program peningkatan sahsiah dan disiplin murid

7
PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KULIM 2011 BI L AKTIVITI/PROGRAM TARIKH TINDAKAN /CATATAN 1 Program Kepimpinan Pengawas 12.02.2011 Su Disiplin/Su UBK 2 Program 2 bulan 1 budaya ( JALINAN KASIH ) 1. Beratur/tertib 2. Sifar Ponteng /Lewat 3. Program 4S 4. Sekolahku Sayang Jan-Feb Mac – April Mei- Jun Julai-Ogos Guru UBK, Guru Disiplin Semua Guru 3 Ceramah Disiplin( Mencari Juara) 22.02.2011 Semua Murid Tahap 2 4 Ceramah Kesihatan Diri 01.03.2011 Murid Perempuan Tahap 2 5 Program Insan Berakhlak Mulia 10.05.2011 Murid Salah laku disiplin 6 Bulan Antidadah Ogos Guru UBK Guru PPDa 7 Kaunseling Individu dan Kelompok Sepanjang Tahun Guru UBK

Upload: lyana-lorenza

Post on 30-Jun-2015

2.149 views

Category:

Documents


37 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID

PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURIDUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KULIM 2011

BIL AKTIVITI/PROGRAM TARIKH TINDAKAN /CATATAN

1 Program Kepimpinan Pengawas 12.02.2011 Su Disiplin/Su UBK

2 Program 2 bulan 1 budaya ( JALINAN KASIH )

1. Beratur/tertib2. Sifar Ponteng /Lewat3. Program 4S4. Sekolahku Sayang

Jan-FebMac – April

Mei- JunJulai-Ogos

Guru UBK, Guru Disiplin

Semua Guru

3 Ceramah Disiplin( Mencari Juara) 22.02.2011 Semua Murid Tahap 2

4 Ceramah Kesihatan Diri 01.03.2011 Murid PerempuanTahap 2

5 Program Insan Berakhlak Mulia 10.05.2011 Murid Salah laku disiplin

6 Bulan Antidadah Ogos Guru UBKGuru PPDa

7 Kaunseling Individu dan Kelompok Sepanjang Tahun Guru UBK

NZS11-

Page 2: PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID

PROGRAM 2 BULAN 1 BUDAYA

Budaya positif di sesebuah sekolah merupakan suatu perkara yang penting bagi memupuk suasana yang harmoni di sekolah. Tanpa budaya yang positif, sekolah akan menjadi terumbang-ambing dan

menyebabkan suasana tidak harmoni berlaku.Tidak dinafikan penerapan budaya yang positif secara tidak langsung akan dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar.Maka dengan itu, kempen 2 bulan 1 budaya~ JALINAN KASIH ~ diwujudkan bagi menimbulkan suasana positif di kalangan warga SKSK.

Kempen JALINAN KASIH ini adalah seperti berikut:

BUDAYA SOPAN DAN TERTIBJalinan Kasih yang wujud antara pelajar dengan pihak pengurusan sekolah dan guru melalui program ini member ruang untuk mengukuhkan Budaya Adab Sopan. Adalah sukar untuk mengubah budaya kasar

dan tidak tahu menghormati orang lain kepada budaya yang mementingkan budi bahasa dan adab sopan.Pelajar perlu sentiasa ditegur dan didik agar beratur dengan tertib setiap kali bergerak ke bilik- bilik khas , kantin maupun ketika waktu pulang dari sekolah. Pemantauan dan kerjasama semua guru

akan dapat merealisasikan hasrat ini.

SIFAR PONTENGProgram Jalinan Kasih diharapkan dapat memberi banyak ruang untuk menyemai, menanam dan

mengukuhkan nilai-nilai murni kepada pelajar.Kempen ponteng sifar/lewat perlu dilaksanakan dengan berkesan. Nama-nama pelajar yang tidak hadir serta bilangan hari yang tidak hadir akan diumumkan

semasa Perhimpunan Rasmi hari Ahad.Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang sering lewat perlu diumumkan nama mereka seperti pelajar yang ponteng tadi.

BUDAYA 4S(Salam,Sapa,Senyum,Smart)

SalamIaitu memberi salam bagi pelajar islam bila berjumpa dengan guru-guru atau sesama rakan pelajar Islam. Selain itu Salam Sejahtera bagi pelajar bukan Islam bila berjumpa dengan guru atau rakan –rakan bukan Islam. Kebaikan memberi salam dikalangan warga SKSK akan dapat mengeratkan hubungan dan menjadi

suasana lebih mesra dan ceria dikalangan warga SKSK.

Sapa Iaitu bertanya khabar bila berjumpa,seperti” apa khabar cikgu”Cikgu Sihat? Awak bagaimana hari ini?

Dan sebagainya. Amalan memberi sapa ini akan dapat merapatkan hubungan di antara warga sekolah di antara cikgu dengan murid, cikgu dengan cikgu, pelajar dengan pelajar,dan antara guru,pelajar dengan

pekerja.

-NZS11-

Page 3: PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID

SenyumIaitu member senyuman dengan ikhlas serta bermanis muka.

SMARTIaitu pelajar akan diterapkan dengan budaya bersih dan kemas. Pelajar-pelajar mestilan berpakaian

kemas, rambut pendek, kuku dipotong, baju yang lengkap dengan name taq,lencana sekolah dan memakai tali leher.

Diharapkan seluruh warga SKSK dapat memgamalkan 4S bagi membantu pihak sekolah mencapai visi sekolah iaitu cemerlang dari segi kurikulum,kokurikulum dan sahsiah menjelang 2012.

SEKOLAHKU SAYANG

Bermaksud membudayakan amalan bermuafakat dan sentiasa menjaga kebersihan sekolah terutama bagi pelajar-pelajar daripada latar belakang keluarga yang tidak mengutamakan nilai-nilai tersebut.

Pelajar perlu dipupuk dengan budaya penyayang dan cintakan sekolah. Pelajar akan sama-sama menjaga kebersihan dan keindahan kelas mereka, tandas, kawasan persekitaran dan tidak merosakan

atau mencuri harta benda sekolah. Hukuman dan denda akan di kenakan kepada pelajar yang melakukan kesalahan membuang sampah di merata-rata tempat serta merosakan harta benda sekolah.

Kekerapan memberi tunjuk ajar dan pengiktirafan kepada pelajar akan mewujudkan kesan positif kepada pelajar dan juga sekolah.

Adalah diharapkan agar program JALINAN KASIH ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Komitmen yang jitu dari semua pihak amatlah diharapkan . Semoga dengan kegigihan dan keikhlasan pihak sekolah serta guru-guru akan memberi yang terbaik kepada pelajar –pelajar yang memerlukan

bantuan untuk dibangunkan .Insyaallah modal insan yang bertapak di SK Sri Kulim akan dididik dan dicemerlangkan. Bagi golongan pelajar yang tidak dapat dicemerlangkan dari segi akademik mereka

mereka akan menamatkan persekolahan berbekalkan ilmu dan kemahiran serta nilai-nilai murni yang membantu mereka melalui rencah kehidupan agar menjadi insan yang berguna dan tidak mudah

kecundang ke arah unsur-unsur negatif Insyaallah.

-nzs11-

Page 4: PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KULIM09000,KULIM

KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM2 BULAN SATU BUDAYA

anjuran UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SKSK

Page 5: PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID

BUTIRAN PROGRAM~ JALINAN KASIH~

a) Dilaksanakan mengikut tarikh-tarikh berikut:

1. BUDAYA TERTIB DAN SOPAN~ 03.01.2011- 30.02.2011

2. SIFAR PONTENG / LEWAT01.03.2011- 30.04.2011

3. PROGRAM 4S01.05.2011- 30.06.2011

4. SEKOLAHKU SAYANG01.07.2011- 30.08.2011

b) Perlaksanaan

bi) Perasmian untuk setiap budaya akan diadakan pada setiap hari Ahad awal bulan.

bii) Guru bertugas perlu menyebut dan memperingatkan murid2 tentang budaya yang cuba diterapkan pada bulan tersebut di perhimpunan pagi.

biii)Pengiktirafan akan diberikan pada murid-murid yang mengamalkan budaya-budaya tersebut.

bvi)Pengawas akan dipertanggungjawabkan untuk memantau murid-murid dan mencatat nama murid yang dirasakana layak untuk mendapat penilaian.Manakala pengawas akan dinilai oleh guru pengawas.

bv)Penglibatan dan kerjasama daripada semua guru akan membantu menjayakan setiap program yang akan dibudayakan.

Page 6: PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID