borang pengesahan status tesis - faculty of education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07)...

31
PSZ 19: 16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ANALISA PENERIMAAN BOLA PERTAMA DALAM PERMAINAN SEPAK TAKRAW DI KALANGAN ATLET SEPAK TAKRAW NEGARA SESI PENGAJIAN: 2011/2012 Saya: MOHD SHAHREN HAKIM BIN HJ IBRAHIM________ (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: BATU 27 ½ GAPIS NYALAS PROF. MADYA DR. ZAINAL ABIDIN BIN 77100 ASAHAN, ZAINUDDIN MELAKA. Tarikh : 18 JANUARI 2012 Tarikh : 18 JANUARI 2012 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: lamnhi

Post on 09-May-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

PSZ 19: 16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: ANALISA PENERIMAAN BOLA PERTAMA DALAM PERMAINAN SEPAK

TAKRAW DI KALANGAN ATLET SEPAK TAKRAW NEGARA

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya: MOHD SHAHREN HAKIM BIN HJ IBRAHIM________

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________ __________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia:

BATU 27 ½ GAPIS NYALAS PROF. MADYA DR. ZAINAL ABIDIN BIN

77100 ASAHAN, ZAINUDDIN

MELAKA.

Tarikh : 18 JANUARI 2012 Tarikh : 18 JANUARI 2012

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ZAINAL ABIDIN BIN

ZAINUDDIN

Tarikh : 18 JANUARI 2012

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

“ANALISA PENERIMAAN BOLA PERTAMA DALAM PERMAINAN

SEPAK TAKRAW DI KALANGAN ATLET SEPAK TAKRAW NEGARA”

MOHD SHAHREN HAKIM BIN HJ IBRAHIM

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : MOHD SHAHREN HAKIM BIN HJ IBRAHIM

Tarikh : 18 JANUARI 2012

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

iii

DEDIKASI

Penulisan ini khas buat :

Ayah dan Bonda yang tersayang

Tuan Hj Ibrahim Bin Hj Sapar & Puan Hajjah Asmah Binti Haji Salleh,

Terima Kasih di atas segala pengorbanan,

Membesar dan mendidikku supaya menjadi manusia berguna,

Jasa kalian tidak akan terbalas selamanya.

Buat insan-insan yang disayangi

Abang-abang, kakak-kakak dan abang-abang dan kakak-kakak ipar

Abg Al, Abg Aman, Abg Taib dan semuanya,

Serta tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan

Terima kasih di atas segala sokongan dan kasih sayang anda

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

iv

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”. Alhamdulillah,

bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya

menyiapkan tugasan penulisan ilmiah ini dengan sempurna.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Prof. Madya Dr.

Zainal Abidin Bin Zainuddin selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan,

bantuan dan nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Segala ilmu yang diberikan amat berharga dan akan dikenang sepanjang hayat.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada kesemua pensyarah

Sains Sukan dan pendidik yang telah mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar yang tidak

berbelah-bahagi demi menjayakan kajian ini. Buat rakan-rakan yang dikasihi, terima kasih di

atas bantuan dan sokongan yang diberikan selama ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak

dalam menjalankan kajian ini. Hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian.

Mohd Shahren Hakim Bin Hj Ibrahim,

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan(Sains Sukan),

Universiti Teknologi Malaysia.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat kebolehan pasukan sepak takraw negara untuk

menerima bola pertama yang ditujukan oleh pemain tekong dari pihak lawan kepada mereka.

Video perlawanan sebenar digunakan sebagai bahan kajian dalam kajian yang telah dijalankan

ini. Perkara utama yang menjadi keutamaan dan diperhatikan di dalam rakaman video yang

diperolehi ialah kawalan terhadap bola pertama yang diterima daripada servis yang dilakukan

oleh tekong pihak lawan kepada pemain Malaysia. Video perlawanan yang digunakan dalam

kajian ini ialah video kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ISTAF 2011 yang melibatkan

perlawanan antara pasukan sepak takraw negara menentang pasukan negara Singapura dan juga

perlawanan antara pasukan negara menentang pasukan negara Thailand. Hasil dapatan daripada

analisis kajian yang dijalankan, didapati bahawa penerimaan bola pertama oleh pasukan sepak

takraw negara adalah baik, iaitu 76.5% daripadanya adalah kawalan yang berjaya dilakukan

terhadap bola pertama yang diterima dari bola servis yang ditujukan oleh pemain tekong kepada

mereka. Peratus kawalan bola pertama yang tinggi semasa mengambil bola pertama yang

diperolehi ini menunjukkan bahawa kebolehan pasukan sepak takraw negara untuk menerima

bola pertama dengan baik adalah tinggi. Oleh itu, kecuaian dalam penerimaan bola pertama tidak

boleh digunakan sebagai punca kekalahan pasukan negara kepada pihak lawan. Selain daripada

faktor penerimaan bola pertama, mungkin terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan prestasi

pasukan sepak takraw negara yang kurang memuaskan seperti serangan yang tidak konsisten

atau pun kerana servis tekong skuad negara yang tidak tepat menuju ke sasaran yang ditujui.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

vi

ABSTRACT

This study was conducted to observe the ability of national sepak takraw team to receive

first ball from the opponent’s tekong. Complete actual video recording of the game was used to

examine the action. Emphasize were given to the ability to control the upcoming ball served

from the opponent’s tekong to Malaysian player. The Video used in this study are actual game

which involved Malaysian team competing in ISTAF 2011 Sepak Takraw World Cup against

Singapore and Thailand. Result from this study shows that overall performance for the national

team in receiving the first ball is good which recorded 76.5% success rate. The high percentage

of first ball control following receiving the ball has shows the ability of the Malaysian player to

receive the first ball is good. Thus, the negligence in recieving the first ball is not the

contributing factors to the defeats of Malaysian Team in the competition. Apart from reieving the

first ball, attacking strategies which are not consistent and concistency of our own tekong might

be the contributing factors to the defeats among Malaysian Team.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Definisi Operational 7

1.7 Batasan Kajian 11

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

viii

1.8 Rasional Kajian 11

1.9 Penutup 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kajian Yang Berkaitan 15

2.3 Penutup 17

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 18

3.2 Rekabentuk Penyelidikan 19

3.3 Pemilihan Video 22

3.4 Instrumen Kajian 22

3.5 Prosedur Kajian

3.5.1 Pengumpulan Data 23

3.5.2 Pemerhatian 23

3.5.3 Penjadualan dan Graf 23

3.5.4 Analisa 24

3.5.5 Perbandingan 24

3.5.6 Keputusan 25

3.6 Kaedah Penganalisaan Data 25

3.7 Penutup 25

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 26

4.2 Analisis Kualitatif 27

4.2.1 Analisa penerimaan bola pertama oleh

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

ix

skuad sepak takraw negara 29

4.2.2 Analisa perbandingan antara tampanan

bola pertama yang berjaya dikawal dengan

tampanan bola pertama yang tidak berjaya

dikawal oleh skuad sepak takraw negara 31

4.2.3 Analisa tampanan bola pertama yang diambil

oleh skuad sepak takraw negara dengan

menggunakan kepala 33

4.2.4 Analisa tampanan bola pertama yang diambil

oleh skuad sepak takraw negara dengan

menggunakan kaki 35

4.2.5 Analisa tampanan bola pertama yang diambil

oleh skuad sepak takraw negara dengan

menggunakan peha. 37

4.2.6 Analisa tampanan bola pertama yang diambil

oleh tekong skuad sepak takraw negara. 39

4.2.7 Analisa tampanan bola pertama yang diambil

oleh apit kiri skuad sepak takraw negara. 41

4.2.8 Analisa tampanan bola pertama yang diambil

oleh apit kanan skuad sepak takraw negara. 43

4.2.9 Analisa tampanan bola pertama yang mudah

diambil oleh skuad sepak takraw negara. 45

4.2.10 Analisa tampanan bola pertama yang

sederhana sukar diambil oleh skuad sepak

takraw negara. 47

4.2.11 Analisa tampanan bola pertama yang sukar

diambil oleh skuad sepak takraw negara. 49

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

x

4.3 Analisa Tampanan Bola Pertama Berdasarkan Posisi

4.3.1 Analisa tampanan bola pertama yang

diterima oleh pemain Tekong 51

4.3.2 Analisa tampanan bola pertama yang diterima

oleh pemain Apit Kiri 54

4.3.3 Analisa tampanan bola pertama yang diterima

oleh pemain Apit Kanan 56

4.4 Analisa Tampanan Bola Pertama Berdasarkan

Bahagian Badan Yang Menerima Bola Pertama

Mengikut Tahap Kesukaran Bola Yang Diterima

4.4.1 Analisa tampanan bola pertama menggunakan

Kepala 58

4.4.2 Analisa tampanan bola pertama menggunakan

Peha 61

4.4.3 Analisa tampanan bola pertama menggunakan

Kaki 63

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan 67

5.2.1 Analisa terhadap penerimaan bola pertama

berdasarkan bahagian badan yang digunakan

untuk menerima bola pertama mengikut tahap

kesukaran bola pertama yang diterima 67

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

xi

5.2.2 Analisa terhadap tahap kesukaran bola

pertama yang diterima mengikut posisi-posisi

pemain di dalam gelanggang, iaitu tekong,

apit kiri dan juga apit kanan 71

5.3 Kesimpulan 73

5.4 Cadangan 74

RUJUKAN 76

LAMPIRAN 78

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Penerimaan bola pertama oleh skuad sepak takraw negara 29

4.2 Bilangan bola pertama yang ditampan 31

4.3 Peratus berjaya menampan bola pertama 32

4.4 Bilangan bola pertama yang ditampan menggunakan kepala 33

4.5 Peratus bola pertama yang ditampan menggunakan kepala 34

4.6 Bilangan bola pertama yang ditampan menggunakan kaki 35

4.7 Peratus bola pertama yang ditampan menggunakan kaki 36

4.8 Bilangan bola pertama yang ditampan menggunakan peha 37

4.9 Peratus bola pertama yang ditampan menggunakan peha 38

4.10 Bilangan bola pertama yang ditampan oleh tekong 39

4.11 Peratus bola pertama yang ditampan oleh tekong 40

4.12 Bilangan bola pertama yang ditampan oleh apit kiri 41

4.13 Peratus bola pertama yang ditampan oleh apit kiri 42

4.14 Bilangan bola pertama yang ditampan oleh apit kanan 43

4.15 Peratus bola pertama yang ditampan oleh apit kanan 44

4.16 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan 45

4.17 Peratus bola pertama yang mudah ditampan 46

4.18 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan 47

4.19 Peratus bola pertama yang sederhana sukar ditampan 48

4.20 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan 49

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

xiii

4.21 Peratus bola pertama yang sukar ditampan 49

4.22 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan oleh tekong 51

4.23 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan

oleh tekong 52

4.24 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan oleh tekong 52

4.25 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan oleh apit kiri 54

4.26 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan

oleh apit kiri 54

4.27 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan oleh apit kiri 55

4.28 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan oleh

apit kanan 56

4.29 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan

oleh apit kanan 56

4.30 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan oleh

apit kanan 57

4.31 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan

dengan menggunakan kepala 58

4.32 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan

dengan menggunakan kepala 59

4.33 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan dengan

menggunakan kepala 59

4.34 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan

dengan menggunakan peha 61

4.35 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan dengan

menggunakan peha 61

4.36 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan

dengan menggunakan kaki 63

4.37 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan

dengan menggunakan kaki 63

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

xiv

4.38 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan dengan

menggunakan kaki 64

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta alir rekabentuk kajian 20-21

4.1 Kawalan bola pertama yang diterima 31

4.2 Peratus kawalan bola pertama 32

4.3 Tampanan bola pertama dengan kepala 33

4.4 Peratus kawalan bola pertama dengan kepala 34

4.5 Tampanan bola pertama dengan kaki 35

4.6 Peratus kawalan bola dengan kaki 36

4.7 Tampanan bola pertama menggunakan peha 37

4.8 Peratus kawalan bola menggunakan peha 38

4.9 Tampanan bola pertama oleh tekong 39

4.10 Peratus kawalan bola pertama oleh tekong 40

4.11 Tampanan bola pertama oleh apit kiri 41

4.12 Peratus tampanan bola pertama oleh apit kiri 42

4.13 Tampanan bola pertama oleh apit kanan 43

4.14 Peratus kawalan bola pertama oleh apit kanan 44

4.15 Tampanan bola pertama yang mudah 45

4.16 Peratus tampanan bola pertama mudah 46

4.17 Tampanan bola pertama sederhana sukar 47

4.18 Peratus tampanan bola pertama sederhana sukar 48

4.19 Tampanan bola pertama sukar 49

4.20 Peratus tampanan bola pertama sukar 50

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

xvi

4.21 Bola pertama yang diterima oleh tekong 53

4.22 Bola pertama yang diterima oleh apit kiri 55

4.23 Bola pertama yang diterima oleh apit kanan 57

4.24 Tampanan bola pertama menggunakan kepala 60

4.25 Tampanan bola pertama menggunakan peha 62

4.26 Tampanan bola pertama menggunakan kaki 64

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat lampiran permohonan dari fakulti bagi proses 78

pengumpulan data

B Rakaman Video Perlawanan Yang Digunakan 79

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam meniti era sains dan teknologi yang kian berkembang pada masa kini, terdapat

pelbagai saingan serta cabaran yang perlu ditempuhi oleh kerajaan bagi memastikan kesemua

sektor dan semua bidang yang diceburi oleh negara kita setanding pencapaiannya di mata dunia.

Ia juga termasuklah dalam sektor pembangunan sukan amnya dan khususnya dalam sukan sepak

takraw. Jika dahulu, sepak takraw hanya dimainkan sebagai salah satu daripada aktiviti riadah

harian sahaja tetapi kini sepak takraw telah dikenali sebagai salah satu acara sukan tumpuan yang

dinanti-nantikan persembahannya di kalangan peminat-peminat dan juga penonton-penonton

yang meminati sukan ini.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

2

Oleh itu, sewajarnya pihak kerajaan merangka satu program yang khusus kepada skuad

sepak takraw negara demi memastikan pembangunan sepak takraw di negara kita mencapai

kehendak dan matlamat yang diinginkan. Persembahan yang baik serta aksi permainan yang

bermutu di dalam gelanggang sememangnya merupakan tarikan utama yang ditunggu-tunggu

oleh para penonton yang hadir menyaksikannya. Pada temasya sukan sea Guangzhou 2010 yang

lalu, kita dapat menyaksikan skuad sepak takraw kita ditundukkan oleh pasukan dari negara

Thailand di peringkat akhir iaitu dengan kekalahan 2-0 manakala pada kejohanan Sepak Takraw

Piala Dunia ISTAF 2011 pula, pasukan negara kita sekali lagi tewas kepada pasukan negara

Thailand dengan keputusan 3-0. Berdasarkan daripada keputusan dan gaya permainan yang telah

ditunjukkan oleh skuad sepak takraw negara, kita dapat lihat bahawa skuad negara perlu

berusaha lebih gigih untuk merampas kembali piala kejohanan tersebut pada kejohanan yang

akan datang. Hal ini disebabkan penguasaan gelanggang yang dipamerkan oleh skuad negara

masih ditahap yang sederhana.

Ketika ini, sentuhan yang diberikan oleh para pemain negara di gelanggang pertandingan

juga masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Dalam kejohanan Sepak Takraw

Piala Dunia ISTAF 2011 yang lalu, jika dilihat dari aspek tampanan bola pertama selepas bola

servis diberikan, didapati bahawa kebolehan bagi skuad negara untuk mengambil bola servis itu

agak baik dan skuad negara juga berhasil membuat serangan balas keatas pihak lawan.

Sememangnya telah menjadi tanggungjawab serta peranan apit kanan untuk merejam bola yang

dilambungkan oleh apit kiri kepadanya dan apa yang dapat diperhatikan persembahan dari apit

kanan ini sememangnya jarang dihampakan. Perkara yang perlu diberikan perhatian adalah

bagaimana mewujudkan peluang tersebut supaya rejaman-rejaman yang bermutu dapat

dilakukan oleh apit kanan skuad negara.

Oleh itu, kita perlu mengukuhkan lagi kebolehan para pemain untuk menampan bola

pertama dari servis pihak lawan. Walaupun tekong skuad negara tidak dapat mempamerkan

persembahan dan sepakan bola yang menggugat pertahanan pemain pihak lawan, ini tidak boleh

dijadikan alasan kepada skuad negara diatas pencapaian yang tidak mencapai sasaran dan

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

3

menemui kegagalan dalam pertandingan. Hal ini kerana skuad negara akan dapat menunjukkan

aksi persembahan yang lebih bermutu sekiranya bola pertama dari pihak lawan dapat ditampan

dan dikembalikan semula dengan hujanan bola yang mengancam oleh apit kanan secara

konsisten. Oleh itu, kita perlu meneliti apakah yang menjadi punca kepada kegagalan pemain

sepak takraw negara untuk menampan dan mengawal bola pertama yang ditujukan oleh tekong

pihak lawan kepada mereka. Dari situ, kita akan dapat mencari kelemahan atau kekuatan skuad

negara yang perlu diperkukuhkan lagi dan diberi tumpuan untuk memastikan skuad negara tidak

akan terlepas lagi untuk menggungguli piala kejohanan yang dipertaruhkan oleh penganjur pada

masa akan datang. Selain itu, tidak harus dilupakan juga untuk mengukuhkan lagi dan

manajamkan kebolehan barisan tekong skuad negara dengan menguasai servis kuda selain servis

sila supaya ianya boleh digunakan sebagai senjata dalam mencari dan mencuri mata

pertandingan apabila melakukan sepakan mula.

Seperti yang kita sedia maklum, pertandingan sepak takraw kebiasaannya dilangsungkan

di dalam dewan yang berbumbung iaitu secara tertutup. Oleh itu, bilangan penonton yang dapat

menyaksikannya juga terhad dan ini menyebabkan bunyi sorakan dan sokongan yang diberikan

oleh penyokong dan juga penonton yang menyaksikan pertandingan ini berlangsung seakan

gegak gempita dan memecah suasana dewan. Sedikit sebanyak, ia akan menjejaskan perhatian

para pemain yang sedang beraksi khususnya kepada pemain yang disogok dengan sokongan

yang tidak membina serta caci-maki yang dilontarkan kepada mereka sekiranya persembahan

yang mereka tunjukkan itu kurang memuaskan hati penonton. Di dalam pertandingan sepak

takraw, setiap pemain perlu bersedia untuk menerima bola pertama yang ditujukan kepada

mereka dari pelbagai arah dan tahap kelajuan bola supaya bola yang diterima tersebut berjaya

ditampan dan dikawal dengan baik. Dengan itu, barulah para pemain boleh merancang untuk

melakukan serangan-serangan balas berupa rejaman bola yang akan dilakukan oleh apit kanan

sekiranya mahu menguasai pertandingan tersebut. Segala usaha dan latihan yang telah dilalui

akan berkesudahan dengan sia-sia sahaja sekiranya ia tidak dapat dipamerkan secara maksimum

ketika perlawanan sebenar berlangsung jika bola pertama yang ditujukan kepada mereka tidak

dapat dikembalikan atau dikawal dengan baik.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

4

1.2 Latar Belakang Kajian

Pencapaian dalam sukan sepak takraw di negara ini dilihat semakin merosot berbanding

pada suatu ketika dahulu iaitu ketika negara ini memegang takhta kejohanan sepak takraw. Ini

dapat dilihat berdasarkan keputusan pertandingan yang lalu dimana skuad sepak takraw negara

dikalahkan oleh pasukan Thailand dengan keputusan 3-0 pada kejohanan Sepak Takraw Piala

Dunia ISTAF 2011 yang lalu. Fenomena permainan sepak takraw yang dipamerkan oleh skuad

negara didapati masih belum sempurna seolah-olah kekurangan sesuatu dan strategi perlawanan

yang digunakan tidak berupaya untuk menguasai permainan sepak takraw ini demi merampas

semula status kuasa utama sepak takraw dunia yang dipegang oleh Thailand pada masa kini.

Pada dasarnya, skuad sepak takraw negara dikatakan setaraf dengan skuad dari negara Thailand

berdasarkan latihan dan penguasaan gelanggang yang ditunjukkan tetapi bagi skuad negara

Thailand, mereka mempunyai kelebihan dari sepakan servis iaitu menggunakan servis kuda. Jika

servis kuda yang diberikan oleh tekong pasukan Thailand dapat disambut dan ditampan dengan

kemas, skuad negara mungkin berpeluang menewaskan lawan iaitu dengan membalas semula

dengan rejaman berbisa dari apit kanan skuad negara. Secara amnya, bahagian depan (apit kiri

dan apit kanan) kita, adalah setanding dengan Thailand yang pada masa ini merupakan juara

dunia dalam sukan sepak takraw.

Servis dalam permainan takraw antara faktor kenapa Thailand masih di

singgahsana juara sehingga sekarang. Mereka mempunyai barisan tekong yang mampu

melakukan servis tajam dan laju yang dikenali dengan servis kuda. Servis kuda dikatakan

mempunyai banyak kelebihan berbanding servis yang biasa digunakan iaitu servis sila.

Faktor yang mungkin menjadi penyebab kepada kekalahan skuad sepak takraw negara

kita ialah kegagalan untuk menampan bola pertama yang dilontarkan dari pihak lawan dengan

kemas. Dalam permainan sepak takraw, kebolehan melakukan servis yang baik sememangnya

suatu kelebihan bagi sesebuah pasukan tersebut tetapi ia bukanlah satu ancaman yang besar bagi

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

5

pihak lawan untuk menguasai semula rentak permainan dan seterusnya mencapai kemenangan

sekiranya ia boleh diatasi dengan menampan bola pertama dari tekong lawan dengan kemas dan

berjaya mengawalnya serta berjaya melakukan serangan balas.

Untuk mengenal pasti punca kegagalan menerima dan menampan bola pertama dari

pihak lawan, suatu kajian telah dilakukan untuk menganalisa kebolehan dalam penerimaan bola

pertama dari pihak lawan di kalangan skuad sepak takraw negara.

1.3 Pernyataan Masalah

Analisis tidak rasmi dalam permainan sepak takraw mendapati kegagalan sesebuah

pasukan untuk menang dalam pertandingan adalah turut dipengaruhi oleh kemampuan pasukan

mengambil bola pertama. Pada kebiasaannya pemain tengah atau tekong adalah orang yang akan

menerima bola pertama. Walau bagaimanapun peningkatan kualiti permainan terutamanya

kepelbagaian servis menjadikan ketiga-tiga pemain yang berada di gelanggang mempunyai

peranan yang sama dalam mengambil bola pertama. Fokus kepada kualiti mengambil bola

pertama adalah matlamat kajian ini kerana kemampuan sesuatu pasukan untuk menyerang adalah

bergantung kepada kawalan bola pertama.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai objektif berikut iaitu:-

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

6

1.4.1 Menganalisa penerimaan bola pertama yang diberikan oleh pihak lawan selepas bola

servis dimulakan.

1.4.2 Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dalam menerima bola pertama dari pihak lawan

berdasarkan anggota badan yang digunakan untuk mengambil bola tersebut.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini mengkhususkan kepada punca pemain tidak dapat menerima

dan menampan bola pertama yang dilontarkan dari pihak lawan ke gelanggang pemain dengan

kemas. Di dalam permainan sepak takraw, kebolehan pemain menerima tampanan bola pertama

adalah sesuatu perkara yang penting dan merupakan benteng pertama bagi sesebuah pasukan.

Hal ini adalah kerana apabila pemain gagal untuk menampan bola pertama yang dilontarkan dan

bola dapat dimatikan, ia akan berpihak kepada pihak lawan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah

bersesuaian dengan kehendak skuad sepak takraw negara dalam usaha untuk mencapai

kemenangan yang diimpikan dengan mengenalpasti kelemahan apabila menampan bola pertama

tersebut.

Kajian yang akan dijalankan juga bertujuan memberi panduan kepada jurulatih sepak

takraw untuk menilai dan merancang strategi latihan yang khusus untuk menampan bola pertama

dari pihak lawan dalam permainan sepak takraw ini. Melalui kajian yang dijalankan ini pihak

yang terlibat dalam merangka kaedah latihan dalam permainan sepak takraw juga dapat

menggunakan panduan kajian sebagai satu rangka di dalam latihan permainan sepak takraw ini.

Dengan mengetahui pelbagai masalah di dalam permainan sepak takraw ini terutamanya dari

segi teknik latihan maka permasalahan yang berkaitan di dalam penerimaan bola pertama ini

dapatlah digunakan oleh pihak yang terlibat di dalam merangka struktur latihan dalam permainan

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

7

ini. Selain itu mereka juga dapat menggunakan kajian ini untuk memperolehi dan mendapatkan

corak permainan yang baik bagi memperolehi kejayaan dalam permainan sepak takraw negara.

Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan mutu

permainan sepak takraw negara khasnya pada masa hadapan terutamanya semasa menerima dan

menampan bola pertama dari pihak lawan selepas servis dilakukan, seterusnya kearah

pembangunan sepak takraw Malaysia dan antarabangsa amnya.

1.6 Definisi Operational

Definisi yang digunakan dalam konteks kajian ini mempunyai maksud yang tertentu.

Diantara pengertian yang membantu dalam menjalankan kajian ialah

1.6.1 Servis

Sepakan mula yang dibuat oleh tekong ke arah gelanggang lawan setelah menerima bola

lontaran dari apit kanan atau apit kiri.

1.6.2 Servis sila

Sepakan mula yang dibuat oleh tekong kearah gelanggang lawan setelah menerima

lontaran dari apit kanan atau apit kiri dengan kaki yang akan menyepak seperti menyila dan kaki

diangkat separas atau tidak melebihi paras kepala semasa menyentuh bola.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

8

1.6.3 Servis Kuda

Sepakan mula yang dibuat oleh tekong kearah gelanggang lawan setelah menerima

lontaran dari apit kanan atau apit kiri dengan kaki yang akan menyepak diangkat tinggi melepasi

kepala semasa menyentuh bola.

1.6.4 Tekong

Orang yang melakukan sepakan mula.

1.6.5 Pengumpan

Orang yang memindahkan atau menghantar bola kepada perejam untuk dibuat libasan

atau rejaman ke pihak lawan.

1.6.6 Perejam

Orang yang bertanggungjawab mematikan bola dengan membuat libasan atau sepakan

kencang setelah menerima umpanan dari apit kiri atau kanan ke pihak lawan.

1.6.7 Apit kiri

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

9

Pemain yang berada di posisi kiri dan boleh terdiri dari perejam atau pengumpan.

1.6.8 Apit Kanan

Pemain yang berada di posisi kanan dan boleh terdiri daripada perejam atau pengumpan.

1.6.9 Rally

Satu gabungan kekuatan dan tumpuan dalam setiap servis yang dilakukan.

1.6.10 Bola Pertama

Merupakan bola dari servis pihak lawan yang masuk ke dalam gelanggang.

1.6.11 K

Merujuk kepada aras bola pertama yang diterima adalah pada aras kaki.

1.6.12 P

Merujuk kepada aras bola pertama yang diterima adalah pada aras peha

1.6.13 X

Merujuk kepada aras bola pertama yang diterima adalah pada aras kepala.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

10

1.6.14 M

Merujuk kepada tahap kesukaran bola pertama yang diterima adalah mudah

1.6.15 SS

Merujuk kepada tahap kesukaran bola pertama yang diterima adalah sederhana sukar.

1.6.16 S

Merujuk kepada tahap kesukaran bola pertama yang diterima adalah sukar.

1.6.17 KK

Merujuk kepada bahagian badan yang digunakan untuk mengambil bola pertama adalah

kaki kanan.

1.6.18 KP

Merujuk kepada bahagian badan yang digunakan untuk mengambil bola pertama adalah

kepala.

1.6.19 Y

Merujuk kepada bahagian badan yang digunakan untuk mengambil bola pertama adalah

peha

1.6.20 B

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

11

Merujuk kepada kawalan keatas bola pertama yang diterima adalah berjaya

1.6.21 G

Merujuk kepada kawalan keatas bola pertama yang diterima adalah gagal.

1.6.22 ISTAF

Pertubuhan sepak takraw antarabangsa.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan melalui analisi video perlawanan yang melibatkan pasukan sepak

takraw negara Malaysia menentang pasukan dari negara Singapura dan juga melibatkan video

perlawanan antara pasukan negara menentang pasukan negara Thailand. Video yang dipilih ini

adalah video perlawanan sebenar yang berlangsung semasa Kejohanan Sepak Takraw Piala

Dunia ISTAF 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 24 Julai 2011 yang lalu. Dalam

kejohanan yang turut disertai oleh pasukan sepak takraw negara ini, pasukan sepak takraw

negara telah bertemu dengan pasukan negara Singapura di peringkat separuh akhir kejohanan.

Manakala, pasukan negara Malaysia juga telah bertemu dengan pasukan negara Thailand di

peringkat akhir. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini dianalisa berdasarkan rakaman penuh dari

video kedua-dua perlawanan ini.

1.8 Rasional Kajian

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - Faculty of Education … · 2013-11-19 · psz 19: 16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: analisa penerimaan

12

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menunjukkan bahawa penerimaan bola pertama

daripada servis yang dilakukan oleh tekong pihak lawan juga memainkan peranan yang penting

kepada kekuatan sesebuah pasukan sepak takraw itu.

1.9 Penutup

Sesungguhnya kajian terhadap sukan sepak takraw merupakan satu bidang kajian yang

meluas yang boleh dilakukan. Namun, kajian ini hanya menilai kebolehan pemain sepak takraw

negara ketika menerima bola pertama daripada bola yang di servis oleh pemain tekong pasukan

lawan. Adalah diharapkan, semoga kajian yang dijalankan ini dapat menjadi suatu rujukan dalam

meningkatkan lagi mutu permainan sepak takraw di Malaysia.