pengurusan berkualiti

Upload: maria-yahya

Post on 04-Apr-2018

303 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    1/23

    KEPENTINGAN KREATIVITI DALAM PENGURUSAN BERKUALITI

    Oleh:

    Norasmah Mohd Noor

    Pengurusan sangat penting di dalam sesebuah organisasi. Sebesar mana sesuatu

    organisasi tersebut, sama ada swasta atau kerajaan, fungsi utama pengurusan terletak

    di bawah tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah, penyelia atau ketua

    bahagian yang berada di dalam organisasi tersebut. Kecemerlangan sesebuah

    organisasi tersebut bergantung kepada kualiti pengurusannya. Kualiti di sini merujuk

    pula kepada kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk dan

    perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.

    Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh beberapa tokoh yang membicarakan

    tentang kualiti ini daripada perspektif yang berlainan. Definisi kualiti di bawah ISO 9000

    ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat

    memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat (JPM, 2008). Dalam

    Implementing Total Quality (Goetsch & Davis, 1995), Fred Smith of Fedral Express

    mendefinisikan kualiti sebagai performance to the standard expected by the

    customer. Terdapat juga beberapa orang tokoh yang telah banyak menyumbang dalam

    falsafah pengurusan kualiti seperti W Edwards Deming, Kaoru Ishikawa, Joseph Juran,

    Armand Feigenbaum dan Philip Crosby.

    Menurut Ahmad Zamri Mansor (2011), Deming telah mendefinisikan bahawa kualiti

    adalah ditentukan oleh pelanggan pada peringkat awalnya dan meluaskan definisi

    kualitinya kepada membuatkan setiap orang melaksanakan dengan tepat pada kali

    pertama. Dalam mempertingkatkan kualiti, Demings telah menciptaDeamings Seven

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    2/23

    Deadly Diseasesdan Demings 14 points. Kaoru Ishikawa, seorang ahli kumpulan

    penyelidikan kawalan kualiti bagi Union of Japanese Scientists and Engineerspula

    mendefinisikan kualiti sebagai memenuhi keperluan pelanggan. Menurut beliau lagi,

    perkhidmatan yang berkualiti akan dicapai jika kepuasan pelanggan dapat dipenuhi.

    Ishikawa telah menekankan bahawa pihak pengusaha organisasi juga haruslah

    memberikan banyak usaha dalam membentuk pekerja dan organisasi yang berkualiti

    supaya produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dapat memenuhi

    keperluan dan kepuasan pelanggan.

    Joseph Juran mendefinisikan kualiti sebagai penyesuaian untuk kegunaan, iaitu

    dari segi ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan dan jaminan

    terhadap bebas dari kegagalan (freedom from failure). Juran menekankan kepada tiga

    perkara penting untuk menjayakan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi iaitu

    komitmen dan tindakan dari pihak pengurusan, latihan dalam pengurusan kualiti

    menyeluruh dan penambahbaikan kualiti secara berterusan. Menurut Ahmad

    Feigenbaum pula, kualiti didefinisikan sebagai produk yang paling berfaedah yang

    dibuat mengikut spesifikasi pelanggan. Beliau turut berpendapat bahawa faktor

    teknologi dan manusia membawa ke arah peningkatan kualiti. Tokoh yang membawa

    konsep kualiti menyeluruh ke peringkat yang lebih difahami iaitu Philip Crosby

    menyatakan bahawa kualiti bukan saja betul, malah ia juga percuma. Beliau telah

    membentuk gerakan sifar di Martin Marietta pada tahun 1960-an yang bercanggah

    dengan teori-teori stratistikal Deming yang mengatakan bahawa kesilapan sentiasa

    berlaku di dalam mana-mana organisasi.

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    3/23

    Berdasarkan pandangan-pandangan beberapa tokoh yang dibincangkan, penulis

    lebih cenderung melihat kualiti yang dibangunkan oleh Armand Feigenbaum. Dalam

    falsafah kualiti yang dibangunkan oleh Feigenbaum, pengawalan kualiti menyeluruh

    adalah satu sistem yang efektif yang mengintegrasikan pembangunan kualiti,

    penyelenggaraan kualiti dan usaha-usaha penambahbaikan kualiti oleh pelbagai pihak

    dalam sesebuah organisasi untuk membolehkan fungsi-fungsi organisasi mencapai

    tahap ekonomik yang seterusnya dapat memenuhi kepuasan pelanggan (Ahmad Zamri

    Mansor, 2011).

    Beliau turut berpendapad bahawa faktor teknologi dan manusia dapat membawa

    ke arah peningkatan kualiti. Namun, faktor manusia dianggap lebih penting dalam

    mencapai kualiti. Pengawalan kualiti bukan sahaja penting dalam peringkat

    pengeluaran, malah juga penting dari segi pemasaran serta perkhidmatan selepas

    jualan (ibid). Organisasi yang produktif berupaya untuk bersaing pada peringkat

    nasional dan antarabangsa. Oleh itu mereka berusaha untuk meningkatkan produktiviti

    menerusi teknologi moden bagi mengeluarkan produk dan perkhidmatan baru dengan

    harga yang lebih kompetatif. Persaingat sengit, perubahan cita rasa pengguna serta

    peningkatan tahap pendidikan masyarakat, kekurangan tenaga pekerja dan kekurangan

    sumber pengeluaran menyebabkan organisasi memberi penuh perhatian kepada

    peningkatan produktiviti dan kualiti. kualiti produk atau perkhidmatan ini boleh diukur

    dari segi kepuasan pengguna atau pelanggan. Untuk mencapai kualiti yang diingini

    kreativiti sangat penting dalam membangunakan organisasi yang bertaraf world Class.

    Dalam pengurusan sesebuah organisasi yang menekankan kualiti, kreativiti boleh

    memainkan peranan penting ke arah meningkatkan kualiti pengurusan. Penulis melihat

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    4/23

    kepentingan kreativiti ini menerusi pendekatan cost of conformance Feigenbaum dan

    juga konsep Kawalan kualiti menyeluruh (Total Quality Control) dalam melaksanakan

    program kualiti beliau. Dalam falsafah kualiti yang dibangunkan oleh Feigenbaum,

    Pengawalan Kualiti menyeluruh adalah satu sistem yang efektif yang mengintegrasikan

    pembangunan kualiti, penyelenggaraan kualiti dan usaha-usaha penambahbaikan

    kualiti oleh pelbagai pihak dalam sesebuah organisasi untuk membolehkan fungsi-

    fungsi organisasi mencapai tahap ekonomik yang seterusnya dapat memenuhi

    kepuasan pelanggan.

    Apabila manusia dianggap lebih penting dalam mencapai kualiti, maka kreativiti

    amat penting dalam mengendalikan sesebuah organisasi. Kreativiti dianggap sebagai

    kebolehan semulajadi dan individu yang mempunyai kebolehan itu dianggap sebagai

    seorang yang mempunyai beberapa kualiti sejati yang jarang dijumpai. Menurut Jones

    (1972), manusia sememangnya mempunyai potensi untuk bersifat kreatif. Dengan

    persekitaran dan teknik yang sesuai maka potensi kreatif ini boleh dikenalpasti, dipupuk

    dan diukur. Bagi Torrence (1974) pula, kreativi merupakan satu proses yang

    menjadikan seseorang itu peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan,

    unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenalpasti perkara-

    perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk

    hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubahsuai dan mengujinya semula; dan akhir

    sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.

    Pengurusan kualiti sesebuah organisasi tidak seharusnya mementingkan kualiti

    pengeluaran dan perkhidmatan tetapi turut mengujudkan budaya kualiti dan kreativiti

    terhadap sumber manusia dalam organisasi tersebut. Dengan memiliki sumber manusia

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    5/23

    yang kreatif dan berkualiti, pengurusan sesebuah organisasi itu mampu untuk

    meningkat maju. Anjakan paradigma dalam pemikiran dengan menanamkan unsur-

    unsur kreatif di samping budaya kualiti yang sedia wujud seharusnya diberikan

    keutamaan. Sebagai contoh dalam meningkatkan kualiti banyak organisasi yang

    mengamalkan konsep TQM dengan menggunakan opsyen-opsyen tertentu seperti Just-

    In-Time, Statistical Process Control, Quality Circledan sebagainya. menerusi opsyen

    ini, mereka cuba meningkatkan idea yang inovatif dan mampu dilaksanakan dalam

    persaingan dengan organisasi-organisasi yang lain.

    Pengurusan yang berkualiti dengan menerapkan unsur-unur kreativiti boleh

    mendatangkan faedah kepada sesebuah organisasi dan ini boleh dilakukan dengan

    anjakan paradigma dalam pemikiran menerusi penerapan unur-unsur kreativiti dalam

    pengurusan. Dalam menghadapi era pasaran global, pemikiran terhadap pengurusan,

    memerlukan perubahan atau anjakan paradigma dalam pemikiran tentang kualiti

    pengurusan secara teori dan praktis, ia akan melibatkan kualiti dan kuantiti sesuatu

    keputusan yang dihasilkan. Pelbagai perkara perlu diambilkira dalam mengurus

    sesebuah organisasi seperti pengurusan berasaskan masa, perkembangan yang pesat

    terhadap teknologi, pengeluaran intensif, pendidikan untuk tenaga kerja, kewangan

    berasaskan aktiviti dan sebagainya. Untuk mencapai perubahan dalam struktur, sistem,

    perhubungan dan bentuk aktiviti yang mengintegrasikan kesemua matlamat,

    pengurusan sesebuah organisasi itu perlu membuat penyesuaian terhadap perubahan

    dalam paradigma pemikiran.

    Penulis sangat menekankan kreativiti dalam meningkatkan kualiti pengurusan

    kerana terdapat banyak pandangan cendikiawan terhadap pengurusan yang berkaitan

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    6/23

    dengan kreativiti ini dapat melonjakkan sesuatu organisasi di peringkat antarabangsa

    dan dianggap world class. Menurut Stenberg dalam Breakthrough Thinking In Total

    Quality Management (Hoffher, Moran and Nadler, 1994) Identifies three different types

    of intelligence analytical, creative and constextual play equally important roles in

    solving different types of problem. Kenyataan ini membuktikan bahawa peningkatan

    keberkesanan dan pemikiran yang kreativiti adalah penting dalam menyelesaikan

    sesuatu masalah yang timbul. Terdapat beberapa syarikat besar peringkat

    antarabangsa yang menekankan kreativiti ini seperti The Geberal Services

    Administration, USA menekan: meeting the customer needs the first time and every

    time.Syarikat Boeing pula: Providing our customers with products and services that

    consistenly meet their needs expectations.

    Goetsch & David (1995), menyatakan bahawa quality is a dynamic atate associate

    with product, services, people, processes enviromental that meet or exceed current

    expectations. Dinamik disini merujuk kepada kualiti di mana kualiti boleh dan sentiasa

    berubah. Manakala produk, perkhidmatan, manusia dan persekitaran menunjukkan

    bahawa kualiti tidak sahaja tertumpu kepada produk dan perkhidmatan tetapi juga

    melibatkan manusia dan proses serta persekitaran di mana kualiti itu disediakan.

    Penekan ini kepada kreativiti ini boleh kita perhatikan kepada kreatif dan inovatif yang

    ditonjolkan oleh syarikat penerbangan Air Aisa. Syarikat penerbangan ini begitu kreatif

    dalam pengendalaikan penerbangan setanding dengan Syarikat Penerbangan Mas

    yang telah lama beroperasi. Di atas kekreatifan dan inovatif syarikat ini, maka ia telah

    mula melakar perjalanan ke peringkat antarabangsa dalam tempoh yang singkat. Ini

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    7/23

    bertepatan dengan pandangan Mumford & Gustafson (1988) yang melihat kreativiti

    sebagai penjanaan produk-produk yang bersifat novel dan berguna bagi masyarakat.

    Bagi meningkatkan produktiviti berdasarkan kreativiti di dalam sesebuah

    organisasi, beberapa elemen yang dikemukan oleh Hoffher, Moran dan Nadler (1995),

    boleh dijadikan garis panduan di dalam pengurusan. Antaranya ialah mewujudkan

    peraturan tentang kritikan apabila sesuatu idea itu dijanakan khususnya di dalam

    mesyuarat, menggalakkan free wheelingbiarpun seganjil mana idea yang diberikan,

    cuba meningkatkan idea dengan membina atau mencantumkan dengan idea-idea lain,

    setiap orang dilayan dengan secara adil dengan mengenepikan perbezaan status

    dalam masyarakat, mengekalkan sikap yang positif, menangani idea-idea sebaik

    mungkin dengan menukarkan kemungkinan yang negatif kepada positif dan

    menggalakkan komitmen pihak atasan terhadap polisi yang menyokong kepada

    perubahan dan peningkatan berterusan. Perkara-perkara yang dinyatakan oleh Hoffher,

    Moran dan Nadler ini merupakan langkah penting yang boleh diamalkan dalam

    pengurusan berkualiti sesebuah organisasi bagi mewujudkan budaya kreativiti. Oleh

    yang demikian, sesebuah organisasi yang ingin maju dan terkehadapan haruslah

    mengamalkan sikap mementingkan kreativiti dalan meningkatkan kualiti organisasi.

    Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibincangkan oleh penulis, kualiti dan

    kreativiti merupaka dua elemen yang boleh disepadukan dalam pengurusan sesebuah

    organisasi. Keutamaan kepada perkhidmatan dan kepada pelangggan memerlukan

    seseorang itu kreatif dan inovatif. Oleh itu pihak pengurusan perlu mewujudkan unsur

    kreativiti dalam mengurusan organisasi mereka. Idea-idea yang kreatif perlu dipupuk

    dan digalakkan bagi menghasilkan pemikiran yang berkualiti di samping insentif kepada

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    8/23

    subordinat agar berupaya mempengaruhi tingkahlaku dalam tugasan mereka

    khususnya untuk melaksanakan sesuatu yang menghasilkan sesuatu produk yang

    berkualiti.

    BIBLIOGRAFIAhmad Zamri Mansor (2011). Kumpulan TQM Definisi Kualiti (Perbandingan di antara

    Tokoh-tokoh). Tutorial2313. blogsot.com. (Dimuat turun pada 6 Mei 2011).Ainon dan Abdullah (1995). Kemahiran Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan Pub & Dist.

    Sdn. Bhd.Fadzila Azni Ahmad (2010). Pengurusan Kualiti yang Lazim. Http:// (Dimuat turun pada 6

    Mei 2011)

    Goetsch, D. L. and Davis, S. (1995). Implementing Total Quality. Englewood: Prentice Hall.Jersy Hoffher, G. D., Moran, J. W. and Nadler, G. (1994). Breakthrough Thinking In TotalQuality Management. N. Jersey: Prentice Hall.

    Krishnamurthy V. (1986). Developing Work Ethos for People Productivity. New York: JohnWeatherhill, Inc.

    Yong, L. M. S. (1994). Kreativiti: Ke Arah Pembentukan Masyarakat Kreatif. Kuala Lumpur:Arenabuku Sdn. Bhd.

    TAJUK 10 : PENINGKATAN KUALITI

    PENGENALANPendidikan prasekolah dianggap semakin penting kepada ibu bapa. Ini dapat dilihat daripada

    peningkatan bilangan kelas prasekolah anjuran kerajaan dan swasta.Pemilihan tadika oleh ibubapa kebanyakannya berpandukan populariti . Mereka tidak didedahkan perkara yangdiperlukan oleh anak-anak iaitu mengikut kesesuaian perkembangan kanak-kanak dan tahapkeupayaan anak-anak. Begitu juga dari segi kualiti perkhidmatan pendidikan yang yangditawarkan tidak pernah dipertimbangkan. Hal ini memberi kesan kepada pendidikan yang tidakseragam dan menjejaskan masa depan kanak-kanak serta negara.

    Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan satu kurikulum yang dikenali sebagaiKurikulum Prasekolah Kebangsaan bertujuan bagi menyelaras dan menyeragamkan kurikulumpendidikan prasekolah di negara kita. Keseragaman kurikulum ini dapat meningkatkan kualitipendidikan yang menjana generasi akan datang yang berketerampilan daripada segi sahsiahdan intelektual.

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    9/23

    1. Mengenalpasti kualiti-kualiti yang perlu ada disesebuah kelas parsekolah.2. Menghuraikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang hendak dikuasi oleh guru.3. Membincangkan pelbagai bentuk strategi pengajaran guru agar kualiti prasekolah senantiasa

    meningkat dari semasa ke semasa4. Menghuraikan bentuk-bentuk program prasekolah yang dapat meningkatkan kualiti prasekolah .5. Menyatakan cara-cara untuk mengawal langkah-langkah kesihatan kanak-kanak6. Menyatakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak diprasekolah.7. Membincangkan jenis-jenis persekitaran dan penyediaan ruang pembelajaran untuk kanak-

    kanak prasekolah.

    Pengajaran dan pembelajaran

    Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilihat menerusi tingkahlaku dan perkembanganmurid. Murid-murid meningkat dari segi perkembangan kognitif, sosialisasi, emosi dan fizikal.

    Pengajaran GuruBeberapa teknik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan oleh guru.

    a. Belajar Melalui Bermain

    Main merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Kanak-kanak belajar menerusi bermain untuk memahami persekitarannya.Konsep main untuk orang dewasa adalah berbeza. Main bagi orangdewasa ialah riadah seperti bersukan untuk kesihatandan keseronokan.Kanak-kanak bermain untuk belajar sambil mendapat keseronokan.

    Kebaikan bermain untuk kanak-kanak adalah seperti berikut:(i) Menguasai kemahiran dan pengetahuan baru(ii) Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus(iii) Meningkatkan daya imaginasi(iv) Meningkatkan sosialisasi(v) Menyelesaikan masalah

    b. Pendekatan Bertema

    Pendekatan bertema seringkali diguna pakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalamperkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkanpelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistik.

    Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsepatau tema. Ia merupakan pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untukmenghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak tersusunberpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Pengajaran bertema membolehkan pelajar

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    10/23

    mengubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran dalam bidang-bidang kurikulumtertentu.

    Organisasi sesuatu pelajaran menggunakan pendekatan bertema, pelajar diberi peluang untukmeneroka, mengalami dan mencari peluang mengekpresikan sesuatu tema yang diterimapakai.Memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unitpembelajaran. Banyak masa dan usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapatbanyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan ini.

    c. Pendekatan Bersepadu

    Pendekatan bersepadu dapat membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yangsaling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya terpisah-pisah.

    Kesemua unsur yang ada pada diri manusia dikembangkan secara optimum dan pengembangan itudilakukan secara tidak berasingan tetapi sentiasa dikaitkan antara satu sama lain.

    Konsep bersepadu ini hendaklah dilaksanakan dengan,

    Teras kesepaduan adalah Rukun Negara Pendidikan bersepadu memberi peluang kepada kanak-kanak Mendalami atau meneroka sesuatu topik Lebih banyak pilihan & motivasi untuk belajar dengan kepuasan Pembelajaran lebih aktif, menyeronokkan & bermakna Meningkatkan daya imaginasi & kreativiti Mengembangkan kemahiran berbahasa Menghayati nilai-nilai murni Belajar bersama rakan sebaya

    Aspek-aspek Kesepaduan

    Kesepaduan antara komponen Kesepaduan kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai murni Kesepaduan aktiviti dalam dan luar kelas Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid Kesepaduan berbagai kaedah dan teknik Kesepaduan teori dan amali Kesepaduan pengalaman langsung Kesepaduan rohani dan jasmani

    d. Pendekatan ProjekPendekatan projek di dalam Pendidikan Prasekolah merupakan satu pendekatan yang

    memperkembangkan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah.Projek boleh dijalankan secara kelas atau dalam kumpulan kecil

    Kebaikan menggunakan pendekatan projek:

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    11/23

    a. Projek memperkayakan aktiviti kanak-kanak seperti permainan dramatik, pembinaan, melukisdan mewarna. Dengan cara ini projek dapat menghubungkan aktiviti-aktiviti tersebut dengankehidupan diluar sekolah.

    b. Pendekatan projek memberi peluang kanak-kanak untuk menjalankan kajian sendiri danmembentangkannya didalam pelbagai cara.

    c. Kanak-kanak berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas matematik danbahasa di sepanjang pelaksanaan projek.

    e. Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT)

    Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kitasehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempitkerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampumenyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

    Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya prosespengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.ICT perludiintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yangbersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.

    Matlamat ICT

    Penggunaan ICT dapat mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakatbermaklumat.

    Penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah

    kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin dengan kaedah pengajaran untukmemberi nilai tambah kepada aktiviti pengajjaran dan pembelajaran.

    Membantu kanak-kanak mengembangkankebolehan dari segi mengguna, mengurus danmemahami ICT.

    Membawa kaedah baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Ramai kanak-kanak belajar secara field dependent. Belajar secara konkrit. Mereka mudah

    faham jika ada rajah, ilustrasi dan latihan. Dalam ICT terrdapat bahan yang interaktif, grafik, teks dan muzik yang boleh menarik minat

    kanak-kanak untuk belajar. Internet membolehkan kanak-kanak meneroka, mencari bahan. Dapat meneroka berulang kali.

    E-mail (komunikasi), net meeting membolehkan guru dan kanak-kanak bertukar idea.Kelebihan ICT Dalam P&P

    Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak penerokaan dan penemuan. Membawa sikap positif mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding

    tradisional Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal.

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    12/23

    ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secaraaktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala.

    Ia menarik kerana bercorak interaktif. Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai. Bahan dapat digunakan berulangkali

    Pembelajaran kanak-kanak

    Untuk melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran di prasekolah, pengelolaannya dibahagikansecara kelas, kumpulan dan individu.

    a. Aktiviti Kelas.

    Kajian menunjukkan bahawa pengajaran secara keseluruhan kelas sebagai pengajaran langsungdidapati paling efektif bagi pengajaran kemahiran asas. Akan tetapi untuk menggunakannyapotensi pengajaran secara keseluruhan, guru-guru perlu memastikan bahawa strukturpelajarannya dan perkembangan kandungan seharusnya jelas kepada pelajar.

    Akriviti kelas merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan keseluruhankelas untuk menjalankan aktiviti. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan danmemberikan maklumat semasa perbualan pagi, memberi arahan, penerangan dan membuataktiviti penamat pada setiap akhir pembelajaran. Aktiviti kelas yang lain adalah seperti;

    Membuat percubaan Berlakon Menyanyi beramai-ramai Menonton Bercerita Membuat lawatan Bersoal jawab

    Menyampaikan maklumat kepada kelas

    Untuk pengajaran secara aktiviti kelas, terdapat panduan yang perlu diikuti olehguru.

    Memberi fokus kepada satu isi pada satu-satu masa dengan mengelakkan penggunaan frasayang kabur.

    Mengulangi dan mengulangkaji peraturan-peraturan am dan konsep-konsep penting semasa

    mengajar topik-topik yang lebih sukar bagi membantu kanak-kanak mengekalkan danmemahani topik.

    Menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyaigaya pembelajaran yang berbeza. Bahan pengajaran hendaklah disampaikan dalam langkah-langkah kecil mengikut tahap kanak-kanak dan kemudiannya dibuat latihan sebelum beredarkelangkah seterusnya.

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    13/23

    Menjadikan penyampaian tentang sesuatu topik sejelas mungkin.

    b. Kumpulan.

    Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran pembelajaran telah membawa

    kepada perkembangan teknik pengajaran aktiviti kumpulan. Pengajaran kumpulanmenggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran.

    Aktiviti kumpulan ialah satu kaedah pengajaran pembelajaran yang membahagkan kanak-kanakkepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlubekerja secara kolaboratif dalam kumpulan masing-masing

    Tiga alternatif asas mengumpulkan kanak-kanak ialah:

    Kumpulan mengikut kebolehan

    Kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelek yang sama sekiranya ditempatkan di dalamkumpulan yang sama akan mencapai potensi mereka yang maksimum jika diberi cabaran dandikelilingi oleh mereka yang mempunyai tahap perkembangan intelek yang hampir sama.

    Kumpulan mengikut minatPengumpulan mengikut minat adalah suatu proses pemilihan kendiri. Biasanya, ia berorientasikan

    projek. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang mahu membuat kajian tentang pengangkutandalam komuniti mereka dalam mata pelajaran kajian tempatan boleh bekerja bersama-sama .Pelajar-pelajar ingin mempelajari tentang sumber asli di tempat-tempat tertentu bolehmembentuk kumpulan yang lain. Pelajar-pelajar yang berminat untuk sama-sama berbincangtentang sumber manusia boleh membentuk satu kumpulan yang lain.

    Kumpulan mengikut kadar pencapaianBiasanya pengumpulan mengikut kebolehan atau minat akan dapat menentukan kadar

    pembelajaran sesuatu kumpulan. Guru seharusnya tahu bahawa pelajar mempunyai kadarpembelajaran yang berbeza walaupun mereka mempunyai kebolehan yang sama. Sebagaicontoh , kumpulan yang berkebolehan mungkin akan menyiapkan sesuatu projek dalam tempohyang lebih lama kerana ingin mendalami projek tersebut. Sebaliknya, kumpulan pelajar lainmungkin berupaya untuk mencapai objektifnya tetapi pada kadar yang berlainan.

    Semasa aktiviti kumpulan dijalankan dalam kelas/bilik darjah, guru sepatutnya bergerak daripadasatu kumpulan kepada kumpulan yang lain untuk membimbing dan menyelia mereka sekiranyaperlu. Setiap kumpulan perlu mempunyai ketua untuk meninjau dan memastikan tugas-tugasyang khusus seperti mengedar dan menyimpan bahan dan merekod kemajuan kerjadiselesaikan mengikut rancangan . Guru juga sepatutnya meluangkan masa untukmembincangkan kerja yang dilakukan oleh setiap kumpulan. Ringkasan yang baik digunakanuntuk memotivasikan pelajar berusaha untuk penambaikan. Hasil kerja yang baik bolehdipamerkan dalam kelas.

    Pengajaran kumpulan paling baik digunakan apabila pembelajaran yang melibatkan pelajardigalakkan.

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    14/23

    Contoh aktiviti kumpulan: Bentuk doh Main pondok Main bongkah Main cantuman puzzle Main permainan tradisional Berkebun Penerokaan Permainan bahasa/ matematik Membuat kolaj/capan/cetakan/melukis/mewarna Pertandingan menyusun huruf/perkataan/ gambar bersiri

    c. Individu

    Pengajaran individu telah menjadi agak terkawal dalam beberapa tahun kebelakangan ini danseperti mana jenis-jenis pengajaran yang lain, ia membawa makna yang berbeza kepada oranglain. Pada asasnya pengajaran individu boleh dikatakan sebagai pembelajaran mengikut kadar

    individu adalah berasaskan pada premis di mana setiap orang boleh belajar apa sahaja tetapiada yang mengambil masa yang lebih. Pelajar bekerja untuk mencapai matlamat yang sama,tetapi ada yang mencapai matlamat dengan lebih awal. Pengajaran jenis ini diperlukan bilapembelajaran masteri adalah mustahak dan penting.

    Jenis-jenis pengajaran individu

    Dalam pengajaran individu, setiap pelajar bukan sahaja belajar mengikut kadar masing-masingtetapi juga memilih yakni selalunya dengan bantuan guru iaitu matlamat yang spesifik dantugasan individu. Sebagai contoh , pelajar dan guru akan menentukan objektif pencapaian dankemudiannya membuat pilihan tugasan-tugasan yang dirancang untuk mencapai objektif.

    Kebaikan pengajaran individu ini ialah dapat mempertingkatkan tanggungjawab , memenuhikehendak-kehendak tertentu , membolehkan penjadualan yang fleksibel dan memastikan kualitiyang berterusan.

    Walaubagaimanapun , kelemahan pengajaran individu ialah ia mahal , mengambil banyak masa danmengurangkan aktiviti kumpulan. Perlu diingat bahawa latihan dan perkembangan manusia ,sama ada dalam urusan perniagaan atau sekolah adalah dicipta / dibuat untuk pelajar dan tidakuntuk memudahkan guru.

    Contoh aktiviti individu: Melukis Menyusun bongkah Menggunting/menampal Menguntal manik / bunga Mengenakan butang baju Membaca buku kecil / kad bacaan.

    10.1.2 Tindakan susulan

    Berdasarkan kepada huraian diatas, beberapa tindakan susulan perlulah dilakukan dengansempurna. Ini adalah disebabkan untuk menjadikan sebuah prasekolah yang berkualiti peranan

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    15/23

    guru di dalam menguruskankan penggunaan kaedah, teknik dan pendekatan pengajaran danpembelajaran perlulah ditingkatkan mengikut kemampuan dan kefahaman anda memahamikeperluan kanak-kanak.

    Program Prasekolah

    Kebanyakkan ibu bapa berkehendakan bahawa anak memasuki prasekolah yang berkualiti sahajaagar dapat membantu anaknya mencapai taraf kehidupan kepada kedudukan yang baik apabiladewasa nanti. Untuk itu ibu bapa akan memilih hanya prasekolah yang berkualiti dan mengikutspek yang membolehkan kanak-kanak berkembang secara menyeluruh terutamanya dari segipemakanan, keselamatan, kawasan, kedudukan dan persekitaran prasekolah itu sendiri.

    Model kurikulum atau program prasekolah didapati berbagai-bagai. Ada yang menggunakan modeltradisional atau akademik dan ada yang menggunakan Model Froebel, Montessori, Piaget,Head Start, Perkembangan Menyeluruh, Kurikulum Terbuka dan Campuran dan pelbagai lagi.Walau bagaimanapun kebanyakan prasekolah swasta menggunakan model tradisional dan inidianggap menyeleweng daripada matlamat pendidikan awal kanak-kanak yang sepatutnyabertujuan untuk menggalakkan perkembangan psikososial, personaliti, moral dan potensi

    kanak-kanak. Prasekolah anjuran agensi kerajaan pula menekankan aspek sosiolisasi,perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan kognitif. Berdasarkan program yang adaibu bapa dapat memilih program yang dikehendaki.

    Ciri-ciri program yang dikehendaki antaranya ialah : Program yang boleh membantu kanak-kanak meningkatkan tahap akedemik dankejayaan kanak-kanak. Ini adalah disebabkan banyak terdapat kegagalan dalam pelajaranakibat prasekolah yang dimasuki tidak membantu memperkembangan jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial. Program yang menekankan Literasi kanak-kanak dan kesediaan untuk membaca. Persekitaran prasekolah yang akan dapat membantu kanak-kanak memperkembangkansosialisasi dan kemahiran tingkahlaku yang positif.

    RumusanKualiti pendidikan prasekolah perlu ditekankan secara menyeluruh. Pentadbiran dan pengelolaan

    organisasi prasekolah perlu menitikberatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada ibubapa dan masyarakat.

    Latihan 1::

    Jelaskan perbandingan bentuk program kanak-kanak antara program Head start, programMontessori, High Scope.

    10.3 Persekitaran Prasekolah

    Jenis-jenis Pusat Pembelajaran di ruang dalaman kelas Prasekolah dan aktiviti

    a. Sudut Pembelajaran Kognitif.

    Pusat pembelajaran ini sangat penting kerana ia boleh merangsangkan proses pemikiran kanak-kanak ketahap yang lebih tinggi dan komplek Untuk itu peralatan yang terdapat dipusatpembelajaran ini perlulah banyak yang merangsangkan minat dan kebolehan kanak-

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    16/23

    kanak untuk meningkatkan keupayaan dan tahap pencapaiannya, Disamping itu pusat kognifini juga dapat membina atau untuk membentuk keyakinan, sifat berdikari dan belajar kendiri.Menurut Piaget: dipusat pembelajaran inilah kanak-kanak akan dapat membentuk danmenambahkan lagi ilmu pengetahuannya . Manakala Dewey pula bependapat kanak-kanakakan:dapat memahami dengan lebih mendalam lagi jika dia melakukan sendiri aktiviti itu.

    b. Pusat Pembelajaran Main Peranan:

    Sudut ini merupakan sudut untuk membina keyakinan diri dan semangat berdikari serta memupuksifat kerjasama. Disudut ini juga kanak-kanak akan memegang beberapa watak dan akanberperanan dengan watak-watak tertentu dan ini membolehkan kanak-kanak itu mendalamiwatak-watak itu yang dipegangnya. Untuk itu aktiviti untuk menggambarkan diri sendiri sertaorang-orang lain seperti bercerita dan berlakon yang diadakan samada didalam bentukkumpulan atau berpasangan yang bertujuan untuk menggalakkan kepada perkembangan sosio-emosi yang mementingkan kepada kemahiran berkomunikasi.

    c. Pusat Pembelajaran muzik

    Pada pusat pembelajaran ini kanak-kanak akan diberi peluang untuk menggunakan pelbagaiperalatan muzik yang mudah dan ringkas seperti piano, pianika, tamborin, kastenet, kompang,kerincing dan drum untuk belajar mencipta bunyi, mengikut rentak dan irama sertamendisiplinkan diri dengan bermain muzik mengikut peraturan. Antara aktiviti pembelajaranyang diadakan adalah seperti menyanyikan lagu-lagu mudah sambil bertepuk tangan danmembuat pergerakan mengikut lirik atau irama serta memainkan alat muzik. Ini bermaknapusat pembelajaran muzik ini sangat sesuai untuk membentuk disiplin dan akan dapat untukmenggalakkan perkembangan sosio-emosi dan kognitif.

    Disamping itu telivisyen, radio dan VCD perlu diadakan untuk kanak-kanak melihat dan menontonpelbagai rancangan kanak-kanak.

    d. Pusat Pembelajaran Bahasa

    Di Pusat pembelajaran bahasa ini diletakkan rak-rak buku, meja, kerusi dan pelbagai buku ceritaserta pelbagai media yang bertujuan untuk kanak-kanak berkomunikasi dan aktiviti bahasa danliterasi. Aktiviti-aktiviti berbahasa atau literasi yang kerap diadakan adalah seperti aktivitibercerita, membaca buku dan permainan kad huruf. Kesemua akrtiviti ini dapat merangsangkanperkembangan bahasa dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi seperti bertutur, menulisatau mendengar. Dipusat pembelajaran ini juga boleh diletakkan peralatan pelbagai mediaaudio-visual untuk menggalakkan perkembangan sosio-emosi dan perkembangan literasikanak-kanak.

    e. Pusat Pembelajaran Sains

    Pusat ini memberi pendedahan kepada alam sains dengan menggunakan kaedah-kaedah inkuiridan penemuan. Pada sudut pembelajaran sains ini kanak-kanak akan dapatmenjalankan aktiviti-aktiviti secara hands-on dan minds-on dengan menggunakan deria-deriamelalui pemerhatian, lawatan, eksperimen dan penerokaan konsep-konsep sains yangberkaitan dengan alam sekitar.

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    17/23

    f. Pusat pembelajaran Matematik dan manipulatif/ BlokPada pusat ini adalah diharapkan kanak-kanak akan dapat berinteraksi dengan bahan-bahan

    manipulatif seperti blok kayu yang pelbagai saiz dan bentuk, polidron, blok bernombor, puzzledan lain-lain lagi. Bahan yang terdapat di pusat ini hendaklah bahan yang taan lasak dantidak bertoksid. Disamping itu bahan yang terdapat di pusat pembelajaran ini akan dapatmemberi pendedahan kepada konsep awal nombor, permainan-permainan nombor dan

    konsep-konsep matematik. Di pusat ini juga akan diadakan pelbagai aktiviti-aktiviti nyanyiandan pergerakan yang melibatkan konsep matematik dan ini membolehkan kanak-kanak itudapat menghayati matematik dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan

    g. Pusat Pembelajaran Seni

    Pusat pembelajaran seni merupakan sebuah pusat yang dapat mengcungkil bakat kreativiti kanak-kanak. Terdapat pelbagai pealatan seni yang digunakan untuk pusat pembelajaran iniantaranya ialah esel, pensil warna, cryon, berus pelbahai saiz, cop-cop gambar haiwan, cop-cop buah-biah dan pelbagai peralatan lagi. Tujuannya ialah untuk kanak-kanak mebuatcontengan, melukis, mewarna, membuat kraf, mengecap dan menstensil dengan menggunakan

    pelbagai alat dan media. Di pusat pembelajaran seni juga kanak-kanak digalakkanmenggunakan bahan kitar semula atau bahan buangan untuk memupuk perasaan cinta padaalam dan bumi kita.

    h. Pusat Pembelajaran Teknologi.

    Di Pusat pembelajaran teknologi akan diletakkan komputer, printer serta pelbagai perisian danprogram-program pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kognitif kanak-kanak.

    Antara aktiviti pembelajaran yang diadakan di pusat pembelajaran ini ialah aktiviti mengira,menaip, menyebut, melakar, mengkategorikan dengan berpandukan kepada perisian-perisianyang diprogramkan. Contoh program Microsoft office, print artist, publisher, word dan pelbagaiprogram kanak-kanak yang lain.

    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

    Kebanyakkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada ruang dalaman lebih menumpukan kepadapembentukan dan perkembangan sahsiah diri kanak-kanak secara menyeluruh an bersepadu.Setiap perkembangan itu akan diperkembangkan menurut amalan yang bersesuaian denganperkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah perkembangan bahasa dan komunikasi,

    perkembangan kognitif, perkembangan sosio-emosi, Perkembangan Pendidikan Kerohanian

    dan Moral, Perkembangan Fizikal dan perkembangan Kreativiti dan Estetika. Untuk itu aktivitiyang dijalankan pada setiap ruang dalaman itu perlulah mengambilkira tentang umur, saiz,keluasan bilik, bahan yang ada dan kemampuan kanak-kanak.

    Latihan 2:

    Nyatakan kepentingan pusat pembelajaran dalam membantu pembelajaran kanak-kanak yangmembolehkan mereka meneroka, mencuba, berinteraksi dengan persekitaran?

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    18/23

    10.3.2 Pelan luarKeinginan untuk bermain adalah merupakan perkara lumrah pada setiap kanak-kanak dan ianya

    mempunyai nilai-nilai tertentu. Dengan bermain kanak-kanak dapat mempertingkatkan tahapkeyakinan diri iaitu dengan memperluaskan minda, membentuk sosilsasi da bolemenyelesaikan masalah. Pepatah ada mengatakan, main adalah pekerjaan kanak-kanak. Untukitu ruang-ruang pembelajaran perlulah ada pengubahsuaian sama ada untuk ruang dalammahupun ruang luar kelas. Perancangan ruang hendaklah dilaksanakan dengan berhati-hati.Sebelum abad ke 20an kebanyakan ruang pembelajaran luar kelas banyak meggunakan bahanyang diperbuat daripada kepingan logam kini ianya telah betukar kepada peralatan yangmenjurus kepada aktiviti permainan imaginasi dan direka bentuk dengan mengambil kira ciri-ciriketahanan, keselamatan dan penggunaan jangka panjang. Untuk itu ruang luar kelas perlulahdisusun dan dirancang dengan rapi seperti ruang dalam kelas. Ruang luar kelas hendaklahsentiasa bersih dan selamat dan penyediaan aktivitinya banyak bertumpu kepada keadaancuaca dan suhu. Ruang di luar kelas hendaklah mempunyai permukaan yang licin dan kesatuntuk memudahkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fizikalnya.Kawasan pembelajaran luar kelas juga perlulah bersetentangan dengan ruang pembelajarandalam kelas dan berdekatan dengan tandas. Pelan luar yang dirancang perlulah mudah dilihatoleh guru atau pembantu untuk mepastikan agar guru dapat mengawasi setiap pergerakankanak-kanak semasa menjalankan aktiviti

    Segala longkang hendaklah ditutup.

    a.Jenis taman permainan dan susun atur

    Jenis taman permainan dapat dklasifikasikan mengikut zon ativiti yang akan diadakanKanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang diminatinya semasa berada di ruang luar kelas.

    Untuk itu guru perlulah menyediakan pelbagai peralatan dan bahan yang boleh diklassifikasikandan diletakkan kepada zon-zon tertentu. Setiap zon akan memainkan peranan yang unikdidalam memperkembangan tahap jasmani, emosi, rohani dan sosial kanak-kanak. Adalah

    diharapkan semasa kanak-kanak ini berada di ruang luar bilik darjah ia akan dapamempertingkatkan kecekapan berbahasa an beomunikasi, memperluaskan lagi tahapkemahiran berfikir, mengamalkan sikap berakhlak mulia dan beretika, sentiasa berkeyakinandan berdisiplin, melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas serta boleh menjadikan kanak-kanak itu seorang yang kreatif, imaginatif dan ekpresif

    Zon Aktiviti Ruang Luar Kelas PraseklahDi dalam kelas prasekolah terbahagi kepada beberapa zon pembelajaran untuk menentukan aktiviti

    yang dijalankan. Zon aktiviti pembelajaran di luar kelas prasekolah terbahagi kepada dua iaituzon senyap dan zon bising.

    a. Zon Senyap Zon Transisi: Ini merupakan zon peralihan yang diletakkan dibahagian hadapan tempatpermainan. Di zon ini juga kanak-kanak akan memikirkan di zon mana yang ia akanbermain.

    Zon main air: Zon ini merupakan zon yang membolehkan kanak-kanak bermain airsamada air itu diletakkan didalam besin atau pada tempat yang khas yang telah tersediabina.

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    19/23

    Zon main pasir : Pada zon ini kanak-kanak akan dapat membina dan membentukkekuatan tangan dan jari dan ini membolehkan kanak-kanak itu dapat mengimbangi otot-otot motor halus didalam mengodinasikan mata-tangan kanak-kanak.

    Zon main drama : Tempat yang sesuai untuk kanak-kanak bermain peranan dan amatberguna untuk memperkembangkan kemahiran sosialisasi dan kemahiran literasi kanak-kanak. Pada zon ini perlu disediakan satu pondok agar kanak-kanak dapat memainkanperanan dan berinteraksi bersama.

    Zon selesa/ sosial: Zon ini sangat mustahak kerana kedudukan zon ini amat selesakerana didalam zon ini perlu ada kawasan yang teduh samaada ditutupi oleh pokok atautempat yang beratap. Pada zon ini juga perlu diletakkan beberapa buah kerusi meja, airpancutan dan tempat rehat. Semasa berada di zon ini kanak-kanak itu akan dapatmeningkatkan kemahiranberbahasa dan kemahiran sosialnya. Ini adalah disebabkan dizonini kanak-kanak boleh berinteraksi bersama rakan.

    Zon perkhidmatan : To aid in the maintenance of the playground, trash receptaclesshould be strategically located around picnic tables, seating areas, etc. For supervisedplaygrounds, storage for loose play materials such as balls, jump ropes, dramatic playprops, and big loose parts should also be provided. Consideration should also be made asto whether storage of maintenance equipment (mowers, rakes, blowers, etc.) should belocated on or in close proximity to the playground.

    b. Zon bising

    Zon main buaian: Ini adalah merupakan permainan yang paling diminat oleh kanak-kanak dan aktviti ini hendalah diletakan berjauhan dengan tempat permainan lain

    untuk tujuan keselamatan. Untuk tujuan keselamatan kerangka yang digunakan hendaklahstabil. Tiada unit buaian yang bersentuhan manakala tali buaiannya ada lapisanplastisol atau yang setara untuk mengelakkan kecederaan. Ketinggian buaian 2000 2100mm. Saiz tempat duduk 600 x 100mm serta tali buaian itu panjangnya 1250-1800 mm.Tujuan permainan buaian ini adalah untuk latihan kekuatan tangan dan membinakeyakinan diri.

    Zon permukaan kasar: Zon ini mengandungi permukaan konkrit yang melibatkan aktivitibermain melantunkan bola, melompat, mengayuh basikal dan aktiviti yang banyakmelibatkan aktiviti motor kasar dan penglibatan kordinasi anggota badan.

    Zon biasa : Merupakan zon yang merupakan padang. Dimana untuk menggalakkankanak-kanak berlari, bermain bola. Banyak tedapat pokok dan terdapat tempat yangberpayung untuk kanak-kanak berehat.

    Zon kreativiti: Pada zon ini kanak-kanak itu dapat melahirkan kreativiti untuk membinaalat permainannya sendiri. Untuk itu di zon ini tedapat peralatan seperti bongkah-bongkahkayu dan plastik yang pelbagai bentuk untuk memudahkan membina dan meruntuhperalatan permainan yang disukainya. Satu tempat penyimpanan peralatan hendaklahdisediakan untuk membolehkan kanak-kanak itu menyimpan kembali peralatan bongkahyang telah digunakan.

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    20/23

    Zon Permainan motor kasar: Merupakan zon yang dilengkapi dengan peralatanpermainan seperti papan gelongsor, palang bergayut, jongkang-jongkit, papan imbangan,terowong dan getah pelapik. Perancangan untuk menempatkan peralatan ini hendaklahmengambil kira aspek keselamatan, saiz badan dan persekitaran prasekolah itu sendiri.

    4.2.3 Kelengkapan Peralatan

    Sesebuah kelas prasekolah yang kondusif dan berkualiti dapat menyediakan peralatan yangdigunakan pada permainan luar dan peralatan dalaman. Jenis-jenis peralatan danbahan adalah disarankan seperti berikut:

    a. Peralatan DalamanBerikut adalah cadangan peralatan pembelajaran yang boleh digunakan didalam kelas:

    Bil Pusat Pembelajaran Peralatan

    1. Pusat Bahasa 1. Carta poket

    2. Buku besar3. Buku cerita kanak-kanak

    4. Buku kecil bergambar

    5. Buku Puisi kanak-kanak

    6. Buku cerita/ lagu kanak-kanak

    2. Pusat Teknologi 1. Telivisyen

    2. CD, DVD & Radio

    3. Komputer

    4. Pencetak

    5. Perisian

    3. Pusat Manipulatif 1. Board plus starter kit diperbuat daritech-foam

    2. Linking quarter circle block

    3. Pelbagai jenis bentuk Blok

    4. Pusat Kognitif 1. Alat pengukur

    2. Kanta pembesar

    3. Set magnet

    4. Set Tabung uji

    5. Foam alphabet

    6. Foam numbers

    7. Alat penimbang

    8. Alat formasi bentuk geografi

    9. Model haiwan

    10. Model Sayur-sayuran

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    21/23

    5. Pusat Pendidikan Islam 1. Carta huruf Hijaiyyah

    2. Huruf-huruf jawi

    3. Cop huruf jawi

    4. Buku cerita

    5. Buku cerita pendidikan moral / tauladan

    6. Panduan wuduk/ Solat

    7. Kelengkapan solat

    6. Pusat Kreativiti danEstetika

    1. Warna air

    2. Berus

    3. Apron

    4. Peralatan dan media lukisan

    5. Play dough

    6. Serbuk warna

    7. Alat Permainan dalam

    8. Alat muzik

    b. Perabot PrasekolahPeralatan perabot di kelas prasekolah hendaklah bersesuaian dengan keperluan murid.Berikut adalah cadangan bentuk-bentuk perabot yang sesuai untuk kelas prasekolah:

    Meja trapezium Meja rectangular Meja bulat Kerusi murid Kotak menyimpan carta Rak buku rendah Rak manipulatif Rak buku permukaan sebelah Rak serbaguna Rak ABM beroda Rak buku belipat Papan esel

    b.Peralatan Permainan Luar Prasekolah.

    Aktiviti permainan luar memerlukan peralatan. Berikut cadangan peralatan yang sesuai untuk aktivitipermainan luar. Papan jongkangjongkit Buaian Gelongsor Rangka bergayut Kotak main air dan pasir Terowong

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    22/23

    Tiang bola keranjang Pondok da getah pelapik

    Susun atur persekitaran ruang pembelajaran

    Berikut adalah garis panduan susun atur ruang pembelajaran prasekolah:

    Bahan dan peralatan hendaklah pada saiz dan ketinggian kanak-kanak.Peralatanseperti gambar, papan buletin hendalah pada tahap penglihatan kanak-kanak, bukan tahapguru. Keadaan almari, rak-rak buku dan lainlain bahan hendalah mudah dicapai olehkanak-kanak. Perabot seperti kerusi dan meja hendaklah bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Kelas hendaklah diuruskan dengan baik dengan kedudukan barang disusun denganteratur bukannya berselerak kerana ini boleh mempengaruhi perlakuan kanak-kanak. Pastikan aliran pergerakkan kanak-kanak tiada penghalangnya (traffic flow). Perludisediakan satu ruang untuk kanak-kanak berlari. Ruang untuk pemeblajaran seni

    hendaklah diletakkan berhampiran dengan sinki supaya mudah untuk kanak-kanakmembasuh dan membersihkan peralatan seni lukisnya. Ruang permainan alat muzik hendaklah diletakkan jauh dengan ruang untuk berceritaatau membaca buku. Bilik prasekolah dan persekitarannya perlulah bersih, kemas dan menyeronokkan.Persekitaran fizikalnya hendaklah bersih dan selamat terutamanya di tandas yang perlusenantiasa bersih. Menyeronokkan dengan warna yang pelbagai terutamanya bahan-bahan yang letakkan dipapan buletin hendaklah disusun dengan kemas. Penyediaan bilik hendaklah membolehkan kanakkanak itu bertanggung jawab menjagaperalatan yang ada seolah-olah kepunyaan sendiri. Pengurusan peralatan pembelajaranhendaklah disimpan pada tempat asalnya selepas digunakan.

    Guru perlulah boleh melihat, memerhati dan mengawasi setiap ruang bilik prasekolahuntuk itu kabinet atau almari yang tinggi hendalah diletak ditepi dinding manakala kabinet ,almari dan rak yang rendah diletkkan ditengah-tengah. Tempat penyimpanan bahan perlu diberi perhatian terutamanya penyediaan tempatkering dan basah. Ruang dan sudut hendaklah tidak tetap dan ada kalanya perlu ditukar kedudukannyasupaya tidak membosankan kanak-kanak. Setiap ruang atau sudut perlulah pelbagai guna dan mempunyai pelbagai makna. Perludiingat ruang yang ada boleh membantu keperluan dan minat kanak-kanak.

    Pemilihan peralatan

    Segala peralatan yang diguna pakai diprasekolah hendaklah mengikut kepada kesesuaian saizbadan, ketinggian, bahan yang digunakan dan mengikut kehendak falsafah pendidikanprasekolah. Iaitu untuk membolehkan kanak-kanak bebas membuat keputusan, membinameningkat kemahiran, meningkatkan konsep kendiri yang positif, interaksi sosial dan lebihmenumpukan kepada pembelajaran berpusat kanak-kanak dan pemblajaran berpusatkanbahan.Peralatan yang ada juga hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan tidak mudahlentur, rosak dan tahan untuk digunakan oleh kanak-kanak

  • 7/31/2019 PENGURUSAN BERKUALITI

    23/23

    RUMUSAN

    Tajuk ini melihat kepada peningkatan kualiti yang lebih menumpukan terhadappengajaran

    guru dan pembelajaran kanak-kanak, pelaksanaan program yang meliputi kurikulumyang

    ada diprasekolah dan aktiviti serta persekitaran yang meransangkan pembelajaran.Disamping itu penyediaan ruang dan perancangan kemudahan kanak-kanak danpemilihan peralatan yang digunakan di dalam program pendidikan prasekolah.

    GLOSARI

    ICT : Teknologi maklumat dan komunikasi

    Pelan luar : Kawasan luar bangunan prasekolahPelan dalam : Kawasan dalam bilik prasekolah

    Sudut pembelajaran : Tempat dimana diletakkan peralatan pengajarandan pembelajaran

    untuk digunakan oleh guru da kanak-kanakZon aktiviti prasekolah: Ruang atau sudut pembelajaran.

    UJIAN 1

    Belajar melalui bermain adalah merupakan satu pendekatan pendidikan prasekolah yang menjadi

    sinonim kepada pendekatan pembelajaran di prasekolah.

    a. Apakah kepentingan belajar melalui bermain yang dapat mempertingkatkanpembelajaran kanak-kanak di prasekolah?

    b. Bagaimanakah belajar melalui bermain mempengaruhi perkembangan kanak-kanak?