piawaian amalan berkualiti

42
Piawaian Amalan Berkualiti INSTITUT BIOSAINS

Upload: dangkien

Post on 15-Jan-2017

279 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Piawaian Amalan Berkualiti

Piawaian Amalan

Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

Page 2: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 1

I

1. TUJUAN

Sebagai garis panduan untuk piawaian tindakan kebersihan, kekemasan dan keselamatan secara minima yang boleh dilaksanakan oleh warga IBS. 2. LATAR BELAKANG Imej korporat yang dipamerkan dalam pelaksanaan Amalan 5S ialah seperti berikut:

Persekitaran semua peringkat ruang pejabat pada status sentiasa pada tahap yang bersih, kemas dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.

Keseragaman pelabelan:

i. Tidak keterlaluan dan memudahkan kecapaian serta bermaklumat;

ii. Warna pelabelan (diperuntukkan dalam garis panduan

Penggunaan warna dan identiti korporat UPM – dan laminate bagi yang bersesuaian); dan

iii. Saiz keluasan label : panjang x lebar minimum 1cm x 1 cm

(kesesuaian saiz mengikut kategori pelabelan); dan

iv. Material adalah bersesuaian:

Terkeluar dari persepsi ‘persekitaran taska atau tadika’

Keseragaman warna penandaan

Keseragaman material

Page 3: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 2

3. TINDAKAN PELAKSANAAN AMALAN 5S

Penekanan terhadap pelaksanaan Amalan 5S kepada kategori utama yang merangkumi keseluruhan tempat kerja di IBS iaitu:

Keperluan utama Pelaksanaan

Ruang Pejabat (Umum)

Ruang Kerja/Bilik Pegawai

Tempat Penyimpanan Stor/Perfailan

Tempat Umum

Kawasan Persekitaran Jabatan

Keselamatan Persekitaran

Page 4: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 3

I

I SUDUT 5S Sudut 5S disediakan bagi memberi maklumat terkini berkaitan Amalan 5S kepada warga IBS bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Amalan 5S. Sudut 5S perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

i. Polisi/Objektif/Matlamat Amalan 5S (ditandatangani oleh Pengarah dan bertarikh) dijelaskan dan difahami dengan bahasa yang mudah dan mengandungi elemen keperluan kebersihan dan keselamatan, produk/perkhidmatan, perkhidmatan berkualiti, ciri kerja berpasukan serta kepuasan pelanggan dan di letakkan di tempat-tempat yang strategik.

ii. Carta Organisasi Amalan 5S terkini iii. Carta perbatuan/Gantt Chart terkini iv. Peta lokasi dan lantai zon 5S v. Rekod aktiviti (gambar) sebelum dan selepas pelaksanaan sesuatu

Amalan 5S vi. Slogan/logo Amalan 5S vii. Buletin berkaitan Amalan 5S (jika berkenaan) viii. Maklumat bagi tujuan promosi Amalan 5S di IBS. ix. Nama kumpulan mengikut sektor/zon. x. Penjelasan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan) Amalan 5S. xi. Jadual tugas dan pelaksanaan aktiviti. xii. Jadual mesyuarat/perjumpaan kumpulan terkini. xiii. Rekod di atas disimpan dengan baik.

Sudut 5S hendaklah berimejkan korporat (objek hiasan tidak keterlaluan atau berlebih-lebihan)

Page 5: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 4

I

I LANTAI i. Lantai tidak berdebu, tidak basah dan bersih dari sebarang

kekotoran; ii. Sampah sarap tidak bertaburan di atas lantai sama ada di sudut-

sudut atau di bawah peralatan perabot dan perhiasan; iii. Lantai tiada berlubang/pecah/rekahan atau sebarang kecacatan

yang berpotensi mengancam keselamatan pekerja; iv. Tiada barang yang tidak diperlukan diletakkan di lantai; dan v. Pelan lantai dengan laluan kecemasan diwujudkan dan

dipamerkan ditempat yang mudah dilihat.

Page 6: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 5

I PERALATAN PEJABAT

i. Peralatan pejabat sentiasa berkeadaan baik, dilabel, berlap supaya tidak berdebu, bersih dan tersusun kemas serta sentiasa boleh digunakan dengan selamat;

ii. Cermin tingkap sentiasa dilap dan tidak berhabuk, manakala yang

pecah segera diganti; iii. Peralatan yang rosak atau perlu diselenggara hendaklah

dilabelkan dengan jelas dan nyatakan tarikh (baikpulih/penyelenggaraa) dan diasingkan;

iv. Papan kenyataan/alatan yang menyatakan keberadaan staf

disediakan dan berfungsi; v. Pastikan lampu, jam, kipas, penghawa dingin dan plug elektrik

sentiasa berfungsi dan dilabelkan mengikut kesesuaian; vi. Alat pemadam api mempunyai sijil yang berkuat kuasa dan

berkeadaan baik; vii. Bahan bacaan adalah terkini dan tidak berhabuk; dan viii. Perhiasan seperti bunga, akuarium diselenggara dengan baik.

Page 7: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 6

I SUSUN ATUR PERALATAN PEJABAT i. Semua perabot dan peralatan pejabat tersusun kemas,

berkeadaan baik serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan perkerjaan;

ii. Kreativiti menyusun perabot dan peralatan adalah digalakkan

supaya dapat mewujudkan suasana yang lebih selesa dan keceriaan pejabat serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan; dan

iii. Teknik susunan peralatan boleh memendekkan masa memproses

sesuatu kerja.

Page 8: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 7

I SUSUNAN FAIL i. Disusun dengan teratur, mudah diperoleh/disimpan dan bersistem; ii. Sistem pengurusan fail yang memudahkan pencarian/pencapaian

dalam satu tempoh masa; iii. Ring File boleh dilabelkan mengikut tatacara berikut:

Tetulang ring file mengandungi nama bahagian, nombor fail, tajuk fail dan nombor susunan fail.

Muka depan ring file mengandungi logo, tajuk dan nama sektor atau bahagian

iv. Penggunaan tulisan (font) dan saiz mengikut kesesuaian fail; dan v. Penggunaan warna muka depan dan tetulang ring file adalah

warna korporat (merah, kelabu dan putih) atau warna sejagat (hitam, putih).

Page 9: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 8

I HIASAN DALAMAN

i. Hiasan yang bersesuaian dengan imej IBS, mudah dan jimat

diselenggarakan dan kedudukannya tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja;

ii. Maklumat korporat boleh dipamerkan tetapi tidak keterlaluan dari

segi kuantiti dan sentiasa dikemaskini (contoh: carta organisasi, piagam pelanggan, dasar kualiti dsb);

iii. Langsir/bidai cermin tingkap sentiasa kelihatan tersisir rapi dan

bersih serta ada penyelenggaraan berkala; iv. Dinding yang kotor akibat kesan tampalan dibersihkan sebaiknya; v. Pastikan semua hiasan yang dibuat tidak berdebu, tidak kotor dan

sentiasa berada dalam keadaan baik supaya tidak mencacatkan pemandangan; dan

vi. Susunan hiasan sentiasa kemas, tersusun, menyenangkan

pergerakan dan tidak mengancam keselamatan pekerja.

Page 10: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 9

I TANDA ARAH/PETUNJUK/PERINGATAN

i. Tanda nama seksyen/unit yang berkaitan dengan aktiviti pentadbiran perlu dipamerkan di ruang yang sesuai supaya memudahkan urusan;

ii. Tanda nama peringatan yang sesuai diletakkan pada peralatan

yang berisiko seperti contoh ‘AWAS’ pada plug yang terdedah dan ‘SILA PADAM LAMPU SELEPAS DIGUNAKAN’ pada plug lampu yang terbabit;

iii. Tanda nama pegawai perlu diletakkan pada setiap partition dan

bilik pegawai; dan iv. Tanda arah, penunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat

yang strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai.

Page 11: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 10

I RUANG KERJA TERPERINGKAT

i. Ruang kerja terperingkat ini merangkumi Bilik Server, Bilik Kebal

dan Kawasan Kerja Larangan; ii. Kawasan bilik ini perlu sentiasa kemas, tersusun, bersih, tidak

berdebu dan selesa; iii. Sistem pengurusan ruang kerja terperingkat perlu diamalkan

dengan memenuhi ciri-ciri keselamatan pengguna (tata cara yang ditetapkan dalam peraturan keselamatan;

iv. Tanda arah, penunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat

yang strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai; dan v. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik

bagi menguruskan kebersihan bilik.

Page 12: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 11

I RUANG KAUNTER

i. Memastikan peralatan pejabat dan kemudahan yang disediakan sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat;

ii. Persekitaran kaunter sentiasa dilap supaya tidak berdebu, bersih

dan disusun supaya kelihatan kemas; iii. Tanda arah, penunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat

yang strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai ii. Maklumat korporat boleh dipamerkan tetapi tidak keterlaluan dari

segi kuantiti dan sentiasa dikemaskini (contoh: carta organisasi, piagam pelanggan, pemberitahuan atau arahan yang perlu disampaikan kepada pelanggan);

iii. Sentiasa mengamalkan perkhidmatan yang mesra pelanggan; iv. Sekiranya perkhidmatan kaunter melibatkan borang-borang yang

berkaitan, ianya perlulah disusun dengan teratur dan dilabelkan. Susunan boleh menggunakan dokumen tier atau rak archilic/kayu;

v. keperluan utama yang perlu ada di kaunter utama adalah seperti

berikut :

Buku kedatangan pelawat

Telefon

Set komputer, printer dan capaian internet

Direktori telefon pegawai IBS

Borang aduan/cadangan/kepuasan hati pelanggan

Page 13: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 12

I BILIK PEMANDU

i. Bilik pemandu hendaklah mengikut garis panduan workstation pegawai;

ii. Perabot di dalam dan di luar bilik pemandu hendaklah disusun

dengan kemas dan teratur; iii. Penggunaan alat penyaman udara dan televisyen hendaklah

ditutup apabila bilik tidak digunakan; iv. Kebersihan di dalam bilik dan persekitarannya hendaklah sentiasa

dijaga; v. Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam bilik; vi. Kasut-kasut hendaklah disusun dengan rapi; dan vii. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik

bagi menguruskan kebersihan bilik pemandu.

Page 14: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 13

I I LANTAI

i. Lantai tidak berdebu, tidak basah dan bersih dari sebarang

kekotoran; ii. Sampah sarap tidak bertaburan di atas lantai sama ada di sudut-

sudut atau di bawah peralatan perabot dan perhiasan; dan iii. Tidak terdapat barang yang tidak diperlukan bertaburan di atas

lantai sekitar ruang kerja.

Page 15: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 14

I MEJA (DI ATAS/DI BAWAH/DI TEPI MEJA)

i. Satu tray bertingkat dan dilabel KELUAR/MASUK/DALAM

TINDAKAN; ii. Terdapat telefon dan direktori (optional); iii. Alat tulis diletakkan di dalam pen stand dalam kuantiti yang

munasabah (jika perlu); iv. Rubber stamp yang aktif dilabelkan dan disenaraikan (tidak

termasuk self-ink rubber stamp); v. Fail-fail aktif/diari/organizer di susun berdiri dengan kemas dan

teratur pada setiap masa; vi. Dibenarkan satu sudut mini di partition bersaiz A4 untuk hiasan

(mengikut kesesuaian); vii. Tanda nama dan jawatan pegawai diletakkan di ruang

kerja/partition pegawai/pintu bilik pegawai mengikut kesesuaian; viii. Menetapkan ruang kasut bagi meletakkan tidak lebih dua (2)

pasang kasut (jika perlu); ix. Wayar/kabel (untuk ICT dan elektronik) perlu dikemaskan dengan

menggunakan bahan-bahan yang sesuai seperti black tape/cabel casing/conduit ianya hendaklah dipasang secara bersesiku dan tersorok;

x. Bakul sampah diletakkan di tempat khas bertanda; xi. CPU dan pedestal bergerak perlu di tempatkan di bawah meja

atau di sisi meja; dan xii. Kotak kitar semula boleh diwujudkan dan digunakan secara guna

sama.

Page 16: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 15

I LACI MEJA

i. Pembahagian ruang laci adalah seperti berikut:

Laci 1 (paling atas) di khaskan penggunaannya kepada alat-alat tulis dan disusun kemas mengikut kreativiti pegawai

Laci tengah diguna bagi menempatkan dokumen-dokumen rasmi seperti diari, planner dan buku-buku catatan

Laci bawah digunakan bagi menempatkan alatan/barang peribadi seperti beg tangan, dompet, telefon bimbit dan lain-lain.

Page 17: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 16

I KERUSI

i. Kerusi tetamu dan kerusi kerja hendaklah tersusun rapi jika tidak digunakan;

ii. kerusi sentiasa dalam keadaan baik, selesa, bersih dan selamat

untuk digunakan; dan iii. Blazer/selendang disangkut dengan kemas di belakang kerusi (jika

almari tidak disediakan) I KOMPUTER DAN PENCETAK

i. Komputer serta peralatan ICT ysng berkaitan hendaklah sentiasa tidak berhabuk dn sedia untuk diguna;

ii. pastikan komputer di tutup (shut down) sebelum pulang; dan iii. wallpaper dan screen saver perlu diseragamkan dengan imej

korporat jabatan.

Page 18: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 17

I PELABELAN/PENETAPAN LOT/ PEMAKIRAN

i. Setiap peralatan guna sama dan mudah alih sahaja disediakan lot yang bersesuaian;

ii. Pelabelan dan lot alatan haruslah seragam (contoh: bakul

sampah-label dan tanda lot diletak di bawah tapak bakul sampah dengan saiz yang seragam);

iii. Pelabelan dibuat bagi memudahkan Pencarian/ pemulangan/

perbezaan barangan atau fail (pelabelan yang berfungsi) iv. Pelabelan dibuat ke atas fail/peralatan/lokasi selaras dengan

Arahan Keselamatan; dan v. Pelabelan hendaklah mengekalkan imej korporat jabatan.

Page 19: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 18

I

I STOR

i. Stor sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas; ii. Pelan lantai dengan laluan kecemasan diwujudkan dan

dipamerkan di tempat yang mudah dilihat; iii. Peralatan sokongan pengurusan stor termasuk tangga mudah alih

dan troli berada dalam keadaan baik dan ditentukan tempat khas; iv. Semua barang/stok di dalam stor di susun dengan kemas dan

teratur; v. Stok termasuk alat tulis, bahan, mesin dan peralatan di susun

dengan teratur supaya tidak menghalang kerja-kerja pemunggahan dan laluan;

vi. Stok disusun mengikut tanda/label abjad yang bersesuaian

mengikut tarikh pengeluaran atau tarikh kemasukan ke stor dan dikeluarkan untuk kegunaan mengikut kaedah ‘First in First Out’ (FIFO)

vii. Stok disimpn mengikut keadaan atau jenis barang dan tertakluk

kepada prosedur pengurusan stor yang sedang berkuat kuasa (contoh:bilik hawa dingin atau peti sejuk untuk stok yang memerlukan suhu rendah dan barang-barang toksik disimpan dengan kemas dan menggunakan peralatan sepatutnya termasuk peralatan sokongan);

viii. Kaedah/sistem merekod yang sesuai diwujudkan bagi

memudahkan urusan merekod keluar masuk stok; ix. Barang dapat dicapai/dicari dalam tempoh kurang 30 saat; x. Sudut informasi (contoh tatacara permohonn barang) boleh

diwujudkan dan ditempatkan di kawasan yang mudah dilihat; xi. Tanda amaran ‘Dilarang Masuk’ dipamerkan dengan jelas; xii. Alat pemadam api yang mempunyai sijil berkuat kuasa dan

berkeadaan baik dan ditempatkan di stor;

Page 20: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 19

xiii. Kawalan makhluk/haiwan perosak dilaksanakan secara berjadual; dan

xiv. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik

bagi menguruskan kebersihan bilik stor/fail.

Page 21: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 20

I BILIK FAIL

i. Pelan Susun Atur/pelan lantai bilik fail perlu disediakan dan dipamerkan di ruang yang strategik;

ii. Kabinet fail dilabelkan mengikut jenis dokumen dan nombor

indeks/rujukan; iii. Fail disusun mengikut nombor siri/indeks yang ditetapkan dalam

kabinet fail dan dilabelkan mengikut format yang telah diseragamkan dan dapat dicapai/dicari dalam tempoh kurang 30 saat;

iv. Sistem pergerakan fail diwujudkan bagi tujuan pengesanan fail

yang sedang digunakan (contoh kad daftar pengguna, buku log dan kad keluar masuk fail);

v. Fai-fail terperingkat yang digunakan disimpan di dalam kabinet

besi berpalang. Indeks bagi fail-fail terperingkat tidak dilekatkan diluar kabinet;

vi. Staf dilarang makan, minum dan merokok di dalam bilik fail; vii. Senarai nama pegawai-pegawai yang dibenarkan mengendalikan

fail terperingkat perlu dipamerkan untuk perhatian kakitangan lain; viii. Fail disusun semula di tempat asal sebelum tamat waktu bekerja; ix. Fail tutup diasing/dilupuskan berdasarkan peraturan terkini; x. Tangga, troli dan kerusi hendaklah diletakkan ditempat yang

selamat dan diletakkan label; xi. Kawalan makhluk/haiwan perosak dilaksanakan secara berjadual;

dan i. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik

bagi menguruskan kebersihan bilik fail.

Page 22: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 21

I PETI TEMPAT SIMPAN KUNCI

i. Anak kunci hendaklah disimpan di tempat khas supaya senang diambil dan disimpan kembali;

ii. Lekatkan nombor pada semua anak kunci dan nombor itu mestilah

sama dengan ibu kunci; iii. Jika perlu, gunakan tag warna yang berlainan bagi setiap jambak

anak kunci; iv. Sekiranya ada anak kunci yang tidak boleh digantung atas alasan

keselamatan, ianya hendaklah disimpan di tempat khas yang telah ditentukan parkirannya; dan

v. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik

bagi menguruskan peti simpan kunci.

Page 23: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 22

I

Ruang Umum/Kaunter/Lobi Utama merupakan ruang yang pelu dititikberatkan dalam penjagaan kerana ruang ini sentiasa dikunjungi pelanggan. Perkara berikut perlu sentiasa diamalkan untuk menjamin keselesaan pelanggan:

I LOBI UTAMA i. Semua peralatan, barang, kerusi, meja hendaklah disusun kemas,

tidak berhabuk dan teratur;

ii. Pastikan peralatan/kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik dan boleh digunakan dengan sempurna;

iii. Laluan-laluan umum bersih dan tidak dihalang dengan sebarang

halangan seperti barang/peralatan yang boleh mengganggu laluan umum;

iv. Maklumat seperti pelan strategik/visi/misi/piagam pelanggn dan

lain-lain sentiasa dikemaskini dan dipaparkan di tempat yang mudah dilihat;

v. Alat pemadam api yang mempunyai sijil yang berkuatkuasa dan

berkeadaan baik; dan vi. Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi memantau kebersihan

lobi utama.

Page 24: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 23

I KAUNTER/KHIDMAT PELANGGAN/RUANG MENUNGGU

i. Kaunter khidmat pelanggan sentiasa bersih, kemas dan tersusun; ii. Layanan mesra oleh petugas kaunter; iii. Tempoh pemberian perkhidmatan sejajar dengan piagam

pelanggan; iv. Tempat duduk / tempat mengisi borang disediakan di ruang

menunggu untuk kemudahan pelanggan/tetamu luar; v. Peralatan/borang/kemudahan/ perabot di ruang menunggu

disusun dengan teratur, berada dalam keadaan baik dan terdapat arahan penggunaan/pengisian (jika berkenaan);

vi. Kawasan persekitaran ruang menunggu tetamu sentiasa bersih

dan kemas; vii. Kemudahan tanda nama/tanda arah/petunjuk dipamerkan dengan

jelas di kawasan yang mudah dilihat; viii. Bahan / maklumat berkenaan disediakan kepada pelanggan; ix. Tanda-tanda arah digalakkan menggunakan warna korporat dan

diletakkan di kawasan yang strategik; x. Alat pemadam api yang mempunyai sijil yang berkuatkuasa dan

berkeadaan baik; dan xi. Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi memantau kebersihan

ruang menunggu.

Page 25: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 24

I BILIK/RUANG REHAT/MENUNGGU TETAMU

i. Pastikan semua peralatan, barang, kerusi, meja hendaklah disusun kemas, tidak berhabuk dan teratur;

ii. Sentiasa memastikan kawasan sekitar bersih, tidak berhabuk,

kemas dan menyenangkan tetamu; iii. Kemudahan tanda arah/petunjuk yang disediakan mencukupi,

informatif dan efektif; dan iv. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) dilantik bagi

menguruskan kebersihan bilik.

Page 26: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 25

I SURAU/BILIK SOLAT

Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan untuk menjadikan surau/ bilik solat tempat yang selesa untuk beribadat:

i. Bilik solat sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas; ii. Sentiasa memastikan lantai tidak berdebu, tidak basah dan

sentiasa bersih untuk keselesaan ramai; iii. Telekung, kain pelekat dan sejadah hendaklah disusun, dilipat

atau digantung dengan kemas; iv. Pintu masuk hendaklah dilabelkan dengan perkataan Surau/Bilik

Solat; v. Almari/Kabinet/rak/penyidai dan cermin muka dibenarkan mengikut

keperluan; vi. Buku-buku/bahan bacaan agama sentiasa disusun kemas dan

teratur di dalam almari/kabinet/rak yang disediakan; vii. Selipar/kasut disusun dengan rapi dan kemas pada tempatnya; viii. Arah kiblat dipamerkan dengan jelas dan mudah dilihat; ix. Jadual waktu solat disediakan untuk panduan masuk waktu solat

bagi kemudahan warga IBS; x. Penggunaan pewangi digalakkan untuk mendapatkan suasana

yang tenang dan segar; xi. Jam dinding disediakan untuk panduan; xii. Tidak dibenarkan tidur di dalam surau; xiii. Jadual waktu solat dipamerkan di ruang yang disediakan; xiv. Peralatan mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan; dan xv. Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi mengurus dan memantau

kebersihan surau/bilik solat.

Page 27: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 26

I BILIK MESYUARAT/BILIK BINCANG

i. Pastikan bilik mesyuarat/bilik bincang dalam keadaan bersih, tidak berdebu dan tiada kekotoran;

ii. Peralatan/kemudahan sentiasa bersih, tidak berhabuk dan disusun kemas ketika tidak digunakan;

iii. Peralatan mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan;

iv. Alat pemadam api yang mempunyai sjil yang berkuat kuasa dan

berkeadaan baik; v. Maklumat berkaitan mesyuarat/perbincangan hendaklah

dipamerkan di pintu masuk bilik mesyuarat/perbincangan; vi. Hiasan berbentuk korporat boleh menaikkan suasana balik dan

perlu ada penyelanggaraan yang berkala (contoh: gambar, maklmat pencapapaian IBS, penyataan kualiti/hala tuju, piagam pelanggan, program IBS dan lain-lain);

vii. White board hendaklah dibersihkan selepas

mesyuarat/perbincangan selesai; viii. Pastikan pemadam dan marker pen berwarna merah, biru dan

hitam diletakkan di tempat yang disediakan; ix. Jam dinding perlu diletakkan di tempat yang sesuai;

x. Pastikan barang-barang elektronik seperti LCD Projektor, mikrofon

dan power supply di tutup sebelum meningglkan bilik mesyuarat/bincang; dan

xi. Pengawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah

dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik.

Page 28: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 27

I BILIK LATIHAN i. Bilik latihan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas; ii. Peralatan/kemudahan di bilik latihan sentiasa berada dalam

keadaan sempurna dan boleh digunakan; iii. Peralatan mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan; iv. Hiasan berimej korporat diwujudkan dan diselenggara secara

berkala; v. Maklumat berkaitan latihan dipamerkan di pintu masuk bilik latihan

(Contoh: penggunaan papan tanda, maklumat capaian internet); vi. Kemudahan tanda arah/keterangan petunjuk yang disediakan,

mencukupi, informatif dan efektif; vii. Alat pemadam api yang mempunyai sijil yang berkuat kuasa dan

berkeadaan baik; dan viii. Pegawai bertanggungjawab boleh dilantik bagi memantau

kebersihan dan kekemasan bilik latihan.

Page 29: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 28

I PANTRI

i. Pantri sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas, kering serta

bebas dari sebarang serangga/makhluk perosak dan bau yang tidak menyenangkan;

ii. Semua peralatan/perabot dan perkakas disusun dengan kemas dan teratur setelah digunakan;

iii. Perkakas/alatan yang disimpan di dalam kabinet/almari/rak

dilabelkan dengan nama perkakas dan diseragamkan mengikut kesesuaian;

iv. Perkakas yang dibenarkan di pantri:

Peti sejuk

Microwave

Cerek elektrik

Pembakar roti

Penapis air

Periuk nasi elektrik

Rak pinggan

Water dispenser

Bingkai gambar

v. Kain lap sentiasa dicuci selepas digunakan;

vi. Sinki sentiasa dibersihkan, dipastikan tidak tersumbat dan tiada

sisa makanan; vii. meja makan dialas atau berkeadaan bersih;

viii. Bahan makanan seperti gula, susu dan sebagainya diletakkan

dalam bekas bertutup; ix. Tong sampah disediakan dan ditutup;

Page 30: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 29

x. Suis peralatan elektrik ditutup setelah digunakan;

xi. Peralatan mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan;

xii. Tiada pinggan/mangkuk/cawan/gelas diletak di atas meja dan sinki

selepas digunakan;

xiii. Tiada pinggan/mangkuk/cawan/gelas diletak di atas meja dan sinki selepas digunakan;

xiv. Penggunaan pewangi udara digalakkan bagi menghindarkan bau yang tidak menyenangkan;

xv. Satu sudut informasi boleh diwujudkan untuk mempamerkan jadual tugasan, peraturan, pemberitahuan atau pun arahan yang berkaitan (jika berkenaan); dan

xvi. Pengawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah

dilantik bagi menguruskan kebersihan pantri.

Page 31: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 30

I TANDAS/TANDAS OKU i. Setiap tandas (cubical), urinal bowl, sinki dan paip air hendaklah

ditandakan dengan nombor bilangannya;

ii. Senarai peralatan, kelengkapan yang perlu ada dalam bilik air:

Bekas sampah

Sanitary bin

Mesin penyembur pewangi

Soap dispenser

Kertas tisu iii. Permukaan lantai, dinding sentiasa bersih dan kering; iv. Keadaan siling yang sempurna tiada kebocoran dan tidak

bersawang; v. Semua lampu berfungsi dengan baik; vi. Pintu-pintu tandas berkeadaan sempurna dengan lengkap dengan

penyelak, penyangkut seluar dan kelihatan bersih; vii. Mangkuk tandas berkeadaan bersih dan lengkap dengan pelapik

serta flushing system berfungsi dengan sempurna; viii. Terdapat sticker arahan prosedur penggunaan peralatan di dalam

bilik air; ix. Sinki berkeadaan bersih, tidak tersumbat dan paip air berfungsi

dengan sempurna; x. Meja sinki dan cermin muka berkeadaan bersih dan kering; xi. Peralatan/Kelengkapan seperti tempat sampah, tisu dan bekas

cecair sabun disediakan di dalam tandas; xii. Senarai semak kerja-kerja penyelenggaraan pembersihan

dilekatkan di dalam bilik air; xiii. Peralatan pembersihan disimpan ditempat yang bersesuaian;

Page 32: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 31

i. Persekitaran tidak berbau yang kurang menyenangkan; dan ii. Pengawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah

dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik air.

Page 33: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 32

I LALUAN UTAMA/LALUAN AWAM

i. Lantai sentiasa bersih, tiada sisa buangan yang diletakkan di

sepanjang laluan; ii. Hiasan seperti pokok bunga yang berada di sepanjang laluan (jika

ada) disusun dengan kemas, bersih dan teratur supaya tidak menghalang laluan;

iii. Peralatan/perabot yang diletak di laluan utama/umum hendaklah

disusun dengan baik supaya tidak mengganggu aliran perjalanan; iv. Pintu kecemasan tidak dihalang dan sentiasa di tutup; dan v. Papan notis yang diletakkan di sepanjang laluan hendaklah

sentiasa diselenggara dan dikemaskini maklumatnya.

Page 34: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 33

I LIF UMUM/LIF BOMBA/LIF PEMUNGGAH

i. Lantai lif tidak berbau, tidak basah dan tiada kekotoran serta sampah;

ii. Tiada kerosakan yang berlaku seperti butang penekan lif

tertanggal; iii. Lampu di dalam lif dan sistem kecemasan lif berfungsi dengan

baik; dan iv. Kemudahan tanda arah/keterangan petunjuk yang disediakan

mencukupi, informatif dan efektif.

Page 35: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 34

I DEWAN SERBAGUNA/AUDITORIUM

i. Lantai tidak berdebu, tidak basah dan bersih dari sebarang

kekotoran; ii. Peralatan/kemudahan adalah sesuai dan boleh digunakan dengan

selamat; iii. Kemudahan seperti kerusi penonton sentiasa bersih dan

memuaskan keadaannya; iv. Lampu di dalam bilik auditorium berfungsi dengan baik; v. Alat pemadam api yang mempunyai sijil yang berkuat kuasa dan

berkeadaan baik; vi. Penggunaan kawasan operasi dan peralatan/kemudahan yang

memenuhi ciri keselamatan dan kesihatan; vii. Persekitaran bersih, kemas, teratur, tidak berhabuk dan sentiasa

terkawal; dan kemudahan tanda arah/keterangan petunjuk yang disediakan mencukupi, informatif dan efektif; dan

viii. Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi memantau kebersihan

Auditorium.

Page 36: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 35

I

I PAPAN TANDA ARAH/PETUNJUK i. Berada dalam keadaan baik, tidak berdebu dan sentiasa bersih; ii. Saiz yang sesuai untuk difahami; iii. Mudah dilihat oleh orang ramai dan kedudukannya yang strategik;

dan iv. Berkonsepkan imej korporat.

Page 37: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 36

I MEDIA/BAHAN PAMERAN i. Bahan media atau bahan pameran yang dipamerkan di papan

notis atau papan kenyataan di seluruh IBS perlu berada daam keadaan baik, tidak berdebu dan sentiasa bersih;

ii. Bahan-bahan tersebut perlu dikemaskini mengikut keadaan

semasa; iii. Penampilan media/bahan pameran yang dipamerkan perlu

berkualiti, berimej korporat, kemas dan teratur; dan iv. Penggunaan kreativiti mempamerkan bahan tersebut adalah

digalakkan supaya dapat menarik perhatian pelanggan.

Page 38: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 37

I LOT LETAK KERETA i. Sentiasa dalam keadaan bersih; ii. Menyediakan lot khas untuk pelawat; iii. Lot kereta mempunyai garisan yang jelas; iv. Terdapat sistem nombor/abjad di lot parkir supaya memudahkan

orang ramai untuk mencari kenderaan masing-masing; dan v. Sediakan tapak letak kenderaan bagi OKU di kawasan yang

sesuai.

Page 39: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 38

I TEMPAT BUANGAN SISA i. Mempunyai tempat pembuangan sisa yang memudahkan dan

mengikut piawaian serta keperluan peraturan; ii. Tempat buangan yang terkawal daripada mencemar kawasan

persekitaran; iii. Mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi untuk mengawal bahan

buangan sisa; dan iv. Menampilkan suasana tempat pembuangan sisa yang

menyenangkan pemandangan warga IBS dan pelanggan.

Page 40: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 39

I LANDSKAP HIASAN i. Landskap tanaman pokok yang menarik dan sesuai; ii. Pokok/ hiasan/kolam diselenggara dengan baik; iii. Getah paip digulung selepas digunakan; dan iv. Peralatan penyelenggaraan tanaman (cangkul dsb) dan alatan

pembersihan (penyapu, mop dan dsb.) disimpan ditempat yang dikhaskan.

Page 41: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 40

I

Langkah-langkah keselamatan berikut perlu diambil bagi menjamin suasana kerja yang selamat:

i. Laluan utama tidak dihalang dengan barang-barang atau peralatan yang tidak diperlukan (contoh: Pasu bunga, fire extinguisher, kotak-kotak, barang-barang pra pelupusan dan sebagainya);

ii. Pintu rintangan api dan pintu kecemasan hendaklah sentiasa

ditutup dan tidak dihalang; iii. Tidak membuat pendawaian tambahan tanpa kebenaran; iv. Tiada aktiviti memasak dilakukan dimana-mana kecuali di pantri; v. Ubat/bahan di dalam peti kecemasan masih sah untuk digunakan; vi. Tanda-tanda amaran keselamatan yang dipamerkan hendaklah

jelas dan mudah dilihat (contoh: Dilarang Merokok, tanda KELUAR dan AWAS)

vii. Tangga-tangga laluan kecemasan tidak dihalangi; viii. Alat pemadam api yang mempunyai sijil berkuat kuasa dan

berkeadaan baik; ix. Pelan lantai dengan laluan kecemasan diwujudkan dan

dipamerkan di tempat yang mudah dilihat; x. Tiada aktiviti merokok di persekitaran luaran dan dalaman

bangunan IBS (contoh : Pantri, stor, bilik fail, bilik pemandu, bilik air, tangga, ruang awam dan sebagainya)

xi. Peralatan rosak hendaklah dilapor dan diselenggara dengan

segera; xii. Prosedur dan latihan pengungsian bangunan (fire-dril) hendaklah

dilaksanakan sebagaimana arahan keselamatan; dan xiii. Peruntukan Arahan Keselamatan dipatuhi sepenuhnya.

Page 42: Piawaian Amalan Berkualiti

INSTITUT BIOSAINS

MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH 41

Piawaian tindakan dan penguatkuasaan yang dinyatakan tertakluk kepada pindaan dan keperluan dari semasa ke semasa dengan pertimbangan dan kelulusan daripada Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Amalan 5S.