http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-1/http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-3/http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-3/http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-1/http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-1/http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-1/http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-1/http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-3/http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-1/http://cyberslimcenter.com/blog/produk-herbalife-formula-1/
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    54/72

    Macam-macam lagi parameter kesihatan yang telah saya dapat dari amalan

    pengunaan produk ini selama 4 tahun lebih dengan konsisten.

    Pilihan Di Tangan Kita

    Apa yang berlaku pada kita sekarang adalah disebabkan oleh PILIHAN yang kita buatsebelum ini.

    Jika kita sakit, bermakna kita telah;

    Pilih makanan tidak sihat berbanding yang sihat

    Pilih untuk tidak minum air dengan cukup

    Pilih untuk tidak senaman

    Pilih untuk makan makanan di luar yang tidak bersih

    Pilih untuk tidak tidur dengan cukup Pilih untuk hidup dalam keadaan tertekan

    Jadi, pilihan di tangan kita sebenarnya.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    55/72

    Terapi Warna

    Warna hijau sebenarnya adalah satu warna yang boleh membawa kesihatan kepada kita.

    Antara kebaikan merenung kehijauan ini ialah;

    Menguatkan tahap penglihatan (ubat rabun?)

    Mengurangkan stress

    Menenangkan perasaan

    Jika kita boleh menjalankan terapi warna hijau ini, ia telah dilaporkan bahawa Terapi

    Warna Hijau ini boleh membantu merawat penyakit-penyakit berikut;

    Tekanan Perasaan

    Ulser

    Resdung

    Selsema

    Kanser

    Ketidak stabilan seksual

    Bagaimana Terapi Warna Hijau ini patut dijalankan? Ianya adalah amat mudah.

    Ambil hidangan sayur-sayuran yang berwarna hijau. Bayam, kangkung, kobis,pucuk paku dan banyak lagi sayuran yang berwarna hijau. Lebih baik sekiranya

    sayuran ini dibasuh bersih dan dijadikan ulaman. Lebih banyak kita masak, maka

    lebih banyak kebaikan Terapi Warna Hijau akan hilang kesan positifnya.

    Merenung kehijauan hutan/pokok di taman. Ambil masa 30 minit sejam setiaphari cuti untuk berkelah di tepi air terjun yang biasanya terletak dalam kawasan

    hutan. Kehijauan akan memberikan kita ketenangan, manakala deruan air juga

    memberikan kuasa kedua yang juga membawa kita kepada ketenangan jiwa.Kosongkan fikiran dan berikan otak kita rehat yang selesa.

    http://cyberslimcenter.com/blog/wp-content/uploads/2010/11/Hijau.png
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    56/72

    Awet Muda

    Ramai yang takut tua. Tua tu maknanya kita punya muka berkedut-kedut dan yang paling

    menakutkan, kita nampak tua dari usia sebenar kita. Apabila kita kegemukan, biasanyakita akan nampak lebih tua dari usia. Menurunkan berat badan juga sebenarnya satu cara

    untuk kelihatan muda remaja.

    Zat Makanan untuk Awet Muda

    Lecithin!

    Lecithin bukan sahaja boleh menurunkan tahap kolestrol dalam darah, ia akan

    memberikan banyak kebaikan yang telah dibuktikan secara sainstifik kepadapengamalnya.

    Kebaikan Lecithin

    Antara kebaikan Lecithin ialah;

    Pengambilan yang mencukupi akan membantu badan membina kembali sel-sel

    yang rosak.

    Membina kembali organ-organ dalam badan.

    Ada kajian yang telah membuktikan bahawa, individu yang berumur 75 hingga 90 tahun,diberi makanan berlemak, lemak ini akan kekal dalam badan mereka selama 5 7 jam!

    Dan ada yang sehingga 20 jam.

    Apabila lemak berada dalam sistem badan kita dalam masa yang lama sebegini, ia akan

    meningkatkan kebarangkalian untuk lemak itu menjadi sebahagian dari tisu. Ini akanmenyebabkan kegemukan.

    Kemudian, para warga emas ini diberikan Lecithin sebelum mereka diberikan makananberlemak.

    Sungguh mengejutkan!

    Lemak yang tadi mengambil masa lama dalam sistem tubuh mereka, turun ke parasnormal dalam MASA YANG SINGKAT! Ia berlaku seperti sistem badan individu remaja

    yang sihat.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    57/72

    Nampaknya, kita boleh mengatasi masalah berat badan kita dengan bijak jika kita

    berilmu dan terus membaca untuk menambah ilmu kita.

    Jadi, kita boleh tambah senjata melawan kegemukan dengan mengambil makanan yangtinggi lecithin.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    58/72

    Cara Diet yang Berkesan

    Disebabkan oleh fenomena obesiti yang melanda negara Malaysia sekarang ini, dah

    terlalu banyak cara diet yang dicipta oleh pengusaha-pengusaha produk diet. Kita pundah tak tahu mana cara diet yang berkesan.

    Sebelum kita mencari apakah cara diet yang berkesan, kita kena tahu dulu apa

    sebenarnya yang menyebabkan kegemukan atau obesiti ni. Dari ilmu yang ada, dimana

    kita tahu puncanya, maka kita dengan mudah dapat mencari jalan penyelesaiannya.

    Sebenarnya, obesiti banyak puncanya. Antara yang dapat saya listkan di sini sebelum

    saya bincangkan cara diet yang berkesan ialah;

    Keturunan Dah disuratkan keluarga kita dari dulu lagi mewarisi genetik mudah

    naik berat badan ni. Jantina Nak atau tak nak, wanita lebih cenderung untuk mengalami masalah

    kegemukkan berbanding lelaki. Ini adalah kerana tahap metabolisma yang secara

    terus berkait dengan kapasiti otot. Lelaki mempunyai otot yang lebih banyak

    berbanding wanita. 1KG otot mampu bakar 31 kalori tanpa senaman! Keadaan sekeliling Orang bandar lebih mudah jadi gemuk kerana alam

    sekelilingnya yang memudahkan. Nak makan ada banyak kedai, tak perlu jalan

    jauh-jauh. Nak ke mana-mana, ada teksi, LRT, monorel, komuter, kereta sendiri,bas yang tak memerlukan kita berjalan jauh. Makanan pula disediakan segera dan

    perlu rasa sedap untuk mengatasi persaingan hebat di bandar. Sedap = kalori

    tinggi. Ini berbeza berbanding dengan keadaan di kampung. Kehidupan lebih

    tradisional dan perlukan kerja yang lebih. Keadaan hormon badan Memang tak dinafikan, beberapa hormon dalam

    badan yang tidak stabil pengeluarannya akan membawa kepada masalahkegemukan dimana selera makan kita bertambah, lebih dari biasa.

    Namun begitu, paling mencabar sekali ialah MAKANAN. Kita tak akan mengalami

    kegemukkan jika kita hanya sedut udara dan minum air kosong.

    Punca utama kegemukkan ialah MAKANAN. Tetapi manusia PERLU makan, jika tidak

    kita akan mengalami masalah kesihatan dan boleh bawa kepada kematian.

    Cara diet yang berkesan

    Setelah diamati punca kegemukkan ini, kita perlu mengatasi 2 perkara penting untuk

    mendapatkan cara diet yang berkesan;

    1. Memberikan makanan yang cukup (kuantiti dan khasiatnya) kepada badan

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    59/72

    2. Mengawal kandungan dan tahap kalori makanan yang diberikan kepada badan

    Saya telah menemui cara diet yang berkesan dengan mengantikan makanan rutin saya.

    Seperti manusia biasa, saya memerlukan sekurang-kurangnya 3 hidangan besar dalamsehari bagi tujuan untuk mengatasi masalah lapar.

    Namun, makanan di Malaysia kebanyakkannya;

    Berlemak tinggi

    Berkalori tinggi

    Bergaram tinggi

    Bergula tinggi

    Saya perlu elakkan makanan-makanan ini. TETAPI, jika saya tidak makan makanan di

    Malaysia yang punyai kepelbagaian dan keenakkan LUAR BIASA ini, saya tidak

    menikmati kehidupan.

    Jadi, saya perlu memenuhi 2 perkara penting;

    Memenuhi kehendak pemakanan

    Memberikan khasiat yang cukup kepada badan untuk saya sihat

    Inilah penyelesaiannya!

    Saya gantikan 2 hidangan makanan saya dengan makanan gantian dan sekali dalamsehari, saya menikmati makanan kegemaran saya seperti nasi berlauk, mee bandung, sate,

    makanan segera lain dan beberapa hidang luar negara seperti dari Itali, Jepun dan

    sebagainya.

    Hasilnya, saya berjaya turunkan berat badan saya sebanyak 16KG dalam masa 2 bulansetengah.

    http://www.cyberslimcenter.com/http://www.cyberslimcenter.com/
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    60/72

    Diet Rendah Kalori

    Kalori adalah perkataan yang sinonim untuk individu yang cuba untuk menurunkan berat

    badan.

    Kita juga selalu disarankan untuk mengurangkan kalori dalam hidangan kita. Kita jugapening memikirkan apakah diet rendah kalori yang terbaik untuk kita.

    Terlalu Rendah Tak Bagus!

    Badan kita tidak boleh menerima perubahan yang terlalu drastik. Jika kita selalunya

    makan 3,000 kalori setiap hari, tiba-tiba kita amalkan diet rendah kalori sehingga

    kurang dari 800 kalori sehari, badan kita akan mengalami masalah.

    Jika ingin juga mengamalkan diet rendah kalori, kita mesti mendapatkan pemantauan

    pakar. Diet dibawah 800 kalori sehari hanya boleh dilakukan dalam tempoh masa singkatiaitu 3-6 bulan sahaja.

    Jika berlebihan dari tempoh masa ini, diet rendah kalori ini akan membawa kepada

    implikasi yang tidak baik kepada kesihatan badan kita.

    Golongan yang Biasanya Amal Diet Rendah Kalori

    Biasanya, individu yang mengalami masalah berat badan yang serius sahaja digalakkanmelakukan diet rendah kalori ini. Jika dikira dengan BMI, mereka diukur dengan BMI

    melebihi 30.

    Kanak-kanak, ibu mengandung dan remaja tidak boleh menjalani diet rendah kalori. Ia

    memberikan banyak kesan negatif kepada mereka.

    Berapa Minimum Kalori yang Badan Kita Perlukan?

    Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini diukur berdasarkan saiz dan jantina

    seseorang itu. Untuk mengamalkan diet rendah kalori, kita sepatutnya ambil sekurang-

    kurangnya 1,200 kalori.

    Saya pernah mengamalkan diet rendah kalori ini untuk menurunkan berat badan saya.

    Dalam seharian saya ambil2 shake Herbalifedan satu kali hidangan biasa.

    http://www.cyberslimcenter.com/http://www.cyberslimcenter.com/http://www.cyberslimcenter.com/http://www.cyberslimcenter.com/
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    61/72

    Mengikut perkiraan kasarnya, saya ambil;

    1. Shake Herbalife X2 = 250 kalori X2 = 500 kalori

    2. Makanan Biasa (Ayam, Sayur, Nasi) = 900 kalori3. Buah (1-2 hidangan) = 100 kalori

    Jumlah kalori seharian saya ialah 1,500 kalori.

    Dibandingkan dengan corak pemakanan saya sebelum itu;

    1. Roti Canai X2 = 250 kalori X2 = 500 kalori

    2. Makanan Biasa (Ayam/Ikan, Sayur, Nasi) X2 = 900 X 2 = 1,800 kalori3. Buah (1-2 hidangan) = 100 kalori

    4. Air manis (1-2 cawan) = 150 kalori

    Jumlah kalori sebelum diet rendah kalori saya ialah 2,550 kalori.

    Hasilnya saya berjaya kurangkan 16kg dalam masa 2 bulan setengah.

    Kesan Sampingan Diet Rendah Kalori

    Saya tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Saya mengamalkan meminum air yang

    banyak sepanjang diet rendah kalori saya. Air yang banyak akan membantu badan saya

    mengadaptasi dengan perubahan yang saya lakukan.

    Lagipun, diet rendah kalori saya tidak begitu drastik berbanding diet rendah kaloriyang lain.

    Namun begitu, bagi individu yang mengamalkan diet rendah kalori yang melibatkan

    pengurangan kalori sehingga kurang dari 800 kalori seharian, mereka akan mengalami

    kesan sampingan berikut;

    Pening-pening Rasa kurang bertenaga

    Loya-loya

    Cirit-birit

    Sembelit

    Kesan sampingan ini biasanya berlaku pada peringkat permulaan diet rendah kalori.

    Kemudian, badan akan mula proses adaptasi dan kesan sampingan ini akan mula hilang.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    62/72

    Cara Diet Rendah Kalori

    Cara sebenarnya ialah dengan mengantikan makanan kita denganmakanan gantian.

    Makanan gantian ini boleh membawa 2 maksud, iaitu;

    1. Makanan yang sihat

    2. Supplement

    Supplement biasanya memberikan khasiat yang badan kita perlukan dalam kadar yang

    cukup dan seimbang. Seimbang pula membawa maksud cukup segalanya.

    Manakala makanan sihat pula adalah seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

    Ada yang salah tafsir, diet rendah kalori bagi mereka ialah mengurangkan makan.

    Mereka tidak makan malam contohnya.

    Tafsiran ini silap. Jika kita tidak makan, kita akan mengalami reverse effect dimana

    metabolisma kita menjadi perlahan. Inilah perkara yang tidak mahu berlaku untuk kita

    sama ada kita dalam diet atau tidak.

    http://www.cyberslimcenter.com/http://www.cyberslimcenter.com/http://www.cyberslimcenter.com/
  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    63/72

    Berniaga

    2 hari lepas, ada seorang pelanggan saya dari Gemas bertanyakan saya;

    Ada tak perniagaan yang boleh untung cepat?.

    Soalan yang agak sukar untuk saya jawab. Tapi saya kongsikan sedikit pengalaman sayadalam memajukan sesuatu perniagaan.

    Berikut adalah ringkasan apa yang telah saya lalui;

    Mula Berniaga

    Saya terus terjun!

    Saya tak buat persediaan rapi seperti orang lain yang selalunya buat kajian bertahun-tahun untuk bersedia.

    Ilmu perniagaan saya agak cetek masa saya bina perniagaan Herbalife saya. Apa

    tidaknya, sebelum tu saya adalah seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat Jepun.Multinasional.

    Saya belajar along the way. Banyak perkara yang saya lalui, banyak cabaran yang saya

    tempuhi, banyak dugaan yang saya atasi.

    Nak kata senang.saya rasa tidak.

    Cabaran

    Cabarannya HEBAT!

    Cuba bayangkan;

    Income tak tetap (kadang-kadang ZERO!) Hidup tak menentu masanya

    Kerja kena kuat sepanjang masa

    Masa rehat sangat singkat

    Ini akan menghantui kita pada peringkat permulaan.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    64/72

    Ia akan menjadi sangat mencabar kalau sebelum ini kita kerja makan gaji. Kalau kerja

    makan gaji, kita dah terjamin akan dapat gaji pada hujung bulan. Ada lebih kalau kita ada

    over time.

    Kerenah Pelanggan

    Pelanggan ada macam-macam jenis, ada yang OK, kita rasa sangat selesa melayan

    kehendak mereka. Pelanggan yang positif macam ni 100% berjaya menurunkan berat

    badan mereka. Terima kasih atas sokongan anda semua.

    Ada yang tak berapa nak OK. Tengking kita, marah-marah dan macam-macam

    perlakuan yang kita tidak senangi.

    Tapi, ikut pengalaman saya, dalam 3 ribu lebih pelanggan yang pernah berurusan dengan

    saya, hanya 3-4 orang sahaja yang memeningkan kepala. Ada yang tak logik langsungpun ada.

    Antara yang tak logik

    Minta balik duit sebab dia kena beli air soya sendiri untuk bancuh produk

    Berat tak turun, tapi selepas saya siasat, dia tak minum pun produk tu

    Barang dah ambil, tapi duit tak bayar! Saya Halalkan dah

    Jadi, saya belajar satu perkara.

    Usahakan 99.9% pelanggan positif, Lupakan 0.1% pelanggan Negatif

    Saya tidak rugi sangat untuk memulangkan duit 0.1% pelanggan yang negatif ni.

    Malahan saya akan rasa sangat lega kalau mereka ni semua bahagia dengan menyusahkan

    orang lain.

    Perkhidmatan Pelanggan

    Saya pernah tinggal di Jepun lebih dari 5 tahun. Saya dapat lihat dan rasa perkhidmatan

    pelanggan peniaga-peniaga di sana.

    Satu perkataan yang saya boleh bagi.TIP-TOP!

    Maknanya, tersangatlah bagusnya.

    Mungkin kerana kesedaran ataupun budaya yang telah mereka terapkan sejak dahulu lagi.

    Ia jadi ikutan terus menerus, generasi ke generasi.

  • 8/6/2019 Punca Kegemukan

    65/72

    OK, saya listkan sedikit pengalaman saya berurusan dengan peniaga-peniaga di Jepun;

    Customer service diaorang tak pernah tinggikan suara

    Peniaga/pekerjanya akan ucapkan Irasyaimase bermaksud selamat datanguntuk setiap pelanggan yang masuk ke premis mereka. Dan ucapkan Arigato

    Gozaimashita kepada pelanggan yang keluar, tak kira orang tu