psv 3112
TRANSCRIPT
Mengumpul dan menyampaikan maklumat mengenai pelbagai fungsi lukisan.
Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad
kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.
Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.
Lukisan sebagai komunikasi.
Lukisan juga boleh dijadikan sebagai suatu alat untuk berkomunikasi. Melalui lukisan
ini orang ramai dapat memahami maksud yang hendak disampaikan oleh pelukis.
Komunikasi visual ini akan menjadi paparan dari satu generasi ke generasi secara
berterusan. Hasilan seni ini menjadi bahasa visual serta dapat difahami oleh semua
masyarakat di dunia. .
Hasilan seni yang diekspresi oleh
masyarakat purba pada dinding-dinding
gua, ianya juga berfungsi sebagai media
komunikasi visual tentang aktiviti kehidupan
harian mereka.
Lukisan iklan juga merupakan satu bentuk
media yang berfungsi sebagai alat komunikasi
bagi menyampaikan maklumat.
Lukisan sebagai luahan idea dan emosi
Lukisan berfungsi sebagai luahan idea dan emosi seseorang pelukis. Idea dan emosi ini
diterjemahkan dalam bentuk visual. Bagi kanak-kanak, aktiviti melukis dapat memberi
kepuasan dalam meluahkan apa yang dilihat dan dialami dalam bentuk visual.
Hasil karya seorang kanak-kanak
Iraq tentang pengalaman yang
dilaluinya.
Lukisan Dzulkifli Buyong yang bertajuk “ Kapal
Kertas “ yang memberikan luahan ideanya
tentang kehidupan zaman kanak-kanak.
Lukisan sebagai bentuk dan makna
Lukisan sebagai bentuk dan makna maksudnya lukisan yang mempunyai makna
mengenai sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat. Contohnya seperti lambang
bintang dan bulan sebagai simbol agama islam. Bintang berbucu lima menandakan
Rukun Islam 5 perkara. Selain itu juga lukisan ini mampu menggambarkan maksud
yang tersirat.
Lambang wau bulan yang mempunyai maksud
Sisstem Penerbangan Malaysia ( MAS ) Wau
digunakan kerana cirinya yang terbang diudara.
Lukisan sebagai ilustrasi dokumentasi budaya dan sejarah
Lukisan juga boleh dijadikan sebagai alat untuk dokumentasi budaya dan sejarah.
Melalui ilustrasi yang dihasilkan budaya sesuatu masyarakat dapat ditonjolkan. Hanya
melalui lukisan orang ramai dapat mempelajari budaya sesuatu masyarakat.
Melalui lukisan ini kita dapat tahu budaya sesuatu kaum
Selain daripada itu, seni tampak atau visual juga berfungsi sebagai rakaman suatu
peristiwa yang telah berlaku.Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang
istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati
diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi sejarah.
Sebuah lukisan yang
menggambarkan pertempuran
di antara tentera Feringgi dan
pahlawan melayu/Islam