proses pengurusan dakwah dalam peristiwa perjanjian · pdf filemanakala metode analisis data,...

10
Prosiding Seminar Pengurusan Islam:Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah Faiz Abdul Rahim Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. [email protected] ABSTRAK: Prinsip pengurusan yang ditonjolkan oleh Baginda s.a.w adalah yang terbaik. Hal sedemikan menyebabkan sarjana barat mengkaji dan meneliti bagaimana Rasulullah s.a.w mengurus tadbir ketika baginda masih hidup. Matlamat kajian ini adalah menganalisis peristiwa perjanjian Hudaibiyah dalam konteks proses pengurusan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian pensejarahan. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan beberapa kitab sirah dan juga buku pengurusan. Manakala metode analisis data, kajian ini menggunakan metode deskriptif. Dapatan kajian terdapat empat prinsip pengurusan dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah iaitu perancangan, kepimpinan, pengawasan, dan penilaian yang menyebabkan penyebaran agama Islam dapat dijalankan secara aman setelah berlakunya perjanjian Hudaibiyah ini. 1.0 Pengenalan Penjajahan dan imperialisme telah mengakibatkan sistem pengurusan Barat diagung-agungkan sehingga Islam sebagai model pengurusan yang unggul diketepikan oleh pentadbir awam. Perbezaan besar pengurusan Barat dengan Islam ialah Barat lebih berasaskan kepada model rasional, analitikal causative dan probalistic yang merangkumi apa yang dinamakan sebagai konseptualitasi abstrak. Islam pula adalah lebih untuk dan dinamik kerana ia lebih komprehensif yang menekankan etika, perseimbangan antara kemajuan material dan rohani, berakar umbikan tradisi lokal, menentang ketidakadilan dan menekankan kerjasama, bukannya persaingan dalam perlakuan. Dengan kata lain menurut perspektif Islam, ilmu pengurusan Barat adalah ilmu yang tempang dan sekular yang tidak menepati kehendak Islam daripada segi asas, konsep dan falsafahnya (Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991). Sir George Bernard Shaw menyatakan jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama tersebut. Saya sentiasa menghormati agama Muhammad karena potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya sudah mempelajari Muhammad sesosok peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristian, dia harus dipanggil ’sang penyelamat kemanusiaan’ Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia (Anon 2012) Mahatma Gandhi pula berkata, pernah saya tertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia. Saya lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, keberhati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan (Anon 2012). Kesimpulan dari dua pandangan tokoh besar bukan Islam ini ialah mereka mengakui bahawa kepimpinan di dalam pengurusan Baginda s.a.w sangatlah sempurna. Ini menunjukkan apa jua bentuk dan nilai-nilai pengurusan yang diambil oleh barat adalah berdasarkan dari Baginda s.a.w. Hal ini terbukti daripada dua pandangan tokoh ini.

Upload: trankiet

Post on 20-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data, ... ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, ... dilakukan post moterm atau bedah

Prosiding Seminar Pengurusan Islam:Ke Arah Pemantapan Ummah

Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini.

© Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim

Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah

Faiz Abdul Rahim

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

[email protected]

ABSTRAK: Prinsip pengurusan yang ditonjolkan oleh Baginda s.a.w adalah yang terbaik. Hal

sedemikan menyebabkan sarjana barat mengkaji dan meneliti bagaimana Rasulullah s.a.w

mengurus tadbir ketika baginda masih hidup. Matlamat kajian ini adalah menganalisis peristiwa

perjanjian Hudaibiyah dalam konteks proses pengurusan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif

dengan menggunakan reka bentuk kajian pensejarahan. Kajian ini menggunakan metode

dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan beberapa kitab sirah dan

juga buku pengurusan. Manakala metode analisis data, kajian ini menggunakan metode deskriptif.

Dapatan kajian terdapat empat prinsip pengurusan dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah iaitu

perancangan, kepimpinan, pengawasan, dan penilaian yang menyebabkan penyebaran agama Islam

dapat dijalankan secara aman setelah berlakunya perjanjian Hudaibiyah ini.

1.0 Pengenalan

Penjajahan dan imperialisme telah mengakibatkan

sistem pengurusan Barat diagung-agungkan

sehingga Islam sebagai model pengurusan yang

unggul diketepikan oleh pentadbir awam.

Perbezaan besar pengurusan Barat dengan Islam

ialah Barat lebih berasaskan kepada model

rasional, analitikal causative dan probalistic yang

merangkumi apa yang dinamakan sebagai

konseptualitasi abstrak. Islam pula adalah lebih

untuk dan dinamik kerana ia lebih komprehensif

yang menekankan etika, perseimbangan antara

kemajuan material dan rohani, berakar umbikan

tradisi lokal, menentang ketidakadilan dan

menekankan kerjasama, bukannya persaingan

dalam perlakuan. Dengan kata lain menurut

perspektif Islam, ilmu pengurusan Barat adalah

ilmu yang tempang dan sekular yang tidak

menepati kehendak Islam daripada segi asas,

konsep dan falsafahnya (Ahmad Ibrahim Abu Sin

1991).

Sir George Bernard Shaw menyatakan

jika ada agama yang berpeluang menguasai

Inggeris bahkan Eropah – beberapa ratus tahun

dari sekarang, Islamlah agama tersebut. Saya

sentiasa menghormati agama Muhammad karena

potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya

agama yang bagi saya memiliki kemampuan

menyatukan dan mengubah peradaban. Saya

sudah mempelajari Muhammad sesosok peribadi

agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristian,

dia harus dipanggil ’sang penyelamat

kemanusiaan’ Saya yakin, apabila orang semacam

Muhammad memegang kekuasaan tunggal di

dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi

segala permasalahan sedemikian hingga

membawa kedamaian dan kebahagiaan yang

diperlukan dunia (Anon 2012)

Mahatma Gandhi pula berkata, pernah

saya tertanya-tanya siapakah tokoh yang paling

mempengaruhi manusia. Saya lebih dari yakin

bahawa bukan pedanglah yang memberikan

kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia

datang dari kesederhanaan, kebersahajaan,

keberhati-hatian Muhammad; serta pengabdian

luar biasa kepada teman dan pengikutnya,

tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya

pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan

pedang ) menyingkirkan segala halangan (Anon

2012).

Kesimpulan dari dua pandangan tokoh

besar bukan Islam ini ialah mereka mengakui

bahawa kepimpinan di dalam pengurusan

Baginda s.a.w sangatlah sempurna. Ini

menunjukkan apa jua bentuk dan nilai-nilai

pengurusan yang diambil oleh barat adalah

berdasarkan dari Baginda s.a.w. Hal ini terbukti

daripada dua pandangan tokoh ini.

Page 2: Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data, ... ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, ... dilakukan post moterm atau bedah

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

2

2.0 KONSEP PENGURUSAN

2.1 Definisi Pengurusan

Pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses yang

melibatkan perancangan, penyusunan,

pengarahan dan juga kawalan. Pada peringkat

perancangan, perkara-perkara yang dititkberatkan

ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif,

pembentukan strategi dan dasar. Proses

penyusunan pula melibatkan aktiviti-aktiviti

menstruktur heirarki pengurusan dan fungsi,

penyelarasan melalui peraturan, dasar dan

tatacara yang ditetapkan dan juga pengurusan

kakitangan. Manakala proses pengarahan pula

merangkumi aspek-aspek kepimpinan dan

menjamin kecekapan dan keberkesanan

organisasi. Sementara pada peringkat

pengawalan, pihak pengurusan mengawasi

perlaksanaan ketiga-tiga proses tersebut dan

mengambil tindakan-tindakan tertentu supaya

matlamat organisasi dapat dicapai (Juhary ali

2004).

Koontz dan O’Donnell (1972)

menyatakan pengurus organisasi itu sebagai

penciptaan dan penyelenggaraan persekitaran

dalaman sebuah perusahaan iaitu individu,

bekerja bersama-sama dalam kumpulan, boleh

melakukan kerja-kerja itu dengan cekap dan

berkesan ke arah pencapaian matlamat kumpulan.

Robbins dan Coulter (2005) pula menyatakan

pengurusan itu merupakan kerja penyelarasan

aktivit-aktiviti supaya dapat dilaksanakan dengan

cekap dan berkesan melalui dan dengan orang

lain. Sesetengah penulis mengatakan pengurusan

ialah proses mencapai matlamat organisasi

dengan melaksanakan empat fungsi utama, iaitu

perancangan, pengorganisasian, pengarahan, dan

pengawalan.(Bartol, Mactin 2003)

Selain itu Juhary Ali (2000) menyatakan

pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai proses

perancangan, penyusunan, pengarahan,

pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan

menggunakan semua sumber organisasi untuk

mencapai matlamat organisasi. Antara lain, ia

sebagai proses pengarahan, penyelerasan, dan

pengaruh ke atas operasi organisasi untuk

mencapai matlamat yang dikehendeki dan

prestasi sepenuhnya.

Menurut Azman Che Omar, pengurusan

daripada segi pandangan Islam ialah satu proses

melakukan kerja dan menyempurnakan kerja

melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah

melalui dan bersama orang lain dalam usaha

untuk mencapai objektif kerja secara berkesan

dan menggunakan sumber-sumber organisasi

dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik

dan sentiasa berubah bagi mencapai objektif

organisasi demi mencapai al-falah di dunia dan di

akhirat.

Berdasarkan definisi-definisi di atas,

didapati walaupun mempunyai sedikit perbezaan

daripada segi bilangan dan jenis fungsi

pengurusan, tetapi kesemua definisi itu

mengandungi perkataan proses dan matlamat. Ini

bermakna dua aspek penting dalam pengurusan,

iaitu yang pertama, pengurusan sebagai proses

menjalankan kerja sistematik serta memerlukan

hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu

aktiviti yang lain. Kedua, untuk mencapai

matlamat organisasi, iaitu apabila aktiviti

organisasi itu berjalan dengan teratur dan

berhubung atau membantu antara satu dengan lain

akan matlamat organisasi itu dapat dicapai.

Matlamat organisasi dapatdikenalpasti sama ada

dalam bentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif

(objektif).

2.2 Penyusunan Dan Perancangan Pengurusan

Penyusunan ialah mengumpul dan

menyenaraikan segala rancangan dan kegiatan

untuk mencapai sesuatu tujuan. Perancangan pula

ialah mengkaji dan memilih aspek dan perkara

yang pelbagai sebelum melakukan sesuatu

pekerjaan. Pilihan yang terbaik diperlukan untuk

mencapai matlamat dalam masa yang tertentu

mengikut keupayaan, suasana, dan keadaan

tertentu(Syed Muahammad Dawilah Al-Edrrus

1989).

Perancangan itu terbahagi kepada dua.

Pertama, bahagian politik yang bersifat umum

dan luas. Kedua, kerja pentadbiran dan

pengurusan di dalam lingkungan garis panduan

dan program yang diwujudkan untuk mencapai

matlamat politik (Syed Muahammad Dawilah Al-

Edrrus 1989).

Perancangan yang baik ialah keupayaan

menggunakan potensi manusia dan sumber alam

sebaik mungkin. Cara melaksanakan perancangan

itu ialah dengan mengadakan carta organisasi dan

pembahagian tanggungjawab dan tugas.

Page 3: Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data, ... ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, ... dilakukan post moterm atau bedah

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

3

Pembahagian dan penyusunan pengurusan itu

mengandungi dua bahagian utama, iaitu membuat

dasar dan tanggungjawab yang dirancang oleh

pihak majikan atau pemerintah.

Penyusunan dan perancangan mempunyai

kepentingannya yang tersendiri. Ia membolehkan

pihak pengurusan membuat garis panduan dan

jadual kerja untuk meningkatkan perkembangan

ekonomi dan kebajikan sosial. Ia menentukan

tempoh pelaksanaan sesuatu projek atau program

seperti setahun, dua tahun atau sebagainya. Ia

merupakan langkah pentadbiran dan pengurusan

yang pertama (Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991).

Di samping itu, Penyusunan dan

perancangan pengurusan Islam mempunyai

prinsip tertentu. Antaranya ialah kajian atau

penyelidikan, perundingan dengan tenaga pakar

dan syura (Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991).

Prinsip tersebut perlu dipatuhi agar semua

perancangan dalam pengurusan berkaitan dengan

semua hal kehidupan umat Islam tidak dibuat

secara tergesa-gesa, dan tanpa faedah. Hal ini

diwajibkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran

melalui firman-Nya:

Maksudnya:

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali

orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada

mereka; Maka bertanyalah kepada orang yang

mempunyai pengetahuan jika kamu tidak

mengetahui (Al-Nahl 16:43).

Dalam konteks kepimpinan Rasulullah

s.a.w, Baginda s.a.w sendiri telah menjadi model

bagi pengurus yang efektif, cekap, cemerlang,

dinamis dan berkualiti tinggi. Tambahan pula,

perancangannya kemas dan rapi. Baginda s.a.w

menguruskan masyarakat Islam sejak awal secara

sistematik. Falsafah pengurusan Baginda s.a.w

ialah menyeru mereka supaya memperkuatkan

iman dan mempertingkatkan ibadat kepada Allah

S.W.T serta menegakkan keadilan.

Kemantapan pentadbiran bergantung

kepada dasar dalam pengurusan organisasi itu

sendiri. Penyelerasan dan tindakan induk

menentukan fungsi dan tanggungjawab jabatan

dan unit di dalam sesuatu organisasi. Penyusunan

dan perancangan dahulu hingga kini masih lagi

mempunyai prinsip yang sama daripada segi

politik, keagamaan, sosial, ekonomi, dan

sebagainya.

Walau bagaimanapun ia sentiasa berbeza

daripada segi bentuk dan cara perancangan itu

disedia dan dilaksanakan. Pelaksanaan perlu

mengenal pasti perubahan-perubuhan dan

pembentukan yang wajar dilakukan yang

ditentukan oleh tempat dan suasana. Pakar

pengurusan dari semasa ke semasa wajar bekerja

keras untuk menyelidik dan menganalisis

keperluan semasa.

2.3 Kepimpinan Dalam Pengurusan

Terdapat pelbagai definisi tentang kepimpinan.

Pertama, usaha untuk mempengaruhi individu

atau sekumpulan individu untuk melakukan

sesuatu tugas bagi mencapai objektif tertentu.

Kedua, tingkah laku individu apabila dia sedang

mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai

matlamat yang dikongsi bersama. Ketiga, seni

menyusun hubungan antara individu dengan

beberapa kumpulan yang mengarah mereka ke

arah sesuatu matlamat yang dirancangkan (Subari

Ramli 2012).

Kepimpinan merupakan ciri

kemasyarakatan yang lahir hasil kerjasama

individu dengan orang lain. Ia merupakan suatu

ikatan yang amat diperlukan oleh sesuatu

organisasi, yang tugasnya menyusun interaksi

seluruh anggota masyarakat sama ada dalam

bentuk individu mahupun kumpulan masing-

masing mempunyai tujuan yang tertentu(Ahmad

Ibrahim Abu Sin 1991). Terdapat tiga asas utama

dalam membantu sesuatu kepimpinan. Pertama,

kumpulan manusia itu mestilah mengandungi

sekurang-kurangnya dua orang atau lebih. Kedua,

kumpulan yang dibentuk mempunyai tujuan dan

hasrat yang sama.

Ketiga, seorang ketua yang dilantik

mendapat sokongan dari semua pihak untuk

menjayakan tujuan kumpulannya. Ketua ini

hendaklah menunjukkan kemampuan

bekerjasama dalam memandu jemaahnya menuju

matlamat yang dicita-citakan (Naccer Jabnoun

1994). Hal ini tidak akan tercapai melainkan

dengan wujudnya jalinan erat antara pemimpin

Page 4: Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data, ... ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, ... dilakukan post moterm atau bedah

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

4

dengan pihak yang dipimpinnya tanpa adanya

garis pemisah antara satu sama lain. Justeru itu,

sesuatu takrif kepimpinan itu belum lengkap jika

ketiga-tiga asas tersebut tidak dibincangkan.

Mengikut Pepner dan Prestes dalam buku

mereka al-Idarah al-Ammah, kepimpinan itu

merupakan seni penyusunan hubungan antara

individu dengan beberapa kumpulan yang

mengarahkan mereka ke arah sesuatu matlamat

yang dirancangkan (Ahmad Ibrahim Abu Sin

1991). Pihak sekolah angkatan tentera darat

Amerika pula mentakrifkan kepimpinan sebagai

seni meniupkan semangat dalam diri seseorang

serta mengenali individu itu melalui cara-cara

tertentu membiasakan mereka menjadi orang

yang patuh, hormat dan boleh diarah, serta boleh

mendapatkan kerjasama dalam mencapai

matlamat yang dituju dirancangkan (Ahmad

Ibrarhim Abu Sin 1991).

Definisi ini memberi maksud bahawa

antara ketua dengan orang bawahan hendaklah

ada dua hubungan dua hala serta sentiasa

memberi galakan antara satu sama lain. Ini beerti

ketua bukan sahaja memberi galakan kepada

kakitangannya malahan sanggup menerima

teguran, cadangan serta pandangan dari

kakitangannya. Sikap memberi dan menerima

seperti yang disebutkan di atas merupakan satu

unsur penting dalam institusi kepimpinan.

2.4 Pengawasan Dalam Pengurusan

Pengawasan dalam pengurusan ialah sebahagian

daripada pengurusan Islam itu sendiri. Ia

melibatkan keseluruhan sistem pengurusan iaitu

perancangan, penyusunan, kepimpinan, membuat

keputusan dan pelaksanaannya. Fungsinya utama

ialah untuk memastikan segala pengurusan itu

berjalan mengikut jadual, mendedahkan

kelemahan dan kesilapan bahagian-bahagian

dalam pengurusan dan bertindak segera

memperbetulkan kelemahan khususnya jika

berlakunya penyelewengan (Mustafa Daud 1994).

Daripada segi operasinya ia terbahagi

kepada dua. Pertama, elemen luaran yang

merupakan badan pengawas dari luar. Kedua,

elemen dalaman iaitu pihak atasan, kakitangan

atau pekerja sendiri yang mengawasi dari dalam

organisasi (Mustafa Daud 1994). Sasarannya

ialah individu atau kakitangan pengurusan dari

peringkat atasan hingga ke peringkat rendah.

Sekiranya seseorang melakukan kesilapan ia akan

dicadangkan untuk membuat pembetulan. Islam

telah meletakkan syarat supaya badan pengawas

ini menggunakan segala kebijaksanaan dan

mereka mestilah mempunyai kepakaran dan

kemahiran dalam psikologi, kaunseling,

komunikasi yang baik dan memahami perasaan

pekerja (Mustafa Daud 1994).

2.5 Penilaian

Prinsip pengurusan seharusnya diakhiri dengan

melakukan tinjauan evaluatif-introspektif dalam

erti merenung ke dalam diri dengan motif

otokratik (mengkritik diri) (Akademi Pengurusan

YaPEIM 2005). Dalam istilah agama amalan ini

disebut muhasabah. Ia adalah amalan terpuji yang

harus disebatikan dalam cara hidup seseorang

Muslim. Amalan ini tidak hanya relevan untuk

kehidupan peribadi, tetapi juga relevan dalam

konteks organisasi. Setelah seluruh prinsip

pengurusannya selesai dilaksanakan harus segera

dilakukan post moterm atau bedah siasat untuk

mengenal pasti kelemahan dan kesilapan yang

telah berlaku dengan semangat untuk

mencegahnya daripada berulang.

Proses penilaian introspektif sebagaimana

yang dirumuskan oleh Imam al-Ghazali boleh

untuk dijadikan panduan. Proses tersebut meliputi

musyaratah (menasihati diri), muraqabah

(mengawasi diri), muhasabah (menilai diri),

mu’atabah (mengkritik diri). Maksud musyartah

ialah menginsafkan diri tentang betapa

berharganya setiap detik masa yang seharusnya

dimanfaatkan sepenuhnya untuk amal dan

khidmat yang berprestasi setinggi-tingginya.

Masa pada hakikatnya adalah modal terpenting.

Apabila masa itu berlalu maka berakhirlah segala-

galanya. Justeru adanya ungkapan-ungkapan

seperti masa itu emas yang menunjukkan betapa

pentingnya masa (Akademi Pengurusan YaPEIM

2005).

Muraqabah ialah amalan mengawasi diri

atau kepekaan hati yang timbul kesedaran bahawa

Allah Maha Mengetahui segala gerak laku

hamba-hamba-Nya, lahir dan batinnya. Kesedaran

tersebut secara konsekuensial membentuk sikap

muraqabah terutama langkah-langkah dan

tindakan-tindakannya. Seorang petugas

melakukan muraqabah sejak sebelum

Page 5: Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data, ... ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, ... dilakukan post moterm atau bedah

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

5

melaksanakan sesuatu tindakan. Ia merenung ke

dalam diri untuk mengawasi niatnya, apakah ia

melakukannya dengan ikhlas kerana Allah S.W.T

atau motif lain. Jika memang kerana Allah S.W.T

ia meneruskan niatnya itu, tetapi jika tersirat

tujuan lain maka harus segera memperbetulkan

diri dengan melurskan niatnya. Muraqabah

seharusnya berterusan sepanjang proses

pelaksanaan sesuatu tugasan untuk memastikan

segalanya menepati kehendak syara’ dan

dilakukan dengan sesempurna mungkin

(Akademi Pengurusan YaPEIM 2005).

Muhasabah membawa maksud menilai

diri sesudah melakukan sesuatu pekerjaan. Selain

itu konsep tawbah juga mengandungi makna

menilai pekerjaan masa lalu, mengenal pasti dan

menginsafi kesilapan-kesilapan, lalu bertekad

untuk tidak mengulanginya. Muhasabah dalam

pengertian tersebut ternyata amat relevan dengan

proses pengurusan yang memang perlu

melakukan post-mortem setiap kali selesai

melaksanakan sesuatu pekerjaan dan seterusnya

mengambil langkah-langkah pembaikan demi

mencipta prestasi yang lebih baik pada masa

mendatang untuk kesilapan-kesilapan masa lalu

harus dipastikan tidak berulang (Akademi

Pengurusan YaPEIM 2005).

Mu’atabah ialah amalan mengkritik dan

menilai diri sendiri. Ia haruslah timbul daripada

kesedaran tentang kelemahan diri. Kejahilannya

terutama dalam mengawal nafsu sehingga

mungkin ia telah terlanjur melakukan

penyimpangan-penyimpangan seperti tamak,

gopoh, berbohong, mungkir janji, melakukan

ketidakadilan dan lain-lain yang tidak diredhai

Allah S.W.T. Amalan mengkritik diri yang diikuti

dengan langkah-langkah korektif dan akan

menghasilkan proses pembaikan yang berterusan

menuju matlamat kesempurnaan dalam erti

martabat ihsan (Akademi Pengurusan YaPEIM

2005).

3.0 Perjanjian Hudaibiyah

Peristiwa perjanjian Hudaibiyah ini dijadikan

sebagai subjek kajian kerana beberapa sebab. Ini

dinyatakan oleh Shafiyyurhaman al-Mubarakfury

(1988)

1. Dakwah Islam semakin tersebar

2. Orang Islam diberikan peluang untuk

menunaikan Haji di Makkah

3. Pengislaman beberapa tokoh seperti

Khalid al-Walid, Amr bin al-As dan

sebagainya.

4. Negara Islam di Madinah diiktiraf kerana

orang kafir Quraisy mengiktiraf kerajaan

Islam di Madinah.

Pada 1 Zulkaedah tahun 6 hijrah

Rasulullah dan pengikutnya seramai 1400 orang

telah berangkat ke Makkah dengan niat

mengerjakan umrah (al-Buti 2008). Antara

sebabnya ialah Rasulullah telah bermimpi

Rajah 2.1: Kerangaka konsep Proses Pengurusan Dalam Perjanjian

Hudaibiyyah

Page 6: Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data, ... ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, ... dilakukan post moterm atau bedah

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

6

mengunjungi Baitullah, bercukur rambut,

mengambil anak kunci Baitullah dan Wukuf di

Arafah bersama-sama sahabat. Selain itu juga,

timbul rasa rindu yang mendalam terhadap

keluarga, sanak saudara dan tempat lahir mereka

di Makkah setelah enam tahun meninggalkannya.

Di samping itu, terdapat kekuatan iman dan azam

dalam kalangan umat Islam untuk menziarahi

Baitullah. Tambahan pula, Kedudukan umat Islam

sudah kuat dan mantap setelah umat Islam berjaya

mengatasi orang musyrikin Quraisy dalam

beberapa siri peperangan dan mengatasi ancaman

Yahudi di Madinah (Ab Aziz Mohd Zin. 2012).

Apabila rombongan Rasulullah s.a.w

hampir ke Makkah, orang musyrikin menghantar

wakil mereka iaitu Budail bin Warqa' al Khuzai

memberitahu bahawa musyrikin Makkah bersedia

dengan senjata untuk menghalang kemasukan

rombongan Islam. Rasulullah s.a.w mengarahkan

Budail memaklumkan semula kepada pihak

Quraisy bahawa kedatangan muslimin untuk

menziarahi Ka’bah dan bukannya untuk

berperang. Rasulullah s.a.w juga berharap dapat

diwujudkan perdamaian di antara kedua-dua

belah pihak dalam satu tempoh tertentu (Abdul

Hadi Awang. 2001).

Selepas itu, Musyrikin menghantar pula

‘Urwah bin Mas’ud untuk berunding dengan

Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun, rundingan

tersebut gagal. Kemudian Rasulullah s.a.w

mengutuskan ‘Uthman bin ‘Affan r.a pula untuk

berunding dengan kafir Quraisy. Beliau ditahan

selama tiga hari oleh pihak kafir Quraisy.

Rasulullah s.a.w menerima berita bahawa

‘Uthman bin ‘Affan r.a dibunuh. Rasulullah s.a.w

dan rombongannya bermesyuarat dan bersetuju

membuat sumpah setia untuk menuntut bela

kematian Uthman. Sumpah setia ini dinamakan

Bai'ah al-Ridhwan, bersempena dengan tempat

janji setia itu diadakan iaitu di bawah pokok

bernama "Ridhwan"( Abdul Hadi Awang. 2001).

Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah S.W.T

di dalam al-Quran melalui firman-Nya:

Maksudnya:

Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia

kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia

kepada Allah . Tangan Allah di atas tangan

mereka, Maka sesiapa yang melanggar janjinya

nescaya akibat ia melanggar janji itu akan

menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa

menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan

memberinya pahala yang besar (al-Quran al-Fath

49:10).

Setelah musyrikin Makkah mengetahui

keputusan rombongan orang Islam untuk

membela kematian ‘Uthman bin ‘Affan r.a,

mereka membuat keputusan membebaskannya

semula. Pihak musyrikin Makkah menghantar

Suhail bin Amr untuk berunding dengan

Rasulullah s.a.w dan bersetuju untuk mengadakan

perjanjian dengan pihak orang Islam di

Hudaibiyyah. Perjanjian ini dikenali dengan nama

Perjanjian Hudaibiyyah, bersempena tempat

termeterinya perjanjian tersebut. Penulis kepada

perjanjian ini adalah ‘Ali bin Abi Talib r.a.

(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988)

Isi perjanjian tersebut ialah:

1. Orang Islam tidak boleh mengerjakan

umrah pada tahun tersebut iaitu pada 6

hijrah dan boleh mengerjakan pada tahun

berikutnya. Mereka boleh membawa

pedang yang tersarung dan berada di

Makkah tidak melebihi tiga hari.

2. Gencatan senjata dilaksanakan selama 10

tahun. Dalam tempoh itu kedua pihak

tidak boleh mengkhianati dan memungkir

janji.

3. Orang kafir Quraisy yang masuk ke

Madinah, (walaupun telah memeluk

agama Islam), hendaklah dipulangkan

semula ke Makkah.

4. Orang Islam Madinah yang masuk ke

Makkah, tidak perlu dihantar pulang ke

Madinah.

5. Pihak Musyrikin Makkah dan Islam

Madinah boleh atau bebas membuat

perjanjian dengan mana-mana pihak

yang mereka suka.

6. Kedua-dua pihak tidak boleh membantu

mana-mana kaum yang bersengketa atau

berperang.

Page 7: Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data, ... ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, ... dilakukan post moterm atau bedah

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

7

Pada mulanya para sahabat terutama

Umar al -Khattab r.a yang mempertikaikan

syarat-syarat perjanjian itu kerana dilihat

merugikan orang-orang Islam. Para sahabat turut

mempamerkan sikap negatif, seolah-olah

membantah keputusan yang dibuat oleh

Rasullulah s.a.w dalam perjanjian tersebut,

dengan tidak mengikuti arahan Baginda s.a.w

melakukan tahallul. Walaubagaimanapun, setelah

melihat Baginda s.a.w sendiri yang melakukan

tahallul, barulah mereka bertahallul.

Dalam perjalanan pulang ke Madinah,

iaitu setelah berada antara Makkah dan Madinah

turunlah surah al-Fath. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya

Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu

kemenangan yang nyata. Supaya Allah memberi

ampunan kepada kamu terhadap dosa kamu yang

telah lalu dan yang akan datang serta

menyempurnakan nikmat-Nya atas kamu dan

memimpin kamu kepada jalan yang lurus. (al-

Quran, al-Fath 48:1-2)

4.0 ANALISIS DAN

PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Sebelum penulis menganalisis prinsp-prinsip

yang terdapat pada peristiwa Hudaibiyah, penulis

ingin menganalisis dahulu isi-isi perjanjian

Hudaibiyah ini. Pertama, Orang Islam tidak boleh

mengerjakan umrah pada tahun tersebut 6 hijrah

dan boleh mengerjakan pada tahun berikutnya.

Mereka boleh membawa pedang yang tersarung

dan berada di Makkah tidak melebihi tiga hari

(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Perkara

yang disepakati ini dilihat menguntungkan keuda-

dua belah pihak, iaitu orang Islam dan juga Kafir

Quraisy. Ini kerana orang Islam boleh memasuki

tanpa gangguan dari kafir Quraisy Makkah dan

menzahirkan Islam yang mereka anuti. Bagi

orang kafir pula, mereka boleh mempersiapkan

apa sahaja daripada segi pertahanan, ekonomi dan

juga lain-lain.

Kedua, Gencatan senjata selama 10 tahun

(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Dalam

tempoh itu kedua pihak tidak boleh mengkhianati

dan memungkiri janji. Perkara ini sangat

menguntungkan orang Islam kerana mereka boleh

menyebarkan dakwah Islam dengan mudah tanpa

sebarang ancaman. Inilah yang dilakukan oleh

Rasulullah s.a.w dengan mengirim utusan dan

perutusan dalam bentuk surat kepada pembesar-

pembesar dan Raja-raja di luar Makkah seperti

Maharaja Rom dan Prasi.

Ketiga, Orang kafir Quraisy yang masuk

ke Madinah, (walaupun telah memeluk agama

Islam), hendaklah dipulang semula ke Makkah

(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988).

Keempat, Orang Islam Madinah yang masuk ke

Makkah, tidak perlu dihantar pulang ke Madinah

(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Kedua-

dua perkara dilihat sebenarnya tidak

menguntungkan pihak Islam.

Walaubagaimanapun, jika diteliti daripada aspek

pengurusan strategi, didapati ia adalah salah satu

metode dakwah yang berkesan walaupun

dilakukan secara tidak langsung. Ini kerana

mereka yang telah memeluk Islam dapat

menjalankan tugas menyampaikan mesej dakwah

kepada penduduk Makkah mengikut cara dan

kaedah yang tersendiri tanpa ada rasa perasaan

takut. Hal ini kerana, mereka dilindungi oleh

perjanjian yang telah disepakati bersama antara

kedua-dua belah pihak.

Kelima, pihak musyrikin Makkah dan

orang Islam Madinah boleh membuat perjanjian

dengan mana-mana pihak yang mereka suka

(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Isi

perjanjian yang kelima ini sangat menguntungkan

kedua-dua belah pihak. Hal ini kerana, orang

yang tidak beragama dan berbelah bagi boleh

memilih secara aman pihak mana yang mahu

diikuti. Keenam, kedua-dua pihak tidak boleh

membantu mana-mana kaum yang bersengketa

atau berperang. Perkara ini muncul hasil daripada

perkara yang kedua iaitu gencatan senjata selama

10 tahun.

Secara umumnya, perjanjian ini dilihat

berat sebelah kepada orang kafir Quraisy sahaja.

Walaubagaimanapun, Baginda s.a.w melihat

Page 8: Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data, ... ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, ... dilakukan post moterm atau bedah

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

8

perjanjian ini adil dan menguntungkan orang

Islam. Ini kerana, melalui perjanjian ini, Islam

dapat disebarkan dengan mudah kepada orang

lain.

4.1 Prinsip Pengurusan (Perancangan)

Baginda s.a.w membuat perjanjian atas dasar

ingin merancang memasuki kota Makkah untuk

melakukan umrah dalam masa yang sama dalam

keadaan berihram serta pedangnya bersarung

supaya orang kafir menganggap orang Islam

datang bukan atas dasar untuk berperang tetapi

hanya ingin berziarah (Abdul Hadi Awang 2001).

Tetapi orang kafir Quraisy tidak membenarkan

Baginda s.a.w serta sahabat unuk memasuki

Makkah. Lalu, Baginda s.a.w menghantar

Uthman bin Affan r.a untuk mengadakan

perundingan awal dengan orang kafir Quraisy

(Abdul Hadi Awang 2001) . Baginda menghantar

‘Uthman bin Affan r.a kerana sifat peribadinya

yang lembut. Ini menyebabkan orang Kafir

berfikir bahawa orang Islam datang bukan atas

dasar berperang akan tetapi orang Islam datang

kerana ingin berzirah ke Makkah sahaja.

Walaubagaimanapun, perundingan itu gagal dan

menyebabkan tercetus peristiwa Ba’iah al-

Ridhwan. Ini kerana orang kafir Quraisy takut

terhadap orang Islam yang semakin kuat dan

ramai.

Semasa perancangan ini berlaku, Baginda

s.a.w memilih Saidina Ali bin Abi Talib r.a

sebagai penulis perjanjian ini. Ini kerana Saidina

Ali r.a adalah orang yang telus dan jujur serta

pakar dalam bidang bahasa. Ini menunjukkan

Baginda s.a.w memastikan orang yang terlibat

dalam perancangan ini mempunyai kelebihan

dalam bidang tersebut supaya segala perancangan

dapat berjalan dengan baik dan juga teratur. Hal

ini disebut oleh Muhamammd Dawilah (1989)

bahawa perancangan harus mengumpul,

meneyenaraikan mengikut keupayaan, suasana,

dan keadaan tertentu. Dengan termetrinya

perjanjian ini, Baginda s.a.w boleh menyebarkan

agama Islam dengan aman. Ini jelas Baginda

s.a.w telah melakukan perancangan jangka masa

panjang dalam tempoh 10 tahun yang akan datang

4.2 Prinsip Pengurusan (Kepimpinan)

Peristiwa Hudaibiyyah juga memperlihatkan

corak dan gaya kepimpinan Rasulullah s.a.w.

Baginda s.a.w adalah seorang pemimpin yang

mempunyai wawasan, futuristik, toleransi dan

berlapang dan toleransi mengubah minda dan

keyakinan orang Islam untuk menerima untuk

kejayaan yang lebih besar. Ini menunjukkan gaya

kepimpinan Baginda s.a.w. ada di dalam apa yang

diperkatakan oleh Ahmad Ibrahim Abu Sin

(1991) seorang kepimpinan boleh mempengaruhi

individu atau sekumpulan individu untuk

melakukan tugas bagi mencapai objektif tertentu.

Rasulullah s.a.w juga mengamalkan

prinsip diplomasi atas dasar ingin memberi

galakan antara satu sama lain (Subari Ramli

2012) bagi menjayakan matlamat kepada

perjanjian Hudaibiyah ini. . Sebagai contoh

Baginda s.a.w bersetuju dengan permintaan orang

Quraisy tentang beberapa perkara dalam yang

lebih menguntungkan orang kafir Quraisy.

Seperti mana terdapat di dalam perkara ketiga dan

juga keempat dalam perjanjian Hudaibiyah

(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Dalam

pada itu, Rasulullah s.a.w mengamalkan prinsip

al-awlawiyyat. Al-awlawiyyat bermaksud

menjaga keutamaan dengan mendahulukan

perkara yang lebih utama dalam senarai perkara-

perkara utama. Seperti contoh meminda kalimah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi

Maha Penyayang kepada dengan nama tuhan.

Selain itu juga Baginda s.a.w menukarkan

Muhammad adalah pesuruh Allah kepada

Muhammad bin Abdullah. Baginda s.a.w

melakukan perkara tersebut agar perjanjian ini

termetrai kerana Baginda s.a.w melihat kepada isi

perjanjian tersebut buka pada pangkat dan juga

nama.

Walaupun perjanjian itu dianggap tidak

menguntungkan umat Islam sehingga ada

kalangan sahabat seperti Umar bin al-Khattab r.a

memberikan maklum balas yang negatif kepada

Baginda s.a.w dan juga Abu Bakar r.a. Rasulullah

s.a.w menghadapi menghadapi sebarang

komentar dan juga pandangan orang ramai

dengan tenang serta menerangkan hikmah

perjanjian tersebut. Seperti contoh, dialog antara

Umar bin al-Khattab r.a dan juga Baginda s.a.w

di mana Umar r.a mempersoalkan perkara

terakhir di dalam perjanjian tersebut iaitu perkara

ketiga dan keempat isi perjanjian tersebut.

Page 9: Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data, ... ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, ... dilakukan post moterm atau bedah

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

9

Namun, akhirnya beliau sangat menyesal atas

sikapnya itu kerana tidak mempercayai kredibiliti

kepimpinan Baginda s.a.w. (Ab Aziz Mohd Zin

2012).

Begitu juga, ketika Nabi s.a.w meminta

para sahabat untuk melakukan tahallul, mereka

enggan berbuat demikian. Walaupun Baginda

s.aw agak terkilan dengan tindakan mereka,

namun hasil pandangan isteri Baginda s.a.w,

Umm Salamah r.a agar Baginda s.a.w

melakukannya terlebih dahulu, barulah para

sahabat bertahllul (Ab Aziz Mohd Zin 2012). Ini

menunjukkan bahawa sebagai pemimpin agung,

Baginda s.a.w tidak kekok menerima pandangan

daripada orang lain ketika berhadapan dengan

krisis keyakinan. Ini juga menunjukkan Baginda

s.aw mempunyai sifat memberi galakan antara

satu sama lain (Subari Ramli 2012).

4.3 Prinsip Pengurusan (Pengawasan)

Prinsip pengawasan ini dapat diperhatikan

melalui kejadian Baginda s.a.w menyerahkan

semula penduduk Makkah yang bernama Abu

Jandal kepada pihak Quraisy. Ini kerana, beliau

telah lari dari keluarganya dan memeluk Islam

apabila termetrinya perjanjian ini. Baginda s.a.w

melakukan ini atas dasar tidak mahu menjadi

seorang memungkiri kepada janji yang telah

dilaksanakan. Ini menunjukkan Baginda s.a.w

memperbaiki keadaan seperti yang diperkatakan

oleh Mustafa daud (1994) bahawa jika

pengurusan itu melihat ada kelemahan mestilah di

baiki ketika prinsip pengawasan ini. Oleh yang

demikian, perjanjian tersebut tidak terbatal.

Jika Baginda s.a.w tidak melakukan

perkara ini, berkemungkinan besar perancangan

Baginda s.a.w yang utama untuk memasuki

Makkah di samping menyebarkan agama Islam

dengan mudah dan aman terbantut.

4.4 Prinsip Pengurusan (Penilaian)

Baginda s.a.w membuat penilaian hasil dari

perjanjian ini, Baginda s.a.w dapat menyebarkan

agama Islam dengan mudah. Sebagai contoh misi

Baginda s.a.w menghantar surat ke Khaibar,

Habsyah, Rom, Farsi dan sebgainya (Ab Aziz

Mohd Zin 2012). Ini disebabkan orang Islam

telah terlindung dari perjanjian Hudaibiyyah

perkara pertama iaitu gencatan senjata selama 10

tahun. Proses ini dinamakan Muhasabah atau pun

post-moterm yang bermaksud Apabila selesai

melaksanakan sesuatu pekerjaan dan seterusnya

mengambil langkah-langkah pembaikan demi

mencipta prestasi yang lebih baik pada masa

mendatang untuk kesilapan-kesilapan masa lalu

harus dipastikan tidak berulang (Akademi

Pengurusan YaPEIM 2005).

Selain itu juga, apabila perjanjian ini

termetrai, Orang Islam yang berada di Makkah

tidak berasa takut untuk menyatakan dirinya

sudah Islam. Selain itu juga, mereka juga boleh

berdakwah dan memberi kefahaman Islam

terhadap penduduk Makkah mengikut cara dan

metode masing-masing. Ini menunjukkan

penilaian Baginda s.a.w tepat apabila perjanjian

ini berjaya dan menguntungkan agama Islam. Ini

juga dilihat dalam bentuk muhasabah.

5.0 KESIMPULAN

Diskusi tentang pengurusan selalunya dikaitkan

dengan pemikiran pengurusan Barat. Ia

dibincangkan dengan pelbagai sudut termasuklah

aspek perancangan, kepimpinan, pengawasan dan

RUJUKAN

Shiekh Abdullah Basmih, 1980. Tafsir Pimpinan

Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-

Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal

Ehwal Agama Islam (BAHIES) Jabatan

Perdana Menteri.

Ab Aziz Mohd Zin. 2012. Strategi Dakwah

Dalam Sirah Nabi Saw. Kuala Lumpur:

Tech. Production.

Abdul Hadi Awang. 2001. Fiqh Al-Harakah Dari

Sirah Nabawiyyah. Cet. Kelima. Jilid 1, 2

& 3. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Ahmad Ibarahim Abu Sin. 1991. Pengurusan

Dalam Islam. (Terjemahan).Kuala

lumpur:Dewan Bahsa dan Pustaka.

Akademi Pengurusan YPEIM. 2005. Pengurusan

Dalam Islam: Menghayati Prinsip dan

Nilai Qurani.

Page 10: Proses Pengurusan Dakwah Dalam Peristiwa Perjanjian · PDF fileManakala metode analisis data, ... ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, ... dilakukan post moterm atau bedah

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

10

Al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadan. Terjemahan

Mohd Darus Sanawi. 2008. Fiqh Al

Sirah. Jilid 1, 2 & 3. Shah Alam: Dewan

Pustaka Fajar.

Al-Umari, Akram Diya’. 1998. al-Sirah al-

Nabawiyyah al-Sahihah. Cet 2 & 3. Jilid

1. Riyadh: Maktabah al-‘Abikan.

Bartol, Kathryn M. dan Mactin, David C. 2003.

Management. Boston: Mc-Graw-Hill.

Juhary Ali. 2000. Asas Pengurusan. Edisi Awal.

Cetakan ketiga. Pulau Pinang: Universiti

Sains Malaysia. Sinaran Bros.

Juhary Haji Ali. 2004. Prinsip dan Amalan

Pengurusan. Edisi Kedua. Cetakan

Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Koontz, Harold dan O’Donnel, Cyrill. 1972.

Principle of Management: An Analysis of

Managerial Functio. Tokyo: Mc-Graw-

Hill

Muhammad Subari Ramli. Konsep al-Ihsan.

kursus bina taqwa. Inst. Latihan dan

Dakwah Selangor (Ildas) 18 – 19 april

2012

Mustafa Haji Daud. 1994. Pengurusan Islam.

Kuala Lumpur: Utusan Publication and

Distributors Sdn Bhd.

Naceur Jabnoun. 1994. Islam And Mangment.

Institusi Kajian Dasar. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Pearce, J.A. & Robinson, R.B. 1997. Strategic

manement – formulation, implementation

and control. 6th ed. Chicago: Time

Mirror Higher Education Group.

Robbins, Stephen P. dan Coulter, Mary. 2005.

Management. New Jersey: Pearson

Education.

Safiyyu al-Rahman. 1988. Sirah Nabawiyyah –

Ar-Rahiq Al-Makhtum. Terj. Muhammad

Ramzi Omar. Kuala Lumpur: Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia

Syed Muahammad Dawilah Al-Edrrus. 1989.

Pendekatan Islam di dalam Latihan

Pembangunan Sumber Manusia. Seminar

Pengurusan dan Pentadbiran Islam. Pulau

Pinang: Unversiti Sains Malaysia

2012.http://r38life.blogspot.com/2011/02/pandan

gan-tokoh-non-muslim-terhadap.html. 5

september