psz 19:16 (pind. 1/97) - fp.utm.my · tingkatan empat: heredity and variation: sex chromosome,...

26
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER_ BAGI SAINS TINGKATAN EMPAT: HEREDITY AND_______ VARIATION: SEX CHROMOSOME, TWINS AND MUTATION SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya MELISSA TAN JEROME (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 1948, TAMAN UJUNG CIK ZALEHA BINTI ABDULLAH JALAN TOK UNGKU Nama Penyelia 70100 SEREMBAN, N.S. Tarikh: _________ __ Tarikh: ____________ SULIT TERHAD

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER_

BAGI SAINS TINGKATAN EMPAT: HEREDITY AND_______

VARIATION: SEX CHROMOSOME, TWINS AND MUTATION

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya MELISSA TAN JEROME (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ ___________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

1948, TAMAN UJUNG CIK ZALEHA BINTI ABDULLAH JALAN TOK UNGKU Nama Penyelia 70100 SEREMBAN, N.S. Tarikh: _________ __ Tarikh: ____________

SULIT

TERHAD

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan”.

(Sains)

Tandatangan : ..........................................

Nama Penyelia : Cik Zahela binti Abdullah

Tarikh : .........................................

Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI SAINS

TINGKATAN EMPAT: HEREDITY AND VARIATION: SEX CHROMOSOME,

TWINS AND MUTATION.

MELISSA TAN JEROME

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2006

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

ii

Saya akui karya ini “Pembangunan Perisian Berbantukan Komputer Bagi Sains

Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And

Mutation.”adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ............................................................................................

Nama Penulis : MELISSA TAN JEROME

Tarikh : ............................................................................................

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

iii

PENGHARGAAN

Dalam proses pembangunan perisian ini telah melibatkan bantuan daripada

beberapa pihak. Di sini, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia projek sarjana muda, Cik. Zaleha

binti Abdullah, atas bantuan serta tunjuk ajar yang diberi selama ini.

Penulis juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada rakan-rakan

sekalian atas sokongan serta tunjuk ajar yang diberi. Akhir sekali, penulis ingin

mengucapkan terima kasih kepada keluarga penulis atas dorongan mereka.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini.

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

iv

ABSTRAK

Penggunaan PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer) dan multimedia

dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan institusi pendidikan yang

lain menjadi semakin giat pada hari ini. Fenomena ini dapat dilihat di mana bakal-

bakal guru yang sedang mengaji di maktab perguruan atau menara gading dilatih

untuk menguasai kemahiran menggunakan komputer. Pembangunan teknologi

multimedia yang menekankan unsur-unsur pembelajaran interaktif membawa

persepsi baru dalam era mengapa ia sesuai diserahkan kepada pengguna yang

menggunakannya. Pengguna diberi peluang untuk mengawal apa isi kandungan

yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia

dipersembahkan. Perisian ini ditujukan kepada pelajar tingkatan 4 yang mengambil

aliran sains sastera dan guru yang mengajar subjek sains yang berkaitan. Perisian ini

membenarkan pengguna untuk turut serta dalam mengawal maklumat dengan

menggunakan maklumat antaramuka navigasi seperti fungsi mara dan undur,

kemudahan mencapai nota dan latihan dengan mudah. Antara perisian utama yang

digunakn untuk membangunkan perisian multimedia ini adalah Macromedia

Authoware 7.0, Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop 6.0 dan Sound Forge 5.0.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

v

ABSTRACT

Computer Assited Learning (CAL) and multimedia are widely used in the

process of teaching in schools and certain education centre. This is proven from the

phenomenon where we can see that many of the trainee teachers are been taught and

trained to master certain computer basic knowledge to develop multimedia software.

The development of the multimedia technology empahsizes the interactive elements

which brings a new perception in computer usage in education. Interactive

multimedia software is the reason which made it is suitable to give to the user to use

it. User are given chances to control the content of the software. This software is

aimed for students who are in form 4 taking Science subject and for the teachers who

are teaching relevant topic. This software allows the users to participate and control

information with the navigation interface includes the functions move forward and

backward one screen at a time within the module, jump to modules of interest and

search of find related information on topics that are presented. This software is

packaged into a compact disc (CD) for playback purpose. Major program that are

used to develop this multimedia sotfware were Macromedia Authoware 7.0,

Macormedia Flash MX, Adobe Photoshop 6.0 and Sound Forge 5.0.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

x

xi

xii

xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Perisian

1.5 Kepentingan Projek

1.6 Skop Projek

1.7 Takrifan Operasi

1.8 Rumusan

1

1

3

8

9

10

10

11

14

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

vii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

2.2 Teknologi dalam pendidikan

2.3 Multimedia dalam pendidikan

2.4 Kelebihan dan kelemahan multimedia dalam

pendidikan

2.5 Elemen-elemen dalam multimedia

2.5.1 Teks

2.5.2 Grafik

2.5.3 Audio

2.5.4 Video

2.5.5 Animasi

2.6 PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer)

2.7 Kelemahan dan kelebihan PBK

2.8 Aplikasi teori pembelajaran ke atas reka bentuk

perisian

2.9 Kajian dan kesan PBK

2.10 Rumusan

16

16

17

18

19

21

21

21

22

22

23

23

25

26

28

29

3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Responden

3.3 Alat kajian

3.3.1 Pemilihan perkakasan dan perisian

3.3.2 Spesifikasi perkakasan minimun

pengguna

3.3.3 Alat pengukuran

3.4 Prosedur kajian

3.4.1 Model reka bentuk ADDIE

3.4.2 Teori pembelajaran yang diaplikasikan

3.4.3 Jadual spesifikasi isi pelajaran perisian

(JSP)

31

31

32

33

33

35

36

36

37

40

41

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

viii

4

5

3.4.4 Carta alir

3.5 Batasan kajian

3.6 Rumusan

HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pendahuluan

4.2 Struktur asas perisian

4.2.1 Paparan montaj

4.2.2 Paparan pendaftaran

4.2.3 Paparan pengesahan status pengguna

4.2.4 Paparan objektif perisian

4.2.5 Paparan menu utama perisian

4.2.6 Papran menu isi pelajaran

4.2.7 Paparan isi pelajaran

4.2.8 Paparan menu latihan

4.2.9 Paparan latihan

4.2.10 Paparan peneguhan positif

4.2.11 Paparan peneguhan negatif

4.2.12 Paparan markah pengguna

4.2.13 Paparan aktiviti

4.2.14 Paparan informasi

4.2.15 Paparan hakcipta

4.3 Komponen perisian

4.3.1 Teks

4.3.2 Grafik

4.3.3 Audio

4.3.4 Animasi

4.4 Pempakejan perisian

4.5 Penutup

KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Rumusan perisian

41

48

48

49

49

49

50

50

50

52

53

53

54

55

55

57

58

58

60

60

61

61

62

62

62

63

63

64

65

65

65

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

ix

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi

5.3.1 Kekurangan kepakaran

5.3.2 Masalah teknikal

5.3.3 Kekangan masa

5.4 Kelebihan dan kelemahan perisian

5.4.1 Kelebihan perisian

5.4.2 Kelemahan perisian

5.5 Cadangan

5.6 Kesimpulan

67

67

68

68

69

69

70

70

71

RUJUKAN

LAMPIRAN

73

75

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1

3.1

3.2

Kaedah dan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang boleh digunakan bagi

menghasilkan perisian kursus multimedia

pendidikan yang berkesan.

Penerangan simbol dan perwakilan yang

digunakan dalam carta alir.

Jadual spesifikasi isi pelajaran perisian (JSP).

5

38

46

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE

Paparan montaj

Paparan pendaftaran

Paparan pengesahan status pengguna

Paparan objektif perisian

Paparan menu utama perisian

Paparan menu bagi isi pelajaran

Paparan bagi persembahan isi pembelajaran

Paparan menu latihan

Paparan latihan objektif

Paparan latihan struktur

Paparan bagi maklum balas positif

Paparan bagi maklum balas negatif

Paparan markah pada akhir latihan

Paparan aktiviti

Paparan hakcipta

37

51

51

52

52

54

54

56

56

57

57

58

59

59

60

61

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

xii

SENARAI SINGKATAN

PBK

KBSM

UTM

ADDIE

BTP

JSP

CAI

CBI

CAT

CAL

CBL

MSC

- Perisian berbantukan komputer

- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

- Universiti Teknologi Malaysia

- Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation

- Bahagian Teknologi Pendidikan

- Jadual Spesifikasi Pelajaran

- Computer Aided Instruction

- Computer Based Instruction

- Computer Assited Testing

- Computer Aided Learning

- Computer Based Learning

- Multimedia Super Coridor

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A

Borang penilaian perisian multimedia

75

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tan Sri Dato’ Musa bin Mohamad, bekas Menteri Pendidikan Malaysia

mengatakan bahawa teknologi maklumat adalah asas kepada kehidupan masyarakat

abad ke-21. Justeru, usaha perlu dilaksanakan secara gigih untuk menjadikan

masyarakat ini celik maklumat. Gagasan Koridor Raya Multimedia (MSC) menjadi

bukti kesungguhan kerajaan merealisasikan usaha mencapai matlamat Wawasan

2020. Ia akan menjadi pemangkin kepada perkembangan pesat sektor teknologi

maklumat yang melibatkan tujuh aplikasi iaitu kerajaan elektronik, sekolah bestari,

tele-perubatan, gugusan penyelidikan dan pembangunan, kad pelbagai guna

kebangsaan dan pengeluaran sedunia web. Di antara tujuh aplikasi ini, sekolah

bestari merupakan aplikasi yang akan meletakkan asas kepada pembangunan sumber

manusia yang berpengetahuan dan menguasai maklumat. Ini sejajar dengan

perkembangan global berasaskan K-ekonomi. Kita dapat melihat bahawa sistem

pendidikan Malaysia pada masa kini sedang mengalami perubahan yang pesat.

Pelbagai kaedah baru diperkenalkan dan digunakan supaya pengajaran seseorang

guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran menjadi lebih bermakna. (Jamalludin

Harun, 2003). Perisian Berbantukan komputer (PBK) mula diperkenalkan dan

seiring dengan perkembangan era teknologi maklumat serta komunikasi yang

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

2

semakin pesat, ia semakin mendapat perhatian sama ada di kalangan pendidik,

pelajar atau masyarakat umum.

Keberkesanan pengajaran berbantukan komputer yang dirancang dengan teliti

telah lama dibuktikan sejak tiga puluh tahun yang lalu. Secara umumnya,

penguasaan dan kadar pengingatan meningkat apabila multimedia yang interaktif

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana banyak melibatkan

penggunaan lebih dari satu deria serta menjadikan proses lebih aktif apabila

pengguna yang mengawal sesuatu pembelajaran itu. (Mac Donald 1995).

Perkembangan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpandukan komputer telah

lama bermula di Amerika Syarikat sejak tahun 1960 dengan menggunakan komputer

IBM. Di Malaysia, kaedah ini mula diperkenalkan dengan melibatkan 60 buah

sekolah menengah yang dibekalkan dengan 20 buah komputer pada tahun 1993.

Suatu bahan bernama ComIL telah diperkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan

Kementerian Pendidikan. Terdapat satu bahagian dalam Kementerian Pendidikan

yang bertanggungjawab dalam menghasilkan PBK di Malaysia iaitu Bahagian

Teknologi Pendidikan (BTP). BTP asalnya dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan

Sebaran dan ditubuhkan pada tahun 1972. Fungsi awal BTP ialah perkhidmatan

siaran radio pendidikan, perkhidmatan Alat Pandang Dengar serta TV Pendidikan.

Perkembangan teknologi yang pesat di negara kita menambahkan lagi peranan BTP

yang berkaitan dengan multimedia dalam pendidikan. Antara aktiviti utama yang

dilakukan oleh BTP ialah menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam

pelbagai media iaitu cetak, audio (radio), video (TV) dan perisian multimedia. BTP

juga menguruskan penyebaran bahan yang dihasilkan melalui media cetak, siaran

radio, siaran TV, CD-ROM dan rangkaian komputer.

BTP mengkaji dan mentafsir dasar keperluan pendidikan yang berkaitan

dengan peranan media dan teknologi bagi mengukuhkan proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain daripada itu, BTP

juga merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran

dalam pelbagai media. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan

ini akan disebarkan melalui media yang sesuai. Kemudian BTP akan mengesan,

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

3

menilai dan mengkaji keberkesanan pengunaan media dan teknologi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah. Satu lagi

peranan yang amat sesuai dengan perkembangan teknologi pada hari ini ialah

Perisian Kursus Multimedia (CDRI). Perisian Kursus Multimedia mula dibangunkan

pada tahun 1977 dan perisian yang dibangunkan adalah berdasarkan kurikulum dan

bertujuan membantu pelajar dalam aspek pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan Kajian Tempatan. Pada tahun

2000, penerbitan 100 judul CDRI meliputi 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik serta Pendidikan Islam dan Kajian Tempatan

telah diedarkan kepada 90 buah Sekolah Bestari, 360 buah sekolah projek komputer

dan pendidikan, 18 buah Sekolah Rintis Projek Penstrukturan Pengkomputeran di

bawah EPU, semua maktab perguruan bahagian-bahagian dalam kementerian

pendidikan, semua PSPN, BTPN serta PKG dan sekolah-sekolah lain berdasarkan

permintaan.

1.2 Latar Belakang Masalah:

Pendidikan di Malaysia sejak awal kewujudannya telah mengalami pelbagai

perubahan atau reformasi akibat daripada tinggalan sistem pendidikan kolonial yag

kuat berpegang kepada sistem pecah-perintahnya. Perubahan-perubahan juga turut

dibuat atas desakan etnik-etnik mengenai sistem pendidikan vernakular mereka.

Berbagai perubahan juga dibuat akibat daripada kehendak proses asimilasi daripada

penduduknya yang berbilang bahasa sehingga terbentuknya masyarakat yang

beridentitikan Malaysia. Reformasi pendidikan berlaku pada tahun 1960 dan lahir

Laporan Rahman Talib dan kemudiannya termaktub dalam Akta Pelajaran 1961.

Reformasi pendidikan terus berlaku sehingga berlaku Laporan Jawatankuasa 1971.

Laungan bekas perdana menteri menjadikan Malaysia sebuah negara maju menerusi

aspirasi Wawasan 2020 dan cetusan idea Koridor Raya Multimedia (MSC)

merancakkan lagi reformasi pendidikan.

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

4

Kehadiran multimedia turut menyaksikan penerimaannya secara meluas di

dalam pendidikan. Di dalam aplikasi MSC, penggunaan multimedia merupakan

antara unsur penting di dalam penyediaan serta pembangunan kandungan

persekolahan bestari. Dunia pendidikan sejak dahulu lagi telah mempergunakan

pelbagai kaedah serta teknologi dalam usaha memperalihkan pengetahuan serta ilmu

di antara tenaga pengajaran dengan pelajar. Ini bermulalah dengan kaedah lisan,

tulisan, lukisan dan kemudiannya menggunakan teknologi penyiaran seperti radio,

televisyen dan sebagainya. Peranan teknologi dan komunikasi dalam kehidupan

masa kini tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Pada tahun 1998, mata

pelajaran teknologi maklumat diumumkan ditawarkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia

2000 sebagai satu mata pelajaran pilihan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM). Tindakan kerajaan meluluskan pakej rangsangan bernilai RM

4.3 bilion termasuk RM 300 juta bagi pembinaan makmal-makmal komputer di

2,000 sekolah adalah antara tindakan susulan yang menunjukkan pembangunan

positif ke arah peralihan Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.

(Utusan Malaysia, 27 September 2001). Pengunaan perisian multimedia pendidikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga mendapat perhatian daripada pihak

kerajaan pada tahun 2001. Sejak penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran

Sains dan Matematik dilaksanakan, permintaan perisian pendidikan semakin

bertambah kerana diyakini keberkesananya dapat membantu para guru dan juga

pelajar.

BTP (Disember 1997) menyarankan kaedah dan pendekatan pengajaran

pembelajaran yang dapat digunakan bagi menghasilkan perisian kursus multimedia.

Kaedah-kaedah yang disarankan dirumuskan dalam jadual 1.1:

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

5

Jadual 1.1: Kaedah dan Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh

digunakan bagi menghasilkan perisian kursus multimedia pendidikan yang berkesan.

(Jamalludin Harun, 2003).

Pendekatan Penerangan

Tutorial Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang bercorak

bimbingan dan latihan.

Latih Tubi Aktiviti bagi meningkatkan kefahaman konsep dan

penguasaan kemahiran melalui latihan yang banyak,

pelbagai bentuk dan pendekatan.

Permainan Pendekatan secara permainan diyakini boleh meningkatkan

minat dan keseronokan belajar.

Simulasi Pembelajaran yang melibatkan pengguna melakukan aktiviti

yang menyerupai keadaan sebenar.

Penemuan Pendekatan di mana pengguna perisian memahami dan

menemui sesuatu (misalnya konsep dan hukum) melalui

aktiviti terbimbing.

Eksperimen Kaedah ini bertujuan membolehkan para pelajar memahami

sesuatu konsep melalui sesuatu proses yang dilaksanakan.

Demonstrasi Penjelasan konsep, proses serta penguasaan sesuatu

kemahiran melalui tunjuk cara.

Ensaiklopedia Pendekatan pembelajaran berkaedahkan kepada proses

rujukan buku atau sumber maklumat yang lain.

Penceritaan Pendekatan pembelajaran yang menjurus kepada aktiviti

menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan konsep atau

idea.

Penjelajahan Aktiviti yang melibatkan kegiatan penjelajahan yang

dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Kolaboratif Satu pendekatan pembelajaran secara berkumpulan,

bercorak saling membantu antara satu sama lain dalam

kumpulan.

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

6

Pembangunan teknologi multimedia yang menekankan unsur-unsur

pembelajaran interaktif membawa persepsi baru dalam era penggunaan komputer

dalam pendidikan. Perisian yang interaktif adalah faktor utama mengapa ia sesuai

diserahkan kepada pengguna yang menggunakannya. Pengguna diberi peluang

untuk mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia

dipersembahkan dan bagaimana ia dipersembahkan. Kebanyakkan pembangun

perisian mula mengambil kira teori-teori pembelajaran ataupun berdasarkan suasana

keperluan dan semasa. Secara umumnya, seorang pembangun perisian perlu

menekankan proses pembelajaran pelajar melalui hasil perisiannya. Penggunaan

teknologi multimedia dalam bidang pendidikan membolehkan informasi dalam

jumlah yang besar disalurkan untuk kegunaan pelajar. Informasi tersebut dapat

dicapai serta digunakan mengikut masa dan tempat yang ditetapkan oleh pelajar itu

sendiri. (Albion, 1998). Vaughan (1998) mengatakan bahawa media interaktif dapat

menarik perhatian serta mudah untuk difaham berbanding menggunakan bahan-

bahan yang statik. Maka, pengguna yang tertarik minatnya tentunya akan memberi

lebih tumpuan terhadap isi pembelajaran. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa

penggunaan teknologi multimedia mendapat maklum balas yang positif daripada

pengguna. Ia juga dapat menyokong pembelajaran yang bersifat menyelesaikan

masalah, membentuk dan menguji hipotesis, penilaian berasaskan keupayaan serta

meningkatkan kreativiti pelajar. (O’Connor dan Brie, 1994). Selain daripada itu, Ng

dan Komiya (2000) membuktikan bahawa multimedia interaktif memberi kesan yang

baik dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh yang panjang

dan ia boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas berbanding dengan

kaedah pengajaran tradisi.

Grafik mengilustrasikan mesej seperti pepatah yang mengatakan bahawa

“Sekeping gambar dapat menggambarkan seribu bahasa”. Segala bentuk mesej yang

diterima daripada deria penglihatan mereka akan dapat diterima dengan terperinci

dan menyebabkan ia mudah difahami dan seterusnya dikekalkan dalam ingatan.

Dalam bab Keturunan dan Variasi yang mengandungi istilah baru serta pelbagai

fenomena yang jarang boleh didapati di persekitaran pelajar, penggunaan grafik imej

merupakan satu cara yang sesuai untuk membantu pelajar meningkat kadar

pengingatan mereka. Imej grafik dapat menerangkan konsep, mengilustrasikan dan

Page 22: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

7

menghuraikan carta. Selain daripada itu, imej grafik digunakan sebagai komunikasi

korporat dan budaya, atau simulasi suasana dan ilustrasi tempat. (Rozinah

Jamaludin, 2000). Imej grafik boleh didapati daripada gambar foto, slaid, lukisan

berklip, carta, peta, foto CD-ROM, internet dan perkhidmatan dalam talian dan

tangkapan video dan kamera digital. Penggunaan grafik dapat mempercepatkan

proses penyampaian maklumat dan ianya menyediakan maklumat yang jelas, tepat

dan konsisten antara individu yang berbeza. (Dr.Zaidatun Tasir). Dalam bidang

pendidikan, grafik telah lama digunakan sebagai salah satu medium utama bagi

menyalurkan maklumat. Apabila diperhatikan, daripada peringkat pengajian rendah

atau tadika, para pelajar lebih banyak didedahkan dengan imej atau objek dalam

proses pembelajaran sebelum mengenali huruf. Maka kombinasi huruf dan objek

akan membentuk sesuatu yang lebih bermakna. Sehingga ke peringkat sekolah

menengah dan peringkat universiti, masih ramai yang gemar belajar melalui grafik.

(Jamalludin Harun). Penggunaan grafik pada hari ini bukan sahaja sebagai sokongan

teks semata-mata tetapi sebagai media utama dalam pengajaran dan pembelajaran

bagi setiap peringkat usia.

Perisian Berbantukan Komputer umumnya bersifat “mengajar” penggunanya

mengenai sesuatu isi pembelajaran. (Baharuddin Aris, 2002). Biasanya PBK

pendidikan berbentuk tutorial, latih tubi, simulasi, dialog dan perisian model. Orang

yang membangunkan perisian dikenali sebagai pembangun perisian. Pembangun

perisian akan memasukkan semua unsur multimedia untuk menjadikan perisiannya

lebih interaktif. Antara unsur multimedia yang lazim dimasukkan ialah teks, grafik,

audio, video, animasi serta hipermedia dan hiperteks. Hasil perisian yang

diperkayakan dengan unsur multimedia semestinya berbeza dengan media

penyampaian maklumat yang lain seperti akhbar, radio, televisyen dan sebagainya

kerana aplikasi multimedia interaktif membenarkan pengguna mengawal sistem

komputer dan ini mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih menarik perhatian

serta menghiburkan (Dr.Zaidatun Tasir, 2003). Konsep hipermedia dan hiperteks

turut membantu menghasilkan kesan interaktivit yang lebih berkesan. Hipermedia

ialah kebolehan sesebuah aplikasi atau sistem membenarkan pengguna mencapai

maklumat tanpa perlu mengikut laluan yang linear tetapi sebaliknya membenarkan

pengguna mencapai mana-mana aplikasi yang dikehendaki. Bagi konsep hiperteks

Page 23: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

8

pula ialah capaian maklumat secara rawak melalui teks. Biasanya PBK yang

dibangunkan ini bermatlamat membantu serta membimbing pelajar belajar dan

menguasai pengetahuan yang diperlukan berasaskan sifat-sifat pembelajaran

seseorang pelajar. PBK berbentuk pendidikan hiburan juga boleh dibina

memandangkan unsur-unsur multimedia yang dimasukkan ini boleh bersifat dinamik

dan dengan ini dapat menjadikan proses pendidikan yang selama ini dianggap

membebankan serta membosankan berubah menjadi sesuatu yang menghiburkan.

Maka, sifat dinamik PBK boleh membantu meningkatkan proses pembelajarn

dan pengajaran bagi subjek sains. Ini adalah kerana kebanyakkan topik sains

mengandungi istilah-istilah yang agak baru bagi pelajar dan ini akan menyebabkan

pelajar hilang minat apabila pelajar berasa susah untuk memahami sains dengan

istilah-istilah baru serta konsep yang abstrak. Selain daripada itu, pembelajaran

sains adalah sesuatu yang misteri. Maka dengan adanya bantuan teknologi

multimedia dalam pembangunan perisian, pembelajaran tentulah akan menjadi lebih

menarik. Dalam bab Keturunan dan Variasi akan menerangkan mengenai semua

mengenai gen, kromosom, pembahagian sel, perwarisan sifat, penentuan seks anak

dan kejadian anak kembar, mutasi, penyelidikan genetik serta variasi yang berlaku di

kalangan manusia. Maka, dari bab ini terdapat banyak istilah yang jarang digunakan

dalam kehidupan seharian serta fenomena seperti mutasi yang jarang berlaku di

kalangan pelajar di sekolah. Dengan bantuan PBK dalam prose pengajaran dan

pembelajaran bagi bab Keturunan dan Variasi, pelajar akan lebih sedar bahawa

kepentingan variasi yang berlaku di kalangan manusia serta kepentingan

mewujudkan dan mematuhi etika dalam penyelidikan genetik.

1.3 Pernyataan masalah

Masalah yang dikesan ialah kekurangan PBK yang interaktif serta imej grafik

yang menarik serta bersesuaian bagi bab Keturunan dan Variasi, Sains tingkatan 4

dalam bahasa Inggeris. Sehingga hari ini, masih terdapat ramai pengajar yang masih

Page 24: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

9

menyampaikan isi pembelajaran bab Keturunan dan Variasi dengan penggunaan

buku teks sahaja. Pedagogi pengajaran yang sedemikian hanya akan menyebabkan

pelajar hanya sekadar mengetahui isi pembelajaran sahaja tetapi sukar untuk

membantu pelajar mengaitkan fakta yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Ini

adalah disebabkan kekurangan variasi perisian yang bersesuaian dalam dunia

pendidikan. Dalam bab Keturunan dan Variasi terdapat banyak istilah-istilah yang

jarang diguna dalam perbualan seharian seperti mutasi, kromosom seks, gen

dominon, gen resesif, autosom, zigot, mutasi gen, mutasi kromosom dan sebagainya.

Penyampaian isi pembelajaran hanya daripada buku teks sahaja tidak mencukupi

untuk menarik minat pelajar. Terutamanya pengajaran terhadap topik “Mutasi dalam

kehidupan”. Dalam topik ini akan membincangkan jenis dan kesan mutasi. Jika

hanya menyebut nama bagi jenis-jenis mutasi kepada pelajar, kebarangkalian pelajar

untuk mengingat jenis serta dan kesan mutasi adalah rendah. Adalah sukar bagi

pelajar untuk mengaitkan mutasi dengan kehidupan kerana jarang melihat kesan

mutasi dalam kehidupan mereka. Penyediaan gambar-gambar yang menarik oleh

pengajar adalah terhad. Ini adalah kerana pengajar perlu mencari gambar-gambar

kemudian membesarkan gambar di mana ianya akan membelanjakan kos yang

mahal. Namun, dengan adanya kemudahan teknologi pada hari ini, pengajar boleh

mencari grafik yang sesuai melalui mana sumber-sumber seperti internet di mana

internet akan menyediakan grafik yang terkini dan pelbagai. Kemudian grafik yang

dicari boleh diubahsuai melalui program-program tertentu seperti Paint, Adobe

photoshop, Adobe Illustrator dan sebagainya.

1.4 Objektif perisian

Di antara berikut merupakan objektif bagi pembangunan perisiasn ini:

(a) Menambah bilangan PBK bagi bab Keturunan dan Variasi, Sains tingkatan 4

dalam bahasa Inggeris.

Page 25: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

10

(b) Menghasilkan PBK yang interaktif berserta imej grafik yang menarik serta

bersesuaian bagi bab Keturunan dan Variasi.

1.5 Kepentingan projek:

Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian bagi subjek sains

tingkatan 4, bab Keturunan dan Variasi yang bersifat dinamik. Kepentingan projek

ini adalah untuk menambah bilangan perisian berbantukan komputer dalam subjek

sains tingkatan 4. Dengan bertambahnya bilangan perisian bagi bab yang berkenaan,

pengajar bolehlah menggunakan perisian ini untuk membantu meningkatkan lagi

penguasaan pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Justeru membantu

pelajar untuk mengaitkan dengan kehidupan seharian melalui penyampaian isi

pembelajaran yang interaktif. Perisian yang dihasilkan bersifat interaktif dan

kemasukkan kesemua unsur-unsur multimedia iaitu teks, grafik, animasi, video dan

audio akan membantu dalam menarik minat dan perhatian dalam pembelajaran bagi

bab Keturunan dan Variasi, justeru akan membantu pelajar meningkatkan lagi tahap

penguasaan terhadap bab berkenaan.

1.6 Skop projek

Sasaran kumpulan bagi projek ini ialah pelajar tingkatan 4 yang mengambil

subjek Sains dan guru sains yang mengajar subjek Sains. Sasaran kumpulan tidak

semestinya mempunyai kemahiran komputer yang tinggi kerana hasil perisian

bersifat “user friendly”. Namun demikian, sasaran kumpulan sekurang-kurangnya

Page 26: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And Mutation .” adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

11

memerlukan pengetahuan asas mengenai literasi komputer. Teori pembelajaran yang

diaplikasikan di dalam projek ini ialah teori pembelajaran teori konstruktivisme di

mana pengajaran dalam PBK berdasarkan kepada pengalaman pelajar dan

menyediakan persekitaran yang melahirkan suasana ingin belajar. Cara

pembelajaran pelajar yang perlu ada pelajar ialah pembelajaran masteri di mana

pembelajaran adalah dalam corak ajar-uji-ajar semula-uji semula. Di mana dalam isi

kandungan perisian ini, pada setiap akhir penyampaian isi pembelajaran bagi satu

sub topik, kefahaman pengguna akan diuji dengan beberapa soalan. Kemudian

pembelajaran diteruskan sehingga ke bahagian latihan, kefahaman pengguna akan

diuji sekali lagi. Dalam perisian ini, skop kandungan bagi bab Keturunan dan

Variasi hanya ditumpukan kepada kromosom seks, mekanisme penentuan seks anak

dan kejadian anak kembar pada manusia serta mutasi dalam kehidupan. Dengan

hanya menumpukan kepada tiga sub topik ini, grafik-grafik yang terkini serta

menarik akan dimasukkan ke isi pembelajaran supaya boleh membantu pengguna

lebih mengenali setiap istilah sains serta mengaitkan dengan kehidupan seharian.