prosal kak nosmah

14
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN NAMA : NOSMA BINTI MOHD JAN NOMBOR MATRIK : 791005125050002 NO KAD PENGENALAN : 791005-12-5050 E-MAIL : [email protected] NOMBOR TELEFON : 019-490 3073 NAMA TUTOR : PUAN NAIMA KADIR 1

Upload: milly-hafizah-mohd-kanafia

Post on 12-Apr-2016

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PROPOSAL

TRANSCRIPT

Page 1: Prosal Kak Nosmah

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2503

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

NAMA : NOSMA BINTI MOHD JAN

NOMBOR MATRIK : 791005125050002

NO KAD PENGENALAN : 791005-12-5050

E-MAIL : [email protected]

NOMBOR TELEFON : 019-490 3073

NAMA TUTOR : PUAN NAIMA KADIR

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

1

Page 2: Prosal Kak Nosmah

ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

01 PENGENALAN 3

02 REFLEKSI PENGALAMAN

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

3

03 FOKUS KAJIAN 4

04 OBJEKTIF KAJIAN 5

05 PERANCANGAN TINDAKAN 5

06 PELAKSANAAN TINDAKAN 6

07 PESERTA KAJIAN 7

08 TEKNIK MENGUMPUL DATA 7

09 TEKNIK MENGANALISIS DATA 8

10 KESIMPULAN 8

11 RUJUKAN 9

2

Page 3: Prosal Kak Nosmah

PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang

menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam

tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal.

Berikutan Akta Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem

Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam

semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif

sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam

mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. 162. Selaras dengan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan

seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah

kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.

Pendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak berbeza daripada

pendidikan prasekolah pada tahun 60an bahkan selalu menarik perhatian para ibu bapa, masy

arakat mahupun pemerintah sebagaipengambil keputusan iaitu mereka menyedari bahawa

kualiti masa awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti bangsa pada

masa akan datang.

REFLEKSI PENGALAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya merupakan seorang guru Pra-sekolah yang bertanggungjawab ke atas 26 orang murid

yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun. Berdasarkan pengalaman saya

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya telah mengalami banyak pengalaman

3

Page 4: Prosal Kak Nosmah

berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai masalah dalam kemahiran mengecam

huruf.

Saya berpendapat bahawa ini perkara ini tidak boleh dibiarkan sahaja memandangkan mereka

akan memulakan pembelajaran formal pada umur 7 tahun. Guru perlu memainkan

peranannya dalam membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam kemahiran ini. Intervensi

awal perlu dijalankan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dengan tahap umur murid-

murid prasekolah.

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan menggunakan kaedah nyanyian dalam membantu

meningkatkan penguasaan kemahiran mengecam huruf murid-murid pra-sekolah. Pemilihan

kaedah nyanyian ini adalah kerana ianya sesuatu yang menghiburkan dan mudah diikuti oleh

kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun.

FOKUS KAJIAN

Permasalahan yang timbul dikalangan murid-murid ialah mereka menghafal abjad tetapi tidak

mengenalinya. Mereka dapat menyebut huruf dengan betul tetapi tidak dapat mengecamnya

apabila di tanya secara rawak apakah nama huruf tersebut. Semasa proses pembelajaran

Bahasa Melayu, murid-murid telah diberikan latihan untuk mengecam huruf. Namun, berikut

merupakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh murid:

I. Murid tidak dapat memadankan huruf besar dan huruf kecil dan hanya menggunakan

kaedah rawak dalam menentukan pasangan huruf besar dan kecil ini.

II. Apabila di tanya tentang apakah huruf yang dipamerkan, murid-murid hanya berdiam

diri ataupun menjawab jawapan yang tidak pasti.

Kegagalan murid-murid mengenalpasti huruf seringkali menimbulkan masalah kepada proses

pembelajaran dalam kelas. Ia akan melambatkan proses pembelajaran ke peringkat yang

4

Page 5: Prosal Kak Nosmah

seterusnya. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh para pengkaji terhadap pra-sekolah,

separuh daripada murid-murid tidak dapat mengecam huruf. Walaubagaimanapun, 20 peratus

dapat mengecam huruf dengan bimbingan yang berterusan daripada guru. Disamping itu

juga, 30 peratus dapat mengecam huruf tanpa bimbingan. Berdasarkan daripada peratus

pencapaian ini, saya dapat merumuskan bahawa separuh daripada kanakkanak prasekolah

kajian perlu menjalani intervensi untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran

mengecam huruf. Intervensi yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah yang telah

saya pilih iaitu dengan menggunakan lagu kanak-kanak.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meneroka penggunaan kaedah lagu kanak-kanak dalam

membantu meningkatkan penguasaan kemahiran mengecam huruf dalam sistem abjad rumi.

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

I. Sejauh manakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu mereka

meningkatkan kemahiran mengecam huruf di prasekolah?

II. Bagaimanakah lagu kanak-kanak dapat membantu mereka mengecam huruf di

prasekolah?

III. Bagaimanakah penggunaan kaedah lagu kanak-kanak dapat memperbaiki nilai amalan

pengajaran saya di dalam kelas?

PERANCANGAN TINDAKAN

Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak

prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar.

Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara

5

Page 6: Prosal Kak Nosmah

dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak dapat menggunakan dibahagikan

kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran

nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalahseperti permaian jari, lagu

beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsur nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau.

Dalam kajian ini, saya akan menggunakan kaedah berteraskan Model Kemmis. Proses kajian

tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi, kemudian merancangan tindakan (plan),

bertindak (action) dan memerhati (observe) iaitu dipanggil gelung 1. Jika masalah masih

tidak dapat diatasi, guru haruslah memulakan proses semula ke gelung 2 sehinggalah masalah

itu selesai.

PELAKSANAAN TINDAKAN

Kelas saya bersama murid-murid prasekolah ialah sebanyak sekali seminggu. Ini agak

menyukarkan proses pembelajaran yang ingin saya terapkan. Ia akan menjadi terlalu lama

dan panjang.

6

Page 7: Prosal Kak Nosmah

Kajian saya mulakan dengan menyenaraikan carta lagu kanak-kanak yang telah dipilih. Saya

akan membacakan lirik lagu tersebut dan meminta untuk semua murid mendengar lirik yang

saya bacakan. Seterusnya, saya akan mengajar mereka lirik tersebut dan menyanyikannya.

Saya sendiri akan mengajar melodi lagu jika masih terdapat murid-murid yang tidak

mengetahui lagu-lagu ini. Saya juga mengajar menggunakan kibod untuk memudahkan

murid-murid mengikut melodi dan tangga nada yang betul. Memandangkan objektif kajian

saya ialah memastikan murid-murid bermasalah berjaya mengecam huruf, saya memilih lagu

yang biasa didengar oleh murid-murid ini supaya lebih mudah dan senang untuk diingati.

Sebagai contoh, lagu yang dipilih adalah “Little Fingers” dan “ Kereta Kecil”. Lagu dan lirik

ini merupakan lagu yang telah diketahui dan dihafal oleh separuh daripada murid-murid

prasekolah ini. Masalahnya adalah mereka tidak mengenali huruf-huruf yang terkandung di

dalam lirik lagu ini. Jadi ini menimbulkan masalah dalam sesi membaca lirik lagu sebelum

memulakan nyanyian. Walaubagaimanapun, saya membuat sesi kecil dimana murid yang

tahu membaca akan membantu rakan mereka yang tidak tahu membaca lirik lagu berkenaan.

Setelah itu, saya akan menyerahkan sesalinan lirik lagu tersebut kepada murid-murid dan

menjalankan sesi latihan. Latihan tersebut akan dapat menilai sejauh mana keberkesanan

kaedah ini ke atas murid-murid prasekolah.

PESERTA KAJIAN

Kajian ini akan melibatkan seluruh murid-murid prasekolah iaitu seramai 26 orang. Murid-

murid ini terdiri daripada kanak-kanak berumur antara 5 hingga 6 tahun. Seramai 10 orang

murid lelaki dan 16 orang murid perempuan. Setiap murid mempunyai latar belakang

pendidikan yang berbeza.

TEKNIK MENGUMPUL DATA

7

Page 8: Prosal Kak Nosmah

Dalam kajian ini, saya menjalankan teknik mengumpul data menerusi temubual, dokumen,

tinjauan dan latihan. Dalam kajian yang saya jalankan, saya telah melakukan tinjauan awal

untuk mendapat data awal bagi melihat subjek yang saya kaji. Kemudian saya membuat

pemerhatian ke atas subjek dan menemubual mereka untuk mengenalpasti masalah dan punca

mereka mengalami masalah tersebut.

TEKNIK MENGANALISIS DATA

Saya menggunakan beberapa instrumen dalam pelaksanaan kajian ini. Instrumen yang saya

gunakan ialah borang pemerhatian dan temubual. Borang pemerhatian digunakan untuk

mengumpul jumlah pemerhatian saya terhadap huruf-huruf yang dapat dicam oleh murid

dalam masa. Selain itu, saya juga menggunakan kertas kerja latihan yang diberikan kepada

murid-murid setiap kali selesai sesi pembelajaran.

KESIMPULAN

Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan,

kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah

kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai

peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.

Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya

seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya

menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di

peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan seperti aktiviti menyanyi

dijalankan. Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu memberikan kepuasan dan

ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan

berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.

8

Page 9: Prosal Kak Nosmah

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan

emosi kanak-kanak ialah melalui aktivitimenyanyi. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang

untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan

Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti

nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula

jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui

aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-

kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan,

kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini,

mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa

aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya

perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

RUJUKAN

Abdullah Hassan, Ainon Mohd (2005), Mendorong Kreativiti Kanak-kanak Edisi Kemas Kini

:Selangor Darul Ehsan, PTS Millennia Sdn. Bhd.

Adam Winsler (2009), Early Childhood Research Quartery : St Louis, National Association

for The Education of Young Children.

Deasy Harianti (2011) Kaedah Meningkatkan Kuasa Memori (Memory Power): Kuala

Lumpur, SA Majeed & Co. Sdn Bhd.

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel (2008), Siri Pendidikan Guru : Pengurusan Bilik

Darjah dan Tingkah Laku : Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

9

Page 10: Prosal Kak Nosmah

Hillary Awan (2005) “Bacalah Sayang. Dalam Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan 2005,

Terbitan Bersama Maktab Perguruan Batu Lintang & Pejabat Pelajaran Daerah Kecil

Serian. 71-81.

10