print gkb1053 b

10
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT SENARAI KANDUNGAN i 1.0 PENGENALAN1 2.0 KEMAHIRAN MENGAMBIL NOTA 1 2.1 CARA MENGAMBIL NOTA 2 2.2 CIRI-CIRI NOTA YANG BAIK 5 2.3 KEPENTINGAN MENGAMBIL NOTA 5 3.0 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA 5 3.1 CARA-CARA MEMBUAT NOTA 8 3.2 ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM MEMBUAT NOTA 8 4.0 ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA (PETA MINDA) 9

Upload: sherlizamt

Post on 22-Oct-2015

88 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Page 1: Print Gkb1053 b

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

SENARAI KANDUNGAN i

1.0 PENGENALAN1

2.0 KEMAHIRAN MENGAMBIL NOTA 1

2.1 CARA MENGAMBIL NOTA 2

2.2 CIRI-CIRI NOTA YANG BAIK 5

2.3 KEPENTINGAN MENGAMBIL NOTA 5

3.0 KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA 5

3.1 CARA-CARA MEMBUAT NOTA 8

3.2 ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM MEMBUAT NOTA 8

4.0 ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA (PETA MINDA) 9

4.1 TUJUAN PETA MINDA 11

4.2 CARA MELAKAR PETA MINDA 11

4.3 KEPENTINGAN PETA MINDA 12

5.0 KESIMPULAN 12

BIBLIOGRAFI

REFLEKSI

LAMPIRAN

BORANG KOLABORASI

Page 2: Print Gkb1053 b

Bibliografi

BIBLIOGRAPHY Buzan, T. (1993). The Mind Map Book. London: BBC Worldwide Publishing.

Buzan, T. (1994). Use Your Head. London: BBC Books Publisher.

Buzan, T. (2004). Tony Buzan Mind Maps at Works. Britain: HarperCollins Publishers Limited.

Harun, R. H. (2005). Kemahiran Belajar Untuk Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Hiang, P. S. (1997). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Klang Lama,Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Jamidin, M. N. (1996). Kemahiran Berfikir dan Belajar. Shah Alam: Vinlin Press Sdn.Bhd.

http://gurukreatifmuridaktif.blogspot.com. Coretan Cikgu Mimi: Alat Berfikir Peta Minda. Cikgu Mimi (atas talian 2013, Ogos 27)

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=51108 Cara-Cara Mengambil Nota Di Dalam Kelas Dan Kuliah. Penjual Gemilang. (atas talian 2013, Ogos 27)

http://petaminda.blogspot.com Peta Minda ( Mind Mapping ) Excell. (atas talian 2013, Ogos 27)

http://www.sabah.net.my/juipri/nota.htm Panduan Mencatat Nota. (atas talian 2013 September 2)

http://mindamubin.blogspot.com Kemahiran Membuat Nota. Minda Mubin. (atas talian 2013, September 2)

Page 3: Print Gkb1053 b

REFLEKSI

NAMA : SHERLIZA MT AIDALA

NO. KAD PENGENALAN: 950724-12-5044

Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan Projek

GKB1053 Kemahiran Belajar ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setinggi-tinggi

penghargaan kepada pensyarah saya, Encik Amir Hamzah Bin Yaakub dengan berkat

dorongan dan tunjuk ajar serta idea-idea yang diberikan,dapatlah saya menyiapkan

tugasan ini dengan sempurna. Terima kasih juga ,kepada rakan-rakan sekelas kerana

telah membantu berkongsi pendapat, memberi idea dan sudi berkongsi maklumat

sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Tugasan Projek Kemahiran Belajar ini merupakan satu cabaran baru kepada saya.

Pada mulanya, saya tidak tahu cara untuk memulakan tugasan saya. Memandangkan

saya baru sahaja memulakan pengajian bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda

Perguruan ini,ia merupakan tugasan pertama sepanjang hidup saya. Dengan semangat

yang ada,saya tetap tidak berputus asa untuk memahami cara membuat tugasan projek

ini. Oleh itu,saya cuba bertanya kepada orang-orang yang lebih mahir dalam membuat

tugasan ini. Antaranya kakak saya sendiri yang lebih berpengalaman .Dia cuba

menerangkan cara-cara membuat tugasan dengan betul. Setelah itu, saya cuba untuk

bersengkang mata pada lewat malam untuk memulakan tugasan yang diberi. Bagi

memastikan saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini dalam masa yang

ditetapkan, saya juga telah membuat jadual waktu dan cuba melaksanakan kerja kursus

ini mengikut masa yang ditetapkan dan penuh komitmen. Hal ini secara tidak langsung

juga membolehkan saya mengatur masa dengan sebaik-baiknya dan tidak

menangguhkan kerja yang diberikan.

Saya telah memulakan tugasan saya dengan mencari maklumat. Saya banyak

menghabiskan masa mencari maklumat di internet sebagai rujukan utama.

Walaubagaimanapun, saya juga menghadapi sedikit kekangan dalam menyelesaikan

tugasan projek ini iaitu saya ketandusan idea berkaitan dengan cara mengambil nota

dan membuat nota. Oleh itu, selepas sahaja kelas tamat pada waktu tengahari, saya

dan kawan-kawan saya bergerak secara kolaboratif untuk mencari bahan di

perpustakaan. Dengan bergerak secara kolaboratif,ini dapat memupuk sikap seperti aur

dengan tebing antara satu sama lain. Saya telah meminjam lima buah buku yang

berkaitan dengan subjek Kemahiran Belajar di Perpustakaan Ibnu Sina IPGKDRI. Ini

Page 4: Print Gkb1053 b

telah memudahkan saya menggunakan maklumat-maklumat yang ada untuk

menyiapkan tugasan saya.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan, banyak kekangan yang telah saya lalui untuk

menyiapkan tugasan ini. Kesinambungan itu, kelajuan talian internet juga merupakan

salah satu kemelut yang saya hadapi sepanjang penyiapan tugasan projek ini.

Kadangkala saya tidak dapat membuka link yang diingini untuk mendapat maklumat

yang sepatutnya. Sebagai contoh, semasa saya mencari maklumat mengenai cara

mengambil nota, kelajuan talian internet di bilik saya memang tidak memuaskan dan

melambatkan proses penyiapan subjek tersebut. Oleh itu,saya dan rakan-rakan saya

bersama-sama ke Gymnasium IPGKDRI pada waktu malam untuk mendapatkan talian

internet yang lebih laju bagi memudahkan kami mencari maklumat. Namun, dengan

maklumat yang ada banyak pengetahuan baru yang saya pelajari dalam subjek ini dan

memberi banyak perubahan positif kepada diri saya. Saya telah mengetahui cara-cara

mengambil nota dan membuat nota adalah berbeza. Selama ini,saya hanya tahu

mengambil nota dan menyalin nota tanpa menggunakan teknik-teknik yang betul.

Saya juga menghadapi masalah dari segi pengurusan masa kerana terdapat banyak

tugasan projek yang perlu dihantar pada masa yang sama. Waima, saya tetap berjaya

menyelesaikan masalah itu dengan membuat jadual waktu dan cuba menyiapkan kerja

kursus dalam masa yang ditetapkan. Masa untuk melayari facebook juga telah

dikurangkan dan sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah atau kawan apabila

bertembung dengan kesukaran yang tidak mampu diselesaikan secara individu.

Ketidakmahiran dalam penggunaan Microsoft Word dan Power Point juga telah menjadi

kekangan kepada saya. Oleh itu,saya cuba untuk lebih banyak bertanya kepada pelajar-

pelajar yang lebih mahir. Dengan adanya bantuan mereka,saya mula mendalami teknik-

teknik menggunakan Microsoft Word dan Power Point. Dengan pengetahuan yang saya

ada,saya cuba memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan saya yang lain.

Setelah saya membuat kajian tentang tajuk kerja kursus ini, saya banyak

mempelajari kemahiran-kemahiran baru. Saya juga sedar betapa pentingnya nota

kepada setiap pelajar untuk menjadi cemerlang. Sebagai seorang bakal guru, subjek ini

telah membuka mata saya untuk lebih mendalami ilmu yang di pandang remeh sebelu

ini sedangkan ia sangat berguna .Namun, dengan kemahiran yang saya ada,saya akan

cuba mempraktikkan kepada anak-anak murid saya dari peringkat sekolah rendah lagi.

Oleh itu, saya akan cuba mengaplikasikan subjek kemahirran belajar ini di sekolah-

sekolah agar dapat melahirkan insan yang seimbang yang selaras dengan unsur-unsur

Falsafah Pendidikan Negara.

Page 5: Print Gkb1053 b

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata

pelajaran Kemahiran Belajar ini. Ia menjadikan saya seorang yang mempunyai sikap

ingin tahu untuk mendalami sesuatu ilmu yang bermanfaat. Sikap ini akan saya

terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

Sekian, terima kasih.

Page 6: Print Gkb1053 b
Page 7: Print Gkb1053 b

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : SHERLIZA MT AIDALA

KUMPULAN : PPISMP PENDIDIKAN JASMANI SEMESTER: 1

MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN BELAJAR (GKB1053)

PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK AMIR HAMZAH BIN YAAKUB

TARIKH

PERKARA YANG

DIBINCANGKAN CATATAN T/TANGAN

19.08.2013 Menerima soalan

tugasan dan

taklimat daripada

pensyarah.

Tugasan perlu dihantar pada

22 September.

(Encik Amir Hamzah Bin

Yaakub)

26.08.2013 Memahami

kehendak tugasan.

Perbincangan

dengan 2 orang

ahli kumpulan.

Berkongsi pendapat

mengenai tajuk yang dipilih.

(Siti Hawa Nadhirah)

(Nurul Afiqah)

27.08.2013

Mencari maklumat

dari internet/Pusat

sumber-

mendapatkan

maklumat

Carian maklumat

internet

Cacatan Bibliografi

Nota ringkas

Meminjam Buku

(Norezatti Shasha)

(Siti Hawa Nadhirah)

22.09.2013Menghantar

tugasan lengkap

kepada pensyarah

Diterima dan direkodkan. (Encik Amir Hamzah Bin

Yaakub)