psv trkini c koyong

21
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBA E3103 KRAF TRADISIONAL SEMESTER SEPTEMBER 2014 ______________________________________________________________ _____________ Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur- unsur budaya dan ini jelas digambarkan melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Berdasarkan EMPAT contoh jenis Kraf tradisional huraikan motif ragam hias yang dipengaruhi oleh alam sekitar, fungsi motif-motif tersebut kepada budaya dan aktiviti masyarakat tradisional yang dapat dikaitkan dengan ragam hiasnya. Contoh-contoh gambar motif ragam hias yang terdapat pada kraf-kraf tersebut hendaklah disertakan sebagai sokongan. . NAMA :SABARUDDIN BIN JALUMIN NO MATRIKS : 700826125377001 NRIC : 700826125377 NO TELEFON : 01114811620 / 01115217449 EMAIL : [email protected] 1

Upload: halusan-maybe

Post on 24-Sep-2015

240 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

seni visual dari sudut estiteka

TRANSCRIPT

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBA E3103

KRAF TRADISIONAL

SEMESTER SEPTEMBER 2014___________________________________________________________________________

Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas digambarkan melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya.

Berdasarkan EMPAT contoh jenis Kraf tradisional huraikan motif ragam hias yang dipengaruhi oleh alam sekitar, fungsi motif-motif tersebut kepada budaya dan aktiviti masyarakat tradisional yang dapat dikaitkan dengan ragam hiasnya.

Contoh-contoh gambar motif ragam hias yang terdapat pada kraf-kraf tersebut hendaklah disertakan sebagai sokongan.

.NAMA :SABARUDDIN BIN JALUMIN

NO MATRIKS : 700826125377001

NRIC : 700826125377

NO TELEFON : 01114811620 / 01115217449EMAIL : [email protected]

NAMA PENSYARAH : FAZIDAH MOHD GANINAMA TUTOR : DR. KASRAN BIN MAT JIDDINPUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN TAWAU

SEMESTER : SMP PPG SEPTEMBER 2014

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN1-3

2.0EMPAT JENIS MOTIF RAGAM HIAS.3-9

3.0 PROSES PEMBENTUKAN MOTIF.9-11

4.0 AKTIVITI MASYARAKAT TRADISONAL DENGAN MOTIF RAGAM HIAS.12-14

5.0 KESIMPULAN15

BIBLIOGRAFI

1.0PENGENALAN

Bidang pendidikan pada masa kini perlu mengalami transformasi seiring dengan perkembangan zaman. Hal ini disebabkan kerana, matlamat negara yang menginginkan mutu pendidikan negara setanding dengan negara-negara maju dari semua aspek termasuklah pengeluaran modal insan yang sihat dan cergas. Sistem pendidikan di Malaysia perlu diubah dari segenap ruang sehinggalah kepada peringkat yang paling asas. Guru-guru merupakan sasaran utama bidang ini kerana guru adalah komponen utama yang menggerakkan sistem pendidikan negara ini. Jika dahulu pendidikan berorientasikan guru banyak diterapkan namun kini terdapat beberapa jenis pembelajaran yang berorientasikan pelajar. Kini pengajaran dan pembelajaran telah mengalami perubahan dalam berbagai bentuk seperti kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, pengetahuan guru tentang model-model yang dapat diaplikasikan juga semakin bertambah.

Transformasi pendidikan turut melibatkan mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual. Kepentingan mata pelajaran ini diperkenalkan bagi memberikan keseimbangan modal insan yang meminati aspek rohani, intelek dan emosi dalam mempersembahkan karya seni mereka. Pendidikan Seni yang diperkenalkan dalam Sistem Pendidikan Negara bermaksud satu bentuk program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ianya merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Manakala menurut pandangan Feldman (1996) menyatakan bahawa, pendidikan seni sebagai satu usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

Sementara itu, dari sudut pandangan Siow Heng Loke (2005), Pendidikan Seni merupakan satu kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni dengan mempelajari sejarah dan antropologi seni yang membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang asli, di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik. Rangkuman daripada pandangan tokoh kesenian ini membawa kepada definisi yang mudah iaitu, Pendidikan Seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri, masyarakat serta negara melalui gabungan elemen kerohanian, emosi serta intelek dalam menghasilkan produk kesenian mereka.

Melalui gabungan elemen itulah, matlamat dalam organisasi kurikulum Pendidikan Seni ini membolehkan para pelajar mengembangkan kemahiran dalam beberapa bidang / teknik kesenian termasuklah mengenal kraftangan tradisional. Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Menurut Abdul Aziz Sharif (1991), penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik. Seni anyaman adalah salah satu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.

Pengalaman seni ini secara tidak langsung adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.2.0EMPAT JENIS MOTIF RAGAM HIAS.

SENI TEMBIKAR

Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Menurut Siti Zainon Ismail (1986) menjelaskan bahawa, reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas menyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukan oleh orang melayu khususnya di Sayong, Perak. Selain itu, Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air.

Seni ukir tembikar juga memiliki keunikannya yang tersendiri. Hal ini terbukti apabila terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasilkan secara turun temurun antaranya buyung, jambangan, geluk, dan labu. Seni tembikar yang terkenal ketika zaman Melayu Melaka ialah jenislabu yang berfungsi sebagai alat untuk menyimpan dan menyejukan air minuman. Mohd Nasir Ibrahim dan Prof Madya Iberahim Hassan (2003) menjelaskan bahawa, rupa bentuk tembikar labu diilhamkan daripada rupa bentuk buah labu. Keadaan ini jelas kelihatan apabila bahagian pucuk tembikar jenis labu berbentuk seperti kubah masjid. Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri. Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentuk seolah-olah kubah masjid. Atas sebab itulah tembikar jenis labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di daerah Sayong, Perak.

Pembentukan ragam hias bagi seni kraftangan tembikar memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Senario ini jelas diperlihatkan apabila motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motifragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yanglain) selalunya dijadikan motif tembikar. Gabungan motif ini dapat dikesan apabila motif geometri dipersembahkan sepertigarisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi, titik tahi alat, garis keluh, pucuk rebung, susur kelapa dan sebagainya. Manakala motif Gayaan Organik seperti sulur kakung, bunga cengkih, bunga pecah lapan, tampuk manggis, bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan sebagainya seperti dalam rajah 1.

Rajah 1 : Contoh seni kraftangan tembikar jenis labu sayung.

SENI ANYAMAN

Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Proses anyaman berkembang sehingga ke hari ini, namun fungsi kegunaanya mula agak terbatas dewasa ini berbanding waktu silam. Hal ini kerana sikap dan mentaliti masyarakat pada masa kini yang lebih suka menggunakan permaidani jenis berbulu halus daripada bulu jenis nilon berbanding menggunakan tikar anyaman daripada daun mengkuang / pandan. Sebagai contoh anyaman yang sedia ada masa kini seperti ayaman sembahyang dan tikar orang mati yang memperlihatkan unsur Islam. Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun pandan kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang. Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai penghormatan semasa menjalankan ibadat.

Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam. Bahagian depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya sebanyak lima buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang tidak boleh melakukan kegiatan lain (misalnya berbicara) akan tetapi harus khusyuk seakan-akan orang itu (hatinya) berbicara dengan tuhan. Atas sebab itulah, kraftangan jenis anyaman juga adalah kesenian yang bersifat lahiriah, mempunyai makna yang dalam dan kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan pancaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara seimbang sebagai symbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat berhubung dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan, corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu.

Pembentukan ragam hias bagi seni kraftangan anyaman memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun seni pembuatannya tidak serumit pembuatan seni kraftangan tembikar, kraftangan anyaman juga sangat menekankan teknik dan peraturannya tersendiri. Pembuatan anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain. Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi seperti dalam rajah 2. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Antara jenis kelarai ialah, kelarai berakar, kelarai beras patah, kelarai anak ikan, kelarai kepala lalat, kelarai bunga cengkeh, kelarai mata punai, kelarai sisik kelah, kelarai tampuk manggis dan sebagainya

Rajah 2 : Contoh seni kraftangan anyaman jenis tikar mengkuang. SENI BATIK

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Kesenian ini mula dikesan wujud sejak 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi dan bertapak di kawasan Asia khususnya negara Jepun dan China dalam abad ke 7. Penemuan kraftangan batik di kawasan Kepulauan Tanah Melayu bermula di negeri Kelantan dan Terengganu yang merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air. Motif ragam batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh kesenian alam sekitar. Menurut Norhana Ismail (2001) menjelaskan bahawa, motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Proses pembuatan batik dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat-peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering. Proses penghasilan batik telah menghasilkan beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.

Ragam hias unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik, akar menjalar, daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik ela seperti dalam rajah 3. Setiap motif ini mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik. Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung digunakan. Menurut Mulyadi Mahamod. (1995), reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri. Manakala unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya. Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat. Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya. Unsur ini seringkali digabungkan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik.

Rajah 3 : Contoh motif flora yang terdapat dalam seni kraftangan batik

SENI BINA / UKIR

Reka bentuk seni ukir atau bina masyarakat melayu lahir daripada bentuk ukiran khususnya dalam aspek pembinaan rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namun struktur binaanya tidak banyak berbeza. Reka bentuk rumah-rumah melayu juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain di alam melayu atau dari luar alam melayu. Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah minangkabau. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang. Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisional, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang seperti dalam rajah 4. Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari, bulan, bintang dan sebagainya juga amat terkenal dengan kraf ukiran. Di samping itu, terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri. Contohnya, bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan mukjizat tuhan.

Rajah 4 : Corak motif itik pulang petang dalam kraf ukir / bina biasanya terdapat dalam ukiran keris.

3.0PROSES PEMBENTUKAN MOTIF.

Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam iaitu alam tumbuhan, alam haiwan dan alam cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa menjelaskan bahawa, Perkaitan kraf tradisional seperti ukiran kayu, batik dan songket dengan motif-motif tertentu tidak dapat tidak mempunyai pengaruh secara semulajadi berdasarkan kebudayaan dan kepercayaan agama. Pengaruh persekitaran, kepercayaan dan punca ilmu yang disampaikan secara turun-temurun daripada satu generasi ke satu generasi telah menjadikannya sebati dan diterima sebagai sesuatu yang mesti di mana jika diabaikan akan menghilangkan identiti sesuatu kraf tradisional yang dihasilkan.

Antara garapan idea atau motif yang digunakan dalam seni kraf Melayu yang akan dibincangkan di sini ialah seperti motif tumbuh-tumbuhan iaitu motif pucuk pisang, motif fauna iaitu motif itik pulang petang dan motif geometri. Pembentukan motif ragam hias sesebuah kraftangan tradisonal melayu kebanyakannya dipengaruhi oleh beberapa faktor-faktor yang tertentu. Pembentukan motif ragam hias kraftangan kebiasaannya hadir berdasarkan pemerhatian masyarakat terdahulu terhadap alam sekitar. Atas sebab itulah, pembentukan motif ragam hias kraftangan tradisional melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada hubungan dengan alam sekitar yang sangat dipengaruhi. Keadaan ini jelas membuktikan pembentukan motif ragam hias telah melahirkan beberapa unsur daripada alam sekitar seperti yang berikut :-

3 .1Motif Flora

Unsur-unsur tumbuhan seperti akar, pucuk rebung dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang) selalu digunakan. Daripada unsur bunga-bunga pula ia menggunakan motif bunga tanjung, bunga melur, bunga cempaka, bunga kenanga dan bunga durian. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun, dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai. Penggunaan unsur flora ini jelas menyerlahkan suatu ketika dahulu, masyarakat kita sangat menitik beratkan nilai estetika yang terdapat pada ciptaan flora sehinggakan diaplikasikan dalam penghasilan kraftangan tradisonal.

3.2Motif Fauna / Haiwan

Unsur-unsur fauna pula ada motif berbentuk anak ikan, kepala gajah, tulang ikan dan mata punai. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan dengan motif bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Motif ini sering kali melambangkan kegagahan dan sifat kekuatan haiwan tersebut yang cuba diaplikasikan masyarakat kita dalam seni ukiran / reka bentuk sesuatu barangan. Sebagai contoh dalam ukiran kepala keris yang sering kali mengambil lukisan anak itik pulang di waktu petang untuk dijadikan kepala keris.3.3Arabes

Arabes adalah motif artistik berdasarkan penerapan pengulangan corak-corak bentuk geometri dan pola kombinasi yang pelbagai. Bentuk-bentuk ini sering menggunakan tema tanaman (flora) dan kadang-kadang jugaa bertemakan haiwan (fauna). Arabes adalah, seperti mana dibayangkan dalam namanya, unsur-unsur kesenian Islam yang sering ditemui menghiasi dinding masjid. Pilihan bentuk-bentuk geometri yang harus digunakan dan bagaimana mereka harus diformat didasarkan pada pandangan Islam terhadap dunia. Bagi muslim, bentuk-bentuk ini, diambil bersama-sama merupakan pola yang tak terhingga yang melampaui dunia lahiriah yang terlihat. Untuk kebanyakkan orang di dunia Islam, mereka dengan konkrit melambangkan yang tidak terbatas dan kerana itu ia tidak berpusat atau mempunyai punca sekaligus ianya melambangkan sifat Penciptaan Tuhan (Allah).

3.4Geometri

Bentuk geometri digubah dalam pelbagai variasi seperti perulangan motif dan menghasilkan corak yang menarik. Antara motif geometri ialah memanipulasi bentuk bulat, segi empat dan kon. Fungsi motif geometri ialah seperti untuk hiasan kaki kain atau gigi- sususnan garis-garis halus, motif parang rosak, dan motif pinggir awan digunakan. Manakala untuk menghiasi kain batik panjang, motif kawung dalam susunan empat bentuk bujur sering digunakan3.5Motif Seni Khat atau Kaligrafi

Motif ini menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Al-Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal. Motif ini turut dijadikan perhiasan rumah khusunya dalam potongan beberapa ayat suci Al-Quran yang dijadikan seni Khat Jawi.4.0AKTIVITI MASYARAKAT TRADISONAL DENGAN MOTIF RAGAM HIAS.

Pembuatan kraftangan tradisional yang amat popular pada masa kini dan memberikan pulangan yang lumayan adalah kraf ukiran. Atas sebab itulah, aktiviti masyarakat tradisional terdahulu sering kali memberikan tumpuan yang tinggi ke atas kraf ukiran, sejak zaman berzaman. Tambah pula, aktiviti ini turut mengandungi dan memiliki pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada rumah-rumah, tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung. Kraf ukiran sangat terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu. Hal ini terbukti apabila beberapa buah masjid di Terengganu menggunakan konsep seni kraftangan ukiran sebagai tunjang kesenian estetika seperti Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu.

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman. Beberapa contoh ukiran yang terdapat di Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium telah diambil untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat. Menurut Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985) menjelaskan bahawa,pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat. Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk. Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih. Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot. Menurut Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985), motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang Jertih. Selain motif kaligrafi motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : "Hendaklah kamu mengindahkan seni khat kerana ianya kunci rezeki". Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya. Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid Hadhari, Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Menurut Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985) menjelaskan bahawa, motif yang dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah SWT yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada hari Jumaat. Motif flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid.

Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari. Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester. Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.

5.0KESIMPULAN

Keunikan yang terserlah dalam penghasilan kraftangan tradisional jelas memperlihatkan ketajaman pemikiran kreatif masyarakat melayu dalam mengolah dan mengubah barangan mahupun objek sehingga memperlihatkan aspek budaya, estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu yang memiliki nilai estetika yang tinggi. Melalui penghasilan kraftangan tradisional, generasi masa kini mampu melihat hasil warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya. Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah diberikan makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60-an dan 70-an tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu Islam.

Justeru itu, kedatangan Islam ke Tanah Melayu turut mempengaruhi keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini. Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya. Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan. Oleh sebab itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni kraftangan tradisional kita seperti seni ukiran, batik, anyaman, pembuatan tembikar dan sebagainya yang tidak ada di negara-negara lain. Kraftangan tradisional kita disanjung dan dipandang tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat. Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus. Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.(2986 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI

Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985),Seni Bina Islam, Aplikasi di Malaysia, WarisanKelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan : Kota Bharu.

Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum.Jurnal Bahasa Moden, 6.152-160. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan PustakaNorhana Ismail.(2001), Ekpresi Seni Ukir dalam Senibina Melayu sebagai SuatuPenerapan Unsur-Unsur Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Nasir Ibrahim dan Prof Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab dan Universiti, Tanjung Malim: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI.

Mulyadi Mahamod. (1995). Motif-motif Batik, Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Infokraf Malaysia.

Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa.Penafsiran Falsafah ibu Dalam Awan Larat WarisanEstetikka Seni Ukiran Melayu, Jabatan Senibina Dalaman Fakulti senibina,Perancangan dan Ukur UITM Perak.

Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.SUMBER DARI INTERNET

http://malaysiana.pnm.my/04/0408songket.htmhttp://psasir.upm.edu.my/6836/1/UM_2006_7(1-24).pdf

1