presentation1

25

Upload: maleha-lauto

Post on 13-Jul-2015

484 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Akidah dari segi bahasaberertisimpulan iman ataupunpegangan yang kuat atausatu keyakinan yang menjadipegangan yang kuat

Akidah dari sudut istilahialahkepercayaan yang pasti dankeputusan yang muktamat tidakbercampur dengan syak ataukeraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinanterhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta berimandengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya jugaberiman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, paraRasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apayang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat padasegala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah danRasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dandilaksanakan dalam kehidupan

lmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dansifat-sifat kesempurnaanNya. Setiap umatIslam wajib mengetahui, mempelajari danmendalami ilmu akidah supaya tidak berlakuperkara-perkara yang membawa kepadapenyelewengan akidah kepada Allah swtAkidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

Ilmu TauhidIlmu yang menerangkan tentang sifat

Allah swt yang wajib diketahui dandipercayai

Ilmu UsuluddinSuatu ilmu yang kepercayaan dalam

agama Islam, iaitu kepercayaankepada Allah swt dan pesuruhNya

Ilmu MakrifatSuatu ilmu yang membahaskan

perkara-perkara yang berhubungdengan cara-cara mengenal Allah swt

Ilmu Kalam

Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidahdengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagaiperisai terhadap segala tentangan daripadapihak lawan

Ilmu Akidah

Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanankepada Allah swt

Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlahdisimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkaraiaitu:

Percaya kepada Allah

Percaya kepada Malaikat

Percaya kepada Kitab

Percaya kepada Rasul

Percaya kepada Hari Kiamat

Percaya kepada Qada’ dan Qadar

Percaya Kepada Allah Swt

Erti beriman dengan Allah Ta’alaitu ialah mengetahui, percaya danberiktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkarayang harus bagi Allah Ta’ala.

Beriman dengan Allah juga bermaksud: Membenarkan dengan yakin akan adanya

Allah Membenarkan dengan yakin akan keEsaan

Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikanalam dan makhluk seluruhnya mahupundalam menerima ibadat setiap makhluk

Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci jugadari menyerupai segala yang baharu

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamuyang telah menciptakan kamu danorang-orang yang terdahuludaripada kamu supaya kamu(menjadi orang-orang yang ) bertaqwa –

(Surah Al-Baqarah:21)

Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiapbenda yang ada di ala ini termasuk bumi langit danplanet-planet yang lain, yang dapat dilihat atautidak, semuanya adalah kepunyaan Allah swt

Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepadakepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.

Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagaiIlah. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahajasebagai pujaan dan sembahannya. MakludIlah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah.

Mempelajari dan memahami ajaran Allah Maksud beriman kepada Allah jugasepatutnya kita mempelajari dan memahamisegala yang datang daripada Allah melaluiRasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukansekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datangdaripada Allah swt

Yakin dan Melaksanakan PetunjukAllah swtAntara maksud dan tuntutan imankepada Allah ialah yakin terhadapapa yang datang daripada Allah. Yakin dengankebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang shamil dankamil serta terbaik

Percaya kepada Malaikat Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan

sejenis makhluk halus yang keadaan asalnyatidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukanperempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepadaperintah Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya. Sabda Rasulullah saw (terjemahanya):

”Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jindijadikan daripada api yang tidak berasap & dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah”–(Hadith riwayatMuslim)

Nama dan Tugas Malaikat Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-

nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia Mikail – Mengawal cekerawala termasuk

matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah

Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabilasudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah

Israfil – Meniup sengkekala apabila tiba masanya Raqib – Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur Nakir – Menyoal manusia di dalam kubur Ridhwan – Mengawal syurga Malik – Mengawal neraka

Antara tugas-tugas Malaikat seperti:

Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul

Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah

Memikut Arsy

Berdoa untuk orang-orang beriman

Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberisalam pada ahli syurga, mengazab ahlineraka dan seumpamanya

Hikmat Beriman Kepada Malaikat Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi

oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjagatingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tuturkaya yang walau dimana dia berada

Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangikesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiaptutur kata dan gerak laku yang tidak terlepasdaripada catitan Malaikat Raqib & Atid

Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarangAllah supaya selamat di alam kubur kerana diamengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dandiseksa oleh Malaikat di dalam kubu

Percaya Kepada Kitab

Orang-orang Islam wajib percaya bahawaAllah swt telah menurunkan beberapa buahkitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajarankitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhiratdan juga petunjuk-petunjuk untukmemperbaiki kehidupan manusia di dunia

Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah: Zabur : Nabi Daud (dalam bahasaQibti)

Taurat : Nabi Musa (dalam bahasaIbrani)

Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani) Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam bahasa Arab)

Firman Allah swt yang bermaksud: ”Pada mulanya manusia itu adalah umat yang

satu (menurut agama Allah yang satu tetapiakhirnya mereka telah berselisih faham), makaAllah telah mengutuskan nabi-nabi sebagaipemberi khabar gembira (kepada orang-orangyang beriman dengan balasan syurga), danpemberi amaran (kepada yang engkar denganbalasan azab neraka), dan Allah menurunkanbersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untukmenjalankan hukuman di antara manusiamengenai apa yang mereka pertikaikan”

(Surah Al-Baqarah: 213)

Al-Quran merupakan kitab terakhir sekaliditurunkan oleh Allah & penutup kepadasegala kitab-kitab yang terdahulu

Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:

Siddiq – Benar pada segala percakapan, perkhabaran & perbuatan

Amanah – Jujur dan tidak membuat kesalahan

Tabligh – Menyampaikan semua perintahAllah kepada manusia

Fathonah- Bijaksana