psv pbs

23
PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t., 0 NAMA : Radzihah binti Muhamed KELAS : 1 Basilian NO I/C : 870312-11-5202 NAMA GURU : Cik Izyan Binti Kamarulzaman NAMA SEKOLAH : Sek. Men. Ren. Agama Rantau

Upload: vira-hashim

Post on 16-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

NAMA : Radzihah binti MuhamedKELAS : 1 BasilianNO I/C : 870312-11-5202NAMA GURU : Cik Izyan Binti KamarulzamanNAMA SEKOLAH : Sek. Men. Ren. Agama Rantau

PENGHARGAANAssalamualaikum w.b.t.,Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan buku skrap Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pada masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Sivik saya iaitu Cik Izyan Binti Kamarulzaman kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam proses menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang memberi kerjasama dan sumbangan idea. Selain itu, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu bapa, dan adik-beradik yang banyak memberi sokongan bantuan kewangan dan motivasi. Akhir kata, saya berharap buku skrap ini dapat memberi manfaat kepada semua. Sekian, terima kasih.

Isi Kandungan Objektif

ISI KANDUNGANPenghargaan1Objektif4Pendahuluan5-6 Definisi Jenis cerita rakyat Tujuan cerita rakyat disampaikanKandungan cerita rakyat Bahagian A : Cerita 17-10 Bahagian B : Cerita 211-14Penutup Refleksi16 Lampiran17 Rumusan18 Rujukan19

OBJEKTIFTujuan tugasan ini dilakukan adalah :1) Untuk menarik minat pelajar terhadap cerita rakyat.2) Supaya pelajar dapat mengambil iktibar daripada cerita yang disampaikan.3) Pelajar berpeluang mendekati masyarakat silam serta menyingkap latar belakang kehidupan, kepercayaan dan kebudayaan mereka. 4) Agar dapat dijadikan sebagai penglipur lara oleh pelajar.5) Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya cerita rakyat.

Definisi Jenis Cerita Rakyat Tujuan Cerita Rakyat Disampaikan

DEFINISICerita rakyat ialah suatu gambaran cerita tentang pemikiran, kelakuan, dan budaya sesuatu kaum yang menjadi kebanggaan masyarakat dan negara. Cerita rakyat biasanya disampaikan oleh tukang cerita yang digelar penglipur lara.

JENIS CERITA RAKYAT Cerita Asal Usul Cerita Jenaka Cerita Binatang Cerita Kepahlawanan Cerita Mitos Cerita Lagenda

TUJUAN CERITA RAKYAT DISAMPAIKAN Sebagai hiburan setelah penat bekerja pada siang hari. Boleh dijadikan teladan dan nasihat daripada setiap cerita yang didengar. Memupuk minat para pelajar terhadap cerita rakyat. Supaya warisan budaya tidak dipinggirkan. Supaya generasi sekarang dapat menghargai cerita rakyat. Mengapresiasikan cerita rakyat pelbagai kaum dalam kehidupan seharian.

CERITA 1 :

NAKHODA TANGGANG

Si Talang dan isterinya Si Deruna tinggal di sebuah kampong yang terpencil. Kehidupan mereka sangat miskin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Si Tanggang suka berburu dan mendayung sampan. Pada suatu hari, dia mendayung sampan menyusuri sungai sehingga sampai ke muara. Di muara sungai, terdapat sebuah kapal sedang berlabuh. Nakhoda kapal itu tertarik hati apabila melihat kecekapan si Tanggang mendayung sampan lalu mengarahkan orang suruhannya menangkap Si Tanggang. Akhirnya, Si Tanggang ditangkap dan telah dibawa belayar.Semasa dalam pelayaran, Si Tanggang melakukan semua kerja di atas kapal itu. Kerajinannya telah menambat hati nakhoda lalu mengambilnya sebagai anak angkat. Akhirnya, nakhoda telah mengahwinkan Si Tanggang dengan anaknya. Kemudian Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru dan digelar Nakhoda Tanggang.Pada suatu petang, setelah jauh belayar, Nakhoda Tanggang telah mengarahkan anak kapalnya berlabuh di sebuah muara sungai. Kebetulan pula tempat kapal itu berlabuh ialah kampung asal Nakhoda Tanggang. Beberapa penduduk kampung ternampak Nakhoda Tanggang lalu memberitahu ibunya. Ibunya segera datang untuk menemui Nakhoda Tanggang kerana dia sangat merindui anaknya itu. Namun begitu, Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku bahawa perempuan tua itu ibunya. Ini kerana keadaan ibunya yang miskin dan uzur. Nakhoda Tanggang telah menghalau ibunya.Ibunya, Si Deruma berasa sangat sedih dan pilu kerana Si Tanggang anak yang dilahirkan dan disusuinya telah melukakan hatinya. Dia memandang ke langit sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dan berseru, Oh, Tuhan ! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup dengan kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing dipukul rebut. Keadaan pada masa itu sungguh cemas. Ketika itu barulah Nakhoda Tanggang berasa sangat kesal. Dia insaf bahawa Tuhan telah memperkenankan doa ibunya.Oh, Ibu, Ampunkanlah anakanda..., teriak Nakhoda Tanggang, tetapi sudah terlambat. Gelombang yang kuat telah memecahkan kapalnya. Setelah rebut reda, kapal yang pecah dan anak-anak kapal termasuk Si Tanggang telah bertukar menjadi batu. Itulah balasan tuhan kepada anak yang derhaka.

LUKISAN, GAMBAR, ILUSTRASI ATAU KARIKATUR.

Kapal dagang tempat bermulanya Tanggang bekerja dan dilantik menjadi Nakhoda.

Pengajaran dan nilai

1. Jangan menderhaka dengan ibu.2. Jangan bersikap sombong diri.3. Sikap lupa diri membawa padah.

CERITA 2 :

KURA-KURA YANG PINTAR

Pada zaman dahulu, di Pulau Borneo tinggal seekor kura-kura bujang yang yatim piatu. Dia berkawan dengan seekor kera yang nakal dan tidak bertimbang rasa. Apabila Si Kera tersebut mati, si Kura-kura mengambil seruas tulang kera itu dan meminta Dewa Bubuk membuat seruling untuknya. Si Kura-kura menjadikan seruling itu mainannya. Seruling itu dibawanya ke mana-mana sahaja dan ditiup semasa dia kesepian.Kemerduan tiupan seruling Si Kura-kura itu telah sampai ke pendengaran Raja Ungka. Raja Ungka berkeinginan untuk memiliki seruling itu. Dia melakukan pelbagai cara untuk memperdayakan Si Kura-kura. Setelah berjaya memperdayakan Si Kura-kura, Raja Ungka dapat merampai seruling tersebut dan terus membawa seruling itu naik ke mahligainya, iaitu di kemuncak pokok Tapang Udang.Bagi si Kura-kura, perbuatan Raja Ungka itu amat melampau. Dia sedaya upaya berusaha untuk merampas kembali seruling kesayangannya itu. Si Kura-kura mendapatkan pertolongan daripada Ketam Gergasi. Dalam usaha untuk merampas seruling tersebut, Raja Ungka mengalami kecederaan yang parah kerana disepit oleh Si Ketam Gergasi. Raja Ungka yang parah telah menggunakan perkhidmatan beberapa orang bomoh untuk merawatnya. Akhirnya, kecederaan itu membawa maut kepada Raja Ungka. Itulah akibatnya yang diterima oleh Raja Ungka disebabkan sikapnya yang tamak haloba.

LUKISAN, GAMBAR, ILUSTRASI ATAU KARIKATUR.

Pengajaran dan nilai

1. Sikap tamak membawa keburukan kepada diri sendiri.

Refleksi Lampiran Rumusan Rujukan

Borang RefleksiProjek Buku SkrapPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Nama: Radzihah binti MuhamedTingkatan : 1 BasilianTajuk: Kompilasi Cerita Rakyat Pelbagai Kaum di Malaysia

1. Apakah faedah dan kesan yang diperolehi daripada cerita rakyat?

Faedah yang diperolehi daripada cerita rakyat ialah mendapat iktibar dan pengajaran daripada cerita tersebut dan ia juga memberi kesan kepada kita iaitu dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita.

2. Apakah cadangan untuk mengekalkan warisan cerita rakyat?

Perkara yang perlu dilakukan untuk mengekalkan warisan cerita rakyat adalah pihak sekolah mengadakan satu pertandingan bercerita mengenai cerita rakyat di mana setiap kelas perlu menghantar wakil bagi pertandingan tersebut. Selain daripada itu, kelab dan persatuan terutamanya sivik dan kewarganegaraan perlu menganjurkan satu pameran yang dapat menyampaikan cerita rakyat melalui pertandingan koleksi buku skrap, kuiz warisan dan pelbagai aktiviti boleh dijalankan mengikut kesesuaian.

3. Bagaimanakah anda menunjukkan apresiasi terhadap cerita rakyat pelbagai kaum?Cara saya menunjukkan apresiasi terhadap cerita rakyat pelbagai kaum ialah dengan memahami pengajaran dan nilai yang ingin disampaikan melalui cerita tersebut.

LAMPIRAN

RUMUSAN

Rumusan yang dapat saya nyatakan di sini adalah cerita rakyat pelbagai kaum banyak memberikan faedah dan amat menarik untuk dibaca. Ini kerana melalui cerita rakyat pelbagai kaum, kita dapat mengetahui asal usul sesuatu kaum dan bagaimana cerita di sebalik setiap kaum yang wujud di dunia ini. Wujudnya nama sesuatu tempat juga dapat diketahui melalui cerita rakyat pelbagai kaum ini.Selain daripada itu, kita juga mendapat pengajaran dan nilai-nilai murni yang boleh kita contohi daripada kisah cerita rakyat tersebut dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.

RUJUKAN

1) Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Tingkatan 1.2) A Space, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Tingkatan 1.3) Masteri Memori Melalui Peta Minda, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Tingkatan 1, 2 dan 3

5