proposal tjpro organisasi - furqanworks.comfurqanworks.com/tajwidprosyarikat.pdf · ia amat...

9
PENGENALAN Al-Quran adalah kitab yang amat luarbiasa. Allah hadiahkannya kepada kita sebagai panduan : agar kita mudah mengenaliNya, mengetahui cara terbaik jalani kehidupan dan mengetahui secara jelas destinasi hakiki iaitu Jannatul Firdaus. Selaku kitab yang mengandungi 6,236 Kalamullah mulia, Al-Quran perlu dibaca penuh sempurna, berkualiti tinggi & sifar salah agar kemuliaannya terus terpelihara. Demikian yang Allah s.w.t sarankan dalam kalamNya : ‘…..Orang-orang yang telah kami (Allah) beri mereka al-kitab (Al-Quran) lalu mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya….’ (Surah Al-Baqarah, 121) Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar, seorang ulama tajwid tersohor menerangkan makna ’haqqa tilaawatih’ dalam ayat tersebut sebagai : membaca Al-Quran secara tartil dan sesuai tajwidnya sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. TUJUAN PROPOSAL KULIAH Untuk bekerjasama menganjurkan kuliah TAJWIDPRO kepada organisasi/ syarikat/institusi/jabatan kerajaan. Syarikat Furqanworks Sdn Bhd sebagai pengendali kuliah manakala pihak Tuan sebagai penganjur. Tel : 016 9287 606 # E-mail : [email protected] # Faks : 03 8741 6464 Blog : www.asraffayob.com # Facebook : www.facebook.com/asraffayob PROPOSAL KULIAH ‘Ketahui formula bacaan Al-Quran bermutu tinggi mengikut standard Rasulullah inginkan’.

Upload: phunglien

Post on 04-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROPOSAL TJpro organisasi - furqanworks.comfurqanworks.com/tajwidprosyarikat.pdf · Ia amat membantu pihak tuan sebagai : bahan rujukan ilmu Al-Quran berkualiti tinggi. dijadikan

PENGENALAN Al-Quran adalah kitab yang amat luarbiasa. Allah hadiahkannya kepada kita sebagai panduan : agar kita mudah mengenaliNya, mengetahui cara terbaik jalani kehidupan dan mengetahui secara jelas destinasi hakiki iaitu Jannatul Firdaus. Selaku kitab yang mengandungi 6,236 Kalamullah mulia, Al-Quran perlu dibaca penuh sempurna, berkualiti tinggi & sifar salah agar kemuliaannya terus terpelihara. Demikian yang Allah s.w.t sarankan dalam kalamNya :

‘…..Orang-orang yang telah kami (Allah) beri mereka al-kitab (Al-Quran) lalu mereka membacanya dengan bacaan yang

sebenar-benarnya….’ (Surah Al-Baqarah, 121)

Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar, seorang ulama tajwid tersohor menerangkan makna ’haqqa tilaawatih’ dalam ayat tersebut sebagai : membaca Al-Quran secara tartil dan sesuai tajwidnya sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. TUJUAN PROPOSAL KULIAH Untuk bekerjasama menganjurkan kuliah TAJWIDPRO kepada organisasi/syarikat/institusi/jabatan kerajaan. Syarikat Furqanworks Sdn Bhd sebagai pengendali kuliah manakala pihak Tuan sebagai penganjur.

Tel : 016 9287 606 # E-mail : [email protected] # Faks : 03 8741 6464 Blog : www.asraffayob.com # Facebook : www.facebook.com/asraffayob

PROPOSAL KULIAH

‘Ketahui formula bacaan Al-Quran bermutu tinggi

mengikut standard Rasulullah inginkan’.

Page 2: PROPOSAL TJpro organisasi - furqanworks.comfurqanworks.com/tajwidprosyarikat.pdf · Ia amat membantu pihak tuan sebagai : bahan rujukan ilmu Al-Quran berkualiti tinggi. dijadikan

Untuk makluman tuan, kerjasama dari pihak kami ini adalah PERCUMA. Tiada bayaran dari pihak kami. Jika ada sebarang saguhati yang ingin disampaikan, ia adalah atas budi-bicara pihak tuan dan kami ucapkan berbanyak terima kasih. Kami cuma ingin memohon ruang dari pihak tuan untuk berkongsi dengan masyarakat awam formula mencapai bacaan Al-Quran berkualiti tinggi mengikut piawaian yang Rasulullah s.a.w inginkan. SEBAGAI PENGHARGAAN : Sebagai penghargaan dari pihak kami atas kebenaran yang diberikan, kami akan menghadiahkan DVD PAKEJ INSPIRASI QURANI (PIQ). Kandungan pakej ini terdiri daripada 13 DVD dan 1 CD ini meliputi 5 tajuk iaitu : 1. 4 DVD Jelajah Al-Quran : DVD yang menerangkan ‘big-picture’ Al-Quran. Ada 4 aspek yang diterangkan iaitu : Misi utama Al-Quran diturunkan, Koleksi Tafsir Al-Quran Terbaik, Perbezaan Qiraat Al-Quran dan Fadhilat & Kelebihan Surah Al-Quran. 2. 3 DVD Fatihah Terunggul : DVD yang menerangkan 45 jenis kesalahan tajwid bacaan surah Fatihah yang kerap dilakukan. Membantu masyarakat membaca Fatihah dengan tajwid lebih sempurna. 3. 3 DVD Tajwidpro : Ia adalah DVD pembelajaran tajwid tahap ‘advance’. Bantu tingkatkan bacaan Al-Quran ke tahap pakar seperti bacaan syeikh Arab. 4. 3 DVD Tajwid Super Mudah : DVD yang menerangkan cara termudah kuasai hukum tajwid dengan cara lebih simple : camkannya melalui kod dan symbol sahaja tanpa perlu ingati nama hukumnya yang banyak. 5. 1 CD Kaedah Jibril : CD yang terkandung di dalamnya 3 ebook iaitu Kaedah Jibril, Quranology & 145 fakta. Kaedah Jibril membantu masyarakat menghafaz surah idaman mereka dengan teknik paling praktikal agar hafazan tidak mudah lupa.

Page 3: PROPOSAL TJpro organisasi - furqanworks.comfurqanworks.com/tajwidprosyarikat.pdf · Ia amat membantu pihak tuan sebagai : bahan rujukan ilmu Al-Quran berkualiti tinggi. dijadikan

Ia amat membantu pihak tuan sebagai : bahan rujukan ilmu Al-Quran berkualiti tinggi. dijadikan bahan rujukan di perpustakaan. kandungan DVD boleh ditonton untuk tujuan pembelajaran. KULIAH TAJWIDPRO Kuliah Tajwidpro memiliki objektif amat besar & mulia : membantu masyarakat meningkatkan penguasaan tajwid Al-Quran ke tahap lebih berkualiti tinggi laksana pakar seperti bacaan Al-Quran syeikh arab. Pendek kata, tahap bacaannya biarlah seperti yang Rasulullah s.a.w pernah alunkan. Modul penerangannya direka KHAS UNTUK GOLONGAN DEWASA SAHAJA, tidak sesuai untuk kanak-kanak. Kandungan kuliah ini dihasilkan berdasarkan pengalaman & pengetahuan berharga Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz bertalaqqi Al-Quran dengan 3 pakar Al-Quran Arab Mesir iaitu Syeikh Sayyid, Syeikh Hassan Rejab dan Syeikh Nabil. APAKAH BACAAN AL-QURAN BERTAHAP 'TAJWIDPRO'? Ia adalah tahap bacaan Al-Quran : yang Rasulullah kehendaki. Sempurna. Tiada salah samada 'lahnun jaliy' mahupun

'lahnun khofiy'. bunyi sebutan bacaan 'ala arab' kerana Rasulullah membaca Al-Quran menggunakan

lahjah arab. DI MANA TAHAP BACAAN MASYARAKAT KITA? Alhamdulillah secara umumnya amat bagus. Ia bermaksud : penguasaan tajwid Alhamdulillah. Boleh membaca Al-Quran dengan baik. Panjang-pendek-dengung dapat dikenalpasti dan dibaca dengan sempurna.

Page 4: PROPOSAL TJpro organisasi - furqanworks.comfurqanworks.com/tajwidprosyarikat.pdf · Ia amat membantu pihak tuan sebagai : bahan rujukan ilmu Al-Quran berkualiti tinggi. dijadikan

APA LAGI YANG PERLU DIPERKEMASKAN? bunyi bacaan masyarakat melayu secara umumnya masih kedengaran 'ala melayu'

bukannya 'lahjah arab'. sebutan huruf, terutamanya huruf isti'la masih longgar. terdapat banyak bentuk kesalahan 'lahnun khofiy' yang dilakukan tanpa disedari seperti

kesalahan lantunan, bunyi tidak tepat dan huruf yang ditebalkan tanpa sengaja. DISINILAH KAMI AKAN BERKONGSI : Melalui KULIAH TAJWIDPRO, hadirin bakal menguasai : Mengetahui Ilmu tajwid bersifat 'advance', khusus untuk mendedahkan kesilapan

PALING KERAP DILAKUKAN oleh masyarakat melayu tetapi amat jarang diterangkan dlm kitab tajwid secara praktikal

Menguatkan lagi kualiti sebutan bacaan Al-Quran gaya lahjah arab mirip bacaan

Rasulullah s.a.w dengan mengenalpasti perbezaan besarnya dengan gaya bacaan 'lahjah melayu'.

Ada 7 'area' bentuk bacaan yang akan ditekankan iaitu : 1. MANTAPKAN TAJWID UMUM 2. MAKHRAJ DAN SIFAT 10 HURUF 3. SEBUTAN DENGUNG IKHFA' : 4. HURUF YANG DILANTUNKAN BUNYINYA 5. HURUF YANG DIBUNYIKAN KURANG TEPAT 6. HURUF YANG DITEBALKAN TANPA SENGAJA 7. HURUF RO' : bacaan tebal dan nipis. PERJALANAN KULIAH TAJWIDPRO Bilangan peserta yang dicadangkan agar kuliah ini berjalan secara efisien handaklah mencapai 100 peserta ke atas (dewasa sahaja). Pihak Furqanworks akan menyediakan penceramah. Flyers hebahan kuliah juga akan disediakan secara percuma untuk membantu promosi. Banner juga boleh disediakan jika pihak tuan sedia untuk menggantungnya di tempat yang sesuai. Pihak tuan selaku tuan rumah pula menyediakan & menguruskan : Dewan Program (beserta P. A System, projektor, skrin, white board.). Hebahan/ war-warkan seminar kepada ahli/pekerja. Lain-lain perkara yang difikirkan sesuai.

Page 5: PROPOSAL TJpro organisasi - furqanworks.comfurqanworks.com/tajwidprosyarikat.pdf · Ia amat membantu pihak tuan sebagai : bahan rujukan ilmu Al-Quran berkualiti tinggi. dijadikan

Pihak tuan diberi 2 pilihan berdasarkan peruntukan masa & ruang yang ada dan boleh memilih mana-mana pilihan berdasarkan waktu yg difikirkan sesuai : PILIHAN 1 : Kuliah pendek Tajwidpro Tarikh/tempat : ditentukan oleh pihak organisasi/syarikat/institusi/jabatan kerajaan Masa : sejam - sejam setengah. Penerangan akan dilakukan oleh Ustaz Asraff/ tenaga pengajar yang disediakan dalam bentuk ceramah dan sedikit latihan bacaan beramai-ramai. PILIHAN 2 : Kuliah mini seminar Tajwidpro (2 modul) Tarikh/tempat : ditentukan oleh pihak organisasi/syarikat/institusi/jabatan kerajaan Masa : 3 jam (1 setengah jam untuk setiap modul), tidak termasuk waktu rehat. Ia adalah kuliah yang lebih efektif & mendalam. Penerangan lebih menyeluruh diberikan. Perlukan kelengkapan seperti LCD projektor & whiteboard. Contoh perjalanan kuliahnya adalah seperti berikut : Untuk kursus 2 modu 8.00 pagi : Pendaftaran peserta 9.00 pagi : MODUL 1 : LAHJAH MELAYU KE LAHJAH ARAB : KENALPASTI 10 KESALAHAN SEBUTAN HURUF HIJAIYYAH OBJEKTIF : Peserta akan mempelajari 10 huruf yang selama ini disebut secara kurang tepat oleh masyarakat melayu iaitu huruf Kho', Ha pedas, A'in, Dal, Dzal, Ro, Dod, To', Dzo, Ghoin. 10.30 - 11.00 : Rehat 11.00 - 1.00 tghari : MODUL 2 : 3 JENIS KESALAHAN SEBUTAN KALIMAH AL-QURAN MASYARAKAT MELAYU & SESI PRAKTIKAL. OBJEKTIF : Peserta akan mempelajari 3 jenis kesalahan : Huruf yang ditebalkan tanpa sengaja, kalimah yang dibunyikan secara salah tanpa sengaja dan huruf dalam kalimah yg dilantunkan bunyinya tanpa sengaja. 1.00 : Tamat Permintaan khas : Untuk kedua-dua pilihan, pihak kami memohon kebenaran dari pihak tuan untuk membuka booth/meja di ruang legar yang disediakan agar kami dapat pamerkan produk-produk Al-Quran yang amat bermanfaat untuk membantu peserta menghafaz, membaca & memahami Al-Quran dengan lebih mudah & mantap.

Page 6: PROPOSAL TJpro organisasi - furqanworks.comfurqanworks.com/tajwidprosyarikat.pdf · Ia amat membantu pihak tuan sebagai : bahan rujukan ilmu Al-Quran berkualiti tinggi. dijadikan

PENUTUP Pihak Furqanworks berharap semoga dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan, ia dapat membantu masyarakat kuasai bacaan Al-Quran yang lebih tepat dan mantap. Kami berharap program kuliah ini mendapat kerjasama dari pihak tuan. Kami juga mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan bersedia untuk memberikan penerangan yang lebih terperinci kepada pihak tuan. Semoga segala yang kita rancangkan Allah berkati, Allah permudahkan dan redhoi. Terima kasih. Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-hafiz Pengarah Urusan Furqanworks Sdn Bhd Direct tel : 016 9287 606 Facebook : UstazAsraff FURQANWORKS SDN BHD(1034644-M) 13M, Tingkat 1, Jln Hentian 1B, Pusat Hentian Kajang 43000 Kajang. Selangor Tel : 012 4232 606 Faks : 03-8741 6464 E-mel : [email protected]

Page 7: PROPOSAL TJpro organisasi - furqanworks.comfurqanworks.com/tajwidprosyarikat.pdf · Ia amat membantu pihak tuan sebagai : bahan rujukan ilmu Al-Quran berkualiti tinggi. dijadikan

Selama lebih 20 tahun, Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob telah menghabiskan masanya dengan 3 'passion' : 1. bacaan Al-Quran. Mantapkan tajwid Al-Quran hingga ke tahap pakar Syeikh arab. Disebabkan itulah

beliau ke Mesir (Universiti Al-Azhar) kerana disitulah Syeikh pakar berkumpul. Di sana, Alhamdulillah beliau telah bertalaqqi Al-Quran dari 3 masyaikh terkemuka & ter-sohor (Syeikh Hassan Rajab, Syeikh Sayyid & Syeikh Nabil Mohd) hingga mendapat ijazah & sanad Al-Quran yang diiktiraf & bersambung terus hingga ke Rasulullah s.a.w.

Mendalami ilmu Qiraat Al-Quran, bukan setakat Qiraat Hafs 'An A'sim atau Qiraat

'tujuh' tetapi hingga ke Qiraat 10 (A’syarah) di Mesir. Ketika di sana juga, beliau berpeluang menguasai semua ilmu lain yang berkaitan kitab mulia ini seperti : Dabtul Quran, Fawasil, Rasm Al-Quran, Tarikh Qurra', Hifzul Mutun dll.

Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz. B.A (Hons) Al-Quran & Qira’at, U. Al-Azhar Masters (Psychology I.O), U.K.M (Memiliki pengalaman 20 tahun dalam dunia hafazan dan ilmu Al-Quran) Pengarah Urusan FURQANWORKS Sdn Bhd.

Kepakaran beliau ialah membantu masyarakat JATUH CINTA DENGAN AL-QURAN dengan menguasai 3 aspek utama : mahir membaca Quran, hafaz surahnya dengan mudah & fahami kandungannya sepenuh hati.

Page 8: PROPOSAL TJpro organisasi - furqanworks.comfurqanworks.com/tajwidprosyarikat.pdf · Ia amat membantu pihak tuan sebagai : bahan rujukan ilmu Al-Quran berkualiti tinggi. dijadikan

2. hafazan Al-Quran. Sejak berumur 13 tahun, beliau telah mula menghafaz kitab mulia ini. Beliau juga

telah menajamkan ingatannya dengan menyertai pertandingan hafazan 30 juz dan pernah beberapa kali memenanginya untuk peringkat Negeri Sembilan.

Hafazan yang kuat hasil latihan berterusan telah dibuktikan dengan kemampuan

beliau menjadi imam jemputan tarawikh 30 juz di masjid terkenal dan yang terakhir, beliau diberi kepercayaan untuk digandingkan bersama Syeikh Jibril, imam terkemuka antarabangsa dari Mesir untuk mengetuai solat tarawikh 30 juz di Masjid Wilayah pada tahun 2007.

Ustaz Asraff bersama Syeikh Jibril ketika bertugas sebagai Imam terawikh khas di Masjid Wilayah, KL.

3. Kefahaman Al-Quran. Subjek tafsir memang menjadi minat beliau sejak awal lagi. Segala point induk tafsir

telah dipelajari dari kitab induknya seperti Al-Itqan Fi Ulumil Quran, usul tafsir, Tafsir Ibn Katsir, Tafsir Tabari dan berbagi lagi.

Kini, beliau lebih asyik meneroka cabang baru tafsir : Melihat Al-Quran sebagai

kumpulan 6,236 hikmah positif dari Tuhan. Mengkaji Al-Quran sebagai satu buku yang penuh dengan 'tips & teknik' untuk menjadikan manusia lebih kaya, berjaya, bahagia dan hidup luarbiasa.

Disebabkan itulah, beliau telah mendalami psikologi, satu ilmu penting mengenal

manusia agar segala inputnya memberi lebih kefahaman untuk menyatukan Al-Quran dengan kita : manusia sekaligus makhluk Allah berstatus mulia iaitu hamba & khalifah.

Page 9: PROPOSAL TJpro organisasi - furqanworks.comfurqanworks.com/tajwidprosyarikat.pdf · Ia amat membantu pihak tuan sebagai : bahan rujukan ilmu Al-Quran berkualiti tinggi. dijadikan

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz berkelulusan B.A (Hons) Al-Quran & Qiraat, Universiti Al-Azhar, Mesir serta Masters dalam bidang Psychology (Industri & Organisasi), U.K.M. Ketika di Mesir, Ustaz Asraff merupakan graduan ke 2 terbaik bagi pelajar Malaysia dalam bidangnya. Ketika menyambung Masters di UKM, Ustaz Asraff menduduki senarai anugerah graduan paling cemerlang bagi penuntut Master dan Ph.D (CGPA 3.75 keatas) bagi tahun 2006. Sebelum itu, Ustaz Asraff menuntut dan menghafaz Al-Quran selama 7 tahun di Maa-had Ahmadi, sekolah dibawah kerajaan Negeri Sembilan yang menggabungkan sistem tahfiz dan akademik (kini dikenali sebagai ITQAN - Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembi-lan). Pada tahun 2006, beliau pernah secara aktif mencurahkan kepakaran beliau di pusat hafazan Al-Quran utama Malaysia iaitu DARUL QURAN JAKIM, melatih pelajar untuk lebih berdedikasi dalam menghafaz Al- Quran melalui corak hafazan yang sistematik. USAHA MEMARTABATKAN AL-QURAN Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz lebih dikenali ramai dengan produk teknik hafazan untuk golongan awamnya iaitu Kaedah Jibril. Teknik ini telah disebarkan secara aktif ke seluruh megara melalui seminar dan ia telah membantu beribu-ribu peserta menghafaz surah-surah popular. Rujuk : http://www.kaedahjibril.com/mengenaikjibril.html ANTARA PRODUK LAIN KELUARAN USTAZ ASRAFF : Selain dari menerbitkan 5 produk DVD tentang cara mudah menguasai ilmu Al-Quran (tajwid, hafazan & kefahaman) yang digabungkan dalam Pakej Inspirasi Qurani (www.inspirasiqurani.com) , Ustaz Asraff juga ada menerbitkan 2 buah buku iaitu : Quranology (diterbitkan oleh Sykt Mustread Sdn. Bhd.) dan Kaedah Jibril (diterbitkan oleh Sykt PTS Sdn. Bhd.) Kedua-dua buku ini boleh didapati di kedai buku terkemuka seperti MPH, Popular dll. Anda boleh berhubung terus dengan beliau melalui : Buah fikiran terkini menerusi blognya : www.asraffayob.com Interaksi harian melalui Facebook : www.facebook.com/UstazAsraff Terus ke inbox emelnya : [email protected] No. tel : 016 9287 606