prosedur pengurusan pengeluaran lesen penyediaan ais...

24
Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA EDISI 2017

Upload: lamkhue

Post on 07-Feb-2018

272 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk

Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Maksud

Perdagangan atau Perniagaan

PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI

MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA EDISI 2017

Page 2: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

1

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Tujuan Prosedur 2

2. Skop 2

3. Definisi 2-3

4. Undang-undang Berkaitan dan Kuasa 3

5. Anggota yang terlibat 4

6. Singkatan yang digunakan 4-5

7. Carta Alir

7.1 Permohonan Baru dan Pembaharuan Lesen

7.2 Tindakan Penggantungan / Pembatalan Lesen

7.3 Pemantauan Selepas Arahan Tindakan

Penggantungan / Pembatalan Lesen

6-10

8. Proses Kerja

8.1 Permohonan Baru dan Pembaharuan

8.2 Tindakan Penggantungan dan Pembatalan Lesen

11-20

9. Senarai Borang / Lampiran 21

10. Rujukan 21

Page 3: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

2

1. TUJUAN PROSEDUR

Tujuan prosedur ini adalah untuk menjelaskan tatacara proses kerja pengurusan Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan.

2. SKOP

Prosedur ini hendaklah digunapakai oleh pegawai di Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), pegawai di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan juga di Pejabat Kesihatan Daerah/ Bahagian/ Kawasan (PKD/PKB/PKK) dalam memproses dokumen permohonan, membuat verifikasi, menjalankan aktiviti pensampelan dan menyediakan dokumen kelulusan Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan.

3. DEFINISI Bagi tujuan Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan, definisi berikut adalah terpakai: 3.1 TKPK (KA)

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia (TKPK (KA) adalah dirujuk sebagai Pengarah di bawah peruntukan Akta Makanan 1983)

3.2 KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

3.3 PKKM Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

3.4 JKN Jabatan Kesihatan Negeri

3.5 PKD/PKB/PKK

Pejabat Kesihatan Daerah/ Bahagian/ Kawasan

3.6 Manual Kawalan Keselamatan Air Dari Mesin Jual Air Dokumen yang menjelaskan aktiviti pelaksanaan kawalan keselamatan air bagi setiap mesin jual air.

3.7 Verifikasi Mesin Jual Air

Verifikasi yang melibatkan aktiviti audit dan pemeriksaan berasaskan bukti yang dilakukan di lapangan secara bebas dan sistematik, dilakukan oleh anggota terlatih, bagi mengenalpasti kepatuhan terhadap elemen dan aktiviti keselamatan makanan berdasarkan keperluan Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Page 4: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

3

3.8 Makmal diluluskan Makmal yang diluluskan oleh Menteri di bawah Seksyen 3A, Akta Makanan 1983 iaitu Jabatan Kimia Malaysia dan Agensi Nuklear Malaysia.

3.9 Ketidakpatuhan Aktiviti yang dijalankan tidak mematuhi atau mengikut prosedur yang sedia ada.

3.10 Permintaan Tindakan Pembetulan (Corrective Action Request)

Ketidakpatuhan yang didokumenkan oleh pegawai verifikasi dan memerlukan tindakan pembetulan oleh pemohon.

3.11 Pensampelan

Pensampelan yang dijalankan oleh pegawai berkuasa Akta Makanan 1983, Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas air dari mesin jual air milik pemohon untuk tujuan kelulusan lesen, pemantauan KKM atau pada bila-bila masa mengikut keperluan.

3.12 Pensampelan pemantauan sendiri

Pensampelan yang dijalankan oleh pemegang lesen bagi tujuan pemantauan sendiri.

4. UNDANG-UNDANG BERKAITAN DAN KUASA

4.1 Akta Makanan 1983: Sek. 3(2) - Lantikan Pegawai Diberi Kuasa oleh Menteri Sek. 4(1)(a) - Kuasa Memasuki Premis Sek. 4(1)(d) - Kuasa Pemeriksaan Dokumen Sek. 4(1)(e) - Kuasa Pemeriksaan Dokumen Pengenalan Diri Sek. 4(1)(f) - Kuasa Menyita dan Menahan Jenis Makanan atau

Perkakas Sek. 8(1) - Kuasa Meminta Maklumat Sek. 10 - Perintah Membersih Premis/Perkakas

4.2 Peraturan- Peraturan Makanan 1985:

Per. 360C - Air dari mesin jual air 4.3 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009:

Bab 6: Per.53 - Pemasangan mesin jual makanan atau mesin jual air Bab 6: Per.55 - Mesin jual air

Page 5: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

4

5. ANGGOTA YANG TERLIBAT

5.1 Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia:

5.1.1 Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) 5.1.2 Pengarah Kanan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan 5.1.3 Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri 5.1.4 Timbalan Pengarah Cawangan Industri Domestik 5.1.5 Pegawai Teknologi Makanan 5.1.6 Pegawai Kesihatan Persekitaran 5.1.7 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 5.1.8 Penolong Pegawai Teknologi Makanan

5.2 Jabatan Kesihatan Negeri:

5.2.1 Pengarah Kesihatan Negeri 5.2.2 Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) 5.2.3 Pegawai Teknologi Makanan 5.2.4 Pegawai Kesihatan Persekitaran 5.2.5 Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 5.2.6 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan 5.2.7 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 5.2.8 Penolong Pegawai Teknologi Makanan

5.3 Pejabat Kesihatan Daerah/ Bahagian/ Kawasan:

5.3.1 Pegawai Kesihatan Daerah/ Bahagian/ Kawasan 5.3.2 Pegawai Teknologi Makanan 5.3.3 Pegawai Kesihatan Persekitaran 5.3.4 Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 5.3.5 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan 5.3.6 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 5.3.7 Penolong Pegawai Teknologi Makanan

6. SINGKATAN YANG DIGUNAKAN KKM : Kementerian Kesihatan Malaysia PKKM : Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

JKN : Jabatan Kesihatan Negeri PKD/PKB/PKK : Pejabat Kesihatan Daerah / Bahagian / Kawasan UIP : Unit Inspektorat & Perundangan

KPK : Ketua Pengarah Kesihatan TKPK (KA) : Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

PKKKM : Pengarah Kanan Keselamatan & Kualiti Makanan PPPI : Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri PKN : Pengarah Kesihatan Negeri TPKN (KKM) : Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan)

Page 6: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

5

PK : Pegawai Kesihatan Daerah/ Bahagian/ Kawasan PTM : Pegawai Teknologi Makanan

PKP : Pegawai Kesihatan Persekitaran KPPKP : Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran PPKPK : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan PPKP : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran PPTM : Penolong Pegawai Teknologi Makanan PT : Pembantu Tadbir

Page 7: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

6

Tidak Mematuhi (ada CAR)

7. CARTA ALIR 7.1 PERMOHONAN BARU DAN PEMBAHARUAN LESEN UNTUK MENGENDALIKAN MESIN JUAL AIR DI PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH/ BAHAGIAN/ KAWASAN/ JABATAN KESIHATAN NEGERI

Pemohon PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Pemohon:

(i) Isi permohonan secara atas talian (online) di fosimdomestic.moh.gov.my

(ii) (ii) Cetak maklumat permohonan dari sistem online

(iii) Sediakan dokumen sokongan (Para 5.3 Garis Panduan Permohonan Lesen untuk Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan)

(iv) Fi proses RM 130.00 Daftar permohonan dalam pangkalan data.

1 hari bekerja

Urus dan keluarkan resit fi proses.

5 hari bekerja

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Semak senarai dokumen permohonan (MJA-1/17). Urus dan penetapan tarikh verifikasi MJA.

1 hari

bekerja

Maklum

Jalankan verifikasi MJA. Sekiranya terdapat CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam (6) bulan.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Jalankan pensampelan air : (i) dalam tempoh 3 hari bekerja jika tiada

CAR (ii) dalam tempoh 3 hari selepas CAR ditutup

3 hari bekerja

Pemohon Hantar sampel ke makmal yang diluluskan.

Pemohon

Terima keputusan analisis makmal. Kemukakan keputusan analisis makmal ke PKD dalam tempoh 3 hari bekerja.

PTM/PKP/PPTM / PPKP

1 hari bekerja

Maklum

Pem

Semak kepatuhan dan pengesahan keputusan analisis.

Mengemaskini maklumat permohonan dalam sistem atas talian (online)

Mula

Lengkap

Mematuhi

(tiada CAR) CAR ditutup

Tidak Lengkap

Maklum pemohon

Maklum pemohon untuk tindakan pembetulan

Tidak Mematuhi

Pensampelan semula

Mematuhi

Maklum pemohon untuk menjalankan siasatan dan melakukan tindakan pembetulan dalam tempoh masa 14 hari

1.Peringkat PKD

Page 8: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

7

2 hari bekerja

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Cetak permohonan. Sediakan surat sokongan permohonan. Maklum pemohon membuat pembayaran fi lesen RM 150.00 ke PKKM. Kemukakan dokumen permohonan ke PKKM dan salinan ke JKN.

2 hari bekerja

PTM Maklum JKN/PKD PTM

Terima maklumat permohonan atas talian

(online) dan dokumen sokongan dari PKD. Daftar permohonan dalam pangkalan data permohonan.

Semak kecukupan dokumen / pematuhan kelulusan lesen.

PTM PTM

Sediakan laporan akhir dan dokumen kelulusan lesen serta uruskan fi lesen.

Semakan Ketua Seksyen.

1 hari bekerja

1 hari bekerja

1 hari bekerja

PTM PTM

Semakan Timbalan Pengarah. Perakuan Pengarah Pematuhan & Pembangunan Industri, PKKM.

2 hari bekerja

PTM PTM PTM/PT

Kemukakan dokumen kelulusan kepada TKPK (KA). Kelulusan lesen oleh TKPK (KA). Terima dokumen kelulusan dari pejabat TKPK (KA). Kemaskini pangkalan data permohonan. Proses edaran lesen bersama surat kelulusan lesen.

Tidak

Lengkap

Lengkap

Tidak Sokong

Lulus

Tidak Sokong

Tamat

Tidak Sokong

Maklumat yang dikehendaki

Sokong

Sokong

Sokong

Tidak lulus

2.Peringkat PKKM

Page 9: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

8

Jika perlanggaran

sampel

7.2 CARTA ALIR PENGGANTUNGAN / PEMBATALAN LESEN MJA

Terima makluman perlanggaran.

2 hari bekerja

Pegawai Kesihatan Daerah /PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Keluarkan surat / makluman perlanggaran kepada pemohon.

1 hari bekerja Pegawai Kesihatan Daerah /PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Maklum kepada PKKM dan salinan kepada JKN.

1 hari bekerja

Jalankan siasatan mengenalpasti punca perlanggaran. Lakukan pensampelan penguatkuasaan.

1 hari bekerja

1 hari bekerja

PPKP di PKD

Sediakan laporan siasatan: a) Laporan Perlanggaran

Syarat-Syarat Pemegang Lesen MJA ; atau

b) Laporan Perlanggaran Pensampelan Pemantauan / Pembaharuan Lesen

Pegawai yang diberi kuasa PTM

Kemukakan laporan siasatan dan keputusan analisis pensampelan penguatkuasaan (bagi perlanggaran sampel) kepada PKKM dan salinan kepada JKN. Semak laporan siasatan. Sedia laporan ringkas

2 hari bekerja

Panel Pelulus PTM

maklum PKD/PKK/ PKB/JKN

Keputusan panel

PTM Sediakan surat penggantungan / pembatalan lesen.

1 hari bekerja

PTM

Semakan Ketua Seksyen

Tidak Sokong

Tiada Penggantungan/ pembatalan lesen

Mula

a

Penggantungan/pembatalan

lesen

Pensampelan penguatkuasaan

Penghantaran sampel ke makmal

Terima keputusan analisis

Jika perlanggaran

syarat pemegang

lesen

1.Peringkat PKD

2.Peringkat PKKM

Sokong

Page 10: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

9

1 hari bekerja PTM Semakan Timbalan Pengarah

1 hari bekerja PTM Perakuan Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri, PKKM

Kemukakan surat penggantungan / pembatalan lesen untuk tandatangan TKPK (KA).

1 hari bekerja

Edarkan surat penggantungan / pembatalan kepada pemegang lesen dan salinan kepada JKN dan PKD.

7.3 PEMANTAUAN SELEPAS ARAHAN TINDAKAN PENGGANTUNGAN / PEMBATALAN LESEN

1 hari bekerja (serta-merta)

Pegawai yang diberi kuasa

Ambil Tindakan Penguatkuasaan

Memantau pematuhan terhadap arahan penggantungan/ pembatalan supaya tiada operasi dijalankan.

7 hari bekerja

PTM/PKP/PPTM/ PPKP Pegawai Yang Diberi Kuasa

Jalankan pemantauan semula setelah menerima laporan tindakan pembetulan daripada pemegang lesen. Jalankan pensampelan semula bagi parameter berkaitan (jika penggantungan disebabkan perlanggaran sampel). Sampel dihantar oleh pemegang lesen ke makmal yang diluluskan.

1 hari bekerja

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Sahkan semua tindakan pembetulan yang telah diambil oleh pemegang lesen.

3 hari bekerja

21 hari bekerja (pensampelan semula)

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Kemukakan laporan tindakan pembetulan kepada PKKM. Beri salah satu cadangan: a) pelepasan penggantungan b) pembatalan lesen.

1 hari bekerja PTM

Semak laporan tindakan pembetulan.

1 hari bekerja

Maklum PKD/JKN

Kemukakan laporan tindakan pembetulan kepada Panel Pelulus.

1 hari bekerja PTM Sediakan surat pelepasan penggantungan atau pembatalan lesen.

Tiada tindakan penggantungan Teruskan

tindakan penggantungan

Tidak Sokong

Tidak Sokong

Setuju untuk pendakwaan

Tidak sokong

Tidak mematuhi

sokong

Mematuhi

Tiada

pendakwaan

Penggantungan dan pendakwaan

(Rujuk SOP UIP)

1.Peringkat PKD

2.Peringkat PKKM

Pendakwaan (Rujuk SOP

UIP)

Sokong

Sokong

Page 11: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

10

1 hari bekerja PTM Semakan Ketua Seksyen.

1 hari bekerja

PTM

Semakan Timbalan Pengarah.

1 hari bekerja

PTM

Perakuan Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri, PKKM

Bergantung kepada Pengarah (TKPK(KA))

Maklum PKD/JKN

Kemukakan surat pelepasan penggantungan / pembatalan lesen untuk kelulusan TKPK (KA).

1 hari bekerja

Edarkan surat kepada pemegang lesen dan salinan kepada JKN dan PKD.

Tidak sokong

Tidak sokong

sokong

sokong

Tamat

setuju

sokong

Tidak sokong

Page 12: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

11

8. PROSES KERJA

8.1 Permohonan Baru dan Pembaharuan

BIL TANGGUNGJAWAB TINDAKAN DOKUMEN BERKAITAN

TEMPOH MASA

PERINGKAT 1 : JABATAN KESIHATAN NEGERI / PEJABAT KESIHATAN DAERAH / PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN / PEJABAT KESIHATAN KAWASAN

A. SEMAKAN PERMOHONAN

1.

Terima permohonan secara atas talian (online) bersama-sama dokumen sokongan dan fi proses sebanyak RM130.00.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Cetakan maklumat permohonan dari sistem atas talian (online)

1 hari bekerja

2.

Daftar permohonan dalam pangkalan data dan buka fail syarikat.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Pangkalan Data Permohonan Lesen MJA Fail Syarikat

3.

Urus dan keluarkan resit fi proses.

PT Kewangan/ Pegawai yang dilantik oleh Ketua Jabatan

Resit fi proses

4. Lakukan semakan sama ada dokumen lengkap atau tidak lengkap termasuk Manual Kawalan Keselamatan Air Dari MJA. Jika tidak lengkap, maklumkan kepada pemohon. Tempoh masa yang diberikan untuk melengkapkan dokumen adalah selama enam bulan dari tarikh makluman. Jika tidak, permohonan akan terbatal dengan sendiri.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Senarai Semak Permohonan Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan (MJA-1/17) Manual Kawalan Keselamatan Air Dari MJA

5 hari bekerja

5. Membuat persediaan bagi verifikasi serta menghubungi pemohon bagi penetapan tarikh verifikasi.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Surat Verifikasi MJA

Page 13: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

12

B. VERIFIKASI MESIN JUAL AIR

1.

Jalankan verifikasi MJA dan dokumen berkaitan.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Borang Verifikasi MJA (MJA-2/17) Borang Permintaan Tindakan Pembetulan (MJA-3/17)

1 hari bekerja

2. Keluarkan ’corrective action request’ (CAR) sekiranya terdapat ketidakpatuhan yang dikenalpasti semasa verifikasi di lapangan.

3. Maklum pemohon untuk memberi maklumbalas CAR(s) dalam tempoh 14 hari.

4. Dapatkan maklumbalas CAR dan semak tindakan penambahbaikan yang diambil. Dapatkan maklumat tambahan / jalankan verifikasi susulan (jika perlu). Tutup CAR jika memuaskan. Permohonan akan terbatal dengan sendirinya sekiranya tiada maklumbalas/tindakan pembetulan yang dikemukakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh CAR(s) dikeluarkan dan pemohon hendaklah mengemukakan permohonan baru.

C. PENSAMPELAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT MELALUI SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

1.

Jalankan pensampelan air : (i) dalam tempoh 3 hari bekerja jika tiada CAR. (ii) dalam tempoh 3 hari selepas CAR ditutup.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Kit Pensampelan 3 hari bekerja

2. Maklum kepada pemohon untuk menghantar sampel kepada makmal Jabatan Kimia Malaysia.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

3. Maklum pemohon untuk mengemukakan salinan asal keputusan analisis sampel air

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Page 14: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

13

selepas keputusan analisis diterima dari pihak makmal.

4.

Menerima keputusan dan semak status kepatuhan keputusan analisis berdasarkan Jadual Kedua Puluh Lima. Cop SEMAK dan tandatangan pada setiap helaian keputusan analisis. Sekiranya keputusan tidak mematuhi, maklum kepada pemohon untuk menjalankan siasatan serta membuat tindakan pembetulan. Beri tempoh 14 hari kepada pemohon untuk memberi maklumbalas hasil siasatan dan tindakan pembetulan yang telah diambil. Bagi permohonan pembaharuan, sekiranya terdapat ketidakpatuhan pada keputusan analisa, tindakan penggantungan lesen akan dijalankan seperti Perkara 8.2. Jalankan pensampelan semula dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan maklumbalas tindakan pembetulan daripada pemohon. Had pensampelan semula adalah sehingga pensampelan semula kali kedua (2x). Sekiranya keputusan pensampelan semula kali kedua masih tidak mematuhi, permohonan akan terbatal dan tindakan penguatkuasaan perlu diambil mengikut SOP penguatkuasaan.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Laporan asal analisis bagi sampel air dari MJA

1 hari bekerja

Page 15: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

14

5.

Kemaskini maklumat Fi Proses, Verifikasi, Analisis dan Sokongan dalam sistem permohonan atas talian (online).

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Dokumen atas talian (online)

6. Cetak laporan akhir dan sediakan surat sokongan permohonan serta dapatkan tandatangan TPKN (BKKM)/ Pegawai Kesihatan Daerah/ Bahagian/ Kawasan (JKN/ PKD/PKB/PKK). Maklum pemohon untuk membuat pembayaran fi lesen ke PKKM. Kemukakan dokumen permohonan ke PKKM dan salinan ke JKN. Sekiranya JKN/PKD/PKB/PKK tidak menyokong permohonan, tindakan penguatkuasaan perlu diambil mengikut SOP penguatkuasaan.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Cetakan Laporan Akhir Permohonan Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan dari sistem permohonan atas talian (online) Surat sokongan JKN/PKD/PKB/PKK

2 hari bekerja

PERINGKAT 2 : IBU PEJABAT PKKM

A. SEMAKAN DOKUMEN DAN PENYEDIAAN DOKUMEN KELULUSAN

1.

Terima maklumat permohonan secara atas talian (online) dan dokumen sokongan dari JKN/PKD/PKB/PKK.

PTM

Permohonan Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan dalam sistem permohonan atas talian (online)

1 hari

bekerja

2.

Daftar permohonan dalam pangkalan data permohonan.

Pangkalan Data Permohonan Lesen MJA

Page 16: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

15

3. Lakukan semakan sama ada dokumen lengkap atau tidak lengkap. Jika tidak lengkap, maklum kepada JKN/PKD/PKB/PKK.

PTM Senarai Semak Permohonan Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan (MJA-1/17)

1 hari bekerja

4.

Urus dan keluarkan resit fi lesen.

PT Kewangan/ Pegawai yang dilantik oleh Ketua Jabatan

Resit fi lesen

5.

Sediakan laporan akhir dan dokumen kelulusan lesen bagi permohonan lengkap.

PTM

Cetakan laporan akhir dari sistem permohonan atas talian (online) Surat Iringan Kelulusan – Lampiran 2 Surat Iringan Lesen – Lampiran 3 Sijil Lesen

6. Kemukakan dokumen kelulusan lesen untuk semakan Panel Pelulus.

PTM Set dokumen kelulusan lesen

B. KELULUSAN PANEL PELULUS DAN PENGARAH TKPK (KA)

1.

Semakan Ketua Seksyen. PTM Set dokumen kelulusan lesen

1 hari bekerja

2. Semakan Timbalan Pengarah.

PTM Set dokumen kelulusan lesen

1 hari bekerja

3. Perakuan Pengarah Pematuhan & Pembangunan Industri.

PTM Set dokumen kelulusan lesen

1 hari bekerja

4. Kemukakan dokumen kelulusan lesen untuk ditandatangani oleh TKPK (KA).

PTM

Set dokumen kelulusan lesen

Page 17: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

16

C. PROSES EDARAN LESEN BERSAMA SURAT KELULUSAN LESEN

1.

2.

3.

Terima dokumen kelulusan dari pejabat TKPK (KA). Kemaskini pangkalan data permohonan. Keluarkan lesen dan surat iringan lesen bersama resit fi lesen.

PTM / PT

Pangkalan Data Permohonan Lesen MJA Surat iringan lesen, lesen dan resit rasmi

2 hari bekerja

8.2 Tindakan Penggantungan dan Pembatalan Lesen

BIL TANGGUNGJAWAB TINDAKAN DOKUMEN BERKAITAN

TEMPOH MASA

PERINGKAT 1 : PKD/PKB/PKK ATAU JKN

Makluman Perlanggaran 1) Syarat-syarat Pemegang Lesen; atau 2) Keputusan pensampelan bagi analisis MJA semasa pemantauan/permohonan

pembaharuan lesen

1.

Keluarkan surat/ makluman perlanggaran dan nasihat pembetulan kepada pemohon untuk mengambil tindakan.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

2 hari bekerja

2.

Maklumkan kepada PKKM dengan kadar serta-merta (1 hari) sekiranya terdapat perlanggaran syarat-syarat lesen oleh pemegang lesen (salinan kepada JKN). Maklumat awal yang diperlukan adalah mengikut format:

a) Laporan Perlanggaran Syarat-Syarat Pemegang Lesen MJA (bagi perlanggaran syarat pemegang lesen) ; atau

b) Laporan Perlanggaran Pensampelan Pemantauan / Pembaharuan Lesen (bagi perlanggaran sampel)

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

Syarat-Syarat Pemegang Lesen – Lampiran 3

1 hari bekerja

Page 18: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

17

3. Jalankan siasatan untuk menentukan punca perlanggaran. Bagi perlanggaran sampel, pensampelan penguatkuasaan hendaklah dilakukan semasa siasatan dijalankan.

Pegawai Yang Diberi Kuasa

Prosedur Pensampelan

1 hari bekerja

4.

Sediakan laporan siasatan yang lengkap mengikut format seperti di Perkara 2.

Pegawai Yang Diberi Kuasa

1 hari bekerja

5. Kemukakan laporan siasatan dan keputusan analisa pensampelan penguatkuasaan (bagi perlanggaran sampel) kepada PKKM dan salinan kepada JKN.

Pegawai Yang Diberi Kuasa

1 hari bekerja

PERINGKAT 2 : PKKM

Kelulusan Tindakan Penggantungan dan Pembatalan Lesen

1.

Semak laporan siasatan dari JKN/PKD/PKB/PKK untuk dibawa kepada Panel Pelulus yang terdiri daripada Ketua Seksyen, Timbalan Pengarah dan Pengarah Pematuhan & Pembangunan Industri.

PTM 2 hari bekerja

2.

Menilai laporan dan menyediakan ulasan teknikal.

Panel Pelulus

3. Jika Panel Pelulus menyokong laporan, sediakan surat penggantungan/ pembatalan lesen. Jika Panel Pelulus tidak menyokong laporan, maklumkan kepada JKN/PKD/PKB/PKK untuk tindakan selanjutnya.

PTM

4.

Kemukakan surat penggantungan / pembatalan lesen untuk semakan Panel Pelulus.

PTM 3 hari bekerja

Page 19: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

18

a) Ketua Seksyen b) Timbalan Pengarah c) Pengarah Pematuhan

dan Pembangunan Industri

5.

Kemukakan surat tindakan (penggantungan lesen / pembatalan lesen / pendakwaan) untuk kelulusan TKPK (KA). TKPK (KA) mempunyai kuasa untuk menentukan jenis tindakan diambil iaitu :

i. Penggantungan / pembatalan lesen sahaja

ii. Penggantungan/ pembatalan lesen dan pendakwaan

iii. Pendakwaan sahaja Prosedur pendakwaan dijalankan mengikut SOP UIP.

PTM

Bergantung kepada

keputusan TKPK (KA)

6. Edarkan surat penggantungan/ pembatalan lesen kepada pemegang lesen, salinan kepada JKN dan PKD/PKB/PKK.

PTM

1 hari bekerja

PERINGKAT 3 : JKN/PKD/PKB/PKK

PEMANTAUAN SELEPAS ARAHAN TINDAKAN PENGGANTUNGAN/ PEMBATALAN LESEN

1.

Jalankan pemantauan ke atas pematuhan arahan penggantungan / pembatalan lesen supaya tiada operasi dijalankan dalam tempoh penggantungan tersebut.

Pegawai Yang Diberi Kuasa

1 hari bekerja (serta merta)

2.

Jalankan prosedur penguatkuasaan ke atas MJA yang melanggar arahan penggantungan mengikut SOP penguatkuasaan semasa.

Pegawai Yang Diberi Kuasa

3.

Setelah laporan tindakan pembetulan daripada

Pegawai Yang Diberi Kuasa

7 hari bekerja

Page 20: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

19

pemegang lesen diterima, jalankan pemantauan semula untuk memastikan sama ada pemegang lesen telah mengambil tindakan sewajarnya ke atas perlanggaran. Bagi tindakan penggantungan disebabkan perlanggaran sampel, pensampelan semula bagi parameter berkaitan hendaklah dijalankan bagi membuktikan keberkesanan tindakan pembetulan yang diambil. Sampel perlu dihantar oleh pemegang lesen ke makmal yang diluluskan.

4.

Buat pengesahan ke atas semua tindakan yang telah diambil oleh pemegang lesen.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

1 hari bekerja

5.

Kemukakan laporan tindakan pembetulan yang diambil oleh pemegang lesen (termasuk salinan keputusan analisis pensampelan semula–jika penggantungan disebabkan oleh perlanggaran sampel) kepada PKKM. Berikan cadangan pembatalan lesen sekiranya tiada sebarang tindakan diambil oleh pemegang lesen dalam tempoh penggantungan atau tindakan yang diambil tidak dapat menjamin keselamatan dan kualiti air yang dikeluarkan. Berikan cadangan pelepasan penggantungan lesen sekiranya tahap keselamatan produk akhir telah dapat disahkan.

PTM/PKP/PPTM/ PPKP

3 hari bekerja

21 hari bekerja

(pensampelan semula)

Page 21: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

20

PERINGKAT 4 : PKKM

1) PELEPASAN TINDAKAN PENGGANTUNGAN; ATAU 2) TINDAKAN PEMBATALAN LESEN

1.

Semak laporan tindakan pembetulan yang diambil oleh pemegang lesen dari JKN/PKD/PKB/PKK.

PTM 1 hari bekerja

2.

Kemukakan laporan tindakan pembetulan kepada Panel Pelulus.

PTM 1 hari bekerja

3. Jika Panel Pelulus menyokong laporan, sediakan surat berikut untuk semakan Panel Pelulus: a) surat pelepasan penggantungan atau b) surat pembatalan lesen Jika Panel Pelulus tidak menyokong laporan, maklumkan kepada JKN/PKD/PKB/PKK untuk tindakan selanjutnya.

PTM 1 hari bekerja

4. Kemukakan surat pelepasan penggantungan / pembatalan lesen untuk semakan Panel Pelulus.

PTM 3 hari bekerja

5.

Kemukakan surat pelepasan penggantungan / pembatalan lesen untuk kelulusan TKPK (KA).

PTM

Bergantung kepada

TKPK (KA)

6.

Edarkan surat pelepasan penggantungan / pembatalan lesen kepada pemegang lesen dan salinan kepada JKN dan PKD/PKB/PKK. Sekiranya TKPK (KA) bersetuju bagi cadangan pembatalan lesen, lesen asal hendaklah ditarikbalik oleh JKN/PKD/PKB/PKK.

PTM

1 hari bekerja

Page 22: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

21

9. SENARAI BORANG/LAMPIRAN

Bil. Perkara Kod Borang/

Lampiran

i) Senarai Semak Permohonan Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Tujuan Perdagangan Atau Perniagaan

MJA-1/17

ii) Borang Verifikasi Mesin Jual Air

MJA-2/17

iii) Borang Permintaan Tindakan Pembetulan

MJA-3/17

iv) Laporan Perlanggaran Syarat-Syarat Pemegang Lesen MJA (bagi perlanggaran syarat pemegang lesen)

MJA-4/17

v) Laporan Perlanggaran Pensampelan Pemantauan / Pembaharuan Lesen (bagi perlanggaran sampel)

MJA-5/17

vi) Cetakan Borang Permohonan Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air Bagi Tujuan Perdagangan Atau Perniagaan

Dicetak secara atas talian

vii) Cetakan Laporan Akhir Verifikasi Mesin Jual Air Dicetak secara atas talian

viii) Contoh Surat Makluman Verifikasi Mesin Jual Air

Lampiran 1

ix) Contoh Format Surat Iringan Dokumen Kelulusan

Lampiran 2

x) Contoh Format Surat Iringan Lesen

Lampiran 3

xi) Contoh Sijil Lesen

Lampiran 4

xii) Syarat-syarat Pemegang Lesen

Lampiran 5

10. RUJUKAN

i) Akta Makanan 1983

ii) Peraturan-Peraturan Makanan 1985

iii) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

iv) Prosedur Kerja Penguatkuasaan

Page 23: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

22

PENGHARGAAN Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan (PKKM) ingin mengucapkan setinggi-

tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penyediaan prosedur ini.

Penaung

En. Mohd Salim bin Dulatti

Penasihat

Tn. Hj. Mohd Khairuddin bin Mohd Talib

Ketua Editor

En. Shanmugam Supramanium

Ahli

Pn. Afaf Ruhi bt Abdul Fattah

En. Mohd Shahrulnizam bin Mah Hassan

En. Azman bin Abdul Rahman

Pn. Siti Syahraini binti Mahamed Rusdi

Turut Menyumbang:

Pn. Juhara bt Lapilte Pn. Zahidatul Farihah bt Zakaria

Pn. Noraisyah bt Ali

En. Nik Li bin Nik Mustapha

En. Muhammad Rafidi bin Ramli

Cik Siti Nur Amirah bt Azuddin

Pn. Chang Siew Yee

Page 24: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Lesen Penyediaan Ais …fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/03/Prosedur-Pengeluaran... · 1 hari CAR, ianya perlu ditutup dalam tempoh enam bekerja

Prosedur Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air 2017

23

DIKELUARKAN OLEH:

PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

ARAS 4, MENARA PRISMA, NO. 26, JALAN PERSIARAN PERDANA, PRESINT 3,

62675 PUTRAJAYA, W.P. PUTRAJAYA.

NO. TEL: 03-8885 0797 NO. FAKS: 03-8885 0798

http://fsq.moh.gov.my