proposal baru

18
KERTAS KERJA MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/2014 TARIKH 24 MEI 2014 TEMPAT DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK (DECTAR), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN SEKRETARIAT MAJLIS TERTINGGI MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ UNGKU OMAR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA

Upload: najmuddinjimi

Post on 18-Jun-2015

1.084 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

Proposal bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal baru

KERTAS KERJA

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNANKOLEJ UNGKU OMAR 2013/2014

TARIKH

24 MEI 2014

TEMPAT

DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK (DECTAR),UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

SEKRETARIAT MAJLIS TERTINGGIMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ UNGKU OMAR,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

Tourist night

Page 2: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

KERTAS KERJAMAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN

KOLEJ UNGKU OMARSESI 2013/2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini bertujuan untuk memberi makluman secara terperinci mengenai majlis yang bakal diadakan. Makluman ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan program serta mendapatkan bantuan kewangan daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel). Selain itu, makluman di atas kertas kerja ini turut digunakan bagi mendapatkan tajaan daripada pihak-pihak kerajaan mahupun swasta bagi membantu melancarkan majlis.

2.0 PENGENALAN

Majlis makan malam ini merupakan acara tahunan Kolej Ungku Omar yang diadakan secara besar-besaran di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) pada hujung semester kedua pengajian setiap tahun. Tema-tema tertentu dipilih bagi menghidupkan lagi kemeriahan suasana majlis gilang-gemilang ini.

Untuk sesi pengajian 2013/2014, tema ‘tourist night’ telah dipilih sebagai tema bagi majlis makan malam tahunan kali ini. Ini sebagai salah satu usaha menyokong kempen cuti-cuti Malaysia 2014 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Tema ini juga meraikan penghuni kolej yang datang dari pelbagai tempat sama ada dalam mahupun luar negara.

Di samping melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan sesama penghuni kolej yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kepercayaan, majlis ini juga secara tidak lansung menjadi sebuah majlis yang meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yang menetap di Kolej Ungku Omar. Majlis ini turut diadakan bagi merakamkan jutaan penghargaan buat penghuni kolej yang telah menyumbangkan segala tenaga, masa, wang, mahupun buah fikiran bagi menjayakan aktiviti-aktiviti pembangunan segala aspek di kolej pada sesi ini. Berbagai jenis anugerah akan disampaikan buat mereka yang telah menjaga dan menaikkan nama serta imej Kolej Ungku Omar.

Oleh yang demikian, diharapkan agar majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya sekaligus memberi kesan yang amat mendalam kepada semua warga kolej dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman seterusnya meninggalkan satu kenangan indah yang sentiasa diingati.

1

Page 3: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk memastikan kelancaran

program ini dengan :

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat

membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan

dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan

program.

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran majlis adalah:

4.1 Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat bersatu padu

dan sebagainya ke dalam diri setiap warga kolej.

4.2 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Ungku Omar ke peringkat

yang lebih tinggi.

4.3 Membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dalam semua aspek di samping membentuk

sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi yang efektif.

4.4 Menjaga dan memelihara kebajikan warga kolej agar para pelajar berasa bertuah menetap di

Kolej Ungku Omar.

2

Page 4: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

5.0 OBJEKTIF

Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :

5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi dimensi , membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati.

5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.

5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan sebagainya.

5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam mencari dana bagi melancarkan majlis.

5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.

5.7 Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan kepekaan terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan kebajikan pelajar.

5.8 Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat serta mensintesiskan masalah dengan tepat.

3

Page 5: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

6.0 TEMA

“Tourist night”

7.0 ANJURAN

Sekretariat Majlis Tertinggi

Majlis Eksekutif Pelajar 2013/2014

Kolej Ungku Omar

Universiti Kebangsaan Malaysia.

8.0 TARIKH DAN MASA

TARIKH : 24 Mei 2014MASA : 8.00 – 11.00 malam

9.0 TEMPAT

Program dicadangkan berlansung di:

Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia.

10.0 PUBLISITI

Publisiti bagi majlis ini bercadang dilaksanakan sekitar Kolej Ungku Omar khususnya dan Universiti

Kebangsaan Malaysia amnya menerusi

i. Poster

ii. Banting

iii. Kain rentang

iv. Skrin digital

4

Page 6: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

v. Pembukaan ‘booth’ dan kaunter tempahan meja ketika Karnival Gempak

Varia-C Kolej Ungku Omar.

vi. Mewujudkan satu sudut info majlis di foyer kolej.

vii. Hebahan di laman sosial

11.0 PENGLIBATANSasaran peserta : Semua warga Kolej Ungku Omar.

Urusetia : 64 orang.

12.0 ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF

Rujuk Lampiran B

14.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

15.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :

Majlis Eksekutif Pelajar

Kolej Ungku Omar

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : , Ketua Pengarah Program)

Nama: Illyna Bt Ibrahim

Tel : 0176548280

E-mel : [email protected]

5

Page 7: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

16.0 PENUTUP

Diharapkan agar kertas kerja Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar sesi 2013/2014 ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, menjadi harapan Jawatankuasa Majlis Makan Malam agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa/i yang telah sedaya-upaya memerah tenaga dan buah fikiran sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Secara tidak langsung, kolej akan dapat melahirkan warga mahasiswa/i yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna dan dapat memberi satu kenangan khususnya kepada semua warga Kolej Ungku Omar dan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

6

Page 8: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

ILLYNA BT IBRAHIM

Ketua Pengarah

Majlis Makan Malam Tahunan

Kolej Ungku Omar Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disemak oleh,

MASHROM BIN MUDA

Felo Penasihat

Majlis Makan Malam Tahunan

Kolej Ungku Omar Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia.

7

Page 9: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/2014

PENAUNG

Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO’ SERI DR SHARIFAH HAPSAH SYED HASAN SYAHABUDIN

Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia.

PENGERUSI

Y. BHG. PROF. IR. DR. OTHMAN BIN A. KARIMTimbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia

PENYELARAS

TUAN HAJI MUSA BIN ZAINAL ABIDINTimbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia.

PENASIHAT UTAMA

EN NIK HAIRI BIN OMARPemangku Pengetua, Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia.

FELO PENASIHAT

MASHROM BIN MUDAFelo kanan, Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia.

KETUA PENGARAH

ILLYNA BINTI IBRAHIM / A140755017-6548280

TIMBALAN KETUA PENGARAH

MUHAMMAD NAJIB BIN MUHD AMIN / A139891017-3147901

8

Page 10: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

SETIAUSAHA 1

NUR HAMIZAH BINTI ESA / A145417012-7930540

SETIAUSAHA 11

NOOR ATIKAH BINTI SAMSUL BAHAR / A144211017-5391996

BENDAHARI

NURUL IZZAH BINTI MOHD NOR / A143094017-3351937

PROGRAM

Ketua Pengarah : SYAKIRAH BINTI SULAIMAN / A140898T. Ketua Pengarah : NAZRUL FARID BIN AMIRUDIN / A146481

NUR HAZIRAH BINTI MOHD FUAT / A145044HANI NAZRINA BINTI HANIZAR / A146721NUR ALYA BT RAZALI / A144787NUR MAISALHA BINTI MOHD SALLEH / A145577

PROTOKOL DAN JEMPUTAN

Ketua Pengarah : AINUR FARAHIN ABDULLAH / A145497T. Ketua Pengarah : NUR DINA NAJWA / A143840

NUREZZAH MAULUD-DIN / A146542WARDAH AL-JANNAH BINTI NAZRI / A144985SYAMIMI SYAHBUDIN / A143203NURUL ASYIKIN MD LAZIM / A146159

PEMASARAN

Ketua Pengarah : MUHAMMAD MUKHAZZAM BIN MANSOR /A143403T. Ketua Pengarah : NURATHIRAH KHAIRUDDIN / A145824

NUR AISYAH AHMAD KAMAL/ A145912MAHFUZAH BINTI MOHD RAJUM / A144940KU NURUL HAZIYAH / A143466NURUL ATIQAH MUHD NAIM / A143174FATIN NABILAH SYAZWANI / A143118

9

Page 11: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

JAMUAN

Ketua Pengarah : CHE KU FATIMAH AMIRAH / A145879T. Ketua Pengarah : NUR ALINA BINTI OMAR / A145242

NUR FARAHIM BT AB GHANI / A143303HAULAH BINTI RAZALI / A144923NUR HANA NABIHAH / A146021SITI ROHAYU BT SAROJI / A144832

GIMIK DAN PERSEMBAHAN

Ketua Pengarah : NUR NAJWA BINTI ZAKARIA / A144338T. Ketua Pengarah : MUHAMMAD AZMAN BIN ASERI / A145590

MUHAMMAD KHIDIR BIN JARAWI / A144944NUR WAFIYAH BT AZMAN / A143240M DINESHNI A/P MUTHUKUMARU / A143185

PUBLISITI DAN INFORMASI

Ketua Pengarah : NURFILZAH MUHAMED RAHIM / A146233T. Ketua Pengarah : MUHD IDRIS BIN HAMID / A143157

MAIZATHUL FARHANIS BT.OTHMAN / A146274MOHAMMED FITRI BIN FUAD / A146307SITI NORADILAH BINTI ZAINAL / A146300NUR AMIRAH BINTI ISHAK / A145897NUR AZILA BT. ISMAIL / A146256

TUGAS-TUGAS KHAS

Ketua Pengarah : INTAN NADIA BINTI NIK / A145330T. Ketua Pengarah : NABILAH HUDA BINTI AHMAD SIDEK / A143192

NURFATIHAH IKHWANI BINTI SHAMSUL / A145469NURUL SHAFIQA BT SHUHAIMI / A145680USWATUN HASANAH BINTI ZULKIFLI / A144874ARBAEIYYAH BINTI CHE MAT / A144998

10

Page 12: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

TEKNIKAL DAN SIARAYA

Ketua Pengarah : MUHSIN ABULLAH / A143881T. Ketua Pengarah : NUR FATIN AMINA BT. ZAIDI / A146112

MUHAMMAD HAZMIN FIRDAUS / A143940MOHAMAD ARIFF BIN JEFFRIDIN / A145976MUHAMMAD KHAIRUL GHAZI / A144938WAN AZWAN BIN WAN ABBAS / A143475

SIJIL DAN CENDERAMATA

Ketua Pengarah : NURUL ADILA BINTI ZAHAIMI / A146412T. Ketua Pengarah : NOR AMIRA ADRINA BT OTHMAN / A145254

SITI RUQAIHAH ZAINUDIN / A144862SUMAIYAH MD RAZALI / A144818SITI NUR ATIKAH BT SAH'ARI / A143813

TEKNOLOGI DAN DOKUMENTARI

Ketua Pengarah : ASNAN BIN AHMAD / A143810T. Ketua Pengarah : ZUHAIRA BINTI MOHD ZULKIFLI / A146510

MUHD ZULFADHLI ZULKEFLI / A146196NUR NADIAH RAZALI / A143872NURUL ASHIRAH BT ASERAN / A143551BRIAN JEFFRI / A146659

11

Page 13: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

LAMPIRAN B

ATURCARAMAJLIS MAKAN MALAM KOLEJ UNGKU OMAR 2013/2014

MASA PERKARATEMPAT

Dewan Canselor Tun Abdul

Razak (DECTAR)

8.00 malam Ketibaan Mahasiswa/i Kolej Ungku Omar

8.15 malam Ketibaan Tetamu Jemputan

8.25 malam Ketibaan Perasmi

8.35 malam Persembahan Pembukaan

8.40 malam Alu-aluan Pengacara Majlis.

8.45 malam Bacaan Doa

8.50 malamUcapan Ketua Pengarah:

Saudari Illyna binti Ibrahim

8.55 malamUcapan Pemangku Pengetua:

oleh:. Encik Nik Hairi b Omar

9.00 malam Ucapan Khas Penaja Utama

9.07 malam Gimik majlis

9.10 malam Tayangan Montaj penggulungan sesi

9.20 malam Jamuan Makan Malam

9.30 malam

Persembahan 1

Iklan penaja

Persembahan 2

10.00 malam Penyampaian Anugerah sesi 1 :

12

Page 14: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

I. Mahasiswa cemerlang

II. Mahasiswi cemerlang

III. Mahasiswa harapan

IV. Mahasiswi harapan

V. Seniman Terbaik

VI. Seniwati Terbaik

Dewan Canselor Tun Abdul

Razak (DECTAR)

10.10 malamCabutan bertuah selingan 1

Persembahan 3

10.20 malam

Penyampaian Anugerah sesi 2:

i. Atlit Lelaki Terbaik

ii. Atlit Perempuan Terbaik

iii. Kelab terbaik

iv. Sekretariat terbaik

v. Warga Pentadbiran terbaik

10.30 malamCabutan Bertuah selingan 2

Persembahan 4

10.40 malam

Penyampaian Anugerah sesi 3:

I. MEP terbaik

II. Felo terbaik

III. Anugerah khas Pengetua

IV. Anugerah khas penaja utama

10.50 malamCabutan bertuah selingan 3

Persembahan 5

10.55 malam Anugerah ‘bidadara dan bidadari’

11.00 malam Bersurai

LAMPIRAN C

13

Page 15: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

BELANJAWANMAJLIS MAKAN MALAM KOLEJ UNGKU OMAR 2013/2014

ANGGARAN PENDAPATAN

BI

L

PERKARA RM

1.

2.

3.

Kolej Ungku Omar

Sumbangan

i. Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

ii. Perasmi

iii. Syarikat-syarikat swasta

Lain-lain

i. Jualan Keusahawanan

16715

1000

3 000

6 000

985

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 27 700

ANGGARAN PERBELANJAAN

ITEM RM RM

1 JAMUAN

I. Mahasiswa/i (RM16 x 1000)

II. VIP (RM18 x 30)

III. VVIP (RM25 x 7)

16 000

540

175

16715

2 PENGURUSAN DAN PENGANGKUTAN 350

14

Page 16: Proposal baru

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2013/201417 MEI 2014

4 PUBLISITI

I. Poster A3 (RM3 x 20)

II. Kain rentang (RM30 x 2)

60

60

120

5 PROTOKOL

I. Kad jemputan (RM1 x 80)

II. Kad meja/aturcara (RM5 x 110)

80

550

630

7 TEKNIKAL

I. Live camera (3 jam x 300)

II. Dekorasi pentas

III. Lain-lain

900

300

100

1400

8 SIJIL DAN CENDERAMATA

I. Sijil anugerah (RM1.50 x 200)

II. Hamper (RM50 x 3)

III. Anugerah (RM30 x 9)

IV. Cenderamata (RM5 x 1050)

V. Penghargaan (RM20 x 30)

300

150

270

5250

600

6570

9 TUGAS-TUGAS KHAS

I. Dekorasi dewan

II. Tag nama (RM2 x 50)

III. Tshrt crew (RM15 x 50)

700

100

750

1550

10 RENCAM 65

JUMLAH 27700

15