[sistem ais]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · user 12...

30
USER 1 PERTANDINGAN INOVASI JPS MALAYSIA 2015 2015 KUMPULAN GELOMBANG EMAS | JPS NEGERI PERLIS USER [SISTEM AIS] SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

Upload: vulien

Post on 11-Jul-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

USER 1

PERTANDINGAN INOVASI JPS MALAYSIA 2015

2015

KUMPULAN

GELOMBANG EMAS

| JPS NEGERI PERLIS

USER

[SISTEM AIS] SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU

MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

Page 2: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 2

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

A. RINGKASAN EKSEKUTIF 3

B. PENGENALAN

C. INOVASI

4

5

i. Pernyataan Masalah 5

ii. Tujuan 8

iii. Konsep Sistem

iv. Proses Perlaksanaan

v. Implikasi Kewangan

10

11

19

vi. Impak Inovasi 25

a) Elemen Kreativiti 25

b) Elemen Keberkesanan

c) Elemen Signifikan

26

27

d) Elemen Replicability

e) Elemen Relevan

f) Inovasi/Paten

28

28

29

D. PENUTUP 30

Page 3: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 3

A. RINGKASAN EKSEKUTIF

Antara punca banjir adalah kemampuan aset Jabatan berfungsi

dengan sebaiknya iaitu dalam mengalirkan air dan menyampaikan

data lapangan. Justeru, satu sistem untuk meningkatkan tahap siaga,

memudahkan kerjasama dan bertindak sepanjang masa dan

keadaan melalui sistem interaktif dan lengkap dikenali sebagai Sistem

Ais dibangunkan. Sistem membolehkan paparan on-line di mana-

mana lokasi secara terus melalui aplikasi mudah alih dan

pengkomputeran sediada. Gabungan 2 sistem iaitu sistem aset yang

fokus kepada aset-aset yang terlibat dalam pengurusan sumber air

dalam menghadapi banjir, krisis sumber air semasa kemarau dan

memenuhi keperluan air domestik dan pengairan dengan aset

dipecahkan kepada did_id dan did_ids dan sistem idra yang

membentuk Sistem Ais (Aset dan Idra Sistem). Indeks Prestasi Pekerja,

WPI juga diperkenalkan. Dalam kata lain bukan sahaja maklumat aset

dan tindakan (termasuk kerja-kerja penyelenggaraan dan

pembangunan asset) di hujung jari dipaparkan. Hasilnya, pengurusan

sumber air yang mapan secara strategik dalam masa, kos dan

kakitangan yang effisien dan optimum mampu mengurangkan

berlakunya banjir dan krisis bekalan air musim kemarau.

Page 4: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 4

B. PENGENALAN

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merupakan sebuah

jabatan yang bertanggungjawab dalam menguruskan

pembangunan infrastruktur dari segi sumber air iaitu lembangan

sungai, pantai dan saliran mesra alam. Selain itu, JPS juga memikul

tanggungjawab dalam bidang yang lain seperti hidrologi dan banjir.

Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut di negeri, JPS

Negeri Perlis melaksanakan perancangan dan pembangunan

sistem ramalan banjir dan kemarau, pengurusan data dan

maklumat hidrologi dan penilaian serta pengurusan sumber air

negari antaranya untuk tanaman dan keperluan petani yang lain.

Selain itu, JPS Negeri Perlis juga memainkan peranan dalam

pembangunan perancangan dan pengurusan program tebatan

banjir (antaranya melalui menguruskan dan mengawal selia

perlaksanaan program pengurusan air hujan di kawasan Bandar)

mengikut lembangan sungai. Perlaksanaan pembangunan dan

pengurusan zon pantai untuk mengurangkan hakisan pantai serta

masalah mendapan dimuara sungai turut menjadi tanggungjawab

JPS Negeri Perlis.

Secara rumusannya, 3 bidang teras yang menyokong visi dan

misi JPS tercapai iaitu;

Page 5: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 5

i. Hidrologi – aset yang menyukat hujan, aras air,

pemeluwapan, kualiti air agar aset hidraulik dapat

menyesuaikan dengan hujan dan gunatanah.

ii. Hidraulik – aset struktur yang dibina atau sediada seperti

sungai, saliran, pintu air, kolam

iii. Sumber air – aset bertujuan menakung dan menyimpan

air hujan seperti kolam, sungai dan empangan.

Maka, dengan gabungkan ketiga-tiga aset ini melalui pengkalan

data, ketahui kemampuan dan status integriti aset dan

kemampuan mengintegrasikan kesemua 3 aset, barulah

Pengurusan Sumber Air dapat dilaksanakan dalam lembangan

sungai. Ini bermakna sistem untuk aset dan sistem untuk tindakan

amat perlu.

Page 6: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 6

C. INOVASI

I. PERNYATAAN MASALAH

Antara punca kejadian banjir adalah aset Jabatan tidak

berfungsi sebagaimana direkabentuk pada masa dan keadaan

yang sepatutnya. Ditambah dengan kesukaran dan kelewatan

pihak pengurusan dan operator ibu bekalan dalam mendapatkan

maklumat dan status aset (penting bagi menjamin tahap siaga

Jabatan yang tinggi) termasuk tindakan dan kakitangan yang

dipertanggungjawabkan mengakibatkan kesukaran mencapai

pengurusan sumber air yang mampan. Aduan orang kampung dan

asset tidak berfungsi sebaiknya, contohnya kelewatan dalam

pengoperasian pintu air kerana terdapat alat rosak setiap kali

kejadian hujan dalam musim tengkujuh dan kemarau mahupun

bencana boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya banjir dan

skim pengairan tidak mendapat air yang mencukupi untuk dua

musim.

Page 7: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 7

Rajah 1: Peta Kawasan Banjir pada 1-8 November 2010

Sumber: IRBM Sg Perlis 2011

Keperluan memudahkan dan mempercepatkan pihak

pengurusan dan operator ibu bekalan dalam mendapatkan

maklumat dan status aset termasuk tindakan dan kakitangan yang

dipertanggungjawabkan dalam mencapai pengurusan sumber air

yang mampan berdasarkan;

i. Berbanding keluasan negeri atau daerah lain, di Perlis

terdapat struktur yang bernilai lebih 2 bilion iaitu

empangan seluas kira-kira 13km persegi, lencongan

banjir sepanjang kira-kira 30km, kolam takungan banjir

dan pengairan melebihi 20 buah, pantai yang panjang

lebih 10km dan lebih dari 120 buah struktur pintu air. Jika

digabungkan, operasinya kompleks dan unik.

Page 8: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 8

ii. Bagi pintu air contohnya, dikawal oleh kira-kira 20 ke 30

orang kakitangan. Setiap 1 lokasi perlukan 30-60min

(mengikut bilangan dan saiz pintu) untuk dibuka

sepenuhnya. Jika berlaku hujan, pintu air lambat dibuka

kerana setiap orang jaga 4 ke 5 pintu, maka sukar

beroperasi serentak. Begitu juga kesukaran dalam

mengawal struktur-struktur yang lain.

iii. Iklim Perlis yang unik dan berbeza dari negeri lain. Hujan

setiap kali musim tengkujuh (Sep-Dis) anggaran 200-

300mm. Namun sungai dan saliran pengairan sediada

tidak mampu tampung dan alirkan serentak.

iv. Bagi musim kemarau (Jan-April) anggaran 50-100mm, air

tidak mencukupi untuk semua kawasan pengairan. Perlu

takungan air hujan dibuat sebanyak mungkin pada

kejadian hujan terakhir. Persoalannya bila, lokasi pintu air

di mana dan bagaimana. Namun, jika aset-aset ini

menghadapi masalah, masalah lebih serius akan berlaku.

Maka, perlu sistem asset dan tindakan untuk pengurusan

sumber air secara bersepadu. Jika tidak, boleh akibatkan banjir

dengan kerugian kira-kira RM 100 Juta setahun (RM 5 Juta

kerosakan infrastruktur JPS, RM 20 juta kawasan pengairan, RM

25 Juta kerosakan infrastruktur Jabatan lain, RM 50 juta peniaga

Page 9: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 9

dan penduduk/penempatan). Di samping itu, contohnya bagi

asset pengairan yang tidak beroperasi dengan baik, dengan

keluasan kawasan pengairan 7000ha dan pendapatan RM 2

ribu/ha, kerugian boleh mencapai RM 20-28 Juta setahun

(setahun ada 2 musim pengiran).

Page 10: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 10

II. TUJUAN

Kesukaran dan kelewatan pihak pengurusan dan operator ibu

bekalan dalam mendapatkan maklumat dan status aset terkini

termasuk tindakan dan kakitangan yang dipertanggungjawabkan

dalam mencapai pengurusan sumber air yang mampan.

Kesukaran dan kelewatan ini menyebabkan kemungkinan

berlakunya banjir dan skim pengairan tidak mendapat air yang

mencukupi untuk dua musim.

Untuk membantu menangani masalah ini, satu sistem yang

lebih sistematik dan bersepadu iaitu Sistem Ais telah dibangunkan

dengan menggunakan perisian dan aplikasi sediaada seperti

sistem MySpata, 1Speks dan sistem-sistem yang berkaitan. Fokus

kepada aset-aset yang terlibat dalam pengurusan sumber air

dalam menghadapi banjir, krisis sumber air semasa kemarau dan

memenuhi keperluan air domestik dan pengairan. Aset berkait

langsung dengan Jabatan dipecahkan kepada 2 kumpulan id

aset iaitu did_id (asset tidak alih selain saliran termasuk struktur

seperti stesen hidrologi termasuk aset sumber manusia iaitu

kakitangan) dan did_ids (asset berkaitan saliran seperti pintu air,

outlet struktur, pantai, sungai, saliran bandar dan pengairan, kolam,

empangan dll).

Page 11: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 11

Objektif utama Sistem Ais untuk mengurangkan kesukaran dan

kelewatan pihak pengurusan dan operator ibu bekalan dalam

mendapatkan maklumat dan status aset terkini termasuk tindakan

dan kakitangan yang dipertanggungjawabkan dalam mencapai

pengurusan sumber air yang mampan dimana sungai, kolam dan

saliran termasuk sistem pengairan dapat menampung dan

mengalirkan air mengikut lembangan sungai serta penggunaan

sumber air yang menyeluruh. Perkara ini boleh membantu dalam

mencapai objektif jabatan di samping imej jabatan juga semakin

bertambah.

Page 12: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 12

III. PROSES PERLAKSANAAN

A. Sebelum Sistem AIS dibangunkan

Kerajaan telah membina banyak asset yang bernilai berbilion

ringgit. Meskipun telah dibangunkan Sistem MySpata, 1SPEKS dan

beberapa sistem lain oleh kerajaan, masih terdapat beberapa isu aset

seperti;

i. Apa dan berapa aset sediada sesuatu Jabatan terkini –

berapa cepat maklumat tersebut boleh disediakan

ii. Status semasa dan tarikh setiap aset dikemaskini – kualiti

data diyakini dimana sebaiknya on-line,

iii. keperluan dan justifikasi tindakan seperti

penyelenggaraan, naiktaraf mahupun tambahan seiring

keperluan semasa dan pembangunan Negara,

iv. Jabatan atau kakitangan yang dipertanggungjawabkan –

penilaian kepada kualiti kerja kakitangan dan Jabatan,

v. kemampuan aset Kerajaan dalam memberikan

perkhidmatan yang terbaik mengikut KPI Jabatan masing-

masing. Terdapat juga asset-aset ini perlu digunakan

serentak secara integrasi bila-bila masa diperlukan agar

objektif pemasangan aset-aset ini dimaksimumkan – jika

aset tidak dalam keadaan sebaiknya, masalah besar akan

timbul bila bencana datang.

Page 13: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 13

Susulan dari isu di atas, pengurusan aset masih dilaksanakan umpama

pengurusan sediada, dengan sistem sediakan lebih sebagai tujuan

penyelasan aset kerajaan, inventori, mendapatkan nilai semasa dan

beberapa tujuan lain, dan tidak boleh digabungkan dengan tindakan

di lapangan dalam berhadapan dengan senario banjir dan krisis

kemarau, dan menjustifikasi keperluan kerja-kerja tambahan dan

menaiktaraf aset. Kesannya;

i. status aset tidak dapat diketahui dengan segera, maka

beberapa menyuarat berulang perlu diwujudkan,

ii. siapa yang perlu dirujuk dan tindakan yang perlu diambil

mengikut jadual,

iii. laporan asset disediakan tidak selaras

iv. kakitangan yang dipertanggungjawabkan ada yang sudah

berubah kerana urusan perpindahan kerana sistem tidak terus

dikemaskini,

Dalam kata lain, TANPA menggunakan sistem khusus. Kesannya;

i. Bila berlaku atau menghadapi bencana, tiada atau tidak yakin

mana satu kakitangan atau aset yang boleh diambil tindakan

susulan,

ii. Kajiselidik lokasi, tarikh, masa, operasi dan kemampuan aset

sebelum, semasa dan selepas bencana dan krisis iklim sukar

dibuat,

Page 14: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 14

iii. Data, maklumat dan sistem dari setiap unit atau bahagian

dalam Jabatan banyak dan mudah diperolehi. Begitu juga dari

Jabatan lain. Namun, tiada sistem untuk gabungkan semua

data, maklumat dan sistem sediada secara bersama untuk

tindakan kerja bersama seperti NBOS.

iv. Tiada dokumen tindakan dan laporan berkaitan asset

didokumenkan untuk dikongsi atau dibuat penambahbaikan

pada masa depan (untuk makluman dokumen atau laporan ini

perlu kerana bentuk dan kadar hujan, keadaan sungai dan

guna tanah dan sop standard mungkin berbeza agar impak

banjir atau kemarau dikurangkan jika perlu ubah SOP),

v. Data analisis dan laporan berpusat tidak diwujudkan. Yang ada

hanya mengikut unit, bahagian atau kakitangan masing-masing

(masalah timbul bila kakitangan tiada di pejabat dan bersara

semasa maklumat diperlukan),

vi. Pembentangan maklumat asset kepada orang ramai dan

tindakan Jabatan lambat dan sukar dan kurang difahami.

Keperluan kepada sistem aset yang lengkap perlu berdasarkan

analisa lanjut juga dibuat, berdasarkan iklim Perlis unik dan berbeza

berbanding iklim negeri lain (sebab itu Pokok Harumanis hanya

berbuah di Perlis), aset bernilai tinggi yang berintegrasi antara satu

sama lain, contohnya bilangan pintu yang banyak (melebihi 120 buah

Page 15: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 15

pintu), kesan air pasang surut, sehingga ke Bandar Kangar iaitu kira-kira

1/3 Perlis.

B. Selepas sistem MySumberAir dibangunkan

Hasil analisa dan perbincangan bersama kumpulan, dengan

kemampuan, kekurangan dan usia kakitangan berpengalaman yang

kebanyakan melebihi 55 tahun, jika kakitangan terus diperkenalkan

dengan menggunakan sistem asset yang kompleks, isu berkaitan asset

ini lambat ditangani. Rajah berikut menunjukan proses pembangunan

Sistem Ais.

LANGKAH 1

Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

diselaraskan dengan semua unit/ bahagian. Hanya 2 format

dimukatamadkan iaitu format File Excell:………untuk paparkan

maklumat umum dan File Google Earth:… untuk tunjukan lokasi.

Page 16: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 16

LANGKAH 2

Dari borang penyelenggaraan asset (sediada) setiap bulan, wujudkan

diari kerja mengikut bulanan (yang dikenali sebagai duty rooster).

Page 17: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 17

Pentingnya duty rooster ini kerana paparan dapat menyatakan no

sebutharga atau no laporan, kerja-kerja penyelenggaraan dan

pembangunan yang perlu dilakukan berkaitan aset tersebut, perincian

kerja-kerja dipaparkan dalam fail Microsoft Project bagi setiap id asset,

dihyperlinkkan dengan no sebutharga atau no laporan seperti berikut:

Namun, perincian laporan dan sebutharga dalam sistem ESPKV dan

Smartrack sediada.

LANGKAH 3

Pada masa yang sama, bagi wujudkan pengkalan data mudah

dicapai dan diubah di lapangan, pembangunan moke-up dibuat oleh

Vendor (dalam kos kurang RM 20 ribu) HANYA bagi data Unit Hidrologi

bagi menguji kestabilan sistem yang akan dimajukan (kerana

keperluan peruntukan yang banyak. 2 format data di atas dan duty

rooster digabungkan. Kod QR_1 untuk maklumat asas aset dan QW_2

untuk masukan tindakan/ kerja yang perlu dibuat terhadap aset

tersebut diwujudkan. Laman web disediakan untuk mudah kemaskini

dan semak status aset.

Page 18: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 18

Page 19: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 19

LANGKAH 4

Berdasarkan senarai kerja dan duty rooster, masukan maklumat dalam

file Excell: Idra_calculation untuk membuat penilaian tindakan dan

kualiti kerja kakitangan terlibat. Indeks Prestasi Kerja, WPI

diperkenalkan. Hasil pengiraan boleh digunakan dalam Laporan

Penilaian Prestasi Tahuan, LNPT.

Page 20: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 20

LANGKAH 5

Setiap kali mesyuarat/ perbincangan berkait aset dan tindakan dalam

pengurusan sumber air, HANYA sediakan maklumat berikut;

Aset Status Tindakan Kualiti

Kerja

Catatan

Nama id QR_1 QR_2 Ok/Tidak

Nota: Jika QR code rosak, type no did_id atau did_ids yang berkenaan

Rajah 1: Langkah-langkah pembangunan Sistem Ais

Page 21: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 21

Nota:

• Static QR Codes

– The actual destination website URL/content is placed directly into the QR code and can’t be

modified.

• Dynamic QR Codes

– A short URL/content is placed into the QR code which then transparently re-directs the user to

the intended destination website URL, with the short URL redirection destination URL able to be

changed after the QR code has been created.

Rajah 2: Langkah-langkah penggunaan kod QR

Page 22: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 22

Secara umumnya, keistimewaan Sistem Ais adalah kerana;

i. Umpama sistem dashboard – cepat mengetahui semua

aset oleh pengurusan tertinggi untuk tindakan atur cepat

dengan telefon pintar

ii. Sistem yang lengkap dari gabungan sistem sediada

dengan baru, sistem asset yang perlu digunakan pada

masa itu (maksudnya mestilah on-line dan integrasi)

dengan sistem tindakan, idra system untuk menguruskan

sumber air. Gabungan kedua-dua system wujudkan SISTEM

AIS (Aset Idra Sistem)

iii. Sistem yang memaparkan jawapan kepada persoalan

asset yang sering ditanya semasa operasi dan bencana

iv. Paparan yang interaktif, mudah paham dan bukan setakat

kakitangan tetapi jabatan lain. Dalam kata lain, wujudnya

paparan yang mewujudkan komunikasi dan penyampaian

berkesan.

v. Tidak perlu scanners khas yang mahal dan disambung

dengan komputer. Hanya scan barcodes atau QR codes

guna aplikasi mudahalih.

vi. Ringkas dan mampumilik

Page 23: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 23

Dengan Sistem Ais, contohnya SOP pintu air lebih mudah

terutamanya semasa hujan, lebih-lebih lagi di waktu tengah malam

atau awal pagi. Sistem yang lebih efektif dan pada masa yang sama

sangat relevan untuk digunakan pada masa kini kerana semua

maklumat, sejarah dan status termasuk pelaporan aset termasuk

kakitangan asset yang dipertanggungjawabkan dapat dijejaki dan

dipantau di hujung jari menggunakan pengkalan data on-line.

Sistem ini merupakan gabungan in-house dan out-source.

Pengumpulan dan pembangunan templet bagi Sistem Aset

manakalan diari kerja dan pengiraan kualiti kerja bagi Sistem Idra oleh

kakitangan di pejabat dan di lapangan. Semua data, maklumat

dianalisis dan dipaparkan dengan perisian Microsoft Excell. Aplikasi

google earth dan templet mudah bagi tujuan data masukan dan

paparan lokasi dibangunkan secara out-source kerana melibat

pembangunan program.

Page 24: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 24

IV. IMPLIKASI KEWANGAN

Penjimatan kewangan bersandarkan kepada pengurangan masa

yang diperlukan dalam menyediakan laporan, mendapatkan status

aset dan tindakan kakitangan dalam masa yang singkat, iaitu

dianggarkan penjimatan 1 hari bekerja. Dengan andaian kos masa 1

orang kakitangan bersamaan RM 50 sehari, dengan 50 orang yang

gunakan sistem ini maka penjimatan RM 2500 sebulan. Ini bermakna

setahun RM 30,000.00.

Jika sistem ini dikembangkan di Jabatan atau organisasi lain,

kemungkinan boleh jimatkan berjuta ringgit kos masa bekerja.

Dibandingkan kos pembangunan HANYA RM 100 ribu untuk

pembangunan system, tidak termasuk kemasukan data dan tindakan.

Jika sistem tiada, kerugian banjir lebih teruk lagi.

Page 25: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 25

V. IMPAK INOVASI

a) Elemen Kreativiti

Masalah timbul akibat kelewatan mendapat maklumat

awal tentang asset dan kakitangan yang terlibat semasa operasi

pintu air dan ramalan SOP pintu empangan. Idea inovasi timbul

bila Unit Empangan dilengkapi dengan sistem masukan data alat

empangan semasa. Selain dari itu dapati sistem juga boleh

digabungkan dengan sistem MySumberAir, I-Diari dan e-Hadir.

Dengn beberapa gabungan dan penambahbaikan, idea inovasi

ini dapat membolehkan pemantauan asset secara terus dari

pelbagai lokasi dan data semasa termasuk kakitangan yang

terlibat tanpa membuka banyak aplikasi.

Sebenarnya, perumpamaan kepentingan Sistem Ais

umpamanya jantung. Dengan andaikan jantung adalah asset,

jika tersumbat dan tidak betul dijaga, satu badan bermasalah.

Begitu juga dengan asset Jabatan, jika mana-mana asset tidak

diketahui status dan kemampuannya dan siapa yang

dipertanggungjawabkan, bila hujan turun, asset tidak boleh

berfungsi contohnya pintu air tidak boleh dibuka dengan patuh

SOP, meningkatkan masalah dan kerugian akibat banjir berjuta

ringgit yang sering berlaku di Negeri Perlis, terutamanya

lembangan Sungai Arau berbanding tahun 2010.

Page 26: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 26

Rajah 5: Bandar Di Raja Arau banjir pada tahun 2010

b) Elemen Keberkesanan

Sistem AIS ini mampu untuk meningkatkan produktiviti dari

segi pengurusan dan pengoperasian aset kerana Sistem Aset

mempunyai ciri-ciri yang sangat relevan untuk digunakan pada

masa kini. Sistem ini mampu untuk mengintegrasikan semua aset

dari semua unit dalam Jabatan mahupun Jabatan lain (konsep

NBOS) meskipun wujud sistem data sediaada dengan

menggunakan perisian dan aplikasi sediaada. Hasilnya keputusan

dan analisis membantu memudahkan perancangan.

Melalui penggunaan AIS Sistem juga, masa mendapatkan

maklumat aset, membuat perancangan, analisis, keputusan dan

tindakan yang diambil melalui penggunaan sistem ini menjadi

lebih mudah dan cepat dan tepat. Ianya adalah asas penting

Page 27: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 27

dalam mengendalikan tindakan sebelum, semasa dan selepas

bencana. Kejayaan sistem adalah bagaimana semua aset dan

kakitangan berkerjasama memainkan peranan dalam kumpulan

pada masa dan lokasi yang ditetapkan seiring matlamat Jabatan

untuk peningkatan dan kerberkesanan kerja.

c) Elemen Signifikan

Kepelbagaian amalan dan analisis dapat dibuat lebih awal

agar SOP dan penggunaan asset dapat dilakukan dalam tempoh

masa yang lebih singkat berbanding dengan sistem sediaada

dan tepat. Dengan rutin harian kakitangan yang sentiasa

berurusan dengan asset yang memerlukan data-data dan status

semasa asset dan kakitangan dikemaskini, penting untuk

pengurusan aset bersepadu, sistem Ais menjadikan kerja lebih

mudah kerana sistem AIS adalah satu sistem yang lebih

bersepadu dan sistematik.

Penjimatan kos dari segi kos masa dan bilangan kakitangan

untuk kemaskini status maklumat, penyediaan laporan status dan

analisis bulanan, pemantauan asset-aset di lapangan melalui

aplikasi sediada di mana-mana lokasi dan keperluan segera,

namun perlukan kos lantikan Perunding yang minima kerana

sistem dibangunkan secara bersama (kos penyediaan konsep

dan pembangunan awalan dijimatkan).

Page 28: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 28

d) Elemen Replicability

Berdasarkan konsep Jambatan Tektikal dan Markas Medan,

semasa pembentangan samada di Bilik Gerakan Banjir atau di

Dewan Orang Ramai, keperluan kepada sistem yang bersepadu

dan ringkas yang digunakan membantu mempercepatkan

maklumat semasa disalurkan dan memudahkan rakyat,

antaranya apa tindakan yang sedang kerajaan ambil dan

gambaran situasi semasa di lapangan.

Sistem ini juga menggunakan perisian yang mudah dipelajari

agar memudahkan kajian ilmiah dijalankan. Ianya tidak terhad

kepada individu yang pakar sahaja untuk menggunapakai sistem

ini.

Sistem AIS juga merupakan sebuah sistem yang mesra

pelanggan dan mudah disebarluas kerana ianya praktikal dan

mudah untuk digunakan dengan pelbagai tujuan dan analisis

teknikal.

e) Elemen relevan

Berdasarkan kepada elemen keberkesanan dan signifikan

sistem AIS, seiring Dasar Sumber Air Negara dan Dasar Jaminan

Makanan Negara, sistem ini memang memberikan faedah yang

besar terutamanya kepada rakyat Perlis. Sistem ini juga dapat

disebarluaskan di JPS Negeri dan JPS Daerah bagi penyampaian

Page 29: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 29

maklumat secara terus kepada agensi berkaitan terutamanya

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Selain daripada itu, sistem ini dapat diintegrasikan dengan

system aplikasi on-line dan capaian sistem yang lain seperti

MySumberAir seiiring Pelan Tindakan Sumber Maklumat Jabatan.

Secara tidak langsung menyokong kewujudan dan mengukuhkan

hubungan antara bahagian atau unit asset di JPS Negeri dan

Bahagian.

Aduan berkurangan dan hasil produktiviti pertanian dan

peniagaan bertambah. Jika sistem ini tidak dibangunkan masalah

yang sering dihadapi semasa banjir dan kemarau berlaku

berpunca dari isu asset akan sentiasa berulang.

f) Inovasi / Paten

Sistem Ais adalah sistem yang melengkapkan komponen Sistem

Mysumberair iaitu MyAset dan MyISOP yang telah dipaten pada

20 Ogos 2015 dengan No. Pendaftaran PI 2015702752. Ini kerana

dalam komponen MyAset dan MyISOP lebih kepada lokasi, SOP

dan nama sesuatu aset. Maka, Sistem Ais dibangunkan lebih fokus

kepada status aset dan tindakan yang merangkumi memaparkan

iventori, status, pengurusan, penyelenggaraan dan

penambahbaikan aset yang perlu termasuk kakitangan yang

Page 30: [SISTEM AIS]s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2009-sistem-ais-sistem... · 2016-08-10 · USER 12 III. PROSES PERLAKSANAAN ... Semua data dari file Microsoft Excell dan Pelan Kejuruteraan

SISTEM PENGKALAN DATA DAN TINDAKAN ASET BERSEPADU MENGIKUT LEMBANGAN SUNGAI

USER 30

terlibat agar semua aset Jabatan dalam keadaan siapsiaga yang

tinggi.

VI. PENUTUP

Sistem AIS dilihat merupakan keperluan pada masa depan

kerana sistem ini merupakan platform paparan lengkap yang

dinantikan untuk diintegrasikan dengan data dan sistem sediada

dengan beberapa pengubahsuaian agar mudahkan kerjasama dan

bertindak. Sistem pemantauan dan tindakan yang berpotensi besar

untuk digunakan dengan lebih meluas dalam pengurusan sumber air

dan pengurusan bencana air dan juga ianya berada di landasan

yang tepat dan memenuhi KPI. Seiiring konsep berada dalam kelas

tersendiri, dengan penggunaan Sistem AIS, impak inovasi

membuktikan secara tidak langsung dapat membantu dalam usaha

mengurangkan banjir dengan penggunaan sistem yang lebih

sistematik dan berkesan pada kos, masa dan tenaga manusia yang

optimum dan relevan. Selain itu melalui penggunaan sistem ini, status

struktur, alat atau aset jabatan dapat dipantau secara berkala

dengan dapat mengetahui inventori, status, perancangan kerja dan

tindakan yang diperlukan. Secara tidak langsung, mewujudkan

fenomena semua kakitangan bekerjasama membantu menyalurkan

maklumat secara terus ke unit masing-masing secara mudah dan

cepat.