assghnment psv

22
Tahun : 3 Bidang : Bidang Menggambar Aktiviti : Lukisan Tema : Alam Semula Jadi Tajuk : Buah Epal dan Oren Masa : 6 minit Media : Alat : Tiada Bahan : kertas lukisan dan pensel !arna atau oil pastel Bahan Bantu Mengajar : "#nt#h lukisan$ bahan maujud$ gambar buah epal dan #ren EM% : %eusaha!anan$ %reativiti dan &n#vasi STA'(A)( %A'(*'+A' i. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, garisan, warna, ruang, imbangan, dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan. ii. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa penghasilan seni visua menerusi penentuan media dan teknik dalam lukisan. iii. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan lukisan. iv. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visu sejarah seni dan budaya. STA'(A)( ,EMBELAJA)A' -.- ,ersepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa

Upload: yaathu-vili

Post on 03-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tahun : 3Bidang : Bidang MenggambarAktiviti : LukisanTema : Alam Semula JadiTajuk : Buah Epal dan OrenMasa : 60 minitMedia : Alat : TiadaBahan : kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastelBahan Bantu Mengajar : Contoh lukisan, bahan maujud, gambar buah epal dan oren

EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

STANDARD KANDUNGANi. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, garisan, warna, ruang, imbangan, dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan.

ii. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa penghasilan seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam lukisan.

iii. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan lukisan.iv. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan.1.1.1 Unsur seni1.1.1.1 Bentuk - ilusi1.1.1.2 Garisan - tebal dan nipis1.1.1.3 Warna - primer dan sekunder1.1.1.4 Ruang - ilusi1.1.2 Prinsip rekaan1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan1.1.2.2 Kepelbagaian - hal benda (subject matter)1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan.

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat - tiada 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan

1.2.2.1 Teknik garisan selari atau garisan bersilang atau gabungan kedua-dua garisan1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik

Guru menunjukkan buah epal dan oren serta contoh contoh lukisan. Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada beberapa contoh lukisan buah-buahan menggunakan pelbagai media kering. Guru menyatakan definisi lukisan. Guru membincangkan bahasa seni visual yang terdapat pada lukisan yang dihasilkan pada hari iniUnsur seni - Bentuk - ilusi Garisan - tebal dan nipis Warna - primer dan sekunder Ruang ilusiPrinsip rekaan - Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan Aplikasi seni

Guru memperkenalkan dan menyatakan media yang akan digunakan.

Guru menunjuk cara melakar gambar buah epal dan buah oren dengan memberikan penekanan pada ruang dan imbangan.

Guru menunjuk cara mewarna lakaran dengan menekankan penggunaan ton warna untukmenimbulkan bentuk.

Ekspresi kreatifLangkah 1

Murid melakar gambar buah epal dan oren.Langkah 2 Murid mewarna lukisan dengan bimbingan guru.Langkah 3 Murid menghasilkan lukisan mengikut kreativiti.

Apresiasi seni

Murid mempamerkan karya masing-masing. Murid menceritakan karya sendiri dan rakan. Guru membuat rumusan dan memberikan cadangan agar murid menggunakan hasil karya mereka untuk dijadikan satu produk berbentuk komersil.

REFLEKSISecara keseluruhannya saya menganggap bahawa PdP ini Berjaya. Hal ini kerana 90% murid iaitu 22 daripada 24 orang murid Berjaya mencapai objektif Pembelajaran yang dirancang. Diantara kekuatan yang dikenal pasti iaitu ada murid minat untuk melukis. Murid murid suka melukis walaupun tidak pandai melukis. Selain itu murid juga dapat mengenali ton warna serta teknik lakaran ( penghasilan bentuk dan ruang). Murid murid mampu melukis gambar selepas dibimbing oleh guru. Murid- murid dapat mengikuti langkah langkah lakaran sepanjang PdP. Di sebalik kekuatan PdP ini, terselit juga kelemahan yang boleh dilihat. Kelemahan yang ketara ialah murid-murid tidak mempunyai atau membawa media kering seperti pensel warna dank rayon. Hal ini, menyukarkan guru untuk meneruskan PdP. Selain itu, penggunaan krayon menyebabkan hasil lukisan terlalu kotor dan comot. Hal ini menyebabkan, murid tidak pandai menghasilkan lukisan yang kemas. Selain itu, cara lakaran guru dan murid mempunyai banyak perbezaan disebabkan ada murid-murid yang tidak pandai melukis. Dalam pada itu, konsep ruang dan imbangan tidak difahami oleh murid-murid menyebabkan hasil lukisan murid tidak memuaskan. Selain itu, murid-murid tidak aktif tentang penggunaan ton warna serta tidak mengenali warna-warna primer, sekunder dan tertier bagi menghasilkan lukisan yang kreatif serta gagal menimbulkan bentuk pada lukisan.Pada pandangan saya untuk mengatasi kelemahan ini adalah guru perlu bijak memainkan peranan serta peka dengan setiap perlakuan murid. Guru harus memberi dorongan dan nasihat. Hal ini kerana murid-murid mempunyai minat dan inisiatif untuk cuba melukis walaupuntidak pandai melukis selepas dibimbing oleh guru. Selain itu, guru perlu menunjukkan cara melukis menggunakan krayon atau memulakan lakaran lukisan menggunakan pensel warna terlebih dahulu. Dalam pada itu, guru perlu mengajar konsep ruang dan imbangan yang asas kepada muri-muridmemudahkan lukisan murid. Guru perlu meminta murid membuatlatihan ruang dalam lukisan lain untuk mengukuhkan kemahiran sedia ada. Selain itu, guru perlu mendedhkan warna-warna dan ton warna kepada muri-murid menggunakan pensel warna.Tahun : 3

Modul : Bidang Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti : Lipatan dan Guntingan

Tema : Objek Buatan Manusia

Tajuk : Hiasan Dinding

Masa : 60 minit

Media : Alat : gunting

Bahan : kertas lukisan, kertas warna, majalah dan gam

Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh corak teknik lipatan dan guntingan

EMK : Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, imbangan, kontra, dan harmoni yang terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan.

2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti penghasilan corak teknik lipatan dan guntingan.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak teknik lipatan dan guntingan.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lipatan dan guntingan.

2.1.1 Unsur seni2.1.1.1 Rupa - organik dan geometri2.1.1.2 Jalinan sentuh dan tampak2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Imbangan - simetri 2.1.2.2 Kontra - warna 2.1.2.3 Harmoni rupa

2.2 Aplikasi Seni :Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik penghasilkan corak teknik lipatan dan guntingan.2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media2.2.2.1 Alat - gunting2.2.2.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna, majalah dan gam2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya2.2.2.1 Teknik - lipatan dan guntingan

2.3 Ekspresi Kreatif: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, imbangan, kontra, dan harmoni dalam penghasilan karya

2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya2.4 Apresiasi Seni: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi estetik1. Guru menunjukkan contoh corak yang terhasil daripada teknik lipatan dan guntingan.

2. Guru memperkenalkan teknik lipatan dan guntingan.

3. Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada contoh corak.

Aplikasi seni1. Guru memperkenalkan media yang digunakan.2. Guru mencadangkan pilihan kertas warna yang sesuai digunakan.3. Guru menunjuk cara menghasilkan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan.4. Guru menunjukkan contoh hiasan dinding corak teknik lipatan dan guntingan.

Ekspresi kreatif

LANGKAH 1 Murid menghasilkan corak lipatan dan guntingan dengan bimbingan guru.

LANGKAH 2 Murid melipat kertas warna dan melakar motif pada lipatan kertas.

LANGKAH 3 Murid menggunting hasil lakaran.

LANGKAH 4

Murid menampal corak lipatan dan guntingan pada kertas yang berlainan warna.

LANGKAH 5 Murid membingkaikan hasil karya untuk dijadikan hiasan dinding.

Apresiasi seni

Murid mempamerkan karya yang dihasilkan.

Murid menceritakan karya sendiri dan rakanrakan.

Murid menyatakan hasil corak lipatan dan guntingan boleh dijadikan rekaan lain.

REFLEKSI

Secara tuntasnya, objektif pengajaran dan pembelajaran ini tercapai. Hal ini terbukti melalui penghasilan corak lipatan dan guntingan yang menarik oleh murid-murid. Beberapa kekutan dikenal pasti dalam perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah murid akan dapat memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual seperti rupa, jalinan, imbangan, kontra dan harmoni yang terdapat di sekeliling mereka atau yang diperolehi dari alam semulajadi melalui penggunaan teknik lipatan dan guntingan.

Selain itu, melalui teknik lipatan dan guntingan juga membantu murid menjana idea melalui pelbagai sumber dan kajian. Murid-murid akan dapat membentuk motif yang bertemakan bunga-bungaan, corak abstrak dan sebagainya. Melalui penghasilan karya ini juga, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri serta menghargai karya mereka dan rakan mereka. Murid- murid akan dapat menyuarakan pandangan serta isihati mereka terhadap karya yang dihasilkan.

Kelemahan yang dapat dikesan adalah bagi murid murid yang diperkenalkan kepada teknik lipatan dan guntingan buat kali pertama akan mendapat proses ini agak menyukarkan. Mereka berkemungkinan akan membazir kertas warna melalui kaedah lipatan dan potongan yang salah yang menjurus kepada penghasilan corak yang kurang memuaskan. Kebarangkalian murid-murid juga tidak dapat menjelaskan bahasa seni visual yang ada memandangkan mereka kurang arif dalam kaedah lipatan dan guntingan.

Bagi mengatasi kelemahan ini, disyorkan agar guru mendedahkan pengetahuan mengenai teknik lipatan dan guntingan terlebih dahulu kepada murid-murid sebelum perjalanan pengajaran dan pembelajaran sebenar. Keadaan ini akan membantu murid dalam mengenali dan memahami teknik ini dengan teliti walaupun hanya teknik asas. Guru juga dapat menunjukan cara guntinganyang berbentuk pelbagai kepada murid-murid menggunakan gunting dan kertas warna.

Tahun : 3

Modul : Bidang Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti : Mobail

Tema : Alam Semula Jadi

Tajuk : Lingkaran Ular

Masa : 60 minit

Media : Alat : gunting

Bahan : gam, tali, benang, kad manila, kertas warna,dawai kasar, straw board, dan bahan - bahan lain yang sesuai.

Bahan Bantu Mengajar : Contoh mobail

EMK : Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian, imbangan, serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan mobail.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam penghasilan mobail.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan mobail.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seniSTANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Persepsi Estetik: Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada mobail.3.1.1 Unsur seni3.1.1.1 Bentuk - konkrit3.1.1.2 Ruang - nyata3.1.2 Prinsip rekaan3.1.2.1 Kepelbagaian - bentuk3.1.2.2Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan3.1.2.2 Ritma dan pergerakan - susun atur objek pada mobail

3.2 Aplikasi Seni: Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilkan mobail.3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1 Alat - gunting3.2.1.2 Bahan - gam, tali, benang dan kad manila, kertas warna, dawai kasar, straw board, dan bahan lain yang sesuai3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya.3.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, imbangan serta ritma dan pergerakan dalam penghasilan karya

3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya3.4 Apresiasi Seni :Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

3.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan3.4.2 Menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan3.4.3 Mengantungkan mobail yang dihasilkan.

STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik Guru mempamerkan contoh mobail. Guru menyatakan definisi mobail. Guru membincangkan bahasa seni visual yang ada pada mobail.

Aplikasi seni Guru menyatakan media yang akan digunakan dalam penghasilan mobail. Guru menunjuk cara menghasilkan mobailLingkaran Ular.

LANGKAH 1 melakar lingkaran ular pada kertas lukisan

LANGKAH 2 mewarna atau menampal kertas warna untuk menghias lingkaran ularLANGKAH 3 menggunting mengikut garisan lingkaran ularLANGKAH 4 mengikat tali pada bahagian ekor ular untuk digantung sebagai mobailEkspresi kreatif Murid menghasilkan lingkaran ular. Murid menghasilkan mobail lingkaran ular berpandukan cara yang ditunjukkan oleh guru secara berkumpulan. Murid menggunakan kreativiti dalam menghasilkan mobail.

Apresiasi seni visual.

Murid mempamerkan mobail kumpulan masingmasing. Murid menceritakan pengalaman menghasilkan mobail. Murid menggantung mobail di dalam kelas.

REFLEKSISecara keseluruhannya, topik Mobail merupakan tajuk yang akan menarik minat dan perhatian murid-murid. Murid-murid gemar melakukan hasil seni yang berbeza selain daripada mewarna dan melukis. Melalui tajuk ini juga dipercayai pengajaran dan pembelajaran telah mencapai objektifnya selurannya beberapa kelemahan diatasi. Antara kekuatan yang diperolehi dari pengajaran dan pembelajaran ini ialah murid akan dapat memahami dan mengenali imbangan dan pergerakan dalam penghasilan mobail. Tambahan pula, bahan yang diperlukan dalam menghasilkan mobail juga mudah diperolehi dan tidak membahayakan murid. Melalui tajuk ini juga, murid-murid dapat memajukan lagi daya kreativiti dan inovasi mereka dalam mencorakkan ular mobail mereka. Ia turut membantu dalam proses penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan teknlogi. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan berasa yakin dan dapat menghargai karya mereka disamping memberitahu refleksi merekaApabila guru menunjukkan contoh-contoh mobail yang dihasilkan, murid-murid akan dapat melihat dan menghayati bahasa seni visual yang ada pada mobail. Guru akan memperjelaskan bahan media yang akan digunapakai sebelum cara melukis mobail Lingkaran ular dibuat. Teknik membuat mobail lingkaran ular akan dipenjelaskan oleh guru satu persatuNamun demikian, pengajaran dan pembelajaran ini turut menunjukkan beberapa kelemahan yang ketara seperti . murid-murid yang tidak tahu melukis dan mengharapkan bantuan dari rakan dan guru. Kaedah menampalkan kertas warna untuk menghias lingkaran ular turut akan mencomotkan dan mengotorkan tempat duduk mereka.Juga didapati masih ada murid yang tidak mahir dalam menggunting di atas garisan mahupun secara berlinguar. Hal ini akan menyebabkan potongan lingkaran ular tidak menjadi dan akan menyukarkan lagi proses perlaksanaan mobail.Oleh hal demikian, disarankan agar guru melakukan karya mobail terlebih dahulu mengikut turutan dihadapan kelas untuktatapan murid agar mereka lebih memahami pelaksaan mobail. Murid-murid juga akan berasa lebih yakin dan cenderung dalam melakukan mobail ini.Tahun : 3

Tema : Alam Semula Jadi

Modul : Bidang Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti : Anyaman

Tajuk : Anyaman Siku Keluang

Masa : 60 minit

Media : Alat : gunting dan pembaris

Bahan : kertas warna, kertas lukisan, gam, dan kad manila

Bahan Bantu Mengajar : Contoh anyaman kelarai siku keluang.

EMK : Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, jalinan, warna, harmoni dan kontra yang terdapat pada objek alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan anyaman siku keluang.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan anyaman siku keluang.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan anyaman.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami, bahasa seni visual yang ada pada anyaman.

4.1.1 Unsur seni4.1.1.1 Garisan - lurus4.1.1.2 Rupa - geometri4.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh4.1.1.4 Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna4.1.2 Prinsip rekaan4.1.2.1 Harmoni - kelarai4.1.2.2 Kontra - warna4.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan anyaman.4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media4.2.1.1 Alat gunting4.2.1.2 Bahan - mengkuang atau pandan atau kertas warna, dan gam4.2.2 Memahami teknik yang sesuai dalam pemghasilan karya4.3 Ekspresi Kreatif: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif4.3.2 Menghasilkan anyaman kelarai secara kreatif dengan menggunakan bahan sebenar atau bahan gantian

4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya

4.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik Guru menunjukkan contoh anyaman. Guru menerangkan kepada murid bahan sebenar menghasilkan anyaman.

Aplikasi Seni Guru menyatakan media yang akan digunakan dalam penghasilan anyaman. Guru menunjuk cara membuat anyaman kelarai siku keluang.

Langkah 1

- Guru menunjukkan contoh anyaman kelarai siku keluang.

- Guru memberikan penerangan kepada murid bahan gantian yang sesuai untuk menghasilkan anyaman.

Langkah 2- Guru menunjuk cara mengukur dan memotong tapak anyaman.- Guru memotong kertas untuk dijadikan jalur sisip anyaman.Langkah 3- Guru menunjuk cara menganyam kelarai siku keluang.- Guru menunjukkan contoh anyaman kelarai siku keluang yang telah dijadikan alas pinggan atau cawan.

Ekspresi Kreatif Murid menghasilkan anyaman berpandukan langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh guru. Murid melekatkan hasil anyaman kelarai pada kad manila untuk dijadikan alas pinggan atau cawan.

Apresiasi Seni Murid mempamerkan dan bercerita tentang hasil karya sendiri. Murid menceritakan tentang fungsi kraf anyaman dalam kehidupan harian.

RELEKSIAnyaman merupakan topik dalam pendidikan seni yang paling digemari oleh murid-murid walaupun prosesnya agak merumitkan. Anyaman dengan pelbagai warna dan corak manpu menarik perhatian dan minat murid-murid. Kebiasannya, Anyaman ini dibuat dengan menggunakan bahan semulajadi seperti daun mengkuang atau daun pandan yang lebih menonjolkan kecantikan dan keasliannya.Kekuatan melakukan teknik anyaman ialah melalui pendedahan teknik ini, murid-murid akan dapat mengenali dan menghayati hasil kraftangan tradisional Negara. Mereka akan dapat mempelajari seni anyaman kelarai siku keluang. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa teknik anyaman hanya boleh dibuat dengan kaedah turutan oleh guru. Penerangan dari guru sahaja tidak mencukupi dalam membuat anyaman malah guru harus menunjukkan atau membuatnya dihadapan murid.Proses menganyam juga amat merumitkan jika murid- murid tidak dapat memotong tapak anyaman dengan betul. Kertas warna yang perlu disisipkan ke tapak anyaman juga perlu dipotong dengan lurus dan ukuran yang betul. Kelemahan dalam teknik anyaman adalah murid perlu memerhati serta mengenal pasti pola/corak anyaman mereka ketika kertas warna disisipkan. Disamping itu, murid-murid perlu melakukan anyaman dengan amat berhati-hati kerana tapakanyaman merupakan tapak yang mudah koyak lebih-lebih lagi jika tapaknya diperbuat dari kertas lukisan / manila.Tambahan lagi, muri-murid tidak akan dapat menganyam dengan betul jikandidedahkan buat kali pertama. Murid-murid perlu ditunjukkan cara atau diterangkan bersama sebelum aktiviti menganyam dijalankan.