pengeluaran pertanian alternatif

129
PRT 2008 (Pertanian dan Manusia) _________________________________________________________________________________________________ PRT 2008 (PERTANIAN DAN MANUSIA) Tajuk Tugasan :Alternatif Agricultural Production (Non Conventional) Pengeluaran Pertanian Alternatif ( Bukan Konvensional) Pertanian di Malaysia Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun serta masih banyak bergantung kepada ekonomi dari aktiviti-aktiviti pertanian. Kedudukannya di kawasan hutan hujan tropika menerima hujan tahunan di bawah 3000 mm setahun yang turun lebih kurang 200 hari dalam setahun dan cahaya matahari yang diterima di dalam lingkungan 2200 jam membolehkan banyak jenis dan pelbagai atau variati tanaman tumbuh dan mengeluarkan hasil. Banyak kawasan yang belum dibangunkan dengan aktiviti pertanian, terutama di Sabah dan Sarawak. Statistik cuaca merupakan satu unsur penting apabila memilih jenis tanaman, perancangan melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan seperti menebang, membakar, dan menanam. Kefahaman jenis tanah, kecerunan dan penilaian kesesuaian tanah juga diperlukan. Di kawasan-kawasan yang bercerun tinggi seperti di Sabah dan Sarawak, pengairan adalah merupakan faktor yang perlu diambil kira berbanding dengan kawasan yang rata. Tanah-tanih yang berasid (pH4.0 hingga 4.5) dari jenis tanah laterait yang kandungan nutriennya adalah rendah, memerlukan pHnya ditingkatkan dengan penggunaan kapur dan tambahan baja yang tinggi bagi memastikan kadar pengeluaran hasil yang tinggi. Kebanyakan tanah-

Upload: yuzamri

Post on 07-Jun-2015

10.871 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Takrif 'pertanian alternatif' boleh dinyatakan sebagai kajian semula terhadap perkara yang tidak terdapat di dalam pertanian. Menurut Parr et.al. (1990) dan Schaller (1993) menghuraikan alternatif pertanian adalah satu anggapan umum terhadap liputan atau terma-terma spesifik seperti tanaman berinput rendah, dikendalikan secara biologi, penjanaan semula ekologi dan secara semula jadi

TRANSCRIPT

Page 1: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

PRT 2008 (PERTANIAN DAN MANUSIA)

Tajuk Tugasan :Alternatif Agricultural Production (Non Conventional)

Pengeluaran Pertanian Alternatif ( Bukan Konvensional)

Pertanian di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun serta masih banyak

bergantung kepada ekonomi dari aktiviti-aktiviti pertanian. Kedudukannya di kawasan

hutan hujan tropika menerima hujan tahunan di bawah 3000 mm setahun yang turun

lebih kurang 200 hari dalam setahun dan cahaya matahari yang diterima di dalam

lingkungan 2200 jam membolehkan banyak jenis dan pelbagai atau variati tanaman

tumbuh dan mengeluarkan hasil. Banyak kawasan yang belum dibangunkan dengan

aktiviti pertanian, terutama di Sabah dan Sarawak.

Statistik cuaca merupakan satu unsur penting apabila memilih jenis tanaman,

perancangan melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan seperti menebang,

membakar, dan menanam. Kefahaman jenis tanah, kecerunan dan penilaian kesesuaian

tanah juga diperlukan. Di kawasan-kawasan yang bercerun tinggi seperti di Sabah dan

Sarawak, pengairan adalah merupakan faktor yang perlu diambil kira berbanding

dengan kawasan yang rata. Tanah-tanih yang berasid (pH4.0 hingga 4.5) dari jenis

tanah laterait yang kandungan nutriennya adalah rendah, memerlukan pHnya

ditingkatkan dengan penggunaan kapur dan tambahan baja yang tinggi bagi

memastikan kadar pengeluaran hasil yang tinggi. Kebanyakan tanah-tanah jenis laterait

(oxisol) dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil. Kegagalan menghasilkan hasil yang

produktif selalu dialami oleh pekebun-pekebun kecil.

Terdapat 4 jenis tanaman yang kebiasaan sesuai di kawasan-kawasan yang

kesuburan yang rendah iaitu getah, kelapa, kelapa sawit, dan koko. Tanaman -tanaman

ini dijalankan dalam bentuk estet. Harga-harga komoditi pertanian ini bergantung

kepada pengeluaran sedunia dan ianya berkait rapat dengan perubahan iklim.

Page 2: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

1.0 Definisi Pertanian.

Menurut C.R.W Spedding (1994), pertanian ialah suatu aktiviti (manusia) yang

dijalankan terutama untuk menghasilkan makanan dan gentian (bahan api, serta bahan-

bahan lain) melalui kegunaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan secara terkawal dan

berhati-hati. Justeru itu, pertanian adalah suatu aktiviti ekonomi yang sangat penting

walaupun keluarannya tidak dinyatakan dalam istilah kewangan.

1.1 Pertanian Alternatif

Takrif 'pertanian alternatif' boleh dinyatakan sebagai kajian semula terhadap

perkara yang tidak terdapat di dalam pertanian. Menurut Parr et.al. (1990) dan Schaller

(1993) menghuraikan alternatif pertanian adalah satu anggapan umum terhadap liputan

atau terma-terma spesifik seperti tanaman berinput rendah, dikendalikan secara biologi,

penjanaan semula ekologi dan secara semula jadi. Pertanian yang serupa alternatif

dilihat oleh Beus dan Dunlap (1990) sebagai mengurung tertentu nilai-nilai utama, yang

lebih penting kemerdekaan, desentralisasi, masyarakat, harmoni dengan alam,

kepelbagaian dan penahan. Majlis Penyelidikan Negara (1989) menyatakan pertanian

alternatif sebagai satu pendekatan sistem untuk pertanian yang menggabungkan

pengetahuan pusingan semula jadi terhadap ladang-ladang. Pendekatan sistem ini

adalah ditakrifkan seperti 'wholism' oleh Harwood (1990) dimana sistem-sistem semula

jadi yang mesti bertindak sebagai suatu model dalam pembangunan pertanian alternatif

dan teknologi-teknologi yang begitu konvensional sepatutnya diperbadankan menjadi

alternatif kepada sistem-sistem pertanian yang mana sesuai (contoh-contohnya

memperbaiki kepelbagaian hasil dan nutrien tanah dengan teknologi dan ujian).

Sementara itu, secara tidak khususnya Pretty (1995) mendefinisikan pertanian alternatif

bukan konvensional sebagai merujuk kepada pertanian denganterhadap

penggunaannya yang lebih besar menggunakan sumber tempatan dan ilmu tempatan.

Amalan-amalan pertanian alternatif didefinisikan pula oleh Bendari (1991) sebagai

hubungan-hubungan biologi yang berlaku terhadap muka bumi.

Secara kritikalnya takrifan pertanian alternatif merupakan pengiktirafan antara

hubungan-hubungan sosio kebudayaan, aspek-aspek yang menguntungkan dan ekologi

dalam pengeluaran hasilan ladang. Sebuah sistem pertanian yang alternatif

menyediakan sosioekonomi dan faedah-faedah ekologi dalam soal menambah sikap

berdikari (pengeluaran makanan membolehkan petani untuk berpisah daripada kitaran

Page 3: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

hutang yang tercipta akibat kos besar terhadap ladang dan penggunaan input-input),

menyediakan makanan seimbang untuk keluarga petani,pendapatan yang mencukupi,

dan satu penambahbaikan dalam alam semulajadi ladang. Kepentingan sistem itu

adalah persekitaran yang mampan dan pada masa yang sama menyediakan petani

dengan satu gaya hidup yang memuaskan.

2.0 Kepentingan Pertanian Dalam Pengeluaran Makanan.

Pertanian dalam kehidupan manusia telah bermula sejak dari Nabi Adam lagi.

Pertanian menjadi nadi kepada kehidupan manusia dengan membekalkan makanan dan

mengekalkan sistem alam sekitar yang wujud di dunia ini. Kepentingan pertanian tidak

boleh digantikan dengan kecanggihan bidang lain. Kepentingan bahan makanan bukan

sahaja terhad untuk memenuhi keperluan individu tetapi turut menentukan tamadun

sesebuah negara. Pada masa ini, terdapat arah aliran yang menunjukkan peningkatan

pengeluaran makanan yang dihasilkan melalui kemajuan teknologi di beberapa buah

negara didunia. Misalnya seperti Thailand dan Jepun. Pengeluaran hasil tanaman

berlaku selari dengan penggunaan input yang tinggi

3.0 Jenis-jenis Pertanian Alternatif Terhadap Pengeluaran Pertanian.

Antara pengeluaran pertanian alternatif adalah seperti berikut:-

3.1. Sistem Penanaman Secara Fertigasi

Industri sayur-sayuran di Malaysia menjadi sumber pendapatan yang penting

di dalam sektor pertanian.Pengeluaran sayuran samada sayuran berdaun dan sayuran

berbuah masih belum cukup untuk menampung keperluan domestik.Pengunaan sistem

fertigasi adalah alternatif utama bagi menampung keperluan ini.Di atas keperluan

maklumat dibidang teknologi pertanian masakini dan khususnya Teknologi Penanaman

Secara Fertigasi, pihak kami mengorak langkah kehadapan bagi transformasi teknologi

pertanian dalam memajukan sektor pertanian.

Memodenkan aktiviti pertanian merupakan satu kaedah yang boleh

Page 4: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian . Kaedah Fertigasi adalah satu kaedah

alternatif yang baik dan berdaya maju.Pengurusan tanaman adalah aspek paling penting

dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman makanan khususnya penanaman

secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan

kemahiran yang cukup. Matlamat pengurusan tanaman ialah pengeluaran konsisten

dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan. Fertigasi

berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Ia merupakan adalah

cabang dari komponen chemigation. Boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman

di mana baja(dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem

pengairan.Dua asa utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem

pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah

penanaman. Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan dan

penggunaan kaedah ini masih rendah dan menjadi suatu kaedah atau teknologi yang

amat diperlukan pada masa akan datang. Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan

tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:

1) Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman

berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.

2) Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan

masalah penyakit.

3) Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.

4) Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.

5) Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.

6) Kualiti hasil yang lebih baik.

7) Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%

8) Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis

serangga diguna pakai.

9) Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.

Page 5: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

10) Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

3.2. Pakej Pengeluaran Vermikompos

Vermes adalah perkataan Latin untuk cacing. Vermikultur adalah proses

membiak cacing untuk penghasilan vermikompos.Vermikompos adalah bahan organik

hasil daripada proses atau aktiviti mikrobial dan cacing tanah ke atas bahan organic

mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrobial ke atas jerami padi yang baru dituai,

contohnya menyebabkan berlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan ini

tamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai vermicast

atau tahi cacing dan yang sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi

kompos.Vermikompos ini adalah lebih baik daripada kompos kerana, selain daripada

faedah yang terdapat pada kompos dalam pertumbuhan pokok, komponen vermicast

yang terdiri daripada aggregat-aggregat kecil dapat membaiki struktur tanah.

Vermicast ini mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh

bakteria yang terdapat dalam perut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok.

Vermicast juga mengandungi lebih banyak jenis dan populasi bakteria yang

berfaedah kepada pertumbuhan pokok.

Cacing Kompos

Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposan dinamakan cacing

kompos. Cacing ini suka tinggal di dalam bahan organan yang separuh reput.Jenis-jenis

cacing tanah yang digunakan sebagai cacing kompos mempunyai ciri-ciri seperti

berikut:-

1. Suka memakan lapisan atas.

Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti di plot

penghasilan vermikompos di mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas binca

setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini juga memudahkan kerja-kerja

mengasingkan cacing dan vermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutip

hasil.

2. Selera makan yang tajam

Cacing kompos makan mengikut berat badannya. Contohnya, purata berat cacing ialah

4 gm seekor, jadi, jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm seekor

Page 6: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih kerap selepas sebulan cacing

dilepaskan di dalam plot penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakan

telah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa. Dengan ini, kita perlu

pastikan makanan asas yang digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk

digunakan.

3. Membiak dengan cepat

Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan cepat. Sepasang cacing kompos

boleh bertelur 50 biji kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-3 ekor

anak cacing.

4. Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripada beberapa spesis seperti

berikut:-

. Lumbricus rubellus (Cacing merah)

. Eisenia fetida (Cacing harimau)

. Perionyx excavatus (Cacing biru)

. Cacing kompos jenis Harimau, Eisenia fetida

Penyediaan Tapak Pembiakan

1. Penyediaan Bekas Cacing

Cacing kompos boleh dibiak dalam bekas. Bekas yang digunakan hendaklah cetek dan

dilengkapi dengan lubang untuk peredaran udara dan penyaliran air siraman. Ia boleh

diperbuat daripada kayu, plastik atau bahan-bahan lain yang bersesuaian. Bekas yang

telah siap dimasukkan cacing perlulah diletakkan di tempat yang teduh.

2. Kotak cacing diperbuat daripada kayu

3. Kotak cacing diperbuat daripada polistirena

4. Penyediaan Bangsal Cacing

Untuk pengeluaran vermikompos secara komersial bangsal atau rumah cacing dengan

palung-palungnya perlu disedakan. Tujuan pembinaan bangsal dan palung-palungnya

adalah untuk melindungi cacing daripada cahaya matahari dan hujan serta

menyelamatkan dari serangan musuh .

Bangsal cacing

1. Palung cacing

Palung cacing berukuran 8’ x 3’ boleh diperbuat daripada kayu atau bata dengan dasar

konkrit yang mencondong 80 darjah bertujuan untuk saliran air supaya tidak bertakung

Page 7: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

dalam palung semasa kerja-kerja penyiraman dijalankan. Biasanya air lebihan ini yang

dikenali sebagai asid humik boleh ditakungkan dalam tong dan digunakan sebagai baja

pada tanaman sayur-sayuran.

Sistem ini adalah merupakan sistem kekal di mana proses pengeluaran vermikompos

boleh dilakukan semula setiap kali kompos dikutip.

Kerja-kerja membuat palung cacing dengan bata dan konkrit

2. Binca cacing

Binca cacing adalah jerami tempat tinggal cacing. Binca ini juga sebagai makanan

cacing. Binca yang sesuai adalah bahan organik yang gembur yang boleh menyimpan

air dan udara. Ia juga hendaklah membolehkan air siraman mengalir dengan baik.

Binca-binca ini hendaklah diproses terlebih dehulu supaya ia telah melepasi peringkat

kepanasan dan permentasi.

Penyediaan Bahan Binca

Bahan binca yang sesuai untuk cacing kompos dalam proses penghasilan vermikompos

termasuk :-

- Jerami padi

- Batang jagung

- Baja kandang

- Carikan Kertas dan Peat Moss

Jerami padi

Kerja-kerja pengumpulan dijalankan selepas padi dituai dengan menggunakan baler

supaya jerami dapat disimpan dengan banyak serta dapat menampung sehingga musim

menuai akan datang. Penyediaan tempat merendam jerami seperti polytank diperlukan

untuk proses mereputkan jerami . Pastikan tempat merendam jerami tidak terdiri

daripada bekas-bekas yang boleh berkarat.

Air perlu diisi ke dalam tangki dan selepas itu jerami dimasukkan ke dalam tangki

tersebut.

Jangkamasa merendam jerami bergantung kepada kereputan jerami tersebut. Jika

jerami yang direndam terdiri daripada jerami yang baru diambil dari ladang, jangkamasa

merendam untuk proses asas sebelum melepaskan cacing adalah lebih panjang iaitu

sehingga 10-14 hari tetapi jika jerami yang direndam itu adalah jerami dari stok lama di

mana keadaan jerami telah sedikit reput jangkama merendam ialah 7-10 minggu.

Jerami perlu kerap ditekan-tekan dan dipusingkan supaya kereputannya sekata. Jerami

Page 8: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

yang hendak dimasukkan ke dalam plot penghasilan vermikompos perlu disejatkan

terlebih dahulu ke dalam raga.

Untuk bekas cacing jerami padi yang telah diredam hendaklah disejatkan dan diperam

terlebih dahulu supaya ia melepasi peringkat kepanasan dan permentasi.

Pengeluaran Vermikompos

Penyediaan bahan makanan

Sisa bahan pertanian perlulah dipotong kecil-kecil dan direndam sekurang-kurangnya 24

jam dan reputkan terlebih dahulu bergantung kepada jenis bahan tersebut.

Baja kandang seperti tahi lembu atau tahi kambing boleh dicampur dengan sisa bahan

pertanian bagi

mempercepatkan proses penghasilan vermikompos. Ia juga dapat menambah kuantiti

dan kualiti vermikompos. Sekiranya baja kandang digunakan ianya juga perlu diperam 2

– 3 hari sebelum digunakan.

Pelepasan Cacing

Pelepasan cacing dalam palung

Bahan binca seperti jerami padi yang telah direndam perlulah diletakkan di atas lantai

konkrit dalam palung selama 1-2 minggu supaya keadaan jerami mendap daripada

ketebalan asal 6 inci kepada 3 inci.

Dalam masa 1-2 minggu, pastikan jerami yang diletakkan di atas konkrit tadi ditutup

dengan jaring plastik seperti tolinet supaya tidak cepat kering. Jika jerami kelihatan

kering, penyiraman perlu dilakukan.

Sekiranya baja kandang yang separuh reput digunakan sebagai bahan binca ia perlu

disiram dengan air secukup-cukupnya dan dibiarkan 24 jam untuk air sejat sebelum

cacing dilepaskan ke dalamnya.

Sebelum cacing dilepaskan, buatkan parit kecil di sepanjang tengah palung yang telah

tersedia bahan binca tadi. Masukkan sebanyak 1,500-2,000 ekor cacing dengan sedikit

vermikompos di sepanjang parit kecil yang dibuat supaya cacing yang dimasukkan akan

bergerak serata kawasan palung.

Setelah cacing dimasukkan, tutup semula parit kecil tadi dengan menarik semula binca

yang dikais untuk dijadikan parit kecil tadi.

Tahi lembu dimasukan ke dalam palung

Page 9: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Membuat parit kecil di sepanjang tengah palung

Cacing dilepaskan ke dalam parit kecil

Menutup semula parit kecil dengan binca seperti jerami padi atau potongan batang

jagung

Penutup Batas

Binca yang telah siap sedia dengan cacing perlulah ditutup dengan tolinet dan di

atasnya diletakkan daun-daun kelapa untuk memelihara kelembapan dan mengekalkan

suasana gelap yang disukai oleh cacing.

Selain daripada itu penutup-penutup ini juga dapat menghalang musuh-musuh seperti

tikus kasturi dan burung memasuk ke dalam palung memakan cacing.

Penutup ini juga dapat menghalang kumbang tanduk bertelur dan membiak dalam

palung.

Penutup batas. Binca yang telah siap sedia dengan cacing ditutup dengan tolinet dan di

atasnya diletakkan daun-daun kelapa.

Penjagaan

Menyiram

Bahan-bahan makanan dan binca yang disediakan untuk pengeluaran vermikompos

perlu disiram 1-3 kali seminggu bergantung kepada keadaan cuaca dan jenis makanan

dan binca yang digunakan.Menyiram dengan paip air

Menyiram ringan dan secara konsisten adalah kunci kepada pengomposan

menggunakan cacing. Jadi jadual penyiraman perlulah ditetapkan supaya waktu dan

hari menyiram tidak berubah-ubah.

Kelembapan batas cacing yang menggunakan bahan binca daripada baja kandang

haruslah dikekalkan pada 30 hingga 40 % manakala bahan binca yang lain iaitu sisa

ladang,kelembapan yang diperlukan adalah melebihi 40 %.

Cacing suka tinggal di binca yang lembap tetapi tidak basah. Cara mengenalpasti

kelembapan yang sesuai untuk cacing adalah dengan memerah bahan binca tersebut.

Sekiranya air perahan keluar setitik bermakna itulah kelembapan yang diperlukan tetapi

sekiranya air perahan tersebut mengalir berterusan bermakna bahan binca tersebut

terlalu lembap dan ia perlu disejatkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam

plot untuk makanan cacing.

Page 10: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Jadi, kerja-kerja penyiraman perlu dilakukan secara berhati-hati supaya kelembapan

yang dibekalkan tidaklah berlebihan dari yang diperlukan oleh cacing.

Memberi cacing makan

Pemberian makanan pada cacing haruslah dijalankan secara perlahan. Haruslah

dipastikan bahawa jumlah makanan yang diberi adalah bersesuaian dengan jumlah

cacing yang ada. Ini adalah penting kerana jika makanan yang diberi terlalu berlebihan

ia akan memberi mudarat kepada cacing di mana makanan yang tidak dimakan oleh

cacing ini akan menjadi masam dan busuk. Dalam keadaan yang terlalu berlebihan juga

proses permentasi akan berlaku yang akan menaikkan suhu dalam bahan binca.

Proses pemberian makanan di atas perlu diambil berat untuk keselamatan cacing dan

tidak perlu risau tentang cacing yang kelaparan.

Bahan makanan juga perlulah ditabur dipermukaan binca dengan kadar yang nipis

supaya tidak berlaku proses permentasi.

Jika hanya jerami padi digunakan sebagai bahan makanan, baja kandang atau najis

haiwan seperti najis kuda, kambing, arnab, lembu dan lain-lain boleh ditabur di lapisan

atas yang melitupi keseluruhan jerami di dalam palung berkenaan. Ia bertujuan memberi

makanan tambahan kepada cacing di samping dapat menambah kandungan zat

makanan dalam vermikompos berkenaan.

Perlu sensitif pada kadar keperluan penambahan makanan supaya seimbang dengan

jumlah yang perlu untuk cacing. Pada prinsipnya populasi cacing yang padat

memerlukan pemberian makanan yang berat dan kerap

Biasanya setiap kali apabila sisa pertanian yang digunakan tadi telah nampak banyak

dimakan dan bertukar kepada vermikompos sisa pertanian yang disediakan terdahulu

sebagai makanan ditambah setebal tidak melebihi 100 sm.

Apabila populasi cacing bertambah penambahan makanan dilakukan lebih kerap

sehingga masa untuk mengutip hasil.

Sukatan suhu & pH

Tentukan suhu bahan binca dan makanan dalam palung atau kotak tidak melebihi 30°C.

Sekiranya melebihi 30°C siramkan air untuk menurunkan suhunya. pHnya juga perlu

disukat dan dijaga pada paras pH 6–7. Taburkan sedikit kapur sekiranya pH di bawah

6.0.

Page 11: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Penjagaan Dari Musuh / Perosak

Tempat pengeluaran dan pemeliharaan cacing perlulah dijaga dari dimasuki burung,

ayam, tikus kasturi dan juga semut. Binatang-binatang ini gemar memakan cacing.

Memungut hasil

Ciri-ciri kompos yang sesuai dikutip hasilnya

Hasil boleh dipungut 3–4 bulan sekali apabila bahan makanan yang diberikan kepada

cacing tadi telah berubah menjadi campuran tahi cacing dan kompos. Keadaan ini juga

bergantung pada banyaknya jumlah cacing yang ada dalam palung.

Vermikompos juga sesuai untuk dikutip apabila kandungan dalam palung/bekas telah

menyusut agak banyaknya. Binca dalam palung/bekas juga tidak berada dalam bentuk

asal lagi dan telah berubah menjadi warna coklat gelap.

Selain daripada itu keseluruhan bahan makanan yang digunakan juga telah bertukar

warna kepada coklat gelap dan kelihatan serupa tanah.

Kaedah memungut kompos

Sebelum vermikompos dipungut cacing-cacing perlulah dipisahkan terlebih dahulu.

Terdapat beberapa kaedah untuk memisahkan cacing sebelum memungut kompos.

Langkah pertama sebelum kerja memungut hasil ialah dengan berhenti memberi

makanan dan melaparkan cacing selama 1-2 minggu.

Semua aktiviti menyiram juga diberhentikan untuk memudahkan kerja-kerja

membungkus dan menimbang kompos tersebut dengan mudah dan tidak melekat serta

berada dalam keadaan tekstur yang halus dan menarik.

Kaedah memungut kompos yang disyorkan ialah :-

Kompos yang telah menjadi itu hendaklah dihimpunkan di sebelah bahagian palung

sahaja.

Sebelah bahagian plot tersebut akan kosong. Jadi, bahagian yang kosong akan

dimasukkan binca baru. Cacing akan berpindah ke dalam binca baru secara perlahan-

lahan. Biarkan proses ini berjalan sehingga 1-2 minggu dan selepas itu kompos tersebut

bolehlah dipungut . Kompos yang telah menjadi dihimpunkan di sebelah bahagian

palung .Binca baru dimasukan ke bahagian palung yang kosong

Pembungkusan

Vermikompos yang telah dipungut kemudiannya dimasukkan ke dalam beg-beg muatan

2 kilo sekiranya untuk dijual atau boleh dikumpul setempat untuk digunakan di ladang

Page 12: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

kemudiannya.

Ini adalah najis lembu yg akan digunakan utk 1kg vermikompos...tapi sebelun itu najis ini

harus direndam dahulu bagi meneutral kan dari ammonia,ubat cacing yg disuntik pada

lembu dan lain lagi, Bekas polisterine digunakan untuk ujikaji ini. Najis lembu yg masih

fresh harus direndam selama 2-3 hari..dan yg telah lama boleh direndam dalam 2-3 jam

sahaja..kemudian ia perlu ditus kan..sebelum di jadikan makanan cacing ini...bagi

penggunaan tahi kambing pula...ia juga cara yg sama..tetapi ia memerlukan kacar

campuran dengan habuk papan ...ini memerlukan nisbah 70-30...

Setelah bahan makanan tadi dimasukkan kedalam bekan polisterin..maka boleh lah

melepaskan cacing itu...bagi melihat kesesuaian makanan tersebut....harus

diingat...sekiranya cacing itu terus masuk ke dalam makanannya..maka makanan

tersebut sesuai untuknya..sekiranya dalam terpoh 5 minit masih tidah masuk kedalam

makanan tersebut...maka makanan tersebut tidak sesuai baginya...

Page 13: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Contoh cacing harimau tersebut

Cacing boleh menentukan jantina mereka sendiri bagi proses pembiakan..tapi ia tetap

memerlukan 2 ekor dalam proses pembiakan ini...bagi mengenal cacing dewasa...ia

mempunya bentuk seperti gelang dilehernya..itulah organ pembiakan mereka nanti...

3.3. Penternakan Kambing Boer

Ketika industri penternakan kambing di seluruh dunia mengarah kepada baka

kambing bermutu daripada Afrika Selatan iaitu Boer, Malaysia turut tidak terkecuali

menggerakkan pelbagai usaha bagi memastikan baka kambing itu berjaya dibiakkan di

negara ini. Di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang kemudiannya

menjalankan program menerusi agensi dan institusinya, projek penternakan kambing

Boer itu berjaya dijalankan secara sepenuhnya pada awal tahun 2000.

Setelah kira-kira tujuh tahun berlalu, usaha pembiakan baka kambing Boer itu boleh

dikatakan berjaya apabila sehingga kini terdapat kira-kira 1,000 orang penternak yang

mengusahakannya dengan jumlah ternakan sekitar 100,000 ekor. Bagaimanapun

jumlah itu sebenarnya masih jauh daripada sasaran kerajaan yang mahu melahirkan

Page 14: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

sekurang-kurangnya 3,000 orang penternak pada 2010 dengan keupayaan menternak

di antara 500 hingga 1,000 ekor kambing seorang.

Namun matlamat itu juga bukanlah sesuatu yang mustahil untuk melihat kepada

pelbagai strategi dan program yang telah dan akan dibangunkan oleh kementerian

menerusi agensi mereka termasuklah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH).

Antara kriteria pemilihan kambing Boer ialah:-

● Jurusan pedaging.

● Warna putih dan coklat di kawasan leher dan kepala.

● Baka asli dengan campuran kambing European, Angora dan Indian.

● Bertanduk pada jantan dan betina.

● Sangat popular masa kini.

● Berat jantan: 110 kilogram (kg) hingga 135kg.

● Berat betina: 90 kg hingga 100 kg.

● Beranak tiga kali dalam masa dua tahun.

● Cepat matang: biasanya enam bulan untuk jantan dan 10 hingga 12 bulan untuk

betina.

Jantan Betina

Besar dan berat badan

lebih 25 kg.

Sedang atau tidak

kurang 20 kg.

Kepala sederhana,

bertanduk atau tidak

bertanduk mata bersinar.

Panjang dan

sederhana.

Leher dan bahu tidak

panjang dan pejal. dan

sempit.

Leher jinjang, bahu

kecil dan sempit.

Dada bidang dan gempal. Sederhana.

Bahagian belakang lurus,

tegap, lebar dan berdaging

penuh.

Bahagian belakang

lurus, tegap, lebar dan

berdaging penuh. .

Kaki belakang tegap dan Kaki hadapan tegap

Page 15: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

kukuh kedua-dua selari

peha lebar dan besar.

dan kukuh kedua-dua

selari

Tapak kaki rata, boleh

berdiri tetap dan

melangkah dengan baik

kuku pendek

Ambing susu dan

puting susu.

Tabiat cergas serta gagah.

Sihat dan tidak

mempunyai penyakit

yang berjangkit.

Kesihatan sihat dan tidak

mempunyai penyakit yang

berjangkit.

Cergas serta subur.

KAEDAH PEMELIHARAAN

Pemilihan kawasan

● Mempunyai teduhan seperti pokok-pokok, serta pengedaran udara yang baik.

● Kawasan tinggi, tidak mudah banjir atau berair

● Jauh daripada kesibukan manusia atau kawasan perumahan.

● Keselamatan terjamin.

Sistem Pengurusan

● Sistem berkurung (insentif)

● Sistem separuh berkurung ( semi insentif )

● Sistem ragut lepas Sistem berkurung

● Kambing dikurung 24 jam

● Semua aktiviti dilakukan dalam kandang seperti makan, minum, rawatan kesihatan,

timbang, jualan dan pelbagai lagi aktiviti.

● Sistem yang digalakkan, mengelakkan masalah sosial, dan masalah kesihatan

ternakan dapat diatasi dengan mudah dan segera.

● Rumput dipotong dan diangkut ke kandang (Fodder)

● Rumput yang disyorkan adalah rumput Napier.

Page 16: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Kebaikan sistem insentif

● Mengatasi serangan cacing, kutu, dan menjauhi penyakit yang mudah berjangkit.

● Kos ubat yang kurang.

● Mengurangkan risiko dipatuk ular dan ternakan dicuri orang.

● Mengelakkan masalah sosial kepada penduduk sekitar. Kebaikan sistem semi intensif

● Najis dan air kencing ternakan menjadi baja pada tumbuhan utama.

● Mengurangkan kos meracun kerana rumput dan rumpai dimakan oleh ternakan.

● Menambahkan hasil.

● Penggunaan tanah yang optimum untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

Bertambat

● Cara tradisional.

● Ternakan ditambat di kawasan sekitar yang ada rumput.

● Jumlah ternakan yang sikit.

● Dibela untuk kegunaan sendiri. Keperluan kandang

● Memudahkan pengurusan

- Pengasingan ternakan mengikut kumpulan: Jantan, bunting, beranak, anak, sakit.

- Fidlot dan sebagainya.

● Keselamatan ternakan

- Ancaman anjing/binatang liar

- Kecurian.

● Aktiviti atau program khusus ternakan

- Rawatan

- Vaksinasi

- Pemberian ubat cacing/kutu

- Ketam, potong kuku

Pemilihan lokasi

● Mempunyai kemudahan pengangkutan (jalan) dan tidak jauh dari tempat bekalan

makanan atau pemasaran

● Tidak terlalu dekat dengan kawasan kediaman atau perumahan bagi mengelakkan

Page 17: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

gangguan ketenteraman awam

● Kawasan yang agak tinggi bagi mengelakkan kelembapan dan lecak serta

memudahkan kerja pemunggahan ternakan, makanan dengan menarah tanah pada

bahagian sesuai

● Elak gangguan kebisingan dan lalu lintas - jauh dari jalan raya yang sibuk.

Pelan kandang

Dua faktor perlu diambil kira:-

a. Keselesaan dan kesihatan ternakan.

b. Mudah dan murah diurus dari segi kerja dan kos

● Jika lebih daripada satu kandang akan didirikan, jarak antara dua bangunan

dicadangkan sekurang-kurangnya sama lebar dengan bangunan itu sendiri

Pemilihan jenis kandang

● lantai di atas tanah

● lantai atas

Lantai atas tanah

● Tanah ditambak pada bahagian dalam kandang supaya lebih tinggi daripada sekeliling

● Lantai dibuat cerun ke satu sisi untuk memudah pengaliran air

Lantai atas

● Lebih selesa - pengudaraan lebih baik, kurangkan jangkitan penyakit

● Ketinggian lantai (dari tanah): lima hingga enam kaki (1.2-1.4 m)

● Memudahkan kerja buang najis

● Jika terlalu rendah, terdedah kepada peruapan ammonia daripada kencing pada

waktu malam menyebabkan pneumonia

● Sesuai jika penternak mengamalkan penggunaan unggun api di bawah kandang.  

Page 18: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

 

Kambing-kambing tempatan dan kambing luar negara berkualiti

tinggi akan dikacukkan untuk menghasilkan kambing-kambing yang

sesuai dengan persekitaran penternakan negara.

Aspek penternakan termasuk kandang yang sesuai perlu diberi perhatian bagi

memastikan kambing yang dihasilkan bermutu tinggi.

3.4. Penanaman Secara Hidrofonik

 

"Kaedah penanaman hidrofonik telah mula diperkenalkan di negara ini. Kaedah ini tidak

memerlukan ruang tanah yang luas manakala mutu yang dihasilkan setanding dengan

kaedah penanaman biasa".

Penanaman ini mempunyai ciri-ciri:-

1. Jimat tanah.

2. Bersih

3. Mudah kendali, kos rendah.

4. Usaha individu.

5. Hutan disimpan.

Page 19: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Corak pertanian hidrofonik masih baru di Malaysia. Ia merupakan satu

kaedah penanaman tanpa menggunakan tanah kerana tanaman ditanam di atas rak-rak

manakala bahan-bahan keperluan dibekalkan oleh cecair yang diadun secara khas.

Sebenarnya, pertanian hidrofonik ini mempunyai potensi yang besar dari segi ekonomi.

Kaedah penanaman ini boleh membawa satu revolusi dalam pertanian di negara ini.

 

Kaedah penanaman hidrofonik patut diusahakan secara meluas

kerana kaedah ini membawa pelbagai kebaikan dan kemajuan. Pertama, cara pertanian

ini terbukti menjimatkan ruang. Jumlah tanaman yang dapat diusahakan menjadi berlipat

ganda dalam kawasan yang tidak begitu luas kerana rak-rak boleh dibina bertingkat-

tingkat. Ini membawa harapan kepada petani yang mempunyai jumlah tanah terhad.

Hasil tanaman mereka dijangka meningkat sekiranya pertanian jenis ini diusahakan.

 

Selain itu, kaedah tanaman ini juga merupakan satu kaedah pertanian

yang menjamin kebersihannya. Oleh sebab tanah tidak diperlukan, banyak penyakit

tumbuh-tumbuhan seperti penyakit akar dapat dielakkan. Dengan itu cara penanaman

ini menjanjikan satu kadar tumbesaran yang lebih cepat dan sihat. Pada masa yang

sama, mutu tanaman akan turut meningkat.

 

Di samping itu, corak pertanian hidrofonik mudah dikendalikan.

Penyiraman tanah tidak perlu dilakukan setiap hari. Air yang mengandungi pelbagai

nutrien hanya perlu ditambah apabila aras air pada rak-rak turun ke suatu tahap

tertentu. Kandungan nutrien dan zat-zat makanan lain dapat diadun dengan mudah

mengikut keperluan jenis tanaman yang ditanam dan ia boleh disalurkan kepada rak-rak

melalui paip. Pengemburan racun-racun serangga senang dijalankan dengan belanja

yang minimun kerana pembaziran dapat dikurangkan. Pendek kata, kos pengedalian

tapak tanaman akan dapat dikurangkan dengan pengenalan pertanian secara

hidrofonik.

 

Oleh sebab kaedah hidrofonik memerlukan ruang yang sedikit, rumah-

rumah khas dapat dibina. Tanam-tanaman hawa sederhana seperti daun salad dan

tomato dapat diusahakan di dalam rumah-rumah ini. Ini merupakan satu kemajuan satu

kemajuan dari segi pertanian yang boleh mengurangkan pergantungan kita kepada

import sayur-sayuran dari luar negeri. Selain itu, kaedah hidrofonik ini boleh dipraktikkan

juga oleh orang ramai bagi pelbagai jenis tanaman di halaman rumah. Dengan cara ini

Page 20: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

orang ramai boleh mendapat sebahagian daripada bekalan sayur-sayuran mereka

melalui usaha sendiri.

 

Walaupun Malaysia masih mempunyai kawasan tanah dan hutan yang

luas tetapi khazanah ini harus dipelihara.Dengan mempopularkan kaedah tanaman

hidrofonik, kawasan hutan tidak perlu ditebangkan secara keterlaluan untuk

menyediakan tanah pertanian. Langkah ini akan mengelakkan pencemaran dan

menjamin keharmonian sisten ekologi.

 

Kaedah pertanian hidrofonik menjanjikan harapan yang begitu tinggi.

Hasil pertanian negara, khasnya sayur- sayuran akan bertambah untuk menampung

penduduk dan seterusnya mengurangkan pengimportan sayur-sayuran dari luar negeri.

Bidang pertanian Malaysia akan memasuki satu era baru dengan bantuan kaedah

pertanian ini.

3.5. Pertanian Secara Teknologi Aeronopik

Saranan kerajaan agar sektor pertanian menumpukan kepada pengeluaran

makanan menjadi dorongan kepada Sime Darby, sebuah syarikat yang terkenal dengan

ladang-ladangnya yang luas, untuk beralih kepada pertanian intensif dalam bentuk

pengeluaran sayur-sayuran. Menerusi anak syarikatnya, Sime Aerogreen Technology

Sdn. Bhd. (Sime Aerogreen), ia telah berjaya mewujudkan satu kawasan penanaman

berteknologi tinggi di kawasan seluas lima hektar berhampiran Seremban. Ladang

terletak di sebelah Lebuh Raya Utara-Selatan itu mencatatkan sejarah tersendiri

sebagai ladang aeroponik pertama di Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan Sime Aerogreen, Abdul Shukor Nagor, ladang tersebut

sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang lebih menyamai sebuah kilang kerana ia tidak

menggunakan tanah, tidak berbau dan tidak bergantung kepada cuaca.

''Pengeluaran tanaman daripada ladang ini boleh dilakukan 365 hari setahun, dalam apa

jua cuaca, sama seperti sebuah kilang,'' katanya semasa memperkenalkan ladang itu

kepada sekumpulan wartawan baru-baru ini.Beliau berkata, peralihan kepada sektor

pengeluaran makanan merupakan satu tindakan strategik bagi kumpulan Sime Darby.

Page 21: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Projek tersebut, yang menumpu kepada penanaman sayuran iklim sederhana dan sub-

tropika, menelan belanja RM13 juta dan telah beroperasi pada Februari lalu.

Adalah diharapkan dengan adanya projek tersebut, import makanan negara yang kini

berjumlah RM800 juta dapat dikurangkan pada masa depan. Ladang ini dijangka

mampu mengeluarkan 400 tan metrik sayur-sayuran setahun.Sayur yang dipasarkan di

bawah jenama Sime Fresh itu kini boleh didapati di kira-kira 60 buah pasar raya di

sekitar Lembah Klang dan Seremban. Orang ramai juga boleh membeli sayur-sayuran

tersebut terus dari ladangnya yang terletak di Kilometer 4 Jalan Labu.Di samping rumah

hijau berautomasi, ladang itu juga mempunyai kawasan membersih dan membungkus,

kemudahan penyelidikan, bilik persidangan dan asrama kakitangan.

Menurut Abdul Shukor, antara keistimewaan sayur aeroponik ialah kandungan bahan

galian seperti kalsium, potasium, magnesium dan zat besi yang lebih tinggi daripada

sayuran biasa, tidak menggunakan sebarang pestisid, lebih segar dan tahan lebih lama

dalam simpanan, kurang pembaziran (semua bahagian sayuran itu boleh digunakan)

serta lebih sedap. Sayur iklim sederhana yang ditanam di situ ialah salad jenis Golden

Butterhead, Royal Romaine, Imperial Batavia dan Grand Lollo Rossa, manakala jenis

sayuran sub-tropika pula ialah Kai Lan Jepun, Sawi Shantong, Sawi Putih Emperor,

Sawi Putih Princess dan Sawi Putih Nai.

''Kami melihat kaedah ini berpotensi untuk berkembang, dan kami sedang mengkaji

kemungkinan untuk mengeksport sayur-sayuran ini serta memperluaskan kawasan

penanaman ke negara-negara yang tinggi kadar pengambilan sayur-sayuran atau ke

negara yang sumber airnya terhad,'' kata Abdul Shukor.

Selain sayur-sayuran hijau, bahagian penyelidikan syarikat tersebut juga sedang

mengkaji kaedah penanaman sayuran berbuah seperti tomato dan timun, serta herba

masakan secara aeroponik.

''Penanaman sayuran berbuah ini akan dibuat di bahagian atas ladang, yang bakal

dimajukan sebagai kawasan pelancongantani (agrotourism) menjelang akhir tahun ini,''

kata Pengarah Penyelidikan Sime Aerogreen, Joseph Tek Choon Yee.Beliau berkata

bahagian penyelidikan telah memperoleh 10 peratus daripada peruntukan modal ladang

untuk menjalankan kajian terhadap jenis sayur-sayuran yang sesuai dimajukan.Katanya,

penanaman herba masakan yang dibuat di bahagian penyelidikan bukanlah untuk

Page 22: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

pasaran besar kerana matlamatnya adalah pasaran herba basah, dan pada masa ini

'pasaran herba basah agak kecil di negara kita'.Antara herba masakan yang boleh

didapati di ladang ini ialah selasih (basil), oregano, dil, thyme dan lemon balm.

Menurut Joseph, sayur-sayuran yang ditanam secara aeroponik boleh dimakan terus

(tanpa dibasuh) kerana proses penanamannya bersih disebabkan ia terlindung daripada

hujan manakala semburan nutrien pula hanya terkena pada bahagian akar dan tidak

pada batang atau daun pokok.

Penanaman aeroponik adalah kaedah penanaman tanpa tanah yang dapat menjimatkan

penggunaan air. Berbeza dengan kaedah hidroponik yang memerlukan akar tanaman

terendam dalam nutrien, kaedah aeroponik memerlukan ruang udara antara akar pokok

dan paip yang menyemburkan nutrien dan air untuk melembapkan dan menyuburkan

pokok.Proses penanaman bermula dengan percambahan biji benih. Setelah dua hari di

dalam bilik percambahan, anak pokok itu dipindahkan ke tapak semaian dan dibiarkan

selama dua minggu sebelum diletakkan di atas palong di dalam rumah hijau. Di rumah

hijau itu, sayur-sayur berkenaan akan dibiarkan membesar sehingga sampai masa

untuk dituai.

Palong-palong di rumah hijau itu diperbuat daripada polistyrene untuk mengelak

penyerapan haba. Di bahagian tengah palong diletakkan paip yang mempunyai alat

semburan yang direka khas pada jarak yang tertentu.''Alat penyembur itu akan

menyemburkan nutrien dan air yang telah disejukkan ke bahagian akar tanaman pada

kekerapan tertentu. Ruang yang ada antara paip dan akar tumbuhan itu membolehkan

tanaman memperoleh oksigen secukupnya untuk pembesaran yang lebih cepat dan

sihat.

''Semburan air sejuk itu dapat 'menipu' tanaman sehingga membolehkan kita menanam

sayur iklim sederhana di kawasan rendah dan panas seperti di sini,'' kata

Joseph.Menurutnya, dua elemen penting dalam proses aeroponik ialah air dan bekalan

elektrik. Kaedah aeroponik merupakan kaedah yang paling menjimatkan air, iaitu

menggunakan kira-kira 10 peratus air yang digunakan dalam kaedah hidroponik.

Lebihan air semburan di palong akan dikumpulkan dan disalurkan kembali ke tempat

penyejuk untuk dikitar semula dalam proses semburan berikutnya.

Page 23: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

''Sistem aeroponik merupakan sistem penanaman paling efisien dari segi penggunaan

air. Pengaliran air dilakukan dalam satu aliran tertutup, dan ini bermakna, tidak ada

sebarang bahan cemar terlepas ke persekitaran,'' kata Joseph.Manakala tenaga elektrik

pula penting untuk menggerakkan alat penyejuk serta peralatan komputer canggih yang

digunakan untuk mengawal setiap peringkat proses penanaman itu. Kawalan komputer

ini memudahkan proses memantau parameter-parameter penting dalam proses

berkenaan.

Seperkara lagi unik mengenainya ialah tidak ada racun serangga digunakan dalam

proses penanaman itu. Menggunakan sistem Pengurusan Serangga Bersepadu (IPM),

ladang itu hanya meletakkan perangkap lekit, perangkap hormon dan perangkap lampu

sebagai kaedah tambahan untuk mengawal serangga yang sebahagian besarnya dapat

disingkirkan dengan adanya skrin halus di rumah hijau itu.''Kaedah penanaman ini

mempunyai hasil tuai yang lebih tinggi, lebih baik peluang untuk hidup dan paling jimat

menggunakan air,'' katanya.

Memandangkan segala proses penanaman dikawal komputer, ladang ini memerlukan

tenaga kerja minimum tetapi berpengetahuan tinggi, kata Pengurus Ladang, Lee Cheng

Yee.Cuma 15 pekerja termasuk lima di peringkat pengurusan, diperlukan untuk

melakukan kerja-kerja di kawasan ladang seluas 5 hektar ini. Panel kawalan akan

membunyikan alat penggera jika berlaku sebarang masalah dalam proses penanaman

itu dan tiga kakitangan, yang terdiri daripada seorang jurutera dan dua orang penyelia

yang tinggal dalam kawasan ladang, akan membuat pemeriksaan mengesan puncanya.

Konsep aeroponik ini telah dimajukan oleh seorang profesor di Singapura yang telah

mewujudkan ladang aeroponik pertama di Republik itu.''Di ladang ini, kami cuma

mengambil konsepnya manakala segala reka bentuk bangunan dan kawasan dilakukan

sendiri,'' ujar Lee.Pada masa ini ladang itu mampu mengeluarkan hasil antara 10 hingga

11 tan metrik sebulan, namun ia mampu menghasilkan kira-kira 1 tan metrik sehari.

3.6. Pembenihan ikan

Arowana

Page 24: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Ikan Arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat

popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa

sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan

pupus.

Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport

dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endargered Species of

Wild Fauna and Flora (CITES) .Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga turut

dijalankan secara komersial untuk tujuan eksport ke pasaran antarabangsa dan antara

agensi yang terbabit ialah Jabatan Perikanan.

Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos

di habitat asalnya. Arowana matang boleh membiak apabila mencapai umur empat

setengah atau lima tahun dengan berat di antara satu hingga dua kilogram. Semasa

proses mengawan, induk jantan dan betina akan berpasangan dan berenang beriringan

selama beberapa minggu namun proses mengawan hanya akan berlaku apabila

keadaan sesuai. Induk jantan akan melengkungkan badannya dan menghimpit badan

induk betina dan pada peringkat ini, telur dari induk betina akan keluar dan akan

disenyawakan oleh induk jantan. Telur akan dieram oleh ikan jantan selama dua bulan

sehingga anak yang dihasilkan boleh berenang bebas dan bersaiz kira-kira 6-7

sentimeter.

Ikan Arowana boleh membiak didalam kurungan secara semula jadi tanpa memerlukan

suntikan hormon aruhan pembiakan. Musim pembiakan di dalam kurungan tidak begitu

ketara kerana kurang dipengaruhi oleh persekitaran semula jadi. Namun, aspek

pemakanan perlu diberikan perhatian sebaik saja anak ikan mulai berenang

bersendirian walaupun masih terdapat sedikit yolk di bahagian bawah perutnya.

Kelewatan memberi makanan akan menyebabkan anak ikan mencederakan sesama

sendiri. Asuhan anak ikan diperlukan selama dua hingga tiga bulan sehingga anak ikan

Page 25: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

mencapai saiz 15-20 sentimeter dan sesuai dipasarkan. Bagaimanapun, eraman telur

oleh induk jantan secara kaedah pembiakan semula jadi di dalam kolam akan

mengurangkan kadar hidup anak Arowana. Justeru, kaedah terbaik bagi menjamin

peratusan hidup anak ikan yang tinggi ialah menerusi kaedah in vitro.

Pengeraman In-Vitro Menerusi kaedah ini, telur ikan yang sedang dieram oleh induk

jantan dan masih mempunyai yolk sac dikeluarkan secara manual dan diasuh di dalam

akuarium berukuran 90 x 45 x 45 sentimeter. Pengudaraan diberikan secukupnya

dengan suhu ditetapkan pada tahap di antara 27 hingga 28 darjah Celcius dengan

memasang pemanas elektrik. Kedalaman air adalah kira-kira 20 sentimeter dan melalui

kaedah ini kadar peratusan hidup anak ikan adalah tinggi berbanding kaedah eraman

semula jadi.

Arowana sesuai membiak dalam iklim khatulistiwa dengan suhu diantara 26 hingga 33

darjah Celsius. Bagi pembiakan dalam kolam, jenis tanah liat berpasir dengan

kandungan tanah liat 55 peratus hingga 60 peratus adalah amat sesuai. Bekalan air

diperlukan sepanjang tahun dari sumber semula jadi sama ada air bukit, sungai,

empangan dan tasik. Kualiti air yang diperlukan adalah seperti berikut:

Suhu air : 29 hingga 31 darjah Celcius

pH : 6.5-8.5

Oksigen terlarut : 5ppm

Alkaliniti : 60-100 ppm

CaCO3

Jumlah keliatan : 100ppm

Bacaan piring Secchi : 30 sentimeter

Ammonia : 1ppm

Aspek lain yang turut diberi perhatian dalam aktiviti penternakan ialah pembinaan dan

penyediaan kolam.

Antaranya:

Pemilihan Tapak

Tapak yang sesuai ialah kawasan yang tidak mengalami banjir, jauh dari kawasan

industri dan punca pencemaran, tiada persaingan aktiviti pertanian dan perindustrian

serta mempunyai prasarana yang lengkap.

Page 26: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Pembinaan kolam

Bentuk kolam yang sesuai ialah segi empat dengan nisbah kecerunan ban 2:1. Bagi

memudahkan pengurusan, keluasan kolam yang sesuai ialah di antara 0.2-0.4 hektar

dengan kedalaman air 0.75-1.2 meter. Dasar kolam hendaklah rata dan cerun ke arah

saluran air keluar. Pembinaan kolam takungan di antara 20 hingga 30 peratus dari

jumlah keseluruhan kolam adalah digalakkan bagi menjamin punca bekalan air yang

mencukupi dan proses rawatan air dilakukan jika perlu.

Pengapuran

Kolam yang dibina hendaklah dipastikan menepati parameter kualiti tanah dan air serta

sesuai bagi aktiviti ternakan. Pengapuran diperlukan jika keadaan tanah berasid dan

jenis-jenis kapur yang sesuai ialah kapur pertanian, kapur abu sejuk, kapur abu panas

dan dolomite.

Pembajaan

Baja organan dan bukan organan sesuai digunakan dan kepekatan nitrogen dan

fosforus yang sesuai ialah masing-masing 0.95ppm dan 0.15ppm. Terdapat beberapa

kaedah ternakan ikan Arowana yang dicadangkan antaranya ialah ternakan kolam

tanah.

Berikut adalah keperluan asas dalam melaksanakan sistem ternakan berkenaan.

Ternakan Induk

Untuk tujuan pembiakan, induk Arowana jantan dan betina diternak dalam kolam yang

telah disediakan terlebih dahulu dengan aspek sumber air semula jadi di beri perhatian

yang utama. Arowana jarang dijangkiti penyakit namun, pemerhatian perlu sentiasa

dilakukan supaya induk Arowana sentiasa sihat.

Taburan

Sebanyak 20 ekor induk berumur empat tahun dipelihara di dalam dua buah kolam

ternakan tanah bersaiz 0.2 hektar dengan nisbah jantina 1:1.

Pemakanan

Bagi induk ikan, makanan perlu diberi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang

dengan jenis makanan rumusan terapung yang mengandungi protein sebanyak 35

peratus atau makanan jenis hidup seperti cengkerik, anak ikan dan udang gantung.

Page 27: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Anak ikan yang telah berenang bebas dalam akuarium pula perlu diberi makan anak-

anak ikan jenis lain seperti Gambusia affinis yang bersaiz 1-2 cm. Pemerhatian berkala

ke atas ikan Arowana dewasa atau induk hendaklah dilaksanakan dengan menumpukan

kepada ciri-ciri proses Arowana mengawan dan dilakukan secara kaedah menangkap

menggunakan pukat. Telur yang sedang dieram oleh Arowana jantan hendaklah

dikeluarkan untuk eraman selanjutnya menggunakan kaedah in-vitro yang dijalankan

dalam tangki akuarium.

Pungutan Hasil

Bagi ternakan secara semula jadi, anak ikan perlu ditangkap apabila mula dilihat

berenang bebas dan disimpan di dalam tangki auarium dengan saiz bersesuaian. Bagi

kaedah in-vitro pula, anak ikan yang berenang bebas tanpa yolk sac perlu diasingkan

bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan lain dan diberi makanan hidup sehingga

mencapai saiz 5-7 cm sebelum dipasarkan.

Pasaran

Harga ikan meningkat berdasarkan saiz namun bagi pasaran tempatan, harga ikan

berbeza mengikut lokasi dan secara puratanya bagi ikan yang berkualiti di antara

RM250 hingga RM900 pada saiz 6-9 inci. Bagi pasaran eksport, syarikat atau individu

mestilah berdaftar dan memiliki Lesen Import dan Eksport SKKP Pin.91 yang

dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan juga Permit CITES.

Berdasarkan analisis LKIM, pelaburan ke atas projek ini agak besar yang mana kos bagi

memulakan ternakan Arowana di atas tanah seluas 0.25 hektar dianggarkan sebanyak

RM139,392 dengan kelengkapan paling minimum. Pulangan atau hasil pula hanya akan

diperoleh pada tahun keempat atau kelima namun bergantung kepada tahap baka induk

yang baik, pemakanan dan pengurusan. Nilai pasaran ikan Arowana juga dipengaruhi

oleh cita rasa peminat ikan tersebut namun ketika ini, permintaan serta harganya masih

tinggi terutama bagi pasaran antarabangsa. Secara umumnya ketika ini tidak ramai yang

mampu menceburi bidang pengeluaran benih ikan ini kerana modal permulaan dan

operasi yang agak tinggi termasuk mengambil masa yang agak lama untuk membiak

iaitu kebiasaannya pada umur lima tahun. Bagaimanapun, melihat kepada pasaran

semasa, aktiviti ini boleh dilaksanakan dan mendatangkan pulangan yang lumayan.

3.7. Penternakan Rumpai Laut

Page 28: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok

yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya boleh didapati

tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan. Kajian

saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan

dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi. Carrageenan, adalah produk yang

diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti farmasi,

kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan

letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati oleh

pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Jenis-jenis rumpai laut

Eucheuma Cottoni dan Echuema Spinosum adalah dua spesis rumpai laut yang lazim

ditanam pada masa kini. Perbezaan diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma

Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni

tidak.

Kriteria Pemilihan Kawasan

Kawasan yang mempunyai pengaliran air

perlahan supaya nutrien dibawa dan diganti

secara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut.

Tiada arus ombak angina kuat, kawasan batu

karang dan berpasir adalah yang paling sesuai.

Page 29: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Elakkan daripada muara sungai atau di mana terdapat percampuran air tawar.

Kemasinan air adalah antara 27-35 bahagian dalam seribu (ppt).

Suhu air hendaklah antara 25c – 30c. paras air mestilah tidak kurang daripada 0.15

meter dalam semasa surut dan 2 meter dalam semasa.

Dasar laut mestilah kuat supaya boleh menampung pemagaran/ pncang atat lain-lain

struktur binaan manusia di atasnya.

Lain-lain perkara yang perlu dipertimbangkan ialah kemudahan mendapat pekerja,

pengangkutan dan sistem komunikasi yang baik.

Kaedah Penanaman Laut

Tedapat 3 cara yang berlainan untuk menanam rumpai laut bergantung kepada

peruntukan kewangan dan keadaan sekeliling:

1. Penanaman secara panjang (staking) – Separa rakit

Cara ini sesuai di air yang cetek iaitu 0.5 meter.

Tali yang sesuai direntang antara dua pancang dan seterusnya benih rumpai laut

diikat ke tali yang direntang tadi.

2. Penanaman secara separuh terapung (semi floating)

Page 30: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter.

Mempunyai persamaan dengan cara di atas kecuali hujung tali diapungkan dengan

pelampung. Benih digntung tali di bawah paras air dan kedudukannya akan turun naik

mengikut pasang surut air

3. Penanaman secara Rakit (Raft Floating)

Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter

batang kayu yang boleh terapung atau 2 unit pelampung diikat ke sauh di dasar laut

supaya kedudukannya kukuh, seterusnya tali-tali diikat merentasi kedua-dua kayu /

pelampung dan akhirnya benih-benih diikat pada tali-tali tersebut.

3.8. Pemeliharaan ayam dengan reban mudah alih

Pada tahun lepas, terdapat 185.1 juta ekor unggas di negara ini dengan 9.2 juta

ekor (lima peratus) merupakan ayam kampung dan itik. Daripada jumlah tersebut, 75

peratus atau 6.9 juta dipelihara dengan cara sistem lepas bebas.

Page 31: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Modul reban mudah alih yang dicadangkan untuk Program Bumi Hijau

Sehubungan itu, satu inovasi telah dihasilkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH)

bagi memperkenalkan satu kaedah penternakan yang sistematik, selamat dan bersih. Ia

bukan sahaja boleh diusahakan oleh penduduk kampung tetapi juga bagi mereka yang

tinggal di tamantaman perumahan di bandar. Teknologi tersebut bertujuan mewujudkan

satu kaedah pemeliharaan ayam kampung saiz sederhana yang sistematik berasaskan

teknologi reban mudah alih.

Teknologi reban mudah alih ini yang antara pendekatan yang diperkenalkan bagi

membantu menjayakan Kempen Bumi Hijau iaitu bagi penternakan ayam kampung dan

burung puyuh. Sejumlah peruntukan akan disediakan bagi tujuan tersebut bagi menarik

lebih ramai penternak terutama di kawasan bandar Konsep reban ayam ini

diperkenalkan bagi mengelakkan jangkitan penyakit selesema burung Highly Pathogenic

Avian Influenza (HPAI), penyakit sampar ayam yang berpunca daripada ayam kampung

yang dipelihara secara bebas.

Dengan pengenalan konsep ini, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) akan memberi

pemahaman di peringkat negeri dan daerah menerusi kursus sehari iaitu penternak

yang berjaya menyertai program Bumi Hijau diberi penerangan oleh agensi terbabit.

Ciri-ciri reban mudah alih

Page 32: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

■Reban tersebut bersaiz tujuh kaki panjang, lebar lima kaki dan tinggi tiga kaki.

■ Dindingnya diperbuat daripada jaring, manakala bumbungnya boleh diangkat.

■ Reban ini mempunyai komponen-komponen asas antaranya pintu, tempat eraman,

bekas makanan, bekas minuman, tangki air, takungan tinja (najis) dan empat roda.

■ Pada masa ini, rangkanya dibina daripada besi dan dianggarkan berharga tidak lebih

RM3,000 satu set lengkap.

■ Bekalan 20 ekor anak ayam kampung iaitu 50 peratus jantan dan 50 peratus betina.

Peserta dicadangkan membuat pilihan pada umur 16 minggu untuk mengekalkan

sebanyak 1-2 ekor jantan.

■ Muatannya antara 20 dan 30 ekor ayam kampung berumur 15 minggu.

■ Antara satu dan dua ekor jantan dan empat atau lima ekor betina dan dipilih disimpan

untuk pembiakan seterusnya.

Kebaikan sistem

1. Memudahkan pengawalan penyakit dengan adanya sistem reban yang sistematik

2. Dapat menyumbang menjayakan program Bumi Hijau yang disarankan kerajaan

3. Tinja dapat dapat dikumpul dengan mudah dan dijual atau digunakan sebagai baja

organik

4. Sistem pemantauan dapat dijalankan dengan lebih mudah tepat dan berkesan

5. Ekonomi negara dapat ditingkatkan apabila wujudnya sistem kawalan penyakit yang

efektif.

6. Sistem ini secara tidak langsung akan mewujudkan keadaan yang selamat dan

keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara ini.

Cadangan pelaksanaan projek ternak ayam bagi progam Bumi Hijau

PerkaraKos Setiap

Peserta

Peruntukan yang

diperlukan

Jumlah anak ayam

kampung untuk 1,000

peserta

20 ekor 20,000 ekor

os reban mudah alih RM1,000 RM1,000,000

Page 33: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Kos anak ayam umur

1 hari @RM3/ekorRM60 RM60,000

Kos makanan ayam

100 beg (50kg) atau

RM60/beg

RM60 RM60,000

Bekas makanan dan

minuman@ RM80RM80 RM80,000

JUMLAH RM1,200 RM1.2 juta

3.9. Sistem Pertanian Fertigasi Sayuran

Teknologi fertigasi tidak memerlukan kawasan yang luas kerana tidak

menggunakan tanah. Amalan pertanian menggunakan teknologi fertigasi di negara ini

bermula sekitar awal tahun 90-an terutama di kawasan berhawa sederhana seperti di

Cameron Highlands. Sejak daripada itu, amalan ini kemudiannya terus dikembangkan

kepada jenis tanaman lain yang didapati sesuai dan mampu mengeluarkan hasil yang

lebih bermutu sama ada di bawah kendalian Jabatan Pertanian mahupun Lembaga

Pertubuhan Peladang (LPP).

Berasal daripada perkataan Inggeris, fertigation, sistem ini hanya menyalurkan larutan

nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dengan menggunakan pam atau graviti dari

tangki larutan nutrien ke tanaman-tanaman yang ditanam di dalam polibeg

menggunakan bahan lengai seperti sekam padi bakar, cocoa peat dan sabut kelapa

sebagai medium.

Sistem fertigasi kini menjadi lebih mudah dan maju dengan adanya teknologi terbaru.

Gabungan pengetahuan mengenai baja, peralatan dan strategi pengurusan nutrien yang

efektif, menjadikan teknik fertigasi semakin diminati untuk diceburi. Teknologi fertigasi

Page 34: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

memerlukan individu untuk belajar beberapa prinsip sebelum memulakan projek untuk

mengelakkan masalah di kemudian hari antaranya ialah:

● pengetahuan mengenai komposisi baja, perbezaan unsur dalam baja dan bahan baja.

● peralatan yang digunakan untuk sistem fertigasi mestilah bersesuaian dengan kuantiti

tanaman dan penggunaan baja.

Adalah penting untuk memilih teknik dan peralatan yang sesuai dengan sistem

pengairan

dan jenis tanaman. Pemilihan teknik dan peralatan yang tidak sesuai akan merosakkan

sistem pengairan dan seterusnya memberi kesan kepada operasi dan mengurangkan

hasil tanaman.

Seperti teknologi tanaman yang lain, fertigasi juga ada kebaikannya.

Antaranya ialah teknologi fertigasi tidak memerlukan kawasan yang luas kerana tiada

lagi penggunaan tanah. Bukan itu sahaja, masa penanaman juga akan menjadi pendek

dan ini bermakna lebih pusingan tanaman dalam tempoh setahun. Selain itu, kerja berat

yang membebankan dapat dikurangkan dan penggunaan air dapat dijimatkan. Malah,

serangan serangga dan penyakit tanaman mudah dikawal dengan menggunakan racun

yang minimum.

Namun, fertigasi memerlukan kos permulaan yang tinggi dan perlukan sedikit

pengetahuan untuk memulakannya. Selain itu, kaedah fertigasi juga memerlukan

kemudahan asas seperti elektrik dan sumber air bersih yang secukupnya. Bukan itu

sahaja, tidak semua jenis tanaman sesuai ditanam dengan menggunakan kaedah

fertigasi kerana tempoh masa matang yang panjang dan pasaran yang terhad. Selain

teknologi tanaman, LPP juga akan mengadakan program kaedah tanaman yang lain

iaitu:

● Pengeluaran tanaman cendawan

● Teknologi pemprosesan Hasil Ubi Kayu dan Pisang

● Teknologi Pemprosesan Hasilan Soya (Susu, Taufufah dan Cincau)

● Teknologi Pemprosesan Makanan Berasas Buah-Buahan (Kordial, Jus, Minuman

Terus)

● Teknologi Pemprosesan Mee, Kuetiau Mee dan Tauge

● Teknologi Pemprosesan Snek Buah- Buahan (Halwa, Gegulung dan Buah Kering)

Page 35: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

● Teknologi Pemprosesan Sos Cili / Tomato, Pencicah dan Pacili

● Teknologi Pemprosesan Sos, Mee Kering, Cili Boh dan Bawang Goreng

● Pengeluaran Tanaman Hiasan untuk Landskap

● Pengeluaran dan pengendalian lepas tuai sayuran

● Teknologi Projek Sayuran (Kursus Sangkut)

● Kursus Sangkut Tanaman

LPP juga menganjurkan program teknologi ternakan yang melibatkan:

● Ternakan Ayam Tertutup/Terbuka (Kursus Sangkut)

● Teknologi Ternakan Kambing (Kursus Sangkut)

● Teknologi Ternakan Lembu Feedlot (Kursus Sangkut)

● Penternakan Kambing Boer (Kursus Sangkut)

● Kursus Sangkut Ternakan

● Sistem Reban Ayam Tertutup

Bagi program teknologi ternak air pula, LPP menyediakan lima buah program iaitu:

● Teknologi Pemprosesan Hasil Ikan (Fishball, Fishcake Watan, dll)

● Teknologi Pemprosesan Snek Ikan (Keropok Lekor Segera dan Sata)

● Teknologi Ternakan Udang (Kursus Sangkut)

● Ternakan Air Laut (Kursus Sangkut)

● Ternakan Air Tawar (Kursus Sangkut)

LPP tidak hanya menumpukan pada program untuk pengeluaran sahaja malah LPP juga

mengadakan program pengurusan am dan aplikasi komputer yang merangkumi 11

program iaitu:

● Komputerisasi Peladang (Asas/Tahap Pertengahan/Lanjutan/Internet)

● Asas Audit Dalaman Pertubuhan Peladang (PP)

● Pembangunan Peladang Pelapis

● Motivasi Minda Ke Arah Memupuk Sikap Positif

● Pembungkusan dan Pelabelan Makanan

● Perakaunan Peladang

● Pembangunan dan Pengiktirafan Unit Peladang

● Strategi Pemasaran Hasil Pertanian

Page 36: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

● Train The Trainer’s (TOT)

● Pengurusan Pemantauan Simpanan dan Kredit PP

● Bina Insan Projek-Projek PMAK

 Mereka yang berminat bolehlah melayari laman web http://www.lpp.gov.my

Sistem fertigasi menjadi lebih mudah dengan adanya teknologi terbaru.

3.10. Industri tanaman cendawan

Ramai daripada kita merupakan penggemar cendawan, sayur yang unik tetapi

mempunyai banyak khasiat. Tahukah kita bahawa jumlah cendawan yang dimakan oleh

rakyat Malaysia ialah 324 gram seorang setahun atau jumlah yang diperlukan ialah

8,100 tan setahun.

Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan pengeluaran cendawan negara

pada masa ini iaitu sebanyak 5,500 tan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

menyasarkan untuk meningkatkan pengambilan cendawan rakyat Malaysia dari 324

gram setahun kepada dua kilogram setahun. Ini memerlukan peningkatan pengeluaran

cendawan kepada 50,000 tan setahun.

Jawapan kepada masalah tersebut ialah perlunya industri tanaman cendawan

diperhebatkan, sekali gus menjana pengeluaran yang mencukupi pada masa akan

datang. Seperti juga tanaman lain, industri tanaman cendawan juga mengalami evolusi

teknologi dan berdasarkan catatan, pada 1960- an cendawan ditanam pada batang kayu

terutama jenis shiitake dan telinga kera.

Sedekad kemudian, kaedah baru digunakan iaitu penggunaan jerami padi sebagai

media tanaman sebelum penggunaan hampas kapas pada tahun 1980-an. Itu cerita

Page 37: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

dalam tempoh tiga dekat tetapi suntikan teknologi kini menjadikan tanaman cendawan

diusahakan secara komersial dan berteknologi tinggi.

Kaedah terkini ialah menanam cendawan menggunakan habuk kayu dalam polibeg atau

beg media. Setengah pengusaha kini mampu menghasilkan benih sendiri dengan

penggunaan kaedah bioteknologi tetapi kosnya lebih tinggi. Menurut Timbalan Pengarah

Seksyen Tanaman Industri, Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan

Pertanian, Mohd. Zainuri Mohd Salim, pengeluaran cendawan segar yang tidak

mencukupi untuk menampung keperluan memerlukan pelbagai usaha bagi memastikan

bekalan mencukupi. Beliau berkata antara pendekatan yang digunakan ialah melahirkan

usahawan cendawan menggunakan kaedah kontrak penanaman.

“Kita menggalakkan kaedah tersebut iaitu sebuah syarikat besar memayungi

pertumbuhan syarikat-syarikat kecil. “Tetapi kita juga menggalakkan pengusaha-

pengusaha kecil berusaha memajukan tanaman masing-masing,” katanya.

Mohd Zainuri berkata, pada masa ini terdapat sebanyak 133 pengusaha cendawan dan

pihaknya menyasarkan untuk melahirkan 20 pengusaha setahun.

Beliau berkata, tanaman cendawan berpotensi untuk dimajukan tetapi mereka yang

berminat perlu meninjau aspek pasaran terlebih dahulu terutama bagi terutama yang

inggin mengusahakan secara besar-besaran. Kata beliau, mereka perlu menghubungi

Jabatan Pertanian di daerah masing-masing untuk mengemukakan permohonan

sekiranya bercadang menceburi bidang tersebut.

Pada masa ini , sebanyak 17 permohonan baru telah diluluskan untuk diberi bantuan

awal sebanyak RM10,000. Dalam pada itu beliau memberitahu, empat Pusat

Pengeluaran Benih Cendawan akan dibuka dalam tempah terdekat dan beberapa tahun

akan datang secara berperingkat. Pusat seumpama itu telah dirancang dibuka di

Serdang (Selangor), Pulau Pinang, Kelantan dan Johor (Pagoh).

Sementara itu, menurut Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Padi, Tanaman Industri

dan Florikultur Jabatan Pertanian, Normah Ibrahim, teknik terkini dalam penanaman

cendawan melibatkan penghasilan bijih benih. Katanya, jika sebelum ini, pengusaha

menyediakan beg media untuk tanaman tetapi mereka boleh mendapatkan beg media

yang telah disuntik dengan bijih benih cendawan pada harga yang tidak terlalu

membebankan. Dalam pada itu, beliau yang pakar dalam penanaman cendawan

berkata, pihaknya sentiasa turun padang membantu pengusaha dan bakal pengusaha

Page 38: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

memberi bimbingan dalam segenap aspek tanaman cendawan supaya mereka dapat

berdikari.

Persediaan bagi memulakan projek cendawan

1. Minat dan pengetahuan mengenai teknologi

● mempunyai minat dalam penanaman cendawan

● tahu teknologi terkini

● tahu jenis cendawan yang hendak ditanam

● tahu keperluan asas jenis cendawan yang hendak ditanam

2. Tapak/ Lokasi Projek

● pastikan di mana lokasi projek yang sesuai

● keperluan bangunan

● maklumkan kepada pejabat Pertanian Daerah terdekat

3. Pembekal peralatan dan bahan

● Pastikan peralatan dan bahaya yang perlu

● Dapatkan senarai pembekal yang terdekat

4. Sumber kewangan

● Kewangan penting untuk membangunkan projek

● Modal sendiri atau perlukan pinjaman

● Ambil tahu dan ambil peluang insentif kerajaan.

5. Pemasaran

● Kaji keperluan dan permintaan cendawan semasa

● Dapatkan saluran pemasaran yang termudah

● Fikirkan bidang industri asas tani untuk cendawan yang ditanam.

Jenis-jenis cendawan yang ditanam di negara ini

o Jenis Nama saintifik

Tiram kelabu Pleurotus sajor-caju

Tiram putih Pleurotus florida

Abalone Pleurotus cystidiosus

Telinga kera Auricularia polytrichia

Page 39: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Jerami padi Volvariella licidum

Ling zhi Ganoderma licidum

Tiram kuning Pleurotus citronipileatus

Tiram biru Pleurotus lungaria

Tiram merah jambu Pleurotus flabellatus

Cendawan bunga kubis Hericium erinceus

Perut lembu Clitocybe sp

Cendawan kukur Schizophyllum sp

/sisik/ kerang

Cendawan berangan Agrocybe sp

Cendawan peha ayam Coprinus sp

Shiitake Lentinus edodes

Cendawan butang Agaricus bisporus

Jarum Mas Flammulina velutipes

Akiviti utama teknik penanaman cendawan

1. Menyediakan beg media cendawan

2. Mengukus beg media cendawan

3. Menyuntik benih

4. Eraman beg media cendawan

5. Memungut hasil

6. Pengendalian lepas tuai

7. Pemasaran

Page 40: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Salah seorang pengusaha cendawan syarikat Vita Agro berjaya di Tanjung Sepat

Selangor yang mendapat bimbingan Jabatan Pertanian

 Bantuan dan insentif dalam industri cendawan

I. Pilihan pertama

Peruntukan RM20,000 boleh diberi untuk pembesaran projek sama ada

● Penambahan rumah cendawan RM16,000/unit

● Pembelian mesin pembancuh media RM7,000 (jika penyediaan beg melebihi 300

sehari)

● Rumah eraman satu unit (10íx 20í) RM4,5000 seunit Setiap beg media cendawan

dijangka mengeluarkan hasil 60 hari selepas penyuntikan benih. Oleh itu beg media

pada musim kedua perlu disediakan tiga bulan lebih awal dengan anggaran penyediaan

200 beg sehari.

II. Pilihan kedua

Peruntukan RM20,000 boleh diberi untuk permulaan projek cendawan dengan pecahan

kos

● Pembinaan rumah cendawan RM16,000 seunit

● Pembelian beg media 6,000 belum matang (50 sen setiap beg berjumlah RM3,000.

● Pelbagai - air, peralatan kecil dan lain lain sebanyak RM1,000.

III. Pendapatan kasar RM3,000 sebulan

● Hasil harian cendawan : 20 kilogram dengan harga jualan pada RM5 sekilogram

Pendapatan kasar harian 20 kilogram x RM5 = RM100 sehari.

Page 41: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

● Kiraan penghasilan sehari

● Tiap beg dianggarkan 50 gram/ kutipan

● Setiap hari perlu buka beg media 400 beg/hari (400 beg x 50 gram = 20 kilogram)

● Setiap beg media diselang 15 hari sekali kutip hasil

Perlu ada 400 beg media x 15 hari = 6,000 beg media

Bantuan dan insentif yang ditawarkan dalam industri cendawan

Bantuan teknikal Jabatan Pertanian

● RM10,000 setiap projek

● Latihan dan bimbingan

● Khidmat nasihat teknikal dan kepakaran

● Bekalan benih iaitu RM1.20 sebotol

● Sokongan bagi mendapatkan pinjaman

Insentif Fiskal

● Pengecualian cukai pendapatan

● Potongan elaun pelaburan

● Potongan ke atas perbelanjaan modal.

Terdapat tiga jenis dana pinjaman (soft loan) dari dana Bank Negara Malaysia (BNM)

● Tabung Usahawan Baru

● Tabung Ekonomi Desa

● Tabung Usahawan Siswazah

Insentif di bawah Bank Pertanian Malaysia (BPM)

BPM menawarkan insentif untuk menggalakkan pembangunan pertanian mapan.

Tawaran diberikan kepada syarikat dan pengusaha yang terlibat dalam projek-projek

pertanian.

● Tabung Untuk Makan (3F)

Page 42: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

● Skim Pinjaman Untuk Usahawan Bumiputera (MPPB)

● Tabung Industri Kecil dan Sederhana (TIKS II)

● Skim Kredit Pengeluaran Makanan (SKPM).

Insentif di bawah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

● Program bantuan kewangan untuk EKS Enterprais Kecil dan Sederhana iaitu syarikat

perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja

sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Insentif di bawah Perbadanan Pembanguan

Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

● Geran pembangunan pemasaran

● Geran promosi jenama Insentif di bawah Malaysian Industrial Development Finance

Berhad (MIDF):

Kemudahan disediakan meliputi

● Perkilangan

● Perkilangan berkaitan sektor perkhidmatan

● Lain-lain sektor perkhidmatan.

● Pinjaman untuk projek

● Pinjaman untuk mesin

● Pinjaman untuk kilang

Jumlah syarikat yang melabur dalam industri cendawan dan menerima insentif yang

dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sehingga 2005

Bilangan syarikat - lapan Keluasan projek - 35 hektar

Kos projek/nilai pelaburan- RM26.03 juta

Syarikat-syarikat yang ingin melabur dalam industri cendawan boleh memohon insentif

yang dikendalikan oleh MoA Inc. boleh menghubungi Jabatan Pertanian Daerah

terdekat atau dapatkan maklumat di Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) di

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tni di Blok 4G1, Wisma Tani Putrajaya.

Page 43: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Pengusaha boleh menjalankan projek kecil-kecilan atau berskala besar bergantung

kepada permintaan pasaran.

Industri tanaman cendawan berpotensi dimajukan memandangkan pasaran sentiasa

ada.

3.11. Inkubator Teknologi Pemprosesan Minyak Pati

Minyak pati ialah sejenis minyak meruap dan beraroma yang didapati daripada

tumbuh-tumbuhan secara sulingan. Bahagian tumbuh-tumbuhan di mana minyak pati

boleh diperolehi termasuklah bunga, buah (kulit), daun, biji, akar atau keseluruhan

tumbuhan. Minyak pati biasanya digunakan di dalam industri wangian dan kosmetik

terutama bagi penghasilan minyak wangi, penyegar udara, bahan cucian dan mandian,

aromaterapi, minyak urut, balm dan sebagainya. Minyak pati juga berguna di dalam

industri makanan sebagai bahan perisa dan bauan seperti minyak pudina di dalam gula-

gula, minyak cengkih dan kayu manis di dalam minuman ringan. Selain itu, minyak pati

digunakan dalam pengeluaran bahan kawalan serangga, antiseptik, anti kulat (fungal)

dan pelbagai aplikasi dalam industri perubatan.

Industri herba Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang dan produk

berasaskan herba tempatan (tropika) mempunyai ruang pasaran luas (domestik dan

ekspot). Dianggarkan saiz pasaran minyak pati dunia ialah sebanyak USD 7.5 billion.

Pada masa ini negara kita banyak bergantung kepada pengimportan minyak pati untuk

Page 44: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

kegunaan tempatan. Nilai import minyak pati ke dalam Malaysia adalah sebanyak RM

200 juta setahun dan nilai permintaan tempatan untuk produk yang berasaskan minyak

pati (kosmetik dan produk penjagaan diri) dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun.

Justeru itu, industri herba Malaysia berpotensi untuk berkembang dengan lebih pesat

lagi jika pengeluaran minyak pati berskala komersil dapat dibangunkan. Secara

keseluruhannya kegiatan ini merangkumi aktiviti pengeluaran tanaman, pengurusan

lepas tuai, pengekstraktan minyak pati, pembangunan produk berasaskan minyak pati

serta perawatan bahan buangan kepada silaj dan kompos.

Industri herba tempatan telah berkembang dengan pesatnya sejak kebelakangan ini

tetapi tidak seimbang. Untuk membangunkan industri herba tempatan, pembangunan

menyeluruh industri tersebut perlu dilaksanakan termasuk pembangunan pasaran dan

penjenamaan.

Di dalam program inkubator teknologi minyak pati MARDI, beberapa teknologi telah

dibangunkan. Program ini merangkumi teknologi pengeluaran tanaman, pengeringan,

penyulingan, penghasilan produk-produk berasaskan minyak pati, silaj dan kompos.

Tanaman-tanaman yang telah dibangunkan terdiri daripada tiga jenis herba iaitu nilam,

serai makan dan serai wangi. Teknologi penanaman telah dapat menghasilkan masing-

masing sebanyak 30 tan, 40 tan dan 55 tan sehektar/tahun bagi tanaman nilam, serai

makan dan serai wangi. Proses pengeringan pula telah dapat dilakukan melalui

pembangunan teknologi pengeringan rumah solar yang berkapasiti pengeluaran

sebanyak 750 kg/sehari.

Teknologi pengekstraktan minyak pati melibatkan dua proses iaitu proses penyulingan

(distillation) dan penyulingan berperingkat (fractionation). Proses penyulingan

menggunakan wap tekanan tinggi yang dibangunkan berupaya menghasilkan 16,000 ml

minyak pati sehari. Proses penyulingan berperingkat pula dapat menghasilkan minyak

pati tulen berbilang gred.

Rangkaian operasi dalam inkubator teknologi produk berasaskan minyak pati meliputi

sistem pemprosesan sabun, sistem pemprosesan produk toiletri bentuk cecair dan krim

kosmetik, sistem pengisian produk cecair secara automatik dan sistem pembungkusan.

Teknologi pemprosesan produk melibatkan pembangunan kilang yang menepati

keperluan Good Manufacturing Practice (GMP) dengan spesifikasi susun atur mesin dan

tatacara penyusunan bilik bersesuaian. Teknologi pembangunan produk (formulasi)

Page 45: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

berasaskan minyak pati ini berupaya mengeluarkan sebanyak 15,700 ml bahan

aromaterapi dan 3,000 ketul sabun penjagaan diri dan ’toileteries’ sehari.

Untuk melengkapkan program inkubator teknologi minyak pati, kesemua bahan buangan

dari proses ini turut dirawat menjadi silaj dan kompos untuk menambahnilaikan lagi

pakej teknologi ini juga menjadikannya lebih berdaya maju dan mesra alam. Teknologi

penghasilan silaj melibatkan pemeraman (fermentation) bahan buangan daripada sistem

penyulingan di dalam tong kedap udara yang dicampurkan bakteria IMO (Indigenous

Microbial Organism). Silaj boleh digunakan sebagai sumber serat (fiber) untuk makanan

ternakan ruminan seperti lembu dan kambing. Teknologi kompos pula melibatkan

pemeraman terbuka (open fermentation) bahan buangan dari penyulingan dan dicampur

dengan bahan-bahan lain seperti IMO, urea dan molases. Bahan kompos yang

dihasilkan amat sesuai digunakan sebagai baja organik untuk pelbagai tanaman.

Untuk mempercepatkan proses pengkomersilan teknologi ini MARDI telah

membangunkan pusat inkubator teknologi minyak pati dan kilang perintis pemprosesan

produk berasaskan minyak pati di Stesen MARDI Kuala Linggi, Melaka. Pusat inkubator

teknologi ini telah dibangunkan sejak 2006 dan dijangka dapat melatih inkubati pertama

pada penghujung tahun 2007. Jangkamasa pembangunan usahawan sebagai inkubati

dalam sistem inkubator ini ialah selama 14 – 24 bulan bagi program inkubator teknologi

penyulingan dan 6-12 bulan bagi penghasilan produk berasaskan minyak pati. Melalui

kaedah ini sekurang-kurangnya dua syarikat inkubati dapat dibangunkan dalam setiap

pusingan.

Program inkubator teknologi minyak pati ini telah dibangunkan berasaskan kepada

teknologi pakej yang telah dihasilkan juga unjuran analisis kewangan. Kilang yang

dibangunkan diunjur memerlukan bekalan bahan mentah (nilam, serai wangi dan serai

makan) yang perlu dihasilkan dari ladang yang sekurang-kurangnya seluas 45 hektar.

Analisis kewangan pengeluaran minyak pati dan produk berasaskan minyak pati

menunjukkan pelaburan ini secara teknikalnya berkebolehan (feasible) dan berdaya

maju (viable) dari segi ekonomi. Berasaskan kepada saiz operasi kilang yang

menghasilkan sebanyak 16,000 ml minyak pati sehari pelaburan ini dijangka dapat

memberi kadar pulangan dalaman (Internal Rate of Return) sebanyak 28%, nilai kini

bersih (Net Present Value) sebanyak RM4.9 juta, nisbah keuntungan kepada

Page 46: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

perbelanjaan (Benefit Cost Ratio) sebanyak 1.3 dan tempoh bayar balik modal (Payback

Period) selama 4 tahun.

Untuk perancangan masa hadapan, inkubator teknologi minyak pati MARDI di Kuala

Linggi akan membangunkan minyak-minyak pati berasaskan herba-herba lain seperti

limau purut, sireh, kulit kayu manis, tee-tree, bunga cengkih dan bunga-bunga haruman.

Pembangunan produk minyak pati akan dipertingkatkan kepada produk-produk spa

khusus dan terpilih yang mempunyai potensi pasaran tempatan dan ekspot.

Pembungkusan (packaging) dan penjenamaan (branding) yang sesuai akan juga

dibangunkan di masa hadapan bagi meningkatkan penguasaan pasaran tempatan dan

antarabangsa. Di masa hadapan, dijangkakan lebih ramai lagi usahawan dapat

dibangunkan melalui sistem inkubator luar-capaian (out-reached incubator) yang boleh

diwujudkan apabila teknologi ini dikembangkan ke kawasan-kawasan pertumbuhan

yang lain.

Inkubator teknologi minyak pati ini merupakan pakej teknologi lengkap yang

mengintegrasikan aktiviti-aktiviti huluan (up-stream), hiliran (down-stream) dan

pemasaran (market). Program inkubator teknologi ini adalah berasaskan kepada

teknologi-teknologi asli yang dibangunkan oleh MARDI. Pakej teknologi ini dijangka

dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan industri herba tempatan ke tahap

berdaya maju dan berdaya saing.

Teknologi minyak pati ini telah dapat dipakejkan sebagai satu entiti pelaburan yang

dapat memberi pulangan yang lumayan dan disyorkan kepada pengusaha-pengusaha

enterprise kecil dan sederhana (EKS). Teknologi minyak pati ini dapat memperkasakan

konsep aktiviti perniagaantani dari ladang ke kilang (farm to factory).

3.12. Industri Maspine – Nanas Kaleng Berdaun Tanpa Duri

Nanas merupakan tanaman buah-buahan penting di Malaysia terutama dalam

perusahaan nanas kaleng. Sumbangan industri nanas kepada negara dari tahun 2000

hingga 2003 adalah berjumlah RM493.098 juta. Dua pertiga (RM328.511 juta) dari

jumlah ini adalah dari nanas kaleng, manakala satu pertiga (RM164.587 juta) adalah

sumbangan dari export nanas segar.

Page 47: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Walaupun permintaan pasaran nanas dunia kian meningkat, industri nanas Malaysia

mengalami pengucupan kebelakangan ini. Keluasan tanaman nanas telah menurun dari

15,000 hektar tahun 1980an kepada 6,434 hektar (2003). Pengeluaran juga turut

menurun hinggakan beberapa kilang nanas terpaksa beroperasi di bawah paras

keupayaan. Dari lima kilang nanas yang wujud di zaman kegemilangan industri ini,

hanya tinggal dua syarikat perusahaan nanas kaleng yang masih beroperasi di negara

ini, iaitu Lee Pineapple (Peninsular Plantations) dan Pineapple Cannery of Malaysia

(PCM).

Tanaman nanas berkembang pada mulanya di tanah mineral, bersama dengan tanaman

getah. Penanaman nanas secara komersil telah bermula pada tahun 1937 dan

berkembang pesat di negeri Johor. Kesan hakisan tanah telah mendorong supaya

tanaman nanas beralih ke tanah gambut yang tidak sesuai ditanam dengan komoditi

lain.

Kebanyakan ladang nanas pada mulanya ditanam dengan nanas jenis Masmerah

(1960-1980). Selepas 1980an ladang nanas ditanam pula dengan varieti Gandul. Lain-

lain varieti seperti Moris, N36, Sarawak, Selangor Sweet (Cayenne) dan Josapine

diusahakan untuk kegunaan segar.

Selama lebih 20 tahun berulang tanam, hasil nanas Gandul di tanah gambut mula

menurun secara mendadak. Keadaan ini adalah di antara penyebab utama kemerosotan

industri nanas terutamanya dalam perusahaan nanas kaleng. Untuk mengatasi

kemerosotan bekalan nanas kaleng dan seterusnya mengujudkan semula daya saing

dalam industri nanas, satu varieti baru nanas yang lebih cergas dan produktif, berhasil

tinggi lagi berkualiti perlu diwujudkan. Atas keperluan ini varieti Maspine dibangunkan.

Varieti ini berjaya dibangunkan selepas 10 tahun penyelidikan (1993-2004) dan telah

diiystiharkan oleh YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani pada 5 Mei 2005 di Stesen

MARDI Pontian, Johor.

Sebelum diisytiharkan, Maspine dikenali sebagai titisan ‘73-50’. Maspine adalah hibrid

kompleks hasil dari kacukan lima jenis nanas. Maspine tergulung dalam kumpulan

nanas ‘Manzanah’, mempunyai ciri istimewa berdaun licin tanpa duri (piping-leaf).

Maspine mewarisi kecergasan dari nanas Queen, kandungan gula yang tinggi dari

Cayenne, warna kuning keemasan dan bentuk buah dari Singapore Spanish, ketahanan

Page 48: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

kepada penyakit dari Pernambuco dan berdaun licin tanpa duri dari Perolera. Dengan

adanya ciri kesesuaian yang meluas (wide adapatability), Maspine sesuai dalam

pelbagai keadaan persekitaran. Diserta dengan ketahanan terhadap penyakit reput teras

(Bacterial Heart Rot, BHR), Maspine berpotensi tinggi dikembangkan ke kawasan tanah

mineral yang biasanya lebih kondusif kepada penyakit BHR. Ciri positif Maspine ini amat

bersesuaian dengan usaha untuk mengembangkan penanaman nanas hingga mencapai

35,000 hektar pada tahun 2010.

Nanas Maspine dapat mengeluarkan hasil yang lebih tinggi, 40% dan 70% lebih tinggi

masing-masing daripada varieti Gandul dan Josapine. Hasil yang mampu dicapai

Maspine ialah 56 ton/hektar.

Maspine mempunyai ciri pengelangan yang baik. Di antara ciri-ciri pengalengan yang

istimewa adalah saiz buahnya yang sederhana besar (1.8 kg) berbentuk silinder dan

berkulit nipis dan kadar perolehan (recovery) yang tinggi (lebih 20%) berbanding varieti

Gandul (6-18%). Ukuran diameter empulurnya yang kurang dari 30 mm juga

membuatnya mudah diterima pihak kilang. Warna isi Maspine kuning keemasan dan

warna keemasan ini didapati kekal selepas pemperosesan. Isi Maspine juga tidak

mudah pecah apabila dipotong bulat untuk ditinkan. Maspine megandungi pH yang

sesuai untuk pengalengan. Kandungan asid Maspine adalah rendah (0.58%) manakala

kadar gulanya adalah tinggi iaitu 14-17% ketika segar. Kandungan TSS yang meningkat

kepada 16-18% selepas diproses dapat membantu menjimatkan input gula semasa

pemprosesan. Maspine berpotensi tinggi dalam industri pengkalengan dan boleh

digunakan sebagai varieti alternatif kepada varieti Gandul.

Selain dari nanas yang ditinkan dalam jus, Maspine juga sesuai dibuat jus untuk

diminum segar, dikalengkan tanpa gula atau dibotolkan sebagai jus nanas jernih

(clarified) berkarbonat atau tanpa karbonat. Imbangan kandungan gula yang tinggi dan

asid yang rendah menjadikan cita rasa Maspine manis dan enak ’tanpa gigitan’, sesuai

untuk ia dijadikan hidangan pencuci mulut (dessert). Selain dari itu, produk kering dan

produk separa kering juga boleh dihasilkan dari Maspine. Dalam pada itu, daun Maspine

yang tidak berduri pula berpotensi digunakan sebagai makanan ternakan.

Dengan bercirikan daun tanpa duri, tanaman Maspine senang dikendalikan di ladang.

Keadaan ini memudahkan penuaian buah dan seterusnya meningkatkan kecekapan

tenaga kerja. Unsur ini dapat mengurangkan kos pengeluaran.Kandungan gula semula

Page 49: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

jadi yang tinggi dapat menjimatkan input gula semasa pemprosesan, sekaligus

mengurangkan kos pemprosesan dalam industri nanas kaleng.

Dari segi pembiakan benih, Maspine dihasilkan melalui teknik ’quartering’. Kaedah

pembiakan vegetatif ini menjamin ketulenan baka Maspine. Sejumlah lebuh 12, 000

sulur telah disediakan pada 2005. Proses pembiakan benih melalui sistem ’quartering’

diteruskan untuk mencapai sasaran 128,000 sulur.

Sebagai langkah untuk mempertingkatkan kerjasama dengan sektor industri, hibrid

MASPINE kini telah diperkenalkan kepada syarikat Lee Pineapple dan Pineapple

Canery of Malaysia. Sejumlah 500 sulur telah diberikan kepada setiap estet untuk

penilaian pada skala yang lebih besar. Agensi-agensi lain yang turut terlibat termasuk

IADP Sarawak dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Dengan hasil yang lebih tinggi dan tahan pada penyakit empulur serta dengan

kesesuaian di pelbagai persekitaran, Maspine boleh disyorkan di kawasan yang lebih

luas. Maspine merupakan satu varieti nanas kaleng alternatif kepada Gandul. Dengan

penerimaan tinggi pihak pengilang, Maspine dijangka mampu memperbaiki keadaan

industri nanas semasa.

Nanas Maspine yang berkualiti tinggi dijangka akan mendapat harga pasaran yang

baik.Ini akan memberi kelebihan untuk Malaysia bersaing dengan negara-negara

pengeluar lain. Dengan rangkaian pasaran keluar negeri yang melibatkan 32 buah

negara pembeli, adalah mudah bagi industri untuk memasarkan produk nanas dan

seterusnya meningkatkan syer pasaran nanas dunia. Sasaran pasaran ekspot adalah ke

negara-negara seperti China, Japun, Timur Tengah dan Eropah

3.13. Teknologi Pemprosesan Minimum Buah Nanas Dan Nangka

Pemprosesan minimum nanas dan nangka merupakan produk hirisan segar

buah-buahan ini dalam bentuk sedia untuk dimakan terus dan masih mengekalkan ciri

asal buah yang normal iaitu dari segi bau, rasa dan juga warna.

Produk pemprosesan minimum biasanya tidak tahan lama. Ini ada kaitan dengan sifat

biologi buah-buahan yang masih meneruskan tindak balas kimia, pernafasan dan aktiviti

Page 50: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

metabolik selepas dilakukan pemprosesan minimum. Perubahan semasa operasi

penyediaan (seperti pembuangan kulit, pemotongan dsb.) meningkatkan aktiviti proses

asas ini berlaku lebih rancak berbanding dengan hasilan yang normal. Faktor ini

menyebabkan produk pemprosesan minimum buah-buahan tidak tahan lama

berbanding dengan buah/hasilan normal atau produk buah diproses secara

konvensional. Bagaimanapun melalui teknologi yang dihasil di MARDI, warna, bau, rasa

dan tekstur buah nangka dan nanas dapat dikekalkan walaupun setelah 5-6 hari produk

tiba di negara pengimport melalui pengangkutan udara.

Di pasaran sekarang buah-buahan pemprosesan minimum ini disediakan tanpa input

teknologi semasa operasi penyediaan. Faktor kebersihan dan jaminan kualiti tidak

diambil berat menyebabkan tempoh simpanan buah sangat terhad iaitu satu hari di suhu

ambien dan 3-4 hari di suhu pasar kering (10-15oC). Justeru itu penjualan hanya terhad

untuk pasaran tempatan sahaja.

Sebelum teknologi ini dihasilkan, nangka dan nanas dieksport dalam bentuk segar buah

asal ‘whole fruits’. Pasaran eksport ke Eropah kebanyakanya dilakukan melalui udara.

Kos pengangkutan udara yang tinggi; contoh, RM6.80/kg untuk ke Netherlands,

menyebabkan aktiviti pengeksportan tidak begitu aktif. Bagi nangka dan nanas, 50-60%

bahagian buah merupakan komponen yang tidak boleh dimakan seperti kulit yang tebal,

jerami, empulur, biji, tangkai dan jambul bagi nanas. Pengasingan komponen ini semasa

operasi penyediaan dapat menjimatkan kos pengangkutan.

Bentuk buah nangka yang tidak konsisten juga menyebabkan reka bentuk kotak

sentiasa menjadi kesulitan bagi pengeksport. Justeru itu, teknologi yang dihasilkan ini

memudahkan operasi penyediaan untuk pasaran bagi tujuan pembungkusan,

penyimpanan, pengangkutan dan penjualan.

FAEDAH DARI TEKNOLOGI

1) Peningkatan kualiti produk

Melalui pengunaan kalsium klorida bagi mengekalkan ketegaran sel produk dan asid

askorbik bagi menghalang proses fermentasi berlaku pada nanas yang diproses secara

minimum

Page 51: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

2) Teknik pra-penyejukan

Kaedah pra-penyejukan dijalankan bagi mengatasi masalah kesulitan mengasingkan isi

nangka. Lelehan getah dapat dihindari dan peluhan (condensation) buah dalam bekas

pembungkus juga dapat diatasi. Usaha mengatasi masalah ini membolehkan kualiti

buah dikekalkan untuk tempoh yang panjang. Proses pra-penyejukan buah nangka

dilakukan di bilik sejuk pada suhu 2 - 5°C selama lapan jam sebelum pemotongan kulit.

Bagi nanas, teknik pra-penyejukan ini dilakukan semasa rendaman air sejuk (5°C)

selama 10 minit selepas pemotongan kulit. Ketahanan produk adalah lebih baik

berbanding nanas tanpa melalui proses pra-penyejukan.

3) Ketahanan tempoh simpanan

Melalui penggunaan pembungkusan atmosfera terubahsuai (MAP), dan dengan

penyimpanan di suhu 2°C, kehilangan berat dan kualiti produk dapat dikekalkan

sehingga 2-3 minggu. Dengan mengekalkan aras karbon dioksida di tahap 2 - 5%,

oksigen pula dibiar stabil pada aras 10 - 15% dan dengan penyimpanan di 2°C,

kesegaran buah boleh dikekalkan selama tiga minggu.

4) Bekas pembungkus

Pengunaan bekas polipropilena bagi pembungkusan runcit dan kotak penebat dapat

mengawal kerosakan fizikal dan membolehkan bekas disusun secara bertindan. Amalan

ini menjimatkan kos semasa penyimpanan dan pengangkutan terutama bagi pasaran

eksport.

5) Penyejuk produk

Pengunaan bekuan gel/ais kering dalam pembungkusan pukal dapat menyejukan

produk semasa pengangkutan. Tindakan ini memberi kesan kepada pernafasan buah

dan hayat simpanan produk boleh dilanjutkan.

KAEDAH PERTAMA DI DUNIA

Teknologi bagi nanas dan nangka ini mula diperkenalkan di pasaran dunia semasa

Floriade 2002 di Amsterdam. Kualiti produk diterima baik dan seterusnya mendapat

perhatian pengeksport untuk terus mengeksport nangka yang diproses secara minimum

Page 52: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

untuk pasaran Netherlands, Zurich dan Belgium.

Teknologi bagi nanas dan nangka ini mula diperkenalkan di pasaran dunia semasa

Floriade 2002 di Amsterdam. Kualiti produk diterima baik dan seterusnya mendapat

perhatian pengeksport untuk terus mengeksport nangka yang diproses secara minimum

untuk pasaran Netherlands, Zurich dan Belgium.

Pemprosesan minimum nangka mengunakan label pengeksport yang di jual di

Rotterdan hypermarket dengan harga Euro 4.50/RM21.00 bagi pek 500g.

Selepas kejayaan nangka yang diproses secara minimum di pasaran eksport Eropah,

MARDI dengan kerjasama pengeksport telah menghantar sampel promosi nanas yang

diproses secara minimum ke Nertherlands, Zurich dan Belgium. Sehubungan dengan

respon yang mengalakkan dari sampel promosi, pengeksport telah memohon khidmat

nasihat MARDI bagi menilai kualiti dan penerimaan nanas ini. Susulan dari permohonan

tersebut, MARDI dengan kerjasama FAMA dan LPNM telah dengan jayanya

menjalankan kajian pengekportan nanas di Rotterdam dan Amsterdam pada Jun 2006.

Penilaian kualiti juga tururt dilakukan pada nangka yang diproses secara minimum

semasa kajian ini. Hasil kejayaan ini, LPNM dijangka akan menyediakan beberapa

insentif bagi mengalakkan aktiviti eksport nanas yang diproses secara minimum bagi

mengikuti jejak kejayaan pengeksportan nangka.

PERTAMA DI MALAYSIA

Teknologi yang dihasil merupakan yang pertama di Malaysia yang boleh digunapakai

untuk penjualan buah-buahan di pasaran kering dan pasaran basah. Selain itu teknologi

ini boleh diguna untuk sajian buah-buahan semasa penerbangan, di hotel, restoran dan

majlis majlis tertentu. Teknologi yang dihasilkan merupakan teknologi pakej yang

bermula dari penuaian buah sehingga produk tiba pada pengguna.

Teknologi telah dihasil melalui:

1.Kajian asas – pemilihan varieti, tahap kematangan, operasi penyediaan, bekas

pembungkus, keselamatan makanan, pemastian kualiti, suhu penyimpanan dan

kesesuaian pengangkutan untuk edaran semasa pengangkutan dan jualan

Page 53: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

2.Kajian simulasi untuk pasaran tempatan dan eksport

3.Kajian pengangkutan eksport sebenar

IMPAK TEKNOLOGI

Teknologi yang dihasilkan bagi buah nangka kini digunapakai untuk pasaran eksport.

Buah nangka merupakan buah jenis besar. Berat sebiji buah boleh mencapai 5-20 kg.

Buah yang sebegini besar akan menyulitkan pengguna semasa pembelian dan tidak

habis dimakan terutama apabila ahli keluarga adalah kecil. Kesulitan mengambil isi

disebabkan kulit yang tebal dan bergetah merupakan faktor penyebab kenapa buah ini

tidak popular. Bagaimanapun melalui teknologi MARDI halangan ini sudah dapat diatasi.

Faktor peningkatan ekonomi dan perubahan gaya hidup penduduk dijangka akan

mempopularkan pasaran buah yang diproses minimum. Aahaliran sebegini sudah dapat

dilihat di Amerika, Australia, New Zealand, Jepun dan lain-lain negara maju.

Dijangkakan permintaan buah segar di pasaran akan berubah. Selaras dengan misi

kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara

adalah dijangka permintaan buah-buahan akan meningkat seiring dengan peningkatan

penanaman buah-buahan yang berlaku sekarang.

Sekarang ini nangka dieksport (dalam bentuk sebiji penuh) ke Hong Kong, Singapura,

Indonesia, Thailand, Timur Tengah, dan United Kingdom dengan nilai dagangan

mencapai RM3 juta/tahun. Pada tahun 2008 – 2010 nilai ini dijangka mencecah RM10

juta. Kawasan penanaman nangka dijangka meningkat dari 6,000 hektar ke 55,000

hektar pada tahun 2010 akan membuka ruang bagi nangka dieksport dengan pesat lagi

khususnya dalam bentuk diproses secara minimum. Arahaliran sebegini juga dijangka

akan berlaku pada buah nanas.

FAEDAH TEKNOLOGI

a) Kesan Kepada Produk

1.Masalah kemerosotan kualiti produk dapat dihindarkan selama 2-3 minggu

(bergantung

Page 54: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

pada jenis buah). Kesegaran produk dapat dijamin kerana penyediaan buah dilakukan

dalam bilik terkawal yang mematuhi keperluan HCCP dan GMP sepenuhnya.

2.Masalah pemasakan buah nangka dapat diatasi dengan proses

pemasakan secara aruhan menggunakan gas etilena.

3.Masalah pelembutan tisu dan fermentasi bagi nanas dapat diatasi dengan

penggunaan

kalsium klorida dan asid askorbik.

4.Masalah kehilangan air dan bau dari produk dapat dihalang dengan mengguna bekas

pembungkus yang sesuai. Bagi pembungkusan runcit, disyor digunakan polipropilena

kedap udara, manakala kotak penebat dan bekuan terma/gel ais bagi pembungkusan

pukal.

b) Kecekapan Operasi

1.Penjimatan masa kerana produk sedia untuk dimakan terus. Pengguna tidak perlu

mengalami kesulitan memotong buah bagi mendapat isinya.

2.Tiada pembaziran kerana pengguna hanya perlu membayar komponen yang boleh

dimakan sahaja. Bahagian kulit/jerami, tangkai, jambul telah dipotong semasa proses

penyediaan.

3.Penggunaan mesin pemotong membantu operasi penyediaan buah nanas.Produk

yang

dihasilkan adalah lebih konsisten.

4.Penjimatan kos pengangkutan terutama melibatkan pengangkutan udara.

Teknologi pemprosesan minimum yang diwujudkan untuk nangka dan nanas bagi tujuan

pengeksportan melalui pengangkutan udara juga berpotensi untuk diguna bagi pasaran

eksport melalui kapal laut ke China, Taiwan dan juga Hong Kong. Ini adalah kerana

perjalanan melalui kapal laut ke destinasi ini hanya mengambil masa 5-7 hari.

Penggunaan kontena bersuhu sejuk akan dapat mengekalkan kualiti produk semasa

pengangkutan dan penggunaan rantaian sejuk seterusnya akan menjamin kualiti produk

bertahan selama 5-6 hari di pasaran jualan runcit.

Page 55: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

3.14. Menternak Lembu Pedaging Secara Intergrasi Di Ladang Tanaman Kekal

APA ITU PINTAR

PINTAR adalah singkatan kepada Projek Integrasi Ternakan Ruminan dengan tanaman

kekal (getah atau kelapa sawit). la merupakan satu projek yang sistematik dan wujud

setelah melalui beberapa proses seperti yang diterangkan di dalam konsep PINTAR.

Menternak lembu pedaging di dalam ladang kelapa sawit atau getah yang tidak

mengikuti konsep tersebut dan berkeadaan lepas bebas bukanlah merupakan projek

PINTAR yangdimaksudkan.

Minuman air bersih sentiasa disediakan dalam petak ragutan

Konsep PINTAR

PINTAR adalah merupakan satu bidangusaha berinput rendah (Low Input).Ternakan

lembu pedaging dibawa masuk untuk menggunakan rumpai yang terdapat dengan

banyaknya di dalam sesuatu kawasan ladang. Bermakna jumlah stok yang dipelihara

bergantung kepada kuantiti rumpai yang sedia ada. Sehubungan dengan perkara ini,

apabila kuantiti rumpai berkurangan (apabila sawit atau getah meningkat tua), stok

ternakan perlulah dikurangkan sehingga cukup untuk meragut rumpai yang ada sahaja.

Input lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan asas ini hanyalah ubat-ubatan,

garam galian, sumber air, peralatan pengenalan ternakan, kandang yang sesuai dan

sistem pagar elektrik.

Kenyataan di atas juga memberi makna iaitu mana-mana kawasan perladangan yang

tiada berumpai, yang mungkin berpunca daripada aktiviti meracun rumpai tersebut, tidak

boleh atau tidak sesuai untuk dijalankan projek PINTAR.

Page 56: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Apabila sumber makanan berkurangan, lazimnya pengusaha terpaksa memberikan

makanan tambahan PKC/PKE atau pelepah sawit yang dirincih, untuk mencukupkan

keperluan makanan. la bukan merupakan sebahagian daripada konsep PINTAR.

Amalan ini akan menjadikan kos pengurusan meningkat.

Satu lagi ciri yang terdapat pada PINTAR ialah sistem ragutan yang berpusingan

mengikut amalan yang telah ditetapkan. Misalnya, kawasan seluas 400 hektar selesai

diragut sepenuhnya dalam tempoh 90 hari atau tiga bulan. Ini hanya boleh dilaksanakan

dengan menggunakan sistem pagar elektrik yang efektif.

Dari sudut ekonomi, kita dapati kedua-dua bidangusaha, iaitu bidangusaha penghasilan

sawit dan penternakan lembu pedaging, menjadi lebih cekap dan menguntungkan (win-

win situations), kesan daripada pengoptimaan penggunaan sumber yang terdapat di

dalam kedua-dua bidangusaha tersebut. Sumber-sumber yang dimaksudkan ialah

tanah, tenaga buruh dan kemudahan ladang yang berkaitan, seperti tangki bertrailer dan

jentani.

PRA SYARAT AM

Asas Pengetahuan Penternakan Ruminan

Asas pengetahuan penternakan ruminan boleh diperolehi dengan mengikuti kursus,

seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Disamping

itu ciri keusahawanan ternak yang patut dimiliki adalah:

1.Minat terhadap bidangusaha ternakan.

2.Berpengalaman dalam bidang penternakan lembu pedaging.

3.Berfikiran positif.

4.Mempunyai keyakinan diri.

5.Memahami asas untung-rugi projek.

Modal

Memiliki modal, yang boleh diperolehi melalui beberapa punca seperti berikut

Modal Sendiri

Pinjaman

Page 57: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

1. Bank.

2. Koperasi.

3. Jabatan Perkhidmatan Haiwan (PINTAF).

4. Dana TRUST.

5. Rakan Kongsi.

Baka Ternakan

Pengalaman Jabatan mendapati baka ternakan lembu yang paling sesuai, terutamanya

apabila baru hendak memulakan projek PINTAR, ialah baka Kedah-Kelantan (KK).

Spesifikasi ternakan lembu KK yang sesuai adalah seperti berikut:

Jadual 1:

Perkara Berat badan Umur

Induk 180 - 250 kg 18-36 Bln.

Pejantan 250 - 300 kg 36-48 Bln

Sumber makanan semulajadi yang terdapat dengan banyaknya di ladang-ladang

tanaman sawit

Ternakan lembu yang sihat dibawah tanaman sawit

Page 58: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Setelah menternak selama tiga atau empat tahun,baka asas ini boleh dipertingkatkan

dengan mengacukannya dengan lain-lain baka pedaging, seperti Baka Brahman,

Nellore atau kacukan lain.

Ciri-Ciri Kesesuaian Ladang

Luas kawasan sawit (minimum) 400 hektar.

Sebagai panduan asas, tanaman sawit berumur tidak kurang daripada 5 tahun dan

tidak melebihi 15 tahun.

Tiada ternakan ruminan lain yang berkeliaran berhampiran atau dalam kawasan sawit

yang hendak digunapakai untuk projek.

Kawasan di bawah sawit mempunyai rumpai (makanan lembu) yang mencukupi.

Kawasan berbukit-bukau dan kecerunan melebihi 450 tidak digalakkan, kecuali yang

berteres.

Sebahagian besar kawasan tidak mudah ditenggelami air terutamanya pada musim

tengkujuh.

Kawasan projek tidak dikategori sebagai tanah gambut.

Tidak bersempadan dengan hutan simpan dimana diketahui terdapatnya binatang

buas seperti harimau.

Kesesuaian tanaman kekal seperti di atas boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti

berikut :

Ladang Persendirian

Kebiasaannya kawasan ladang dimiliki sepenuhnya oleh tuan punya ladang. Manakala

Felda berpeneroka yang mempunyai kawasan yang kecil bagi setiap pemilik mestilah

mengamalkan sistem blok sehingga mencukupi kawasan yang diperlukan.

Ladang Swasta

Kawasan ladang dimiliki sepenuhnya oleh swasta. Ladang swasta yang tidak

menjalankan projek PINTAR dan membenarkan pihak lain mengguna, hendaklah

memberi kebenaran bertulis kepada pengusaha yang berminat melalui perjanjian yang

dipersetujui bersama. Perkara-perkara seperti kadar sewa tahunan, komisyen jualan

ternakan dan keselamatan ternakan perlu diputuskan melalui perjanjian.

Page 59: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Ladang Kerajaan

Kawasan ladang yang dimiliki sepenuh atau Ladang sawit yang sesuai (umur pokok

sawit yang berumur 5 tahun ke atas)

Baka KK( Kedah-Kelantan) adalah baka yang paling sesuai untuk sistem intergrasi

Ladang sawit yang sesuai ( umur pokok sawit yang berumur 5 tahun ke atas)

PERLAKSANAN PROJEK

Infrastruktur Ladang

Ladang yang ingin/akan menjalankan projek PINTAR mestilah mempunyai kemudahan

infrastruktur seperti berikut:

Kandang Tetap

Biasanya ditempatkan di tengah ladang atau di lokasi yang strategik.

Dihubungi dengan jalan ladang yang sesuai dan bebas banjir.

Tapak kandang yang mempunyai saliran yang baik.

Kukuh serta tahan.

Bersaiz 120 kaki X 80 kaki untuk 100 induk.

Travis (loading @ unloading)

Page 60: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

1. Baka Kedah-Kelantan- lebar dalam 21 inci

2. Baka Brahman - lebar dalam 25 inci

Kandang Mudahalih

Komponen kandang mudahalih terdiri daripada:

1. 30 keping panel besi (5.5'(P) x 6' (L) GI 015" x 1".

2. Cyclone wire (1 gulung A17/1900/150 - Tight lock).

3. 20 batang kayu (3' X 3' X6.5')

4. Tali (secukupnya).

Peralatan Pagar Elektrik Lengkap (disyorkan dua set)

Komponen pagar elektrik termasuklah:

1. Energizer

2. Polywire

3. Digital Voltmeter

4. Tiang

5. Bateri 12 volt (N 70 )

6. Penggulung polywire

7. Peralatan timbang, untuk anak lembu barulahir.

Motortrailer

Motortrailer adalah kombinasi sebuah motorsikal biasa dan satu trailer yang direka khas.

Teknologi ini digunakan bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan petak ragutan.

Kandang mudahalih

Page 61: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Karavan (rumah bergerak)

Motortrailer yang praktikal mempermudahkan pemasangan pagar elektrik

Lawatan ke tapak projek oleh Pegawai KTS

Pemasangan pagar dawai untuk mengelakkan ternakan lembu dari kawasan luar

memasuki gerompok lembu yang diusahakan secara PINTAR

Bateri pagar elektrik

Page 62: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Contoh gulungan dawai elektrik" polywire"

Karavan (trailer untuk rumah pengembala)

Karavan ini disediakan sebagai rumah bergerak untuk pengembala ternakan. la

ditempatkan berdekatan dengan petak ragutan dimana ternakan berada, khususnya

pada waktu malam. Dengan adanya gembala ditempat tersebut, ianya dapat

mengelakkan kecurian ternakan, terutamanya menjelang hari-hari perayaan seperti Hari

Raya Puasa.

Bekas Air Minuman Mudahalih

Tangki air bergerak dan palung minuman 5 kaki X 3 kaki X 2 kaki.

Persediaan Tenaga Kerja

Pengurus/pemilik ladang memilih pekerja yang berminat.

Melawat ladang integrasi yang berjaya.

Menghadiri kursus mengenai ternakan integrasi melalui JPH atau swasta.

Persediaan Sebelum Memasukkan Ternakan

1. Merumpai anak kayu dengan menggunakan racun rumpai yang tidak membunuh

rumput lembut 3 bulan sebelum lembu dimasukkan ke ladang.

2. Pelepah sawit disusun selang sebaris. Merumpai secara hamparan "carpet

spray" ditegah sama sekali.

3. Pihak Pengurusan ladang mesti diberi penerangan mengenai aturan pengurusan

ladang yang baru.

Page 63: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

4. Kaedah membaja secara mekanikal, melalui udara (kapal terbang), atau 'spinner

broadcaster' dan secara manual mestilah secara merata. Elakkan daripada baja

urea berketul-ketul. ditinggalkan di ladang secara terbuka.

Perolehan Ternakan

Ternakan dipilih daripada gerompok yang bebas penyakit @ ladang berakreditasi

iaitu ladang yang mempunyai sijil pengiktirafan daripada pihak veterinar yang

berkenaan.

Ternakan yang telah disaring dan bebas daripada penyakit Brucellosis, Johnes, TB

dan pemvaksinan HS telah dilakukan

Sijil kesihatan dan permit pindah dari JPH perlu ketika pemindahan lembu dibuat.

Ternakan yang sihat sahaja dimasukan ke ladang.

Pastikan induk pembiak subur dan boleh melahirkan anak.

Baka pejantan berfungsi dan anak jantan dari projek "greenlotting" tidak terbantut.

Berikan nombor pengenalan kepada setiap individu lembu. Pemasangan nombor di

kedua belah telinga digalakkan.

Pengharmonian Pengurusan Ladang Dengan Pengurusan Ternakan

1. Merangka petak pusingan ragutan di atas pelan ladang sawit.

2. Elakkan membuat kerja-kerja ladang didalam petak kawasan ragutan yang telah

dipasangkan pagar elektrik.

3. Elakkan pemasangan pagar eletrik merintang jalan utama atau jalan besar.

Pasangkan pagar eletrik di kawasan ragutan yang bersebelahan dengan

kandang utama untuk permulaan ragutan.

Penyerasian Lembu (Preconditioning)

Pasangkan pagar elektrik di bahagian dalam kandang tetap.

Masukkan lembu ke dalam kandang tersebut Hidupkan energizer (Voltage 8 kv ke

atas)

Pastikan setiap ekor lembu merasai kejutan arus eletrik daripada "polywire" yang

dipasang

Pancutan air garam, sisa kicap atau molases sebagai umpan dan selalu berdamping

dengan ternakan.

Page 64: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Perhatikan kelakuan ternakan dan asingkan ternakan yang liar, garang dan sakit

Sediakan PKC , bata garam dan air minuman dicampur 'anti-stress' untuk

mempercepatkan ternakan menjadi jinak. Ternakan biasanya akan serasi dalam masa

dua hari hingga satu minggu dan ianya tidak lagi menyentuh pagar elektrik.

Pemindahan Lembu ke Petak Ragutan

1. Pasangkan tiang dan "polywire" di kawasan petak ragutan bersebelahan sehari

sebelum ternakan dikeluarkan dari kandang

2. Pasangkan energizer kepada bateri 12 volt.

3. Jika perlu, pindahkan bekas minuman dan bata garam ke petak ragutan baru.

4. Pindahkan ternakan ke dalam petak ragutan baru.

5. Siapkan petak ragutan dengan memasang pagar elektrik dari set tambahan.

6. Kira jumlah ternakan semasa pemindahan ke petak baru.

7. Periksa petak lama untuk memastikan tiada lembu sakit atau anak-anak lembu

yang ketinggalan.

8. Pastikan setiap ekor lembu meragut rumput dengan baik.

Setiap ternakan di tanda dengan nombor pengenalan khas

Contoh energizer pagar elektrik

Page 65: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Contoh bateri dengan kuasa solar

Contoh kemudahan kandang/celung/cat/pasung

PENGURUSAN GEROMPOK

Pengurusan gerompok merupakan asas kepada perladangan PINTAR.Dayamaju

bidangusaha dan keberkesanan sistem, bergantung kepada kecekapan pengurusan

setiap gerompok. Pengurusan gerompok yang cekap dan sempurna mewujudkan

suasana stabil dan harmoni dengan pengurusan ladang kelapa sawit itu sendiri.

Pengurusan Gerompok Tertutup

Definisi "Gerompok tertutup" adalah satu keadaan dimana sesuatu kumpulan ternakan

tidak bercampur dengan mana-mana ternakan daripada luar, samada secara semulajadi

atau dilakukan secara tidak terkawal oleh pengusaha.

Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mengekalkan status gerompok tertutup

adalah seperti berikut :-

1. Amalan ini dilaksanakan selepas jumlah bilangan induk dipenuhi.

2. Tiada pergerakan ternakan lain keluar masuk, berhampiran dan bersentuhan

secara langsung dengan gerompok.

Page 66: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

3. Induk gantian dipilih daripada gerompok yang sama.

4. Kemasukan baka-baka gantian daripada sumber luar mengikut protokol

perolehan ternakan.

Pengurusan Pusingan Ragutan

Pusingan ragutan perlu diuruskan dengan baik untuk mengekalkan norma-norma

perladangan dan menjamin sumber bekalan makanan mencukupi serta berkekalan.

Aktiviti pengurusan pusingan ragutan adalah seperti berikut ;-

1. 100 ekor induk boleh meragut di kawasan seluas 5 hektar selama 1 hari

(kebiasaannya).Sesuatu pusingan ragutan lengkap selama 80- 90 hari.

2. Ternakan mesti dipindahkan ke petak berikutnya apabila ketinggian rumpai

kirakira 6 inci selepas diragut.

3. Selepas ternakan dipindahkan, pengembala memeriksa kawasan yang telah

diragut untuk memastikan tiada ternakan yang tertinggal dan membersihkan

rumpai yang tidak diragut.

4. Bekalan air bersih dan bata garam sentiasa mencukupi. Kerja-kerja

penyelenggaraan ladang, dilaksanakan selepas petak ragutan ditinggalkan tidak

kurang dari 5 hari.

Contoh rajah pusingan petak ragutan

Pengurusan Pembiakbakaan

Matlamat pembiakbakaan ialah untuk menghasilkan seekor anak yang sihat daripada

setiap ekor induk dalam tempoh 365 hari.

Page 67: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Pengurusan baka pejantan

1. Setiap ekor baka jantan yang dibeli berumur tidak kurang dari 3 tahun dan

mempunyai ciri-ciri libido yang tinggi.

2. Setiap baka pejantan hendaklah lulus ujian dayabiak (B.S.E) yang dilakukan oleh

JPH sekali setahun.

3. Setiap ekor baka pejantan yang tidak produktif, garang dan tidak dapat dikawal

perlu diasingsingkir.

Pengurusan pembiakan dan pembakaan

1. Nisbah baka pejantan dengan induk betina ialah 1 : 15 atau 20.

2. Lembu baka pejantan hendaklah ditukar setiap 3 tahun sekali.

3. Apabila berlaku keguguran hubungi Pegawai Perkhidmatan Haiwan yang

berdekatan untuk tindakan selanjutnya. Fetus dan sisa cairan dari keguguran

perlu ditanam sedalam 3 kaki dan disucihama dengan menggunakan kapur

4. Induk yang gagal melahirkan anak yang sihat seekor setahun dan yang kurang

memiliki sifat keibuan perlu ditakai.

Pengurusan Kesihatan Gerompok

Pengurusan kesihatan gerompok merangkumi segala aktiviti pencegahan penyakit

berjangkit (boleh mengurangkan produktiviti ternakan ) yang dirangka oleh pihak

Jabatan atau Pegawai Veterinar yang bertauliah.

1. Patuhi dan laksanakan segala aktiviti pencegahan penyakit yang termaktub di

dalam protokol kesihatan gerompok.

2. Ternakan yang sakit hendaklah diasingkan segera dan dirawat secara

berasingan.

3. Program pemberian ubatan berdasarkan kepada keperluan dan keadaan tertentu

(contoh. ubat cacing, nyah kutu dan pemberian antibiotik)

4. Tempoh luput antibiotik dan ubatan lain mengikut garis panduan pengeluar.

5. Sebarang kematian lembu mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa veterinar

terdekat dan bedah siasat dilakukan dengan sempurna. Bangkai mesti

dilupuskan dengan cara menanam sekurang-kurangnya dengan kedalaman 7

kaki.

Page 68: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

6. Penggunaan ubatan hanya yang diluluskan oleh pihak berkuasa dan

mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai yang bertauliah.

7. Sebarang kejadian wabak penyakit mestilah dilaporkan kepada Pejabat

Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran dalam tempoh 24 jam daripada tanda-

tanda penyakit yang dikesan.

Pengurusan Anak Lembu

1. Anak lembu yang baru lahir mestilah diperiksa bagi memastikan ianya tidak

cedera atau cacat semasa kelahiran.

2. Anak lembu mesti mendapat susu awal (kolostrum) dalam tempoh 4 jam pertama

selepas kelahiran.

3. Berikan pengenalan tetap pada setiap ekor anak lembu yang berumur satu

minggu.

4. Timbang setiap ekor anak lembu yang barulahir dan setiap enam bulan sekali.

5. Anak lembu yang sakit dan tidak ekonomik dirawat , bantut serta cacat mestilah

diasing singkir.

6. Asingkan anak lembu mengikut jantina kepadok yang berasingan selepas cerai

susu .

Pengurusan Lembu Dara dan Jantan Jaras

1. Pohon bantuan khidmat kepaka ran Jabatan Haiwan bagi memilih lembu dara

untuk dijadikan sebagai pengganti induk apabila berumur 18 bulan.

2. Lembu dara yang terpilih tidak dijual.

3. Pohon kepakaran jabatan untuk memilih lembu jantan muda bagi tujuan baka

pejantan.

4. Lembu jantan jaras yang terpilih sebagai baka pejantan perlu diurus dengan

baik.

5. Lembu jantan jaras yang tidak terpilih diasingkan dan digemukkan secara

"green-lot" atau dijual.

6. Pastikan lembu jantan jaras (muda) ini tidak menceroboh masuk ke dalam

kumpulan lembu dewasa.

7. Bagi jualan agigah dan korban, is perlu dimasukkan dalam kandang fidlot satu

hingga dua bulan sebelum jualan dan diberi makan PKC.

Page 69: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Pengurusan Data dan Rekod

Merekod adalah satu kaedah yang perlu diamalkan untuk menganalisa prestasi

pengurusan ternakan . Rekod mesti disimpan dan diselenggara dengan teratur. Rekod

yang perlu adalah seperti berikut :-

1. Rekod Kelahiran mempastikan setiap induk melahirkan anak dalam tempoh

setahun.

2. Rekod Kematian - mencatat kematian dan puncanya.

3. Rekod Ragutan Pusingan -mempastikan setiap padok digunapakai mengikut

jadual yang ditetapkan.

4. Rekod Timbangan - Mempastikan prestasi ternakan dapat diketahui melalui

kenaikan berat badannva.

5. Rekod Jualan - mempastikan prestasi bidangusaha dapat memberikan

keuntungan.

6. Rekod Pembelian - menilai dan membuat perbandingan semula kos ternakan.

7. Rekod Rawatan - Menilai semula punca dan sebab penyakit berlaku dan kos

perbelanjaan.

8. Rekod Aktiviti Harian - Mempastikan pengurusan dilaksanakan mengikut

perancangan.

Pengurusan Personel

1. Pekerja mestilah diberi latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa untuk

mengendalikan gerompok ternakan dan peralatan.

2. Pekerja mempunyai sifat penyayang, minat dan bertanggungjawab terhadap

ternakan.

3. Pekerja yang terlibat dengan ternakan mestilah bebas dari penyakit berjangkit

dan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.

4. Majikan digalakkan melindungi setiap pekerja dengan skim insuran.

5. Menggunakan pakaian dan peralatan kerja yang sesuai.

6. Majikan perlu menyediakan peti kecemasan untuk kegunaan pengembala.

Page 70: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

SISTEM BIDANG USAHA

Terdapat dua sistem pengeluaran lembu pedaging yang diamalkan di dalam

perladangan tanaman kekal. Sistem pengeluaran secara integrasi yang dimaksudkan

adalah seperti berikut :-

 1. Sistem Ibu-Anak (Cow-calf System).

2. Sistem Pembcsaran Anak Jantan (Bull Park System) / Betina (Heifer Park System).

Sistem Ibu-Anak

Sistem pemeliharaan ibu-anak yang dimaksudkan terdiri daripada induk, baka pejantan,

dan anak-anak yang dipelihara dan diurus di dalam gerompok yang sama. Hasil dari

sistem ini ialah anak jantan muda, anak betina muda yang dicerai susu (berumur >6

bulan atau berat > 100kg) dan lembu yang ditakai.

Parameter Teknikal

Parameter teknikal yang digunakan bagi sistem ini adalah seperti berikut :-

1. 100 ekor induk dan 5 ekor baka bagi setiap 400 hektar sawit berumur 5 tahun.

2. Kadar kelahiran ialah 70% setahun (minimum).

3. Kadar Kematian - Anak (bawah 6 bulan) tidak lebih 10% dan Gerompok tidak

melebihi 2% setahun.

4. 10% daripada induk disingkir setahun bermula dari tahun ke tiga. Induk

pengganti di pilih dari kumpulan yang sama.

5. Lembu baka pejantan hendaklah ditukar setiap 3 tahun sekali.

Kadar Takaian/Tukar

Bagi meningkatkan produktiviti gerompok, takaian ternakan tertentu perlu dilakukan dari

masa ke masa dan berpandukan kepada parameter berikut:-

1. Induk tidak produktif - pada kadar 10% setahun.

2. Baka pejantan - ditukar setiap 3 tahun.

3. Lembu Dara - 10% untuk gantian induk takai, dan 90% untuk ke kawasan

Page 71: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

baru.

4. Lembu Jantan Muda - 100% dikeluarkan ke kawasan baru

Sistem Pembesaran Anak Jantan/ betina

Sistem pemeliharaan lembu pedaging yang hanya melibatkan satu kategori atau kelas

ternakan. Terdiri daripada anak jantan muda atau anak betina (berumur > 6 bulan atau

berat > 100kg) dalam satu gerompok.

Parameter teknikal bagi sistem ini adalah seperti berikut:

1. Setiap gerompok mengandungi 250-300 ekor pejantan muda atau lembu betina muda

di kawasan seluas 400 hektar sawit yang berumur tidak kurang 5 tahun. (1 ekor : 1.5

hektar)

2. Purata kenaikan berat badan harian yang optimum. (anggaran 400g-500 g/hari)

3. Kadar kematian gerompok tidak melebihi 2% setahun.

4. Tempoh pemeliharaan bergantung kepada permintaan dan harga tertinggi di pasaran.

Hasil daripada sistem ini adalah seperti berikut :-

Sistem Pembesaran Anak Jantan (Bull Park)

1. Baka pejantan terpilih

2. Lembu pedaging (sembelih atau korban)

Sistem Pembesaran Anak Betina (Heifer Park)

1. Induk pembiak terpilih

2. Lembu pedaging (takai)

PERKHIDMATAN SOKONGAN VETERINAR

Kejayaan Pembangunan bidangusaha PINTAR komersil bergantung kepada

Perkhidmatan Sokongan Veterinar yang diberikan secara proaktif dimana perkhidmatan

diberikan dalam bentuk Lawatan Terancang Berjadual (LTJ). Secara keseluruhannya

Page 72: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

projek PINTAR telah dikelompokkan ke dalam beberapa zon kawasan tumpuan sasaran

(KTS). Perkhidmatan LTJ yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan berpusat

di 23 buah KTS Semenanjung Malaysia.

Objektif LTJ

1.Mewujudkan perhubungan erat antara pihak Jabatan dan pengusaha.

2. Mendidik pengusaha ke arah merancang dan melakukan kerja kerja secara

sistematik.

3.Pemindahan teknologi dan maklumat mutakhir dapat disalurkan dengan sempurna.

4.Pengusaha memperolehi pulangan pendapatan yang maksimum melalui penggunaan

sumber secara optimum.

Perkhidmatan LTJ diberikan melalui 23 KTS yang telah diwujudkan

Aktiviti LTJ

Aktiviti LTJ yang dijalankan menjuruskan kepada penambahbaikan sesuatu

bidangusaha, dimana satu jadual yang dirancang untuk satu tahun bagi setiap

gerompok. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :-

1.Program latihan dan pembangunan sumber manusia.

2.Program kesihatan dan kawalan penyakit.

3.Program Pembakaan.

Program Latihan Dan Pembangunan Sumber Manusia

Program ini dijalankan melalui beberapa kaedah atau pendekatan seperti berikut :-

Page 73: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

1.Taklimat, Kursus

2.Bengkel, Seminar

3.Lawatan Belajar

4.Tinjauan Teknologi

5.Demonstrasi (field day)

Perkara-perkara yang disampaikan meliputi segala aspek penternakan dan urusniaga

ternakan, berpandukan kurikulum yang telah dikhususkan untuk program ini.

Program Kesihatan Dan Kawalan Penyakit

Program ini bertujuan untuk mewujudkan gerompok yang bebas penya kit bagi

meningkat produktiviti bidangusaha. Bagi mengekalkan kesihatan ternakan berada

ditahap terbaik, tindakan proaktif yang biasa diamalkan adalah:-

1. Menilai keberkesanan pelaksanaan program kesihatan gerompok yang

dilaksanakan.

2. Melaksanakan penambahbaikan kepada program kesihatan gerompok yang

sedia ada termasuklah penggunaan teknologi terkini.

3. Menilai keberkesanan kos setiap aktiviti kawalan penyakit yang dilaksanakan.

Penilaian Prestasi Pembiak-bakaan

1.Menilai rekod kelahiran, kenaikan berat lahir dan rekod kematian.

2.Melaksanakan program pemeriksaan kebuntingan.

3.Membuat pemeriksaan BSE kepada lembu baka pejantan

Seminar pembangunan usahawan ternak

Page 74: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Penilaian Prestasi Pemakanan

1.Imbangan pemakanan (tenaga, protin, mineral) dikaji dari semasa ke semasa.

2.Penilaian bahan kering berbanding dengan jumlah stok ternakan semasa.

3.Penilaian prestasi keibuan terhadap anak yang belum dicerai susu

4.Penilaian norma ragutan berbanding prestasi ternakan pada gerompok tertentu

Penilaian Kualiti Genetik

1.Ternakan yang bermasalah dan tidak ekonomik dirawat, perlu ditakai.

2.Penggantian induk dan baka pejantan terpilih ke dalam gerompok.

Taklimat untuk CEO Syarikat Perladangan

PEMASARAN HASIL

Untung atau rugi bidangusaha bergantung kepada sejauhmana pengusaha dapat

memasarkan basil ladang mereka dengan cekap. Pemilihan saluran pemasaran

bergantung kepada skala dan lokasi sesuatu bidangusaha.

Pemasaran Am.

Terdapat beberapa produk yang dapat dihasilkan dalam projek integrasi. Antara yang

utama adalah;

1.Lembu Jantan (Jaras)

2.Lembu Pembiak (Induk)

3.Lembu Baka Pejantan

4.Lembu Singkiran

Corak Permintaan

Page 75: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Harga dan corak permintaan berubah mengikut selera pelanggan dan suasana semasa.

Pemasaran mesti diutamakan ketika masa permintaan tinggi agar pulangan hasil adalah

pada tahap tertinggi. Pada amnya permintaan dikawasan integrasi dapat dipecahkan

kepada tiga kumpulan utama iaitu:

1.Permintaan untuk Aqiqah dan Qurban.

2.Permintaan untuk kenduri-kendara.

3.Permintaan bagi tujuan pembiakan.

Pendekatan Pemasaran

Pendekatan utama dalam pemasaran adalah:

1.Mudah didapati sama ada dari segi kuantiti dan kualiti.

2.PerakuankesihatandariJabatanPerkhidmatan Haiwan.

3.Hubungan jalan yang sempurna

4.Kemndahan kandang yang baik.

Corak Jualan

Secara umumnya corak jualan dapat dibuat dalam 2 kaedah:

1.Jualan secara timbang.

2.Jualan secara borong.

Urusan Ternakan

Berat badan lembu akan menurun dengan ketara pada awal pemindahan disebabkan

beberapa faktor:

1.Stress semasa pengangkutan

2.Penukaran bahan makanan dan cara pengambilannya

Penurunan berat badan amat ketara pada minggu pertama kemasukan lembu ke

kandang. Perlu dipraktikkan penjualan lembu dapat dibuat seawal mungkin, pada hari

pertama kemasukan lembu ke kandang. hii bagi lembu untuk penjualan baka dan induk.

Page 76: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Lembu untuk jualan Qurban dan Aqiqah dipindahkan ke dalam kandang jualan

sekurang-kurangnya 6 atau 8 minggu awal dari tarikh pemasaran. Rawatan kutu dan

cacing perlu dibuat. Kaedah ini akan menambah nilai serta mencantikkan lembu semasa

jualan. Lembu boleh diberikan makanan PKC atau rincihan pelepah sawit dan rumput

dipotong. Lembu yang tidak mahu makan dan kalah dalam kumpulan, hendaklah diasing

dan disimpan dalam padok di luar kandang mengikut keadaan pemeliharaan normal

seperti di luar lapangan.

Jualan Terus Kepada Peraih / Pelanggan

Jualan terus adalah satu sistem pemasaran tradisi, dimana jualan ternakan berlaku

dalam jumlah yang sedikit. Kebiasaannya jualan dibuat secara borong dan harganya

bergantung kepada persetujuan pengusaha dan peraih. Proses jualan ini kurang

menguntungkan pengusaha kerana kaedah ini tidak berpandukan kepada keuntungan

yang maksimum tetapi lebih mirip kepada penyelesaian masalah semasa.

Oleh yang demikian adalah perlu diujudkan satu sistem pemasaranyanglebih adil dan

menguntungkan pengusaha dan peraih. Salah satu daripada usaha penyelesaiannya

adalah mcngujudkan Pusat Jualan Ternakan (PJT) di lokasi yang strategik bagi

membantu pemasaran ruminan.

Pemasaran melalui Pusat Jualan Ternakan (PJT)

Dari sudut perancangan, setiap projek KTS mempunyai sebuah Pusat Jualan Ternakan

(PJT). Beberapa PJT akan dibangunkan oleh Kerajaan dan bakinya akan dibangunkan

oleh pihak swasta. Kini terdapat dua PJT yang telah dibangunkan, iaitu di KTS Jempol

dan KTS Jengka, dan sebuah lagi dalam tempoh RMK-8, yang akan dibangunkan di

KTS Mersing. Setiap KTS akan dirangkaikan dengan sistem komputer ke satu laman

web. Dengan demikian, adalah diharapkan sistem ini dapat mempermudahkan pasaran

hasil ladang dan lembu pedaging boleh dijual melalui e-dagang.

PJT ini juga akan berfungsi sebagai "one stop center" untuk pelbagai input dan

keperluan industri. Perkhidmatan Al, bekalan ubatan, makanan tambahan, kelengkapan

pagar elektrik, dan perkhidmatan veterinar boleh diperolehi di PJT ini. Karnival seperti

"livestock shows" dan "field days" boleh diadakan di lokasi yang sama, sebagai usaha

mempertingkatkan kemajuan industri. Aktiviti pertandingan ternakan ini juga dijangka

Page 77: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

akan menjadi tarikan pelancong dalaman sejajar dengan konsep Agrotourism.

Penglibatan penternak kecil dalam aktiviti ini sudah pasti mampu mempertingkatkan

pendapatan mereka.

Ternakan diurus secara intensif di PJTR

EKONOMI BIDANGUSAHA

Satu model bidangusaha penternakan lembu pedaging integrasi sistem ibu-anak dengan

kapasiti 100 ekor induk dalam kawasan 400 hektar ladang kelapa sawit dipaparkan

untuk menunjukkan daya maju teknikal dan kewangan bagi tempoh projek selama 10

tahun.

SISTEM PENTERNAKAN GREENLOT

Aliran Fizikal Ternakan

Satu model bidangusaha penternakan anak jantan atau anak betina dengan kapasiti 250

ekor dipelihara dalam ladang kelapa sawit seluas 400 hektar dipaparkan untuk

menunjukkan daya keberuntungan. Anak lembu lepas cerai susu (umur 6-8 bulan)

diasingkan dalam satu gerompok dipelihara selama lebih kurang 12 bulan. Ternakan

dipelihara secara ekstensif, meragut bergiliran dan dikawal dengan pagar letrik.

Rawatan dan pemberian garam- vitamin dilakukan secara berkala.

Page 78: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Kos Pelaburan

Projek ini memerlukan pelaburan awal sebanyak RM37,700 untuk mengadakan

kandang-celung, caravan, set pagar letrik mudah alih, alat penimbang, tangki dan pam

air, motortrailer dan lain-lain.

KOS OPERASI

Kos operasi utama dalam bidangusaha ini adalah pembelian anak lembu. Untuk

memperolehi 250 ekor anak lembu lepas cerai susu, projek memerlukan RM125,000.

Lain-lain kos yang terlibat adalah pembelian garam-vitamin, rawatan, utiliti, pembaikan

dan alatganti, upah buruh, kos pengurusan dan sebagainya berjumlah RM27,100 bagi

satu gerompok setahun.

AMALAN PENTERNAKAN YANG BAIK

Sebuah buku panduan khusus mengenai amalan penternakan yang baik (good animal

husbandry practices-GAHP) ini dikeluarkan oleh Jabatan secara berasingan. Para

pengusaha digalakkan memiliki naskah tersebut serta berusaha mengamalkan prinsip-

prinsip yang terkandung di dalamnya. Penjelasan berikutnya mengambil perkara-

perkara pokok yang terdapat dalam buku tersebut yang mana boleh dijadikan panduan

awal untuk melaksanakan GAHP di ladang masing-masing.

Pengurusan Ternakan

Mengamalkan proses cerai susu, mengikut kaedah yang praktikal dan tidak

memudaratkan ternakan.

Anak-anak pejantan muda dipindah berasingan daripada kumpulan ibu-anak yang

asal.

Pemeriksaan kualiti baka pejantan dilakukan dari semasa ke semasa.

Mengadakan program pemeriksaan kesuburan ternakan secara berkala.

Mengamalkan konsep gerompok tertutup.

Aktiviti keluar-masuk pelawat ke ladang dikawal dan mematuhi prosedur pembasmian

(disinfection) penyakit.

Baka pejantan diganti dengan yang baru setiap 3 tahun.

Page 79: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Nisbah baka pejantan dengan betina 1:20 dan digalakkan mempunyai 3 ekor baka

pejantan bagi bilangan induk 40 ekor.

Ternakan yang baru diterima perlulah direhatkan dalam kandang selama 3 hari

sebelum melakukan sebarang aktiviti terhadapnya. Selama dalam tempoh berkenaan,

air bersih, makanan secukupnya, garam galian dan antistress diberikan.

Rawatan Ternakan Dan Kesihatan Gerompok

Pengusaha tidak dibenarkan melakukan rawatan ternakan kecuali rawatan kecil.

Ternakan tidak boleh dijual untuk disembelih, selagi ternakan tersebut masih dalam

lingkungan tarikh luput rawatan (withdrawal period).

Ubatan dan peralatan perlu disimpan dan diselenggara dengan balk serta mengikuti

tatacara simpanan yang berkaitan.

Melaksanakan program kesihatan gerompok sepenuhnya (100%) dan berpandukan

kepada Program Kesihatan Gerompok yang disediakan oleh JPH.

Makanan Dan Pemakanan

Bata garam sentiasa diberikan.

Sebelum dimasukkan ternakan ke satu-satu petak, pastikan tiada tumbuhan yang

beracun di petak tersebut.

Ternakan diubah petak ragutan apabila rumpai di dalam kawasan yang sedang

diragut tinggal 6 inci sahaja.

Kadar stok ternakan pada purata 1:4 hektar, pengurangan stok dilakukan dari

semasa ke semasa apabila bahan makanan menurun (apabila umur sawit meningkat)

dan penurunan purata susuk badan ternakan kepada 3 (body score).

Rekod

Setiap ternakan diberikan dua nombor pengenalan dan dipasang kepada kedua

belah telinga.

Gunakan sistem merekod dan mencatat maklumat yang mudah untuk diamalkan dan

praktikal.

Rekod-rekod perlu dikemaskini dan disimpan di tempat yang sesuai dan selamat.

Page 80: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Pengambilan sampel darah untuk saringan penyakit di lakukan secara berkala

SKIM AKREDITASI LADANG TERNAKAN

Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT) adalah merupakan satu skim persijilan

bidangusaha PINTAR yang telah berjaya melaksanakan Amalan Penternakan Yang

Baik (GAHP). Penganugerahan sijil ini juga merupakan satu pengiktirafan Jabatan

terhadap bidangusaha berkenaan, terutamanya mengenai keadaan bebas penvakit

seperti Brucellosis.

Sungguh pun penyertaan bidangusaha ke dalam skim ini adalah merupakan secara

sukarela, tetapi ladang-ladang yang berjaya boleh menggunakan kekuatan ini dalam

pemasaran hasil bidangusaha. Dengan demikian semua bidangusaha PINTAR yang

komersil amat digalakkan menyertai skim ini.

Penganugerahan

Proses pendaftaran bidangusaha yang menyertai skim ini akan dilakukan oleh Urusetia

Skim, setelah permohonan untuk menyertai skim diterima. Pihak Jabatan akan

melaksanakan pengauditan, dengan berpandukan kepada satu senarai semak yang

scragam ke premis bidangusaha, setahun sekali.

Penganugerahan sijil ini bukan sesuatu yang mutlak. Setelah menerima sijil, premis

akan tetap diaudit dari semasa ke semasa. Penganugerahan akan ditarikbalik apabila

mana-mana piawaian yang ditetapkan gagal dikekalkan, misalnya berlaku jangkitan

Brucellosis.

Satu buku panduan khusus mengenai SALT akan dikeluarkan oleh Jabatan secara

berasingan. Para pengusaha digalakkan mendapatkan naskah tersebut serta berusaha

mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung didalamnya.

Page 81: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Penjelasan di atas mengambil perkara-perkara pokok yang terdapat dalam tulisan

tersebut yang mana boleti dijadikan panduan awal untuk melaksanakan SALT di ladang

masing-masing.

3.15. Penanaman tebu

Tebu..tebu..tebu...kalau tahu pasal tebu dan rajin pula boleh buat duit nih. Tapi

bagi mereka yang tak tahu boleh lah dapatkan artikel-artikel mengenainya. Tak rugi

kalau memcuba bisnes tebu nih sebab pasarannya besar. Tengok kes isu kekurangan

gula hari tu....kecoh satu Malaysia hingga Perdana Menteri sendiri sound... So, kepada

individu yang berminat,cuba-cubalah mengusahakannya..Mana tahu boleh jadi jutawan

gula pulak...

BUDIDAYA TANAMAN TEBU

A. SYARAT PERTUMBUHAN

1.1. Iklim

a) Hujan yang merata diperlukan setelah tanaman berumur 8 bulan dan kebutuhan ini

berkurang sampai menjelang panen.

b) Tanaman tumbuh baik pada daerah beriklim panas dan lembab. Kelembaban yang

baik untuk pertumbuhan tanaman ini > 70%

c) Suhu udara berkisar antara 28-34 derajat C.

1.2. Media Tanam

a) Tanah yang terbaik adalah tanah subur dan cukup air tetapi tidak tergenang

b) Jika ditanam di tanah sawah dengan irigasi pengairan mudah di atur tetapi jika

ditanam di ladang/tanah kering yang tadah hujan penanaman harus dilakukan di musim

hujan.

1.3. Ketinggian Tempat

Page 82: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Ketinggian tempat yang baik untuk pertumbuhan tebu adalah 5-500 m dpl.

II. PEDOMAN TEKNIS BUDIDAYA

2.1. Pembibitan

Bibit yang akan ditanam berupa

(1) bibit pucuk,

(2)bibit batang muda,

(3) bibit rayungan dan

(4) bibit siwilan

a) Bibit pucuk

Bibit diambil dari bagian pucuk tebu yang akan digiling berumur 12 bulan. Jumlah mata

(bakal tunas baru) yang diambil 2-3 sepanjang 20 cm. Daun kering yang membungkus

batang tidak dibuang agar melindungi mata tebu.

Biaya bibit lebih murah karena tidak memerlukan pembibitan, bibit mudah diangkut

karena tidak mudah rusak, pertumbuhan bibit pucuk tidak memerlukan banyak air.

Penggunaan bibit pucuk hanya dapat dilakukan jika kebun telah berporduksi.

b) Bibit batang muda

Dikenal pula dengan nama bibit mentah / bibit krecekan. Berasal dari tanaman berumur

5-7 bulan. Seluruh batang tebu dapat diambil dan dijadikan 3 stek. Setiap stek terdiri

atas 2-3 mata tunas. Untuk mendapatkan bibit, tanaman dipotong, daun pembungkus

batang tidak dibuang. 1 hektar tanaman kebun bibit bagal dapat menghasilkan bibit

untuk keperluan 10 hektar.

c) Bibit rayungan (1 atau 2 tunas)

Bibit diambil dari tanaman tebu khusus untuk pembibitan berupa stek yang tumbuh

tunasnya tetapi akar belum keluar. Bibit ini dibuat dengan cara:

Page 83: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

1. Melepas daun-daun agar pertumbuhan mata tunas tidak terhambat

2. Batang tanaman tebu dipangkas 1 bulan sebelum bibit rayungan dipakai.

3. Tanaman tebu dipupuk sebanyak 50 kg/ha

Bibit ini memerlukan banyak air dan pertumbuhannya lebih cepat daripada bibit bagal. 1

hektar tanaman kebun bibit rayungan dapat menghasilkan bibit untuk 10 hektar areal

tebu.

Kelemahan bibit rayungan adalah tunas sering rusak pada waktu pengangkutan dan

tidak dapat disimpan lama seperti halnya bibit bagal.

d) Bibit siwilan

Bibit ini diambil dari tunas-tunas baru dari tanaman yang pucuknya sudah mati.

Perawatan bibit siwilan sama dengan bibit rayungan.

2.2. Pengolahan Media Tanam

Terdapat dua jenis cara mempersiapkan lahan perkebunan tebu yaitu cara reynoso dan

bajak.

2.2.1. Persiapan

Disebut juga dengan cara Cemplongan dan dilakukan di tanah sawah. Pada cara ini

tanah tidak seluruhnya diolah, yang digali hanya lubang tanamnya

2.2.2. Pembukaan Lahan

a) Pada lahan sawah dibuat petakan berukuran 1.000 m2. Parit membujur, melintang

dibuat dengan lebar 50 cm dan dalam 50 cm. Selanjutnya dibuat parit keliling yang

berjarak 1,3 m dari tepi lahan.

b) Lubang tanam dibuat berupa parit dengan kedalaman 35 cm dengan jarak antar

lubang tanam (parit) sejauh 1 m. Tanah galian ditumpuk di atas larikan diantara lubang

tanam membentuk guludan. Setelah tanam, tanah guludan ini dipindahkan lagi ke

tempat semula.

Page 84: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

2.3. Teknik Penanaman

2.3.1. Penentuan Pola Tanam

Umumnya tebu ditanam pada pola monokultur pada bulan Juni-Agustus (di tanah

berpengairan) atau pada akhir musim hujan (di tanah tegalan/sawah tadah hujan).

Terdapat dua cara bertanam tebu yaitu dalam aluran dan pada lubang tanam. Pada cara

pertama bibit diletakkan sepanjang aluran, ditutup tanah setebal 2-3 cm dan disiram.

Cara ini banyak dilakukan dikebun Reynoso. Cara kedua bibit diletakan melintang

sepanjang solokan penanaman dengan jarak 30-40 cm. Pada kedua cara di atas bibit

tebu diletakkan dengan cara direbahkan.

Bibit yang diperlukan dalam 1 ha adalah 20.000 bibit.

2.3.2. Cara Penanaman

Sebelum tanam, tanah disiram agar bibit bisa melekat ke tanah.

a) Bibit stek (potongan tebu) ditanam berimpitan secara memanjang agar jumlah anakan

yang dihasilkan banyak. Dibutuhkan 70.000 bibit stek/ha.

b) Untuk bibit bagal/generasi, tanah digaris dengan kedalaman 5-10 cm, bibit

dimasukkan ke dalamnya dengan mata menghadap ke samping lalu bibit ditimbun

dengan tanah.

Untuk bibit rayungan bermata satu, bibit dipendam dan tunasnya dihadapkan ke

samping dengan kemiringan 45 derajat, sedangkan untuk rayungan bermata dua bibit

dipendam dan tunasnya dihadapkan ke samping dengan kedalaman 1 cm.

Satu hari setelah tanam lakukan penyiraman jika tidak turun hujan. Penyiraman ini tidak

boleh terlambat tetapi juga tidak boleh terlalu banyak.

3.4. Pemeliharaan Tanaman

2.4.1. Penjarangan dan Penyulaman

Page 85: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

a) Sulaman pertama untuk tanaman yang berasal dari bibit rayungan bermata satu

dilakukan 5-7 hari setelah tanam. Bibit rayungan sulaman disiapkan di dekat tanaman

yang diragukan pertumbuhannya. Setelah itu tanaman disiram. Penyulaman kedua

dilakukan 3-4 minggu setelah penyulaman pertama.

b) Sulaman untuk tanaman yang berasal dari bibit rayungan bermata dua dilakukan tiga

minggu setelah tanam (tanaman berdaun 3-4 helai). Sulaman diambil dari persediaan

bibit dengan cara membongkar tanaman beserta akar dan tanah padat di sekitarnya.

Bibit yang mati dicabut, lubang diisi tanah gembur kering yang diambil dari guludan,

tanah disirami dan bibit ditanam dan akhirnya ditimbun tanah. Tanah disiram lagi dan

dipadatkan.

c) Sulaman untuk tanaman yang berasal dari bibit pucuk. Penyulaman pertama

dilakukan pada minggu ke 3. Penyulaman kedua dilakukan bersamaan dengan

pemupukan dan penyiraman ke dua yaitu 1,5 bulan setelah tanam. Kedua penyulaman

ini dilakukan dengan cara yang sama dengan point (b) di atas.

d) Penyulaman ekstra dilakukan jika perlu beberapa hari sebelum pembumbunan ke 6.

Adanya penyulaman ekstra menunjukkan cara penanaman yang kurang baik.

e) Penyulaman bongkaran. Hanya boleh dilakukan jika ada bencana alam atau

serangan penyakit yang menyebabkan 50% tanaman mati.

Tanaman sehat yang sudah besar dibongkar dengan hati-hati dan dipakai menyulan

tanaman mati. Kurangi daun-daun tanaman sulaman agar penguapan tidak terlalu

banyak dan beri pupuk 100-200 Kg/ha.

2.4.2. Penyiangan

Penyiangan gulma dilakukan bersamaan dengan saat pembubunan tanah dan dilakukan

beberapa kali tergantung dari pertumbuhan gulma. Pemberantasan gulma dengan

herbisida di kebun dilaksanakan pada bulan Agustus sampai November dengan

campuran 2-4 Kg Gesapas 80 dan 3-4 Kg Hedanol power.

2.4.3. Pembubunan

Page 86: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Sebelum pembubunan tanah harus disirami sampai jenuh agar struktur tanah tidak

rusak.

a) Pembumbunan pertama dilakukan pada waktu umur 3-4 minggu. Tebal bumbunan

tidak boleh lebih dari 5-8 cm secara merata. Ruas bibit harus tertimbun tanah agar tidak

cepat mengering.

b) Pembumbun ke dua dilakukan pada waktu umur 2 bulan.

c) Pembumbuna ke tiga dilakukan pada waktu umur 3 bulan.

2.4.4. Perempalan

Daun-daun kering harus dilepaskan sehingga ruas-ruas tebu bersih dari daun tebu

kering dan menghindari kebakaran. Bersamaan dengan pelepasan daun kering, anakan

tebu yang tidak tumbuh baik dibuang. Perempalan pertama dilakukan pada saat 4 bulan

setelah tanam dan yang kedua ketika tebu berumur 6-7 bulan.

2.4.5. Pemupukan

Pemupukan dilakukan dua kali yaitu (1) saat tanam atau sampai 7 hari setelah tanam

dengan dosis 7 gram urea, 8 gram TSP dan 35 gram KCl per tanaman (120 kg urea,

160 kg TSP dan 300 kg KCl/ha).dan (2) pada 30 hari setelah pemupukan ke satu

dengan 10 gram urea per tanaman atau 200 kg urea per hektar.

Pupuk diletakkan di lubang pupuk (dibuat dengan tugal) sejauh 7-10 cm dari bibit dan

ditimbun tanah. Setelah pemupukan semua petak segera disiram supaya pupuk tidak

keluar dari daerah perakaran tebu. Pemupukan dan penyiraman harus selesai dalam

satu hari.

Agar rendeman tebu tinggi, digunakan zat pengatur tumbuh seperti Cytozyme (1 liter/ha)

yang diberikan dua kali pada 45 dan 75 hst.

2.4.6. Pengairan dan Penyiraman

Pengairan dilakukan dengan berbagai cara:

a) Air dari bendungan dialirkan melalui saluran penanaman.

Page 87: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

b) Penyiraman lubang tanam ketika tebu masih muda. Waktu tanaman berumur 3 bulan,

dilakukan pengairan lagi melalui saluran-saluran kebun.

c) Air siraman diambil dari saluran pengairan dan disiramkan ke tanaman.

d) Membendung got-got sehingga air mengalir ke lubang tanam.

Pengairan dilakukan pada saat:

a) Waktu tanam

b) Tanaman berada pada fase pertumbuhan vegetatif

c) Pematangan.

2.5. Hama dan Penyakit

2.5.1. Hama

a) Penggerek batang bergaris (Proceras cacchariphagus), penggerek batang berkilat

(Chilitrae auricilia), penggerek batang abu-abu (Eucosma schismacaena), penggerek

batang kuning (Chilotraea infuscatella), penggerek batang jambon (Sesmia inferens)

Gejala: daun yang terbuka mengalami khlorosis pada bagian pangkalnya; pada

serangan hebat, bentuk daun berubah, terdapat titik-titik atau garis-garis berwarna

merah di pangkal daun; sebagian daun tidak dapat tumbuh lagi; kadang-kadang batang

menjadi busuk dan berbau tidak enak. Pengendalian: dengan suntikan insektisida

Furadan 3G (0,5 kg/ha) pada waktu tanaman berumur 3-5 bulan. Suntikan dilakukan jika

terdapat 400 tanaman terserang dalam 1 hektar.

b) Tikus

Pengendalian: dengan gropyokan secara bersama atau pengemposan belerang pada

lubang yang dihuni tikus.

2.5.2. Penyakit

a) Pokkahbung

Penyebab: Gibbrela moniliformis. Bagian yang diserang adalah daun, pada stadium

lanjut dapat menyerang batang. Gejala: terdapat noda merah pada bintik khlorosis di

Page 88: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

helai daun, lubang-lubang yang tersebar di daun, sehingga daun dapat robek, daun

tidak membuka (cacat bentuk), garis-garis merah tua di batang, ruas membengkak.

Pengendalian: memakai bibit resisten, insektisida Bulur Bordeaux 1% dan

pengembusan tepung kapur tembaga.

b) Dongkelan

Penyebab: jamur Marasnius sach-hari Bagian yang diserang adalah jaringan tanaman

sebelah dalam dan bibit di dederan/persemaian. Gejala: tanaman tua dalam rumpun

mati tiba-tiba, daun tua mengering, kemudian daun muda, warna daun menjadi hijau

kekuningan dan terdapat lapisan jamur seperti kertas di sekeliling batang. Pengendalian:

tanah dijaga agar tetap kering.

c) Noda kuning

Penyebab: jamur Cercospora kopkei . Bagian yang diserang daun dan bagian-bagaian

dengan kelembaban tinggi. Gejala: noda kuning pucat pada daun muda yang berubah

menjadi kuning terang. Timbul noda berwarna merah darah tidak teratur; bagian bawah

tertutup lapisan puiih kotor. Helai daun mati berwarna agak kehitaman. Pengendalian:

adalah dengan memangkas dan membakar daun yang terserang. Kemudian

menyemprot dengan tepung belerang ditambah kalium permanganat.

d) Penyakit nanas

Penyebab: adalah jamur Ceratocytis paradoxa. Bagian yang diserang adalah bibit yang

telah dipotong. Gejala: warna merah bercampur hitam pada tempat potongan, bau

seperti buah nanas. Pengendalian: luka potongan diberi ter atau desinfeksi dengan

0,25% fenylraksa asetat.

e) Noda cincin

Bagian yang diserang daun, lebih banyak di daerah lembab daripada daerah kering.

Penyebab: jamur Heptosphaeria sacchari, Helmintosporium sachhari, Phyllsticta

saghina. Gejala: noda hijau tua di bawah helai daun, bagian tengah noda menjadi

coklat; pada serangan lanjut, warna coklat menjadi jernih, daun kering. Pengendalian:

mencabut tanaman sakit dan membakarnya.

f) Busuk bibit

Page 89: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Bagian yang diserang adalah bibit dengan gejala tanaman kekuningan dan layu.

Penyebab: bakteri. Gejala: bibit yang baru ditanam busuk dan buku berwarna abu-abu

sampai hitam. Pengendalian: menanam bibit sehat, perbaikan sistim pembuangan air

yang baik, serta tanah dijaga tetap kering.

g) Blendok

Bagian yang diserang adalah daun tanaman muda berumur 1,5-2 bulan pada musim

kemarau. Penyebab: Xanthomonas albilicans. Gejala: terdapat pada khlorosis pada

daun; pada serangan hebat seluruh daun bergaris hijau dan putih; titik tumbah dan

tunas berwarna merah. Pengendalian: Menanam bibit resisten (2878 POY, 3016 POY),

Lakukan desinfeksi para pemotong bibit, merendam bibit dalam air panas 52,5oC dan

lonjoran bibit dijemur 1-2 hari.

h) Virus mozaik

Penyebab: Virus. Pengendalian: menjauhkan tanaman inang, bibit yang sakit dicabut

dan dibakar.

2.6. Panen

2.6.1. Ciri dan Umur Panen

Umur panen tergantung dari jenis tebu:

a) Varitas genjah masak optimal pada < 12 bulan

b) Varitas sedang masak optimal pada 12-14 bulan

c) Varitas dalam masak optimal pada > 14 bulan.

Panen dilakukan pada bulan Agustus pada saat rendeman (persentase gula tebu)

maksimal dicapai.

2.6.2. Cara Panen

a) Mencangkul tanah di sekitar rumpun tebu sedalam 20 cm.

b) Pangkal tebu dipotong dengan arit jika tanaman akan ditumbuhkan kembali. Batang

dipotong dengan menyisakan 3 buku dari pangkal batang.

Page 90: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

c) Mencabut batang tebu sampai ke akarnya jika kebun akan dibongkar. Potong akar

batang dan 3 buku dari permukaan pangkal batang.,

d) Pucuk dibuang.

e) Batang tebu diikat menjadi satu (30-50 batang/ikatan) untuk dibawa ke pabrik untuk

segera digiling

Panen dilakukan satu kali di akhir musim tanam.

2.6.3. Perkiraan Produksi

Hasil Tebu Rakyat Intensifikasi I di tanah sawah adalah 120 ton/ha dengan rendemen

gula 10% sedangkan hasil TRI II di tanah sawah adalah 100 ton dengan rendemen 9%.

Di tanah tegalan produksi tebu lebih rendah lagi yaitu pada TRI I tegalan adalah 90

ton/ha dan pada TRI II tegalan sebesar 80 tom/ha.

2.7. Pascapanen

2.7.1. Pengumpulan

Hasil tanam dari lahan panen dikumpulkan dengan cara diikat untuk dibawa ke

pengolahan.

2.7.2. Penyortiran dan Penggolongan

Syarat batang tebu siap giling supaya rendeman baik:

a) Tidak mengandung pucuk tebu

b) Bersih dari daduk-daduk (pelepah daun yang mengering)

c) Berumur maksimum 36 jam setelah tebang.

Page 91: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

4.0 Kepentingan Pertanian Alternatif Kepada Negara

Walaupun pengeluaran hasil eksport Malaysia banyak bergantung pada barangan

elektrik dan elektronik, tetapi negara kita perlu terus mengeluarkan barangan

berasaskan pertanian untuk keperluan tempatan ataupun dipasarkan ke luar negara.

Apabila Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan tahun

depan, bermakna komoditi pertanian kita akan bergerak bebas dalam ASEAN dan

persaingan dari segi pengeluaran bahan makanan juga akan bertambah.

Bagaimanapun kesedaran tinggi untuk menjaga tahap kesihatan dan memelihara

alam sekitar sekarang, demi kesejahteraan rakyat dan negara dalam jangka masa

panjang, bagaikan mendesak pasaran bahan makanan perlu kembali kepada aktiviti

pertanian organik.

Kementerian Pertanian yang bertanggungjawab dalam sektor pengeluaran bahan

makanan negara menyedari untuk mewujudkan aktiviti ladang organik secara satu

sistem pertanian.Sebab itu, jika kita tidak meningkatkan pengeluaran pertanian

komersial secara konvensional, pengeluar bahan makanan di negara ini akan

menghadapi persaingan pasaran yang sengit. Tetapi pertanian organik boleh membantu

menyumbangkan ke arah berdaya saing sektor pertanian di negara ini. Dengan itu ia

patut diberi perhatian yang lebih serius dan berada dalam arus perdana pertanian

negara ini.

Persoalannya bagaimana kita hendak mengklasifikasikan hasil pertanian itu sebagai

organik atau menggunakan bahan-bahan kimia. Ini kerana selama ini, kita tidak

membentuk sistem pemantauan yang membolehkannya diiktiraf sebagai organik. Ada

ciri-ciri tertentu yang harus dipatuhi sebelum sesuatu ladang itu boleh dianggap sebagai

organik. Misalnya penggunaan amalan pertanian yang baik dengan menggunakan

kompos, sisa baki pertanian, baja organik untuk pengeluaran tanaman, pengawalan

perosak dan penyakit dijalankan secara amalan kultura, pengurusan biologi dan

penyelenggaraan ladang diusahakan di bawah sistem perladangan organik.

Menurut Menteri Pertanian, Datuk Dr. Mohd. Effendi Norwawi ketika merasmikan

Seminar Skim Persijilan Perladangan Organik di Kuala Lumpur negara kita kaya

dengan sumber alam semula jadi yang boleh dimanfaatkan sebagai input untuk

perladangan organik.

Sebagai contoh katanya, hasil buangan tandan kosong kelapa sawit, jerami padi dan

Page 92: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

buangan bahan tanaman lain boleh dikitar semula sebagai kompos dengan

menggunakan mikroorganisma tempatan dan digunakan sebagai bahan input dalam

perladangan organik, dengan syarat ia menepati piawaian yang ditetapkan.

``Di sinilah pihak kerajaan boleh dan sedang memainkan peranan yang aktif dengan

menggubal standard perladangan organik yang diterima oleh masyarakat antarabangsa

dan seterusnya melaksanakan Skim Persijilan Ladang Organik (SPPO),'' katanya.

Dengan sumber dan faktor yang sedia ada, negara ini boleh memajukan

perladangan organik. Faktor Pertama dari segi sumber tanaman, terdapat 400,000

hektar ladang atau kebun diusahakan oleh petani di kampung yang tidak menggunakan

baja atau racun kimia seperti tanaman rambutan dan manggis. Melalui usaha yang

minimum, kebun-kebun ini boleh dijadikan ladang organik.

Faktor kedua, piawaian perladangan organik MS 1529 (Standard Malaysia bagi

Pengeluaran Bahan Makanan Berasaskan Organik) telah digubal dan diguna pakai.

Dokumen ini menghurai piawaian yang patut diikuti untuk perladangan organik seperti

pengeluaran, pemprosesan, pelabelan dan pemasaran.

Faktor ketiga ialah teknologi Natural Farming (perkebunan semula jadi). Dengan

menggunakan mikroorganisma dan bahan buangan tempatan yang senang diperoleh, ia

akan dapat mengurangkan kos pengeluaran dan membolehkan bahan makanan organik

dijual pada harga yang mampu dibeli oleh kebanyakan pengguna.

Mengikut Jabatan Pertanian, pengusaha pertanian yang menepati piawaian MS

1529 akan diiktiraf dan menerima sijil SPPO. Piawaian ini menggariskan keperluan yang

berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, melabel

dan pemasaran bahan makanan organik.

Pengeluar bahan makanan yang mendapat skim persijilan ini akan memperoleh

faedah berupa hak menggunakan logo `Malaysian Organic' atau `Organik Malaysia'

pada produk mereka. Dengan label ini, produk tersebut boleh dipasarkan sebagai

produk organik dengan harga yang setimpal.

Pengguna juga memperoleh faedahnya dengan mendapat keyakinan bahawa produk

yang mempunyai logo tersebut telah mematuhi piawaian organik negara MS 1529. Satu

perkara yang perlu ditekankan ialah perladangan organik tidak akan menggantikan

perladangan secara konvensional. Ia patut dilihat sebagai alternatif kepada hasil

keluaran dari perladangan konvensional.

Page 93: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Bagi menjayakan usaha ini, isu-isu seperti kemudahan pinjaman, pemasaran,

penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan pengguna perlu diselesaikan supaya

ia boleh membawa kepada kemajuan perladangan organik.

5.0 Rumusan

Usaha bagi mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi lebih moden,

dinamik dan berdayasaing akan diteruskan. Usaha sedemikian ini amat penting

memandangkan pasaran global akan mengalami liberalisasi perlagangan akibat

pelaksanaan AFTA dan rundingan WTO. Hasil pengeluaran pertanian dan produk yang

diproses negara kita perlu mempunyai kecekapan kos dan berkualiti supaya dapat

bersaing dengan keluaran daripada negara-negara pengeluar yang lain. Sektor

pertanian yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing akan juga menjamin petani,

penternak dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi dan stabil.

Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan juga

berusaha membangunkan industri asas tani dengan menggunakan pendekatan

kelompok. Pendekatan pembangunan berdasarkan kepada kelompok merupakan

pendekatan yang diutamakan dalam IMP2 dan juga DPN3. Berasaskan kepada

pendekatan ini, industri asas tani akan dibangunkan secara bersepadu di mana

pengeluaran bahan-bahan mentah dan produk hiliran akan dilaksanakan di kawasan

yang sama. Selain daripada itu, aktiviti sampingan yang berkaitan dengan industri

berkenaan akan juga digalakkan.

Sektor pertanian dan industri asas tani perlu mengalami transformasi untuk menjadikan

sektor ini lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Usaha-usaha seperti berikut sedang

dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani:

(i)    Transformasi Ladang

Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran

yang tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek

kelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal

Pengeluaran Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam

skim-skim ini, Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan

supaya keluaran pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat

Page 94: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

dimakan. Program Plantation Integration Areas (TAC) juga dilaksanakan bagi

mengoptimumkan penggunaan kawasan perladangan bagi menjanakan hasil

sampingan dengan ternakan lembu.

(ii)    Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan Mekanisasi, Otomasi Dan

Teknologi

Negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang

bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi

dan berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara

tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk

program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program

fertigasi tanaman pertanian, dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed

house system). Di dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi

meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui program pen culture,

akuakultur secara nukleus, open sea cage culture dan mengurangkan

kehilangan hasil akibat post harvest.

(iii)    Pengurusan Ladang Yang Moden

Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan

peladang dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi

meningkatkan produktiviti manakala pakar-pakar dan pekerja pengembangan

yang terlibat dalarn aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan pengetahuan dan

kepakaran bagi membantu masyarakat tani. Untuk mencapai tujuan ini,

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha meningkatkan

khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal. Inkubator-inkubator bagi

memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada

golongan sasar di ladang sebenar.

(iv)    Dayasaing Lebih Tinggi

Kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian

negara tidak dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di

pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang

lebih murah berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan

AFTA, hasil pertanian negara akan menghadapi persaingan yang tinggi.

Page 95: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

Sehubungan itu, hasil pertanian negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian

keselamatan makanan antarabangsa bagi membolehkan hasil pertanian

dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara. Konsep jaminan kualiti daripada

ladang ke meja hidang akan diamalkan secara meluas melalui skim akreditasi

serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang ternakan, kilang

makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang pemprosesan, stesen kuarantin

clan pintu masuk ke dalam negara.

(v)    Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan

Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi

dengan memberi tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan,

intercropping, mixed farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran

juga merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat

tani dan menambahkan pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang

diproses yang mempunyai nilai yang ditambah yang tinggi.

(vi)    Pengezonan (zoning)

Selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk,

pembangunan secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran

pertanian akan dilaksanakan. Ini bertujuan bagi membolehkan pembangunan

pertanian secara kelompok dapat dihasilkan supaya faedah perbandingan

(comparative advantage) diperolehi. Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon

perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan

clan kawasan integrasi ladang (TAC). Penwujudan zon-zon ini akan

membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil mereka kerana keadaan

agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu, ia juga

membolehkan Kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis aktiviti

pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.

(vii)    Insentif Untulk Projelk Pengeluaran Makanan

Kerajaan juga menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan

seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah

insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek

pengeluaran makanan layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-

Page 96: Pengeluaran Pertanian Alternatif

PRT 2008 (Pertanian dan Manusia)_________________________________________________________________________________________________

insentif lain seperti taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan

sebagainya.

(viii) Latihan

Pusat Latihan Pertanian Negara dipertanggungjawabkan bagi merancang,

menyelaras dan menilai program latihan kemahiran selaras dengan Standard

Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan

usahawan tani yang berpengetahuan dan berkemahiran. Selain daripada itu,

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sedang membina Kolej

Pertanian di Kedah di samping meningkatkan taraf 40 institusi sedia ada supaya

dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada golongan sasar.

(ix)    Kemudahan Infrastruktur

Sebagai usaha untuk meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian,

Kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta

khidmat sokongan di sektor pertanian. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan

seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang akan diperbaiki dan

dipertingkatkan dari masa ke semasa. Selain daripada itu, kemudahan

pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga

disediakan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan keberkesanan rangkaian

pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasaran.