hbis kak nasriyah

25
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan Pendahuluan ( 2 Minit ) Bacaan Doa : ن م ا ن لي ع ر ش ن وا ك ن م ك ح ا ن لي ع ح ت ف م ا هل ل ا اءن ز خ ن مي ح ر ل م ا ح ار ا ي ك ن م ح رPelajar dan guru bersama-sama membaca doa dengan suara yang lantang. Nilai : Khusyuk Set Induksi ( Minit ) Bacaan Ayat : Surah Al -Kausar Guru memperdengarkan bacaan Al Quran, surah tersebut melalui pita rakaman. Soalan : Surah apakah yang pelajar dengar? Pelajar menjawab : Kami mendengar surah Al Kausar Melalui jawapan pelajar, guru mengaitkan tajuk yang akan di ajar. BBM : Laktop Nilai : Berani Semangat ingin mencuba 19

Upload: amirshaukhi

Post on 18-Dec-2015

254 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Pendahuluan( 2 Minit )Bacaan Doa :

Pelajar dan guru bersama-sama membaca doa dengan suara yang lantang.Nilai :Khusyuk

Set Induksi( Minit )Bacaan Ayat :

Surah Al -Kausar

Guru memperdengarkan bacaan Al Quran, surah tersebut melalui pita rakaman.

Soalan :Surah apakah yang pelajar dengar?

Pelajar menjawab :Kami mendengar surah Al Kausar

Melalui jawapan pelajar, guru mengaitkan tajuk yang akan di ajar.BBM :Laktop

Nilai :Berani Semangat ingin mencuba

Langkah 1( Minit )Surat Al Zalzalah :

i. Guru memperdengarkan bacaan tersebut melalui pita rakaman.ii. Guru mempamerkan Surah tersebut kepada pelajar-pelajar melalui LCD

yang telah tersedia ditulis ayat tersebut

BBM :Pita rakamanLCD

Nilai :KhusyukBersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu

Langkah 2 ( Minit )Carta Ayat :

Kad Potongan yang mengandungi hukum tajuid.

i. Guru meminta pelajar membaca Surah Al Zalzalah ayat 1 -6 secara beramai-ramai.ii. Guru meminta seorang wakil pelajar membaca ayat tersebut dan diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain.iii. Guru meminta pelajar membacanya berulang-ulang kali dengan fasih dan bertajuid.iv. Guru menunjukan kad potongan yang mengandungi hukum-hukum tajuid.v. Guru meminta murid-murid membaca ayat potongan tersebut serta mengenal hukum tajuid satu persatu.BBM:Kad PotonganKertas Mahjung

Nilai :Kerjasama

Langkah 3( Minit )

Bacaan : Surah Al- Kausar

i. Guru meminta murid-murid membaca ayat-ayat yang dipamerkan secara individu secara fasih dan bertajuid. ii. Guru meminta semua pelajar membaca ayat tersebut secara berulang kali dengan fasih dan lancar serta mengikut hukum tajuid dengan betul.Nilai :Bersungguh-sungguh

Penutup( Minit )Lembaran Kerjai. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk menguji tahap pembacaan pelajar- pelajar.ii. Pelajar menjawab lembaran kerja yang diedarkan dengan bersunguh- sungguh.

BBM :Lembaran Kerja

Nilai :Bersungguh-sungguh

RefleksiAlhamdulillah, proses pengajaran dan pembelajaran,berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang dan mencapai objektif sebenar. Didapati semua pelajar dapat membaca ayat dengan lancar dan mengikut hukum tajuid yang betul.

41

4. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)

Tarikh / Hari3 April 2014 / Khamis

Kelas3 Cerdik

Masa09.20 10.20 Pagi ( 30 Minit)

Mata Pelajaran / BidangPendidikan Islam / Kemahiran Menghafal Al Quran

Standard KandunganMembaca, Menghafal dan mengenal Surah Al Maun dengan betul dan bertajuid

Standard Pembelajaran1.Membaca dan menghafal Surah Al Maun, mengikut tajuid yang betul.2.Membaca dan menghafal Surah Al Maun, mengikut mengikut makhraj yang betul

Objektif PembelajaranDi akhir pembelajaran murid dapat :Aras 1 :Menghafal keratan ayat-ayat Surah Al Maun ayat 1-7 dengan hafazan yang betulAras 2 :Menghafal ayat-ayat lengkap daripada surah tersebut dengan makhraj yang betul.Aras 3 :Menghafal ayat-ayat lengkap daripada surah tersebut mengikut hukum tajuid yang betul.

Pengetahuan Sedia ada Murid tahu membaca Surah Al Maun ayat 1 -7 pada pengajaran yang telah lalu.

Alat Bantu Mengajar1. Kreativiti : Cantum kalimah2. Teknologi : Rakaman Audio

Bahan Bantu Mengajar1. Rakaman Audio2. Lembaran Kerja3. Kad Imbasan

Nilai1. Kerjasama2. Berani

Kemahiran1. Membaca, mencantum

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Pendahuluan

Bacaan Doa :

Pelajar dan guru bersama-sama membaca doa dengan suara yang lantang.Nilai :Khusyuk

Set InduksiBacaan Ayat : Surah Al Maun i. Guru memperdengarkan bacaan Al Quran, surah tersebut melalui pita rakaman.ii. Guru mengulang bacaan tersebut sebanyak tiga kali dan bersoal jawab dengan pelajar.iii. Melalui jawapan pelajar, guru mengaitkan tajuk yang akan di ajar.Nilai :Berani

Semangat ingin mencuba.

Langkah 1Kad Potongan Ayat Surah Al Maun :

i. Guru memperdengarkan bacaan tersebut melalui pita rakaman.ii. Guru mempamerkan keratan ayat surah kepada pelajar-pelajar melalui kada potongan.

Nilai :Khusyuk

Bersungguh dalam menuntut ilmu

BBM :Lcd

Langkah 2 Carta Ayat : Surat Al Maun Surah Al Maun

i. Guru meminta pelajar membaca Surah Al Qariah ayat 1 -6 secara beramai-ramai.ii. Guru meminta seorang wakil pelajar membaca ayat tersebut dan diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain.

iii. Guru meminta pelajar membacanya berulang-ulang kali dengan fasih dan bertajuid.Nilai :

Langkah 3

Surah Al Maun: Surah Al Maun

i. Guru meminta murid-murid menghafal ayat-ayat dengan lancar mengikut makhraj yang betulii. Guru meminta semua pelajar menghafal ayat tersebut secara berulang kali dengan fasih dan lancar serta mengikut hukum tajuid dengan betul.iii. Murid menghafalnya di depan guru. Guru memberi teguran bagi kesalahan dari segi pembacaan.

RefleksiProses pengajaran dan pembelajaran,berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang dan mencapai objektif sebenar yang telah diharapkan.

5.CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)

Tarikh / Hari18 Februari 2014 / Selasa

Kelas4 Cerdik

Masa10.00 10.30 Pagi ( 30 Minit)

Mata Pelajaran / BidangPendidikan Islam / Kemahiran Memahami Al Quran

Standard KandunganMemahami, Menganalisis dan Sejarah Penurunan Al Quran

Standard Pembelajaran1.Membaca dan menghafal surah Al-Fil dengan betul dan bertajuid

Objektif PembelajaranDi akhir pembelajaran murid dapat :Aras 1 :Membaca Surah Al Fil ayat 1-5 dengan betul.Aras 2 :Membaca dan memahami Surah Al Fil ayat 1 -5 dengan betul dan bertajuidAras 3 :Memahami dan dapat menyusun keratan ayat dengan dengan betul

Pengetahuan Sedia ada Membaca kalimah dan potongan ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Talaqi dan Musaffahah secara kelas dan kumpulan. Latih tubi : Membaca ayat 1 5 Surah Al Fil secara kelas, kumpulan dan individu. Murid membaca ayat 1 -5 Surah Al Fil mengikut pimpinan wakil Murid. Latihan bertulis : Cantumkan kalimah menjadi ayat yang sempurna.

Alat Bantu Mengajar Kreativiti : Cantum kalimah Teknologi : Pembesar suara

Bahan Bantu Mengajar Lembaran Kerja

Nilai Tasmik Lembaran kerja

Kemahiran2. Membaca, mencantum

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Pendahuluan

Bacaan Doa : Pelajar dan guru bersama-sama membaca doa dengan suara yang lantang.Nilai :Khusyuk

Set InduksiBacaan Ayat :

Surah Al Fil

1.Guru memperdengarkan bacaan Al Quran, surah tersebut melalui pita rakaman.

2.Guru mengulang bacaan tersebut sebanyak tiga kali dan bersoal jawab dengan pelajar.

3.Melalui jawapan pelajar, guru mengaitkan tajuk yang akan di ajar.Nilai ;Berani

Semangat ingin mencuba

Langkah 1Surat Al Fil:

4.Guru memperdengarkan bacaan tersebut melalui pita rakaman.

5.Guru mempamerkan Surah tersebut kepada pelajar-pelajar melalui LCD yang telah tersedia.

Nilai :Khusyuk

Bersungguh dalam menuntut ilmu

Langkah 2 Carta Ayat : Surah Al Fil i. Guru meminta pelajar membaca dan memahami Surah Al Maun ayat 1 -7 secara beramai-ramai.ii. Kemudian, guru meminta seorang wakil pelajar membaca ayat tersebut dan diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain.iii. Guru meminta pelajar membaca dan berulang-ulang kali serta memahaminya dengan fasih dan bertajuid.Nilai :

Langkah 3

Susun ayat mengikut susunan yang betul :

1. Tidakkah Engkau mengetahui Bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka Dalam keadaan Yang rugi dan memusnahkan mereka?3. Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -4. Yang melontar mereka Dengan batu-batu dari sejenis tanah Yang dibakar keras, -5. Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu Yang dimakan ulat.

i. Guru meminta murid-murid menyusun ayat-ayat yang di pamirkan mengikut sususan yang betul.

ii. Pelajar menyusun potongan ayat mengikut susunan yang betul berdasarkan pembacaan dan pemahaman mereka.iii. Guru mengakhiri Pengajaran dan Pembelajaran dengan memberi latih tubi secara lisan.

Soalan :1.Berapakan bilangan ayat surat Al Fil.2.Apakah maksud Al Fil.

RefleksiSetelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran,guru berasa berpuas hati kerana pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan dapat dijalankan dengan baik dan objektif yang diharapkan telah tercapai.

3.0 PERBEZAAN YANG WUJUD DALAM BIDANG TILAWAH AL QURAN ANTARA KBSR DAN KSSR

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah di mula ditubuhkan pada 27 Januari 1999. Pada tahun ini Jemaah Menteri menyarankan Kementerian Pelajaran Malaysia menyemak semula kurikulum Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kandungan teks dan kaedah perlaksanaan kurikulum yang lebih berkesan kepada murid-murid.

Kemudian mulai tahun 2000, Kurikulum Pendidikan Islam telah disemak semula dengan beberapa penambahbaikan.

Seterusnya pada 8 Mac 2001, Yang Amat Berhormat telah menerima beberapa saranan dari Jawatankuasa Semakan Sukatan Pelajaran

Pembelajaran Berasaskan standard telah diperkenalkan dalam transformasi kurikulum melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) yang mula dilaksanakan pada tahun 2011.

Jika di fokuskan kepada Standard Kandungan, penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran, pula merupakan Penetapan Kriteria atau Petunjuk Kualiti Pembelajaran dan Pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid dapat : i. Membaca baca surah-surah terpilih daripada juzu amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al- Quran dan menjadi amalan. ii. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian. iii. Memahami maksud beberapa surah yangdipelajari dan menghayati pengajarannya

ke arah meyakini al Quran sebagai rujukan petunjuk Allah. iv. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan. v. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardhu Ain serta memahami Fardhu Kifayah sbg tuntutan kewajipan umat Islam.vi. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas perkembangan tamadun manusia.

i. Membaca al-Quran dengan betul,fasih dan bertajwid.ii. Dapat menghafaz surah-surah terpilih dari juzu amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.iii. Dapat memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya.iv. Mengamalkan pembacaan al-Quran dalam kehidupan.v. memahami dan meyakini asas-asas

keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.vi. Dapat mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardhu Ain serta memahami fardu kifayah sebagaituntutan kewajipan umat Islam.vii. Dapat memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai asas perkembangan tamadun manusia.

MATLAMAT

Matlamat Pendidkan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berktrmpilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarakan Quran dan Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yg bertaqwa dan menyumbang kearah mempertingkat tamadun bangsa dan negara

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkaninsan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak muliadengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

KANDUNGAN KURIKULUM

Bidang Asuhan Tilawah al-Quran. Objektif : (1,2,3)Tumpuan: -Membaca ayat-ayat al-Quran dgn betul dan fasih. -Menghafaz ayat2 tertentu dengan betul dan fasih.

-Memahami pengertian surah-surah tertentu daripad juzu Amma dan menghayati pengajarannya.

Bidang Asas Ulum Syariyah.Objektif: (4,5,6)Tumpuan: -Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t. -Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah s.w.t.dan melaksanakannya. -contoh dan pengambilan iktibar daripad sirah Rasulullah s.a.w.

Bidang Asas Akhlak Islamiah.Objektif : mengamal adab dan mhayati nilai2 akhlak dlm khidupn seharian.

Tumpuan: -Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.

- Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.

Bidang Pelajaran Jawi.Objektif:

Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

Tumpuan: -Menulis tulisan Jawi dengan baik. -Membaca tulisan Jawi dengan lancar. -Mempelajari asas seni tulisan Jawi.

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid. Standard kndungan Pendidikan Islam

Sekolah Rendah dibahagikan kepada tujuh bidang iaitu :

Bidang al QuranBidang ini memberi tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah al-Fatihah dan surah tertentu daripada juzu Amma srta meng hayati pengajarannya.

Bidang HadisBidang ini memberi tumpuan kepada memahami pengertian secara umum srta menghayati pengajarannya.

Bidang Akidah Bidang ini memberi tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yg sahih, pengaplikasian tuntutan akidah dalam kehidupan harian .

Bidang Ibadah Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan penghayatan peraturan ibadah yang ditentukan

oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.

Bidang Sirah Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan sirah Rasulullah s.a.w, mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan tuntutan sirah dalam kehidupan harian.

Bidang Adab Bidang ini memberi tumpuan kepada penghayatan peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.

Bidang Jawi Bidang ini memberi tumpuan kepadapembacaan dan penulisan jawi serta mempelajari asas seni khat

FOKUS MATA PELAJARAJAN PENDIDIKAN ISLAM

i. Pendidikan asas Tilawah al-Quranii. Pembentukan aqidah dan Bimbingan Asas Fardhu Ainiii. Pembentukan amalan fardhu A in&Fardhu kifayahiv. Penerapan adab berasaskan akhlak islamiah Guru perlu smpaikan dengan berkesan

-Menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mmpu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan Negara.-Pembentukan Muslim Mukmin berilmu, beriman,

beradab, berakhlak mulia, berketrmpilan, bertangungjawab, beramal soleh dan bertakwa selaras dengan FPK & FPI.

Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendahmemberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran, pemantapan asas-asas akidah, ibadah dan akhlak serta menjadikan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai iktibar dalam kehidupan harian. Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah muridmampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah.

ELEMEN

i. Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari murid tahun 1 hingga 6.ii. Pendidikan Islam sekolah rendah memenuhi tuntutan fardhu ain, menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu-individu Muslim.iii. Selaras proses perkembangan JERIiv. Merangkumi aspek keimanan

i. Merentas Kurikulum (EMK) & kemahiran menaakul,TMK,Kreativiti&inovasi, keusahawanan, buku pnduan kemahiran menaakul.

4.0CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN ASUHAN TILAWAH

Memperbanyakkan bahan bantu mengajar

Pembelajaran yang pelbagai dapat menarik minat para pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran.Justeru itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlulah menyediakan dan memperbanyakkan bahan bantu mengajar yang berbentuk ict. Pelbagai sistem telah di cipta yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar serta bahan-bahan rujukan tajwid dan al-Quran dalam bentuk multimedia bagi menggalakkan pelajar melakukan rujukan sendiri dalam proses pembelajaran Tilawah al-Quran. Guru-guru juga boleh menggunakan modul pengajaran tajwid yang banyak terdapat di pasaran bagi menarik minat pelajar agar lebih berminat untuk mempelajari al-Quran. Penggunaan bahan multimedia ini akan lebih memudahkan pengajaran guru di samping dapat menarik minat pelajar untuk mempelajarinya dengan lebih berkesan.

Masa pengajaran al-Quran perlu ditambah

Masa pengajaran al-Quran perlu ditambah agar penumpuan guru dapat diberi secara lebih berfokus terhadap Tilawah al-Quran. Ini boleh dilaksanakan dengan penambahan waktu dalam jadual atau di luar waktu pembelajaran dengan mengadakan kelas-kelas tambahan khusus untuk peningkatan kemahiran al-Quran di samping menyediakan guru-guru yang memang berkemahiran untuk mengajar pelajar bermasalah penglihatan.

Penambahan guru khusus untuk mengajar al-Quran

Penambahan guru khusus untuk mengajar al-Quran dengan meluaskan program j-QAF Pendidikan Khas terhadap pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai bidang tilawah. Ini diharap mampu menangani masalah guru yang tidak mampu memberikan tumpuan secara khusus terhadap individu semasa pengajaran Tilawah al-Quran. Dengan pelaksanaan ini, maka pembelajaran one to onedapat dilaksanakan kerana bilangan pelajar dalam sesuatu kelas dikecilkan dan guru bertambah dalam sesuatu sesi pengajaran. Penerusan j-QAF Pendidikan Khas boleh dikembangkan kepada pelajar yang lemah. Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah melakukan pengasingan di antara pelajar buta dengan pelajar rabun bagi memudahkan penumpuan dan perbezaan teknik pengajaran dilaksanakan terhadap kemampuan yang berbeza di antara pelajar.Meningkatkan pengajaran Tilawah al-Quran di peringkat Rendah

Meningkatkan pengajaran Tilawah al-Quran di peringkat sekolah rendah lagi bagi memastikan murid-murid tersebut apabila memasuki peringkat sekolah menengah telah mempunyai kemahiran asas yang baik dalam Tilawah al-Quran sama ada dari aspek mengenal huruf, baris, dan juga bacaan. Ini akan memudahkan proses pengajaran Tilawah al-Quran terhadap pelajar-pelajar terbabit. Pelaksanaan j-QAF dapat memastikan pelajar yang lemah dapat menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan baik sebelum mereka masuk ke sekolah menengah.

Kerjasama daripada semua pihak

Semua pihak haruslah bertanggungjawab bagi memastikan penguasaan pelajar dalam bidang al quran dapat dikuasai dengan sebaiknya.Masalah ibubapa yang menyerahkan sepenuhnya pendidikan al quran anak-anak mereka kepada guru-guru disekolah perlu ditangani. Ibu bapa harus sedar waktu di sekolah amat terhad untuk pelajar mengusai sepenuhnya kemahiran dalam bidang al quran.Justeru itu ibu bapa perlu memainkan peranannya untuk memberi didikan Al quran di rumah.

5.0KESIMPULAN

Antara rancangan pendidikan islam KBSR dan KSSR tidak ketara perbezaannya kerana ianya berlandaskan falsafah, matlamat dan objektif Pendidikan Islam yang sedia ada. Perbezaan adalah dari sudut bentuk rancangan pengajaran, mendeskripsi tahap pengetahuan, kebolehan murid serta pentaksiran dan pendokumentasian prestasi murid.

Pendidikan Islam yang mantap dari sudut penguasaan ilmunya dan juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ketiga-tiga kemahiran tersebut untuk pelajar-pelajar yang mempunyai permasalahan dalam kemahiran ini. Penambahan masa pembelajaran al-Quran serta keperluan tambahan guru al- Quran perlu diberi perhatian serius oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dalam langkah pengajaran bagi memotivasikan pelajar agar berminat dengan mata pelajaran Tilawah al-Quran diharap dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan al-Quran. Keperluan memperbanyakkan bahan-bahan rujukan oleh pihak-pihak yang terlibat dan juga masyarakat awam yang boleh digunakan oleh pelajar pelajar ini dalam bidang al-Quran diharap dapat memperbaiki dan meningkatkan penguasaan mereka dalam bacaan al-Quran. Penguasaan kemahiran al-Quran golongan pelajar yang mempunyai masalah dalam kemahiran-kemahiran tersebut perlu

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) perlu lebih diberi pendedahan lagi kepada guru, murid dan ibu bapa supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik pada masa-masa akan datang.

6.0RUJUKAN

Abdullah Al-Qari Haji Salleh. (1972). Kursus Qari dan Qari'ah. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Abu Mazaya Al-Hafiz. (2005). Kaedah Mudah dan Cepat Menghafaz al-Quran. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Ismail Masyhuri Al-Hafiz. (1993). Fadhilat Membaca dan Menghafaz Al-Quran Serta Panduan Menghafaznya. Kuala Lumpur: Syarikat Nurulhas.

Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Tiada Nama pengarang. Kaedah Pembacaan Al-Quran. http://elhampencipta.blogspot.com/2012/06/kaedah-pembacaan-al-quran-pendahuluan.html.

Tiada Nama Pengarang. Kaedah Pengajaran Asuhan Tilawah Al-Quran. http://cikthur.blogspot.com/2011/03/kaedah-pengajaran-asuhan-tilawah-al.html.