kepentingan penguasaan kemahiran generik … · dijadikan teladan oleh malaysia. pembangunan modal...

23
KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK DIKALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR 4 SPH (PERDANA) FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SEBAGAI PERSEDIAAN BAKAL GURU DI SEKOLAH NUR NASHUHA BIN SHAFAIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

Upload: others

Post on 13-Oct-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK DIKALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR 4 SPH (PERDANA) FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SEBAGAI PERSEDIAAN BAKAL GURU DI SEKOLAH

NUR NASHUHA BIN SHAFAIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

Sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 2: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..................................................

Nama Penulis : NUR NASHUHA BIN SHAFAIN

Tarikh : 29 APRIL 2009

Page 3: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

iii

DEDIKASI

KHAS BUAT

Ayahanda dan Bonda

Shafain bin Saleh

Che Minah binti Che Yaakob

Segala dorongan dan pengorbanan ayahanda dan bonda amat dihargai dan iringan

doa dari anakanda buat kalian

Sekalung Terima Kasih

Dr. Hjh. Norani binti Mohd Noor

Pensyarah Pembimbing

Jutaan terima kasih di atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan

Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pendidikan

Jasa kalian tetap ku kenang. Tunjuk ajar dan ilmu yang diberi dalam ingatan. Hanya

ALLAH mampu membalasnya

Buat Insan Yang Teristimewa

Terima kasih atas sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai dengan wang ringgit

sekalipun

Sahabat-Sahabat Seperjuangan

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas pertolongan dan kerjasama

yang diberikan. Semoga Allah Taala membalasnya....

Page 4: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang

telah ditetapkan.

Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Hjh. Norani bt. Mohd Noor yang telah

banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi

dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini

dijalankan. Saya juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu

dalam penyiapan penyelidikan ini.

Jutaan terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi serta keluarga

yang banyak membantu dalam mengharungi pengajian di UTM. Hanya ALLAH

s.w.t yang mampu membalasnya.

Akhir sekali, diharap kajian ini dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan

yang dapat memberi manafaat kepada semua dalam usaha meningkatkan taraf mutu

pendidikan.

Sekian, Wassalam...

Page 5: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

v

ABSTRAK

Kemahiran generik adalah merupakan satu kemahiran yang penting dalam

bidang pendidikan. Selain daripada ilmu pengetahuan, kemahiran generik menjadi

satu keperluan bagi setiap individu terutamanya bakal guru. Terdapat pelbagai jenis

kemahiran generik yang didefinisikan penting dalam bidang pendidikan, tetapi dalam

kajian ini kemahiran generik hanya diskopkan kepada lima elemen kemahiran iaitu

kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, keyakinan diri

dan kepimpinan. Fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi bakal guru

iaitu pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti Pendidikan, UTM terhadap

kepentingan penguasaan kemahiran generik sebagai persediaan mereka di sekolah.

Kajian ini juga akan mengetahui langkah-langkah yang diambil oleh bakal guru ini

bagi mendapatkan kemahiran generik. Responden bagi kajian ini adalah seramai 126

orang pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti Pendidikan, UTM. Data dikumpul

daripada soal selidik, dianalisis menggunakan perisian SPSS v. 11.5 untuk

mendapatkan peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan persepsi bakal guru

terhadap kepentingan penguasaan kemahiran generik adalah tinggi. Ini dapat dilihat

pada hasil dapatan yang menunjukkan elemen kemahiran kerja berpasukan adalah

pada peratusan yang tertinggi iaitu 93% diikuti dengan kemahiran keyakinan diri

92.8%, kemahiran komunikasi 91.5%, kemahiran kepimpinan 90.4% dan terakhir

sekali adalah kemahiran menyelesaikan masalah sebanyak 87.4%. Kajian juga

mendapati bahawa bakal guru ini telah mengambil seperti melibatkan diri dalam

pembentangan tugasan di kelas.

Page 6: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

vi

ABSTRACT

Generic skill is an important skill in education. Besides providing knowledge,

generic skill is an important need for every individual especially future teacher.

There are a lot of generic skill defined as important in education field, but for this

study was specified to only five skill element which were communication skill,

problem solving, team working, self confidence and leadership. The focus in this

study was to identify the perception of future teacher of final year students 4 SPH

(Stream) Faculty of Education UTM to the importance of mastering generic skill as

their preparation at school. This study also will know more about steps taken by

these future teachers in order to obtain the generic skills. The respondent of this

study were 126 of final year 4 SPH (Stream) students of Faculty of Education, UTM.

Data were collected from questionnaires, analysed using the software of SPSS v.

11.5 in order to obtain percentage and mean. Findings here shown the perception of

future teachers to the importance of mastering generic skill were higher. It can be

seen at the findings which shown the element of team working skill was at the

highest percentages which was 93%, followed by the self- confidence skill 92.8%,

communication skill 91.5%, leadership skill 90.4% and the last one was problem

solving skill which was 87.4%. This research also found that all these future teachers

have taken appropriate steps such as involved the presentation in class to developing

the generic skills.

Page 7: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Kemahiran 9

1.8.2 Generik 9

1.8.3 Kemahiran Generik 9

Page 8: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

viii

1.8.4 Kemahiran Komunikasi 10

1.8.5 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 11

1.8.6 Kemahiran Kerja Berpasukan 11

1.8.7 Kemahiran Keyakinan Diri 11

1.8.8 Kemahiran Kepimpinan 11

1.8.9 Fakulti Pendidikan 12

1.8.10 Universiti 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Kemahiran Generik 13

2.3 Elemen Kemahiran Generik 16

2.3.1 Kemahiran Komunikasi 17

2.3.2 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 19

2.3.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 21

2.3.4 Kemahiran Keyakinan Diri 23

2.3.5 Kemahiran Kepimpinan 24

2.4 Kepentingan Kemahiran Generik 26

2.5 Kemahiran Generik Dalam Pendidikan 27

2.6 Kajian-kajian Lepas 29

2.7 Rumusan Kajian Lepas 33

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 36

3.3 Persampelan dan Respondan 37

3.4 Tempat Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 38

3.6 Kajian Rintis 40

3.7 Kebolehpercayaan Soal Selidik 41

Page 9: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

ix

3.8 Prosedur Kajian 41

3.9 Analisis Data 42

3.10 Kesimpulan 43

BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Data Bahagian A 45

4.2.1 Analisis Data Responden Berdasarkan

Jantina 45

4.2.2 Analisis Data Responden Berdasarkan

Bangsa 46

4.3 Analisis Data Bahagian B 46

4.3.1 Keputusan dan Analisis Bagi Persepsi

Pelajar Terhadap Kepentingan

Penguasaan Kemahiran Komunikasi 47

4.3.2 Keputusan dan Analisis Bagi Persepsi

Pelajar Terhadap Kepentingan

Penguasaan Kemahiran Menyelesaikan

Masalah 50

4.3.3 Keputusan dan Analisis Bagi Persepsi

Pelajar Terhadap Kepentingan

Penguasaan Kemahiran Kerja

Berpasukan 54

4.3.4 Keputusan dan Analisis Bagi Persepsi

Pelajar Terhadap Kepentingan

Penguasaan Kemahiran Keyakinan Diri 57

4.3.5 Keputusan dan Analisis Bagi Persepsi

Pelajar Terhadap Kepentingan

Penguasaan Kemahiran Kepimpinan 60

Page 10: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

x

4.3.6 Keputusan dan Analisis Bagi Langkah-

Langkah Yang Diambil Oleh Pelajar

Untuk Mendapatkan Kemahiran

Generik Sebagai Persediaan Bakal Guru

Di Sekolah 63

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 67

4.5 Kesimpulan 68

BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 69

5.3 Kesimpulan Kajian 70

5.3.1 Elemen Kemahiran Komunikasi 71

5.3.2 Elemen Kemahiran Menyelesaikan

Masalah 72

5.3.3 Elemen Kemahiran Kerja Berpasukan 72

5.3.4 Elemen Kemahiran Keyakinan Diri 73

5.3.5 Elemen Kemahiran Kepimpinan 74

5.3.6 Langkah-langkah Mendapatkan

Kemahiran Generik 75

5.4 Perbincangan Kajian 76

5.4.1 Latar Belakang Responden 76

5.4.2 Kepentingan Penguasaan Kemahiran

Komunikasi 76

5.4.3 Kepentingan Penguasaan Kemahiran

Menyelesaikan Masalah 78

5.4.4 Kepentingan Penguasaan Kemahiran

Kerja Berpasukan 80

5.4.5 Kepentingan Penguasaan Kemahiran

Keyakinan Diri 81

Page 11: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

xi

5.4.6 Kepentingan Penguasaan Kemahiran

Kepimpinan 82

5.4.7 Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh

Pelajar Untuk Mendapatkan Kemahiran

Generik 83

5.5 Cadangan 85

5.6 Cadangan kajian Lanjutan 85

5.7 Penutup 86

BIBLIOGRAFI 88

LAMPIRAN 93

Page 12: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Peratusan Kesukaran 40

3.2 Skala Tiga Mata 40

3.3 Pekali Alfa Cronbach 41

3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan

Peratus 42

3.5 Jadual Pemeringkatan Min 43

4.1 Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut

Jantina 45

4.2 Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut

Bangsa 46

4.3 Peratusan, Frekuensi dan Min Pelajar

Terhadap Kepentingan Penguasaan Kemahiran

Komunikasi 48

4.4 Peratusan, Frekuensi dan Min Pelajar

Terhadap Kepentingan Penguasaan Kemahiran

Menyelesaikan Masalah 51

4.5 Peratusan, Frekuensi dan Min Pelajar

Terhadap Kepentingan Penguasaan Kemahiran

Kerja Berpasukan 54

4.6 Peratusan, Frekuensi dan Min Pelajar

Terhadap Kepentingan Penguasaan Kemahiran

Keyakinan Diri 57

Page 13: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

xiii

4.7 Peratusan, Frekuensi dan Min Pelajar

Terhadap Kepentingan Penguasaan Kemahiran

Kepimpinan 60

4.8 Taburan Responden Bagi Langkah-Langkah

Yang Diambil Oleh Pelajar Untuk

Mendapatkan Kemahiran Generik Sebagai

Persediaan Bakal Guru Di Sekolah 63

4.9 Ringkasan Dapatan Kajian 67

Page 14: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Peruntukan Kursus 16

Page 15: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

xv

SENARAI SINGKATAN

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MASCO - Piawaian Pengelasan Pekerja Malaysia

PPK - Perkembangan Perlembagaan Kurikulum

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 93

B Surat Pengesahan Pelajar 99

C Surat Pengesahan Item Soal Selidik 100

D Reliability Alpha Cronbach 102

Page 17: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran, negara perlu membuat

pelbagai strategi bagi membangunkan sebuah negara yang berdaya saing dan mantap.

Kejayaan beberapa negara-negara maju di Asia seperti Jepun dan Korea harus

dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi

negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional ini perlu dijadikan agenda

utama kerajaan dalam mengatur strategi-strategi dalam membangunkan modal insan

ini. Untuk menjana pembangunan modal insan ini, bidang pendidikan haruslah

diambil perhatian serius. Kelahiran masyarakat yang dinamik, berkemahiran serta

mempunyai daya saing yang tinggi adalah hasil daripada proses pendidikan yang

diamalkan oleh sistem pendidikan sesebuah negara. Menurut Azalya (2003), bagi

menghadapi cabaran globalisasi rakyat malaysia perlu dilengkapkan dengan asas

pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum

termasuk kebolehan berkomunikasi dan menguasai bahasa.

Bagi mencapai tujuan ini, bakal pendidik harus berada di barisan hadapan

untuk merancang dan bertindak demi menjamin masa depan generasi serta

masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Satu hakikat penting yang perlu

Page 18: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

2

diinsafi ialah pendidikan tidak bersifat tetap dan beku tetapi ia sentiasa bersifat

semasa, relevan dan futuristik.

Pengetahuan yang dipelajari semasa di dalam kelas sahaja tidak mencukupi

jika tidak diseiringkan dengan kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran

komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran menyelesaikan masalah,

kemahiran keyakinan diri dan kemahiran kepimpinan dan sebagainya. Kemahiran

seperti ini tidak hanya boleh diperolehi melalui pembelajaran di dalam kelas semata-

mata malah pelajar perlu ada daya usaha sendiri untuk mendapatkannya. Kemahiran-

kemahiran ini amat penting untuk seorang bakal pendidik bagi menyiapkan diri

menceburi bidang pendidikan yang kian mencabar pada masa kini.

Menurut Kartini (2002), beberapa kemahiran generik yang perlu dikuasai

oleh guru bagi melaksanakan pedagogi bestari seperti kemahiran berfikir, kemahiran

mentaksir, kemahiran pemudahcara, kemahiran mentaksir dan menilai serta

kemahiran teknologi komputer. Sekiranya guru mempunyai ilmu pengetahuan

tentang subjek yang diajar sahaja ia tidak mencukupi. Selaras dengan tuntutan

teknologi maklumat dan komunikasi, guru seharusnya telah menguasai pelbagai

kemahiran generik seperti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah,

kemahiran teknologi komputer, kemahiran pemudahcara, kemahiran pedagogi dan

mengintegrasikan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bagi melahirkan seorang bakal pendidik yang berkemahiran dalam pelbagai

bidang yang diceburi, kurikulum pendidikan guru perlu berupaya membentuk guru-

guru yang berkeyakinan disamping menekankan beberapa kemahiran asas. Untuk

tujuan ini, ianya haruslah bermula dari tempat latihan lagi. Menurut Asmah (2001),

segala jenis latihan guru, sama ada latihan permulaan untuk menyediakan guru-guru

baru, mahupun latihan lanjutan yang bersifat continuing professional development

yang dijalankan di maktab-maktab perguruan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam,

perlulah berkemampuan untuk bertindak sebagai tapak semaian yang dapat

menghasilkan guru yang berkualiti.

Universiti Teknologi Malaysia sendiri telah mengariskan beberapa kemahiran

generik yang perlu diterapkan kepada pelajarnya termasuklah bakal-bakal guru dari

Page 19: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

3

Fakulti Pendidikan. Secara umumnya, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah

mengiktiraf model pembangunan kemahiran generik yang digunapakai oleh UTM

dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan Kemahiran Insaniah

dikalangan pelajar IPT. Sehubungan dengan saranan KPTM, Senat UTM pada

mesyuarat bil. 5/ 2006/ 2007/ 2 bertarikh 14 Februari 2007 telah meminda tujuh

Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan

kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran

berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan integriti

serta Kemahiran Kepimpinan dan Proaktif. (Buletin P&P, UTM Edisi Jun, 2007).

1.2 Latar Belakang Masalah

Bidang pendidikan memainkan peranan penting dalam membina masyarakat

yang berilmu dan berkemahiran. Justeru itu, bidang pendidikan memerlukan bakal-

bakal guru yang berilmu dan berkemahiran serta mampu menghadapi cabaran dalam

dunia pendidikan yang kian mencabar terutamanya berkaitan dengan teknologi. Oleh

yang demikian peranan institusi Pengajian Tinggi Awam serta Institusi Pendidikan

Guru sebagai pusat bimbingan dan latihan untuk melahirkan bakal-bakal guru yang

berkemahiran.

Sistem pendidikan kita sentiasa mengalami perubahan dari segi kurikulum

dan hala tuju pendidikan itu sendiri. Oleh yang demikian, dunia pendidikan

memerlukan bakal-bakal guru yang bukan sahaja berpengetahuan malah

berkemahiran dalan setiap aspek. Mohd Salleh Lebar (2002), yang menyatakan

bahawa, pengurus pendidikan atau dengan kata lain guru harus bersedia dengan ilmu

pengetahuan dan kemahiran bagi mendidik anak bangsa agar menjadi bangsa yang

cemerlang. Paradigma yang demikian menyebabkan guru-guru yang tamat pengajian

mereka, diandaikan telah mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang

diberikan dengan baik dan berkesan.

Guru merupakan elemen penting dalam kejayaan sistem pendidikan di negara

kita. Ilmu pengetahuan tentang subjek yang diajar tidak cukup malah guru perlu

Page 20: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

4

menguasai pelbagai kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran

berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan,

keyakinan diri, fleksibal atau mampu menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang

hayat dan etika atau moral. Bakal-bakal guru seharusnya menyedari tentang

kepentingan kemahiran-kemahiran generik ini dan perlu mengambil langkah untuk

menguasainya. Bukan mudah untuk kita berhadapan dengan dunia pendidikan

sekarang ini yang kian mencabar. Kelayakan akademik semata-mata tidak

mencukupi malah bakal guru perlu mempunyai dan menguasai pelbagai kemahiran

generik ini.

Bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang memenuhi ciri-ciri yang diperlukan

sebagai pekerja industri dan persediaan melanjutkan pelajaran, bakal guru perlu

mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menerapkan kemahiran generik. Ini

penting kerana dengan pengetahuan dan kemahiran membolehkan guru mengajar

serta mendidik pelajar lebih berkesan dan mengetahui apa yang diperlukan untuk

seseorang apabila bekerja kelak. Menurut Tetty Henney Zulkifli dan Nik Zafri

(2000), kualiti kurikulum dan tenaga pengajar mempengaruhi tahap ketrampilan

pelajar. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memain peranan untuk

menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Maka guru bertanggungjawab

untuk belajar cara belajar, mengajar, menguasai isi kandungan dan belajar cara

mengajar supaya berkeyakinan dalam pengajaran (Chan, 2003).

Guru harus mengintegrasi dan menggandingkan pelbagai kemahiran dengan

ilmu yang diperlukan oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada

pandangan saya guru harus memahami proses pengintegrasian ini agar pengajaran

dan pembelajaran tidak hanya berperanan sebagai pemindahan ilmu tetapi mampu

menerapkan kemahiran melalui perkembangan potensi yang akan membawa

perubahan ke atas dirinya. Pengintegrasian di atas mampu menjadikan guru lebih

bermodal bukan setakat bermodalkan ilmu pengetahuan tetapi bermodalkan

kemahiran yang menjadi faktor penggerak ke arah tindakan yang meningkatkan lagi

kualiti pendidikan di negara kita.

Atas kesedaran inilah pengkaji sangat berminat untuk mengkaji kepentingan

penguasaan kemahiran generik dikalangan pelajar tahun akhir 4 SPH (perdana)

Page 21: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

5

Fakulti Pendidikan, UTM di mana mereka adalah merupakan bakal-bakal guru yang

akan menceburi bidang pendidikan dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti

pendidikan di Malaysia.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat tentang kepentingan penguasaan

kemahiran generik dikalangan pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti

Pendidikan, UTM sebagai persediaan bakal guru di sekolah. Antara aspek-aspek

yang ingin dilihat adalah masih ada terdapat di kalangan bakal-bakal guru ini tidak

faham sepenuhnya berkenaan kepentingan menguasai kemahiran generik sebagai

persediaan untuk mengajar di sekolah. Elemen kemahiran generik yang akan

dititikberatkan dalam kajian ini adalah kemahiran komunikasi, kemahiran

menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran keyakinan diri dan

kemahiran kepimpinan. Kemahiran-kemahiran ini amat penting bagi bakal pendidik

untuk menyiapkan diri berhadapan dengan tugas yang akan dipikul di sekolah kelak.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa persoalan yang telah dikenalpasti.

Antara objektif kajian adalah seperti berikut:

a) Mengenalpasti persepsi pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti

Pendidikan, UTM terhadap kepentingan penguasaan kemahiran

komunikasi sebagai persediaan bakal guru di sekolah.

b) Mengenalpasti persepsi pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti

Pendidikan, UTM terhadap kepentingan penguasaan kemahiran

menyelesaikan masalah sebagai persediaan bakal guru di sekolah.

Page 22: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

6

c) Mengenalpasti persepsi pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti

Pendidikan, UTM terhadap kepentingan penguasaan kemahiran kerja

berpasukan sebagai persediaan bakal guru di sekolah.

d) Mengenalpasti persepsi pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti

Pendidikan, UTM terhadap kepentingan penguasaan kemahiran

keyakinan diri sebagai persediaan bakal guru di sekolah.

e) Mengenalpasti persepsi pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti

Pendidikan, UTM terhadap kepentingan penguasaan kemahiran

kepimpinan sebagai persediaan bakal guru di sekolah.

f) Mengetahui langkah-langkah yang diambil oleh pelajar tahun akhir 4 SPH

(Perdana) Fakulti Pendidikan, UTM untuk mendapatkan kemahiran

generik sebagai persediaan bakal guru di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Menurut Azizi (2007), persoalan kajian adalah saranan sementara yang

menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Dalam

kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menentukan

objektif kajian tercapai di antaranya ialah:

a) Apakah persepsi pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti Pendidikan,

UTM terhadap kepentingan penguasaan kemahiran komunikasi sebagai

persediaan bakal guru di sekolah.

b) Apakah persepsi pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti Pendidikan,

UTM terhadap kepentingan penguasaan kemahiran menyelesaikan

masalah sebagai persediaan bakal guru di sekolah.

c) Apakah persepsi pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti Pendidikan,

UTM terhadap kepentingan penguasaan kemahiran kerja berpasukan

sebagai persediaan bakal guru di sekolah.

d) Apakah persepsi pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti Pendidikan,

UTM terhadap kepentingan penguasaan kemahiran keyakinan diri sebagai

persediaan bakal guru di sekolah.

Page 23: KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK … · dijadikan teladan oleh Malaysia. Pembangunan modal insan dilihat amat penting bagi negara dalam mencapai wawasan 2020. Misi nasional

7

e) Apakah persepsi pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti Pendidikan,

UTM terhadap kepentingan penguasaan kemahiran kepimpinan sebagai

persediaan bakal guru di sekolah.

f) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pelajar tahun akhir 4 SPH

(Perdana) Fakulti Pendidikan, UTM untuk mendapatkan kemahiran

generik sebagai persediaan bakal guru di sekolah.