program intervensi untuk pelajar ponteng smkbs2

9
KERTAS KERJA PROJEK 95 SMK BUKIT SENTOSA 2, BUKIT SENTOSA, 48300 RAWANG PENGENALAN Kejayaan seseorang pelajar sering dikaitkan dengan kehadiran atau keberadaan pelajar di sekolah. Menurut kajian yang dijalankan terutama melibatkan pelajar mendapati bahawa keberadaan pelajar di sekolah banyak mempengaruhi peningkatan akademik seseorang pelajar itu. Selain dari memberi peluang kepada pelajar untuk belajar memahami isi kandungan, keberadaan seseorang pelajar di dalam kelas juga memberi peluang kepada mereka untuk belajar bersosial dan berinteraksi secara sihat antara satu sama lain. Selain itu bilik darjah juga merupakan satu benteng yang amat kebal yang dapat menghalang gejala-gejala yang tidak sihat dari menjangkiti pelajar. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Jesteru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa. Kevin Paul (1996) menyatakan, “in every bad class there is something to be learned – but not if you aren’t there”. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala social yang lain seperti mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya RASIONAL Terdapat banyak rungutan daripada pihak sekolah bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Data kehadiran SMK Bukit Sentosa 2 menunjukkan peratus kedatangan tahunan sekitar 80%. Tahun 2012 mencatatatkan peratus kedatangan 82.3% manakala tahun 2013 ialah 83.5%. Dapatan ini menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah merupakan satu jumlah yang agak besar. Jumlah

Upload: chezdin

Post on 13-Sep-2015

2.156 views

Category:

Documents


165 download

DESCRIPTION

Program Menangani Masalah Ponteng

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROJEK 95SMK BUKIT SENTOSA 2, BUKIT SENTOSA, 48300 RAWANG

PENGENALANKejayaan seseorang pelajar sering dikaitkan dengan kehadiran atau keberadaan pelajar di sekolah. Menurut kajian yang dijalankan terutama melibatkan pelajar mendapati bahawa keberadaan pelajar di sekolah banyak mempengaruhi peningkatan akademik seseorang pelajar itu. Selain dari memberi peluang kepada pelajar untuk belajar memahami isi kandungan, keberadaan seseorang pelajar di dalam kelas juga memberi peluang kepada mereka untuk belajar bersosial dan berinteraksi secara sihat antara satu sama lain. Selain itu bilik darjah juga merupakan satu benteng yang amat kebal yang dapat menghalang gejala-gejala yang tidak sihat dari menjangkiti pelajar. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Jesteru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa. Kevin Paul (1996) menyatakan, in every bad class there is something to be learned but not if you arent there. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala social yang lain seperti mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainyaRASIONALTerdapat banyak rungutan daripada pihak sekolah bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Data kehadiran SMK Bukit Sentosa 2 menunjukkan peratus kedatangan tahunan sekitar 80%. Tahun 2012 mencatatatkan peratus kedatangan 82.3% manakala tahun 2013 ialah 83.5%. Dapatan ini menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah merupakan satu jumlah yang agak besar. Jumlah peratus pelajar yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik pelajar kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah inii diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan pihak sekolah terutamanya Unit Hal Ehwal Murid dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.

OBJEKTIF Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100 peratus. Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam mengawal prestasi kehadiran pelajar. Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar. Meningkatkan keprihatinan sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan pelajar. Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.

SASARANSemua pelajar, Semua guru , Pelajar berisiko dan Ibu bapa.

PELAN TINDAKAN PROGRAM 951.1 Pembentukan JK dan Mesyuarat JK 95 peringkat Sekolah1.2 Taklimat kepada Ahli Jawatankuasa Program dan semua guru.1.3 Pelancaran program 95 peringkat sekolah1.4 Laporan bulanan kehadiran pelajar 1.5 Anugerah Kepada kelas dengan Peratus Kehadiran Bulanan Tertinggi Melebihi 95%1.6 Program Khas Pelajar1.6.1 Program Ponteng Sifar1.6.2 Program Mentor Mentee Kehadiran1.6.3 Program Lawatan Ke Rumah (Kehadiran)1.6.3Anugerah Sijil Kehadiran Penuh 1.7 Program Khas Keibubapaan1.7.1 Surat Makluman/Edaran kepada semua Ibu Bapa1.7.2 Kempen kesedaran melalui Mesyurat Agung PIBG1.7.3 Ceramah/taklimat/perbincangan oleh Unit Bimbangan dan Kaunseling1.8 Pembentangan dapatan/Penilaian 1.9 Sebaran aktiviti dan makluman melalui Laman Web/Laman Blog

Jawatan Kuasa Kerja Projek 95Penyelaras : Pn Pathmavathy a/p K.Marchay Setiausaha : En Bukhri bin BahariAhli Jawatankuasa Pn. Suhaila Abd Wahab (Kaunselor)Pn. Azlihan bt Mohamed Noor (Kaunselor)Pn. Nur Ain bt Mohammad Jodi (Kaunselor)Pn. Nurshahida bt Maskup (Anugerah Kehadiran Kelas)Pn. Fazney bt Mohd Fadzil (Anugerah Kehadiran Kelas)Pn. Kamsiah bt Ahmad (Guru Disiplin)Pn. Norfadilawati bt Mat Sidek (Guru Disiplin)Pn. Noradilla bt Abdul Jalil (Anugerah Kehadiran Pelajar)Cik Nor Asmaniza bt Ahmad (Anugerah Kehadiran Pelajar)Semua Penyelaras-Penyelaras Tingkatan

Anugerah Kelas Dengan Peratus Kehadiran Bulanan Tertinggi Melebihi 95%Anugerah Kelas Dengan Peratus Kehadiran Bulanan Tertinggi di adakan untuk menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan kelas-kelas untuk menunjukkan prestasi cemerlang dalam menjaga peratus kedatangan bulanan pelajar kelas masing-masingAnugerah ini juga diadakan seiring dengan program 95 sebagai penggalak kepada kehadiran pelajar melebihi 95% dan seterusnya menjadi satu platform untuk mewar-warkan kepada semua tentang KPI sekolah untuk meningkatkan kehadiran pelajar melebihi 95%Secara tidak langsung ia juga diharap dapat memberi kesedaran kepada guru-guru kelas terutamanya, agar dapat memantau kehadiran harian murid dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk meningkatkan prestasi kehadiran harian murid Kriteria Penganugerahan Semua Kelas dengan peratus kehadiran melebihi 95% akan dipertimbangkan untuk menerima anugerah Kelas dengan Peratus Kehadiran Tertinggi Hadiah akan diberikan setiap bulan bermula bulan Januari 2015 hingga November 2015 3 Hadiah akan disediakan untuk sessi pagi dan 2 hadiah disediakan untuk sessi petang Hadiah yang diberikan tidak semestinya mengikut tingkatan tapi berdasarkan kepada peratus kehadiran tertinggi bagi bulan tersebut. Jika berlaku keputusan seri, peratus kedatangan bulan sebelumnya akan diambil kira untuk menentukan pemenang bagi bulan tersebutProgram Ponteng SifarProgram ponteng sifar diadakan seiring dengan program 95 untuk menangani kes-kes ketidakhadiran disebabkan ponteng sekolahDi bawah program Ponteng Sifar, ponteng di takrifkan sebagai ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab-sebab yang di ketahui atau dalam kes-kes dimana murid keluar rumah dengan berpakaian baju sekolah tapi tidak berada di sekolah atau tempat yang sepatutnyaDi bawah program ini sebab ketidak hadiran murid ke sekolah perlu di ketahui oleh guru kelas samada Sakit (S) Mewakili sekolah untuk aktiviti luar (A) Dengan kebenaran ibu bapa (K) Ponteng / tanpa sebab yang diketahui (P)Sehubungan semua tanda 0 dalam Buku Rekod Kedatangan Murid mesti mempunyai tanda samada A, S, K atau P, atau dalam kes kedatangan lewat ditandakan dengan LSeterusnya bagi kes-kes ketidak hadiran yang di sebabkan oleh ponteng, tindakan disiplin yang sewajarnya berasaskan panduan Buku Rekod Kedatangan Murid iaitu surat-surat amaran pertama, kedua, terakhir dan seterusnya surat buang sekolah akan di keluarkan oleh guru kelas Bagi kes-kes yang tidak diketahui sebab ketidak hadiran ia perlu dirujuk kepada kaunselor untuk tindakan lawatan ke rumah yang bertujuan untuk menyiasat sebab- sebab ketidak hadiranPROGRAM MENTOR MENTEE KETIDAKHADIRANProgram Mentor Mentee adalah satu program yang dipertanggungjawabkan terus kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Dibawah program Mentor Mentee UBK terdapat beberapa sub program yang boleh dipecahkan kepada Mentor Mentee Akademik, Disiplin, dan KehadiranMentor Mentee Kehadiran dilaksanakan atas dasar kewujudan kendiri pelajar. Beberapa projek rintis yang di letakkan di bawah PK Hem telah dijalankan sepanjang tahun lepas yang telah melibatkan beberapa orang peebutlajar dengan pelbagai latar belakang seperti pelajar dengan masalah disiplin, pelajar dengan masalah ponteng dan pelajar dengan masalah akademik.Seperti yang di perkatakan di atas, program mentor Mentee dilaksanakan atas dasar kewujudan kendiri pelajar. Sesetengah pelajar mungkin kurang bernasib baik bila tanpa disedari tidak pernah atau jarang diiktiraf kewujudan mereka. Bayangkanlah seorang pelajar biasa dimana ibu bapanya bekerja, keluar pagi dan baliknya malam. Di sekolah pula guru-guru hanya memberi perhatian kepada samada pelajar yang pandai, yang aktif, atau yang bermasalah disiplin. Tanpa disedari tidak ada seorang guru pun yang menegur pelajar tersebut, seolah-olah beliau tidak wujud di sekolah. Jika pelajar tersebut tidak mempunyai ramai kawan sudah tentulah nasibnya bertambah malang. Mungkin ramai pelajar yang kita tidak pernah tahu namanya walaupun telah menjadi murid kita selama bertahun-tahun. Sehubungan itu setiap pelajar yang di masukkan di dalam program ini akan diberikan seorang Mentor. Tugas seorang Mentor, selain menjadi bapa/ibu angkat yang di pertanggungjawabkan untuk memantau kehadiran pelajar tersebut ke sekolah melalui Buku Pemantauan Kehadiran, ialah mengiktiraf kewujudan pelaajar tersebut melalui sapaan, teguran dan salam sebagai symbol kepedulian seorang guru terhadap muridnya.Pelan Tindakan Program Mentor Mentee Kenalpasti pelajar / Mentee Kenalpasti Guru /Mentor Pembinaan Instrumen Pemantauan Buku Pemantauan Perjumpaan Mentor-Mentee Secara Rasmi/Tidak Rasmi.Program Lawatan Ke Rumah (Kehadiran)Program Lawatan ke rumah juga di perkenalkan sebagai pelengkap kepada Projek 95. Secara ringkasnya Lawatan ke Rumah adalah penting untuk kesinambungan Projek 95 terutama dalam mengumpul maklumat pelajr yang mempunyai masalah kehadiran. Semasa lawatan ke rumah beberapa maklumat penting mungkin dapat dikumpulkan untuk merasionalkan ketidak hadiran pelajar ke sekolah. Pada lawatan ke rumah yang di adakan pada tahun lepas, beberapa isu telah dikenalpasti dan beberapa tindakan telah diambil untuk menyelesaikan isu tersebut. Rata-ratanya isu keluarga seperti perpecahan keluarga, kemiskinan, dan kesibukan keluarga menjadi penyebab utama masalah pemantauan kanak-kanak dan seterusnya menjadi penyumbanng kepada masalah ketidak hadiran.Walau bagaimanapun bukan semua guru dipertanggungjawabkan untuk membuat lawatan ke rumah. Perwatakan dan personaliti guru yang tertentu perlu dijadikan kriteria penting untuk memilih guru yang dipertanggungjawabkan untuk lawatan ke rumahPelan Tindakan Lawatan ke Rumah Mengenalpasti guru secara umumnya guru-guru yang perlu ada termasuklah PK HEM; guru bimbingan dan kaunseling;; guru kelas; guru disiplin (jika perlu) dan guru Kebajikan (jika perlu) Mengenalpasti pelajar yang perlu dibuat lawatan ke rumah kriteria pelajar terutamanya yang di dapati tidak hadir tanpa di ketahui sebabnya; pelajar yang penjaganya tidak dapat dihubungi; pelajar yang di ragui sebab ketidak hadirannya; Mengenalpasti Isu yang perlu dibincangkan isu utama sudah tentulah sebab ketidakhadiran, lain-lain masalah yang di fikirkan menyumbang kepada ketidak hadiran Menyarankan penggunaan instrument pemantauan kehadiran seperti Buku Pemantauan KehadiranANUGERAH SIJIL KEHADIRAN PENUH Anugerah Sijil kehadiran Penuh diadakan bertujuan untuk menggalakkan pelajar datang ke sekolah tanpa gagal.Kriteria Penganugerahan Sijil Kehadiran Penuh Sijil Kehadiran Penuh akan di anugerahkan setiap tiga bulan kepada pelajar yang hadir ke sekolah tanpa gagal Fasa 1 ialah dari Januari Mac Fasa 2 dari April Jun Fasa 3 dari Julai September Fasa 4 Anugerah Sijil Kehadiran Penuh Tahunan akan di anugerahkan kepada pelajar yang hadir ke sekolah tanpa gagal sepanjang tahun.PROGRAM KHAS KEIBUBAPANA. Pengedaran Surat kepada ibu bapaSurat kepada Ibu Bapa mewar-warkan tentang Projek 95 akan diedarkan melalui PIBG. Surat diedarkan bertujuan untuk menjadikan projek ini sebagai sebahagian dari projek Ibu bapa secara amnya. Penglibatan dan kesepakatan ibu bapa adalah penting dalam menentukan program ini Berjaya.B. Kempen Kesedaran

Kempen kesedaran mengenai projek 95 akan diadakan dari semasa ke semasa. Tenaga PIBG juga akan digembleng melalui mesyuarat pemuafakatan dan projek bersama komuniti untuk meningkatkan kesedaran pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan keberadaan seseorang pelajar di sekolah. Pemantauan rumah-rumah kosong yang menjadi stesen ponteng yang banyak terdapat di sekitar sekolah juga akan dilakukan bersama komuniti. Projek 95 akan menjadi agenda tetap dalam mesyuarat AJK PIBG

ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PERALATAN

PeralatanKosi) Banner untuk pelancaran PROJEK 95RM100.00ii) Hadiah Bulanan Kelas5 X RM30.00 x 10 Bulan = RM1500.00 iii) Hadiah Bulanan Pelajar20 org X RM10.00 X 3 fasa = RM600.00iv) Buku Pemantauan Kehadiran Pelajar50 org X RM2.00 = RM100.00v) Buku Pemantauan Lawatan Ke RumahRM10.00